Saturday, August 15, 2009
POLITIK : SABTU 15 OGOS 2009
SHAH ALAM 14 Ogos - Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, TeohBeng Hock lebih menjurus kepada mendiang membunuh diri dengan terjundari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam di sini.
Berhati-hati buat kenyataan
PUTRAJAYA14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Presiden MCA, DatukSeri Ong Tee Keat dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Tiong King Sing agar berhati-hati ketika membuat sebarangkenyataan.
Peguam lawan peniaga
BUKITMERTAJAM: Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38,dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Jangan bimbang bertindak - Rais
PUTRAJAYA 14 Ogos - Anasir penghina Islam dan institusi raja mampudibendung jika seluruh penguat kuasa dan pendakwa negeri tidak'melonggokkan' tanggungjawab itu kepada Kerajaan Pusat semata-mata.
Jangan terpengaruh mainan politik pembangkang
KOTABHARU 14 Ogos - Rakyat tidak harus terpengaruh dengan permainan politikdangkal sesetengah pihak terutama pembangkang yang berterusan mendesakkerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Syor undang-undang penggunaan Internet
KOTABHARU 14 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkin mengesyorkankepada kerajaan supaya diwujudkan undang-undang berkaitan penggunaanInternet sekiranya semakin ramai individu terus berani menggugat'tiang-tiang seri' negara melalui blog mereka.
Polis tidak beri cukup masa bersurai
KUALALUMPUR 14 Ogos - Empat anak guam kepada lima peguam Pusat BantuanGuaman Kuala Lumpur memberitahu inkuiri awam Suruhanjaya Hak AsasiManusia (Suhakam) hari ini bahawa polis tidak memberikan waktu yangcukup untuk mereka bersurai ketika ditangkap.
JJ berhubung dengan rakyat melalui Internet
ROMPIN 14 Ogos - Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr. JamaludinJarjis (gambar) yang dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat(AS) akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung denganpenduduk Rompin ketika beliau berada di AS.
Ajaran Islam tidak izin agama, rasul dihina
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ajaran Islam tidak pernah sekalipun membenarkanagama dan rasulnya dihina dan dicaci melainkan akan segera dijawab danditangkis oleh Allah melalui firman-Nya dalam al-Quran.
Siasatan perhimpunan haram bantah ISA masih berjalan
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis masih berusaha menyelesaikan segerasiasatan ke atas individu yang menyertai perhimpunan haram membantahAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI)yang diadakan di ibu negara pada 1 Ogos lalu.
Beri penjelasan kepada rakyat tentang ISA
IPOH 14 Ogos - Kerajaan disaran memberi penjelasan kepada orang ramaimengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkankekeliruan dan tindakan terburu-buru di kalangan masyarakat.
Situasi 'ibarat meludah ke langit'
KOTA BHARU 14 Ogos - "Seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri."
Atasi segera masalah penduduk Buah Pala
ALOR SETAR 14 Ogos - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mahukerajaan Pulau Pinang yang diterajui pakatan pembangkang menyelesaikansegera isu Kampung Buah Pala yang berlarutan sehingga kini.
Penduduk harap henti jual arak berkekalan
SHAH ALAM 14 Ogos - Penduduk Seksyen 8 di sini berasa lega apabilapenjualan minuman keras di kedai serbaneka di situ sudah diberhentikansejak pelbagai desakan disuarakan.
Undian portal tanda rakyat faham keperluan ISA
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Keputusan undian portal berita Kementerian DalamNegeri (KDN), berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkanrakyat memahami keperluan sebuah akta pencegahan kepada negaraberbilang kaum seperti Malaysia.
Rohaizat calon Barisan Nasional
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh,Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogosini.
Beri sokongan padu kepada wakil BN - TPM
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihakmemberi sokongan padu kepada Rohaizat Othman yang mewakili BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Salleh Man calon Pas
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Mandipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Pemimpin sokong pemilihan Rohaizat
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Pemilihan Rohaizat Othman sebagai calonBarisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir mendapat sokongan padu para pemimpin BN diperingkat nasional dan negeri.
H1N1: Usah bawa terlalu ramai penyokong
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis meminta parti-parti yang bertanding padaPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidakmembawa kumpulan penyokong yang terlalu ramai berikutan penularan wabakselesema babi atau influenza A (H1N1) ketika ini.
Pemuda fokus golongan atas pagar
PUTRAJAYA14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO akan memberi tumpuan khusus meraihsokongan golongan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25 Ogos ini.
'Saya mahu wujudkan perpaduan di Permatang Pasir'
PILIHANRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikanBarisan Nasional (BN) mempertaruhkan seorang calon muda, RohaizatOthman.
Pas halalkan tindakan DAP
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAPmenghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang,kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nik Aziz terdesak - Shahrizat
KUALALUMPUR 14 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO menganggap Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai terdesak kerana sanggup menggadai agamademi politik.
Sudah sampai masa Nik Aziz letak jawatan
KOTA BHARU 14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Datuk NikAziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan digantikandengan pemimpin yang lebih berwibawa.
Forum terus desak Jeff Ooi minta maaf
PULAU PINANG 14 Ogos - Forum Penyelarasan Umat (Forum) terus mendesakAhli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi meminta maaf berhubung kenyataannyamengaitkan syariah Islam dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagaiekstremis.
MB Kelantan buka ruang hina Islam
RAUB 14 Ogos - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Matmempertahankan DAP yang menghina Islam dikhuatiri akan membuka ruangyang lebih luas kepada orang bukan Islam untuk terus mempersendakesucian agama itu.
Nik Aziz diminta bertaubat
BATUGAJAH 14 Ogos - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osmanmeminta Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bertaubat berikutankenyataannya membenarkan DAP menghina Islam.
2,000 laungkan Anwar pengkhianat
BATUPAHAT 14 Ogos - Sokongan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan SriMuhyiddin Yassin yang melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaipengkhianat bangsa semakin memuncak apabila lebih 2,000 orangmelaungkan perkataan sama di Dataran Penggaram, Padang Merdeka dekatsini hari ini.
UMNO Bachok sokong Muhyiddin
BACHOK 14 Ogos - UMNO Bahagian Bachok hari ini menyerahkan memorandummengandungi dua usul termasuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yangmelabel Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahimsebagai pengkhianat bangsa.
'Perang' Ong, Tiong cemar kerajaan
PUTRAJAYA: Perbalahan secara terbuka menerusi media antara Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri TiongKing Sing mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bolehmencemarkan imej kerajaan dan parti, kata Timbalan Perdana Menteri, TanSri Muhyiddin Yassin.
Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan
KOTABHARU: Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegasterhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggugugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaannegara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama inimenikmati kestabilan dan keamanan.
Rohaizat yakin bantu BN tawan Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, 38, melahirkankeyakinan tinggi dapat membantu BN merampas kerusi itu daripada Pas.
Gobind tolak teori Beng Hock bunuh diri
SHAH ALAM 14 Ogos - Peguam Gobind Singh Deo mendakwa teori SetiausahaPolitik Exco Selangor, Teoh Beng Hock membunuh diri dengan terjun daritingkat 14 Plaza Masalam di sini 'musnah' berikutan ketiadaan kesantapak kasut dan cap jari di birai serta tepi tingkap berkenaan.
Tak pasti Karpal parti mana - Saksi
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Mungkin akibat gementar atau takut, seorangwartawan penyiaran daripada sebuah stesen televisyen tempatanmemberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak pastiparti politik mana yang disertai oleh Karpal Singh.
Pengerusi Kg. Buah Pala diserang
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang didakwamemukul Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumarandengan sebatang besi di hadapan rumahnya di sini malam tadi.
SPRM tahan pembantu Ronnie Liu
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, RonnieLiu, iaitu Wong Chuan How ditahan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung salahgunaperuntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 234 projek yangbernilai hampir RM500,000.
Inkues: Teoh Beng Hock: Teoh mungkin bunuh diri: Saksi
SHAHALAM: Seorang saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam,Teoh Beng Hock mungkin bunuh diri berdasarkan tiada kesan pergelutanditemui di tepi tingkap tetapi dibantah peguam pemerhati keluarga Teoh,Gobind Singh Deo kerana tidak disokong bukti kukuh yang menunjukkanmendiang berdiri dan terjun melalui tingkap.
Cubaan SPRM tahan pembantu Exco kecoh
SHAHALAM: Cubaan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor,Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di SungaiPelek, Sepang, pagi semalam, bertukar menjadi kecoh.
Pengerusi Kampung Buah Pala dipukul
GEORGETOWN: Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran, 54, cederadi kepala selepas dipukul oleh seorang penduduk dengan sebatang besi didepan rumahnya di sini, malam kelmarin.
Beri penjelasan kepada rakyat tentang ISA
IPOH 14 Ogos - Kerajaan disaran memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan kekeliruan dan tindakan terburu-buru di kalangan masyarakat.
Pengasas Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, kurang pengetahuan tentang ISA menyebabkan masyarakat bertindak berdasarkan hasutan pihak-pihak tertentu.
Justeru menurutnya, penjelasan mengenai akta itu penting agar masyarakat memahami tujuan sebenar ia diwujudkan.
"Saya tidak nafikan perlu ada perubahan dalam ISA dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengkaji semula akta ini mengikut kesesuaian negara.
"Masalah sekarang, jika akta baru dibuat tetapi masyarakat tidak faham, perkara sama akan berulang. Kita perlu tanya golongan yang menentang adakah mereka faham apa itu ISA atau sekadar terikut-ikut rakan-rakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan soal selidik portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu sebanyak 58 peratus menyokong akta tersebut dikekalkan manakala selebihnya mahu ia dimansuhkan.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Wanita Melayu Perak, Datuk Kamilia Ibrahim menyokong tindakan kerajaan mengkaji semula ISA.
Namun katanya, kajian itu perlu mengikut kesesuaian semasa dan bukan kerana desakan pihak-pihak tertentu.
"Kewujudan ISA adalah di bawah peruntukan perlembagaan dan sudah agak lama. Kajian semua undang-undang ini perlu dengan kesesuaian semasa.
"Tetapi ia perlu difikirkan dengan teliti dan bukan dibuat atas desakan pihak tertentu semata-mata," ujarnya.
Situasi 'ibarat meludah ke langit'
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU 14 Ogos - "Seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri."
Itu situasi yang dihadapi kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP apabila akhirnya terpaksa berhadapan demonstrasi oleh rakyat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kekecohan yang berlaku di Kampung Buah Pala semalam adalah akibat tindakan pakatan pembangkang sendiri yang memperkenalkan budaya protes di tepi jalan sehingga menjadi ikutan rakyat.
"Apa yang berlaku di Kampung Buah Pala sebenarnya telah pun kembali kepada mereka sendiri yang selama ini mengajar rakyat merusuh, membantah di tepi-tepi jalan dan untuk mengamalkan protes melalui keganasan.
"Akhirnya di negeri mereka memerintah, bila rakyat merasakan tidak adil, rakyat sudah tidak mahu duduk berbincang secara rasional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang semalam selepas penduduk kampung itu membuat rantaian manusia di tepi jalan untuk menghalang rumah mereka daripada dirobohkan.
Akhbar hari ini melaporkan, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 10 pagi dan 1 tengah hari dihalang oleh penduduk kampung yang berkumpul di kawasan laluan masuk ke penempatan 23 unit rumah itu.
Keadaan dilaporkan semakin panas apabila segelintir penduduk yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak tidak berganjak dari tempat mereka berdiri walaupun hujan agak lebat pada sebelah pagi.
Tindakan berkumpul di tepi jalan dan melakukan protes tersebut adalah sama dengan beberapa siri perhimpunan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang termasuk anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sehubungan itu, Hishamuddin berkata, selepas merasai sendiri kesan aktiviti tidak sihat itu, barulah pakatan pembangkang sedar mengenai kesan rusuhan yang mereka lakukan sebelum ini.
"Ini baru dia rasa, kalau tidak, kerajaan juga dituduh macam- macam daripada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sampailah ke Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibawa sampai ke tepi jalan.
"Menyusahkan orang ramai, peniaga dan akhirnya kalau boleh mereka ini saya rasa nak memporak-perandakan keadaan dan pada masa atau ketika itu bila rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa, semuanya sudah terlewat," tambahnya.
Atasi segera masalah penduduk Buah Pala
ALOR SETAR 14 Ogos - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mahu kerajaan Pulau Pinang yang diterajui pakatan pembangkang menyelesaikan segera isu Kampung Buah Pala yang berlarutan sehingga kini.
Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pembangkang yang dahulunya berjanji mahu menjadi pembela nasib penduduk di kawasan itu perlu mengotakan janji mereka.
"Isu ini kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk cari penyelesaiannya.
"Dahulu mereka yang kata nak jadi hero dan pembela jadi sekarang mereka kena selesaikan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan 2009 Parti Gerakan Kedah di sini hari ini.
Semalam, Kampung Buah Pala kembali kecoh dan tegang berikutan tindakan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Nusmetro) mahu meneruskan hasrat merobohkan 23 unit rumah penduduk di situ.
Bagaimanapun, pemaju yang membawa kira-kira 100 pekerja bersama dua jentolak gagal merobohkan rumah penduduk walaupun cuba berbuat demikian dua kali.
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memerintahkan penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan.
Penduduk enggan berpindah selepas beberapa pemimpin pembangkang dikatakan berjanji dalam kempen pilihan raya umum tahun lalu untuk membantu mereka jika gabungan pembangkang memenangi pilihan raya itu.
Penduduk harap henti jual arak berkekalan
SHAH ALAM 14 Ogos - Penduduk Seksyen 8 di sini berasa lega apabila penjualan minuman keras di kedai serbaneka di situ sudah diberhentikan sejak pelbagai desakan disuarakan.
Bagaimanapun, mereka berharap langkah itu bukan bersifat sementara iaitu sekadar untuk mengaburi mata penduduk sahaja.
Seorang penduduk, Harun Ahmad, 46, berharap, tindakan kedai serbaneka itu berhenti menjual minuman keras adalah satu keputusan yang kekal dan bukan hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.
''Baguslah kalau sudah tidak menjual arak, ini bermakna kedai itu prihatin dengan luahan perasaan penduduk di kawasan ini. Kalau boleh janganlah bila isu ini sudah sejuk mula jual balik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Harun menambah, tindakan menghentikan penjualan arak di kawasan itu sepatutnya sudah lama dilakukan kerana 98 peratus penduduknya beragama Islam.
Isu menjual arak di kawasan itu mendapat perhatian apabila sejumlah arak yang dirampas di sebuah kedai serbaneka di situ diarahkan dipulangkan semula baru-baru ini.
Tindakan itu menyebabkan orang ramai marah kerana pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjalankan tugas untuk menghalang penjualan arak, tetapi ada pihak lain yang masuk campur.
Susulan itu, Menteri Besar mengarahkan pemilik kedai melakukan konsep kawal sendiri penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti penduduk Islam.
Bekas Ahli Jawatankuasa Surau Seksyen 8, Abu Bakar Hamzah, 57, berharap kawasan itu bebas sepenuhnya daripada penjualan minuman keras atau bir kerana jika dibiarkan ia boleh merosakkan akhlak belia Islam.
Seorang lagi penduduk, Zulkifli Abdullah, 47, berkata, pemberhentian jualan itu adalah satu rahmat kepada umat Islam di kawasan tersebut.
Nordin A. Rahman, 51, pula berkata, tindakan kedai serbaneka itu yang sudah tidak menjual dan mempamerkan minuman keras patut dicontohi oleh kedai runcit yang lain.
''Ia akan mendatangkan kebaikan kepada penduduk Selangor amnya kerana ia dapat membantu kerajaan menurunkan kadar kerosakan akhlak di kalangan remaja di negeri ini.
Bagi seorang peniaga, Azlina Alias, 34, tindakan itu menunjukkan pemilik kedai serbaneka berkenaan mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam walaupun matlamat perniagaan untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin.
Seorang pekerja swasta, Mohammad Azmir Mohammad Zain, 30, berkata, pembeli yang menentukan permintaan terhadap sesuatu barangan dan dalam hal ini mereka tidak mahu penjualan minuman keras dibuat di kawasan itu.
Pandangan sama turut disuarakan seorang lagi pekerja swasta, Romaini Hazizan, 21, bahawa pemberhentian penjualan arak itu sesuai dengan konsep bandar raya ini yang tidak ada unsur hiburan seperti panggung wayang.
Katanya, larangan itu juga sejajar dengan perkembangan kawasan itu yang kini menjadi pusat ilmu menempatkan beberapa pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
Undian portal tanda rakyat faham keperluan ISA
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Keputusan undian portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN), berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan rakyat memahami keperluan sebuah akta pencegahan kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, ISA sentiasa relevan bagi menjaga keamanan negara ini.
''Saya amat gembira dengan kesedaran yang ditunjukkan oleh rakyat mengenai pentingnya ISA. Sebagai bekas tahanan ISA, saya insaf kepentingan akta ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim diminta mengulas keputusan undian portal yang menunjukkan sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA 'diteruskan dengan semakan' seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu 'dimansuhkan' sehingga undian itu ditutup malam semalam.
KDN sejak 6 Ogos lalu telah melancarkan undian dengan menyertakan lima soalan untuk dijawab oleh orang ramai iaitu 'pandangan anda ISA adalah..., adakah anda faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA, bagaimana anda mengetahui ISA, apa yang anda mahu daripada ISA dan tahukah Amerika Syarikat dan Britain turut mempunyai undang-undang pencegahan?
Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan dengan segera ke atas akta tersebut bagi mengelak rakyat beranggapan ISA sering disalah guna bagi tujuan kepentingan politik.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula meminta pihak yang menentang ISA supaya menghormati keputusan majoriti.
"Keputusan ini adalah keputusan rakyat dan perlu dihormati oleh semua pihak termasuk kumpulan yang bersungguh-sungguh menentang supaya ISA dimansuhkan.
''Rakyat sedar perlunya undang-undang pencegahan dalam negara kita dan demonstrasi baru-baru ini bukan suara majoriti," jelasnya.
Sehubungan itu, Osman mengajak semua pihak termasuk Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) supaya dapat bersama-sama dengan kerajaan meminda akta berkenaan supaya lebih relevan.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Agus Yusof menjelaskan, undang-undang pencegahan sentiasa relevan kepada semua negara.
Katanya, ISA tidak wajar dimansuhkan, tetapi akta itu perlu segera disemak dan diperbaharui.
Rohaizat calon Barisan Nasional
|
|
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapan ribuan penyokong BN di Pusat Operasi BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Rohaizat menerima pendidikan awal di Sekolah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 1995.
Sebaik tamat pengajian, Rohaizat mula melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain aktif dalam program-program komuniti termasuk menjadi Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Rohaizat juga merupakan Pengerusi Koperasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Mengkuang Berhad sejak tahun 2004 selain menjadi Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2003 dan pernah menjawat Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat.
Selain itu, beliau juga dilantik Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sejak tahun 2003.
Rohaizat mula bergiat dalam politik dengan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Mengkuang Titi sejak tahun 1996 sebelum menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dari tahun 1999 hingga 2002.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Khairul Niza Abdul Kadir, 38, pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Rohaizat dikurniakan seorang anak, Aiman Hidayat, 9 tahun.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman, 63, dari Pas pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Hamdan, yang menyandang kerusi itu sejak tahun 1999, memperoleh 11,004 undi mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos ini untuk hari penamaan calon dan 25 Ogos sebagai tarikh pengundian.
DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi termasuk seorang pengundi pos.
Beri sokongan padu kepada wakil BN - TPM
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak memberi sokongan padu kepada Rohaizat Othman yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Rohaizat yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh merupakan calon terbaik untuk mewakili BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan setelah perbincangan dilakukan antara beliau dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan kriteria tertentu dan setelah dibuat sebaik-baik pertimbangan.
''Setelah menilai keadaan di Permatang Pasir, maklum balas daripada kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh (walaupun mereka tidak mencalonkan sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti) dan selepas berbincang dengan Perdana Menteri yang kini berada di luar negara kita sepakat memilih Rohaizat sebagai calon BN untuk bertanding di Permatang Pasir.
''Rohaizat mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, merupakan seorang tenaga profesional dan tiada masalah. Justeru, saya berharap semua ahli BN akan menyokong calon ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN dan Pengumuman Calon Pilihan Raya Kecil N.11 Permatang Pasir di Bukit Merah di sini hari ini.
Hadir sama ialah Presiden Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.
Lebih 1,000 orang hadir pada majlis berkenaan.
Rohaizat, 38, merupakan seorang peguam syarie dan pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi sejak 1996 sehingga sekarang dan merupakan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Permatang Pauh dari tahun 2002 hingga 2008.
Selain bergiat aktif dalam politik, Rohaizat turut bergiat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Muhyiddin berkata, jika mahukan pembangunan, rakyat tidak punyai pilihan selain daripada memberi sokongan kepada calon BN dan perubahan ke arah itu sudah dapat dilihat di sini sekali gus menunjukkan kerajaan ini berkesan.
''Kita telah hadapi banyak pilihan raya, kita kalah, kalah dan kalah tetapi di Manek Urai kita hampir menang dan ia jelas menunjukkan ada perubahan dan rakyat mahukan pembangunan.
''Berdasarkan pengalaman Pas tidak berani memperkatakan tentang pembangunan kerana mereka tiada wang tetapi orang mahukan pembangunan, itu yang terjadi semasa di Manek Urai.
''Jadi, Permatang Pasir akan menjadi anak emas peringkat Kerajaan Persekutuan jika calon kami dipilih oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat di sini," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, jika di Manek Urai BN mendapat kurang daripada 65 undi, maka di Permatang pasir beliau mahu melihat BN menang dengan sekurang-kurangnya jumlah undi yang sama.
Dalam pada itu, beliau berkata, pakatan pembangkang kini umpama retak menanti belah kerana kepincangan sesama mereka semakin terserlah.
''Setiap hari kita boleh mendengar PKR cakap lain, Pas cakap lain dan DAP cakap lain, mereka seumpama mempunyai mimpi masing-masing. Pakatan pembangkang semakin rapuh bukan seperti BN yang mempunyai organisasi yang teratur.
''Disebabkan itu, Anwar panggil pemimpin (pakatan pembangkang) dengan menyuruh mereka jangan bercakap banyak," ujarnya.
Salleh Man calon Pas
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Pemilihan Salleh diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan para penyokong parti itu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir di sini malam ini.
Abdul Hadi berkata, pucuk pimpinan parti itu memilih Salleh selepas mengambil kira pengalaman serta latar belakang pendidikan pemimpin itu.
''Kita percaya beliau (Salleh) mampu menggalas tugas untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.
Salleh, 52, merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu, tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.
Pada pilihan raya umum 2004, beliau bertanding di DUN Pinang Tunggal tetapi tewas kepada calon BN Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi dan turut tewas di kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 kepada calon BN, Yahaya Hamid.
Pada pada pilihan raya umum 1995, Salleh tewas kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung, pada 31 Julai lepas.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Mohd. Hamdan yang menyandang kerusi itu sejak tahun 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.
Pemimpin sokong pemilihan Rohaizat
BUKIT MERTAJAM 14 Ogos - Pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mendapat sokongan padu para pemimpin BN di peringkat nasional dan negeri.
Mereka berpendapat, Rohaizat seorang pemimpin muda yang disenangi ramai dan mudah mendekati rakyat sekali gus mampu menarik undi pelbagai kaum terutamanya golongan muda.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah lama mengenali calon tersebut iaitu sejak di awal pembabitan mereka dalam bidang politik.
"Walaupun Rohaizat tidak memegang apa-apa jawatan dalam Pemuda UMNO Permatang Pauh, namun umurnya masih lagi di bawah kategori Pemuda.
''Beliau seorang profesional dan pemimpin muda yang berjuang demi rakyat, merendah diri, ikhlas dan mudah didekati masyarakat.
'''Sememangnya beliau merupakan calon terbaik untuk pilihan raya kecil kali ini kerana beliau aktif di Permatang Pauh serta dikenali masyarakat di kawasan itu," ujarnya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN dan Pengumuman Calon Pilihan Raya Kecil N.11 di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di kawasan Permatang Pasir di sini hari ini.
Khairy berkata, Pemuda UMNO akan melipatgandakan usaha dalam pilihan raya kecil kali ini memandangkan calon yang bakal bertanding itu adalah dari golongan muda.
''Kami berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memilih calon yang muda lebih-lebih lagi terdapat kira-kira 40 peratus pengundi muda di bawah umur 40 tahun di Permatang Pasir," jelasnya.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan juga menyifatkan Rohaizat calon yang paling sesuai bagi semua kaum terutamanya di Permatang Pasir.
Walaupun peguam syarie itu masih muda katanya, ia tidak menjadi masalah besar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjadi Ahli Parlimen pada usia 23 tahun.
''Rohaizat sekarang ini berusia 38 tahun, kita yakin akan kemampuannya, lebih-lebih lagi beliau merupakan anak tempatan Pulau Pinang," jelasnya.
Sementara itu Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Rohaizat sememangnya layak dicalonkan untuk bertanding di DUN Permatang Pasir memandangkan beliau seorang yang masih 'segar' di samping mempunyai profesion yang bagus sebagai seorang peguam syarie.
"Beliau calon yang paling sesuai bagi BN kerana berimej baru dan nampak lebih dinamik," ujarnya.
H1N1: Usah bawa terlalu ramai penyokong
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis meminta parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak membawa kumpulan penyokong yang terlalu ramai berikutan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ketika ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, peringatan ini perlu dilakukan pihaknya kerana pada masa ini bilangan angka kematian akibat wabak itu kian meningkat.
Menurutnya, mereka yang terlibat dalam kempen pilihan raya perlu memberi keutamaan terhadap aspek kesihatan, terutamanya golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak itu seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang berpenyakit.
"Polis menjangkakan jumlah kedatangan penyokong dari luar agak besar. Ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai kepada penyakit ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Ayub, polis juga akan mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan bagi memastikan persiapan pilihan raya kali ini berjalan lancar dan orang ramai tidak terdedah kepada virus itu.
Polis katanya, akan memanggil wakil parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi berbincang mengenai peraturan dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
"Kita akan panggil pihak terbabit itu esok bagi menentukan laluan yang perlu diikut dan kita berharap mereka dapat hadir untuk membincangkan perkara yang perlu.
"Polis juga ingin memaklumkan di sini bahawa permit untuk ceramah boleh diperoleh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Balai Polis Seberang Jaya dan Balai Polis Kubang Semang," ujarnya.
Ayub berkata, pihak yang bertanding juga perlu memastikan permit ceramah diluluskan dan diingatkan supaya tidak menganjurkan ceramah yang boleh mencetuskan ketegangan.
PRK Permatang Pasir : Peguam lawan peniaga
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.
Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di sini, semalam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang mengumumkan nama Salleh pada majlis khas di pusat khidmat Adun Permatang Pasir, di Bukit Mertajam, malam tadi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.
"Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya yang boleh menjadi wakil rakyat bagi membawa pembangunan di kawasan ini," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Negeri dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Pas, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 25 Ogos.
Muhyiddin berkata, pemilihan Rohaizat adalah tepat kerana beliau mampu membantu rakyat dan membawa perubahan di kawasan Permatang Pasir.
"Penduduk Permatang Pasir masih dahagakan pembangunan. Jika Manek Urai (Kelantan) dulu kita jadikan kawasan itu sebagai anak angkat, tetapi Permatang Pasir akan dijadikan anak emas kepada kerajaan Persekutuan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penduduk Permatang Pasir perlu memberi sokongan kepada BN yang terbukti mempunyai rekod cemerlang, bukan seperti Pakatan Rakyat yang menjadi satu pakatan rapuh.
Beliau juga berkata, BN tidak menggadaikan masa depan rakyat semata-mata untuk kepentingan politik.
"Masa depan tidak boleh dikorbankan hanya untuk kepentingan politik. Politik kita (BN) bukan untuk kepentingan peribadi tetapi bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.
Sementara itu, Salleh yang mendapat pendidikan di Universiti Malaya (UM) dalam Jurusan Pengajian Islam tidak pernah menang selepas bertanding dalam enam pilihan raya umum lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, beliau yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, tewas kepada calon BN, Datuk Dr Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi.
Pada PRU 1999, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Yahaya Abdul Hamid di DUN Pinang Tunggal, dengan majoriti 4,376 undi.
Pada PRU 2004, Salleh sekali lagi bertanding bagi kerusi DUN Pinang Tunggal dan tewas kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi.
Pada pilihan raya umum lalu, Salleh tewas kepada Timbalan Ketua Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed di kerusi DUN Sungai Dua dengan majoriti 535 undi.
Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, pihaknya menerima banyak calon yang sesuai untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir sebelum membuat keputusan memilih Salleh.
"Saya berharap penyokong Pas memberi sokongan kepada calon kita untuk mendapat majoriti yang lebih besar," katanya.
Salleh ketika berucap menyatakan penghargaan terhadap pucuk pimpinan parti yang memberikan kepercayaan terhadapnya untuk mengalas cabaran Pas bagi mempertahankan kubu kuatnya itu.
'Perang' Ong, Tiong cemar kerajaan
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
MUHYIDDIN melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan sambil diperhatikan Lee (kiri), Musa dan Alimuddin di Putrajaya, semalam. |
Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang elak buat kenyataan media: Muhyiddin
PUTRAJAYA: Perbalahan secara terbuka menerusi media antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) boleh mencemarkan imej kerajaan dan parti, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru, beliau berkata, sebagai pemimpin, kedua-duanya perlu menimbangkan tindakan itu sebelum mengambil sebarang langkah termasuk kenyataan media.
"Pada masa ini ia dilakukan secara terbuka tetapi perlu diselesaikan oleh kedua-duanya secara serius.
"Ia (perdebatan) semestinya tidak membantu kepada imej kerajaan tetapi orang ramai mahu tahu situasi sebenar. Jadi, kedua-duanya perlu berhati-hati melakukan apa juga tindakan di khalayak umum," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kementerian Pelajaran, di sini semalam.
Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya yang juga Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.
Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan mendedahkannya kepada media.
Muhyiddin berkata, kedua-duanya perlu mematuhi peraturan untuk mengambil sebarang tindakan atau kedudukan akan terjejas pada pandangan umum.
Ditanya sama ada beliau akan memanggil kedua-dua pemimpin itu atau memberi ingatan mengenai peraturan, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Sebagai pemimpin mereka perlu lebih tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan kesan kepada parti serta kerajaan."
Katanya, pemimpin BN perlu berhati-hati mengambil tindakan.
"Mereka sepatutnya berwaspada mengenai apa yang hendak dikatakan kerana kewibawaan akan dinilai oleh orang ramai berdasarkan apa yang dikatakan," katanya.
Penulis blog cuba gugat Perlembagaan kena tindakan
KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk penulis blog yang cuba mengganggu gugat pelbagai perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan negara, demi menjaga kepentingan seluruh rakyat yang selama ini menikmati kestabilan dan keamanan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kabinet sudah mengarahkan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.
"Kami diarah menggemblengkan kerjasama antara polis yang menjalankan siasatan dengan bahagian pendakwaan dan suruhanjaya multimedia yang membantu usaha mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita kini berdepan dengan usaha pihak yang ingin menghakiskan tunjang dalam pembinaan negara yang diterima semua kaum selama ini, dan termaktub dalam Perlembagaan termasuk kedudukan agama Islam, raja dan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, semalam.
Hishammuddin berkata, semua perkara yang termaktub, jika diganggu gugat boleh menjejaskan keselamatan negara.
Rohaizat yakin bantu BN tawan Permatang Pasir
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
MUHYIDDIN bersama pemimpin parti BN menjulang tangan Rohaizat (tiga dari kiri) selepas pengumuman calon di Permatang Pasir, semalam. |
Rekod baik di Manek Urai mampu raih sokongan penduduk
BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, 38, melahirkan keyakinan tinggi dapat membantu BN merampas kerusi itu daripada Pas.
Sambil menyifatkan dirinya sebagai 'underdog' dalam pilihan raya kecil itu, Rohaizat berkata, tidak mustahil BN memenanginya berdasarkan komitmen serta sokongan padu diberikan parti komponen BN.
"Saya akan berusaha habis-habisan untuk memberi kemenangan kepada BN dan memastikan Permatang Pasir menjadi platform kepada BN memulihkan sokongan rakyat kepada kita terutama di Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir, semalam.
Pemilihan Rohaizat yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis khas di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di sini.
"Saya akan menggunakan pendekatan turun padang dan berjumpa setiap pengundi bagi memberi penjelasan yang sebenarnya mengenai wawasan kerajaan BN iaitu untuk membantu setiap rakyat.
"Saya percaya penduduk di sini memang dahagakan pembangunan dan inilah peluang untuk mereka," katanya.
Rohaizat, anak jati Permatang Pauh yang menerima pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor, Pulau Pinang adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
Beliau yang juga peguam syarie, aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) dengan memegang pelbagai jawatan, antaranya Setiausaha Kelab Sukan DUN penanti dan Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak 2003 hingga kini.
Hasil perkongsian hidup dengan Khairul Niza Abdul Razak yang bekerja sebagai pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aiman Hidayat, 9.
Inkues: Teoh Beng Hock: Teoh mungkin bunuh diri: Saksi
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my
Tiada kesan pergelutan ditemui di tepi tingkap
SHAH ALAM: Seorang saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, Teoh Beng Hock mungkin bunuh diri berdasarkan tiada kesan pergelutan ditemui di tepi tingkap tetapi dibantah peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo kerana tidak disokong bukti kukuh yang menunjukkan mendiang berdiri dan terjun melalui tingkap.
Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, merumuskan demikian ketika menjawab tiga teori, iaitu sama ada Teoh dibunuh, mengalami kemalangan atau bunuh diri yang dikemukakan peguam, Tan Hock Chuan, yang dilantik Kerajaan Malaysia.
Katanya, pendapatnya itu dibuat kerana tiada kesan pergelutan yang jelas, darah, pecah, barangan berterabur berhampiran tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam pada 16 Julai lalu, yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Saksi ke-10 itu berkata, sebatang pen SPRM berwarna oren yang berada dalam poket baju Teoh juga masih ada di situ kerana jika berlaku pergelutan sebelum si mati jatuh, beliau percaya sudah pasti pen itu akan tercampak.
"Hasil ujian DNA juga menunjukkan tidak ada kesan DNA dari pegawai SPRM, malah kesan kecederaan dialami si mati tidak menunjukkan sebarang tanda pergelutan dan ia boleh dijelaskan akibat daripada kesan jatuh.
"Pada pendapat saya, ia lebih kepada si mati terjun dari tempat tinggi, " katanya.
Dr Khairul Azman menyambung keterangannya dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh di depan Koroner Azmil Muntapha Abas yang masuk hari ke-9, semalam.
Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor kepada SPRM Selangor.
Gobind pula menyanggah pendapat Dr Khairul Azman berhubung teori Teoh membunuh diri dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Katanya, pendapat doktor itu tidak tepat kerana tiada kesan tapak kasut atau cap jari pada bingkai tingkap atau lebihan lantai di bahagian luar tebing atau tubir tingkap, yang dikesan ketika pemeriksaan pakar forensik polis.
"Teori bunuh diri ini hanya dibuat berdasarkan fakta yang tidak wujud kerana doktor sendiri tidak membuat pemeriksaan untuk menyokong teori ini. Jika benar si mati berdiri di situ sebelum terjun ke bawah, mengapa tiada kesan tapak kaki pada bingkai tingkap," katanya.
Bagaimanapun, Dr Khairul Azman menjelaskan ketiadaan kesan tapak kaki mungkin disebabkan lantai dalam pejabat SPRM itu dipasang permaidani dan debu kasut mungkin hilang ketika si mati berjalan di atasnya.
"Mungkin ada kesan tapak kaki di situ tetapi tidak nampak, saya ada periksa tapi tidak nampak. Kesan tapak kasut sukar ditemui di sekitar kawasan tingkap itu kerana tempat itu mempunyai permaidani, " katanya.
Beliau kemudian bangun dari kandang saksi dan menunjukkan lakonan semula bagaimana Teoh dikatakan terjun melalui tingkap itu.
Caranya ialah dengan mengeluarkan kaki kanan dulu dari pagar kandang saksi (dianggap sebagai tingkap), sambil kedua-dua tangan memegang pagar kandang, beliau kemudian mengeluarkan kaki kanan dan berdiri di luar pintu kandang sebelum terjun ke bawah.
Prosiding bersambung Isnin ini.
Pemuda fokus golongan atas pagar
PUTRAJAYA 14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO akan memberi tumpuan khusus meraih sokongan golongan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai masa depan generasi muda yang mempunyai hak dan tanggungjawab menentukan kepimpinan negara.
Untuk itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, jentera kempen sayap UMNO itu akan digerakkan mulai Ahad ini.
''Saya menjangkakan kempen pilihan raya kecil itu berjalan dalam suasana sederhana kerana menghormati bulan Ramadan tetapi kita akan tetap mengadakan perjumpaan dengan semua pengundi terutama golongan atas pagar.
''Kita akan bangkitkan semua isu semasa kerana apa yang berlaku hari ini dilihat telah menyentuh kerukunan negara secara langsung," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Sekolah Pelayaran Monsun anjuran Monsoon Cup di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Monsoon Cup, Tan Sri Sabbaruddin Chik.
Klinik sukan itu dijalankan selama empat hari bermula hari ini di Pusat Maritim Putrajaya di sini.
Mengenai program Sekolah Pelayaran Monsun pula, beliau menyifatkan ia suatu usaha yang baik bagi meningkatkan mutu sukan air di negara ini.
'Saya mahu wujudkan perpaduan di Permatang Pasir'
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan NURUL HUDA HASSAN
utusanpenang@utusan.com.my
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan seorang calon muda, Rohaizat Othman.
Utusan Malaysia mengambil kesempatan mengemukakan lima soalan kepada peguam syarie berusia 38 tahun itu di sebalik kesibukannya sebaik sahaja diumumkan sebagai calon pilihan raya tersebut semalam.
Utusan: Tahniah kerana dipilih sebagai calon. Apa perasaan saudara sebaik nama diumumkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil ini?
Rohaizat: Saya terfikir dua perkara. Pertama, saya membayangkan betapa besar tanggungjawab yang bakal saya pikul untuk menjadi calon. Pada masa sama, saya terharu dengan sokongan pucuk pimpinan parti kepada saya.
Utusan: Melihat kepada pelbagai isu termasuk masalah berpuak-puak dalam UMNO Bahagian Permatang Pauh, sejauh mana keyakinan saudara bahawa BN boleh menang?
Rohaizat: Itu bukan masalah besar kerana isu ini sebenarnya yang digembar-gemburkan oleh parti pembangkang untuk memberi persepsi bahawa UMNO dan BN lemah.
Anda boleh tengok ramai pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen BN datang hari ini memberi sokongan dan saya yakin ia dapat diterjemahkan dalam bentuk keserasian jentera parti kelak. Bagaimanapun, saya selesa untuk melihat BN menjadi underdog dalam pilihan raya kecil ini.
Utusan: Anda mahu menjadi calon underdog tapi pucuk pimpinan UMNO dan BN mahu masuk ke dalam pilihan raya ini sebagai pemenang. Komen saudara?
Rohaizat: Underdog bermaksud, kita merendah diri dan turun jumpa pengundi dari rumah ke rumah dan memberikan penjelasan. Kita mahu memberi keyakinan kepada pengundi bahawa BN mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
Kalau kita lihat prestasi BN di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Kelantan, penerimaan pengundi sebenarnya amat baik dan saya percaya keadaan itu juga boleh berlaku di sini (Permatang Pasir). Tiada yang mustahil dalam politik.
Utusan: Permatang Pasir merupakan kubu kuat Pas. Bagi saudara, apa pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh BN untuk menang?
Rohaizat: Seperti yang saya kata, peluang BN tetap ada walaupun ini kubu kuat pembangkang. Bagi saya, tumpuan perlu diberikan untuk menarik perhatian dan sokongan orang muda yang mewakili 40 peratus pengundi.
Saya percaya pucuk pimpinan akan mengambil perhatian dalam perkara ini. Apa yang penting, saya mahu melihat pilihan raya kecil ini membawa perpaduan di kalangan penduduk di Permatang Pasir.
Utusan: Mesej saudara untuk pengundi di Permatang Pasir.
Rohaizat: Saya harap pengundi boleh membuat keputusan yang paling wajar dengan melihat sumbangan serta prestasi BN dalam membangunkan negara selama ini.
Perkembangan politik kebelakangan ini membuktikan pakatan pembangkang gagal dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat terutamanya di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, besar harapan saya adalah untuk mewujudkan perpaduan di Permatang Pasir.
Pas halalkan tindakan DAP
saiful.hasam@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAP menghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu dengan sinis berkata, apabila seseorang mahu berkawan, mereka mestilah mencari alasan untuk menghalalkan tindakan rakan mereka.
"Datuk Nik Aziz Nik Mat kata tidak apa kerana dia (DAP) bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam boleh hina Islam dan hanya orang Islam yang tak boleh hina.
"Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena cari alasanlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Malaysia Lat di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini.
Kelmarin, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beranggapan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
Mengenai wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), Dr. Mahathir berkata, beliau kurang bersetuju dengan kaedah penutupan sekolah bagi mengekang penularannya.
"Nak tutup sekolah ini satu perkara yang serius. Ini (membabitkan) pelajaran anak-anak kita. Jadi, sebelum buat keputusan nak tutup (sekolah), kita kena fikir dulu.. kena ada penanda aras yang wabak itu sedang merebak.
"Lebih baik lagi, kita tidak tuduh orang itu salah, orang ini salah. Kita jaga diri kitalah," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana kesedaran masyarakat mengenai wabak berbahaya itu belum memuaskan.
Mengenai pameran 1Malaysia Lat, Dr. Mahathir berkata, karya yang dihasilkan kartunis kebanggaan negara itu berjaya merakamkan perubahan yang dilalui oleh negara ini.
Katanya, karya-karya itu juga menampilkan cara hidup rakyat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi rakyatnya dapat berinteraksi dengan baik.
Pameran yang menampilkan 60 karya Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid berlangsung bermula hari ini dan berakhir pada 31 Ogos ini.
Nik Aziz terdesak - Shahrizat
Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO menganggap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai terdesak kerana sanggup menggadai agama demi politik.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya amat terkejut serta kecewa dengan kenyataan Nik Aziz yang sanggup membuat kenyataan menyinggung perasaan orang Islam.
Malah, menurutnya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu turut mengelirukan orang bukan Islam yang amat menghormati orang Islam.
"Hanya segelintir golongan yang mempunyai motif politik mengambil kesempatan untuk menghina dan mencaci Islam.
"Tetapi, kalau tokoh agama seperti Nik Aziz mengatakan boleh buat apa yang hendak buat, katalah apa nak kata, ini akan membawa satu budaya yang akan menghancurkan masyarakat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan RM5 juta kepada 89 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada majlis anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)-NGO: 1Nada 1Suara di sini hari ini.
Shahrizat diminta mengulas sikap Nik Aziz yang sanggup menghalalkan tindakan segelintir pemimpin DAP didakwa menghina Islam hanya kerana pihak yang menghina adalah rakan dalam pakatan pembangkang.
Beliau begitu sedih dengan corak kepimpinan Nik Aziz dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sanggup menggadaikan kesucian agamanya sendiri semata-mata kerana politik.
Beliau seterusnya berkata, Wanita UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dan parti komponen lain amat berhemah dan saling menjaga hati agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Shahrizat berharap Menteri Besar Kelantan itu berhenti membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang Islam dan bukan Islam kerana bukan semua mereka menyokong apa yang diperkatakan oleh pemimpin Pas itu.
"Wanita UMNO ingin merekodkan dukacita kami terhadap kepimpinan Nik Aziz yang dilabel sebagai tokoh agama Islam, tetapi membuat kenyataan dan pendekatan yang mengelirukan rakyat," ujarnya.
Tegas beliau, kenyataan Nik Aziz yang tidak menghalang orang bukan Islam menghina Islam hanya akan memecah-belahkan orang Melayu di negara ini.
"Tindakan itu juga dikhuatiri membawa satu budaya orang bukan Islam tidak akan lagi menghormati orang Islam.
"Di Malaysia, rakyat pelbagai kaum dan agama boleh tinggal secara aman kerana mereka mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain dan tidak mengajar agar pemimpin serta rakyat mengganas,'' katanya.
Sudah sampai masa Nik Aziz letak jawatan
KOTA BHARU 14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Datuk Nik Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berwibawa.
Ketuanya, Anuar Sapian berkata, Nik Aziz akhir-akhir ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan bercelaru dan tidak konsisten yang menjejaskan imejnya sebagai pemimpin negeri, ulama dan Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, banyak tindakan dan kenyataan Menteri Besar itu mengelirukan pemahaman terhadap Islam dan rakyat negeri itu.
''Isu terbaru berhubung pendiriannya membiarkan pemimpin bukan Islam menghina agama Islam.
''Adalah lebih wajar beliau yang sudah sekian lama memimpin kerajaan Pas melepaskan jawatan kepada salah seorang dalam barisan kepimpinan Pas negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sejak Pas bersekongkol dengan DAP, sudah banyak fatwa sesat dan salah demi kepentingan parti telah disalahtafsirkan oleh Nik Aziz termasuk isu bacaan al-Quran oleh pemimpin DAP Perak satu ketika dulu.
''Ternyata akan ada banyak lagi kesalahan demi kesalahan yang akan dilakukan kelak.
''Oleh itu, bagi menjaga kedudukan institusi dan kesucian Islam, amat elok sekiranya Nik Aziz melepaskan jawatan dan digantikan dengan timbalannya atau Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai pemimpin yang sedang menunggu,'' ujarnya.
Forum terus desak Jeff Ooi minta maaf
PULAU PINANG 14 Ogos - Forum Penyelarasan Umat (Forum) terus mendesak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi meminta maaf berhubung kenyataannya mengaitkan syariah Islam dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.
Ahli Jawatankuasa Forum, Muhammad Hafiz Nordin berkata, pihaknya amat kesal kerana Ooi terus bersikap angkuh dan enggan mengakui kesalahannya yang menyinggung perasaan umat Islam.
''Kami kesal kerana beliau enggan meminta maaf sebaliknya cuba mengelak dengan isu ini. Penarikan kenyataannya tanpa permohonan maaf menggambarkan seolah-olah tidak mahu mengakui kesilapannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Pada 2 Ogos lalu, dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme
Ooi juga mendakwa Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli JIM mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli JIM.
Tindakan Ooi itu menyebabkan pelbagai pihak menghantar memorandum mendesak beliau meletak jawatan dan meminta maaf.
Bagaimanapun, pada 9 Ogos lalu Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu dalam sidang akhbarnya tetap dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf, sebaliknya beliau hanya mahu menarik balik kenyataannya itu.
Menurut Ooi, tindakannya untuk menarik balik kenyataannya itu juga atas nasihat daripada Guan Eng yang mahu dia bertindak demikian.
MB Kelantan buka ruang hina Islam
RAUB 14 Ogos - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan DAP yang menghina Islam dikhuatiri akan membuka ruang yang lebih luas kepada orang bukan Islam untuk terus mempersenda kesucian agama itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya menasihati ahli-ahli DAP supaya berhati-hati bercakap mengenai Islam.
Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tindakan Nik Aziz itu mendedahkan lagi agama Islam kepada penghinaan dan cacian oleh mereka yang tidak memahami ajaran agama tersebut.
"Walaupun ahli-ahli DAP tidak memahami Islam tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencaci dan menghina Islam.
"Orang Melayu dan Islam sendiri pun ramai yang tidak memahami agama Hindu, Kristian dan Buddha tetapi kita tidak pernah mencaci dan menghina agama tersebut.
"Sebaliknya kita bersikap toleransi dan menghormati hak serta kebebasan mereka untuk beragama, malah dalam Islam sendiri kita dilarang untuk menghina agama yang bukan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Shahirudin, disebabkan kepentingan politik, Mursyidul Am Pas itu sanggup mempertahankan orang yang menghina dan mencaci Islam.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat menegaskan, tindakan Nik Aziz itu tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai ulama dan pemimpin Islam.
"Alasan itu tidak dapat diterima kerana kalau mereka jahil, mereka boleh merujuk kepada Pas dan Nik Aziz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan dan hati umat Islam,'' katanya.
Nik Aziz diminta bertaubat
BATU GAJAH 14 Ogos - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman meminta Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bertaubat berikutan kenyataannya membenarkan DAP menghina Islam.
Beliau berkata, kenyataan Nik Aziz membenarkan DAP menghina agama Islam atas alasan parti itu tidak memahami Islam berbeza dengan tindakannya mengecam sebuah akhbar terbitan Denmark yang melukis karikatur Nabi Muhammad SAW tahun lalu.
Menurut beliau, umat Islam wajib mempertahankan agamanya atau sekurang-kurangnya membuat bantahan rasmi jika ada pihak lain menghina agama suci itu.
"Ini soal agama. Saya harap Nik Aziz bertaubatlah. Jika UMNO mengeluarkan kenyataan itu, pasti ia menjadi bahan kempen mereka untuk menghentam UMNO," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bahawa beliau tidak akan membantah tindakan segelintir pemimpin DAP yang dilihat menghina Islam.
Dalam pada itu, Hamidah turut menyokong saranan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya individu yang menghina agama Islam dan institusi raja di negara ini dilucutkan kerakyatan.
Harussani sebelum ini berkata, sesiapa yang tidak menghormati agama Islam dan raja-raja bermakna mereka juga tidak menghormati perlembagaan.
2,000 laungkan Anwar pengkhianat
utusanjohor@utusan.com.my
BATU PAHAT 14 Ogos - Sokongan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa semakin memuncak apabila lebih 2,000 orang melaungkan perkataan sama di Dataran Penggaram, Padang Merdeka dekat sini hari ini.
Dalam perhimpunan yang berlangsung secara aman itu, mereka turut melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai pemimpin putar belit.
Perhimpunan anjuran UMNO Bahagian Kulai, Batu Pahat dan Sri Gading itu berlangsung selama sejam bermula pukul 5 petang.
Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Adam Hamid, Dr. Puad Zarkashi dan Datuk Mohamed Aziz turut menyampaikan ucapan pada perhimpunan yang mengulangi sejarah 63 tahun lalu apabila pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar mengumpulkan orang Melayu untuk membawa sepanduk menentang Malayan Union di tempat yang sama.
Puad yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapannya berkata, sikap Anwar yang masih tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri menjadi punca penghinaan kepada kedudukan raja Melayu oleh pihak tertentu pada hari ini.
Beliau turut mempersoalkan Anwar yang menafikan label pengkhianat bangsa itu dan mahu menyaman Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM100 juta kerana tindak-tanduknya yang tidak berani menegur rakan-rakannya apabila raja-raja Melayu dipermainkan.
"Cabaran besar yang dihadapi hari ini ialah apabila wujudnya orang Melayu yang lupa daratan selepas mendapat nikmat hasil daripada perjuangan UMNO dan diperalatkan oleh pihak lain.
"Namun UMNO akan terus mempertahankan agama dan bangsa walaupun sikap Anwar itu telah menyebabkan orang Melayu dan Islam dihina," katanya.
Mohamed pula menyifatkan Anwar sebagai pemimpin dayus apabila mahu menyaman Muhyiddin yang melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa.
"Baru Timbalan Perdana Menteri cakap pengkhianat sudah hendak saman RM100 juta. Anwar pengkhianat bangsa kerana hina kedaulatan bangsa," katanya.
Sementara itu, Adam berharap masyarakat dapat menilai sikap Anwar yang penuh sandiwara.
"Jangan bagi Anwar berkuasa kerana fakta menunjukkan dia menggalakkan demonstrasi jalanan untuk menggambarkan Malaysia tidak selamat dan menyebabkan peniaga Melayu terjejas.
"Kita tengok di Perak apabila sesama Melayu bertelagah, orang lain seronok bertepuk tangan," katanya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai, Ali Mazat yang turut menyampaikan ucapan menasihatkan ahli UMNO khususnya golongan pemuda agar berhati-hati dengan tindakan Anwar yang kini cuba mencari pengaruh di negeri itu.
UMNO Bachok sokong Muhyiddin
BACHOK 14 Ogos - UMNO Bahagian Bachok hari ini menyerahkan memorandum mengandungi dua usul termasuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabel Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.
Memorandum ditandatangani hampir 10,000 ahli itu diserahkan oleh Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd. Zaidi Sidek kepada Bendahari UMNO yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selepas majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu di sini.
Lebih 200 perwakilan turut melaungkan secara serentak, 'Anwar Pengkhianat Bangsa'.
Usul kedua dalam memorandum yang diserahkan itu menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Ahmad Husni berkata, memorandum berkenaan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dalam tempoh terdekat ini.
''Tindakan menyerahkan memorandum ini adalah lambang demokrasi dalam proses memberi kebebasan kepada rakyat tetapi berteraskan kepada maklumat yang betul.
''Rakyat sekarang ini lebih sedar dan mahukan realiti dan apabila kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima, ia akan membawa kepada perubahan peraturan-peraturan politik di negara ini yang menyebelahi Barisan Nasional (BN)," ujarnya,
Sementara itu, UMNO Bahagian Pengkalan Chepa turut menyuarakan pendirian mahukan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diambil ke atas Anwar.
Ketuanya, Dali Husin ketika ditemui selepas persidangan perwakilan bahagian itu di sini hari ini berkata, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Anwar jika dibiarkan akan menghuru-harakan ketenteraman negara.
Jelasnya, UMNO Pengkalan Chepa menyokong penuh kenyataan Muhyiddin itu kerana banyak perkara terpesong yang Anwar lakukan terhadap negara terutamanya orang Melayu.
Sebagai contoh katanya, Anwar memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara, mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), memperlekehkan institusi raja dan melemahkan struktur umat Islam sehingga rakannya dalam DAP telah menghina agama itu.
"Ini semua adalah hasil kerja Anwar yang kalau kita biarkan berlarutan akan menggugat keamanan negara.
''Justeru, adalah penting bagi kita untuk mempertahankan keamanan agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita jika tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenakan tindakan ISA terhadapnya," ujarnya.
Gobind tolak teori Beng Hock bunuh diri
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 14 Ogos - Peguam Gobind Singh Deo mendakwa teori Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam di sini 'musnah' berikutan ketiadaan kesan tapak kasut dan cap jari di birai serta tepi tingkap berkenaan.
Beliau yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock, menganggap teori Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang itu tidak berasas kerana tidak disokong oleh sebarang bukti.
''Tiada kesan tapak kasut, tiada kesan cap jari. Ia menyebabkan teori kamu musnah. Ini bukan kes bunuh diri atau kes si mati terjun. Pakar forensik polis pun tidak menjumpai kesan-kesan tersebut. Jadi teori kamu silap.
''Teori bunuh diri yang diberitahu kepada mahkamah hari ini adalah berasaskan fakta yang tidak wujud sebab kamu sendiri tidak menjalankan pemeriksaan untuk menyokong teori tersebut,'' tegas beliau hari ini dalam prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini.
Sebelum itu, Khairul yang merupakan saksi inkues ke-10 menunjukkan cara kemungkinan Beng Hock terjun dari tingkap dengan meletakkan kaki kanan dahulu ke atas birai tingkap dan kemudian kaki kiri sebelum menggayakan aksi terjun.
Demonstrasi menggunakan kandang saksi itu dilakukan sekali lagi dengan kaki kanannya dihulurkan keluar sambil punggungnya diletakkan di atas birai tingkap sebelum menghulurkan kaki kiri.
Berikutan itu, Gobind mempersoalkan mengapa tiada kesan tapak kasut atau cap jari sekiranya benar Beng Hock berdiri atau duduk di atas birai tingkap sebelum terjun.
Khairul kemudiannya mengaku beliau tidak nampak sebarang kesan tapak kasut pada birai mahupun bahagian luar tingkap semasa memeriksa tempat kejadian pada 16 dan 22 Julai lalu.
Beliau turut mengaku tidak melakukan ujian cap jari pada tingkap tersebut kerana makmalnya tidak mempunyai peralatan berkenaan.
''Saya ada periksa, mungkin ada tetapi saya tidak nampak. Kesan tapak kasut tidak kelihatan sebab si mati berjalan di atas permaidani dan mungkin debu-debu telah tersapu,'' jelas beliau.
Pada prosiding hari ini, Gobind turut mempersoalkan bagaimana kasut sebelah kiri Beng Hock boleh tertanggal daripada kaki ketika mayatnya ditemui sekiranya ia tidak longgar.
Justeru itu, Gobind membangkitkan teori kemungkinan kasut tersebut dicampak dari bangunan dan bukan jatuh bersama-sama Beng Hock memandangkan tiada kerosakan ketara padanya sebagaimana kasut kanan.
Walaupun mengaku terdapat kemungkinan ia dicampak, Khairul berpendapat, kasut itu boleh tertanggal semasa proses impak jatuh apabila Beng Hock terpelanting dan terjerumus ke depan.
''Kasut boleh tertanggal semasa proses jatuh. Pada pendapat saya, semasa si mati mendarat (terhempas), tekanan lebih kuat kepada kasut sebelah kanan, dan ia meninggalkan kesan.
''Sementara kasut di sebelah kiri, ia berkemungkinan besar tidak tinggalkan kesan kerana ia disokong oleh kaki kanan,'' katanya.
Menjawab soalan lain Gobind, Khairul mengaku tidak mengambil ukuran paras ketinggian antara tingkat 14 dan tingkat lima, saiz kasut, jarak kasut yang terpelanting, tali jam tangan serta jam yang dijumpai berkecai berhampiran mayat mendiang.
Khairul akan menyambung keterangan pada Isnin ini.
Sementara seorang lagi pakar patologi forensik yang dijadual akan memberi keterangan, Dr. Prashant Naresh Samberkar dikatakan masih belum sihat.
Tak pasti Karpal parti mana - Saksi
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Mungkin akibat gementar atau takut, seorang wartawan penyiaran daripada sebuah stesen televisyen tempatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak pasti parti politik mana yang disertai oleh Karpal Singh.
Jawapan yang diberikan oleh saksi pendakwaan kedua, Eliani Mazlan, 26, dari RTM menyebabkan mereka yang berada di dalam dewan mahkamah ketawa dan ada yang menggelengkan kepala.
Karpal yang dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 juga dilihat tersenyum lebar.
''Awak mengundi tak pada pilihan raya lepas?'' tanya peguam bela, Jagdeep Singh Deo yang mewakili bapanya.
''Undi,'' balas saksi.
''Awak mesti bukan dari Pulau Pinang,'' kata Jagdeep yang sekali lagi mengundang tawa dari galeri awam.
Eliani yang merupakan lulusan Sarjana Muda Komunikasi Masa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hanya terdiam dan menundukkan kepalanya selepas itu.
Pada soalan berikutnya yang dibuat berdasarkan transkrip rakaman video sidang akhbar Karpal pada hari kejadian, saksi itu menyatakan, dia tidak pasti sama ada Pengerusi DAP itu seorang yang berprinsip atau sebaliknya.
Dia bagaimanapun bersetuju dengan soalan Jagdeep bahawa Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan menyatakan prinsipnya walaupun apa yang dinyatakan menyakiti hati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang pemimpin di dalam Pakatan Rakyat.
Eliani menyatakan demikian semasa pemeriksaan balas oleh Jagdeep pada perbicaraan kes terhadap Karpal yang didakwa menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari lepas.
Pada prosiding hari ini, Jagdeep sekali lagi ditegur oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah apabila sering meninggikan suara terhadap saksi sehingga Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md. Said terpaksa mencelah.
''Encik Jagdeep, sound (nada suara) jangan tinggi sangat. Jangan jerit pada saksi. Tak perlu, bagi dia jawab dahulu,'' kata Azman.
''Saya tak jerit Yang Arif. Belum jerit lagi,'' kata Jagdeep lalu disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.
Terdahulu, peguam tersebut seolah-oleh 'naik angin' apabila saksi berkenaan asyik menjawab soalan dengan jawapan 'tak ingat' dan 'tak pasti'.
Beliau bertambah berang apabila Eliani menjawab 'tidak perlu' apabila ditanya sama ada dia perlu merujuk kepada rakaman sidang akhbar bagi membantunya menjawab soalan menyebabkan Jagdeep menyatakan saksi perlu lebih serius dalam memberikan jawapannya.
Sementara itu, sewaktu pemeriksaan semula oleh Kamaludin, saksi menyatakan dia tidak membaca dokumen mengandungi nas undang-undang yang diberikan bersama-sama kenyataan akhbar kerana tidak memahaminya.
Dia turut menyatakan pengajiannya di UiTM tidak membabitkan subjek undang-undang.
Saksi turut menjelaskan sela (gap) yang terdapat dalam rakaman tersebut bukan disebabkan ia telah disunting sebaliknya merupakan 'cut waste' yang berlaku apabila jurukamera mengalihkan atau membetulkan kedudukan kamera.
Perbicaraan bersambung 18 Ogos ini.
Pengerusi Kg. Buah Pala diserang
Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memukul Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran dengan sebatang besi di hadapan rumahnya di sini malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, suspek yang berusia 53 tahun kini ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Malam tadi, Sugumaran, 54, membuat laporan di Balai Polis Jelutong mendakwa dia dipukul seorang lelaki di hadapan rumahnya, kira-kira pukul 8.30 malam.
Dia dipercayai dipukul dengan menggunakan sebatang besi oleh seorang penduduk berusia 53 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk.
Sementara itu, menurut Sugumaran, berikutan kejadian itu, dia menerima dua jahitan di kepala.
Namun, kejadian itu tiada kena mengena dengan perjanjian yang ditandatangani penduduk kampung itu dan pemaju, Nusmetro Venture Sdn. Bhd.
Katanya, kejadian yang berlaku juga bukan berpunca daripada salah faham atau perbalahan yang besar.
''Kecederaan yang dialami juga hanyalah kecil sahaja dan tidak ada yang perlu dirisaukan kerana laporan polis sudah dibuat. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut,'' katanya.
Pengerusi Kampung Buah Pala dipukul
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my
Lelaki tak puas hati persetujuan kosong rumah
GEORGETOWN: Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran, 54, cedera di kepala selepas dipukul oleh seorang penduduk dengan sebatang besi di depan rumahnya di sini, malam kelmarin.
Lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan tindakan Sugumaran yang bersetuju untuk mengosongkan rumah mereka mulai 1 September ini, jika pemaju membayar pampasan kepada penduduk.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata Sugumaran menerima dua jahitan di kepalanya, tetapi keadaannya mungkin lebih parah jika tidak diselamatkan penduduk dalam kejadian jam 8.30 malam.
Beliau berkata, Sugumaran membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong, malam kelmarin dan berdasarkan maklumat itu, polis menahan suspek berusia 53 tahun itu untuk siasatan lanjut.
"Suspek kini ditahan reman seminggu mulai kelmarin untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Siasatan awal mendapati ia ada kaitan dengan surat perjanjian untuk keluar dari rumah masing-masing yang ditandatangani penduduk dalam rundingan bersama pemaju dan polis kelmarin," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ayub berkata, penduduk perlu bertenang sepanjang tempoh penangguhan yang diberikan pemaju dan seharusnya mencari jalan penyelesaian, bukannya memburukkan keadaan.
Sementara itu, Sugumaran ketika dihubungi di sini, semalam berkata, serangan terhadapnya tiada kaitan dengan perjanjian yang ditandatangani penduduk dan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, kelmarin.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham semata-mata dan bukannya perkara besar.
SPRM tahan pembantu Ronnie Liu
Oleh Johari Ibrahim dan Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
WONG (duduk) selepas dikatakan berlaku pergelutan ketika hendak ditahan pegawai SPRM, semalam. |
Pergelutan berlaku apabila suspek enggan ikut arahan
Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong cedera di kaki dan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sedang dia mengadu sakit dada.
Kedua-dua pihak membuat laporan polis berikutan insiden itu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kekecohan berlaku apabila Wong enggan dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan.
Beliau berkata, sepasukan pegawainya mengunjungi pejabat Wong kira-kira jam 9.45 pagi untuk menahannya berhubung siasatan satu kes rasuah.
"SPRM membacakan amaran bertulis sebelum penahanan dan meminta beliau menandatanganinya tetapi beliau enggan sebaliknya mahu membuat aduan polis.
"Berikutan itu, SPRM terpaksa membawa beliau balik ke pejabat tetapi beliau enggan mengikut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan ketika mahu memasuki kereta dan beliau terjatuh," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, selepas kejadian itu, SPRM membenarkan beliau membuat aduan polis selain dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
SPRM tahan pembantu Ronnie Liu
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, iaitu Wong Chuan How ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 234 projek yang bernilai hampir RM500,000.
Chuan How, ditahan di pejabatnya di pusat khidmat DAP di Sungai Pelek, Sepang dekat sini kira-kira pukul 9.45 pagi ini selepas SPRM mengambil keterangannya.
Difahamkan, sebelum penahanan itu, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Chuan How enggan memberi kerjasama dengan tidak menandatangani notis penahanan serta enggan masuk ke dalam kenderaan SPRM ketika diminta berbuat demikian.
Ahli politik berusia 50 tahun itu juga berpura-pura jatuh ketika menghampiri kereta SPRM dan menuduh pegawai SPRM sengaja menolaknya.
Ekoran tidak berpuas hati, Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu ke Balai Polis Sungai Pelek ditemani peguamnya untuk membuat laporan.
Pada masa yang sama, pegawai SPRM terbabit turut membuat laporan berhubung insiden yang sama.
Difahamkan, Chuan How dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk mendapat rawatan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan penahanan ahli politik itu.
Kes itu, kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penahanan pembantu ahli politik tersebut.