Saturday, November 10, 2007

GAMBAR

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">




screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">



screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">







Kemenangan Gelombang Kuning Kemenangan Rakyat!

Oleh Ruhanie Ahmad


A

Sambungan dari Bahagian 1


2.50 petang: Polis mula menembakkan gas pemedih mata ke arah peserta gelombang kuning di dalam Masjid Jalan India dan Masjied Jamek. Peserta di sekitar Bangunan KWSP Jalan Raja Laut pula disembur dengan water canon berisi asid.

10,000 Tiba Di Istana Negara

3.00 petang: Para peserta di sekitar bangunan KWSP diberi amaran supaya bersurai. Kalau tidak mereka akan ditangkap beramai-ramai.


3.20 petang: Sekumpulan 10,000 peserta gelombang kuning sudah tiba di kawasan Istana Negara. Sementara itu, kelompok peserta yang dihalang keluar daripada Masjid Jamek pula dilaporkan semakin lumpuh. FRU hampir mengepung seluruh kawasan masjid.

Dianggarkan 40,000 Di Hadapan Istana

3.40 petang: Dianggarkan hampir 40,000 peserta gelombang kuning sudah berada di hadapan Istana Negara. Sementara itu, perarakan masih berterusan. Kira-kira sepanjang 1 kilometer lagi gelombang kuning bergerak menuju ke istana tersebut.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!

3.55 petang: Jumlah peserta gelombang kuning di hadapan Istana Negara makin bertambah. Seorang peserta mengirimkan sms ini: “saya bangga jadi rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!!!” Seorang lagi peserta pula mengirimkan sms ini: “Perkarangan Istana Negara dibanjiri gelombang kuning. Kira-kira 100,000 manusia.”.
Alhamdulillah…

Truck FRU Tersadai
4.00 petang: Beberapa truck FRU berkejar ke Istana Negara. Kenderaan mereka tidak boleh bergerak kerana jalanraya dibanjiri gelombang kuning.

Delegasi BERSIH Mengadap Agong

4.03 petang: Syukur Alhamdulillah… Pada jam 4.03 minit sekumpulan 10 orang delegasi BERSIH diperkenan masuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!!!!!

Hujan Lebat, Gelombang Kuning Terus Menggelora

4.15 petang: Blogger Mohd Sayuti Omar menelefon. Katanya, beliau amat berbangga dengan respons rakyat jelata. Majoriti mereka terpaksa berjalan kaki hampir 15 kilometer untuk ke istana dalam keadaan hujan lebat. Katanya lagi, kalau inilah hakikatnya Pilihan Raya Umum akan datang, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya.

Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya. Daulat Tuanku!”


Misi Berjaya. Daulat Tuanku!!!

4.25 petang: Seorang anak muda yang saya kenali mengirimkan sms ini: “Saya bersama-sama kira-kira 20,000 orang masih terus berjalan ke Istana Negara. Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!!”

Pejuang-penyair Yassin Salleh pula mengirimkan sms: “Misi tertunai. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!”

Seorang sahabat pula mengirimkan sms ini: “Jam 3.30 petang tadi Agong meninjau gelombang kuning dari udara dengan menggunakan helikopter.”

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!

4.57 petang: Peserta gelombang kuning mula meninggalkan kawasan Istana Negara. Bagaimanapun, wakil BERSIH masih lagi di dalam istana.

Sebagai keseimpulannya, para peserta telah membuktikan bahawa mereka memang bertindak secara aman, walau pun diprovokasi dengan pelbagai rintangan, mereka meneruskan perjalanan mereka dalam hujan lebat menuju Istana Negara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengirim mesej dan yang membuat panggilan telefon kepada saya untuk membolehkan saya merakamkan detik bersejarah ini.

Dengan ini, saya tamatkan laporan detik ke detik ini. Analisa mengenai kejayaan gelombang kuning akan menyusul malam ini.

Akhir kata, gelombang kuning yang menggelora telah pun reda bersama senja yang akan berlabuh dengan satu nostalgia kebangkitan rakyat yang amat merindukan kesejahteraan dan kedamaian untuk diwarisankan kepada generasi muka…..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!! – Ruhanie Ahmad

Foto dari agendadaily.com

Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Salleh
Sat | Nov 10, 07 | 7:36:46 pm MYT

PERHIMPUNAN dan perarakan aman lebih 100 ribu rakyat menuju ke Istana Negara berjaya diadakan walaupun banyak sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan oleh pihak polis.

ImageSekatan di daerah Gombak bermula di jalan Setapak hingga Titiwangsa bermula malam Sabtu. Manakala pagi tadi, jalan dari Kampung Padang Balang, Gombak dan Sentul sesak untuk menuju ke bandaraya.

Unit Amal Malaysia diiringi Seri Kandi telah bergerak ke beberapa lokasi seperti di Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara jam 11.30 pagi.

Selepas itu beberapa orang pimpinan AJK PAS Pusat antaranya, Ustaz Mujahid Yusof Rawa; Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Lo'Lo', Dr Mariah Mahmood, Mohamad Sabu mula bergerak ke Masjid Negara.

Lebih 5000 orang peserta perhimpunan aman berkumpul dan menunggu team dari Masjid Jamek, Kampung Baru dan Sogo untuk bersama berarak ke Istana Negara.

Walaupun hujan lebat namun peserta perhimpunan aman tidak berganjak daripada perkarangan masjid Negara. Unit Amal Malaysia gagah berdiri mengawal suasana manakala Seri Kandi tetap bersemangat walaupun dalam suasana hujan lebat.

ImageBelum sempat Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyampaikan pesanan, peserta himpunan di Masjid Negara melaungkan takbir, Allahu Akhbar! apabila melihat perarakan gelombang kuning berada di hadapan Masjid Negara.

Kesungguhan Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ustaz Idris Ahmad mendahului perarakan, walaupun dalam suasana hujan yang lebat. Laungan Allah Hu Akhbar!, Bersih, Bersih, Bersih dan ingatan jaga disiplin serta keselamatan daripada Unit Amal Malaysia terus bergema.

Perarakan terhenti lebih kurang 100 meter daripada Istana Negara apabila enam trak FRU dan satu `water canon', polis telah menghalang di kedua-dua belah jalan raya.

Laungan takbir dan laungan Daulat Tuanku terus bergema. 30 minit peserta perhimpunan menanti dengan penuh kesabaran, Setiausaha KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guang Eng, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Dato' Kamarudin Jaffar telah mengadakan perbincangan dengan pegawai polis, Sulaiman. v Dalam perbincangan itu, Khalid Ibrahim meminta pihak polis bersabar dan tidak melakukan serangan kepada peserta memandangkan temu janji untuk menyerahkan memorandum jam 5 petang.

Perbincangan dipersetujui tujuh orang pimpinan boleh masuk ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

ImageSementara menanti kehadiran Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Lim Kit Siang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim, FRU telah bersiap sedia menghalakan muncung `Water Canon'.

Seorang pegawai polis memberi amaran kepada pimpinan parti, FRU akan membuat serangan disebabkan peserta perhimpunan bising melaungkan beberapa slogan.

Lebih kurang jam 4 petang, Anwar, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah, Salahuddin Ayub, Azmin Ali tiba di perkarangan Istana Negara.

Bagaimanapun, serahan memorandum itu hanya disampaikan kepada Pegawai Istana di hadapan pagar Istana Negara.

Perhimpunan di hadapan Istana Negara tidak mencetuskan sebarang pertelingkahan dan tangkapan. - mr

Unit Amal PAS terpaksa 'rempuh' sekatan FRU

Roy Rasul
Sat | Nov 10, 07 | 7:31:30 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Perhimpunan aman rakyat anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bermula tengah hari ini iaitu selepas selesai solat Zohor, menyaksikan pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) sebagai 'jaguhnya'.

Pasukan tersebut yang berbaju Tshirt merah hati dengan semangat jitu berjaya merempuh sebuah trak water canon yang menghala kepada orang ramai yang berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek.

Walaupun dengan dianggotai kira-kira dua puluh ahli mereka berjaya memasuki ke persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menuju ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun rempuhan mereka yang dibentuk ala aksi permainan rugby dihadang oleh pasukan FRU yang bersiap sedia mengawal di kawasan berkenaan.

Ketika itu kumpulan tersebut yang masih utuh dengan pembentukan kumpulannya ditendang oleh anggota FRU. Mereka terus dikepung dan terhenti di situ.

Dalam keadaan kelam kabut dan hujan pula lebat pasukan polis menghalau pihak media dan orang ramai yang berada di persekitaran situ.

Ketika ini orang ramai berlari semula ke stesen LRT kerana semburan gas pemedih mata di hala kepada mereka.

Laungan takbir dan ucapan Lailahalillah terus bergema.

Penulis dan beberapa rakan media lain yang berada di kaki lima Bank HSBC turut terkena semburan gas tersebut.

Sementara itu Ketua Unit Amal Malaysia, Jamsari Mat Som mendakwa dua orang daripada kumpulan tersebut ditahan polis iaitu Muhamad Zat dari Wilayah Persekutuan dan Nawawi Ludin dari Kuantan, Pahang.

Dalam pada itu perhimpunan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih menyaksikan gerombolan gelombang kuning menjadi kenyataan.

Bahkan persekitaran Masjid Jamek sesak dengan lautan manusia sejak awal tengah hari.

Tidak kira lelaki dan perempuan malah ada yang membawa anak ke perhimpunan itu yang boleh dimasukkan dalam lipatan sejarah negara.

Kesesakan tersebut juga berlaku di dalam Masjid Jamek apabila masuk saja waktu solat Zohor.

Pasukan polis dan Unit dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal di segenap penjuru kawasan tersebut.

Jalan di ibu kota juga sesak kerana beberapa jalan utama seperti Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan LRT Putra dan Star di Stesyen Masjid Jamek ditutup. - mr


Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Daripada: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
Sat | Nov 10, 07 | 7:29:15 pm MYT

Tarikh : 10 November 2007

1.BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.

2.Hanya menerusi pilihan raya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan.

Selagi mana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci 'semak dan imbang' dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.

3.Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihan raya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya.

Selepas pilihan raya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihan raya-pilihan raya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.

4.Proses pengendalian pilihan raya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita.

Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihan raya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.

5.Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:

a.Sistem pilihan raya:

i.Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64 peratus boleh diterjemahlkan kepada 91 peratus kerusi bagi parti pemerintah.

Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas 'First-Past-The-Post' atau 'Yang-Pertama-Melepasi-Tiang' dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan 'agihan-timpang' dan 'curang' atau 'tipu-belit'.

ii.Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen terjamin.

iii.Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihan raya tempatan dengan sistem pilihan raya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.

b.Pentadbiran pilihan raya:

i.Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi

ii.Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan

c.Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan:

i.Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);

ii.Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;

iii.Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan.

iv.Wang deposit pilihan raya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.

d.Kempen pilihan raya – Peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut:

i.Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;

ii.Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

iii.Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah.

iv.Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.

e.Media;

i.Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional

ii.Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta.

iii.Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.

f.Kerajaan Sementara atau 'Caretaker'

i.Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

ii.Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihan raya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah.

iii.Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman

g.Daftar Pemilih:

i.Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’.

ii.Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

h.Undi:

i.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda.

ii.Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.

6.Untuk jangka terdekat, BERSIH telah menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:

a) Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan. (b)Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda. (c) pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara. (d) akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya.

Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.

7.Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup.Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan.Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.

8.Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan:

a.Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihan raya.

b.Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.

Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut:

Parti Politik:

1.Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan) 2.Democratic Action Party (DAP) 3.Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS) 4.Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM) 5.Sarawak Nation Party (SNAP)

Pertubuhan Bukan Kerajaan:

1.Save Ourselves (SOS Penang) 2.Tamil Foundation 3.Group of Concerned Citizens (GCC) 4.Citizens’ Health Initiative (CHI) 5.Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity) 6.Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) 7.Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT) 8.Pusat Janadaya (EMPOWER) 9.Community Action Network (CAN) 10.Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human Rights ) (HAKAM) 11.Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 12.Malaysian Trades Union Congress (MTUC) 13.Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM) 14.Labour Resource Centre (LRC) 15.Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS) 16.Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH) 17.Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association)(PUM) 18.Women’s Development Collective (WDC) 19.ERA Consumer 20.Centre for Independent Journalism (CIJ) 21.Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy Research Institute) (UPP-IKD) 22.Malaysian Voters’ Union (MALVU) 23.All-Women’s Action Society (AWAM) 24.Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition) (GAMIS) 25.Research for Social Advancement (REFSA) 26.Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM) 27.Gerakan Anti Korupsi (GERAK) 28.Citizen Think Tank 29.Police Watch Committee./wann

Beberapa orang dibebaskan, peguam berada di IPK untuk berunding

Harakahdaily
Sat | Nov 10, 07 | 7:23:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Beberapa orang yang ditahan berdekatan LRT Masjid Jamek petang tadi dibebaskan tanpa syarat di IPK Jalan Hang Tuah sejurus sebelum maghrib tadi.

Seorang pemanggil yang enggan disebutkan namanya memberitahu Harakahdaily, anggota MPT KeADILan, Sivarasa Rasiah, beberapa orang peguam dan wakil dari Suaram berada di pondok pengawal IPK sebentar tadi.

Katanya, Sivarasa memberitahu, pihaknya cuba untuk berunding dengan pihak polis bagi membebaskan semua tahanan.

Menurutnya, beliau ditahan di Jalan Melayu dan diarahkan masuk ke dalam Black Maria bersama lebih 20 orang yang lain.

Beliau berkata, ada diantara yang ditahan bersama beliau terdapat beberapa orang yang cedera akibat ditendang oleh anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan.

"Kami ditahan dan diugut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis yang disabitkan tuduhan hendak merusuh.

"Ini adalah tindakan jahat pihak polis, kami datang untuk berhimpun secara aman, bukan hendak merusuh, kami tahu ini Malaysia, bukannya Myanmar," keluh beliau. - mr

Tindakan polis, FRU cetuskan kekecohan di Masjid Jamek

Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin
Sat | Nov 10, 07 | 7:10:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Belumpun Perhimpunan Aman Rakyat dimulakan, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung lebih 5 ribu peserta yang berhimpun di Masjid Jamek dekat sini.

Tiga trak water canon dan 50 anggota FRU memenuhi sepanjang jalan di bawah stesen LRT Masjid Jamek jam 2.30 petang.

Jalan Tun Perak yang biasanya mengalami kesesakan sepanjang hari, ditutup polis dari kedua-dua arah.

ImageSuasana pada awalnya agak terkawal apabila kira-kira 100 anggota Unit Amal PAS yang membuat barisan ditengah-tengah jalan terbabit untuk mengawal para peserta himpunan supaya tidak dikacau oleh pihak polis.

Selepas itu, tiga trak water canon mengambil posisi di hadapan simpang Dataran Merdeka dan terus mara di tengah-tengah himpunan.

Keadaan menjadi lebih kecoh, apabila FRU mengeluarkan arahan menghalau para peserta himpunan yang mula mara ke Dataran Merdeka.

Dengan laungan takbir 'Allahuakbar; Lailahaillah berulang-ulang kali,dengan tidak menghiraukan arahan polis itu, menyebabkan FRU melepaskan semburan asid kepada orang ramai yang berada di hadapan bangunan bank OCBC, setesen LRT, dan kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan bawah LRT.

Hampir setiap sudut dan kedai-kedai di sepanjang masjid jamek di sembur oleh FRU, keadaan menjadi kelam kabut dan masing-masing peserta berlari bertempiaran mengelak daripada terkena semburan asid.

Walaupun dalam keadaan hujan yang amat lebat, orang ramai tidak putus asa sambil mengarahkan kumpulan mereka supaya terus mara ke Dataran Merdeka sementara FRU tidak memuntahkan semburannya.

Bagaimanapun, ramai di kalangan peserta yang kena semburan air agak keletihan dan tidak terdaya dengan mata dan kulit muka kemerah-merahan akibat terkena semburan air yang mengandungi bahan 'Chemical'.

Ketika ini kedengaran para peserta himpunan menjerit 'cepat.. bergerak' berulang kali meminta para peserta terus mara ke Dataran Merdeka.

ImageBendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang merupakan ketua peserta himpunan di Masjid Jamek terus meminta semua peserta mara ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan para peserta sedang mara ke Dataran Merdeka, FRU sekali lagi menghala semburan kepada mereka menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam kebut dan mereka berlari bertempiaran sambil menjerit-jerit.

Beberapa minit kemudian, para barisan FRU yang terdiri daripada 10 orang sekali gus melepaskan tembakan gas pemedih mata di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek dan di celah lorong ke Masjid India menyebabkan para peserta himpunan lari menyelamatkan.

Malah ada beberapa peserta yang memberanikan diri mengambil semula peluru gas pemedih mata yang jatuh di hadapan mereka dan membalingkan semula ke arah pasukan FRU walaupun berhadapan dengan risiko sesak nafas dan pedih mata.

Ekoran daripada tindakan ganas FRU yang melepaskan sepuluh peluru gas pemedih mata sekali gus menyebabkan para peserta himpunan seperti putus asa dan undur semula ke arah perkarangan Masjid Jamek.

Ada di antara peserta yang terpaksa kembali ke masjid untuk mengelak dari terkena gas pemedih mata malah ada di kalangan mereka terbahak-bahak sehingga termuntah kerana terhidu gas pemedih mata.

Segerombolan FRU mengejar para peserta himpunan menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan masjid, di samping itu kira-kira 20 orang FRU berbaris sambil memegang perisainya di hadapan pintu pagar masjid menyebabkan para peserta himpunan tidak dapat keluar.

Hampir setengah jam, para peserta tidak kira tua, muda, remaja, bahkan kanak-kanak terpaksa berlindung seketika di dalam Masjid Jamek sambil membersihkan muka yang terkena semburan asid dari FRU.

Akhirnya peserta himpunan berunding dengan pihak FRU untuk keluar dari kawasan masjid dan memberitahu mereka para himpunan akan bersurai.

Kelihatan para peserta memecat semula baju kuning mereka sebagai taktik untuk keluar dari perkarangan masjid kemudian selepas itu mereka memakai semula 'T-Shirt Bersih untuk sama-sama berarak ke Istana Negara. - mr


Lebih 100,000 sertai himpunan, 30 ditahan

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Nov 10, 07 | 5:32:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar memaklumkan BERSIH berjaya mengumpul lebih 100,000 peserta dalam perhimpunan aman yang bermula sejak jam 2.00 petang tadi di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Istana Negara walaupun terpaksa mengharungi pelbagai sekatan polis.

Beliau yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, PAS dan pakatan dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berjaya mengawal perhimpunan dan membuktikan tiada unsur ganas atau sebagainya seperti yang diuar-uarkan Umno-BN sebelum ini.

Bangga dengan sikap yang ditunjukkan peserta perhimpunan, beliau menyifatkan ia cukup berjaya menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kami berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara dan pulang semula ke tempat masing-masing tanpa sebarang kekecohan, mahupun tindakan provokasi," tegasnya.

Begitupun, katanya beberapa penangkapan yang berlaku di Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sogo yang melibatkan lebih 30 peserta adalah kerana tindakan polis menyekat perarakan dari kawasan terbabit.

Beliau mengecam keras tindakan polis yang sejak dari semalam memulakan sekatan terhadap peserta perhimpunan dengan sekatan di beberapa batang jalan raya, lebuh raya dan plaza tol pelbagai arah menuju ke Kuala Lumpur.

"Kami telah buktikan bahawa tanpa gangguan kami boleh berhimpun secara aman," kata Kamarudin.

Menurut beliau, perjalanan perarakan dari Masjid Negara sedikitpun tidak menampakkan kekecohan mahupun aksi ganas, malah peserta cukup menjaga tingkah laku semasa berjalan menuju ke Istana.

Begitu juga semasa perjalanan pulang, peserta perarakan raksasa itu mampu mengawal diri tanpa sebarang keganasan mahupun tindakan provokasi.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan PAS dalam menyelesaikan masalah peserta yang ditahan beliau menyatakan setakat ini pimpinan sedang berbincang di Pejabat Agung PAS mengenai perkara tersebut di Jalan Raja Laut.

Tindakan susulan akan dimaklumkan kemudian, katanya.

Terkini perkembangan dari Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Sogo, Azamin Amin melaporkan keadaan agak lengang setelah lebih 30 peserta himpunan ditangkap pihak polis dalam serbuan rambang sekitar jam 3.30 petang hingga hingga 4.15 petang tadi.


Ceramah Ustaz Hadi, Anwar, Guan Eng di Taman Melewar malam ini

Harakahdaily
Sat | Nov 10, 07 | 6:03:32 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan mereka malam ini di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dekat sini.

Semua pemimpin utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan turut berhimpun bersama dengan puluhan ribu penyokong bagi mendengar amanat pemimpin utama tersebut.

Pada waktu ini, pemimpin-pemimpin tersebut sedang berada di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, sekembalinya mereka dari perarakan Perhimpunan Aman Rakyat yang dianjurkan Bersih petang tadi.

Harakahdaily difahamkan pemimpin-pemimpin tersebut mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan susulan terhadap penangkapan rambang pihak polis terhadap peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu. - mr


Memo diserahkan, tangkapan bermula

Wan Nordin dan Azamin Amin
Sat | Nov 10, 07 | 3:41:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Terkini!, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta pimpinan pembangkan berjaya menyerahkan memorandum kepada pihak Istana, namun di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka 20 orang awam ditahan polis.

Saidatul Amani melaporkan bahawa Presiden PAS; Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru sahaja keluar dari perkarangan Istana Negara selepas menyerahkan memorandum kepada pihak Istana.

Anwar dilihat sedang berbincang dengan pegawai polis bagi meminta agar tiada tindakan dilakukan termasuk tangkapan ke atas peserta himpunan aman.

Begitupun, tangkapan telah dibuat di Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dengan polis masih mengejar peserta himpunan.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal, polis bertindak menyerbu siapa sahaja di sana menyebabkan peserta mula menggerakkan langkah menuju ke arah lain.

Polis dikatakan berkubu di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan penagkap bebas berkeliaran mencari mangsa.

Wartawan Harakah Azamin Amin melaporkan, polis mula menyerbu orang ramai untuk menahan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang berpaiakan kuning.

Keadaan semakin kelam-kabut dan polis mengambil kesempatan menahan secara rambang tidak kira siapa sahaja.

Setakat ini polis berpakaian preman digunakan bagi menahan sesiapa sahaja yang melintas, berada atau menyusuri jalan sekitar Dataran Merdeka, Pertama Komplek, Jalan Masjid India dan Masjid Jamek.

Lagi laporan terkini, Azamin melaporkan bahawa tujuh lagi ditahan termasuak dua warga emas berusia lebih 50 tahun menjadikan 20 orang setakat ini ditahan.

Sementara itu, pada jam 4.15 petang tadi, polis mula mengepong seluruh jalan di depan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pernas untuk menyekat dan menahan baki peserta himpunan yang berada di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.


Suasana depan Istana Negara sesak dengan lautan manusia diketuai Presiden PAS

Wan Nordin dan Helmi Khalid
Sat | Nov 10, 07 | 3:02:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Terkini, Wartawan Harakah, Saidatul Amani melaporkan bahawa Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan perbincangan dengan pihak polis bagi mendapatkan kebenaran memasuki Istana Negara.

Setakat ini mereka meminta tujuh wakil terdiri dari pimpinan pembangkang dan NGO untuk masuk ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Negara.

Antaranya, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Khalid, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, wakil NGO dan bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Terdahulu, Wartawan Harakah, Helmi Khalid melaporkan Presiden PAS yang menggerakkan peserta himpunan sampai ke Istana Negara meskipun terpaksa merempuh sekatan polis.

Setakat ini di beberapa lokasi tempat berkumpul dijangka lebih 50,000 orang ramai mula mendekati himpunan besar di Istana Negara tetapi di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka 30,000 masih terhalang sementara 3000 mahasiswa yang memulakan perarakan di Sogo menuju ke Bangunan Mara untuk ke Istana Negara yang dipimpin Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Mohd Ramli masih meneruskan perjalanan.

FRU tembak pemedih mata, ramai yang kena

Pihak polis semakin bertindak keras ke atas peserta perhimpunan dengan menyembur gas pemedih mata, menyembur air dari 'water canon' selain menggunakan FRU untuk menggertak dan menghalau orang ramai.

Orang awam yang turut melintasi perkarangan LRT Masjid Jamek turut terkena semburan gas selain air dari 'water canon'.

Wartawan Harakah, Bashir Ishak yang berada di Masjid Jamek melaporkan beliau turut terkena tembakan gas pemedih mata yang dibedil FRU sebentar tadi.

Empat das peluru berisi gas pemedih dilepaskan FRU ke arah orang ramai menyebabkan mereka lari bertempiaran ke arah Medan Pasar dan sekitar Jalan Masjid India serta bersebelahan HSBC Bank.

Keadaan tidak terkawal

Keadaan semakin tidak terkawal hingga orang ramai mula merempuh sekatan polis untuk menuju ke Masjid Negara bagi meneruskan perarakan ke Istana Negara.

Perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 3.00 petang terlebih awal dimulakan 'kekecohannya' oleh pihak FRU dan polis.

Di Masjid jamek dan Pertama Komplek, FRU melepaskan lagi gas pemedih mata hingga penumpang LRT yang menunggu di platform terkena gas pemedih mata.

Wartawan, KP Harakah terkena gas pemedih mata

Wartawan Harakah, Azamin Amin dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman terkena gas pemedih mata yang disembur.

Mereka tidak dapat turun ke Masjid Jamek kerana LRT diarahkan untuk tidak berhenti di stesen tersebut.

Sementara itu di Istana Negara, gerombolan lebih 50,000 yang dipimpin oleh Presiden PAS kini menunggu perbincangan antara Khalid dengan polis untuk meneruskan agenda perhimpunan dan menyerahkan memorandum.

Di beberapa lokasi di Masjid Jamek, orang ramai terpaksa menukar baju dari baju kuning kepada baju bewarna lain bagi mengelak dari ditahan polis.

Gerombolan perarakan yang dipimpin Dr Hatta di Sogo menuju ke Bangunan Mara dan Pertama disembr gas menyebabkan perarakan jadi kelam kabut.

Mereka terpaksa menukar haluan bagi menggerakkan himpunan ke Istana Negara menyertai himpunan besar yang dipimpin Presiden PAS.

Tangkapan bermula, 13 ditahan di Dataran Merdeka

Wan Nordin dan Azamin Amin
Sat | Nov 10, 07 | 3:41:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Terkini!, polis mula bertindak menahan peserta perhimpunan dengan 13 orang setakat ini dilaporkan ditahan di Dataran Merdeka.

Wartawan Harakah Azamin Amin melaporkan, polis mula menyerbu orang ramai untuk menahan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang berpaiakan kuning.

Keadaan semakin kelam-kabut dan polis mengambil kesempatan menahan secara rambang tidak kira siapa sahaja.

Setakat ini polis berpakaian preman digunakan bagi menahan sesiapa sahaja yang melintas, berada atau menyusuri jalan sekitar Dataran Merdeka, Pertama Komplek, Jalan Masjid India dan Masjid Jamek.

Lagi laporan terkini, Azamin melaporkan bahawa tujuh lagi ditahan termasuak dua warga emas berusia lebih 50 tahun menjadikan 20 orang setakat ini ditahan.

Selesai serah memo, Anwar bincang dengan polis

Sementara itu di Istana Negara, Saidatul Amani melaporkan bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru sahaja keluar dari perkarangan Istana Negara selepas menyerahkan memorandum kepada pihak Istana.

Anwar dilihat sedang berbincang dengan pegawai polis bagi meminta agar tiada tindakan dilakukan termasuk tangkapan ke atas peserta himpunan aman.

Begitupun, tangkapan telah dibuat di Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dengan polis masih mengejar peserta himpunan.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal, polis bertindak menyerbu siapa sahaja di sana menyebabkan peserta mula menggerakkan langkah menuju ke arah lain.

Polis dikatakan berkubu di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan penagkap bebas berkeliaran mencari mangsa.

Lebuh Raya Utara-Selatan sesak teruk

Harakahdaily
Sat | Nov 10, 07 | 2:47:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Lebuh Raya Utara-Selatan (menghala ibu kota dari selatan), menjadi lautan kenderaan apabila berlaku kesesakan lalu lintas paling teruk bermula dari Serdang sehingga ibu kota.

Kesesakan berlaku apabila pihak polis membuat beberapa sekatan jalan raya termasuk menghalang sama sekali kenderaan daripada memasuki Persiaran Mahameru (selepas Lapangan Terbang Sungai Besi) menghala ke Istana Negara dan Dataran Merdeka.

Sekatan dipercayai dilakukan bagi menggagalkan Perhimpunan 100,000 Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Dataran Merdeka, di sini jam 3.00 petang ini.

Biasanya perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur mengambil masa kurang sejam tetapi hari ini, laluan Serdang-pusat ibu kota mengambil masa dua jam. Apa yang memelikkan, berhampiran Plaza Tol Sungai Besi disediakan laluan pusingan U bagi memberi peluang kepada pemandu tidak ke ibu kota, sebaliknya menukar destinasi masing-masing.

Ada beberapa kenderaan rosak dan tersadai di tepi dan tengah-tengah lebuh raya, disebabkan enjinnya terlampau panas.

Sekatan jalan raya di kebanyakan tempat memberi tumpuan khusus kepada penunggang motosikal. Puluhan motosikal tersadai di tepi lebuh raya, dipercayai disita pihak berkuasa.

Selepas turun dari bas di Pudu, penulis yang menaiki kereta api ringan (RapidKL) dari Stesen Pudu menghala ke Masjid Jamek (jam 2.00 petang tadi), seterusnya ke Titiwangsa, mendapati kenderaan berkenaan sarat dengan penumpang.

Ketika kereta api berhenti di Stesen Masjid Jamek, kelihatan kawasan Masjid Jamek dikawal berpuluh-puluh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Ketika kereta api melalui kawasan sisi Dataran Merdeka, kelihatan sejumlah kenderaan FRU dengan puluhan anggota siap sedia. Jalan raya ke kawasan itu telah dihalang kenderaan FRU. Kelihatan di Dataran Merdeka 'kosong'. Hanya kelihatan anggota FRU mundar-mandir di kawasan berkenaan. - lanh


Semburan 'water cannon', dan gas pemedih mata tidak halang lautan manusia banjiri Masjid Jamek

Azamin Amin
Sat | Nov 10, 07 | 2:34:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 5,000 orang ramai membanjiri kawasan berhampiran Masjid Jamek berdekatan Dataran Merdeka bagi mendengar ucapan dan amanat daripada pimpinan PAS yang bakal menyertai himpunan rakyat sebentar lagi.

Laungan semangat dan hujah penuh makna ketika ini sedang disampaikan kepada orang ramai yang hadir oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato' Hassan Ali bersama dengan Pesuruhjaya Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man dan Bendahari Pas Dr Hatta Ramli.

Wartawan Harakah Basyhir dan Roy Rasul turut memaklumkan bahawa sejumlah 2 buah trak FRU telah pun 'menembak' air water cannon ke arah orang ramai namun ianya tidak mematahkan semangat oarang ramai untuk kembali ke kawasan terbabit biarpun dalam masa yang sama hujan lebat 'merahmati' kawasan tersebut malah akibat daripada itu berlaku rempuhan antara orang ramai dan FRU sehingga pihak FRU melepas gas pemedih mata sebentar tadi.

Bagaimanapun, suasana sedikit tegang kerana sudah 4 barisan FRU sejumlah lebih 300 orang telah mengepung kawasan masjid Jmek tersebut namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat dan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Difahamkan, oarang ramai yang bakl dipimpin oleh pimpinan PAS akan berarak menuju ke arah perhimpunan aman tersebut sekitar jam 2.10 petang.

Turut dilaporkan beberapa lokasi di lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dari arah utara telah ditutup dan disekat.

Polis arah bersurai, pimpinan PAS kerumuni perkarangan Masjid Negara

Wan Nordin dan Helmi Khalid
Sat | Nov 10, 07 | 2:07:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Pihak polis mengarahkan kira-kira 10,000 orang ramai yang berkumpul di Masjid Negara yang selesai bersolat Zohor untuk beredar dari masjid termasuk di sekitar perkarangan kawasan masjid.

Sebelum itu, polis hanya membenarkan orang ramai memasuki masjid setelah azan Zohor dilaungkan. Kesesakan melampau berlaku ketika orang ramai mahu mengambil 'wuduk' memandangkan polis hanya membenarkan mereka memansuki perkarangan masjid dalam masa yang singkat.

Hampir 10,000 orang ramai bersolat tanpa gangguan, bangaimanapun dipantau oleh pihak polis dari jarah dekat.

Pimpinan PAS mula mengerumuni perkarangan masjid termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; pimpinan NGO dan pembangkang lain.

Setakat ini maklumat dari Setiausaha Agung PAS di Masjid Negara menyatakan polis hanya memberi arahan di luar perkarangan masjid sementara masih tidak menggangu perjalanan di dalam dewan solat.

Pimpinan PAS dan Bersih masih berkubu di dalam Masjid Negara. Beliau juga melaporkan gerombolan peserta himpunan dari Sogo sedang menuju ke Dataran Merdeka yang kini dikawal ketat polis.

Sementara AJK PAS Pusat yang ada di sana ialah, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib, Mujahid Yusof Rawa, Amiruddin Hamzah, Dr Lo' Lo Mohd Ghazali dan beberapa pimpinan MT KeADILan.

Polis memberikan arahan bersurai, di Masjid Negara sementara di Jalan Masjid India dan Masjid Jamek, kira-kira 100 anggota Unit Amal mula membuat barisan untuk mengawal peserta himpunan.

Wartawan Harakah, Salmiyah Harun yang berada di lokasi melaporkan polis mula merapati gerombolan orang ramai menyebabkan keadaan agak kecoh.

FRU mula mengepung orang ramai di Masjid Jamek, manakala ada peserta himpunan merempuh benteng yang diadakan oleh FRU di kawasan masjid berkenaan.

Sementara itu terkini, Mohamad Sabu yang memimpin ucapan permulaan di Masjid Negara mengumumkan himpunan akan bergerak ke Istana Negara dengan menunggu gerombolan peserta dari Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan Sogo.

Di Dataran Merdeka, FRU terus menyembur peserta himpunan termasuk dengan gas pemedih mata.Wartawan Harakah di sana, Roy Rasul turut terkena semburan pemedih mata.

Hingga kini, FRU menggunakan semua anggotanya untuk menghalang pergerakan peserta himpunan yang mahu menuju ke Masjid Negara untuk bergabung di sana menuju ke Istana Negara.

Orang ramai termasuk bukan peserta himpunan turut disembur dengan gas di LRT Masjid Jamek, sementara mereka meneruskan perjalanan melalui jalan-jalan susur ke Masjid Negara.

Di Masjid Negara, Presiden PAS yang lengkap berjubah dan berjaket kuning mula turun bagi mengepalai gerombolan orang ramai untuk ke Istana Negara.

Hujan lebat yang membasahi batang tubuh peserta himpunan membakar semangat mereka untuk meneruskan perarakan ke Istana Negara.

Di Masjid Negara setakat ini tidak ada sebarang kekacauan berlaku, dan Helmi Khalid melaporkan polis masih memerhati dan memberi amaran dari semasa ke semasa.

Lanskap Kuala Lumpur bertukar jadi 'Bandaraya Polis'

Wan Nordin dan Azamin Amin
Sat | Nov 10, 07 | 1:27:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Terkini sekitar kira-kira jam 1.00 petang, di laporkan suasana Kuala Lumpur dalam situasi yang agak 'kelam-kabut' ekoran tindakan polis menghalang pergerakan orang ramai khususnya warga kota termasuk menggeledah beg-beg peribadi mereka kerana fobia kepada t-shirt warna kuning dan mahu menghalang orang ramai berhimpun pada jam 3.00 petang ini.

Ini menyebabkan lanskap Bandaraya Kuala Lumpur bertukar menjadi 'Bandaraya Polis' semata-mata untuk menakutkan orang ramai dari menyertai himpunan.

Polis bertindak menggeledah beg-beg peribadi orang ramai yang berada di sekitar hentian bas berhampiran dengan Dataran Merdeka dan Masjid Negara manakala orang ramai dibiarkan basah kuyup oleh pihak polis kerana tidak membenarkan mereka memasuki ke kawasan masjid.

Malah dinyatakan bahawa :'Tak boleh masuk sebab belum masuk waktu zohor,'.

Sementara itu lebih ramai anggota polis mula bergerak ke arah Dataran Merdeka dan sekitar Jalan Masjid India termasuk polis berpakaian preman dan cawangan khas (SB).

Harakahdaily dimaklumkan ada pihak yang akan membuat kacau bagi memporak-perandakan himpunan pada petang ini, malahan disyaki kumpulan tertentu telah diarahkan untuk melakukan provokasi himpunan petang ini.

Pihak polis pula dilihat semakin beria-ia dalam mengarahkan orang ramai menjauhkan diri dari lokasi himpunan dengan pemantauan dari udara dilakukan setiap masa oleh pesawat milik PDRM.

Begitupun peserta himpunan semakin membanjiri sekitar Jalan Masjid India, Jalan Raya Laut, Komplek Pertama, Pasaraya Sogo dan sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dari raut wajah mereka sedikitpun tidak menampakkan ketakutan, malah cukup bersemangat untuk meneruskan himpunan aman petang ini, meskipun keadaan Kuala Lumpur semakin menjadi sebuah 'Bandaraya Polis'.

Sementara peserta himpunan dari Negeri Sembilan pula melaporkan bahawa perjalanan mereka disekat polis dan hingga kini belum lagi dilepaskan dari sekatan di Sungai Besi.

Apa tidaknya, polis bertindak demikian dipercayai kerana menurut arahan dari amanat penggulungan dan amaran tegas Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

'Pantang saya dicabar!' yang dilaungkan Abdullah di Perhimpunan Agung Umno semalam akhirnya menyebabkan suasana ibu kota hari ini menjadi 'sesak' kerana sekatan dan halangan polis yang telah dilakukan lebih awal lagi.

Amanat itu secara tidak langsung adalah 'isyarat tegas' supaya pihak polis menghalang dengan apa cara sekalipun daripada membenarkan rakyat berhimpun secara aman dan menuntut sebuah negara demokrasi yang bersih seperti yang bakal dianjurkan oleh Bersih pada jam 3 petang ini di Dataran Merdeka.

Sejak semalam berita Himpunan Rakyat telah disensasikan oleh pihak media malah berulang kali menyiarkan kenyataan Abdullah termasuk amaran Ketua Polis KuaLa Lumpur yang memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai dan memakai baju kuning.

Seawal jam 7.00 pagi, tinjauan Harakah mendapati beberapa anggota polis telah pun berada di beberapa persimpangan jalan raya menuju Dataran Merdeka antaranya di sekitar Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan laluan menuju ke Kampung Baru.

Malah 'Sign Board' I.T.I.S di sekitar ibu kota memaklumkan bahawa laluan Dataran Merdeka telah ditutup manakala berhadapan pintu masuk Hospital Kuala Lumpur telah diadakan sekatan jalan raya atau 'Roadblock bagi menghalang para peserta menuju ke arah sana dengan menaiki kenderaan.

Harakah sempat melihat sebuah kereta juga turut ditahan dan dalam masa sama yang seorang pemandu melayu diarahkan keluar diminta untuk mengemukakan kad pengenalan diri.

Keadaan dan situasi ini menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku dan menghalang perjalanan orang awam dan warga ibukota untuk bersiar-siar dan menuju ke destinasi tertentu di Kuala Lumpur pada hari ini.

Difahamkan semenjak semalam sekitar jam 6 petang manakala di lokasi tertentu seperti di kawasan Sentul, Sungai Besi dan lebuh raya Karak turut di adakan sekatan jalan raya.

Tinjauan Harakah mendapati kawasan Dataran Merdeka telah ditutup dengan kon-kon empat segi dengan ditambah pula sejumlah lebih 500 anggota polis Simpanan Persekutuan FRU , polis trafik, polis dan yang berpakaian preman dengan dibantu trak-trak termasuk trak 'water cannon' dianggarkan lebih 10 buah telah berada di sekitar kawasan tersebut, daripada arah Pasar Seni, Jalan Raja Laut dan Masjid Jamek.

Turut kelihatan sebuah Helikopter PDRM yang turut berlegar-legar melakukan penerbangan di sekitar Dataran Merdeka.

Manakala di kawasan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) turut kelihatan beberapa anggota polis trafik sedang berada di kawasan tersebut manakala dua buah trak polis sedang menunggu di pintu masuk kawasan Masjid Negara.

Difahamkan pihak polis akan menghalang para peserta yang datang daripada luar negeri yang menaiki keretapi daripada menyertai himpunan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama wartawan Harakah yang berada di lokasi stesen komuter Kajang telah memaklumkan bahawa terdapat juga sekatan polis dilakukan di stesen tersebut.

Manakala sekatan polis di Sungai Besi masih diteruskan dan ramai yang ditahan.Manakala jalan menuju ke Istana Negara masih ditutup lagi.

Tinjauan juga mendapati, sejumlah empat buah trak FRU dan tiga buah trak Polis sudah pun berada di lokasi Masjid Kampung Baru bagi menghalang orang ramai yang dipercayai akan berkumpul di lokasi tersebut bagi menyertai himpunan rakyat tersebut.

Semalam dilaporkan, penganjur perhimpunan, Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan empat lokasi untuk orang ramai berkumpul sebagai langkah alternatif jika Dataran Merdeka disekat oleh pihak polis yang mengahalang himpunan tersebut.

"Tempat-tempat tersebut adalah di Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni. Orang ramai dinasihatkan berkumpul di keempat-empat lokasi tersebut sehingga isyarat bergabung diterima daripada pemimpin perhimpunan," kata ahli jawatankuasa Bersih, Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, sekiranya Dataran Merdeka tidak ditutup, orang ramai diminta berkumpul di situ seperti rancangan asal.

Selain itu, kata Tian, orang ramai juga dinasihati masuk ke Kuala Lumpur lebih awal kerana pihak penganjur menjangkakan polis akan mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di kebanyakan lalaun memasuki ibu kota.

Awas provokasi kumpulan yang 'berpakaian awam' untuk sabotaj himpunan

Intan Abdullah
Fri | Nov 09, 07 | 4:46:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Pelbagai sekatan, provokasi dan fitnah yang kini giat dijalankan oleh pihak tertentu bagi memastikan perhimpunan aman Rakyat gagal atau berlangsung dengan insiden seumpama yang berlaku dalam tragedi berdarah Batu Buruk pada 8 September lalu.

Terdapat pihak yang membuat tanggapan bahawa apa yang berlaku seolah-olah memperlihatkan ia adalah usaha terancang pihak tertentu bagi mencetuskan kekalutan dan insiden yang tidak diingini, dengan tujuan pihak penganjur yakni Bersih dipalitkan dengan imej yang buruk.

Sebelum ini terdapat risalah disebarkan yang mendakwa perhimpunan esok didalangi oleh pertubuhan antara agama yang bertujuan untuk menghancurkan Islam (IFC).

Selain itu juga, terdapat sms dan handbill yang menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan, termasuk ada yang menyatakan perhimpunan ditunda, bertukar lokasi.

Bahkan ada yang mendakwa ia didalangi oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dengan kerjasama polis cawangan Khas (SB) yang dilantik sebagai agen provokator yang akan bertugas

Tidak cukup dengan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka esok kerana menurutnya ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, maka polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, demikian menurut laporan Bernama.

Kenyataan tersebut ternyata senada dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang menggesa pihak keselamatan supaya bertindak tegas menangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan rakyat esok di Dataran Merdeka kerana ianya akan diadakan secara haram.

Perhimpunan itu akan diadakan sehari selepas tamatnya perhimpunan agung Umno hari ini.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalan raya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihan raya umum," katanya.

Sementara itu, terdapat desas-desus mengatakan segolongan ahli Putera Umno yang kononnya akan dikerah untuk menunjukkan kehebatan mereka esok. Mereka yang majoritinya terdiri daripada Mat Rempit ini dikatakan akan dikerah supaya bertembung dengan peserta himpunan rakyat 'gelombang kuning'.

Selain itu, terdapat juga sekumpulan 'khadam' suruhan seorang anak muda dengan codenamed “beruang hitam” sedang menyebarkan risalah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembang Klang. Kadam-kadam berkenaan diarah oleh bosnya untuk menggagalkan gelombang kuning yang akan menggelora daripada Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, yang bermula pada jam 3 petang esok

Khadam-khadam “beruang hitam” juga menyebarkan berita bahawa bos mereka telah mengarahkan sekumpulan “askar upahan” untuk memprovokasi peserta gelombang kuning supaya bertindak liar di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Istana Negara.

Menyedari akan risiko-risiko yang akan terjadi serta dengan mengambil kira makluman awal yang diterima daripada pelbagai sumber mengenai insiden yang bakal tercetus, pihak Bersih meminta agar orang ramai tidak patah semangat untuk terus bangkit dalam perhimpunan esok.

Bagi Bersih, apa yang akan dan telah berlaku seperti telahpun diatur dengan baik oleh dalang yang masih tidak dapat dikenalpasti dengan niat untuk menggagalkan kebangkitan 'gelombang kuning'. - mr