Saturday, May 20, 2006

Keadilan Menang di Padungan

Kategori : Berita Terkini 20 May 2006. / RSS

KUCHING - Calon Parti Keadilan Rakyat di Padungan, Dominique Ng memenangi kerusi tersebut mengalahkan Lily Wong, calon SUPP-BN. Menurut Bernama, Keadilan memperoleh 8,002 undi berbanding Lily yang mendapat 6,585 undi. Dengan itu majoriti Dominique ialah 1,417 undi. Peratusan keluar mengundi di Padungan ialah 60%.

Calon Keadilan Abang Zulkifli Abang Engkeh kalah kepada Datuk Haji Wahbi Haji Junaid, calon PBB-BN di Saribas. Calon BN tersebut menang dengan majoriti nipis iaitu cuma 94 undi mengikut laporan Bernama.

BN mendapat 2,441 undi berbanding Keadilan 2,347 undi.

Sementara itu, anggota Barisan Bersatu Sarawak, SNAP dilaporkan menang di Engkilili.

DAP disahkan menang di Bukit Assek dengan majoriti 4,751 undi. Mereka juga memenangi 5 kerusi lain. Dua calon bebas menang di Belaga dan Ngemah.

Meskipun BN sudahpun memenangi majoriti, tetapi ini merupakan keputusan yang jauh lebih teruk dari pilihanraya 2001. Di samping peratusan undi pembangkang yang meningkat, dikatakan juga peratusan keluar mengundi tahun ini lebih rendah antara 50%-60%.

KEADILAN

Beting Maro, PAS hakis majoriti BN kepada 895 undi

Sat | May 20, 06 | 10:32:39 PM
Oleh Mohd Rashidi Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - PAS mencatat kejayaan membanggakan di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro, Sarawak kerana berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di kawasan tersebut kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md. Ramli.

Menurut beliau dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak tahun 2001, BN mencatatkan majoriti sebanyak 3034, bagaimanapun berdasarkan keputusan pengundian yang diadakan sebentar tadi, majoriti calon BN hanya tinggal 895 undi sahaja.

Beting Maro mempunyai seramai 7,267 pengundi, di mana Melayu Melanau sebanyak 91 peratus, Cina (2.28 peratus) dan Iban (6.73 peratus).

"Bagi PAS, walaupun kita hanya bertanding satu kerusi sahaja, ini adalah permulaan yang amat baik untuk kita kembangkan sayap di seluruh negeri Sarawak," ujarnya.

Calon PAS, Haji Alem Din memperolehi 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796, manakala 45 undi rosak dengan peratusan keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja.

Bagaimanapun berdasarkan keputusan ini menurut Dr Hatta, berbanding dengan keputusan 2001, BN menerima tamparan hebat kerana selain undi PAS meningkat sebanyak 502 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, berkurangan sebanyak 1637 undi.

Untuk rekod, dalam PRU 2001 di Dun Beting Maro, Bolhasan memperolehi 4433 undi menewaskan calon PAS, Abang Ahmad Abang Dahlan yang hanya meraih 1399 undi.

Apa yang mengejutkan kata Dr Hatta, di kawasan peti undi Beladin, calon PAS berjaya mengatasi BN di semua enam saluran tempat mengundi.

"Cuma sekarang ini kita harus bekerja keras untuk meyakinkan kaum Iban untuk turut menyertai perjuangan universal yang kita pelopori," ujar beliau.

Bagi pihak PAS beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada petugas-petugas pilihan raya PAS yang datang dari Semenanjung dan juga kalangan rakyat tempatan yang begitu komited membantu gerak kerja pilihan raya.

Katanya, bagi pihak PAS Sarawak, beliau juga berterima kasih dengan para dermawan yang banyak membantu kelancaran jentera pilihan raya PAS di Beting Maro.

HARAKAHDAILY

Calun-calun yang Bertanding Di Pilihanraya Dun Sarawak

NAMA DUN: N1 OPAR
1 Ranum anak Mina BN SUPP
2 Patrick Anek Uren SNAP
NAMA DUN: N2 TASIK BIRU
1 Peter Nansian anak Ngusie BN SPDP
2 Joseph Jutem anak Umen SNAP
NAMA DUN: N3 TANJONG DATU
1 Datuk Seri Adnan Satem BN PBB
2 Sobey Daud PKR
3 Larry Dominic Linang Bebas/IND
NAMA DUN: N4 PANTAI DAMAI
1 Idris Haji Bohari PKR
2 Dr Abdul Rahman Junaidi BN PBB
NAMA DUN: N5 DEMAK LAUT
1 Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen BN PBB
2 Saidan @ Massudin Sahini PKR
NAMA DUN: N6 TUPONG
1 Datuk Daud Abdul Rahman BN PBB
2 Ramlee Mahtar (PKR) PKR
NAMA DUN: N7 SAMARIANG
1 Haji Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR) PKR
2 Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN PBB
NAMA DUN: N8 SATOK
1 Mohamad Jolhi PKR
2 Datuk Seri Abang Johari Tun Haji Openg BN PBB
NAMA DUN: N9 PADUNGAN
1 Dominique Ng Kim Ho PKR
2 Lily Yong Lee Lee BN SUPP
NAMA DUN: N10 PENDING
1 Violet Yong DAP
2 Datuk Sim Kheng Hui BN SUPP
NAMA DUN: N11 BATU LINTANG
1 Voon Lee Shan DAP
2 Chan Seng Khai BN SUPP
NAMA DUN: N12 KOTA SENTOSA
1 Yap Chin Loi BN SUPP
2 Chong Chieng Jen DAP
NAMA DUN: N13 BATU KAWAH
1 Wong Huan Yu PKR
2 Tan Joo Phoi BN SUPP
NAMA DUN: N14 ASAJAYA
1 Abdul Karim Rahman Hamzah BN PBB
2 Mosidi Sait PKR
NAMA DUN: N15 MUARA TUANG
1 Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud BN PBB
2 Abang Ibrahim Abang Othman PKR
3 Jong Nyuk Chan Bebas/IND
NAMA DUN: N16 BENGOH
1 Mengan ak Ngandok SNAP
2 Dr Jerip ak Susil BN SUPP
NAMA DUN: N17 TARAT
1 Roland Sagah BN PBB
2 Alex Saben ak Nipong @ Nyipong SNAP
NAMA DUN: N18 TEBEDU
1 Peter ak Runin SNAP
2 Datuk Michael Manyin ak Jawong BN PBB
NAMA DUN: N19 KEDUP
1 Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) BN PBB
2 Prof Dr Razali Bolhi SNAP
NAMA DUN: N20 SADONG JAYA
1 Piee bin Ling PKR
2 Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi BN PBB
NAMA DUN: N21 SIMUNJAN
1 Mohd Naroden Majais BN PBB
2 Sakawi Nahari PKR
NAMA DUN: N22 SEBUYAU
1 Mohamad Akek PKR
2 Haji Julaihi Haji Narawi (BN-PBB) BN PBB
NAMA DUN: N23 LINGGA
1 Hajah Simoi Peri BN PBB
2 Abang Othman Abang Haji Gom PKR
NAMA DUN: N24 BETING MARO
1 Alem Din PAS
2 Bolhassan Di @ Ahmad Di BN PBB
NAMA DUN: N25 BALAI RINGIN
1 Ibi ak Uding SNAP
2 Snowdan ak Donald Lawan BN PRS
3 Cobbold John Lusoi Bebas/IND
NAMA DUN: N26 BUKIT BEGUNAN
1 Mong ak Dagang BN PRS
2 Daniel Tajem SNAP
NAMA DUN: N27 SIMANGGANG
1 Francis Harden ak Hollis BN SUPP
2 Peli ak Aron SNAP
NAMA DUN: N28 ENGKELILI
1 Dr Johnical Rayong ak Ngipa SNAP
2 Jonathan Krai Pilo BN SUPP
NAMA DUN: N29 BATANG AI
1 Dublin Unting ak Ingkot BN PRS
2 Nicholas Bawin ak Anggat SNAP
NAMA DUN: N30 SARIBAS
1 Dr Haji Wahbi Haji Junaidi BN PBB
2 Abang Zulkifli Abang Engkeh PKR
NAMA DUN: N31 LAYAR
1 Dayrell Walter Entrie SNAP
2 Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang BN PBB
3 Peter John ak Jaban Bebas/IND
NAMA DUN: N32 BUKIT SABAN
1 Edwin Dundang ak Bugak SNAP
2 Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering BN PBB
NAMA DUN: N33 KALAKA
1 Abdul Wahab Aziz BN PBB
2 Jini Sahini PKR
NAMA DUN: N34 KRIAN
1 Edmund Stanley Jugol SNAP
2 Peter Nyarok Entrie BN SPDP
NAMA DUN: N35 BELAWAI
1 Abang Sardini Abang Ojek PKR
2 Haji Hamden Ahmad BN PBB
NAMA DUN: N36 SEMOP
1 Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar BN PBB
2 Dr Noh Saabi PKR
NAMA DUN: N37 DARO
1 Murni Suhaili BN PBB
NAMA DUN: N38 JEMORENG
1 Nasaruddin Abdullah Bebas/IND
2 Abu Seman Jahwie BN PBB
NAMA DUN: N39 REPOK
1 Datuk David Teng Lung Chi BN SUPP
2 Kung Chin Chin DAP
NAMA DUN: N40 MARADONG
1 Wong Kung Kuong @ Frederick Bebas/IND
2 Ting Tze Hui DAP
3 Wong Zee Yeng BN SUPP
4 Junat ak Jawek Bebas/IND
5 David Tiong Chiong Chu Bebas/IND
NAMA DUN: N41 PAKAN
1 Datuk William Mawan Ikom BN SPDP
2 Boos ak Tutong @ Kirai SNAP
NAMA DUN: N42 MELUAN
1 Janggie ak Malaka Bebas/IND
2 Wong ak Judat BN SPDP
3 Labang ak Jamba SNAP
NAMA DUN: N43 NGEMAH
1 Gabriel Adit ak Demong Bebas/IND
2 Alexander ak Vincent BN PRS
3 Richard ak Lias SNAP
NAMA DUN: N44 MACHAN
1 Rimong ak Jantan SNAP
2 Datuk Gramong Juna BN PBB
NAMA DUN: N45 BUKIT ASSEK
1 Wong Ho Leng DAP
2 Daniel Ngieng Kiong Ann BN SUPP
NAMA DUN: N46 DUDONG
1 Dr Soon Choon Teck BN SUPP
2 Stephen Lu Cheng Kuok DAP
NAMA DUN: N47 BAWANG ASSAN
1 Datuk Seri Wong Soon Koh BN SUPP
2 David Wong DAP
NAMA DUN: N48 PELAWAN
1 Goh Chung Siong BN SUPP
2 Dr Ting Chek Ming DAP
NAMA DUN: N49 NANGKA
1 Awang Bemee Awang Ali Basah BN PBB
2 Abang Ariffin Abang Sebli PKR
NAMA DUN: N50 DALAT
1 Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming BN PBB
NAMA DUN: N51 BALINGIAN
1 Tan Sri Abdul Taib Mahmud BN PBB
2 Ibrahim Bayau PKR
NAMA DUN: N52 TAMIN
1 Augustine Liom SNAP
2 Joseph Mauh ak Ikeh BN PRS
NAMA DUN: N53 KAKUS
1 John Sikei ak Tayai BN PRS
2 Chin Khin Hee Bebas/IND
3 Charlie @ Chali ak Lunyong SNAP
NAMA DUN: N54 PELAGUS
1 Larry Sng Wei Shien BN PRS
2 Simon ak Sibat SNAP
3 Jeffery Nuing anak Ibom Bebas/IND
NAMA DUN: N55 KATIBAS
1 Datuk Ambrose Blikau ak Enturan BN PBB
2 Stephen Ayot ak Kali Bebas/IND
3 Peter Sumbang SNAP
NAMA DUN: N56 BALEH
1 Datuk Seri Dr James Jemut Masing BN PRS
2 Lucius Jimbun SNAP
NAMA DUN: N57 BELAGA
1 Stanley Ajang Batok Bebas/IND
2 Liwan Lagang BN PRS
3 John Bampa SNAP
NAMA DUN: N58 JEPAK
1 Wan Saimi Wan Dahlan DAP
2 Datuk Talip Zulpilip BN PBB
NAMA DUN:N59 KIDURONG
1 Paul Yong Khing Kee BN SUPP
2 Chiew Chiu Sing DAP
NAMA DUN: N60 KEMENA
1 John Brian Anthony ak Jeremy Guang Bebas/IND
2 Dr Stephen Rundi Utom BN PBB
NAMA DUN: N61 BEKENU
1 Rosey Haji Yunus BN SPDP
2 Modak Ismail PKR
NAMA DUN: N62 LAMBIR
1 Aidan Wing BN PBB
2 Saji Samat (PKR) PKR
NAMA DUN: N63 PIASAU
1 Dr Francis Ngu Hee Hieng PKR
2 Tan Sri Dr George Chan Hong Nam BN SUPP
NAMA DUN: N64 PUJUT
1 Andy Chia Chu Fatt BN SUPP
2 Fong Pau Teck DAP
NAMA DUN: N65 SENADIN
1 Chai Chook Fui PKR
2 Lee Kim Shin BN SUPP
NAMA DUN: N66 MARUDI
1 Sylvester Entri ak Muran BN SPDP
2 Hwong Him Pang Bebas/IND
3 Telajan ak Luyoh SNAP
4 Engkamat ak Jelani Bebas/IND
NAMA DUN: N67 TELANG USAN
1 Kebing Wan SNAP
2 Lidam Janang Bebas/IND
3 Lihan Jok BN PBB
NAMA DUN: N68 BUKIT KOTA
1 Dr Abdul Rahman Ismail BN PBB
2 Said Mohidin Bebas/IND
3 Haji Ali Abdullah Bebas/IND
NAMA DUN: N69 BATU DANAU
1 Sawan ak Jiram SNAP
2 Palu @ Paulus ak Gumbang BN SPDP
NAMA DUN: N70 BA'KELALAN
1 Baru Bian SNAP
2 Balang Rining BN SPDP
NAMA DUN: N71 BUKIT SARI
1 Datuk Awang Tengah Ali Hassan BN PBB
2 Japar Suyut Bebas/IND
3 Mohamad Ibrahim PKR