Tuesday, May 19, 2009

POLITIK : SELASA 19 MEI 2009

Tiada calon di Penanti
KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akanmeletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politikpembangkang’.

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’
KUALALUMPUR 18 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkantindakan pertubuhan haram Hindraf mengugut akan menganjurkan protesjalanan bulan depan sekiranya larangan terhadap P. Uthayakumar untukbertemu Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidakditarik balik.

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM
KUALALUMPUR 18 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak adasesiapapun di negara ini yang berhak memberi kata dua kepada kerajaantermasuk pertubuhan haram Hindraf.




BN tak tanding di DUN Penanti
KUALALUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidakmeletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahuterjerumus dalam permainan politik pembangkang.





Image
Setuju tubuh Puteri BN
KUALA LUMPUR 18 Mei – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)hari ini bersetuju untuk menubuhkan Puteri BN secara rasmi, kataPengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah
KUALALUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan pakatan pembangkangberhubung kemelut di Perak tetapi ia akan dilakukan selepas mahkamahmembuat keputusan.

Image
Kayveas tidak gentar cabaran Murugiah
KUALALUMPUR 18 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas tidak gentar berhadapan dengan cabaran Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah bagi merebut jawatantertinggi parti itu.

Politik wang: Tiada tindakan disiplin terhadap Mat Iraqi
KUALALUMPUR 18 Mei - Tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadapKetua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dakwaanbeliau mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelangpemilihan parti itu.

Tumpu pada pengundi muda
KUALALUMPUR 18 Mei - UMNO Wilayah Persekutuan akan memberi perhatian khususkepada pengundi muda dalam usaha untuk merampas semula kawasan Parlimenyang dimenangi pembangkang.

Image
Pemimpin mesti dekati rakyat
NIBONGTEBAL 18 Mei - Proses transformasi yang berlaku dalam UMNO perluditerjemahkan oleh pemimpin di peringkat cawangan dengan bergiat lebihaktif sebagai barisan paling hadapan untuk meraih semula kepercayaanrakyat berbilang kaum di negara ini.

Sekretariat BN Pemuda dibentuk
KUALALUMPUR 18 Mei - Sekretariat Pemuda Barisan Nasional (BN) akanditubuhkan untuk bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktivitibadan itu.

Soi Lek pernah temui Husam Musa
KUALA LUMPUR 18 Mei – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua SoiLek mendedahkan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Naib PresidenPas, Datuk Husam Musa baru-baru ini bagi membincangkan isu politiksemasa di negeri Perak.






PPP tak perlu pengkhianat dalam parti
KUALALUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) tidak perlukan pengkhianat dalamparti kerana kehadiran kumpulan yang mementingkan diri itu bolehmenjejaskan imej dan usaha untuk mengukuhkan kedudukan PPP dalamBarisan Nasional (BN), kata Presiden parti itu, Datuk M Kayveas.

Samy Vellu nafi cantas pesaing
KUALALUMPUR: “Saya bukan penumpang bas yang boleh turun apabila tiba diperhentian... saya adalah pemandu dan apabila memandu bas, saya mestitahu di mana dan bila untuk berhenti,” itulah analogi diberikan DatukSeri S Samy Vellu ketika ditanya bila beliau mahu meletak jawatan.

Pas Permatang Pauh tentu pendirian 31 Mei
GEORGETOWN:Pas Permatang Pauh akan menentukan pendiriannya berhubung pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, hari ini.

SPRM diminta siasat politik wang dalam Pas
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasatdakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengenaipolitik wang dalam pemilihan parti itu dan kenyataan susulan MursyidulAm Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya.

Anifah diminta dedah tawaran pembangkang
KUALALUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagaitawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya untukmelompat parti.

Rundingan kemelut politik Perak dibuat hanya selepas proses mahkamah selesai
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebarang rundingan denganpembangkang bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak hanya akandilakukan selepas proses mahkamah selesai.

Kebajikan rakyat Penanti tidak diabai: Najib
DARI MUKA 1sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.

Dr Chua ketua penyelaras BN
KUALALUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantiksebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasaipembangkang





Sultan tidak boleh singkir Nizar
KUALA LUMPUR 18 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak bolehmenyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatanMenteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atasperkenan baginda.

Nizar pohon panel lima hakim dengar prosiding
PUTRAJAYA18 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel lima hakimMahkamah Rayuan mendengar permohonannya bagi mengetepikan perintahpenangguhan yang diperoleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berhubungperisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau Menteri Besar Perak yangsah.

Gigit polis: Tian Chua diarah bela diri
KUALALUMPUR 18 Mei - Gara-gara menggigit anggota polis, Ketua PeneranganParti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua diperintahkan oleh MahkamahMajistret di sini membela diri atas tuduhan mencederakan penjawat awamdalam satu operasi polis, dua tahun lalu.

Samy Vellu nafi cantas pesaing

Samy Vellu nafi cantas pesaing
KUALALUMPUR: “Saya bukan penumpang bas yang boleh turun apabila tiba diperhentian... saya adalah pemandu dan apabila memandu bas, saya mestitahu di mana dan bila untuk berhenti,” itulah analogi diberikan DatukSeri S Samy Vellu ketika ditanya bila beliau mahu meletak jawatan.

ANIFAH VS ANWAR

Anifah diminta dedah tawaran pembangkang
KUALALUMPUR:Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagaitawaranlain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya untukmelompat parti.

--------------------------------------------------------------------------------------

Tindakan Anwar perkara remeh
SEPANG17 Mei - Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ( gambar ) menyifatkantindakanPenasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim mahumemfailkan saman fitnah ke atasnya sebagai satu perkarayang remeh dantidak perlu dilayan.

UMNO

UMNO: SENARAI PENGERUSI, TIMBALAN UMNO NEGERI

PEMILIHAN UMNO TAHUN 2008/2011





Tumpu pada pengundi muda
KUALALUMPUR 18 Mei - UMNO Wilayah Persekutuan akan memberi perhatian khususkepada pengundi muda dalam usaha untuk merampas semula kawasan Parlimenyang dimenangi pembangkang.

Image
Pemimpin mesti dekati rakyat
NIBONGTEBAL 18 Mei - Proses transformasi yang berlaku dalam UMNO perluditerjemahkan oleh pemimpin di peringkat cawangan dengan bergiat lebihaktif sebagai barisan paling hadapan untuk meraih semula kepercayaanrakyat berbilang kaum di negara ini.

------------------------------------------------------------------------------------------

Gerakan besar-besaran mantapkan semangat juang ahli UMNO
MUAR17 Mei - UMNO akan melancarkan gerakan besar-besaran untukmemantapkansemangat juang dan gerak kerja ahli-ahlinya denganmenganjurkan kursuslatihan di seluruh negara.

Image
Kembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO
TAMPIN17 Mei – Semua ahli UMNO diminta mempertingkatkan usahamengembalikankeyakinan rakyat khususnya kaum Melayu terhadap parti.

UMNO perlu bersatu hadapi pembangkang
MANJUNG17 Mei - Ahli-ahli UMNO di negeri ini dinasihatkan supayamembuang sikapsuka berpuak-puak dan kembali bersatu bagi menghadapiseranganpembangkang demi mengukuhkan perpaduan kaum Melayu.

Parti laksana program gerak kerja pulih sokongan
MUAR:Umnoakan mengadakan program gerak kerja besar-besaran di seluruhmembabitkankepemimpinan peringkat tinggi hingga ke peringkat cawangandenganmengikuti modul latihan tertentu bagi mendapatkan kembalisokongan padurakyat semua kaum kepada parti itu dan Barisan Nasional(BN).

-----------------------------------------------------------------------------------

Sedia fakta tangkis tohmahan
SHAHALAM: Umno perlu bertindak dengan menyediakan hujah dan fakta yangbetul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkanpembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru
SEREMBAN:Biro Penerangan Umno akan menggerakkan 62,843 jenteranya di semuaperingkat bagi memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagaiisu yang timbul kepada ahli akar umbi dan orang ramai.

-----------------------------------------------------------------------------------

Image
Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi
KUALA TERENGGANU 15 Mei - Lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semuacawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugasmasing-masing.

60,000 jentera penerangan tidak aktif
KUALATERENGGANU: Lebih 60,000 jentera penerangan Umno pada peringkatbahagian, cawangan dan sayap parti di seluruh negara tidak aktif dangagal melaksanakan fungsi serta tanggungjawab bagi memastikan dasar danhala tuju parti serta kerajaan sampai kepada peringkat akar umbikhususnya rakyat.

-----------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat pertama UMNO PP
PULAU PINANG 13 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan mesyuarat badanitu buat pertama kali esok sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 24April lalu, menggantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah AhmadBadawi.

-----------------------------------------------------------------------------------

Image

Perubahan UMNO satu keperluan
KUALALUMPUR 11 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskanperubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudahmenjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.

UMNO perlu kekal relevan
KUALA LUMPUR 11 Mei - UMNO perlu berada di barisan hadapan dan sentiasadiremajakan bagi memastikan ia terus kekal sebagai parti yang relevanwalaupun sudah mencecah usia 63 tahun.

Pemimpin sambut baik saranan Najib
KUALA LUMPUR 11 Mei - Pemimpin-pemimpin UMNO menyambut baik sarananPerdana Menteri agar ahli UMNO tidak terlalu bernostalgia terhadapjasa-jasa besar parti itu pada masa lalu demi mendapatkan sokonganrakyat.

Umno tak gentar cabaran: Najib
KUALA LUMPUR: Umno yang menyambut Ulang Tahun Ke-63 semalam, akan terusbangkit dan kukuh, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, terutamamembabitkan kes mahkamah, kata Datuk Seri Najib Razak.

--------------------------------

Usah terlalu bernostalgia - Najib
PEKAN10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNOsupaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itupada masa lalu.

'Umno tidak boleh lagi bernostalgia'
PEKAN:Umno perlu membuat perubahan dalam pendekatan berpolitik untuk teruskekal relevan dan mendapat sokongan rakyat, terutama di kalangangenerasi muda pasca kemerdekaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

'Perasmian berkelompok sidang cawangan lebih relevan'
MELAKA:Umno mengalu-alukan langkah pimpinan bahagian parti yang mengadakanperasmian berkelompok persidangan cawangan mengikut kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) dan bukan dibuat secara bersama pada peringkatbahagian seperti sekarang.

------------------------------------------------------------------------------------

Penerangan Umno bincang strategi memperkasa parti
KUALALUMPUR: Penerangan Umno akan mengadakan pertemuan dengan JawatankuasaPenerangan Empat Peringkat di seluruh negara mulai Ahad ini bagimembincangkan strategi untuk memperkasa parti dan melaksanakan konsep1Malaysia.

Setuju tubuh Puteri BN

Wujudkan Puteri BN



Image
Setuju tubuh Puteri BN
KUALA LUMPUR 18 Mei – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)hari ini bersetuju untuk menubuhkan Puteri BN secara rasmi, kataPengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Rosnah harap Puteri BN jadi kenyataan
ARAU8 Mei - Puteri UMNO percaya penubuhan Puteri Barisan Nasional (PuteriBN) yang dicadangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu akan menjadikenyataan.

Sekretariat BN Pemuda dibentuk

Sekretariat BN Pemuda dibentuk
KUALALUMPUR 18 Mei - Sekretariat Pemuda Barisan Nasional (BN) akanditubuhkan untuk bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktivitibadan itu.

BARISAN NASIONAL : Dr Chua ketua penyelaras BN

BARISAN NASIONAL : BN jadi parti 'nakhoda zaman' - PM



Sekretariat BN Pemuda dibentuk
KUALALUMPUR 18 Mei - Sekretariat Pemuda Barisan Nasional (BN) akanditubuhkan untuk bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktivitibadan itu.

Dr Chua ketua penyelaras BN
KUALALUMPUR:Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang

-----------------------------------------------------------------------------

Elak krisis dalaman BN: Zahid
BUKITMERTAJAM:Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dimintamenghentikanperbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukanusaha kepadamenyelesaikan masalah rakyat.

-----------------------------------------------------------------------------

Pusat khidmat BN di setiap Parlimen
KUALATERENGGANU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan pusat khidmatdi setiap kawasan Parlimen bagi membolehkan masalah rakyat berbilangkaum diselesaikan bersama oleh parti-parti komponen.

Jangan jadi jaguh kaum - Hisham
BENTONG16 Mei - Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yangcuba menjadi jaguh kaum masing-masing hanya menghancurkan parti apabilamenggunakan saluran yang salah untuk mengemukakan tuntutan.


-----------------------------------------------------------------------------

Dewan Tertinggi bincang isu semasa politik 18 Mei
KUALALUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat 18 Meiini dijangka membincangkan isu semasa politik negara, termasuk sama adaakan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti, akhir bulan ini.

Gigit polis: Tian Chua diarah bela diri

Gigit polis: Tian Chua diarah bela diri
KUALALUMPUR 18 Mei - Gara-gara menggigit anggota polis, Ketua PeneranganParti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua diperintahkan oleh MahkamahMajistret di sini membela diri atas tuduhan mencederakan penjawat awamdalam satu operasi polis, dua tahun lalu.

BN tak tanding di DUN Penanti

BN tak tanding di DUN Penanti

Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Anwar Patho Rahman
bhnews@bharian.com.my


NAJIB pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan
Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Turut
hadir Muhyiddin, Ong dan Dr Koh.

Kekosongan kerusi kerana 'permainan' pembangkang: PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara kerana Dewan Tertinggi BN berpendapat kekosongan kerusi DUN berkenaan bukan berasaskan peruntukan Perlembagaan, sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.

"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain.

"Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di sini.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah.

Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata, beliau bertindak demikian untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sudah dinamakan sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Parti Rakyat Malaysia serta bekas Ketua Wanita Keadilan, Aminah Abdullah, menyuarakan hasrat untuk bertanding.

Perdana Menteri berkata, walaupun tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, BN memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti.

Beliau juga percaya pengundi kawasan berkenaan tidak akan kecewa, malah dapat menerima keputusan itu.

Ditanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, Najib berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti."

Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bukan yang pertama kerana sebelum ini keputusan sama pernah dibuat, tetapi ketika itu tidak ada permainan politik.





Tiada calon di Penanti

Oleh HERMAN HAMID dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.

PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.

Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.

Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.

Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.

Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.

“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’

Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.

Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.

“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.

Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.

Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.

Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah. Kita tak letak calon.’’

Sultan tidak boleh singkir Nizar

Sultan tidak boleh singkir Nizar

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda.

Sebaliknya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, ini jelas terkandung dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.

''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain.

''Maksudnya, dengan pelantikan tersebut, Menteri Besar memimpin negeri melalui barisan Exco dan menasihatkan baginda berhubung hal ehwal negeri seperti yang termaktub di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan negeri Perak,'' katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu menyatakan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat yang diperoleh pihak media hari ini.

Pada 11 Mei lalu, beliau membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam keputusan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku responden untuk menangguhkan perintah perisytiharan itu sehingga rayuan didengar.

Rayuan Zambry yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakimannya juga menyatakan, walaupun Sultan Perak selepas menemui anggota DUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah membuat pengadilan yang Zambry mendapat sokongan majoriti, baginda tidak sepatutnya berpendapat bahawa Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

''Satu alasannya ialah pernyataan 'dalam pengadilannya' tidak digunakan dalam Perkara 16(6) perlembagaan tersebut,'' ujar beliau.

Menurut hakim tersebut, pengadilan atau pendapat peribadi Sultan Perak adalah tidak relevan kepada tafsiran Perkara 16(6) UTKP, selain daripada alasan bahawa Exco kerajaan negeri seharusnya bertanggungjawab kepada DUN.

''Ia adalah mengikut logik pada peruntukan Perkara 16(5),16(2)(a) dan 16(6) UTKP malahan Perkara 16(6) memerlukan DUN yang menentukan sama ada mereka mempunyai kepercayaan atau tidak kepada Menteri Besar sebagai ketua Exco kerajaan negeri,'' ujar beliau.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga menyatakan jika dakwaan Zambry mendapat kepercayaan majoriti selepas memperoleh sokongan daripada tiga lagi ADUN adalah benar dan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengapa Zambry tidak memohon perkara yang sama.

''Mengapa responden (Zambry) yang mewakili BN tidak memohon perkenan baginda untuk mengadakan sidang khas DUN supaya usul undi tidak percaya boleh dibuat dan diterima terhadap pemohon (Mohammad Nizar).

''Dengan cara itu, ia lebih menepati amalan dan prinsip demokrasi,'' kata beliau.

Di akhir penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut membenarkan permohonan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar untuk tidak meneruskan tuntutan ganti rugi, taksiran serta diadakan inkuiri dan perintah kos.

Nizar pohon panel lima hakim dengar prosiding

Nizar pohon panel lima hakim dengar prosiding

PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel lima hakim Mahkamah Rayuan mendengar permohonannya bagi mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Leong Cheok Keng ketika dihubungi menyatakan, pihaknya telah mengemukakan permohonan itu bagi pihak Mohammad Nizar dengan menghantar surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada pukul 4 petang ini.

Menurut beliau, Mohammad Nizar mahu agar permohonannya itu didengar oleh panel lima hakim atas alasan isu yang dibangkitkan melibatkan perlembagaan dan kepentingan awam.

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan beliau hari ini tetapi ditangguhkan ke Khamis.

Pada 13 Mei lalu, Mohammad Nizar memfailkan notis usul kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan sehari sebelumnya yang membenarkan permohonan Zambry menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) sehingga rayuan penuh terhadap keputusan itu selesai.

Dua hari sebelum itu, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Alasan-alasan penghakiman itu antara lain menyatakan, beliau masih Menteri Besar yang sah kerana tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Selain itu, Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidak menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar boleh dipecat atau jawatan itu boleh dikosongkan dalam keadaan beliau tidak meletak jawatan.

Pas Permatang Pauh tentu pendirian 31 Mei

Pas Permatang Pauh tentu pendirian 31 Mei


GEORGETOWN: Pas Permatang Pauh akan menentukan pendiriannya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, hari ini.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata mesyuarat itu akan dihadiri Ahli Jawatankuasa Pas kawasan bagi membincangkan pelbagai perkara, termasuk pendirian Pas kawasan terhadap pilihan raya kecil itu.

"Pelbagai perkara akan dibincang termasuk pendirian sebenar kami dalam pilihan raya Penanti," katanya ketika dihubungi di sini apabila diminta mengulas kandungan sebuah blog, semalam.

Blog itu mendedahkan Pas Permatang Pauh mengeluar arahan melarang ahlinya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Penanti.

Blog terkenal dengan kecamannya terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, mendakwa arahan itu dibuat Omar.

Memetik kenyataan sumber Pas, Omar didakwa mengarah ahli parti supaya tidak keluar mengundi atau jika mengundi, mereka diminta merosakkan undi atau tidak mengundi calon PKR.

"Omar mengeluarkan arahan itu apabila ditanya seorang daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berhubung kedudukan jentera pilihan raya parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan," kata sumber Pas itu

Anifah diminta dedah tawaran pembangkang

Anifah diminta dedah tawaran pembangkang


KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya untuk melompat parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai sikap dan pendirian sebenar pemimpin pakatan itu dalam memenuhi cita-cita politik mereka.

“Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika.

“Saya harap dalam perkara ini Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri.

“Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang membuat pelbagai tawaran termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita. Itulah angan-angan Mat Jenin yang dilakukan oleh pakatan pembangkang kepada mereka yang dirasakan kecewa,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Kelmarin, Anifah yang juga Menteri Luar dilaporkan berkata, beliau sedia disaman dan tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Ahli Parlimen Kimanis itu pernah menolak tawaran menyertai pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

'PPP tak perlu pengkhianat dalam parti'

'PPP tak perlu pengkhianat dalam parti'



KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) tidak perlukan pengkhianat dalam parti kerana kehadiran kumpulan yang mementingkan diri itu boleh menjejaskan imej dan usaha untuk mengukuhkan kedudukan PPP dalam Barisan Nasional (BN), kata Presiden parti itu, Datuk M Kayveas.

Beliau berkata, pemecatan tujuh ahlinya termasuk bekas Ketua Pemuda PPP, Datuk T Murugiah adalah tindakan tepat kerana mereka melanggar perlembagaan parti, selain cuba bersekongkol merangka strategi membatalkan parti yang banyak berjasa kepada mereka.

"Kenapa hanya selepas dipecat mereka mahu ungkit hal berkaitan parti, tetapi mereka lupa tanpa PPP mereka tentunya tidak akan dapat memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan, dilantik sebagai Senator atau timbalan menteri.

"Kumpulan ini tidak terhutang budi langsung kepada parti, sebaliknya hanya mementing diri hingga sanggup memburukkan parti. Jadi, tidak salah rasanya untuk memecat ahli sedemikian kerana tentunya mana-mana parti sekali pun akan melaku-kan tindakan sama terhadap pengkhianat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, Lembaga Disiplin PPP memecat tujuh ahlinya, termasuk Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Kumpulan yang dipecat itu juga mendakwa wujud penyelewengan dalam pengurusan akaun parti berkenaan dan ia dianggap bergerak secara haram apabila tidak mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 2002.

Kayveas berkata, berdasarkan perlembagaan parti juga, kepemimpinan tertinggi PPP tetap memberi peluang kepada tujuh ahlinya yang dipecat itu mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

"Walaupun dua daripada tujuh yang dipecat itu mengumumkan tidak akan mengemukakan rayuan, tetapi kami akan pastikan rayuan lima yang lain jika ada didengar dan dipertimbangkan pada peringkat dalaman parti," katanya.

Mengenai tindakan ahli yang dipecat untuk membuat laporan kepada ROS supaya menyiasat akaun parti berkenaan, Kayveas berkata, pihaknya sedia berdepan dengan ROS berhubung dakwaan berkaitan akaun PPP.

"PPP ini tidak ada banyak duit dalam akaun, kami juga tidak ada saham atau harta yang boleh menyebabkan kami cuba mengelak cukai, malah tidak memperoleh keuntungan daripada sebarang perniagaan pun," katanya.

Samy Vellu nafi cantas pesaing

Samy Vellu nafi cantas pesaing

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


SAMY VELLU berinterasi secara langsung dengan pengunjung
NST Online di Balai Berita, semalam.


KUALA LUMPUR: "Saya bukan penumpang bas yang boleh turun apabila tiba di perhentian... saya adalah pemandu dan apabila memandu bas, saya mesti tahu di mana dan bila untuk berhenti," itulah analogi diberikan Datuk Seri S Samy Vellu ketika ditanya bila beliau mahu meletak jawatan.

Samy Vellu menjawab demikian ketika menjawab pertanyaan dan desakan supaya beliau mengundurkan diri sebagai Presiden MIC dan memberi laluan kepada generasi baru memimpin parti itu.

Samy Vellu berkata, beliau boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sekiranya pihak yang membuat desakan itu berupaya menjadi `bomoh' untuk menjadikan MIC stabil dan kukuh dalam sekelip mata.

"Saya sudah membuat keputusan dan menetapkan masa untuk saya pergi (mengundurkan diri). Bukan kerana usia saya (nak undur), tetapi saya mahu menyerahkannya kepada pemimpin lebih muda. Namun ingat 'old is gold'.

"Pemimpin MIC pada masa depan harus bertumpu kepada usaha memajukan masyarakat (India) dan mesti sentiasa mendekati golongan miskin. Banyak perancangan harus dilaksanakan orang baru itu untuk meneruskan usaha yang sudah dibuat sejak 29 tahun lalu.

"(Mesti) seorang lelaki (pemimpin) yang berjiwa rakyat," katanya sambil tidak menafikan ada perancangan untuk menggantikan pemimpin veteran di beberapa negeri dengan generasi muda pada pemilihan MIC September ini.

Beliau berkata demikian ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online di Balai Berita di sini, semalam.

Bekas Menteri Kerjaraya juga membidas dakwaan bahawa beliau menghapuskan pesaingnya dalam MIC melalui pendekatan kuku besi seperti yang dilakukan kepada calon yang mencabarnya, Datuk M Muthupalaniappan, baru-baru ini.

"Tiada sesiapa menghapuskan sesiapa di dalam parti. Muthupalaniappan masih selamat dan memberi banyak kenyataan menentang semua orang. Kami hanya melihat saja.

"Sekiranya anda kata saya menggunakan kuku besi untuk menghapuskan ramai orang... saya bukan Adolf Hitler. Saya cuma Samy Vellu yang biasa. Sedihnya anda tersilap dan saya tidak fikir anda tahu apa yang berlaku dalam politik masyarakat India di Malaysia.

"Saya juga tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya lagi dan tidak pernah meminta sebarang jawatan menteri seperti yang didakwa," katanya.

Ketika ditanya kekesalannya dalam kehidupan politik, Samy Vellu berkata: "Apabila masyarakat India tidak memahami usaha dilakukan MIC untuk mereka selama ini".

Menjawab soalan mengenai kedudukan Maika Holdings, Samy Vellu berkata, Maika Holdings tidak muflis, sebaliknya memiliki aset RM160 juta dan tanah bernilai RM20 juta.

"Walaupun ada injunksi mahkamah menghalang Maika Holdings daripada menjual atau melupuskan ekuitinya dalam syarikat insurans dikuasainya... ada dua tawaran baru dan selepas itu pemegang saham boleh mendapatkan wang mereka semula.

Ketika menjawab persoalan menarik mengenai rambutnya pula, Samy Vellu berkata: "Saya tiada apa hendak disorokkan. Dua bahagian tengah kepala saya botak dan saya menjalani lapan pembedahan (pengurangan kulit kepala dan rambut) di Australia. Selepas pembedahan itu, saya masih mempunyai kulit kepala yang normal, rambut saya juga tulen. Saya tidak menanam apa-apa rambut."

Kayveas tidak gentar cabaran Murugiah

Kayveas tidak gentar cabaran Murugiah


M. Kayveas membisikkan sesuatu kepada Datuk Seri S. Samy Vellu selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. MIC sebelum ini dilaporkan berminat mengambil Murugiah sebagai ahli.


KUALA LUMPUR 18 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas tidak gentar berhadapan dengan cabaran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

Beliau bagaimanapun mahu Murugiah terlebih dahulu berusaha untuk kembali menjadi ahli parti berkenaan setelah dipecat oleh Lembaga Disiplin PPP kerana melanggar disiplin.

Katanya, kalau tidak lagi menjadi ahli parti, bagaimana Murugiah boleh mencabar dirinya untuk jawatan Presiden PPP.

"Dia ada dua minggu untuk merayu, kalau dia lepas rayuan lepas itu kita tengoklah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cabaran yang dilontar Murugiah kepada Kayveas bagi membolehkannya bertanding jawatan Presiden PPP.

"Kalau anak jantan beri saya bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti bulan hadapan, jangan main taktik kotor, biar ahli parti yang tentukan siapa yang layak," kata Murugiah kepada Kayveas dalam satu sidang akhbar semalam.

Kayveas memberikan jaminan beliau tidak akan mencampuri urusan rayuan berkenaan.

Namun beliau juga berkata, Murugiah sepatutnya arif mengenai perlembagaan parti yang menetapkan seseorang ahli atau pemimpin hanya layak bertanding jawatan Presiden setelah minimum tujuh tahun menjadi ahli.

"Murugiah dalam tahun 2002 sudah keluar parti dan kemudian masuk balik, sebelum dia dipecat pun dia belum cukup tujuh tahun lagi kembali menjadi ahli, dia memang tahu sejak awal lagi dia tidak layak mencabar Presiden dari segi Perlembagaan PPP," katanya.

Kayveas berkata, ahli PPP pasti tidak akan menerima Murugiah kerana beliau mencadangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar membubarkan parti itu.

"Saya beri nyawa kepada parti ini yang sudah hampir mati dahulu, apa ahli tidak akan ingat jasa saya langsung," katanya.

Kayveas berkata, beliau sendiri tidak faham gaya pemikiran Murugiah dan ingin mencadangkan agar beliau menjalani rawatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, Murugiah pernah membuat kenyataan tidak mahu mencabar Presiden tetapi pihaknya kemudian menerima aduan beliau memberikan wang kepada bahagian-bahagian bagi mendapatkan sokongan untuk berbuat demikian.

"Lepas itu dia minta ROS haramkan PPP, saya tidak faham apa yang dia hendak sebenarnya," kata beliau.

Kayveas turut melabelkan Murugiah sebagai bekas 'kroninya' yang paling bermasalah.

Mengenai beberapa dakwaan yang dilontar Murugiah, Kayveas mempersoalkan kembali mengapa beliau tidak mengketengahkan perkara-perkara itu jika merasakannya tidak betul semasa hampir 10 tahun berada dalam Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

"Hampir 10 tahun duduk dalam MT kenapa tidak persoalkan semua ini, kenapa sekarang tiba-tiba berani," katanya.

Berhubung dakwaan kenyataan kewangan PPP tidak pernah dibentangkan, Kayveas berkata, PPP adalah sebuah parti yang tidak memiliki wang yang banyak.

"Kita tidak ada kewangan untuk dibentang pun," katanya.

Soi Lek pernah temui Husam Musa

Soi Lek pernah temui Husam Musa

KUALA LUMPUR 18 Mei – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendedahkan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini bagi membincangkan isu politik semasa di negeri Perak.

Soi Lek berkata, beliau dan Husam pada pertemuan tersebut telah mencapai kata sepakat bahawa kemelut politik negeri Perak jika dibiarkan berpanjangan tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak terutamanya rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri sama ada yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang, tidak akan menjadi sebuah kerajaan yang kuat.

“Jika Nizar gagal mendapat sokongan majoriti, beliau boleh menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan peletakan jawatannya dan biarkan ADUN majoriti untuk menentukan siapakah Menteri Besar negeri itu,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Politik wang: Tiada tindakan disiplin terhadap Mat Iraqi

Politik wang: Tiada tindakan disiplin terhadap Mat Iraqi

KUALA LUMPUR 18 Mei - Tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dakwaan beliau mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan satu muka surat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini yang memaklumkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat selepas mendengar penjelasan daripada Mohamed berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat berkenaan hanya membuat ketetapan bahawa tiada amalan politik wang dalam parti itu.

Beliau berkata, amalan berkenaan tidak berlaku kerana usaha pihak tertentu untuk menembusi bahtera Pas melalui politik kotor seperti itu sebelum ini telah gagal.

''Setelah kita mengumpul maklumat dari semua negeri, kita mendapati tiada amalan politik wang dalam Pas dan kita yakin parti ini tidak akan dapat ditembusi dengan gejala sedemikian.

''Kita juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti ini dengan amalan rasuah dan politik wang," katanya.

Selain penjelasan daripada Mohamed, mesyuarat itu juga mendengar taklimat daripada Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd. Salleh dan beberapa pimpinan pusat parti itu mengenai aduan yang diterima berhubung amalan politik wang.

Mohamed sebelum ini mendakwa wujud perbuatan meraikan perwakilan dengan jamuan dan memberikan pelbagai hadiah termasuk baju supaya mereka memilih pemimpin tertentu dalam pemilihan parti.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan politik wang dalam parti berkenaan dan meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengulas isu sama sebelum ini menegaskan Mohamed perlu memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Harian berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

Menurut Husam, jika Ketua Dewan Ulama itu gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan berkenaan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti.

Menurut Abdul Hadi, pihaknya akan terus mendukung konsep kepimpinan ulama yang melibatkan kalangan ulama dan profesional serta semua pihak dalam parti itu kerana yakin dapat mendidik mereka supaya tidak terlibat dengan politik wang.

''Kita mengambil sikap terbuka menerima semua pihak sama ada dari kalangan ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), petani dan nelayan kerana kita telah berjaya mendidik ahli-ahli kita dari atas sampai ke akar umbi," ujarnya.

Sementara itu, Mohamed yang ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan memberitahu, beliau hanya mengulangi apa yang disebutnya sebelum ini seperti yang telah disiar oleh pihak media.

Bagaimanapun, Mohamed enggan mengulas lanjut sama ada beliau telah memberikan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya.

''Tidak ada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah. Saya serah kepada Presiden," ujarnya.

SPRM diminta siasat politik wang dalam Pas

SPRM diminta siasat politik wang dalam Pas
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengenai politik wang dalam pemilihan parti itu dan kenyataan susulan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata kenyataan dikeluarkan dua pemimpin tertinggi Pas berhubung gejala rasuah dalam parti berkenaan seolah-olah mengesahkan penggunaan wang secara salah dalam pemilihan parti itu.

“Ini bukan soal ‘diberi ambil... tapi jangan undi mereka yang memberi’ (kenyataan Nik Aziz), tetapi ia membabitkan pengakuan mengenai berlakunya soal penggunaan wang secara salah.

“Perkara ini mustahak kerana kenyataan dikeluarkan (oleh pemimpin Pas itu) tiada unsur paksaan. Walaupun tahu laporan perlu dibuat, tetapi SPRM boleh membuat siasatan berhubung dakwaan ada unsur rasuah itu sebagai membuktikan kesungguhan kerajaan menghapuskan gejala itu semua peringkat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Mohamed dalam kenyataannya tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, Mohamed berkata, kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

Sementara itu, Nik Aziz pula dilaporkan berkata: “Saya cukup setuju perwakilan menolak mana-mana pemimpin mengamalkan politik sogokan, duit kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar akhirnya dia berasa perit, bodoh dan tertipu”.

Ditanya sama ada Pemuda Umno akan membuat laporan secara rasmi kepada SPRM berhubung isu itu, Razali tidak menolak kemungkinan untuk berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan politik wang dalam Pas.

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan pakatan pembangkang berhubung kemelut di Perak tetapi ia akan dilakukan selepas mahkamah membuat keputusan.

Beliau berkata, pada peringkat ini masing-masing harus menghormati keputusan sedia ada tanpa membuat sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekacauan serta menjejaskan ketenteraman awam.

‘‘Buat masa ini kita belum lagi berunding dengan pihak pembangkang kerana kita perlu tentukan kedudukan kes ini di sisi undang-undang. Kes ini mesti disahkan oleh mahkamah terlebih dahulu.

‘‘Oleh itu saya minta semua menghormati proses undang-undang dan masing-masing tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kekacauan dan sekali gus boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahawa pembangkang tidak harus menetapkan sebarang syarat bagi mengadakan pertemuan tersebut.

Menjawab satu soalan lain, Najib berkata, terpulang kepada BN Perak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, beliau menjelaskan tidak ada isu berbangkit berhubung dengan jaminan kerajaan sebanyak RM5 bilion kepada pihak Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

‘‘Ini bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk jaminan kerajaan. Kita (Kerajaan Pusat) merupakan rakan kongsi dengan kerajaan negeri.

‘‘Secara umumnya kita membuat jaminan, ini bukan hanya setakat RM5 bilion tetapi RM11 bilion. Kita mahu TIA membuat pelaburan di seluruh negara dan bukan hanya di Terengganu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan cara tersebut ia boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara selain mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

Hasil daripada kerjasama itu, katanya, pihak Kerajaan Pusat akan memperoleh 10 peratus daripada keuntungan keseluruhan yang diperoleh TIA.





Rundingan kemelut politik Perak dibuat hanya selepas proses mahkamah selesai


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebarang rundingan dengan pembangkang bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak hanya akan dilakukan selepas proses mahkamah selesai.

Perdana Menteri berkata, semua pihak harus menghormati undang-undang dan tidak mendahului proses mahkamah dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

“Isu Perak masih dalam proses mahkamah, oleh itu kita seharusnya menghormati dan mendengar keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

“Kalau kita hendak berunding dengan pembangkang, kita mesti tentukan kedudukan (semua pihak) di sisi undang-undang, barulah kita boleh berunding,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) selama lebih dua jam di Menara Datuk Onn di sini, semalam.

Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan, bilakah rundingan antara BN dan Pakatan Rakyat akan dimulakan.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Pakatan Rakyat bersedia bekerjasama dengan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Berhubung sama ada BN akan melakukan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, Najib berkata, ia terpulang kepada BN Perak.

“Kerajaan Perak akan putuskan sama ada isu itu (undi tidak percaya) dan mereka juga akan berbincang dengan Sultan Perak bagi memanggil sidang tergempar untuk undi tidak percaya itu,” katanya.

Berhubung isu membabitkan Parti Progresif Penduduk (PPP), Perdana Menteri berkata, ia tidak dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN kerana ia masalah dalaman parti itu.

Sementara itu, Najib menafikan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) menggunakan wang dana jamin dalam rancangannya untuk menambah pelaburan berjumlah RM5 bilion dari pasaran saham minggu ini.

“Ia bukan wang tetapi jaminan kerajaan pusat. Menerusi kerjasama pintar antara kerajaan Pusat dan Terengganu, kerajaan mem-benarkan suntikan tambahan RM5 bilion untuk dilaburkan.

“Bukan saja di Terengganu, tetapi di seluruh negara. Ia akan memacu ekonomi negara dan membantu menarik pelaburan langsung asing berjumlah RM11 bilion.

“Kerajaan Pusat akan mendapat manfaat sehingga 10 peratus daripada keuntungan dari setiap negeri menerusi kerjasama pintar ini. Ia adalah keputusan pintar menerusi kerjasama dengan Terengganu” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Halmi berkata, TIA bercadang meningkatkan pelaburannya sebanyak RM5 bilion.

Katanya, agensi itu sudah mengenal pasti beberapa kerjasama strategik segera dan menerusi rancangan itu TIA akan mewujudkan pasukan dengan `dana kekayaan’ dalam projek pelancongan, tenaga dan sektor pertanian.

Perbadanan Menteri Besar Terengganu (MB Inc) memiliki pegangan 100 peratus saham biasa TIA dengan Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) memiliki satu saham utama dan saham utama berasingan dalam TIA dikeluarkan oleh Yayasan TIA.

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’

KUALA LUMPUR 18 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pertubuhan haram Hindraf mengugut akan menganjurkan protes jalanan bulan depan sekiranya larangan terhadap P. Uthayakumar untuk bertemu Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

‘‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM

KUALA LUMPUR 18 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada sesiapapun di negara ini yang berhak memberi kata dua kepada kerajaan termasuk pertubuhan haram Hindraf.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pertubuhan itu, P. Uthayakumar supaya mematuhi proses undang-undang negara yang telah ditetapkan ke atasnya.

‘‘Kita sudah membuktikan kerajaan ini kerajaan bertimbang rasa. Bukanlah kerajaan yang zalim atau kerajaan yang mahu menekan mana-mana pihak asalkan ia menghormati undang-undang negara.

‘‘Kita juga akan menguatkuasakan undang-undang dengan cara paling berhemah,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua yang diberi Hindraf terhadap kerajaan sama ada menarik balik arahan supaya Uthayakumar membuat laporan kepada Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok atau berdepan dengan protes jalanan Hindraf.

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Uthayakumar pernah ditahan bersama beberapa lagi pemimpin Hindraf di bawah ISA pada Disember 2007. Beliau kemudiannya dibebaskan pada 9 Mei lalu bersama dua lagi pemimpin Hindraf, M. Manoharan dan K. Vasantha Kumar.

Pada awal April lalu, dua lagi pemimpin Hindraf yang juga peguam pertubuhan haram itu telah dibebaskan iaitu R. Kenghadharan dan V. Ganabatirau.

Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak tegas sekiranya Uthayakumar dan Hindraf tetap berdegil melanggar arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Najib berkata: ‘‘Itu nantilah dulu. Kita tak tahu lagi. Tengoklah dulu’’.

Mengenai kemelut Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas dan bekas Ketua Pemuda parti itu, Senator Datuk T. Murugiah, Najib berkata, perkara itu tidak dibincangkan kerana ia masalah dalaman parti tersebut.

Dr Chua ketua penyelaras BN

Dr Chua ketua penyelaras BN
Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu, diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib berkata, jawatan yang baru diwujudkan itu bertujuan memberi tumpuan kepada negeri yang tidak dikuasai BN.

“Dewan Tertinggi juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN, bagaimanapun penyandang akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

“Selain itu, Puteri BN akan diwujudkan secara rasmi dan semua parti komponen akan ambil tindakan susulan mengikut cara masing-masing untuk menubuhkan sayap berkenaan. Ketua Puteri BN juga secara rasmi dijemput untuk menghadiri mesyuarat BN,” katanya.

Najib juga mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung BN, manakala Bendahari ialah Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno.

Bagaimanapun, katanya, pelantikan Pengerusi BN di peringkat bahagian pula akan ditetapkan pada masa terdekat.

Beliau juga menyenaraikan pelantikan Pengerusi BN negeri termasuk beliau di Selangor,

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah); Datuk Mustapa Mohamad (Kelantan); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Terengganu) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Pulau Pinang).

Selain itu, katanya, BN di Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan Sarawak pula akan dipengerusikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) supaya pemimpinnya, P Utahayakumar tidak dihadapkan ke lembaga penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tiada sesiapa boleh memberi kata dua kepada kerajaan dan setiap pihak perlu hormati undang-undang.

“Kita sudah buktikan kerajaan sekarang adalah kerajaan bertimbang rasa dan tidak zalim atau menekan mana-mana pihak.

“Jika beliau (Hindraf) menghormati undang-undang, kerajaan juga akan menguatkuasa undang-undang dengan cara paling berhemah,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dilaporkan memberi kata dua kepada kerajaan supaya menarik balik arahan kepada abangnya, Uthayakumar, supaya bertemu dengan lembaga penasihat ISA.

Waythamoorthy yang tinggal di London mengeluarkan ugutan yang Hindraf akan melakukan perhimpunan jalanan di seluruh negara pada bulan depan.