Monday, November 05, 2007

Himpunan 10 Nov: Apa yang perlu anda lakukan bila ditahan polis? (Siri III)

Saari Sungib
Mon | Nov 05, 07 | 8:04:44 am MYT

Jika saudara ditangkap dan dibawa ke balai polis, laksanakan perkara-perkara berikut:

* Jika saudara digari sepanjang perjalanan ke balai, minta polis membuka gari sebaik sahaja saudara sampai di balai polis. Bahkan saudara mesti meminta polis membuka gari sebaik sahaja saudara dimasukkan ke dalam truk polis untuk dibawa ke balai.

* Ketika berada di balai polis, gunakan telefon bimbit saudara untuk memberitahu isteri, anak, ahli keluarga, rakan atau peguam di balai mana saudara ditahan, pukul berapa saudara sampai ke balai tersebut, nama pegawai polis yang bertanggungjawab menahan saudara dan maklumat lain yang boleh membantu saudara dibebaskan segera.

* Jika telefon bimbit saudara dirampas, minta senarai barang rampasan daripada pegawai polis yang bertugas.

* Jika pihak polis enggan menyerahkan senarai barang rampasan, hafal nama, nombor dan muka pegawai-pegawai polis yang berada di balai tersebut.

* Jika saudara tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit saudara, minta pegawai polis menelefon isteri, sahabat atau peguam saudara dengan menggunakan telefon bimbit mereka atau telefon balai bagi memberitahu isteri, sahabat atau peguam butiran-butiran di atas.

* Jika pihak polis enggan membuat panggilan telefon yang saudara pohon, hafal nama, nombor dan muka pegawai-pegawai polis yang berada di balai tersebut.

* Jika saudara dibawa oleh polis ke sebuah bilik untuk merakamkan kenyataan di bawah Seksyen 113, pegawai polis yang bertugas perlu membacakan kepada saudara kenyataan seperti berikut: "Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan samada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh dijadikan sebagai keterangan"

* Minta sehelai kertas dan pen daripada pegawai polis tersebut untuk mencatatkan percakapan saudara dengan beliau.

* Saudara tidak perlu memberi sebarang jawapan kepada mana-mana soalan polis di bawah Seksyen 113 tersebut. Ingat, perkara ini amat penting!

Sebagai contoh untuk saudara semua sekiranya ditahan di lokap polis, saya perturunkan soal jawab antara saya dengan K/ASP Nasmizarizal ketika saya ditahan di Balai Polis Subang Jaya. Saya ditangkap semasa demo membantah kenaikan harga tol di pusat membeli belah The Summit USJ pada Ahad, 18 Mac 2007.

Pegawai penyiasat atau IO adalah K/ASP Erny Yusnida dan pegawai perakam adalah K/ASP Nasmizarizal. Saya dihadapkan ke hadapan pegawai perakam oleh Konstabel 153750. (Semua butiran ini saya ingat kerana saya membuat catatan di atas kertas yang saya minta daripada K/ASP Nasmizarizal)

Rekod keterangan saya di bawah Seksyen 113 adalah seperti berikut:

S: Adakah kamu faham percakapan beramaran yang telah dibacakan dan diterangkan kepada kamu tadi?

J: Saya tiada jawapan

S: Adakah kamu hendak bertanya apa-apa mengenai kata-kata amaran yang dibacakan tadi?

J: Saya tiada jawapan

S: Adakah sesiapa yang mengugut, mendorong atau menjanjikan apa-apa untuk kamu memberikan percakapan ini?

J: Tiada jawapan

S: Adakah kamu memberi percakapan ini secara sukarela?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah kamu telah ditangkap oleh polis?

J:Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Apa yang ingin kamu beritahu kepada saya kenapa kamu ditangkap oleh pihak polis?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Pada jam berapakah kamu ditangkap?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Di manakah kamu sewaktu kamu ditangkap?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Apakah yang kamu lakukan sehingga kamu ditangkap polis?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah pihak kamu terlibat di dalam demonstrasi membantah kenaikan harga tol di Hotel Sumiit USJ pada petang hari ini?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah kamu tahu siapa penganjur demonstrasi membantah kenaikan harga tol di Hotel Summit USJ pada petang hari ini?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah kamu tahu siapakah lagi yang telah ditangkap bersama kamu?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah kamu berada di sekitar Hotel Summit pada petang hari ini?

J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

S: Adakah kamu mahu ceritakan apa-apa kepada saya sekarang?

J: Saya tiada komen

S: Adakah apa-apa yang kamu hendak ubah, tambah atau pinda dalam percakapan kamu ini?

J: Tiada komen

S: Adakah kamu bercakap benar?

J: Tiada komen

Ingat, jangan cepat termakan budi! Jika sesampai sahaja saudara ke balai polis, saudara dijamu dengan teh tarik dan nasi bungkus oleh polis dan kemudian disoal secara manis dan berbahasa oleh polis, itu tidak boleh menjadi sebab bagi saudara untuk 'membalas budi' mereka dengan menjawab semua soalan di bawah Seksyen 113 secara lengkap.

Jawab saja: "Saya tiada jawapan..atau saya tidak mahu jawab". Jangan takut! (Bersambung) - mks.

Penyakit kehakiman tidak terubat walaupun Tun Fairuz bersara

Subky Abdul Latif
Mon | Nov 05, 07 | 2:10:56 pm MYT

Selamat tinggal Tun Fairuz! Itu yang dapat dikatakan kepada Ketua Hakim Negara yang khidmatnya tidak disambung lagi mulai 1 November lalu.

Memang khidmat wajibnya berakhir pada tarikh itu. Hingga sebulan lalu tiada riak beliau akan bersara sekalipun usia bersaranya bermula 1 November itu. Seolah-olah khidmatnya akan disambung, terutama memandangkan tiada nama yang jelas disenaraikan bagi menggantikannya.

Dalam keadaan seperti itu biasanya penjawat jawatan akan diminta menyambung perkhidmatan sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi.

Tiba-tiba beberapa minggu lalu meletup klip video yang dikatakan peguam VK Lingam bercakap telefon dengan Ketua Hakim Negara itu. Percakapan itu dikatakan Lingam boleh mengusahakan beliau diangkat menjadi Ketua Hakim Negara.

Klip video itu tidak dapat disahkan tulen oleh jawatankuasa khas menyiasat atas perkara itu yang dipengerusikan oleh bekas hakim Haidar.

Bagaimana pun pendedahan klip video itu telah merosakkan reputasi dan nama baik Tun Ahmad Fairuz. Adalah dipercayai ia menyebabkan khidmat beliau tidak disambung lagi.

Tidak dapat dipastikan persaraannya dapat menghentikan pertikaian atas isu klip video itu. Apa pun sehingga ini Tun Fairuz belum membela diri tentang tohmah yang melandanya itu. Sememangnya sukar bagi membelanya.

Apa lagi beliau hingga rencana ini ditulis, mengambil sikap membisu. Dia belum membela diri dan tidak muncul pihak yang mahu membelanya. Adakah beliau akan membisu terus, adalah diperhatikan.

Sebelumnya Hakim Hamid Omar dipersoal umum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini berikut penampilannya menggantikan Tun Salleh Abbas yang dipecat secara politik. Sentimen membela Tun Salleh yang begitu tinggi, menyebabkan perlantikan Tun Hamid menggantikan Tun Salleh oleh kerajaan yang tidak popular menjadi buah mulut.

Kemudian perkhidmatan Yusuf Chin sebagai Ketua Hakim Negara juga penuh dengan kontroversi. Pembabitan Lingam juga ada di situ. Pemergian ketua hakim itu memang ditunggu dan dialu-alukan.

Amat berbeza dengan pemergian Tun Salleh Abbas. Pemergiannya ditangisi dan penuh pilu.

pemergian penuh tragik

Nasib Tun Fairuz tercetus dalam bulan-bulan akhir menjelang persaraannya. Pemergiannya berlaku penuh tragik. Payah untuk mengenangnya disebabkan oleh ledakan klip video yang meletup sekitar sebulan lalu.

Perkara itu dipercayai disebut dalam persidangan Raja-Raja sehari sebelum persaraannya diumumkan. Kerajaan tidak tahu untuk menjawabnya. Semua menteri membisu. Dato Nazri Aziz saja cuba membendung kejadian itu. Tetapi ternyata lidahnya pendek.

Kerajaan dituntut menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat klip video itu. Pihak yang mendedahkan klip video itu akan bersedia memberikan keterangan terperinci kerana penyiasatan seperti itu ada kuasa undang-undang dan dapat memberi perlindungan undang-undang kepada pemberi keterangan dan punca wujudnya klip itu.

Kerajaan yang tidak tahu untuk membela ketua hakimnya, tidak berani membentuk Surahanjaya Diraja penyiasatan itu.

Bagi melepaskan batuk di tangga, kerajaan sekadar membentuk Jawatankuasa Khas penyiasatan yang tidak punya apa-apa kuasa. Ia pun tidak berupaya untuk membuat penyiasatan lanjut kerana tiada ak pihak bersedia bekerjasama dengannya.

Jawatankuasa itu boleh bekerjasama dengan BPR. Tetapi BPR pun tidak banyak dapat melakukan tindakan.

Maka Tun Ahmad Fairuz menerima nasib yang sangat malang. Selagi tiada pembelaan yang berkesan dari pihaknya, maka kekecohan sebulan sebelum tarikh persaraannya telah merosakkan seluruh perkhidmatan dan kerjayanya dalam jabatan kehakiman.

Apakah ia terhenti setakat itu saja? Apakah Lingam boleh berasa senang dan selesa dengan dua bekas ketua hakim terlungkup kerana ada hubungan baik dengannya.

Yang ternyata malang dalam kes yang meletup itu ialah Tun Fairuz. Beliaulah yang menerima segala tanggungannya. Lingam setakat ini terlepas. Macam mana rupa wajahnya pun tidak diketahui. Dia dapat menyorok dan tidak dikenali.

Dan dapatkah kerajaan melepaskan tanggung jawab dengan sekadar melepaskan Tun Fairuz dari jawatannya? Tidakkah perlu ia mengambil langkah bagi menjawab segala persoalan yang timbul dari kes yang berbangkit itu.

Masyarakat peguam dan pihak yang menuntut satu sistem kehakiman yang bebas, bersih dan adil dipercayai akan terus memperjuangkannya. Yang tiada lagi dalam jabatan kehakiman itu ialah Tun Fairuz saja. Tetapi dia meninggalkan banyak persoalan yang perlu dijawab.

Selagi kerajaan tidak mengambil satu langkah menjelaskan keadaan yang sebenar, maka selama itu baki hidup Tun Fairuz akan terus diasak oleh isu ini. Ia akan menjadi perbincangan yang lama.

Selama-lamanya Tun Fairuz akan berdepan dengan tohmah sebagai pemegang jawatan yang naik bukan kerana cara-cara yang betul tetapi penuh dengan segala kekaburan.

Dengan sikap kerajaan yang tidak bersedia menghadapi perkara itu secara terbuka, ia telah menyebabkan Ketua Hakim terus tertekan, sebab kes itu cuba diselesaikan dengan mendiam dan menyorokkan keadaan yang sebenar.

Memanglah madu itu pahit, tetapi ia ubat. Dengan berubat penyakit boleh diatasi. Tetapi dengan membiarkan penyakit tak berubat dan tidak dirawat, ia membiarkan penyakit menentukan nasib pesakit. Tiada peranan pencegahan. Itulah ibarat langkah kerajaan dalam tohmah yang menimpa bekas Ketua Hakim itu. /tajdid

Mahasiswa tuntut agar tidak diperalatkan dalam PRU ke-12

Intan Abdullah
Mon | Nov 05, 07 | 1:37:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang merupakan 'front' gerakan mahasiswa, menuntut agar dalam PRU kali ini mahasiswa tidak dijadikan 'alat' kepada parti-parti politik tertentu.

Sebagai contoh katanya, mahasiswa diperalatkan dengan memberi wang sogokan untuk mengundi atau dijadikan sebagai alat berkempen bagi sesetengah pihak.

"Di manakah kebebasan yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa dalam menjalankan pilihan raya secara telus dan adil? Mahasiswa sepatutnya diberi kebebasan untuk berpegang dengan pendirian mereka sendiri dan bukan semata-mata menurut telunjuk sesebuah parti," ujar Presidennya Mohd Dzulkhairi Mohd Noor, dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

ImageDalam hal ini, beliau mengingatkan kepada mahasiswa agar tegas dengan prinsip diri dan tidak membiarkan diri dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang akan merosakkan masa depan negara.

"Selain itu, kami keliru dengan isu rasuah dalam dua situasi yang berbeza kerana dalam kehangatan kerajaan menunjukkan komitmen mereka membanteras amalan korupsi tersebut, masih berlaku sogokan wang kepada rakyat dalam setiap pilihan raya yang diadakan. Ini bukan sahaja berupaya menyemai benih-benih rasuah ke dalam diri, tetapi pada masa yang sama usaha yang telah dibuat untuk menghapuskan jenayah tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi," katanya.

Menghuraikan perkara tersebut dengan panjang lebar, Dzulkhairi berkata dalam keadaan biasa, pihak berkuasa akan menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan rasuah, malangnya hal yang sebaliknya berlaku ketika pilihanraya dijalankan.

Beliau mendakwa amalan rasuah semasa pilihan raya adalah amat ketara, sungguhpun begitu tiada sebarang usaha penangkapan dibuat.

Menurut Akta Mencegah Rasuah 1961 (disemak 1971), rasuah antara lainnya termasuklah wang, derma, hadiah, apa-apa bayaran dan apa-apa jenis balasan berharga. Hal ini termasuklah apa-apa pemberian seperti wang, hadiah dan barangan yang bernilai yang diberikan semasa pilihan raya untuk tujuan meraih undi.

"Hari demi hari kita menyaksikan semakin ramai orang yang ditangkap kerana disyaki rasuah. Hal demikian menunjukkan bahawa kerajaan selama ini telah dipimpin oleh orang-orang yang korup. Ini menunjukkan bahawa belum ada komitmen secara serius untuk membanteras rasuah," tegasnya.

Namun begitu, Gamis tetap menyokong usaha kerajaan dalam membanteras segala amalan berbentuk korupsi, kerana jika rasuah tidak dibendung, ia akan merosakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap para pemegang kekuasaan.

Gamis turut menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menangkap pemimpin-pemimpin parti yang disyaki terlibat dengan rasuah. Jika BPR mempunyai bukti bahawa pemimpin-pemimpin parti, sama ada PAS ataupun Umno-BN yang terlibat dengan amalan 'makan suap' ini, maka keadilan perlu ditegakkan.

Beliau juga mengambil kesempatan menyeru semua mahasiswa agar turun mengundi pada PRU ke-12 kali ini.

"Jangan hanya menjadi ulat buku semata-mata dan tidak peduli dengan sebarang peristiwa yang berlaku di luar, kerana mahasiswa seharusnya berperanan untuk mengembalikan keadilan dan kemakmuran negara," katanya.

Di samping itu, Gamis mendesak pihak pentadbiran seluruh institusi pengajian tinggi agar memberi kesedaran mengundi termasuk penjelasan mengenai tanggungjawab tersebut kepada mahasiswa, supaya ia bukan sekadar teori tetapi terus diamalkan ke dalam kehidupan.

"Jika tidak, mahasiswa akan menjadi 'mandom' dan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan kepada negara," ujarnya menjelaskan kesan sikap tidak peka terhadap isu semasa di persekitaran mereka.

Dzulkhairi yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya berharap PRU ke-12 akan berjalan dengan telus dan adil tanpa sebarang kecacatan yang boleh mencemarkan integriti dan kredibiliti kerajaan. - mns

Jemput hadir ke kelas pengajian Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar

Harakahdaily
Mon | Nov 05, 07 | 1:33:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir ke majlis santapan ilmu yang dianjurkan Jawatankuasa Kelas Pengajian Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dekat sini.

Menurut penyelarasnya, Syed Mohamad Syed Hassan, malam ini selepas solat maghrib, Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Mahfudz Mohamed akan menyampaikan kuliahnya.

Menurut beliau, pihaknya akan mengedarkan jadual kuliah yang disusun seberapa segera untuk kemudahan orang ramai.

Kuliah yang membariskan antaranya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasharudin Mat Isa, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang sering membanjiri markaz PAS. - mr

Pemilihan MTUC: Syed Shahir akan pertahan jawatan

Roy Rasul
Mon | Nov 05, 07 | 1:27:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, biarpun ada calon yang akan mencabarnya dalam pemilihan puncuk pimpinan MTUC pada 18 Disember ini beliau tetap akan mempertahankan jawatan tersebut.

Katanya, pertandingan sesuatu jawatan adalah sihat dan siapa pun berhak untuk bertanding.

"Walaupun masih terlalu awal tetapi saya lihat jika ada calon mahu menawarkan diri sebagai presiden saya bersikap terbuka.

"Tetapi dengan syarat calon itu mesti ada visi dan misinya untuk apa beliau bertanding dan saya juga tidak mengatakan bahawa jawatan itu tidak boleh dipertanding," katanya semasa ditemui di piket pekerja-pekerja bank, di Menara Maybank dekat sini, 3 November lalu.

Pada 30 Oktober lalu, sebuah akhbar tempatan dipetik sebagai berkata bahawa Timbalan Presiden MTUC, Shafie BP Mammal akan menentang Syed Shahir bersama dua individu lain.

Lapor akhbar itu lagi, selain mereka, sebanyak 16 jawatan utama termasuk Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung akan turut menyaksikan perebutan sengit.

Shahir berkata, masing-masing berhak bertanding tetapi perlu jelas apa tujuan mereka masuk bertanding.

Katanya, beliau bersikap terbuka kerana beliau sendiri sebelum ini telah banyak kali bertanding.

Beliau menganggap proses tersebut adalah satu proses demokrasi.

"Saya kena ambil sikap terbuka dan dalam masa yang sama saya akan pertahankan jawatan saya memandangkan banyak lagi agenda yang belum selesai," katanya.

Shahir memenangi kerusi tersebut pada pemilihan MTUC 2004 lalu dengan menewas Datuk Zainal Rampak yang mengetuai MTUC sejak 1986. - mns

Perhimpunan Agung Umno 2007: Umno terpaksa 'rasuah' RM5.25 juta, tarik ahli daftar SPR?

Azamin Amin
Mon | Nov 05, 07 | 1:23:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Betapa gersang,untuk menarik sokongan ahlinya Umno dilihat terpaksa mengumpan hadiah berjumlah RM5.25 juta supaya ahlinya mendaftar sebagai pemilih dan pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini terpaksa dilakukan berikutan rekod sejumlah hampir 4 juta rakyat Malaysia termasuk ahli Umno yang masih gagal mendaftar sebagai pemilih dan pengundi bagi pilihan raya akan datang malah kempen-kempen yang dilakukan oleh SPR sebelum ini ternyata gagal.

Kempen 'umpan dan rasuah' ini dilihat sebagai satu kaedah pembaziran wang ahli Umno memandangkan usaha mendaftar diri ini merupakan satu tanggungjawab warga negara Malaysia bukannya peraduan mahu permaianan yang boleh ditawarkan hadiah yang melimpah ruah.

Biarpun persoalan daripada mana sumber jutaan wang ringgit itu diperolehi boleh dijawab namun sebaiknya wang tersebut adalah lebih mulia disalurkan kepada yang memerlukan seperti membantu golongan susah, miskin dan tertindas, mangsa banjir, anak yatim berbanding memberi hadiah kepada ahli yang 'tidak bertanggungjawab' kerana sebelum ini gagal mendaftar sebagai pemilih.

"Presiden Umno dan Timbalannya sendiri pernah menasihati rakyat supaya berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, tiba-tiba Umno sendiri secara boros membelanjakan jutaan wang ringgit untuk menarik ahlinya yang 'liat' mendaftar.

"Secara tak langsung tonjolkan ahli-ahlinya yang tidak ada kesedaran dan tanggunjawab sehingga kini gagal mendaftar sebagai pemilih." kata seorang pemerhati politik.

"Tawaran ini benar-benar mencemar Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana disifatkan sebagai simbol 'keangkuhan' untuk menunjuk kepada rakyat bahawa Umno miliki jutaan wang ringgit dan kaya raya berbanding ramai lagi rakyat yang papa," katanya yang tidak puas hati dengan berita yang dilaporkan hari ini.

Sebelum ini pernah dilaporkan 'umpan' yang seumpama itu dan tidak berfaedah pernah dibatalkan serta ditarik balik iaitu isu hadiah lumayan kereta Perodua MyVi kepada rakyat Malaysia yang mahu menukar kad pengenalan baru.

Ianya kemudian menjadi topik panas apabila Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad membuat pengumuman menarik balik peraduan cabutan bertuah 'Jom Tukar dan Menang' itu.

Beliau menyifatkan langkah memberi ganjaran kepada rakyat untuk menukar dokumen penting MyKad sebagai "sesuatu yang bodoh dan mengarut" dan mahu semua hadiah termasuk kereta berkenaan didermakan kepada rumah anak yatim.

Ramai pihak yang menyokong tindakan Radzi membatalkan ganjaran ini kerana memperbaharui MyKad adalah tanggungjawab dan wajib atas semua rakyat maka tidak perlulah memikat orang ramai dengan menawarkan hadiah lumayan.

Menteri akhirnya sepakat menyumbangkan baki hadiah termasuk Perodua MyVi bernilai RM50,000 kepada rumah anak yatim.

Tindakan ini sewajarnya dijadikan tauladan oleh Umno supaya tidak melakukan pemborosan secara buta tuli, bermegah-megah dengan harta yang dimliki dan menarik ahli dengan cara membazirkan wang parti.

Agensi berita hari ini melaporkan bahawa ahli Umno yang mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapat kad keahlian secara percuma pada Perhimpunan Agung Umno 2007 dan berpeluang merebut hadiah bernilai RM5.25 juta, kata Setiausaha Kerja Umno, Dato' Husainay Hashim.

"Ahli-ahli yang mempunyai kad ini membolehkan mereka mendapat rebat tunai contohnya jika mereka adalah pelanggan Astro dan pelanggan talian Maxis," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - mr

Perhimpunan Agung Umno 2007: Hanya kisah Khairy, Jeanne, Scomi dan Pak Lah bersama penyu

Murtadza Ibrahim
Mon | Nov 05, 07 | 12:17:15 pm MYT

Sedih dan pilunya melihat ahli dan para pemimpin Umno. Jika mereka benar-benar bijak, berfikiran merdeka dan berwibawa, pastinya mereka akan turut serta berhimpun dalam Perhimpunan 100,000 rakyat di Dataran Merdeka, 10 November 2007 ini.

Ini disebabkan, antara kandungan memorandum yang mahu diserahkan ke Istana Negara adalah kebebasan media kepada semua pihak. Keutamaan adalah pemimpin muda Umno yang kononnya mahu menjadi bakal pemimpin wibawa akan datang.

Kita tidak hairan dengan kehadiran pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang. Mereka cukup arif dengan kebebasan media arus perdana di negara ini. Mereka tidak pernah yakin media ini bebas dalam memberikan laporan terhadap mereka. Mereka sudah merasainya sejak 50 tahun negara merdeka. Tetapi mereka tetapi tidak serik dan terus berjuang agar media ini boleh bersikap bebas walaupun sedikit. Itulah harapan mereka yang pastinya tinggal harapan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Tetapi ini telah berlaku di zaman era pemerintah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Akhbar arus perdana sudah tidak dikuasai oleh ahli dan pemimpin Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno. Akhbar kini sudah dikuasai oleh Abdullah & Co.. Yang lebih teruk termasuk akhbar berbahasa Inggeris yang mana Umno tidak mempunyai sahamnya.

Lihatlah dua tiga hari sebelum menjelang Perhimpunan Agung 2007 yang telah berlangsung pada 5-9 November ini. Kebanyakan akhbar menyiarkan cerita Khairy, Jeanne Abdullah, Scomi dan kemuncaknya wawancara Abdullah Ahmad Badawi di dalam akhbar Mingguan Malaysia (4 November 2007).

The Star menyiarkan berita rencana mengenai menantu Presiden Umno, Khairy mahu menggunakan `protection’ untuk kepentingan politik.

Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan rencana isteri Presiden Umno, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama dua orang anak perempuannya. Di ruangan ekonomi pula disiarkan berita/rencana mengenai perniagaan anak Presiden Umno, Scomi yang mendapat tender beratus juta di dalam Petronas dan LRT. Dan sehari sebelum Perhimpunan Agung Umno, wawancara Abdullah Ahmad Badawi bersama Utusan Malaysia mengenai 'Ayam dan Penyu' disiarkan.

Dalam wawancara ini Abdullah Ahmad Badawi dipetik sebagai berkata: Melayu memang suka buat pengumuman. Mereka macam ayam bertelur sebiji, satu kampung tahu. Penyu diam sahaja ketika bertelur. Tahu-tahu saja sudah banyak anak."

Ternyata Abdullah Ahmad Badawi sudah tersilap cakap. Dia mungkin kurang atau `terlebih' memahami antara ayam dan penyu yang dikaitkan dengan realiti yang ada. Anak, menantu, isteri dan beliau sendiri yang banyak di dalam berita sebelum menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007 di dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris sehingga boleh dianggap berita dan rencana untuk Abdullah & Co.

Ia ibarat ayam yang memang suka buat pengumuman atau bersikap seperti penyu sehingga banyak Scomi memperolehi projek yang secara senyap. Mungkin juga Khairy ada membawa banyak projek tetapi dia juga seperti penyu yang tidak menghebahkan kepada umum.

Bahan berita mengenai visi dan isu di dalam Perhimpunan Agung Umno sememangnya adalah suatu kewajipan. Ia sememangnya tidak menghairankan kerana saban tahun sebelum menjelang Perhimpunan Agung Umno, media masa kepunyaan mereka perlu menyiarkan berita pemimpin dan parti itu. Apa sahaja isu yang bakal dan akan dibincangkan adalah bergantung kepada ucapan dasar Presiden parti.

Tetapi yang lebih pelik, cerita Abdullah & Co. wajib juga diadakan bersama dengan cerita pemimpin Umno lainnya. Itulah realiti media yang dikuasai oleh Abdullah & Co. ini.

Kita juga tidak sukar menjangka bahawa publisiti akan diberikan lebih meluas kepada Khairy, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini yang juga menantu Abdullah. Segala ucapannya akan mendapat tempat utama memandangkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato Seri Hishamudin Tun Hussien dijangka akan melepaskan jawatannya.

Sebagai bakal Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang direstui oleh presiden parti, Khairy akan membuktikan dia sebenarnya cukup hebat dan wibawa. Jika tidak hebat dan wibawa bagaimana dia boleh memperisterikan anak Perdana Menteri ini.

Akhirnya, sekali lagi ahli dan pemimpin Umno akur dengan kebebasan media yang sepatutnya dikuasai oleh Umno dan bukannya Abdullah & Co.. Mereka tidak mahu 'periuk nasi terganggu' walau apa juga cerita mengenai Abdullah & Co. ini.

Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, majoriti ahli dan pemimpin Umno sekarang akan terus tebal dengan sikap "Titah Tuanku Patik Junjung". Ini termasuk kepada ketua media akhbar harian dan elektronik yang pastinya lebih 'takut' berbanding dengan ahli dan pemimpin Umno sendiri.

Selamat bersidang kepada perwakilan Umno dan bersiap sedialah mendengar pidato paling hebat dan wibawa dari bakal pemimpin Umno yang kini di dalam proses pembikinan yang amat direstui oleh Presiden mereka. Selamat bersidang juga kepada Abdullah, Jeanne, Kamaludin dan tentunya Khairy Jamaluddin. - tajdid

Isu Rimba Jaya: Kerajaan Selangor berlagak, guna kekerasan melampau

Azamin Amin
Mon | Nov 05, 07 | 11:19:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - KeADILan memandang serius dan menganggap tindakan kerajaan negeri Selangor merobohkan secara paksa kuil Sri Maha Mariaman, sebuah surau, dan 200 buah rumah langsung sebagai tidak bertamadun dan tidak boleh diterima dalam masyarakat negara ini yang mengamalkan nilai-nilai demokrasi.

Bendahari Agung KeADILan, William J K Leong berkata dengan menghantar lebih 300 ahli polis dan penguatkuasa bersenapang automatik bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam, amat jelas bahawa pihak berkuasa bersedia untuk menggunakan keganasan untuk merobohkan rumah ibadat termasuk penempatan awam di Kampung Rimba Jaya, Selangor.

Akibat daripada insiden tidak perikemanusiaan itu puluhan penduduk dan penganut tercedera manakala lebih kurang 15 orang ditahan oleh pihak polis.

Antara yang cedera adalah seorang pemuda berusia 16 tahun dan seorang wanita berusia 52 tahun.

"Nampaknya, kekerasan yang melampau digunakan, tapi nasib baik tiada orang ditembak, seperti yang berlaku di Batu Buruk," katanya dalam satu kenyataan media.

"Polis dan pihak penguatkuasa hanya dibenarkan mengguna kekerasan yang munasabah jika didapati perlu untuk melindungi keselamatan diri atau orang lain. Tindakan menghantar 300 orang polis bersenjata untuk merobohkan tempat beribadat langsung tidak masuk akal, " katanya lagi.

Lebih mengecewakan katanya adalah tidak masuk akal dan munasabah mengapa penganut tidak dibenarkan masa untuk mengumpulkan hak milik mereka sedangkan surau, kuil dan rumah yang telah telah didirikan lebih kurang 100 tahun dahulu.

"Kekerasan tidak terkawal oleh pihak berkuasa akan dipandang oleh rakyat sebagai tanda kerajaan yang tidak menghormati perbezaan pendapat dan berlagak mengatasi undang-undang," katanya

Malah katanya Kerajaan negeri Selangor mestilah menghormati hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia seperti kebebasan beragama di bawah peruntukan Perkara 11, hak untuk memiliki harta di bawah Perkara 13 dan hak untuk hidup dibawah Perkara 5.

"KeADILan menyeru kerajaan Selangor menghentikan perobohan tempat-tempat beribadat dengan serta-merta. Sebaliknya, kerajaan mesti menjaga kepentingan rakyat Selangor dengan menyediakan tapak yang bersesuaian untuk membina tempat beribadat dan menganut agama mereka dengan aman, " katanya. - mks.

Gamis akan pimpin mahasiswa ke Perhimpunan Rakyat

Intan Abdullah
Mon | Nov 05, 07 | 10:56:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Sempena Perhimpunan Rakyat pada 10 November ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan seluruh penyokong Pro-Mahasiswa akan turut serta sebagai satu tindakan sivil dan tanggungjawab sosial untuk membawa suara rakyat menuntut pemulihan demokrasi secara telus dan adil.

Menurut jurucakapnya, Meor Affandi Meor Azizan, Gamis melihat perhimpunan ini sebagai salah satu agenda penting untuk menyeru rakyat membuat perubahan dalam sistem politik dan bentuk pentadbiran kerajaan.

"Di samping itu, Gamis juga menolak dan 'membakul sampahkan' pemimpin yang hanya mementingkan nasib keperluan diri dan keluarga semata-mata sehingga mengabaikan amanah untuk menjaga kebajikan dan memimpin rakyat ke arah kesejahteraan dan keadilan seluruh rakyat," demikian petikan kenyataan akhbar yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Gamis turut menyatakan pendapat mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bahawa sekatan Auku akhirnya akan melahirkan produk mahasiswa yang tidak demokrat dan apatetik terhadap kepentingan rakyat, agama dan negara.

"Auku yang digubal dan dipinda sebenarnya bukan bertujuan untuk mengurus tadbir universiti dan disiplin mahasiswa dengan lebih sistematik dan efisyen. Bahkan, ia merupakan satu modal dan motif politik kotor yang dijadikan senjata kerajaan untuk melumpuhkan dan melenyapkan salah satu kumpulan pendesak golongan rakyat iaitu mahasiswa lantaran kebangkitan dan kesedaran mahasiswa yang pada satu ketika dulu menjadi satu bayangan paranoid kepada pemerintah," tambahnya.

Untuk itu, Gamis dengan penuh rasa keinsafan dan rendah diri akan memimpin Pro Mahasiswa untuk bersama-sama menuntut perubahan demi memartabatkan agama, menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira bangsa dan menjaga kedaulatan negara.

"Auku mesti dirempuh!" tegas Meor.

Tambahnya, setelah bergelumang dengan ketempangan dan penguburan demokrasi kampus sama ada kebebasan mahasiswa mahupun sendi Pilihan Raya Kampus, kini Pro-Mahasiswa merasakan ia satu kewajipan untuk menyahut cetusan momentum bagi menuntut pemulihan demokrasi secara berakar umbi di kampus dan seterusnya di Malaysia.

Menurutnya, ini kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) 2007 telah menggambarkan satu model demokrasi yang buruk dan semakin parah dalam keadaan pihak kerajaan dan universiti bersetuju untuk mengadakan PRK setiap tahun sebagai simbolik demokrasi.

"Namun ia tidak ubah daripada sekadar menjadi barang dagangan lapuk yang tidak mempunyai nilai intelektual dan komersial," tambahnya lagi.

"Bagaimana boleh wujud sistem pengundian elektronik (e-voting) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia? Sistem pengundian elektronik tidak dapat dibuktikan ketelusannya. Bagaimana mahasiswa ingin memastikan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan ketika proses pengundian dan perkiraan undi dijalankan? Sedangkan paling tidak pun Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (SPR) Malaysia menggunakan peti undi lutsinar untuk membuktikan pengundian secara telus, inikan pula pengundian yang dibuat secara maya," hurai beliau menceritakan insiden yang dirakamkan dalam PRK yang lalu.

Jelasnya lagi, demokrasi PRK juga terus dicemari dengan insiden pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12, Universiti Malaya sehingga menyebabkan pengundian semula terpaksa dijalankan semula dibuat beberapa hari selepas hari pengundian yang berlangsung serentak di seluruh IPT pada 2 Oktober.

"Ini diikuti dengan situasi di UIAM yang mengadakan proses penapisan ketat calon-calon yang mahu bertanding dengan mewujudkan proses 'public speaking', sesi temuduga bersama dekan fakulti serta perlu menghadiri taklimat khas bersama Rektor dan Presiden UIAM sebagai salah satu syarat yang wajib diikuti. Namun, perkara yang tidak dapat difikirkan ialah apabila penamaan calon diadakan semula dengan alasan yang tidak munasabah setelah pro-mahasiswa dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menang mudah pada sesi penamaan calon kali pertama. Semuanya ini hanyalah secebis bukti kebobrokan demokrasi di kampus,"ulas Meor.

Walau apapun katanya, Gamis tetap meyakini bahawa demokrasi di tanah air ini dapat dikembalikan dan dimurnikan berdasarkan prinsip-prinsip serta nilai-nilai sebenar demokrasi.

"Intipati demokrasi yang menjamin hak-hak rakyat juga adalah sebahagian daripada pengolahan ilmu-ilmu Islam dan kemanusiaan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan teori ini, Gamis akan terus komited untuk mengembalikan keadilan dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku. - mks.

Pengalaman isteri tahanan ISA: "Memang berdosa pun Abdullah ..."

Aliza Jaffar
Mon | Nov 05, 07 | 8:48:08 am MYT

Terpampang di muka depan akhbar Mingguan Malaysia sehari sebelum Perhimpunan Agung Umno 2007 satu kenyataan emosi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, 'Berdosalah Saya'.

Kami mangsa penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA mengesahkan bahawa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memang berdosa terhadap kami.

Melalui Gerakan Mansuhkan ISA kami telah pun mengingatkan beliau tentang 'berdosanya beliau' melalui surat kami yang dikirim pada 10 Oktober 2007 beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilftri tahun ini.

Kami mengirimkan sebuah buku bertajuk 'ISA Ia Sah Aniaya' yang merupakan testimoni penahanan dan penyeksaan yang berlaku terhadap tahanan ISA. Cerita benar ditulis semula oleh Subky Abdul Latif diterbitkan oleh GMI pada Ogos 2006. Buku ini juga memuatkan lukisan-lukisan penderaan dan penyeksaan yang dahsyat yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA yang penahanan mereka ditandatangani oleh Abdullah.

Tandatangan beliaulah yang menjadikan seseorang tahanan ISA terus ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting bertahun-tahun, dipisahkan dari isteri dan anak-anak, keluarga dan sahabat handai dan kebebasan mereka sebagai manusia dicabul sewenang-wenangnya. Apakah Perdana Menteri sedar implikasi tandatangan beliau itu?

Surat kami berbunyi:

_______________________________________________________

Kepada

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt

Buku ISA 'Ia Sah Aniaya'

"Gerakan Mansuhkan ISA mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 1428 H. Sempena Aidilfitri ingin kami mengingatkan Dato' Seri bahawa mengekalkan undang-undang ISA iaitu menahan seseorang tanpa bicara adalah berdosa dan mencabul hak asasi manusia.

"Allah berfirman: "Tidak ada jalan atas orang yang menzalimi manusia dan membuat kerosakan di bumi dengan tidak benar, kecuali bagi mereka azab yang pedih." (Asy-Syura: 42)

"SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia pada tahun 2003 telah membuat kajian mengenai kezaliman ISA dan memutuskan agar kerajaan memansuhkan ISA.

"Untuk menegaskan lagi perjuangan menuntut ISA dimansuhkan, GMI mengirimkan buku 'Ia Sah Aniaya' terbitan GMI kepada Dato' Seri. Ia adalah testimoni kezaliman, penyeksaan dan penganiayaan yang berlaku di bawah ISA.

"Kami harap Dato' Seri membacanya dengan teliti dan seterusnya bertindak supaya kerajaan tidak terus membisu tentang tuntutan rakyat yang mahukan undang-undang zalim ini dihapuskan."

Di sebalik setiap penahanan ISA yang ditandatangani oleh Abdullah adalah penganiayaan terhadap isteri dan anak-anak kepada tahanan. Begitu banyak kisah sedih, pahit dan menggerunkan yang tidak diketahui umum.

Jika ada satu mahkamah yang boleh membicarakan 'dosa' yang ditanggung oleh Abdullah terhadap keluarga tahanan ISA, adakah hukuman yang setimpal dengan 'dosa' yang beliau lakukan dengan hanya menandatangani setiap penahanan ISA?

Untuk kali ini saya ingin menceritakan kisah sedih yang berlaku terhadap isteri tahanan ISA yang berlaku pada 14 Disember 2002. Saya tidak dapat menahan sedih mendengar kisah isteri tersebut apabila dia menceritakan kepada saya. Untuk tidak membebankan beliau lagi, saya hanya menggunakan nama samaran untuk wanita ini.

Masa suami Rosnah ditahan mereka sedang nyenyak tidur, maklumlah jam pukul 4.30 pagi. Pada ketika itu, mereka terdengar bunyi bising dari luar rumah dan membuatkan mereka terjaga dari tidur.

Rosnah sangka beliau bermimpi. Apabila dilihat di luar rumah rupanya antara empat atau lima buah kereta berada di sekeliling rumah mereka. Mereka terkejut akan kedatangan orang-orang yang tidak dikenali.

Rupa-rupanya SB datang ala-samseng, tidak memberi salam dan terus menggoncang pagar besi rumah mereka. Kuat dan ganasnya tindakan mereka sehingga mengejutkan semua jiran mereka yang berhampiran.

Suami Rosnah terus bangun dan turun membuka pintu. Rosnah tidak mengetahui apa-apa kerana beliau masih di tingkat atas rumah. SB mula menggeledah semua bilik dan semua barang dalam setor diselongkar. Tapi tiada satu pun barang yang diambil.

Pukul 6 pagi azan subuh pun berkumandang dari masjid. SB pun terus menggari tangan suami Rosnah. Suami Rosnah meminta agar beliau dibenarkan solat subuh dahulu tetapi SB samseng tersebut tidak membenarkan dan terus membawanya pergi dengan mengambil empat buah buku bank suaminya, satu kepunyaan Rosnah dan dua telefon bimbit.

Begitulah adegan ganas SB menangkap seorang tahanan ISA.

Tinggallah Rosnah dalam keadaan trauma dan ketakutan bersama 4 orang anak berumur 10 tahun, 9 tahun, 6 tahun dan 5 tahun. Rosnah sedang mengandung 7 bulan. Rumah beliau ditinggalkan dalam keadaan amat berselerak seperti setelah dimasuki perompak. Barang-barang bertaburan di merata ruang rumah.

Suami dibawa entah ke mana. Setelah seminggu suami Rosnah diculik, Rosnah menghadapi tekanan yang tidak dapat dibayangkan. Beliau membuat pemeriksaan kandungan. Doktor mengesahkan bayi kandungan beliau telah meninggal dunia dalam rahim.

Rosnah terpaksa memandu kereta bersendirian ke hospital untuk melahirkan anak yang sudah tidak bernyawa. Sepanjang penahanan suaminya, beliau terpaksa menanggung penderitaan anak-anak sakit hingga dimasukkan ke hospital dan beliau pula mendapat penyakit ketumbuhan di dalam rahim, buah pinggang dan batu karang.

Rosnah terpaksa menanggung beban pengurusan perniagaan suaminya agar mereka terus dapat hidup walaupun ditinggalkan suami yang entah bila akan bebas.

Alangkah kejamnya ISA menganiaya insan yang tidak bersalah. Adakah Datin Seri Jeanne Abdullah sedar akan penganiayaan ini?

Adakah Jeanne Abdullah sedar 'berdosa' suami Jeannelah yang membawa kesengsaraan kepada ratusan malah ribuan mangsa tahanan ISA? - mks.

Bincang kos sara hidup -- Usul paling banyak diterima untuk dibahas di perhimpunan UMNO

Oleh Baharom Mahusin

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang akan dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu ini memandangkan banyak bahagian UMNO mengemukakan usul berkaitan isu berkenaan kepada ibu pejabat parti itu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun usul ekonomi pada perhimpunan tersebut tidak secara spesifik menyebut mengenai isu itu, ‘kita sendiri tahu ia menjadi keprihatinan perwakilan dan ahli-ahli UMNO’.

Menurut beliau, sekiranya ditimbulkan, ia merupakan satu kesempatan baik untuk pucuk pimpinan UMNO menjelaskan kepada akar umbi parti mengenai punca kenaikan harga barang dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengawalnya.

“Jika kita lihat usul-usul dari bahagian-bahagian yang telah sampai ke Ibu Pejabat UMNO, memang banyak yang menyentuh tentang kos sara hidup,” kata Muhyiddin dalam wawancara dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul, Muhyiddin melihat pemimpin akar umbi UMNO mengambil berat soal kenaikan kos sara hidup dan telah memberikan pendapat mereka bagaimana kerajaan harus mengawal harga, mempertingkatkan penguatkuasaan, subsidi dan sebagainya.

“Tidak perlu tunggu Perhimpunan Agung, banyak daripada 192 bahagian UMNO telah pun berbincang lebih awal mengenai isu itu seperti yang kita duga.

“Pastinya ini merupakan landasan terbaik bagi Presiden, Timbalan Presiden dan menteri-menteri ekonomi dalam UMNO untuk menjelaskan kepada ahli-ahli tentang mindset kebergantungan kepada subsidi,” katanya.

Menurut Muhyiddin, kenaikan harga minyak yang mencecah hampir AS$100 dolar setong memang menekan ekonomi Malaysia dan kesannya amat besar kepada rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz telah memberitahu rakyat supaya bersedia menerima kesan kenaikan harga minyak itu.

“Ini bukan buatan kita, ia berlaku di luar kawalan kita. Kenaikan harga minyak itu memang membebankan ekonomi negara terutama kesannya kepada pembiayaan subsidi minyak yang telah mencecah berpuluh-puluh bilion ringgit.

“Kalau harga (minyak) naik lagi, Petronas untung tetapi tanggungan kerajaan juga meningkat, kadang-kadang lebih tinggi daripada keuntungan yang kita peroleh,” ujarnya.

Menurut Muhyiddin, walaupun pada peringkat awal kerajaan boleh menampung kesan itu tetapi dalam jangka masa panjang ia akan membebankan kewangan kerajaan dan memberi kesan kepada kos sara hidup dan inflasi.

Beliau memberitahu, kepimpinan UMNO memahami apa yang berlaku kepada rakyat dalam isu itu.

“Sesetengah pihak pasti terasa. Misalnya, kalau dulu dengan RM100 orang boleh beli barangan yang memenuhi bakul, sekarang nilai wang yang sama hanya mampu mengisi tiga suku bakul.

“Hal itu disuarakan oleh rakyat dan ahli-ahli parti,” kata beliau.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kalau rakyat hendak meminta kerajaan semata-mata mengawal harga barang, ia bukannya perkara mudah.

Beliau menceritakan bagaimana sukarnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal untuk mengawal harga ayam.

“Tidak ada negara lain di dunia yang buat macam Malaysia. Bila nak kawal harga ayam, harga tepung pula naik, jaga harga tepung, harga minyak naik,” katanya.

Mustahak

Muhyiddin yang merupakan bekas menteri di kementerian yang kini dipimpin oleh Mohd. Shafie berkata, ada juga pihak yang mendesak supaya senarai harga barangan kawalan ditambah.

“Sudahlah banyak, nak ditambah pula lagi. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Lepas itu bila nak kawal harga, bukan soal harga barangan itu sahaja yang hendak diperhatikan, kesannya kepada industri juga sama mustahak.

“Bila orang ramai kata harga ayam jangan naik, bagaimana pula dengan penternak yang mengalami masalah kenaikan harga makanan ayam?

“Jadi kita perlu mempunyai pertimbangan kepada pengguna serta penternak kerana kedua-duanya adalah rakyat. Jika penternak tak ada, pengguna tak boleh makan,” katanya yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Harga bagi menentukan kenaikan harga barang.

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya fikir kita mungkin akan mendengar ahli-ahli menyuarakan dan menyoal perkara-perkara yang berkaitan harga barang.

“Jawapan yang akan diberikan oleh kepimpinan pula akan dikongsi bersama masyarakat di luar seperti di kampung-kampung dan kakitangan kerajaan. Inilah kesempatan kita untuk menjelaskan kepada mereka mengenai kenaikan harga minyak dan peranan Petronas.

“Mungkin ada yang kata Petronas untung bila harga minyak naik, tetapi harus diingat Petronas mempunyai tanggungan yang besar kerana syarikat itu mempunyai tanggungjawab kepada pemegang sahamnya.

“Kalau kita lihat, Malaysia berjaya menguruskan ekonomi dengan mengawal harga... saya fikir kita jauh lebih berjaya daripada banyak negara lain. Tapi di Malaysia sudah menjadi adat rakyat mengharapkan kerajaan memberi subsidi dan bantuan.

“Ini bagi saya tidak mengapa, tapi saya harap jangan semua orang bercakap perkara yang sama. Mereka juga boleh bercakap mengenai perkara lain seperti berterima kasih kepada kerajaan,” katanya.

Kukuh perpaduan parti

Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Rohaniza Idris

Perhimpunan Agung Umno bahas persiapan pilihan raya umum

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula hari ini, dilihat penting bagi memperkukuhkan perpaduan parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, selain meneruskan agenda membela bangsa Melayu untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Malah, perbahasan pada perhimpunan yang dihadiri 2,522 perwakilan dari 190 bahagian itu dijangka menjurus kepada agenda memperkukuhkan parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya berkenaan, yang kedua di bawah kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perbahasan kali ini dijangka lebih banyak berkisar mengenai persiapan pilihan raya umum dan Presiden juga tentu akan menyentuh mengenai isu itu.

"Saya fikir turut disentuh ialah mengenai hubungan antara parti komponen BN yang mesti dimantapkan dan dengan pilihan raya semakin hampir, kita tidak mahu satu gambaran seolah-olah ada perselisihan dan perpecahan dalam BN.

"Waktu ini cukup penting untuk kita memberi persepsi betul mengenai Umno dan BN," katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Harian di kediamannya di sini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz, pula berkata persiapan pilihan raya umum akan disentuh dalam amanatnya pada persidangan pergerakan itu esok dengan tumpuan diberi kepada usaha menentukan kemenangan besar BN.

"Wanita Umno akan terus melaksanakan tugas untuk mendekati pengundi dengan cara yang sudah lama dilaksanakan sebelum ini, iaitu Satu Ketua 10 Pengundi atau K10 yang terbukti mampu mendekatkan Umno dan parti komponen lain dengan pengundi berbilang bangsa," katanya.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah pula yakin perhimpunan Umno kali ini tidak akan membangkitkan isu sensitif kerana pilihan raya umum semakin hampir.

"Tentunya tidak ada yang mahu menimbulkan sesuatu yang boleh memburukkan keadaan kerana ketika ini senario politik negara sendiri amat mencemaskan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui pada Seminar Agenda Melayu Ketiga: Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail yang ditemui pada majlis itu berharap perhimpunan Umno kali ini melihat kelemahan dan perkara yang belum diselesaikan 50 tahun lalu untuk meneruskan agensi bagi tempoh lima dekad akan datang.

Beliau memberi contohnya, ekuiti 30 peratus hak Bumiputera yang setakat ini masih gagal dicapai sepatutnya diberi tumpuan serius dan disusuli dengan tindakan tanpa sebarang kompromi.

"Keberanian pemimpin, pentadbir dan pelaksana dasar kerajaan penting untuk membawa perubahan kerana tanpa kesungguhan mereka, nasib bangsa Melayu akan kekal di tahap sekarang," katanya.

Ditanya sama ada perjuangan membela orang Melayu akan menimbulkan rasa tidak senang kaum lain, terutama menjelang pilihan raya umum, Rozali berkata, perasaan takut tidak seharusnya mengganggu tugas untuk mencapai matlamat perjuangan Umno.

"Nasib bangsa lain sudah terbela dan terbukti mereka sudah mendapat lebih daripada kita. Jika kita terus takut tentunya kita akan rugi dan hilang segala-galanya," katanya.

Presiden International Movement for Just World, Dr Chandra Muzaffar, ketika dihubungi pula berkata ahli Umno perlu memberi perhatian terhadap tiga perkara utama, iaitu perpaduan kaum, impak globalisasi dan masa depan umat Islam.

"Saya tidak menggariskan secara khusus mengenai agenda Melayu kerana percaya isu berkenaan akan diketengahkan, cuba ia perlu dibincangkan dalam konteks globalisasi.

�"Perwakilan Umno juga perlu melihat setiap isu dengan gambaran yang lebih luas kerana isu globalisasi daripada segi ekonomi, budaya, politik dan keselamatan membawa impak mendalam kepada negara.

"Sebarang perubahan di peringkat antarabangsa akan memberi kesan kepada kita. Contohnya, saingan antarabangsa dan keupayaan firma Melayu bersaing di peta dunia serta isu perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat, boleh memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Chandra Muzaffar berkata, sesuai dengan tugas Perdana Menteri sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), isu antarabangsa berkaitan umat Islam juga wajar diberi tumpuan.

"Nasib umat Islam di Iran yang mungkin diserang Amerika Syarikat, selain masalah yang dihadapi penduduk Iraq dan Afghanistan juga penting kerana Islam dan politik antarabangsa adalah soal besar yang perlu mendapat perhatian Umno sebagai parti pimpinan negara," katanya.

Selain itu, katanya, Umno sebagai parti induk perlu mengupas aspek perpaduan kaum bagi mengeratkan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan agama supaya arah aliran masa depan negara lebih jelas.

Pak Lah mahu Melayu lebih yakin diri sendiri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang Melayu menjadi lebih yakin kepada diri sendiri dan menghapuskan perasaan bimbang yang menguasai pemikiran mereka selama ini.

"Kebimbangan itu terlalu lama mendominasi pemikiran Melayu. Sudah terlalu lama... 50 tahun merdeka pun masih takut lagi.

"Di kalangan orang Melayu profesional, suara-suara takut itu sudah tiada, namun bagi (kebanyakan) orang Melayu, mereka masih menyuarakan suara kebimbangan," kata Perdana Menteri.

Presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa mereka tidak boleh terus mengharapkan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau bantuan kerajaan semata-mata.

"Orang Melayu kena belajar berdikari dan belajar berdaya saing.

Kita perlu membantu mereka yang benar-benar ingin berniaga dan berusaha," katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007, yang diterbitkan, semalam.

Perdana Menteri berkata: "Saya mahu orang Melayu memanfaatkan peluang diberi dengan cara yang terbaik. Kerajaan menyediakan banyak peluang, terutama di koridor pembangunan ekonomi, jadi mereka perlu menunjukkan keberanian dan ambil inisiatif untuk menjayakan peluang ini.

"Tiada jalan senang untuk maju. Hanya yang berilmu dan berpengetahuan, sabar dan tekun yang akan berjaya akhirnya."

Abdullah berkata, bagi mengubah minda manusia memang mengambil masa yang lama "tetapi saya sudah banyak kali berkata, Melayu bukannya bodoh atau lemah."

Mengenai pandangan bahawa wujud perbezaan antara kepemimpinan Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertaraf antarabangsa dan kepemimpinan kumpulan pelapis dalam Umno, Perdana Menteri menjawab:

"Orang Melayu memang suka buat pengumuman. Mereka macam ayam bertelur sebiji, satu kampung tahu. Penyu diam saja ketika bertelur, tahu-tahu saja sudah banyak anak. Kita perlu kurangkan bercakap, tetapi banyakkan kerja."

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau tidak setuju dengan pandangan pemimpin pelapis Umno tidak dinamik, kerana katanya, ramai anak muda dalam barisan pimpinan Umno sekarang terdiri daripada mereka berkaliber dan berkebolehan.

"Saya memang yakin pemimpin pelapis ini dapat membawa Umno ke arah kegemilangan � dengan syarat mereka melengkapkan diri supaya mampu menghadapi cabaran yang mendatang," katanya.

Merujuk gaya kepemimpinannya, Abdullah berkata: �Gaya saya memang saya akan pekakkan telinga bila ada pihak yang cakap tak menentu. Saya lebih suka tumpukan kepada kerja daripada melayan cakap-cakap yang tidak membina."

Mengenai pandangan negatif mengenai Agenda Melayu, beliau berkata, ia timbul kerana kurangnya kefahaman mengenai perkara itu hingga orang berani bercakap mengenainya.

"Tapi saya katakan, ia memerlukan pemimpin yang berani untuk membenarkan orang lain bercakap. Ia memerlukan pemimpin yang berani untuk memaafkan dan melupakan, dan memberikan seseorang itu peluang kedua," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno kali ini, Abdullah berkata, Umno perlu menunjukkan menerusi usul yang akan dibentangkan nanti sumbangan parti itu yang bergerak untuk semua rakyat. � Bernama

Lepasan luar negara perlu perkukuh parti

KUALA LUMPUR: Graduan yang menamatkan pengajian di luar negara diminta menjadi ahli Umno selepas menamatkan pengajian bagi menjamin kesinambungan pimpinan parti pada masa depan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata mereka berupaya diketengahkan sebagai pemimpin kerana mempunyai kekuatan mental dan fizikal ketika mengharungi cabaran mengikuti pengajian di luar negara.

"Cuma, mereka perlu menambah asas yang ada bagi mengukuhkan kejayaan dengan menambah ilmu pengetahuan dan tahu perkembangan semasa, termasuk ekonomi," katanya.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Memahami Isu-isu Semasa � Perkembangan Siasah Dalam Negara: Keadaan Global dan Peranan Komunikasi Membentuk Bangsa Yang Inovatif' pada Kursus Kepemimpinan Kelab Umno Luar Negara 2007, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Katanya, pelajar perlu peka terhadap pelbagai perubahan termasuk teknologi bagi mencetuskan kemajuan negara.

Beliau berkata, walaupun selepas Malaysia mencapai status negara maju pada 2020, pimpinan negara yang bakal diwarisi pelapis termasuk bekas pelajar harus mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi.

Syed Hamid berkata, generasi muda juga mesti memahami sejarah Umno bagi membolehkan mereka mempertahankan perjuangannya.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman, berkata jumlah profesional muda menjadi ahli Umno masih kecil berbanding pelajar dan belia di negara ini.

"Ketika saya bersama Puteri, kita cuba menarik profesional muda menjadi ahli Umno tapi sekarang berapa ramai golongan itu jadi ahli parti," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, cerdik pandai Melayu di luar negara masih ramai yang belum menjadi ahli memandangkan pendedahan awal penting bagi menarik mereka supaya menyayangi Umno.

Katanya, bukan mudah menjadi bangsa yang kuat sekiranya ahli tidak menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan dan menyokong mereka.

Pendidikan awal diberi tumpuan: TPM

Oleh Norfatimah Ahmad


PENUH SEMANGAT: Najib ketika berucap merasmikan Seminar Agenda Melayu 2057 Siri 1: Agenda Politik di PWTC, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak semua pihak memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak kerana generasi seawal usia prasekolah adalah penentu nasib bangsa Melayu menjelang 2057.

Merujuk kepada projek perintis Pusat Anak Permata Negara (Permata), Timbalan Perdana Menteri berkata, proses pendidikan terancang, generasi muda dengan kapasiti minda yang tinggi dan keperibadian unggul serta berdaya saing dapat dibentuk untuk menghadapi cabaran masa depan.

Malah, katanya, beberapa negara maju mula mendedahkan kanak-kanak seawal usia dua tahun ke bawah dalam proses pendidikan yang terancang kerana menganggap ia penting untuk proses membangunkan insan walaupun teknik pembelajarannya lebih kepada konsep belajar adalah menyeronokkan.


"Pendidikan awal kanak-kanak adalah tindakan awal yang boleh menyokong hasrat menjadi negara dan bangsa Melayu maju satu kenyataan.

"Tumpuan serius perlu diberikan kepada kelompok ini kerana mereka yang akan melangkau pada 2020 dan juga 2057," katanya selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu 2057 Siri 1: Agenda Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Seminar sehari anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab Umno Luar Negara itu bagi menyahut cabaran Misi 2057 yang digariskan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan kesinambungan keunggulan bangsa dan negara diteruskan dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Sehubungan itu, Najib berkata, projek Permata yang memberi penekanan kepada dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak wajar diperhebatkan kerana yakin ia berkesan untuk melahirkan generasi pelapis berkualiti dari segi pencapaian dan perkembangan minda.

Permata yang diterajui Datin Seri Rosmah Mansor dilaksanakan di Chini, Putrajaya, Subang Jaya, Mempaga dan Kepala Batas cuba mencungkil kreativiti kanak-kanak, selain membina personaliti, mendorong minat, merangsang minda, mahir berinteraksi, mahir dalam aspek sosial dan gembira belajar.

Selain itu, Najib juga menasihatkan orang Melayu sentiasa mengutamakan pendidikan dengan melabur dan membiayai pendidikan awal kanak-kanak sebelum memasuki sistem pendidikan disediakan kerajaan.

Katanya, tidak dinafikan pencapaian pendidikan orang Melayu hebat, tetapi sebenarnya belum benar-benar cemerlang kerana terlalu bergantung kepada kerajaan, bermula dari sistem, asrama, buku teks dan pinjaman pendidikan.

Beliau juga memaklumkan mengenai usaha untuk proses peremajaan Umno bagi memastikan parti itu tetap diminati, diterima dan kekal relevan untuk generasi muda masa kini dan akan datang.

"Usaha peremajaan Umno penting kerana sebagai parti politik yang sudah lama berkuasa, kita mesti menyegarkan imej supaya Umno dilihat sebagai parti yang sentiasa dinamik, relevan dan sanggup melalui proses pengukuhan daripada semasa ke semasa," katanya.

Mengenai bangsa Melayu, Najib berkata, perubahan sikap dan minda adalah aspek penting untuk mencapai status maju, seiring status negara maju menjelang Wawasan 2020.

"Untuk sampai ke 2057, Melayu perlu progresif dan menolak budaya negatif dengan melalui transformasi dan boleh bersaing dengan bangsa lain kerana tanpa budaya dan jati diri yang mantap tidak mungkin bangsa Melayu boleh berjaya," katanya.

Tumpu pendidikan awal pastikan Melayu maju


Najib Tun Razak memberi ucaptama ketika merasmikan Seminar Agenda Melayu Ke-3 di PWTC semalam.

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan orang Melayu memberi tumpuan kepada pendidikan awal anak sebagai asas untuk komuniti Melayu bersaing dengan kaum-kaum lain pada tahun 2057.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ibu bapa Melayu yang berkemampuan seharusnya membuat pelaburan dalam program pendidikan terancang untuk anak sebelum mereka memasuki alam persekolahan.

Katanya, tumpuan kepada pendidikan awal banyak dilaksanakan di negara-negara maju.

Di sana, katanya, kanak-kanak daripada peringkat bayi hingga berusia dua tahun didedahkan dengan teknik pembelajaran yang memberi keseronokan dan meningkatkan minda mereka.

‘‘Tindakan awal yang saya lihat boleh menyumbang kepada realiti ini ialah menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak yang baru lahir dan belum masuk tadika kerana merekalah generasi yang akan melangkau tahun 2020 dan 2057.

‘‘Saya harap ini dapat dilakukan serta diperhebat dalam membentuk bangsa Melayu yang akan melalui era itu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu Ketiga di sini hari ini.

Di negara ini, jelas Najib, antara pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak- kanak yang boleh dijadikan contoh ialah Pusat Anak Permata Negara yang diperkenalkan kerajaan untuk mengembangkan bakat, minda dan kreativiti kanak-kanak.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, bagi memastikan generasi akan datang terus menyokong UMNO, parti itu perlu melalui proses peremajaan dari semasa ke semasa supaya dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa dinamik dan relevan.

‘‘Proses peremajaan penting kerana sebagai sebuah parti politik yang sudah lama berkuasa, kita mesti menyegarkan imej UMNO supaya terus diminati serta disokong bukan saja oleh generasi terdahulu dan generasi selepas merdeka malahan generasi akan datang.

‘‘Langkah ini dapat memastikan UMNO menjadi pilihan utama mereka,’’ ujarnya.

Sementara itu, seminar bertemakan Melayu 2057 anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara itu dihadiri kira-kira 500 peserta.

Peserta terdiri daripada ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua bahagian UMNO, wakil-wakil Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, ahli-ahli akademik dan wakil-wakil media.

Seminar itu membincangkan isu-isu berkaitan politik semasa terutama yang membabitkan orang Melayu.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar dan timbalannya, Datuk Mohamad Rais Zainuddin.

Perwakilan perlu ikhlas, telus bercakap tentang UMNO

Oleh ZULKIFLI JALIL

“BILA pilihan raya (umum)?”. “Tak tahu, mungkin bulan 12 ini atau paling tidak pun sebelum bulan tiga tahun depan.”

Itulah butir percakapan yang sering diluahkan orang daripada peniaga gerai tepi jalan, kakitangan kerajaan dan swasta, orang politik sehinggalah kepada soalan- soalan para wartawan pada sidang akhbar yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Itulah isu popular yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia pada masa ini.

Dan petang ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, isu pilihan raya umum dikatakan menjadi inti pati yang disentuh oleh Abdullah selaku Presiden UMNO.

Majlis Amanat Presiden hari ini menjadi pembuka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang akan berlangsung sehingga Jumaat ini dan dihadiri seramai 2,522 perwakilan dari 190 bahagian UMNO di seluruh negara.

“Pada perhimpunan itu, perwakilan perlu bercakap secara ikhlas dan tulus bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan parti.

“Gambaran tentang kejayaan sebenar UMNO perlu dikupas dengan betul dan tepat,’’ kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada Utusan Malaysia semalam.

Isu-isu yang dibangkitkan perwakilan semasa perbahasan usul pada perhimpunan Puteri, Wanita dan Pemuda biarlah mencerminkan realiti dan merupakan isu-isu yang diperkatakan oleh rakyat pelbagai peringkat.

Antara isu yang harus diberi perhatian ialah kos sara hidup yang meningkat akibat kenaikan harga minyak yang dipercayai memberi kesan kepada sosioekonomi rakyat.

Ahli-ahli UMNO perlu diterangkan bahawa bukan semua barang naik harga dan dalam kes kenaikan harga getah dan kelapa sawit yang pengeluarannya disertai majoriti penduduk luar bandar, ia menguntungkan begitu ramai rakyat.

Bagi kakitangan kerajaan, kenaikan gaji sehingga 35 peratus yang berkuat kuasa Julai lalu perlu dinilai secara objektif sama ada ia betul-betul membantu melegakan rakyat.

Jika UMNO dan kerajaan mengetepikan isu-isu itu yang begitu dekat dengan hati rakyat, dikhuatiri ia akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Sejak merdeka, UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) telah berjaya melepasi pelbagai rintangan turun naik ekonomi. Tentulah isu kenaikan kos sara hidup ini kelak juga akan difahami rakyat.

‘‘Bukan soal kita tidak mahu melayan dakyah dan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang tapi jawapan dan isu yang perwakilan UMNO perjuangkan dan bangkitkan semasa perhimpunan biarlah nampak bijak dan rasional.

‘‘Begitu juga dengan komitmen kerajaan ketika ini dalam menggerakkan kawasan pembangunan koridor ekonomi di utara, selatan dan Pantai Timur. Keuntungannya kepada rakyat perlu diperjelaskan.

“Jangan benarkan berkembang andaian ‘apa orang kampung akan dapat’. Jangan buka ruang untuk pembangkang mengkritik kerajaan,’’ kata seorang perwakilan dari Johor ketika dihubungi.

Di atas kertas, UMNO dan BN nampaknya sukar digugat jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

Dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, BN memperoleh undi popular sebanyak 63.9 peratus.

Komponen parti berbilang kaum itu memenangi 198 kerusi Parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang dan satu kerusi yang dimenangi oleh calon bebas. Ia merupakan majoriti terbesar BN di Dewan Rakyat sejak pilihan raya umum 1978.

Dalam pilihan raya umum itu, UMNO memenangi 109 kerusi dengan kenaikan sebanyak 32 kerusi manakala pesaing tradisinya, Pas, hanya mampu mengekalkan tujuh daripada 27 kerusi yang dimenanginya pada tahun 1999.

UMNO merupakan tunjang politik orang Melayu dan Islam di Malaysia. Setakat 30 September lalu, ahli UMNO mencecah 3,322,236 iaitu satu jumlah besar dengan pertambahan 100,000 ahli meliputi ahli biasa sebanyak 1,112,080, Wanita (1,194,142), Pemuda (661,976) manakala Puteri seramai 407, 870 anggota.

Berdasarkan kedudukan UMNO sebagai sebuah gerakan massa, antara cabaran yang perlu dipikul oleh perwakilan UMNO selepas selesai bersidang nanti ialah memastikan ahli akar umbi UMNO mendaftar sebagai pemilih.

Peranan itu perlu dimainkan oleh bahagian dan cawangan UMNO dengan menyasarkan golongan muda berusia 18 tahun ke atas.

Menurut profil keahlian UMNO, golongan yang menyertai UMNO semasa di kolej dan sejurus selepas tamat persekolahan semakin meningkat. Golongan profesional juga kian ramai menyertai parti itu.

Banyak pemimpin UMNO mahu parti itu dikuatkan pada perhimpunan minggu ini dengan menjuarai isu-isu rakyat.

UMNO yang muncul selepas perhimpunan agung nanti sepatutnya UMNO yang lebih bersemangat untuk membela rakyat dan ahli-ahlinya bertekad lebih gigih untuk menunjukkan keupayaan mereka melakukan perubahan demi kebajikan orang Melayu, Islam dan negara.

Dalam konteks ini, sokongan orang Melayu kepada UMNO penting diberi perhatian kerana mereka mendapat manfaat daripada dasar- dasar kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Ini dapat dilihat dari segi kualiti pendidikan yang diterima oleh anak-anak keluarga Melayu. Rata-rata keluarga Melayu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak menuntut di institusi pengajian tinggi.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini mempunyai signifikan tersendiri kerana ia diadakan sempena 50 tahun sambutan kemerdekaan negara.

Inilah masanya untuk ahli-ahli parti itu mengukuhkan semangat kerjasama, setia kawan dan komitmen pada semua peringkat kepimpinan parti.

Presiden UMNO tentu akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO 2007 untuk memperjelaskan isu-isu yang masih belum selesai selain menggembleng tenaga dalam UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Semangat ahli-ahli UMNO pasti akan bertambah kukuh selepas perhimpunan itu berakhir Jumaat ini dan sudah pasti semangat itu akan menjadi penentu kecemerlangan parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 nanti.

Sama ada pilihan raya umum pada bulan Disember, bulan Januari, Februari atau bulan Mac, sebahagian daripada kekuatan UMNO dalam proses menentukan ketuanan politik itu akan dicorakkan oleh Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.

Perhimpunan UMNO bukan pentas peribadi

SEREMBAN 4 Nov. – Semua pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok diingatkan hanya memperkatakan mengenai pencapaian dan hala tuju parti dan bukan menjadikannya pentas peribadi untuk mengangkat diri sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perhimpunan itu juga perlu dimanfaatkan sebagai pentas untuk menyatupadukan ahli parti sekali gus menghantar mesej kepada rakyat mengenai keutuhan dan keupayaan UMNO untuk terus berbakti kepada negara.

Katanya, sumbangan parti kepada kemerdekaan negara yang disambut ke-50 tahun ini dan kemakmuran negara perlu diberi keutamaan sekiranya pembahas merupakan seorang pejuang tulen.

“Kita tidak boleh letak tanda harga pada perjuangan dalam UMNO, sekiranya kita letak tanda harga ia menunjukkan kita telah mengkhianati perjuangan itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan supaya tidak menjadikan perhimpunan agung parti yang bermula esok hingga Jumaat ini pentas untuk melobi dan menonjolkan diri sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan akan menyertai perbahasan dengan mengemukakan beberapa pandangan, khususnya berhubung usul ekonomi dan pelajaran.

Katanya, usul berkenaan perlu dibahaskan dengan lebih mendalam kerana apa yang dibincangkan itu adalah terjemahan isi hati Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum ini.

“Kita berpendapat kedudukan ekonomi negara ketika ini berada pada paras terbaik dan semua penunjuk dan penanda aras ekonomi, menyebelahi kepada negara kita,” jelasnya.

Tiga pembahas yang akan mewakili Negeri Sembilan pada Perhimpunan Agung UMNO itu ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim yang akan membahaskan ucapan Presiden; Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi membahaskan usul ekonomi dan pelajaran, manakala Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Zainab Nasir membahaskan usul agama dan sosial.

Tumpu pendidikan awal pastikan Melayu maju


Najib Tun Razak memberi ucaptama ketika merasmikan Seminar Agenda Melayu Ke-3 di PWTC semalam.

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan orang Melayu memberi tumpuan kepada pendidikan awal anak sebagai asas untuk komuniti Melayu bersaing dengan kaum-kaum lain pada tahun 2057.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ibu bapa Melayu yang berkemampuan seharusnya membuat pelaburan dalam program pendidikan terancang untuk anak sebelum mereka memasuki alam persekolahan.

Katanya, tumpuan kepada pendidikan awal banyak dilaksanakan di negara-negara maju.

Di sana, katanya, kanak-kanak daripada peringkat bayi hingga berusia dua tahun didedahkan dengan teknik pembelajaran yang memberi keseronokan dan meningkatkan minda mereka.

‘‘Tindakan awal yang saya lihat boleh menyumbang kepada realiti ini ialah menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak yang baru lahir dan belum masuk tadika kerana merekalah generasi yang akan melangkau tahun 2020 dan 2057.

‘‘Saya harap ini dapat dilakukan serta diperhebat dalam membentuk bangsa Melayu yang akan melalui era itu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu Ketiga di sini hari ini.

Di negara ini, jelas Najib, antara pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak- kanak yang boleh dijadikan contoh ialah Pusat Anak Permata Negara yang diperkenalkan kerajaan untuk mengembangkan bakat, minda dan kreativiti kanak-kanak.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, bagi memastikan generasi akan datang terus menyokong UMNO, parti itu perlu melalui proses peremajaan dari semasa ke semasa supaya dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa dinamik dan relevan.

‘‘Proses peremajaan penting kerana sebagai sebuah parti politik yang sudah lama berkuasa, kita mesti menyegarkan imej UMNO supaya terus diminati serta disokong bukan saja oleh generasi terdahulu dan generasi selepas merdeka malahan generasi akan datang.

‘‘Langkah ini dapat memastikan UMNO menjadi pilihan utama mereka,’’ ujarnya.

Sementara itu, seminar bertemakan Melayu 2057 anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara itu dihadiri kira-kira 500 peserta.

Peserta terdiri daripada ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua bahagian UMNO, wakil-wakil Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, ahli-ahli akademik dan wakil-wakil media.

Seminar itu membincangkan isu-isu berkaitan politik semasa terutama yang membabitkan orang Melayu.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar dan timbalannya, Datuk Mohamad Rais Zainuddin.

Perwakilan perlu ikhlas, telus bercakap tentang UMNO

Oleh ZULKIFLI JALIL

“BILA pilihan raya (umum)?”. “Tak tahu, mungkin bulan 12 ini atau paling tidak pun sebelum bulan tiga tahun depan.”

Itulah butir percakapan yang sering diluahkan orang daripada peniaga gerai tepi jalan, kakitangan kerajaan dan swasta, orang politik sehinggalah kepada soalan- soalan para wartawan pada sidang akhbar yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Itulah isu popular yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia pada masa ini.

Dan petang ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, isu pilihan raya umum dikatakan menjadi inti pati yang disentuh oleh Abdullah selaku Presiden UMNO.

Majlis Amanat Presiden hari ini menjadi pembuka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang akan berlangsung sehingga Jumaat ini dan dihadiri seramai 2,522 perwakilan dari 190 bahagian UMNO di seluruh negara.

“Pada perhimpunan itu, perwakilan perlu bercakap secara ikhlas dan tulus bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan parti.

“Gambaran tentang kejayaan sebenar UMNO perlu dikupas dengan betul dan tepat,’’ kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada Utusan Malaysia semalam.

Isu-isu yang dibangkitkan perwakilan semasa perbahasan usul pada perhimpunan Puteri, Wanita dan Pemuda biarlah mencerminkan realiti dan merupakan isu-isu yang diperkatakan oleh rakyat pelbagai peringkat.

Antara isu yang harus diberi perhatian ialah kos sara hidup yang meningkat akibat kenaikan harga minyak yang dipercayai memberi kesan kepada sosioekonomi rakyat.

Ahli-ahli UMNO perlu diterangkan bahawa bukan semua barang naik harga dan dalam kes kenaikan harga getah dan kelapa sawit yang pengeluarannya disertai majoriti penduduk luar bandar, ia menguntungkan begitu ramai rakyat.

Bagi kakitangan kerajaan, kenaikan gaji sehingga 35 peratus yang berkuat kuasa Julai lalu perlu dinilai secara objektif sama ada ia betul-betul membantu melegakan rakyat.

Jika UMNO dan kerajaan mengetepikan isu-isu itu yang begitu dekat dengan hati rakyat, dikhuatiri ia akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Sejak merdeka, UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) telah berjaya melepasi pelbagai rintangan turun naik ekonomi. Tentulah isu kenaikan kos sara hidup ini kelak juga akan difahami rakyat.

‘‘Bukan soal kita tidak mahu melayan dakyah dan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang tapi jawapan dan isu yang perwakilan UMNO perjuangkan dan bangkitkan semasa perhimpunan biarlah nampak bijak dan rasional.

‘‘Begitu juga dengan komitmen kerajaan ketika ini dalam menggerakkan kawasan pembangunan koridor ekonomi di utara, selatan dan Pantai Timur. Keuntungannya kepada rakyat perlu diperjelaskan.

“Jangan benarkan berkembang andaian ‘apa orang kampung akan dapat’. Jangan buka ruang untuk pembangkang mengkritik kerajaan,’’ kata seorang perwakilan dari Johor ketika dihubungi.

Di atas kertas, UMNO dan BN nampaknya sukar digugat jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

Dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, BN memperoleh undi popular sebanyak 63.9 peratus.

Komponen parti berbilang kaum itu memenangi 198 kerusi Parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang dan satu kerusi yang dimenangi oleh calon bebas. Ia merupakan majoriti terbesar BN di Dewan Rakyat sejak pilihan raya umum 1978.

Dalam pilihan raya umum itu, UMNO memenangi 109 kerusi dengan kenaikan sebanyak 32 kerusi manakala pesaing tradisinya, Pas, hanya mampu mengekalkan tujuh daripada 27 kerusi yang dimenanginya pada tahun 1999.

UMNO merupakan tunjang politik orang Melayu dan Islam di Malaysia. Setakat 30 September lalu, ahli UMNO mencecah 3,322,236 iaitu satu jumlah besar dengan pertambahan 100,000 ahli meliputi ahli biasa sebanyak 1,112,080, Wanita (1,194,142), Pemuda (661,976) manakala Puteri seramai 407, 870 anggota.

Berdasarkan kedudukan UMNO sebagai sebuah gerakan massa, antara cabaran yang perlu dipikul oleh perwakilan UMNO selepas selesai bersidang nanti ialah memastikan ahli akar umbi UMNO mendaftar sebagai pemilih.

Peranan itu perlu dimainkan oleh bahagian dan cawangan UMNO dengan menyasarkan golongan muda berusia 18 tahun ke atas.

Menurut profil keahlian UMNO, golongan yang menyertai UMNO semasa di kolej dan sejurus selepas tamat persekolahan semakin meningkat. Golongan profesional juga kian ramai menyertai parti itu.

Banyak pemimpin UMNO mahu parti itu dikuatkan pada perhimpunan minggu ini dengan menjuarai isu-isu rakyat.

UMNO yang muncul selepas perhimpunan agung nanti sepatutnya UMNO yang lebih bersemangat untuk membela rakyat dan ahli-ahlinya bertekad lebih gigih untuk menunjukkan keupayaan mereka melakukan perubahan demi kebajikan orang Melayu, Islam dan negara.

Dalam konteks ini, sokongan orang Melayu kepada UMNO penting diberi perhatian kerana mereka mendapat manfaat daripada dasar- dasar kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Ini dapat dilihat dari segi kualiti pendidikan yang diterima oleh anak-anak keluarga Melayu. Rata-rata keluarga Melayu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak menuntut di institusi pengajian tinggi.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini mempunyai signifikan tersendiri kerana ia diadakan sempena 50 tahun sambutan kemerdekaan negara.

Inilah masanya untuk ahli-ahli parti itu mengukuhkan semangat kerjasama, setia kawan dan komitmen pada semua peringkat kepimpinan parti.

Presiden UMNO tentu akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO 2007 untuk memperjelaskan isu-isu yang masih belum selesai selain menggembleng tenaga dalam UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Semangat ahli-ahli UMNO pasti akan bertambah kukuh selepas perhimpunan itu berakhir Jumaat ini dan sudah pasti semangat itu akan menjadi penentu kecemerlangan parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 nanti.

Sama ada pilihan raya umum pada bulan Disember, bulan Januari, Februari atau bulan Mac, sebahagian daripada kekuatan UMNO dalam proses menentukan ketuanan politik itu akan dicorakkan oleh Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.

Perhimpunan UMNO bukan pentas peribadi

SEREMBAN 4 Nov. – Semua pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok diingatkan hanya memperkatakan mengenai pencapaian dan hala tuju parti dan bukan menjadikannya pentas peribadi untuk mengangkat diri sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perhimpunan itu juga perlu dimanfaatkan sebagai pentas untuk menyatupadukan ahli parti sekali gus menghantar mesej kepada rakyat mengenai keutuhan dan keupayaan UMNO untuk terus berbakti kepada negara.

Katanya, sumbangan parti kepada kemerdekaan negara yang disambut ke-50 tahun ini dan kemakmuran negara perlu diberi keutamaan sekiranya pembahas merupakan seorang pejuang tulen.

“Kita tidak boleh letak tanda harga pada perjuangan dalam UMNO, sekiranya kita letak tanda harga ia menunjukkan kita telah mengkhianati perjuangan itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan supaya tidak menjadikan perhimpunan agung parti yang bermula esok hingga Jumaat ini pentas untuk melobi dan menonjolkan diri sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan akan menyertai perbahasan dengan mengemukakan beberapa pandangan, khususnya berhubung usul ekonomi dan pelajaran.

Katanya, usul berkenaan perlu dibahaskan dengan lebih mendalam kerana apa yang dibincangkan itu adalah terjemahan isi hati Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum ini.

“Kita berpendapat kedudukan ekonomi negara ketika ini berada pada paras terbaik dan semua penunjuk dan penanda aras ekonomi, menyebelahi kepada negara kita,” jelasnya.

Tiga pembahas yang akan mewakili Negeri Sembilan pada Perhimpunan Agung UMNO itu ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim yang akan membahaskan ucapan Presiden; Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi membahaskan usul ekonomi dan pelajaran, manakala Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Zainab Nasir membahaskan usul agama dan sosial.

‘Jangan masuk UMNO jadi batu loncatan’

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara agar menjadikan penyertaan mereka dalam parti sebagai satu cara untuk berkhidmat dan bukan untuk dijadikan batu loncatan.

Timbalan Presiden UMNO berkata, nilai-nilai tersebut perlu dipertahan dan diperkukuhkan kerana tanpanya, parti dan tamadun akan runtuh.

Untuk itu, kata beliau, satu perkara yang amat penting apabila menyertai UMNO ialah bertanya kepada diri sendiri apakah yang boleh diberi kepada UMNO dan bukannya apa yang dapat diperoleh daripada UMNO.

“Kalau ada pendirian ini, insya Allah kita akan jadi parti yang kuat sepanjang masa

“Tetapi bila masuk UMNO untuk jadikan batu loncatan, iaitu nak kira ada udang di sebalik batu atau mungkin ada udang karang di sebalik batu, nilai kita merosot. Bukan saja parti politik, tamadun (bangsa) pun boleh hancur kalau nilai-nilai terhakis,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2007 di sini, hari ini.

Kursus dua hari yang bertema ‘Malaysiaku Gemilang: Hala Tuju Sepanjang 50 Tahun Akan Datang’ itu dihadiri 66 perwakilan daripada 68 Kelab UMNO di seluruh dunia dan 94 pemerhati.

Najib turut menasihatkan wakil-wakil kelab agar memainkan peranan untuk menjadikan UMNO terus relevan di dalam era globalisasi dan bagi generasi tahun 2020.

Beliau berkata, mereka perlu berfikiran terbuka dan memastikan mesej parti tersebar kepada semua pelajar dan bukan setakat kepada ahli-ahli mereka.

Bumiputera harus berani pertahan hak – Norraesah

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Golongan bumiputera di negara ini perlu berani mempertahankan hak mereka bagi menghadapi pihak tertentu yang mahu semua keistimewaan ditarik balik dengan alasan matlamat pemilikan ekuiti 30 peratus telah tercapai.

Ahli Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara UMNO, Senator Datuk Dr. Norraesah Mohamad (gambar) berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali kerana pemilikan ekuiti bumiputera sekarang hanya sebanyak 18.9 peratus.

“Saya kesal kerana terdapat di kalangan bumiputera termasuk golongan terpelajar yang hanya mengambil sikap berdiam diri dengan angka salah yang diberikan pihak berkenaan.

“Tindakan pihak terbabit yang menganggap pegangan ekuiti oleh kerajaan sebagai hak bumiputera adalah salah kerana kerajaan adalah hak semua kaum dan tidak boleh dianggap mewakili golongan pribumi sahaja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Motivasi Bangsa: Tahap Ekonomi Melayu dan Cabaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Meningkat

Dalam pada itu, katanya, wujud perkembangan menggalakkan apabila golongan profesional bumiputera di negara ini telah meningkat kepada 38.8 peratus pada tahun 2005 berbanding hanya 28.9 peratus pada 2002.

“Walaupun wujud peningkatan golongan profesional, kita masih lagi ketinggalan dalam bidang perniagaan dan pertanian yang seharusnya diberi tumpuan utama kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan kaum bumiputera dengan lebih pantas.

“Jumlah purata pendapatan isi rumah golongan bumiputera yang meliputi 65 peratus daripada 26 juta rakyat negara ini ialah RM3,011 dan ia hanya akan dapat ditingkatkan dengan cepat jika mereka tidak terlalu bergantung kepada kerja makan gaji yang melibatkan kenaikan kecil setiap tahun,” katanya.

Menurut Norraesah, pemilikan hartanah komersial oleh kaum bumiputera juga terlalu kecil iaitu hanya 10 peratus.

“Kelemahan lain yang ketara ialah golongan bumiputera sangat sedikit terlibat dalam sektor yang menekankan kepada produktiviti dan nilai tambah yang tinggi,” ujarnya.

Orang Melayu perlu kerja kuat

KUALA LUMPUR 4 Nov. – ‘Bekerja kuat’ adalah petua utama yang boleh menjadikan orang Melayu sebagai usahawan yang berjaya.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Tan Sri Rozali Ismail berkata, orang Melayu yang tiada sifat berkenaan tidak akan berjaya walaupun mereka mendapat pelbagai bantuan kerajaan.

“Saya selalu mendengar keluhan peniaga Melayu yang mendakwa rakan-rakan lain berjaya kerana telah melobi dan mengenali ahli politik tertentu.

“Kita jangan menyalahkan orang lain sebaliknya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar bagaimana lobi ini dilakukan bagi membolehkan kita membuat perkara sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejauh Mana Perubahan Minda Bangsa Dalam Menjana Kejayaan Negara pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, orang Melayu yang selalu mengeluh kerana mendakwa kurang peluang pekerjaan disediakan oleh syarikat swasta yang dikuasai kaum lain harus melihat perkara itu sebagai cabaran.

“Kalau wujud peluang kerja terhad, maka kita perlu berusaha membuka syarikat sendiri bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum kita,” ujarnya.

Mengenai dakwaan bahawa birokrasi agensi kerajaan antara punca orang Melayu tidak berjaya, katanya, perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi oleh setiap peniaga.

“Bukan senang untuk menjadi seorang peniaga sebab itu kita perlu menghadapinya dengan tabah dan tidak mengalah.

“Ini dialami sendiri oleh saya sebagai anak peneroka ketika mula-mula berniaga kerana tiada siapa percaya saya mampu menjadi seorang usahawan berjaya,” katanya.

PBT jangan usir peniaga bumiputera bandar

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta berhenti mengusir peniaga bumiputera di lokasi strategik di bandar besar dengan alasan mereka berniaga secara haram.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah itu menjejaskan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat bumiputera yang dapat bersaing dengan kaum lain.

Beliau berkata, peniaga bumiputera di bandar termasuk yang berniaga di pasar malam wajar diberi peluang untuk mencari rezeki kerana mereka adalah usahawan tulen yang dapat bertahan walaupun tanpa bantuan kerajaan.

‘‘Kita harus mencontohi PBT di Taiwan yang mengambil sikap tutup sebelah mata terhadap aktiviti perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan berniaga di bandar kerana mereka tahu peniaga kecil tidak berkemampuan menyewa premis di lokasi strategik.

Muhammad berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Melahirkan Korporat dan Usahawan Melayu Global pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula ketika membentangkan kertas kerja mengenai penglibatan Melayu dalam sektor korporat berkata, kementeriannya telah memperkenalkan beberapa pendekatan baru bagi memastikan langkah melahirkan usahawan bumiputera dapat dilakukan dengan jaya.

Beliau berkata, pendekatan itu membabitkan penjenamaan barangan keluaran bumiputera menggunakan hanya satu nama yang lebih menarik seperti Forest Secret bagi industri herba dan Malaysian Kitchen bagi rangkaian restoran.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga akan membuka lebih banyak pusat perniagaan di kampus universiti dan kawasan perumahan baru bagi menyediakan ruang kepada bumiputera berniaga.

Pelajar diingat tidak sebar isu negara

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara diingatkan supaya tidak menyebarkan isu- isu dalaman negara ke negara luar semata-mata untuk meraih populariti.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, terdapat segelintir individu yang dikesan mengambil peluang dengan ‘menjual’ isu negara ketika berada di negara luar semata-mata untuk dipandang tinggi dan dikenali masyarakat luar.

“Saya ingin mengingatkan pelajar kita yang menuntut di luar negara supaya tidak melakukan perkara sedemikian semata-mata mahu menjadi hero,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Memahami Isu-Isu Semasa: Perkembangan Siasah Dalam Negara, Keadaan Global dan Peranan Komunikasi Membentuk Bangsa Yang Innovatif.

Kertas kerja itu dibentangkan dalam seminar sempena Kursus Kepimpinan anjuran Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, pelajar Malaysia di luar negara juga diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita negatif mengenai negara yang disebarkan menerusi Internet.

Ikrar jayakan gesaan PM

Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Wakil-wakil Kelab UMNO luar negara berikrar akan menjayakan gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya orang Melayu berdikari dan tidak lagi dihantui kebimbangan tidak dibantu oleh kerajaan.

Wakil Kelab UMNO New York, Amerika Syarikat, Shahir Hafreez, 20, berkata, ingatan Perdana Menteri itu adalah kena pada masanya memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.

‘‘Sudah tiba masanya bantuan kepada orang Melayu hanya diberikan secara berpilih kepada mereka yang benar-benar ingin berniaga dan bukan semata-mata kerana mereka kaum Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Shahir mengulas kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia supaya orang Melayu menjadi lebih yakin dan tidak membiarkan pemikiran mereka didominasi kebimbangan kerajaan tidak lagi membantu mereka.

Menurut Abdullah, orang Melayu tidak boleh terus mengharap kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1991 atau bantuan kerajaan semata-mata kerana mereka kena berusaha menjadi lebih berdaya saing.

Katanya: “Mengenai kebimbangan orang Melayu, kebimbangan itu telah terlalu lama mendominasi pemikiran Melayu. Sudah terlalu lama... 50 tahun merdeka pun masih takut lagi.”

Wakil Kelab UMNO Australia Barat, Wan Nadiah Wan Abdul Ghaffar, 21, pula meminta orang Melayu mencontohi kaum Cina yang berjaya membina empayar perniagaan tanpa bantuan kerajaan.

Katanya, peniaga Cina berjaya kerana mereka sanggup berusaha bersungguh-sungguh.

Beliau kesal kerana sifat itu masih lagi kurang dihayati oleh orang Melayu.

‘‘Sebagai orang Melayu, saya amat malu melihat kaum saya masih lagi mengamalkan sikap suka meminta walaupun negara sudah lama merdeka,” ujarnya.

Dalam pada itu, wakil Kelab UMNO Bandung, Indonesia, Mohd. Feendi Mohd. Fauzi Yap, 23, berkata, ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 harus dijadikan sebagai titik peralihan untuk orang Melayu mengubah sikap mereka.

‘‘Kita akan mulakan di peringkat pelajar luar negara dengan mencari pengalaman bekerja di sana sebelum pulang ke tanah air untuk berdikari. Kita perlu membuka perniagaan sendiri setelah cukup wang dan pengalaman,” katanya.

Wakil Kelab UMNO Tokyo, Jepun, Ezze Normezan, 27, berkata, budaya kerja kuat masyarakat Jepun harus dicontohi oleh orang Melayu supaya mereka terus berjaya.

‘‘Mereka tidak pernah mengeluh jika tidak dibantu kerajaan, sebaliknya akan berusaha lebih kreatif bagi menghasilkan produk baru yang dapat dipasarkan sehingga ke luar negara,” jelasnya.

Sementara itu, wakil Kelab UMNO Padang, Indonesia, Norhaizura Abdul Rani, 25, menyifatkan bantuan hanya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan dan bukannya semua orang.

‘‘Orang Melayu harus berasa malu untuk meminta bantuan kerajaan kerana ajaran Islam sendiri mengajar umatnya supaya berusaha dan tidak hanya mengharapkan simpati,” katanya.

Perkukuh kebolehan diri

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Orang Melayu mesti melihat ke depan dan yakin dengan kebolehan diri sendiri jika mahu bersaing dengan kaum lain yang sudah lebih maju.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka juga hendaklah memperkukuhkan kebolehan diri sendiri walaupun dilindungi dengan hak-hak istimewa.

Menurutnya, meningkatkan modal insan dan menambah nilai keupayaan diri sendiri adalah antara perkara yang boleh diberikan tumpuan.

“Kita sekarang perlu lihat ke depan dan yakin atas kebolehan kita sendiri.

“Dalam mempertahankan hak, kita perlu memperkukuhkan kebolehan kerana ia akan menentukan masa depan kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas wawancara khas Mingguan Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, orang bukan bumiputera diminta bersabar dan tidak mempersoalkan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu orang Melayu.

“Dasar itu dilaksanakan supaya kaum pribumi itu benar-benar dapat bersaing dengan kaum lain dalam arus utama pembangunan negara,” katanya.

Jelasnya, tempoh 50 tahun kemerdekaan sebenarnya tidak mencukupi untuk orang Melayu membangun kerana mereka terlalu lama terabai.

“Orang Melayu seolah-olah sudah lama berada dalam ‘peti sejuk’ sejak zaman penjajahan British dan tidak mendominasi bidang perniagaan, perkhidmatan, perbankan dan teknologi menyebabkan mereka sentiasa ketinggalan di kampung.

“Sedangkan di bandar besar, pihak Inggeris menyediakan infrastruktur untuk kaum lain menjadi maju,” ujarnya.

Muhammad berkata, pada masa yang sama, orang Melayu harus cepat belajar dan bersatu padu supaya dapat mengejar kemajuan dengan pantas.

Veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik pula berkata, hak keistimewaan orang Melayu seharusnya tidak dibangkitkan lagi kerana ia telah dipersetujui semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan dahulu.

Justeru, katanya, orang Melayu tidak perlu bimbang atau takut kerana hak tersebut masih dipertahankan.

“Hak istimewa orang Melayu bukan perkara baru, tidak perlu dibangkitkan. Orang Melayu tidak perlu takut kerana hak itu masih ada,” ujarnya.

Peluang rebut hadiah RM5.25 juta

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Ahli UMNO yang mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapat kad keahlian percuma dan berpeluang merebut hadiah bernilai RM5.25 juta, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Husainay Hashim.

“Ahli yang mempunyai kad ini boleh mendapat rebat tunai, contohnya, jika mereka pelanggan Astro dan pelanggan talian Maxis,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

UMNO telah mengeluarkan 2.8 juta kad keahlian kepada ahli yang telah berdaftar dengan SPR dan akan diberikan kepada mereka esok.

“Sewaktu Perhimpunan Agung nanti, mereka yang telah berdaftar dengan SPR boleh mengambil kad keahlian tersebut dengan menunjukkan bukti bahawa mereka telah mendaftar.

“Bagi ahli UMNO yang belum mendaftar, kita akan sediakan juga kemudahan mendaftar dan kad keahlian itu akan dibuat serta-merta untuk mereka,” katanya.

– Bernama

Ini bukan cara BN

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MIC membatalkan hasratnya untuk mengemukakan usul penyingkiran Parti Progresif Penduduk (PPP) kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak melambangkan cara BN.

Timbalan Perdana Menteri berkata ‘pertikaman lidah’ yang berlaku antara MIC dan PPP itu tidak sihat dan tidak boleh diteruskan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN sebaliknya meminta parti-parti komponen supaya menjalinkan hubungan baik dan mengelak daripada mengutuk atau saling mencabar antara satu sama lain.

“Ini bukan cara BN. Jadi saya anggap apa yang berlaku ini tidak sihat dan ia mestilah dihentikan dan jangan diteruskan lagi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2007 di sini, hari ini.