Wednesday, August 19, 2009

POLITIK : RABU 19 OGOS 2009

Pertahan kontrak sosial
ALOR SETAR 18 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah(gambar ) bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-harajika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untukberpolitik.

Kuil: Kerajaan negeri tetap luluskan
SHAHALAM 18 Ogos – Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahanpenduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadanganmembina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib
KUALATERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz NikMat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua DewanUlama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbezaberhubung perkara itu.

Ulama diminta keluarkan fatwa
PUTRAJAYA18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara ini dimintamengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga keranaparti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.






Nik Aziz ekstrem
KUALALUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaruMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islamyang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurgasebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.






Elak kupas isu semasa berdasarkan emosi
PUTRAJAYA 18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pengamal sertapenganalisis politik mengupas isu-isu semasa dari sudut teori bagimengelak sebarang tindakan berdasarkan emosi sehingga hilang kewarasandiri.

SPRM jangan takut jalankan tugas - TPM
PUTRAJAYA18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) melaksanakan tugas siasatan kes rasuah membabitkanpemimpin politik pada bila-bila masa tanpa rasa takut.

PM tentukan kedudukan Murugiah
PUTRAJAYA18 Ogos - Kedudukan Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteridi Jabatan Perdana Menteri akan diputuskan oleh Perdana Menteri, DatukSeri Najib Tun Razak.

UMNO Selangor mohon injunksi
SHAH ALAM 18 Ogos - UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamahuntuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusankerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen23 di sini.

Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskanpembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihunipenduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagaiagama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

NGO sokong penduduk Seksyen 23
SHAH ALAM 18 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkankebimbangan jika projek pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini diteruskanoleh kerajaan negeri ia boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dinegeri ini.

Pembinaan kuil tiada dalam pelan
SHAH ALAM 18 Ogos - Bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamatberkata, kuil tidak boleh dibina di tapak di Seksyen 23 dekat siniseperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri kerana pelan pembangunantidak memasukkan pembinaan rumah ibadat di kawasan tersebut.

Akhbar Cina perlu dipantau
KUALALUMPUR 18 Ogos - Jabatan Penerangan perlu memantau akhbar-akhbar Cinadi negara ini yang semakin bebas mengeluarkan berita dan artikelbersifat cauvinis.

Saya bukan pengecut - Zambry
IPOH18 Ogos - ''Kalau anggap saya tidak datang semalam kerana sayapengecut, mereka silap sama sekali dan mereka tahu sejarah saya, sayabukan jenis manusia penakut!"

Murugiah buat rayuan
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk T. Murugiah memberitahu, beliau akan membuat rayuan terhadapkeputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan pemecatankeahliannya dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).









Pas jangan pertikai calon BN
BUTTERWORTH 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othmanadalah pilihan terbaik untuk menggalas tanggungjawab pada Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad
BUKITMERTAJAM 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman tidakmelakukan sebarang penyelewengan seperti didakwa sesetengah pihaksebaliknya beliau hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yangdilakukan rakan kongsinya.

BN tak ketandusan pemimpin - Saifuddin
PUTRAJAYA18 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullahmenyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) memilih calon muda bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasirmembuktikan BN tidak ketandusan pemimpin pelapis.

'Tidak ada sebab saya perlu tarik diri'
BUKITMERTAJAM 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othmanmenyifatkan desakan Pas supaya beliau menarik diri merupakan seranganperibadi untuk menutup kelemahan parti itu yang tidak bersediamenghadapi pilihan raya.

Sikap yang memalukan - Hishammuddin
KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat(PKR), N.Gobalakrishan yang menimbulkan kekecohan di luar pusatpenamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN),Permatang Pasir semalam amat memalukan.

Tidak layak dipanggil YB
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), DatukSeri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Ahli Parlimen Padang Serai,N. Gobalakrishnan tidak layak dipanggil Yang Berhormat (YB).

Khairy minta SPR siasat dakwaan
REMBAU 18 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akanmendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esokberhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir.

Penyokong UMNO tidak masuk syurga
KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuksyurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.

Bukan dapat masuk syurga pangkah bulan atau dacing
PADA 2001, Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor menafikan partinyamenjanjikan balasan syurga bagi mereka yang menyokong perjuangan Pas.

Siapa dia tentukanlayak ke syurga?
KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Siapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul AzizNik Mat yang boleh menentukan kelayakan seseorang masuk syurga atauneraka, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

'Seolah-olah Nik Aziz berkuasa dari Allah'
IPOH18 Ogos - Tindakan menghukum penyokong UMNO tidak masuk syurga memberigambaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seolah-olah lebihberkuasa daripada Allah, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir.

Hishammuddin lega UMNO Terengganu kukuh
KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien gembirakerana kepimpinan UMNO serta ahlinya di negeri ini kembali bersatudalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.











Majlis Fatwa teliti komen Nik Aziz: TPM
PUTRAJAYA:Majlis Fatwa Kebangsaan diminta meneliti dan memberikan pandanganberhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnyaIslam yang dibawa Umno tidak membolehkan seseorang masuk syurga.

SPR sahkan lesen guaman batal tidak jejas calon BN
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pembatalan lesenguaman sivil Rohaizat Othman tidak menjejaskan kedudukannya sebagaicalon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir.

'Polis usah takut bertindak terhadap wakil rakyat'
KUALALUMPUR: Polis diminta jangan takut untuk mengambil sebarang tindakanterhadap sesiapa saja yang menghalang mereka menjalankan tugas walaupunindividu itu adalah seorang Ahli Parlimen, kata Menteri di JabatanPerdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Pengundi diminta beri kemenangan kepada Rohaizat
BUKITMERTAJAM: Pengundi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasirperlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), RohaizatOthman, bagi membolehkan BN menunaikan segala janjinya, kata NaibPresiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

FRU, LSF ditempatkan di DUN Permatang Pasir
KUALATERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan semula khidmatPasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Tindakan Ringan (LSF) untukmengawal perjalanan pilihan raya bagi menjamin keselamatan rakyatselepas insiden kekecohan dicetuskan wakil rakyat pembangkang pada haripenamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir,kelmarin.

Calon BN terus terima serangan peribadi
BUKITMERTAJAM: Pas meneruskan serangan peribadi terhadap calon BarisanNasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, Rohaizat Othman, walaupun sebelum ini menyatakan tidakakan berbuat demikian.

SPR kecewa tindakan kasar Gobalakrishnan
BUKITMERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan Ahli ParlimenPadang Serai, N Gobalakrishnan yang menimbulkan kekecohan ketika prosespenamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, kelmarin.

Samseng cuba peras ugut penyokong parti kena tahan
BUKITMERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan samsengkerana cuba memeras ugut penyokong parti yang bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi mendapatkanwang perlindungan, Ahad lalu.

Adun Kota Seputeh mungkin digugur
ALORSETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Datuk Abu HassanSarif kemungkinan digugurkan daripada jawatan kerana gagal hadir duakali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kebenaran Speaker.

Nik Aziz pertahan dakwaan Umno ketepikan Islam
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankankenyataannya mendakwa dasar dibawa Umno tidak akan membawa penyokongnyake syurga.

Analisis: Pas sekadar 'melukut di Pulau Pinang'
MELUKUTdi tepi gantang. Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkankedudukan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinanghari ini.








Permohonan disebut 2 Sept.
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan kenyataanbertulis pendakwa raya yang mendakwa tiada fakta yang memihak kepadapembelaan dalam dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya, akandisebut semula di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 September ini.

Komputer riba, CPU disita
SHAHALAM 18 Ogos - Sebuah komputer riba dan satu unit pemerosesan pusat(CPU) dari meja Teoh Beng Hock yang mengandungi salinan dokumen-dokumentuntutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan telah disitakurang 24 jam sebelum dia ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalampada 16 Julai lalu.

Beng Hock masih hidup ketika terhempas - Dr. Prashant
SHAH ALAM 18 Ogos - Pensyarah Forensik Patologi, Pusat PerubatanUniversiti Malaya (PPUM) Dr. Prashant Naresh Samberkar (gambar)berpendapat, Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock masihhidup ketika tubuhnya terhempas di tingkat lima Plaza Masalam pada 16Julai lalu.

Rakaman sidang akhbar ditentukan hari ini
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sama ada rakaman video sidang akhbar KarpalSingh pada 6 Februari lalu yang dirakam oleh kakitangan RTM bolehditerima sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes Akta Hasutan 1948yang dihadapi Pengerusi DAP itu akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi disini esok.

Gobalakrishnan minta dibicarakan
BUKITMERTAJAM 18 Ogos - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnanmengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atastuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polisbagi tujuan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Polis ambil keterangan Chuan How
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Pembantu kepada Exco Selangor, Wong Chuan Howhari ini dipanggil memberi keterangan kepada polis kerana engganbekerjasama ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) pada Jumaat lalu.

Umno Selangor mohon injunksi ketepi bina kuil di Shah Alam
SHAHALAM: Umno Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untukmendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaannegeri membina kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, di sini.

'Pekeliling tak halang tugas SPRM'
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneruskan tugastanpa gentar, walaupun ada pekeliling kerajaan negeri Selangormengarahkan pegawainya hanya disoal siasat di pejabat mereka dan padawaktu pejabat.

Kes Kampung Buah Pala didengar Jumaat
PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan semalam menetapkan Jumaat ini untuk mendengarpermohonan baru penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, untukmengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Mei lalu, yangmemutuskan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad (KPKPP)adalah pemilik sah tanah kampung itu.

Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bukti pertahan diri
SHAHALAM: Hasil bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock, mendapati tiadabukti menunjukkan kecederaan dialaminya berpunca daripada diserang,pergelutan atau mempertahankan diri sebelum dipercayai jatuh daritingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangordi Tingkat 14 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Nik Aziz ekstrem

Nik Aziz ekstrem

Oleh Norfatimah Ahmad, Jami'ah Shukri dan Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my

Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir.

"Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.

Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim.

Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan.

"Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya.

Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).

"Justeru, tidak mustahil Nik Abdul Aziz kerap dilihat memberi kenyataan yang berbaur hasutan untuk membolehkan beliau terus mengukuhkan tempatnya di dalam politik, selain untuk meruntuhkan sokongan dan kesepaduan di dalam Umno," katanya.

Ibrahim juga berkata, Pas sudah menyimpang daripada perjuangannya apabila berebut-rebut untuk mendapatkan tempat serta kuasa menerusi platform politik.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pula berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agama dalam perspektif politiknya kerana ia boleh mengelirukan orang lain, terutama umat Islam.

"Pandangan Tok Guru (Nik Aziz) mengenai politik yang berkaitan dengan agama ada kalanya menyebabkan sesetengah pihak salah faham kerana beliau mempunyai perspektif tersendiri. Oleh itu, tidak sesuai untuk beliau terus biarkan dirinya berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin agama daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Islam adalah untuk semua umatnya, tiada batasan mana-mana puak atau kaum, parti atau organisasi. Kenyataan Nik Abdul Aziz seolah-olah terlalu membahagi-bahagikan dan mengkelaskan Islam, semacam memberi laluan mudah kepada pengikut dan ahli Pas," katanya.

Majlis Fatwa teliti komen Nik Aziz: TPM

Majlis Fatwa teliti komen Nik Aziz: TPM

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my


MUHYIDDIN sambil diperhatikan isteri, Puan Sri Noorianee Abd Rahman dan Profesor Khairil melancarkan buku siri Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori Terpilih, di Putrajaya, semalam.

Tindakan elak rakyat keliru

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta meneliti dan memberikan pandangan berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya Islam yang dibawa Umno tidak membolehkan seseorang masuk syurga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata majlis itu perlu memberikan pandangan sama ada kenyataan Menteri Besar Kelantan itu bercanggah dengan Islam.

Pada masa sama, beliau meminta pemimpin lain dalam Pas menasihati Nik Aziz jika benar parti itu memperjuangkan Islam bagi mengelakkan kekeliruan.

"Jika saya cakap, orang kata kenyataan saya berbaur politik (tetapi) ini soal hukum, akidah dan agama. Mungkin boleh disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama.

"Jika lagi cepat (ulama memberi pandangan) lagi bagus untuk menghentikan kenyataan mengarut dan tidak Islamik," katanya selepas melancarkan buku siri Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori Terpilih karya Pegawai Khas Perdana Menteri, Profesor Khairil Annas Jusoh, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad (Media Prima) yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar. Buku pertama daripada empat siri itu mengisahkan mengenai teori terpilih dalam kepemimpinan menghadapi abad-ke-21.

Muhyiddin juga berkata, kenyataan Nik Aziz itu bukan pertama kali kerana pernah mendakwa Umno kafir dan mereka yang menyokong Pas masuk syurga dan yang menyokong Umno masuk neraka.

Beliau berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sewenang-wenang tanpa segan silu kepada agama, walaupun mahu menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

Mengenai kedudukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang disahkan pemecatannya daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), Muhyiddin berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri menentukannya.

Beliau juga berkata, kerajaan sedang mengkaji kewajaran memansuhkan ruangan bangsa dalam sesetengah borang rasmi.

SPR sahkan lesen guaman batal tidak jejas calon BN

SPR sahkan lesen guaman batal tidak jejas calon BN

Oleh Anwar Husin, Jalal Ali Abdul Rahim dan Mohd Anwar Patho Rahman
bhnews@bharian.com.my

Rohaizat layak tanding kerana tak menyalahi undang-undang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat Othman tidak menjejaskan kedudukannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata calon itu layak bertanding kerana isu yang ditimbulkan tidak merujuk kriteria seseorang calon seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Salah laku yang ditimbulkan berhubung kait dengan pekerjaannya dulu, jadi tak ada kena mengena. Sebab itulah kita terima pencalonan dia walaupun ada bantahan.

"Saya tegaskan kita hanya melihat dari sudut perundangan dan isu dibangkitkan termasuk kenyataan oleh Majlis Peguam, tidak mencacatkan atau menjejaskan kelayakan Rohaizat sebagai calon seperti disebut dalam Perlembagaan," katanya semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Majlis Peguam semalam bahawa Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara membatalkan nama Rohaizat daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara pada 7 Mac 2008.

Kenyataan Setiausaha badan itu, George Varughese menyebut keputusan lembaga disiplin itu berdasarkan siasatan terhadap aduan bahawa Rohaizat gagal mengembalikan hampir RM161,000 kepada pengadu (Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Bhd) selepas transaksi pembelian satu hartanah dibatalkan.

Rohaizat merayu keputusan itu ke Mahkamah Tinggi, tetapi ditolak pada 12 Ogos lalu, sekali gus menyebabkannya tidak layak mengamalkan profesion peguambela dan peguam cara.

Wan Ahmad berkata, pihaknya sudah merujuk kepada penasihat undang-undang dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan memutuskan tindakan Majlis Peguam terhadap Rohaizat bukan hukuman yang diputuskan mahkamah.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, pihaknya tidak membatalkan tindakan terhadap Rohaizat walaupun pengadu kes menarik balik aduannya dua minggu selepas lesen guaman ditarik balik.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata Rohaizat layak bertanding kerana tiada kesalahan jenayah atau hukuman dikenakan mahkamah.

Katanya, mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang layak bertanding pilihan raya jika memenuhi syarat termasuk tidak pernah dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda RM2,000 bagi apa-apa kesalahan.

Katanya, Rohaizat hanya dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam dan tiada sebarang laporan polis dibuat, manakala pengadu menarik balik semua aduan terhadapnya pada 28 Mac 2008.

Beliau berkata, koperasi berkenaan melantik Firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat untuk mewakili mereka dalam pembelian satu hartanah di Pulau Pinang dan urusan jual beli dikatakan dilakukan bekas rakan kongsi Rohaizat dalam firma itu dari 1999 hingga 2003.

Rakan kongsi Rohaizat dikatakan mengendali dan menerima wang dari koperasi itu dan melakukan segala urusan transaksi serta ditandatangani secara perseorangan.

Ahmad Zahid berkata, Rohaizat tidak mempunyai apa-apa pembabitan atau pengetahuan berhubung transaksi jual beli itu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media malam tadi, berkata tindakan Rohaizat terus kekal dalam firma berkenaan dan berusaha membayar semula wang berkenaan membuktikan beliau seorang yang berjiwa murni.

Katanya, Rohaizat menjadi penyelamat kepada firma itu kerana sanggup berkorban bagi pihak rakan kongsi walaupun

Bendahari koperasi, Omar Hamid yang hadir pada sidang media itu mengesahkan kes berkenaan sudah diselesaikan setahun lalu oleh Rohaizat dengan membayar semula wang berjumlah RM160,000 kepada koperasi.

Rohaizat ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu berpolemik dengan mana-mana pihak berhubung dengan isu itu, sebaliknya ingin memberi tumpuan menemui seramai mungkin pengundi dalam tempoh berkempen.

'Polis usah takut bertindak terhadap wakil rakyat'

'Polis usah takut bertindak terhadap wakil rakyat'

KUALA LUMPUR: Polis diminta jangan takut untuk mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa saja yang menghalang mereka menjalankan tugas walaupun individu itu adalah seorang Ahli Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, pihak polis berhak untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan kerana mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin.

“Tindakan itu hanya memalukan wakil rakyat dan Gobalakrishnan tidak layak dipanggil seorang yang berhormat kerana membuat huru-hara walaupun sudah diberi arahan oleh polis supaya jangan berbuat demi-kian.

“Hukuman setimpal perlu diambil kerana saya tidak mahu lagi melihat ada wakil rakyat yang akan buat perangai seperti itu lagi. Jangan takut, jangan bimbang walaupun dia adalah seorang wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran mySMS 15888 dan Hotline 1-800-88-9600 LPKP di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Wangsa Maju, semalam.

Gobalakrishnan ditahan selepas mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Pengundi diminta beri kemenangan kepada Rohaizat

Pengundi diminta beri kemenangan kepada Rohaizat

BUKIT MERTAJAM: Pengundi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, bagi membolehkan BN menunaikan segala janjinya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata pengundi perlu memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk menguasai DUN itu bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan dan kebajikan penduduknya dijaga.

"Saya berjanji jika BN diberi peluang kali ini dan kemudian didapati Rohaizat tidak menjalankan tugas dengan baik, beliau akan digugurkan daripada pilihan raya umum akan datang.

"BN akan melaksanakan segala janjinya dan ini bukan gula-gula pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas melawat bilik operasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam.

Terdahulu, Zahid turut melawat penduduk di Kampung Pelet, Penanti yang terletak dalam kawasan DUN Permatang Pasir.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan pencapaian terbaik parti pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12 adalah memecahbelahkan rakyat dan gagal mentadbir negeri.

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pencapaian itu kerana pemimpin mereka mempunyai kelebihan 'pandai berucap' dan mengkritik orang ketika berceramah.

"Mereka hanya pandai berucap dan boleh sensasikan sesuatu isu, tetapi cuba buat kerajaan...hancur semuanya seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor," katanya selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita 2009 di sini, semalam.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno, berkata Wanita BN akan menjalankan kempen secara ikhlas, tidak menipu pengundi atau berjanji sekadar 'omong-omong kosong'.

FRU, LSF ditempatkan di DUN Permatang Pasir

FRU, LSF ditempatkan di DUN Permatang Pasir


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my

ROHAIZAT bersama isterinya, Khairul Niza Abdul Razak (tiga dari kanan) menyerahkan poster kepada Fatimah Ishak (dua dari kiri) ketika berkempen di Kampung Petani, semalam.

Kawalan anggota polis jamin keselamatan pilihan raya

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan semula khidmat Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mengawal perjalanan pilihan raya bagi menjamin keselamatan rakyat selepas insiden kekecohan dicetuskan wakil rakyat pembangkang pada hari penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sebelum ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak meletakkan anggota FRU dan LSF di barisan hadapan, selepas menilai kematangan pihak pembangkang menghadapi beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, dengan kekecohan dicetuskan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kementeriannya akan kembali menempatkan FRU dan LSF untuk kawalan bagi memastikan keselamatan awam terjamin sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

"Saya marah dan malu.. saya sendiri rasa bersalah kepada pihak polis kerana minta mereka tidak meletakkan FRU dan LSF di barisan depan, sebaliknya hanya menugaskan anggota am.

"Lazimnya apabila calon Pas dan Umno bertanding, tidak ada kekecohan berlaku. Kita juga meneliti pada peringkat pondok panas dan perayu undi, malah perjalanan kempen pun berjalan lancar dan matang. Saya tengok semuanya berdisiplin. Atas dasar berasakan amalan demokrasi semakin matang, kita merasakan tidak perlu gunakan FRU dan LSF.

"(Tetapi) kalau inilah cara demokrasi, kebebasan untuk bersuara yang wakil rakyat nak menunjukkan hero, saya rasa (lebih baik) kita kembali kepada cara lama. Yang penting ialah keselamatan orang ramai. Kita tidak akan benarkan sesiapa mewujudkan huru-hara dalam negara," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Ahli Parlimen Padang Serai yang juga Ahli Majlis Tertinggi PKR, N Gobalakrishnan mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Calon BN terus terima serangan peribadi

Calon BN terus terima serangan peribadi

BUKIT MERTAJAM: Pas meneruskan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, walaupun sebelum ini menyatakan tidak akan berbuat demikian.

Pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di sini, semalam, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, sekali lagi menyentuh isu pembatalan lesen peguam sivil Rohaizat.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Pusat, mempertikaikan kemampuan Rohaizat sebagai wakil rakyat kerana gagal untuk mentadbir firma guaman dimilikinya bersama rakan kongsi dan mahu beliau menarik diri.

"Hendak uruskan firma yang hanya mempunyai beberapa peguam serta pekerja itu pun tidak boleh...macam mana hendak menjaga kawasan lebih besar seperti Permatang Pasir.

"Saya hairan kenapalah beliau dipilih sebagai calon BN. Saya cadangkan supaya beliau menarik diri daripada bertanding," katanya.

Sabtu lalu, beberapa pihak dilaporkan menyebut Rohaizat dinamakan calon BN bagi pilihan raya kecil berkenaan sudah dibatalkan lesen guamannya oleh Majlis Peguam.

Pendedahan itu dilihat sebagai usaha untuk menjejaskan peluang Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh itu untuk berhadapan dengan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.

SPR kecewa tindakan kasar Gobalakrishnan

SPR kecewa tindakan kasar Gobalakrishnan

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Kekecohan cemar suasana penamaan calon

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang menimbulkan kekecohan ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menganggap tindakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai merosakkan suasana penamaan calon yang aman serta berlangsung tanpa sebarang kontroversi.

"Semuanya berjalan baik dan elok semalam (kelmarin) dengan kedua-dua penyokong memberi kerjasama penuh dengan datang dalam jumlah kecil serta tidak membuat bising sehingga mengganggu proses penamaan calon.

"Tetapi tiba-tiba ada pula orang buat hal (merujuk kepada tindakan Gobalakrishnan) yang menyebabkan keadaan bertukar walaupun tidak secara keseluruhan. Saya amat kecewa dengannya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Gobalakrishnan yang pernah mencetuskan kekecohan ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu ditahan polis kerana mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon.

Beliau ditahan selepas mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaung-laungkan kata-kata berunsur prvokasi.

Kekecohan dimulakannya itu menyebabkan kira-kira 50 penyokong pembangkang cuba bertindak agresif dan merempuh kawalan polis di luar pusat penamaan calon itu.

Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak menyedari kejadian itu berlaku kerana ketika itu mereka sedang menguruskan proses penamaan calon serta hendak membuat pengumuman calon bakal bertanding.

"Kami hanya diberitahu mengenainya selepas itu. SPR mahu pihak polis menyiasat perkara ini supaya tindakan diambil terhadap individu bersalah," katanya.

Beliau berkata, mana-mana parti bertanding dilarang membuat bising dengan bergendang dan menggunakan pembesar suara seperti dilakukan Gobalakrishnan.

Samseng cuba peras ugut penyokong parti kena tahan

Samseng cuba peras ugut penyokong parti kena tahan

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan samseng kerana cuba memeras ugut penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi mendapatkan wang perlindungan, Ahad lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kejadian berlaku Ahad lalu apabila lelaki terbabit bersama sekumpulan lelaki pergi ke markas parti politik terbabit dengan mengugut meminta wang perlindungan.

Suspek dikatakan pergi ke beberapa markas parti politik dan mengugut penyokong parti berkenaan supaya membayar wang perlindungan jika mahu keselamatan mereka terjamin.

"Penyokong parti yang bimbang dengan keselamatan mereka membuat laporan dan polis berjaya menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas itu serta masih mengesan rakannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Seberang Prai Tengah di Bandar Perda di sini, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Ayub berkata, polis tidak akan membiarkan perkara itu berulang dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mengugut orang ramai memberi wang perlindungan.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan khidmat samseng untuk menjaga keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam.

Sementara itu, Ayub berkata, sehingga kelmarin, polis sudah meluluskan sebanyak 14 permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) dan 32 lagi permohonan baru.

"Permohonan baru itu membabitkan 14 permit untuk BN dan 18 lagi bagi Pas. Kita menasihatkan parti politik yang ingin mengadakan ceramah supaya mendapatkan permit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ayub menafikan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan mengalami kecederaan serius ketika ditahan apabila cuba mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, kelmarin.

Adun Kota Seputeh mungkin digugur

Adun Kota Seputeh mungkin digugur

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatan kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kebenaran Speaker.

Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, berkata beliau sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Beliau berkata, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

"Abu Hassan tidak menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, tempat beliau itu perlu dikosongkan dan jawatannya sebagai Adun perlu dilucutkan.

"Selain itu, Abu Hassan langsung tidak menjelaskan kepada saya sebab beliau gagal hadir sidang DUN pada 19 April lalu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan peguam Umno.

Analisis: Pas sekadar 'melukut di Pulau Pinang'

Analisis: Pas sekadar 'melukut di Pulau Pinang'

Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my

MELUKUT di tepi gantang. Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kedudukan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini.

Apa tidaknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang berpengalaman selepas menang tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri.

Dua lagi parti dalam pakatan itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang masing-masing mempunyai 19 dan sembilan Adun, diperuntukkan lapan dan tiga kuota Exco kerajaan negeri termasuk jawatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri.

Ini jelas menunjukkan Pas pada mata kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang seolah-olah tidak memberi makna apa-apa apabila tidak diberikan jawatan dalam kerajaan negeri.

Memang tidak dinafikan Pas mengharapkan sumbangan dan peranan parti itu dihargai seperti DAP dan PKR walaupun hanya ada satu kerusi, tetapi, Pas ibarat 'punguk rindukan bulan'.

Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, walaupun MIC mempunyai satu wakil dalam DUN selepas Pilihan Raya Umum 1999, tetapi parti itu diberi penghargaan dan pengiktirafan dengan memberi satu jawatan Exco.

Itulah bezanya keadilan dan erti perkongsian kuasa di kalangan parti komponen dalam kerajaan BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang seolah-olah tidak mengambil kira sumbangan Pas.

Kalau benar-benar kerajaan negeri menghargai sumbangan Pas, wakil tunggal Pas itu dalam DUN sebelum ini yang diwakili oleh Mohd Hamdan, diberi tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Kini, wakil tunggal Pas dalam DUN sudah tiada ekoran kematian Mohd Hamdan akibat sakit jantung pada 31 Julai lalu.

Kerusi Permatang Pasir kosong dan milik siapakah kerusi itu akan ditentukan Selasa ini - calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, atau calon BN, Rohaizat Othman, 38.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan menjadi penentu sama ada Pas terus mempunyai wakil dalam DUN atau sebaliknya. Pas sudah tentu akan bermati-matian untuk menang kerana kekalahannya bererti parti itu gagal mempertahankan legasi Allahyarham Mohd Hamdan.

Penduduk perlu bertanya diri sendiri apa yang wakil rakyat Pas boleh lakukan untuk membawa perubahan jika kedudukan parti itu di dalam kerajaan negeri ibarat melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Mungkin ada penduduk yang mendakwa ketika Pulau Pinang di bawah BN, kawasan itu juga ketinggalan berbanding dua lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Seberang Jaya dan Penanti.

Memang benar, tetapi penduduk harus ingat Permatang Pasir dimenangi oleh Pas sejak 1999 dan menjadi pembangkang di dalam DUN bersama DAP di bawah pentadbiran BN sehinggalah berlaku tsunami politik pada Mac 2008.

Dua penggal Pas menjadi pembangkang dan hakikat DUN Permatang Pasir ketinggalan berbanding kawasan yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri BN sebelum ini, boleh diterima dalam senario politik hari ini.

Kini, masanya sudah tiba untuk penduduk Permatang Pasir 'merujuk semula' dengan BN sesudah 'berpisah sementara' untuk masa depan yang lebih gemilang, bukan saja untuk mereka tetapi generasi akan datang.

Janji Kerajaan Pusat untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'anak emas' jangan dipersia-siakan dan dipandang serong. Kerajaan Pusat ikhlas untuk membantu dan penduduk tidak sewajarnya melepaskan tawaran keemasan ini kerana mereka mungkin tidak akan mendapat peluang kedua jika gagal membuat keputusan yang bijak kali ini.

Fikirlah, nak jadi 'anak emas' atau 'melukut di tepi gantang'.

Umno Selangor mohon injunksi ketepi bina kuil di Shah Alam

Umno Selangor mohon injunksi ketepi bina kuil di Shah Alam

SHAH ALAM: Umno Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, di sini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Noh Omar, berkata tindakan itu wajar dan berasaskan alasan yang kukuh kerana bertentangan dengan konsep 1Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Artikel 11 menyatakan rakyat Malaysia bebas beragama tetapi perlu dilaksanakan secara harmoni tanpa membabitkan pencabulan serta menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain.

"Kita percaya apabila sesuatu rumah ibadat hendak dibina, kerajaan negeri perlu mengambil kira sensitiviti kaum dan agama yang tinggal di sesuatu kawasan itu.

"Dalam soal pembinaan kuil di Seksyen 23 ini, penduduk Islam mewakili 70 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang mana sensitiviti mereka perlu diambil kira.

"Kita akan bantu penduduk dan membawa bantahan mereka ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengenepikan keputusan kerajaan negeri untuk membina kuil di kawasan ini.

"Keputusan kerajaan negeri boleh menimbulkan suasana tidak harmoni serta tidak menepati dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak kuil itu, semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, beliau akan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan pandangan serta merangka persediaan yang perlu sebelum memulakan tindakan sedemikian berdasarkan bantahan yang dibuat kira-kira 500 penduduk Islam di kawasan itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembinaan kuil di tapak itu akan tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk Islam di situ.

"Kita akan teruskan kebenaran membina kuil di Seksyen 23 dan akan turun padang untuk menerangkan kepada penduduk mengenai isu ini," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, Abdul Khalid sememangnya menggunakan undang-undang rimba apabila mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kakitangan, pegawai kerajaan dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, hanya pada waktu pejabat.

Noh berkata, tindakan itu menunjukkan pemimpin PR menganggap mereka tidak boleh disentuh (above the law) selepas memerintah Selangor.

"Mana boleh Menteri Besar Selangor nak mengarahkan atau mengajar SPRM menjalankan tugas.

"Cuba Barisan Nasional (BN) yang melakukan perkara itu, dia (pemimpin PR) akan berkempen satu negara. Dia akan buat tunjuk perasaan. Dia akan tuduh kita nak mengawal (SPRM) untuk mengikut telunjuk BN," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri Selangor ke-32 di sini, semalam.

'Pekeliling tak halang tugas SPRM'

'Pekeliling tak halang tugas SPRM'

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneruskan tugas tanpa gentar, walaupun ada pekeliling kerajaan negeri Selangor mengarahkan pegawainya hanya disoal siasat di pejabat mereka dan pada waktu pejabat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung perkara itu kelmarin adalah pandangan kerajaan yang sah.

“Saya tidak fikir ia menghalang mereka daripada melakukan apa yang perlu dilakukan. Tidak kira siapa, pendirian perlu diambil (untuk menyiasat),” katanya semalam.

Mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwanya menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk tugas luar kerajaan, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan pembangkang ketandusan idea.

“Lebih baik mereka melihat diri sendiri kerana banyak menimbulkan masalah kepada negara. Saya tak mahu layan apa yang mereka mahu lakukan,” katanya.

Sementara itu, ketika majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Kunci Rumah Fasa 3, Damai Teres, Taman Fadason, di Kepong, dekat ibu negara, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama perumahan mencukupi, berkualiti, selesa dan mampu milik.

Kes Kampung Buah Pala didengar Jumaat

Kes Kampung Buah Pala didengar Jumaat

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan baru penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Mei lalu, yang memutuskan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad (KPKPP) adalah pemilik sah tanah kampung itu.

Mahkamah Persekutuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan rumah mereka dalam sebulan tanpa pampasan.

Peguam Damina Khaira yang mewakili penduduk kampung itu memfailkan permohonan baru itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pas jangan pertikai calon BN

Pas jangan pertikai calon BN


AHMAD Zahid Hamidi (kanan) menyampaikan ucapan kepada Pemuda UMNO semasa mengadakan lawatan ke Pusat Gerakan Barisan Nasional Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUTTERWORTH 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman adalah pilihan terbaik untuk menggalas tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak sepatutnya mempertikaikan calon BN yang tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sebaliknya beliau hanya berhadapan masalah dengan Majlis Peguam.

Katanya, BN akan menggunakan pendekatan sendiri untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para pengundi di Permatang Pasir dan pihak-pihak lain tidak berhak mempertikaikan keputusan BN untuk memilih beliau sebagai calon.

''Itu pilihan dan hak kami, siapa mereka untuk mempersoalkan pemilihan Rohaizat. Kita juga boleh pertikai mengapa mereka pilih calon yang tidak pernah menang tetapi kita tidak akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat bilik operasi RTM di Hotel Sunway di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam satu ceramah semalam yang mempersoalkan mengapa BN masih meletakkan Rohaizat sedangkan mempunyai waktu untuk menukar calon lain.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah juga menjadi hak Mahfuz untuk berbuat demikian dan BN juga tidak mampu menghentikan sesiapa pun daripada mengeluarkan kenyataan seperti itu.

''Saya hanya nak beritahu beliau, kita jumpa dalam gelanggang sahajalah.

''Dan saya juga merasakan mereka ini perlu cermin muka sendiri atau ukur baju di badan sendiri," ujarnya.

Ditanya mengenai kempen Pas yang berterusan menyerang peribadi kerana ia bercanggah dengan prinsip mereka, Ahmad Zahid menjawab, beliau tidak mahu menyentuh mana-mana prinsip parti lain selain BN.

Katanya, dalam Islam itu sendiri ada pelbagai pendekatan untuk menyatakan perbezaan pendapat dan salah satunya ia perlu dilakukan dengan cara yang berakhlak.

''Saya berharap sesiapa pun perlulah menghormati agama lebih daripada motif politik dan kembalilah kepada jalan Islam sekali gus tidak mengetepikan Islam yang sebenarnya," ujarnya.

Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad

Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman tidak melakukan sebarang penyelewengan seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya beliau hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Dalam hal itu, menurutnya, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Tambahnya, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Rohaizat, menurut Ahmad Maslan, tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa, tindakan yang diambil terhadap Rohaizat hanyalah sebagai rakan kongsi yang masih ada dalam firma itu mengikut Akta Perkongsian setelah Yusri tidak lagi menyertai syarikat guaman itu.

"KPGNPP juga dalam surat yang bertarikh 28 Mac 2009 kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menarik balik ke semua aduan terhadap Rohaizat berikutan semua tuntutan pihak berkenaan telah diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, dengan penjelasan itu juga menunjukkan bahawa Rohaizat tidak melakukan sebarang jenayah atau penyelewengan malah tiada laporan polis dibuat atau apa-apa siasatan jenayah dilakukan terhadap beliau.

Beliau menambah, tindakan yang dikenakan ke atas Rohaizat hanya berbentuk disiplin oleh satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga disiplin ahli-ahlinya.

BN tak ketandusan pemimpin - Saifuddin

BN tak ketandusan pemimpin - Saifuddin

PUTRAJAYA 18 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) memilih calon muda bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir membuktikan BN tidak ketandusan pemimpin pelapis.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, ia menunjukkan pemimpin tertinggi BN sudah mula memahami pengharapan dan imaginasi pengundi muda yang mahukan calon muda dan berkelayakan profesional.

"Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, parti pembangkang mendakwa hanya mereka yang memahami imaginasi pengundi muda dan berdasarkan keputusan PRU ke-12, ramai calon BN khususnya UMNO di kawasan tertentu tidak mendapat sokongan pengundi muda.

"Tetapi berdasarkan dua pilihan raya kecil iaitu Manek Urai (Kelantan) dan Permatang Pasir, ia dilihat dapat menjawab dakwaan pakatan pembangkang itu dan kini BN turut memahaminya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2009 (Kategori Universiti) di sini hari ini.

BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dalam Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir untuk menentang Mohd. Salleh Man Mat Aji, 52, yang mempertahan kerusi itu bagi Pas.

'Tidak ada sebab saya perlu tarik diri'

'Tidak ada sebab saya perlu tarik diri'

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman menyifatkan desakan Pas supaya beliau menarik diri merupakan serangan peribadi untuk menutup kelemahan parti itu yang tidak bersedia menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, tidak timbul soal menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengesahkannya beliau layak berbuat demikian.

''Saya fikir (desakan) ini tidak lebih daripada satu serangan peribadi yang sengaja dijadikan helah dalam kempen pilihan raya.

''Serangan membuktikan Pas sendiri nampaknya tidak bersedia menghadapi pilihan raya lalu menjadikan ini sebagai isu," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan rumah ke rumah di perkampungan masyarakat Cina di Kampung Sama Gagah di sini hari ini.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang akhbarnya hari ini meminta Rohaizat menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu disebabkan lesen guaman sivil beliau dibatalkan oleh Majlis Peguam.

Lesen guaman Rohaizat dibatalkan berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Ditanya kemungkinan isu tersebut akan menjejaskan peluang BN untuk menang dalam pilihan raya itu, Rohaizat berkata:''Tidak...saya fikir orang Permatang Pasir bijak membuat penilaian."

Rohaizat berkata, beliau lebih selesa menumpukan perhatian berjumpa dengan para pengundi bagi meraih sokongan mereka terhadap BN daripada melayan kerenah Pas yang jelas mahu menyerang peribadinya.

''Bila saya turun padang berjumpa dengan pengundi, mereka tidak pula merungut mengenai isu itu," tambahnya.

Sikap yang memalukan - Hishammuddin

Sikap yang memalukan - Hishammuddin

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishan yang menimbulkan kekecohan di luar pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir semalam amat memalukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap Ahli Parlimen Padang Serai itu tidak boleh diterima sama-sekali terutama dari segi keangkuhan dan kebiadaban beliau.

''Kalau inilah wakil rakyat yang jadi wakil kepada orang ramai, nampaknya mereka belum sampai kepada tahap kematangan (politik) yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

''Kita juga mungkin terpaksa guna semula amalan lama meletakkan Unit Tindakan Ringan (LSF) serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di barisan hadapan,'' katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Gobalakrishnan dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.

Hishammuddin menambah, beliau berasa malu dan bersalah kerana mengarahkan polis supaya tidak menggunakan unit LSF serta FRU untuk mengawal keselamatan semasa proses penamaan calon semalam kerana berpendapat tidak akan berlaku kekecohan.

''Selalunya dalam pilihan raya kecil, apabila calon UMNO berdepan calon Pas tiada kekecohan.

''Jadi buat pertama kalinya saya minta jangan gunakan LSF dan jauh sekali minta FRU di barisan depan. Saya minta gunakan anggota polis tugas-tugas am," jelasnya.

Beliau berpendapat, arahannya supaya tidak menggunakan LSF dan FRU di barisan hadapan bagi mengawal keselamatan itu adalah kerana kadang-kala kehadiran mereka menakutkan orang ramai.

"Tetapi apa yang berlaku kepada polis yang hendak memastikan keadaan selamat? Kalau inilah balasannya, saya cukup malu kepada Parlimen,'' katanya.

Bagaimanapun, Hishammuddin melahirkan rasa lega dan bangga terhadap polis kerana tidak emosi dalam menangani insiden itu dan orang ramai boleh menilai kelakuan tidak bertanggungjawab wakil rakyat terbabit.

"Polis hanya menjalankan tugas mereka. Sebelum ini ada yang kata polis zalim. Kita bimbang jika keadaan ini tidak dikawal, satu hari nanti wartawan juga akan dipukul,'' katanya.

Malah katanya, sebelum ini pun ada wartawan yang pernah dipukul di Permatang Pauh.

Tidak layak dipanggil YB

Tidak layak dipanggil YB

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan tidak layak dipanggil Yang Berhormat (YB).

Beliau menegaskan, ini ekoran tingkah laku Gobalakrishnan semasa sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam.

Menurutnya, tindakan Gobalakrishnan itu jika dibiarkan akan menyebabkan situasi kacau bilau manakala undang-undang pula tidak lagi dihormati.

"Kita tidak boleh bertolak-ansur dengan perkara ini. Ia suatu perkara yang tidak dapat diterima dalam masyarakat madani di Malaysia.

"Dia tidak layak dipanggil YB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan My SMS dan Hotline Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Puspakom Sdn. Bhd. Wangsa Maju di sini hari ini.

Mohamed Nazri mengulas mengenai tindakan Gobalakrishnan yang melaung-laungkan kata-kata provokasi sehingga mencetuskan kemarahan para penyokong pihak pembangkang dan menimbulkan suasana kecoh.

Khairy minta SPR siasat dakwaan

Khairy minta SPR siasat dakwaan

REMBAU 18 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, langkah itu susulan laporan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.

Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.

''Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program IQRA Membaca Sepanjang Hayat anjuran Akademi Pemuda UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Rembau dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di Dewan Seri Rembau dekat sini hari ini.

Tambah Khairy, pertambahan mendadak kira-kira 1,000 pengundi di Permatang Pasir sejak setahun lalu agak mencurigakan dan mungkin berpunca daripada 'gerakan pemindahan pengundi' oleh pembangkang.

Katanya, keraguan mula timbul setelah semakan daftar pemilih oleh Pemuda BN mendapati pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India mendiami alamat yang sama.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, SPR disaran supaya mengkaji dan memperketat prosedur sedia ada berhubung penukaran alamat pengundi pada daftar pemilih bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Penyokong UMNO tidak masuk syurga

Nik Aziz pertahan dakwaan Umno ketepikan Islam

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya mendakwa dasar dibawa Umno tidak akan membawa penyokongnya ke syurga.

Beliau berkata, Umno mengamalkan dasar kebangsaan yang memisahkan agama dan politik dan tindakan itu sama seperti mengasingkan Islam dan iman.

Nik Abdul Aziz turut menafikan beliau menyebut Islam yang dibawa Umno sama seperti diamalkan di Palestin dan menganggap laporan itu sebagai tuduhan yang mahu melagakan beliau dengan Palestin.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ini nak melagakan saya dengan Palestin pula. Saya juga tak guna perkataan ahli Umno (seperti dilaporkan media), saya guna penyokong Umno," katanya pada sidang media bagi menjelaskan kenyataannya itu di sini, semalam.

Beliau juga berkata, Pas dan Umno sering tidak sependapat bukan disebabkan hal berkaitan pembangunan seperti dibangkitkan Umno, sebaliknya dasar dan fahaman yang berbeza.

"Masa Nabi Muhammad SAW dulu tak timbul hal pembangunan fizikal. Jika kita kaji, Nabi Muhammad apa benda pembangunan dibuat... hanya dua masjid, tak ada benda lain, tapi Baginda 'cuci otak' orang supaya mengamalkan hidup, akidah dan ekonomi cara Islam.

"Hal dasar ini menyebabkan Pas bertengkar dengan Umno, pembangunan sama-sama ada. Kelantan ada pembangunan, negeri lain pun ada, tetapi dasar Umno sekular, agama lain politik lain. Dasar kita agama dan politik digabungkan supaya hidup kita selari dengan kehendak Allah," katanya.

Mengenai kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria yang menyebut tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seseorang perlu menjadi ahli sesebuah parti politik sebelum dijanjikan syurga, beliau berkata, sepatutnya Mufti Perak itu dapatkan kenyataannya terlebih dulu dan tidak hanya berdasarkan kenyataan akhbar.

"Sepatutnya seorang mufti nak keluarkan kenyataan, tanya saya dulu, tak boleh ikut surat khabar, akhbar arus perdana ini akhbar Umno, (tetapi) dia nak buat juga dia punya pasal," katanya.



Penyokong UMNO tidak masuk syurga

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.fitri@utusan.com.my

KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa kenyataannya semalam hanya merujuk kepada ahli UMNO.

Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sesiapa sahaja yang menyokong parti tersebut dan ia tidak kena-mengena dengan Palestin.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti apa yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu, tidak akan diterima Allah.

"Saya baca dua surat khabar arus perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya bahawa saya sebut perkataan itu, ini adalah untuk melagakan saya dengan Palestin.

"Perkara kedua adalah ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO, saya guna penyokong UMNO, ahli lain penyokong lain (makna). Memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.

"Jadi mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa melibatkan iman, mustahil akan dapat syurga, usaha UMNO nak sebut Islam tanpa iman mustahil diterima Allah," katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi menjelaskan laporan Bernama yang disiarkan media hari ini.

Semalam, beliau dilaporkan berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Dalam pada itu, beliau turut menempelak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana memberikan reaksi terhadap kenyataan tersebut hanya berdasarkan laporan media sahaja.

"Sepatutnya seorang mufti sebelum keluar kenyataan tanya saya dulu untuk mendapatkan gambaran sebenar, surat khabar arus perdana surat khabar UMNO tetapi kalau dia nak buat kenyataan juga itu dia punya pasal," katanya.

Bukan dapat masuk syurga pangkah bulan atau dacing

Bukan dapat masuk syurga pangkah bulan atau dacing

Oleh ZULKIFLI JALIL

PADA 2001, Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor menafikan partinya menjanjikan balasan syurga bagi mereka yang menyokong perjuangan Pas.

Tiga tahun kemudian, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyangkal Pas menggunakan isu syurga, neraka, pahala dan dosa untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum waktu itu.

Slogan itu muncul lagi. Kali ini di Permatang Pasir, Pulau Pinang diungkapkan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

'Masuk Pas masuk syurga' ungkapan satu slogan yang tidak bersumberkan hadis dan bukan firman daripada al-Quran.

Slogan ini memang sesuai dan tepat dengan perjuangan Pas yang sudah begitu lama memprojekkan 'Pas itu Islam; Islam itu Pas.'

Ini membawa erti Islam itu ada dua jenis. Pertama, Islam agama suci ciptaan Allah dan kedua Islam Pas ciptaan manusia. Begitu berani mereka menyamakan pertubuhan politik mereka dengan agama suci Allah.

Para pemimpin Pas bukan sahaja mengeksploitasikan agama, tetapi juga bahasa. Apabila dislogankan 'masuk Pas masuk syurga' mereka akan menjawab di akhirat nanti bahawa erti 'masuk syurga Pas', bukan masuk syurga yang Allah sediakan untuk orang-orang beriman.

Persoalannya, adakah bakal penghuni syurga Allah terdiri daripada kaki mencarut, pemaki, pencerca, tukang fitnah, pengutuk, lebih-lebih lagi terhadap saudara seagama?

Dalam syurga Allah tidak akan ada penghuninya melaungkan kalimah suci ''Allahuakhbar" bagi menyahut seruan penghinaan, kata-kata carut seperti 'barua', gelaran-gelaran hodoh seperti 'maha firaun' dan beberapa lagi yang jelik dipaparkan.

Begitu juga dengan seruan iklan Pas 'pangkah bulan masuk syurga'. Sekali lagi ditegaskan, memang benar mereka masuk syurga, iaitu syurga ciptaan Pas di dunia ini.

Jelas ini satu lagi putar belit Pas. Inilah bukti yang menunjukkan pemimpin dan alim ulama Pas licik mencipta slogan untuk mempesona dan mempengaruhi pengikut-pengikutnya yang kurang mengerti tentang istilah bahasa.

Barangkali, Nik Abdul Aziz beranggapan bahawa dia tidak berdosa membuat seruan dan janji itu kerana dia tahu syurga yang diiklankan itu adalah 'syurga Pas', bukan syurga Allah.

Pada 1990, bekas ahli jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said meminta ulama Pas berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.

''Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir," tegasnya.

Umum meyakini para pemimpin UMNO dan pengikut-pengikut serta seluruh ummah hanya mempercayai syurga Allah sahaja. Dan penghuninya kelak terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah.

Bukan dapat masuk syurga kerana pangkah dacing atau bulan.

Siapa dia tentukan layak ke syurga?

Siapa dia tentukan layak ke syurga?

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Siapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang boleh menentukan kelayakan seseorang masuk syurga atau neraka, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

Menurutnya, beliau hairan kenapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut terutama di musim pilihan raya.

Katanya, isu berkenaan sememangnya isu lama dan sering kali dikeluarkan.

''Ia juga membuktikan Pas sering menggunakan agama untuk kepentingan politik dan hanya untuk mendapat sokongan pengundi semata-mata," katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana mereka mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, urusan masuk syurga atau neraka ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.

''Segala urusan masuk syurga atau neraka adalah ketentuan Allah berdasarkan amalan, ketaqwaan dan taubat terhadap ajaran Islam,'' katanya.

'Seolah-olah Nik Aziz berkuasa dari Allah'

'Seolah-olah Nik Aziz berkuasa dari Allah'

IPOH 18 Ogos - Tindakan menghukum penyokong UMNO tidak masuk syurga memberi gambaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seolah-olah lebih berkuasa daripada Allah, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau berkata, semua orang Islam termasuk Nik Aziz sendiri tahu bahawa soal syurga dan neraka adalah dalam kekuasaan Allah seperti yang dinyatakan oleh al-Quran.

''Nik Aziz juga tahu dalam al-Quran ada menyatakan mungkin orang yang kamu kata teruk itu sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya.

''Kalau nak berpolitik, berpolitiklah tetapi dia kata dia 'tok guru' yang tahu tentang ilmu Islam, mana ada ulama menjatuhkan hukum ahli syurga dan ahli neraka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perak Ke-33 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam bahawa para penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Nik Aziz berkata, Islam yang dibawa oleh UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang ke syurga dan percaya penduduk Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka.

Zambry mendakwa, Nik Aziz yang dianggap sebagai 'tok guru' dan dihormati ahli Pas sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan yang merepek.

''Kalau macam itu, senang bagi sesiapa yang buat segala kerosakan, kemaksiatan dan dosa. Apabila rasa hendak masuk syurga, masuk parti Pas kerana fatwa 'tok guru' bahawa perjuangan Pas masuk syurga," katanya.

Semalam, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seseorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Beliau berkata, Allah hanya menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

Hishammuddin lega UMNO Terengganu kukuh

Hishammuddin lega UMNO Terengganu kukuh

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien gembira kerana kepimpinan UMNO serta ahlinya di negeri ini kembali bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima dan pemerhatiannya, kesemua pemimpin dan ahli UMNO di negeri ini ' bertaut kembali'.

Menurut beliau, selepas mengetuai UMNO di Terengganu banyak usaha dan program jangka panjang dan pendek dilakukan yang menampakkan hasil positif dan menyakinkan.

''Maklum balas yang diterima kini begitu baik sekali dan usaha-usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

''Bagaimanapun, saya sekali lagi merayu kepada semua pemimpin dan ahli agar tampil ke depan secara bersama dan sudah tiba masanya kita ke depan dalam 'mengganyang' setiap cubaan jahat parti lawan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di pejabat UMNO Terengganu di sini hari ini.

Semua pemimpin UMNO negeri termasuk Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Said, Setiausaha Badan Perhubungan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam mesyuarat selama dua jam itu.

Hishammuddin menambah, untuk mengerakkan UMNO di Terengganu, pendekatan dilakukan dengan cara muhasabah bagi memastikan transisi kepimpinan berjalan lancar.

Katanya, isu kepimpinan dilihat perkara penting dalam Perhubungan UMNO negeri bagi melahirkan pemimpin pelapis yang benar-benar berwibawa membawa UMNO dengan semangat dan kesedaran.

''Lupakan peristiwa lalu, muhasabah diri, melihat kelemahan dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa sebaliknya melihat dalam diri sendiri dengan penuh keinsafan.

''Masanya telah tiba untuk sesama kita kembali bersatu hati dengan penuh jiwa raga sambil mengukuhkan barisan dan hala tuju baru,'' katanya.

Katanya, beliau yakin UMNO Terengganu masih cukup terpelihara dan boleh diperkukuhkan sekali gus menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menghadapi isu saman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menambah, UMNO Terengganu tetap berada di barisan hadapan dalam menghadapi isu itu kerana ia menyentuh pucuk pimpinan tertinggi parti.

''Kami seratus peratus di belakang Timbalan Presiden parti tanpa berbelah bagi.

''Begitu juga dalam pelbagai isu semasa lain, UMNO Terengganu akan menentang habis-habisan usaha pelbagai pihak termasuk tindakan menodai kesucian perlembagaan negara," katanya.

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut 2 Sept.

Permohonan disebut 2 Sept.

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tiada fakta yang memihak kepada pembelaan dalam dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya, akan disebut semula di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 September ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan menetapkan tarikh berkenaan semasa kes itu disebut di kamar beliau hari ini.

Tarikh yang sama juga ditetapkan untuk sebutan perbicaraan penuh kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah), Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Menurut peguam R. Sivarasa yang mewakili Anwar, hakim membenarkan penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan pendakwa raya berhubung perintah Hakim Mohamad Zabidin yang membenarkan dokumen diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan penuh dijalankan.

''Hakim ingin mengetahui sama ada keputusan rayuan itu adalah relevan atau sebaliknya kepada pendengaran permohonan ini,'' kata seorang lagi peguam bela Anwar, Latheefa Kooya.

Dua lagi peguam bela Anwar yang hadir ialah Amer Hamzah Arshad dan Leela J. Jesuthasan.

Pihak pendakwaan pula terdiri daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 4 Ogos lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan 'Kenyataan Bertulis Mengenai Fakta-Fakta Yang Memihak Kepada Pembelaan' yang tidak bertarikh dan ditandatangani Mohamad Hanafiah.

Kenyataan tersebut diserahkan kepada Anwar pada 24 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku pemohon menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.

Anwar antara lain memohon perintah deklarasi bahawa kenyataan bertulis tersebut adalah tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah, batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan kepadanya fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis yang menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.

Turut dipohon ialah perintah larangan dan injunksi terhadap responden pertama dan kedua untuk menjalankan atau meneruskan pendakwaan atau sebarang prosiding terhadap beliau sehingga fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis yang mematuhi seksyen tersebut dibekalkan.

Anwar juga memohon perintah pengantungan terhadap pihak responden untuk meneruskan pelaksanaan pendakwaan atau sebarang prosiding kes itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai.

Dalam permohonan itu, Anwar antara lain memberi alasan bahawa beliau merasa hairan dengan kenyataan bahawa tidak terdapat sebarang fakta yang memihak kepada pembelaan sedangkan dakwanya banyak fakta dalam dokumen tersebut yang memihak kepadanya.

Justeru, tegas beliau, kandungan kenyataan bertulis itu adalah sama sekali tidak benar, dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan serta dibuat secara sewenang-wenangnya.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Pada 24 Julai lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan perintah penyerahan dokumen kepada pihak pembelaan ditangguhkan berikutan rayuan yang dikemukakan oleh pendakwa raya di Mahkamah Rayuan.

Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan hakim tersebut membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk mendapatkan segala dokumen berkaitan kes itu kecuali sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Komputer riba, CPU disita

Komputer riba, CPU disita

Oleh NORAZLITA MOHD SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 18 Ogos - Sebuah komputer riba dan satu unit pemerosesan pusat (CPU) dari meja Teoh Beng Hock yang mengandungi salinan dokumen-dokumen tuntutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan telah disita kurang 24 jam sebelum dia ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Anuar Ismail, 32, (gambar) berkata, barang-barang tersebut disita dari pejabat Setiausaha Politik Exco Selangor itu di tingkat lima, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Menurutnya, tindakan itu diambil semasa siasatan dilakukan berhubung aduan penyalahgunaan peruntukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Katanya, atas permintaan Beng Hock, komputer riba dan CPU itu dibawa ke pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam dengan menaiki kereta mendiang sendiri bersama-sama dua pegawai SPRM, Mohamad Azhar Abang Mentaril dan Mohd. Hafiz Izhar Idris pada petang 15 Julai lalu.

''Saya maklumkan kepada Beng Hock supaya beliau hadir ke pejabat SPRM Selangor dengan menaiki kereta sendiri kerana peguamnya, M. Manoharan ada bertanya sama ada beliau boleh hadir sama. Saya beritahu tiada halangan.

''Semasa di lobi, Beng Hock maklumkan kepada saya dia mahu komputer riba dan CPU yang disita dibawa bersama-sama beliau. Saya seterusnya beritahu dua pegawai supaya menaiki kenderaan Beng Hock,'' katanya.

Semasa di pejabat SPRM, Mohd. Anuar yang merupakan saksi inkues ke-16 memberitahu, beliau membenarkan Beng Hock menghubungi Manoharan sebelum meminta beliau mematikan telefon bimbitnya selepas selesai membuat panggilan.

Beliau turut meminta dua pegawai SPRM menemu duga Beng Hock tentang latar belakang keluarga dan pekerjaan serta dokumen-dokumen yang mencurigakan daripada komputer riba serta CPU dicetak dan diserah kepada Mohd. Nadzri Ismail sebelum percakapan dirakam.

Dia kemudiannya keluar dari pejabat SPRM pada pukul 8.45 malam atas urusan peribadi dan balik semula ke sana pada pukul 12.45 malam selepas diarah berbuat demikian.

''Saya ada masuk ke bilik semasa Nadzri sedang merakam percakapan Beng Hock antara pukul 1.30 pagi dan 3.30 pagi dalam tempoh dua hingga tiga minit.

''Saya ada tanya Nadzri dan Beng Hock sekiranya terdapat apa- apa masalah semasa rakaman percakapan dibuat dan Nadzri memaklumkan tak ada apa-apa masalah, Beng Hock hanya berdiam diri,'' jelas beliau.

Mohd. Anuar memberitahu, beliau kemudiannya tidur di sofa berhampiran bilik rakam percakapan sebelum beralih ke surau dan bangun kira-kira pukul 5 pagi.

Ditanya oleh peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan sama ada Beng Hock digari semasa berada di pejabat SPRM, beliau menjawab: ''Langsung tidak digari''.

Sebelum itu, Mohd. Anuar memberitahu, beliau bersama Penolong Penguasa, Mohd. Najeib Ahmad Walat, Mohd. Hafiz Izhar, Mohamad Azhar dan Nor Razid Mohd. Arifin telah pergi ke Pusat Khidmat ADUN Seri Kembangan kira-kira pukul 11.45 pagi, 15 Julai lalu.

Mereka kemudian pergi ke bangunan SUK selepas dimaklumkan pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah serta setiausaha politiknya terletak di situ.

Pada penghujung prosiding hari ini, Hock Chuan turut mencadangkan agar rakaman percakapan Teoh yang diambil oleh pegawai SPRM diserahkan kepada mahkamah bagi membantu siasatan berhubung kematian lelaki itu.

Cadangan itu disokong Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Abdul Razak Musa yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili SPRM.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar prosiding inkues itu memberitahu beliau akan membacanya dahulu sebelum memutuskan sama ada ia relevan atau tidak untuk diserahkan kepada semua pihak yang turut membantunya mengendalikan kes itu.

Prosiding inkues bersambung esok.

Beng Hock masih hidup ketika terhempas - Dr. Prashant

Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bukti pertahan diri

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my

DR PRASHANT memberi keterangan dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner, Shah Alam, semalam.

Kecederaan di dubur, tengkorak impak jatuh dari tempat tinggi


SHAH ALAM: Hasil bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock, mendapati tiada bukti menunjukkan kecederaan dialaminya berpunca daripada diserang, pergelutan atau mempertahankan diri sebelum dipercayai jatuh dari tingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Pakar patologi forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar, 42, memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, kecederaan di kawasan dubur dan tengkorak si mati bukanlah disebabkan kemungkinan Teoh diserang tetapi sebaliknya ia konsisten dengan cedera akibat impak jatuh dari tempat tinggi.

"Dalam kes ini, kecederaan pada dubur tidak mungkin akibat serangan kerana kecederaan kepada bukaan pada bahagian anatomikal itu akan mengakibatkan banyak kesan koyak sekitar kulit dan ia amat menyakitkan.

"Tidak mungkin seseorang yang menanggung kesakitan seperti itu, berjalan ke tingkap dan kemudian jatuh," katanya yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.

Saksi ke-15 itu yang berkhidmat dengan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata kecederaan seperti itu boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi ia tidak berlaku ketika mayat Teoh ditemui.

Mengenai kecederaan pada tengkorak, Dr Prashant berkata, ia berlaku akibat impak ke atas punggung, menyebabkan bergerak di sepanjang tulang belakang sebelum berakhir dengan retak di tengkorak.

Katanya, tiada kecederaan ketara disebabkan pergelutan atau mempertahankan diri pada mana-mana bahagian tubuh Teoh.

Disoal peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia, Dr Prashant berkata, punca kematian si mati disebabkan mengalami kecederaan berganda akibat jatuh daripada tempat yang tinggi.

Dr Prashant berkata, Teoh juga masih hidup ketika jatuh mendarat di atas lantai koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini dan tidak mungkin dia sudah mati sebelum itu serta mayatnya dicampakkan kemudian.

Menjawab soalan peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, Dr Prashant bersetuju Teoh mungkin dalam ketakutan dan berkeadaan mencangkung atau duduk di atas birai tingkap pejabat SPRM itu sebelum terjatuh.

Katanya, beliau bersetuju kesan kotor pada tingkap dan kesan calar menegak, dipercayai sebagai cap jari, mungkin menunjukkan Teoh dipegang seseorang dari belakang dan melawan sebelum dia jatuh.

Sementara itu, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Mohd Anuar Ismail, 32, berkata beliau mengambil rakaman percakapan daripada Teoh pada 16 Julai lalu, berhubung siasatan dijalankan terhadap aduan salah guna peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, beliau yang juga pegawai penyiasat bagi kes itu, berkata keterangan Teoh dirakamkan pegawai SPRM, Mohd Nadzri Ibrahim antara jam 1.30 dan 3.30 pagi dan beliau mengakui ada memasuki bilik rakaman itu dalam tempoh dua atau tiga minit.

Saksi ke-16 itu berkata, beliau menyoal Mohd Nadzri dan Teoh jika ada masalah timbul ketika rakaman percakapan, Mohd Nadzri memaklumkan tiada sebarang masalah manakala Teoh hanya berdiam diri.

Mohd Anuar berkata, sepanjang berada di pejabat SPRM, Teoh langsung tidak digari dan rakaman percakapan itu juga dibuat dalam keadaan pintu bilik terbuka.

Katanya, selepas itu beliau pergi ke tandas pada jam 3.30 pagi dan tidur di bilik solat yang berhampiran dengan tandas sehingga jam 5 pagi.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung hari ini.








Beng Hock masih hidup ketika terhempas - Dr. Prashant

SHAH ALAM 18 Ogos - Pensyarah Forensik Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr. Prashant Naresh Samberkar (gambar) berpendapat, Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock masih hidup ketika tubuhnya terhempas di tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Prashant, 42, yang bertugas di Jabatan Patologi Universiti Malaya (UM) berkata, berdasarkan bedah siasat, beliau turut menganggarkan Beng Hock mati dalam tempoh antara lapan dan 12 jam yang dikira dari saat beliau pergi ke tempat kejadian pada 7.15 malam, 16 Julai lalu.

''Sehubungan itu saya menganggarkan Beng Hock mati antara pukul 7.15 pagi hingga 11.15 pagi, 16 Julai lalu,'' kata warganegara India tersebut ketika disoal oleh peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia dalam inkues siasatan kematian Beng Hock.

Anggaran tersebut dibuat, jelas saksi inkues ke-15 itu, berdasarkan kesan lebam dan kesan rigor mortis (kaku mayat) yang jelas kelihatan pada mayat Beng Hock.

Bedah siasat itu dijalankan oleh Prashant bersama Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim, 51.

Beliau sebenarnya diarahkan oleh pihak polis supaya membantu siasatan berhubung kematian Beng Hock dan bukannya diminta oleh keluarga mendiang.

Beng Hock, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Kejadian berlaku selepas Beng Hock dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Prosiding inkues yang masuk hari ke-11 hari ini didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Koroner di sini.

Berbalik semula kepada pendapat yang mengatakan Beng Hock masih hidup ketika terhempas, Prashant secara panjang lebar menjelaskan, kecederaan lelaki itu adalah konsisten akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ini kerana, jelas beliau, kecederaan melibatkan tisu lembut dan lebam hanya boleh berlaku sekiranya Beng Hock masih hidup ketika tubuhnya terhempas.

Di samping itu, sebanyak 700 mililiter darah termasuk darah beku ditemui di bahagian dada, kecederaan pada tengkorak terutamanya pengumpulan kandungan darah dan hematoma (pengumpulan darah dalam tisu) di sekeliling tengkorak adalah konsisten dan hanya dialami sekiranya mendiang masih hidup sebelum terhempas, ujar Prashant.

Saksi memberitahu, beliau juga tidak menemui sebarang kesan pergelutan, kesan tolakan mahupun luka akibat mempertahankan diri pada tubuh Beng Hock.

Menjawab soalan mengenai kecederaan dan pelbagai posisi koyakan pada rongga dubur Beng Hock, katanya, ia berpunca daripada hentakan ketika terhempas ke dataran dan tidak mungkin disebabkan si mati dicucuk dengan objek tumpul.

''Kecederaan atau trauma pada bahagian dubur akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Jadi untuk si mati berjalan ke arah tingkap sebelum terjatuh adalah suatu yang mustahil.

"Kecederaan itu juga boleh menyebabkan pendarahan yang banyak sedangkan ia tidak kelihatan ketika saya pergi ke tempat kejadian,'' ujar Prashant.

Hock Chuan kemudian menjuruskan soalannya kepada beberapa teori peguam yang mengatakan Beng Hock kononnya telah diserang pada bahagian tengkorak sebelum terjatuh.

Menurutnya, Beng Hock juga sebenarnya tidak jatuh dalam posisi terlentang atau tertiarap, sebaliknya kaki mendiang telah mencecah dataran terlebih dahulu memandangkan tekanan yang lebih pada bahagian kaki kanannya.

Jawapan Prashant secara tidak langsung telah menyokong kesimpulan yang dibuat oleh Khairul sepanjang satu minggu memberikan keterangan sejak 11 Ogos lalu.

Prashant dalam keterangannya pada sebelah petang memberikan sembilan alasan yang membuktikan Beng Hock mati akibat bunuh diri.

Antaranya ialah kesan koyakan pada punggung seluar dan bahagian depan akibat regangan pada bahagian belakang dan sekitar alat kelaminnya. Selain itu, katanya, mustahil Beng Hock terjatuh kerana ketinggian birai tingkap melepasi tahap pusat graviti badan manusia.

''Terdapat juga kesan lekuk pada tapak kasut yang menunjukkan tekanan ketika si mati mencangkung di birai tingkap sebelum dia terjun. Di samping itu terdapat kesan-kesan cap jari comot di bahagian tepi tingkap,'' kata Prashant.

Terdahulunya, Hock Chuan memanggil semula saksi inkues ke-13, Cif Inspektor Mazli Jusuh dari cawangan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk memberikan keterangan.

Menurut Mazli, beliau menemui cap jari yang tidak cukup sifatnya (negatif) berhampiran pemegang tingkap yang patah dan disebabkan kekurangan itu, cap jari tersebut tidak dihantar ke bahagian pendaftar penjenayah di Bukit Aman