Friday, August 21, 2009

POLITIK : JUMAAT 21 OGOS 2009


SPRM diserang
SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar denganbeberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabatitu, Jalan

Zakat: Mais mahu titah Sultan dipatuhi
SHAH ALAM 20 Ogos – Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin IdrisShah yang melarang wang zakat digunakan bagi tujuan selain daripadamembantu umat Islam dan pembangunan ummah memberi kelegaan kepada umatIslam terutama para pembayar zakat di negeri ini.

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz
KUALALUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul AmPas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinangpada 17 Ogos lalu.




Kereta SPRM dibom
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom api pagisemalam dipercayai dilakukan samseng atau kongsi gelap yang mempunyaikaitan dengan ahli politik yang sedang disiasat SPRM.




Pindaan akta beri ruang rakyat bersuara
MUAR 20 Ogos - Cadangan untuk meminda beberapa akta bagi membolehkanperhimpunan dijalankan tanpa permit, membuktikan sikap terbuka kerajaanBarisan Nasional (BN) dalam memberi ruang yang luas kepada rakyatmenyuarakan pandangan mereka.

Dana Baitulmal dirancang
SHAHALAM 20 0gos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menjelaskan danaBaitulmal Pembangunan yang dirancang kerajaan negeri sebelum ini tidakakan menyentuh wang zakat yang dibayar oleh umat Islam.

UMNO Selangor junjung kasih
TANJONGKARANG 20 Ogos — Badan Perhubungan UMNO Selangor menyanjung titahSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan wangzakat di negeri itu digunakan untuk perkara-perkara selain daripadamembantu umat Islam dan pembangunan ummah.

Speaker tegas
ALORSETAR 20 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. AbdulIsa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepadaSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif hadir persidangansebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tempoh tahanan ISA disingkatkan
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadbersetuju dengan langkah kerajaan melakukan pindaan terhadap AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA).

KDSB saman Ong Tee Keat, Lee Hwa Beng
PETALINGJAYA 20 Ogos - Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) hari ini secara rasmimengemukakan saman sivil terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri OngTee Keat dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee HwaBeng berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ambil tindakan pihak politikkan kontrak sosial
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kerajaan diminta bertindak tegas kepadapihak-pihak yang mempertikai dan mempolitikkan kontrak sosial antarakaum yang selama ini menjadi tunjang kekuatan negara.






Nik Aziz perlu bertaubat
MUAR 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimintamengakui kesilapannya dan bertaubat ekoran mendakwa penyokong UMNOtidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yangpalsu.

Nik Aziz pertikai Jawatankuasa Muzakarah
KOTA BHARU 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Matmempertikaikan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaanberhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurgakerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan beliau terlebih dahulu.

Zahid nafi guna ATM bantu kempen BN
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakankhidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir.

PKR saran Badrul Hisham letak jawatan
KLANG 20 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan AhliDewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah(gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikanperkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Pilih Pas umpama daun kari
BUKIT MERTAJAM - Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar kisahteladan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada daun kari- sebelum dimasak dicari, selepas itu hanya sekadar diletak di tepi.


Pengundi tidak terpengaruh
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos – Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir tidak terpengaruh dengan kempen memburuk-burukkanperibadi calon Barisan Nasional (BN) , Rohaizat Othman, 38, yangdilakukan secara berterusan oleh parti lawan.

Mahfuz nafi calon Pas seleweng RM600,000
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Pas tidak berminat untuk melayan dakwaansebuah laman blog yang mengatakan calon parti itu, Salleh Man terlibatmenggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 kerana ia satu tuduhan liaryang berselindung di sebalik blog tidak bernama.




Nik Aziz diminta akui kesilapan
MUAR:Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mengakuikesilapannya selepas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskankenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawaahli atau penyokongnya ke syurga, menyeleweng daripada ajaran Islamsebenar.

'Jawatankuasa Fatwa tak profesional'
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwaJawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dandipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutankenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akanmembawa penyokongnya ke syurga.

Pas sangkal calon gelapkan RM600,000
BUKITMERTAJAM: Pas mencabar pihak yang membuat tuduhan calonnya, Mohd SallehMan, menggelapkan wang peruntukan pilihan raya sebanyak RM600,000supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bekas rakan kongsi Rohaizat 'berkempen'
BUKITMERTAJAM: Bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN), Yusri Isahak,akan menggunakan pentas ceramah pembangkang untuk membersihkan dirinyakerana menganggap beliau dijadikan 'kambing hitam'.

Muhyiddin nafi jual tanah Johor kepada Singapura
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan pembangkangkononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadiMenteri Besar Johor.

Rohaizat sedia buat pengakuan bersumpah
BUKITMERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, sedia membuatpengakuan bersumpah bagi membersihkan namanya atas dakwaan salah gunawang firmanya.

Pengundi wanita tolak parti jadi boneka DAP
BUKITMERTAJAM: Pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasirmemberi jaminan menyokong Barisan Nasional dan menolak parti yangmenjadi boneka DAP.

'Abu Hassan tetap akan digugurkan'
ALORSETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul IsaIsmail tetap mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, DatukAbu Hassan Sarif digugurkan daripada jawatannya kerana gagal menghadirisidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.









Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin akan menjadi plaintif dalam kes saman yangbakal menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama.

Peguam Negara fail saman pemula batal pekeliling
KUALALUMPUR 20 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari inimemfailkan saman pemula bagi membatalkan pekeliling Kerajaan Selangoryang hanya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menjalankan siasatan rasuah ke atas pegawainya pada waktu pejabat.


Chuan How beri keterangan di ibu pejabat SPRM
PUTRAJAYA20 Ogos – Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How tampilmemberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) hari ini.

Polis siasat kaitan kes molotov cocktail
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Polis sedang menyiasat kaitan antara kejadianpejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klangdilempar molotov cocktail hari ini dengan ugutan bunuh yang diterimaKetua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini.

Surat misteri perlu dirujuk SPRM
KUALA LUMPUR 20 Ogos – ‘Surat misteri’ yang diterima oleh peguamkeluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo perlu dirujuk kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan pengesahan.


Kenderaan SPRM 'diserang'
KLANG20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagimenerima cabaran apabila sebuah kenderaan rasminya yang diletakkan dipejabat cawangan Klang di sini hampir hangus selepas dilontar bom apiatau molotov cocktail , awal pagi ini.

Ada kaitan dengan kongsi gelap, samseng?
PUTRAJAYA 20 Ogos - Kejadian sebuah kenderaan milik SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilontar molotov cocktail di Klangpagi ini mungkin mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan samseng.

Semangat SPRM tidak terjejas - Ahmad Said
PUTRAJAYA 20 Ogos - "Hari ini SPRM dapat 'hadiah'." Begitu reaksibersahaja Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan merujuk kepada insiden pejabatcawangan SPRM Klang dilempar bom api atau molotov cocktail hari ini.

Mungkin ada kaitan dengan kes Beng Hock
SHAHALAM 20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangortidak menolak kemungkinan kejadian pejabat cawangannya di Klangdibaling molotov cocktail hingga merosakkan sebuah kenderaan miliksuruhanjaya itu pagi ini mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh BengHock.



Guan Eng tak berhak minta laporan SPRM
PUTRAJAYA:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak berhak meminta maklumatdalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitandakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mohammad Fairus Khairuddin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Pembantu Exco Selangor disoal siasat
PUTRAJAYA: Pembantu Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How, disoalsiasat di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalamberhubung siasatan penyalahgunaan dana pembangunan kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

LPK tak endah teguran kurang dana maju PKFZ
IPOH:Jabatan Audit Negara membuat teguran sejak 2004 bahawa LembagaPelabuhan Klang (LPK) tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untukmembangunkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seluas 1,000 hektarsecara sekali gus tetapi tidak diendahkan pengurusannya.

Ong tetap saman fitnah Tiong isu kredit RM10j
KUALALUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetap mengambiltindakan undang-undang terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala DemensiSdn Berhad (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa memfitnahbeliau berhubung dakwaan menerima pinjaman RM10 juta bagi kegiatan MCA.

Gani mohon pekeliling SUK Selangor dibatalkan
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam memfailkan samanpemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagi memohon pengisytiharanPekeliling Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun2009 berkenaan arahan menghadiri temu duga membantu siasatanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak sah danbatal.

Kereta SPRM dibom

Kereta SPRM dibom

Oleh Saufi Hamzah, Jalal Ali Abdul Rahim dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my

ANGGOTA polis sedang menjalankan siasatan kes serangan bom api di pejabat SPRM Cawangan Klang, semalam.

Polis percaya serangan punyai kaitan siasatan kes profil tinggi

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom api pagi semalam dipercayai dilakukan samseng atau kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan ahli politik yang sedang disiasat SPRM.

Polis juga menyiasat kemungkinan serangan bom api itu ada kaitan dengan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, kira-kira sebulan lalu, berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ancaman terbaru terhadap SPRM itu mungkin bertujuan mahu menakut-nakutkan pegawai suruhanjaya berkenaan. "Kita kena lihat apa kaitan kedua-dua kes itu (serangan bom api dan ancaman bunuh ke atas Ahmad Said)," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Perhimpunan Khas dan Forum Sempena bulan Kemerdekaan Ke-52 anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) di Kampus Bahasa Antarabangsa di sini, semalam. Serangan ke atas kenderaan SPRM itu dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam, tetapi hanya disedari selepas kakitangan suruhanjaya berkenaan memulakan tugas, kira-kira jam 7.45 pagi. Nissan X-Trail itu diletakkan di tempat letak kereta berbumbung bertulis SPRM di bahagian belakang bangunan yang pernah menempatkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang di Jalan Kota. Sebanyak enam bom api dibaling pada jarak kira-kira lima meter dari luar pagar bahagian belakang bangunan itu, tetapi hanya meletup beberapa sentimeter dari sisi kiri kenderaan berkenaan menyebabkan tayar depan serta bahagian tepi sebelah penumpang mempunyai kesan terbakar. Bagaimanapun, beberapa bom api itu tidak meletup dan sumbunya ditemui tersangkut pada pagar bangunan berkenaan yang turut menempatkan Pejabat Rela dan Jabatan Perhutanan Selangor. Pejabat SPRM Cawangan Klang yang terletak di tingkat dua, mula beroperasi di bangunan itu sejak dua bulan lalu tetapi majlis perasmiannya dikatakan ditangguhkan berikutan kontroversi berhubung kes Teoh yang ditemui mati selepas disoal siasat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam. Ismail bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan serangan bom api itu mempunyai kaitan dengan kes Teoh. "Saya minta semua pihak jangan cepat buat kesimpulan, mendengar berita tidak berasas dan cuba mengeruhkan keadaan termasuk menambah cerita," katanya. Ditanya sama ada kawalan ke atas bangunan SPRM akan dipertingkatkan, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan bersedia berbuat demikian jika keadaan memerlukan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata serangan bom api itu yang pertama kali berlaku di bangunan itu, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes profil tinggi membabitkan ahli politik yang sedang disiasat suruhanjaya itu. Pada 24 Julai lalu, Ahmad Said menerima ancaman melalui surat tulisan tangan yang dihantar ke Ibu Pejabat SPRM Selangor. Penulis surat itu menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh serta mengugut untuk menembaknya selepas tidak berpuas hati kerana suruhanjaya berkenaan didakwa tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan hanya menyiasat pemimpin DAP. Ahmad Said yang ditemui pemberita semalam, bagaimanapun menegaskan SPRM akan terus menjalankan tugas walaupun menghadapi tekanan akibat pelbagai tuduhan yang dilemparkan. "Namun, sebagai manusia, kalau benda (SPRM) tak buat (tetapi) dia tuduh kita buat, tuduh kita bunuh orang... pegawai muda kita tentu trauma apabila dituduh begitu," katanya. Di PUTRAJAYA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata serangan bom api itu seolah-olah mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dalam blognya sebelum ini bahawa ada Exco Selangor terbabit dengan kumpulan penjenayah. "Kerja pengecut memang kerja kongsi gelap. Kalau kita tiada kaitan dengan kongsi gelap, kalau kita disiasat, kita tak akan melakukan perkara seperti ini," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM 2009. Mohamed Nazri berkata, tindakan itu tidak akan berjaya menakutkan kakitangan SPRM kerana negara ini mempunyai undang-undang. "Kita akan menggunakan undang-undang, kita akan cari mereka. Polis, SPRM dan Pejabat Peguam Negara faham betapa pentingnya untuk kita menguatkuasakan undang-undang dan memastikan ia dipertahankan supaya negara tidak menjadi anarki sehingga orang tidak hormat undang-undang," katanya. Mengenai Pekeliling Kerajaan Selangor Bilangan 4 Tahun 2009, Mohamed Nazri berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kadang-kadang berasa dirinya masih pembangkang di negeri itu, pada hal beliau adalah ketua kerajaan yang turut bertanggungjawab menjaga SPRM untuk menyiasat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa. "Berapa ramai orang BN kena (siasat), kita tak pernah kacau pun. Dia ingat dia (pembangkang) wakil rakyat, dia malaikat," katanya.

Nik Aziz diminta akui kesilapan

Nik Aziz diminta akui kesilapan

Oleh Junita Mat Rasid
bhnews@bharian.com.my

MUHYIDDIN mencuba demonstrasi berkaitan �puting beliung� sambil diberi penerangan oleh kakitangan Astro, M Shamila (kanan) dan diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan (tengah) ketika melawat pameran Kampus Astro di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

Keputusan fatwa berdasar kajian: Muhyiddin

MUAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mengakui kesilapannya selepas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawa ahli atau penyokongnya ke syurga, menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan jawatankuasa itu perlu diterima seluruh umat Islam kerana ia berdasarkan kajian sebelum diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kenyataan itu bukan saja bercanggah dengan fatwa, malah undang-undang dan hukum syarak. Sepatutnya bila sudah buat salah, kita meminta maaf kepada Allah SWT kerana itu asas yang kita guna pakai apabila fatwa diputuskan," katanya selepas beramah mesra dengan penduduk Bukit Kepong dan jamuan makan tengah hari, di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan jawatankuasa itu yang diumumkan Pengerusinya, Prof Dr Abdul Shukor Husin kelmarin bahawa kenyataan Nik Abdul Aziz adalah salah dan menyeleweng kerana pihaknya sudah memutuskan ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT sejak 2000 lagi.

Keputusan muzakarah itu kemudian diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 lalu.

Muhyiddin berkata, sepatutnya semua pihak tidak mencampur aduk politik dengan hukum dan agama walaupun agama meliputi semua tetapi tidak boleh melakukan perkara yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

"Saya berharap pihak terbabit faham dan insaf mengenai perkara ini serta berhentilah (mengeluarkan kenyataan seperti itu).

"Perkara itu bukan pertama kali kerana sudah berulang kali sehingga fatwa terpaksa dikeluarkan. Jika berlaku seperti itu saya berharap jawatankuasa berkenan mengambil langkah sewajarnya supaya pihak berkenaan tidak melakukannya lagi," katanya.

Mengenai tindakan Nik Abdul Aziz menafikan mengeluarkan kenyataan berkenaan, Muhyiddin berkata, ia sering dilakukannya yang kemudian menyalahkan media selepas sesuatu isu timbul.

Sehubungan itu beliau menasihatkan Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya melalui kenyataan media bagi mengelak berlaku perkara seperti itu.

'Jawatankuasa Fatwa tak profesional'

'Jawatankuasa Fatwa tak profesional'

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dan dipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutan kenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawa penyokongnya ke syurga.

Nik Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu membuat kenyataan tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dulu dan berikutan itu beliau sedia berdepan pihak berkenaan bagi memberi penjelasan.

"Dia (Jawatankuasa) dengar laporan surat khabar, kenapa tak tanya saya dulu. Nak penjelasan, bagi surat pada saya atau jumpa saya bila-bila masa. Menjadi kewajipan, seorang pendakwah macam saya berdakwah, saya pegang kerajaan ini (Kelantan) atas dasar dakwah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau tidak akan berhenti daripada bercakap mengenai perkara itu dan terpulang kepada semua pihak sama ada mahu mendengarnya atau tidak.

Mengenai kenyataan pelbagai pihak yang menyifatkan kenyataan terbaru beliau itu keterlaluan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau sedia menerima kritikan secara terbuka jika disertakan dengan hujah.

Mengulas lanjut isu berkenan, beliau menjelaskan, jalan bagi seseorang ke syurga atau neraka memang bukan ditentukan manusia, sebaliknya hanya Allah SWT.

"Yang menentukan jalan syurga neraka ini Allah SWT. Yang memberitahu kepada kita ialah Nabi Muhammad SAW. Bila nabi wafat, tugas itu disambung alim ulama. Saya bukan menentukan syurga neraka, cuma menerangkan. Nak dengar, dengar... tak nak dengar, dia punya pasal," katanya.

Pas sangkal calon gelapkan RM600,000

Pas sangkal calon gelapkan RM600,000

Oleh Anwar Hussin dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my



Mahfuz cabar lapor SPRM dakwaan seleweng peruntukan pilihan raya

BUKIT MERTAJAM: Pas mencabar pihak yang membuat tuduhan calonnya, Mohd Salleh Man, menggelapkan wang peruntukan pilihan raya sebanyak RM600,000 supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tuduhan itu tidak berasas, meminta pihak terbabit melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau betul-betul ada bukti calon kita menggelapkan RM600,000, pergilah buat laporan dan bukan hanya berselindung di belakang blog seperti sekarang," katanya di sini, semalam.

Satu blog mendakwa Mohd Salleh yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang menggelapkan wang peruntukan pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu berjumlah RM600,000.

Dakwaan itu berdasarkan pendedahan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa serta bekas Ketua Penerangan Pas negeri, Zulkifli Lazim.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas mengugut untuk mendedahkan satu lagi penyelewengan yang didakwa dilakukan Rohaizat, kononnya berkait rapat dengan bekas firma guamannya dan pengundi Permatang Pasir.

"Saya akan dedahkan hal ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi.

"Sekarang terpulang kepadanya sama ada ingin berhenti buat tuduhan dan menarik diri daripada bertanding. Lebih baik beliau berundur sekarang bagi menjaga imejnya," katanya.

Bekas rakan kongsi Rohaizat 'berkempen'

Bekas rakan kongsi Rohaizat 'berkempen'

BUKIT MERTAJAM: Bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN), Yusri Isahak, akan menggunakan pentas ceramah pembangkang untuk membersihkan dirinya kerana menganggap beliau dijadikan 'kambing hitam'.

Yusri berkata, beliau akan menemui kepemimpinan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggunakan pentas ceramah bagi memberi penjelasan mengenai isu itu bagi membersihkan dirinya.

Tanpa menafikan tuduhan penyelewengan itu, beliau tidak mahu dipersalahkan secara perseorangan.

"Saya ingin menyatakan perjalanan pentadbiran pejabat termasuk soal penggunaan cek dan kemasukan fail dilakukan secara bersama dengan Rohaizat Othman," katanya di sini, semalam.

Yusri mengulas dakwaan Rohaizat yang juga calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, yang beliau melakukan penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002, sehingga Majlis Peguam mengambil tindakan membatalkan lesen guaman Rohaizat.

Yusri yang tidak lagi meneruskan amalan guaman selepas tidak memperbaharui lesen sejak 2004, mendakwa Rohaizat melakukan tuduhan terhadapnya kerana mahu mencapai impian menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

Muhyiddin nafi jual tanah Johor kepada Singapura

Muhyiddin nafi jual tanah Johor kepada Singapura

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

Dakwaan pembangkang buat rakyat benci kerajaan

BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar Johor.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang itu semata-mata bagi membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

"Saya jelaskan bahawa saya tidak pernah menjual walau seinci pun tanah di Johor kepada Singapura.

"Saya kesal pembangkang membuat tohmahan seperti itu yang saya percaya dibuat hanya ingin mewujudkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan," katanya dalam ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, malam kelmarin.

Muhyiddin berkata, parti pembangkang membuat fitnah itu kerana mereka tidak tahu sejarah sebenar kewujudan loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor.

Oleh itu, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar bagi mengelak rakyat keliru akibat fitnah yang dilakukan pembangkang.

Muhyiddin berkata, Kerajaan Malaysia perlu membina loji pemprosesan air berdasarkan perjanjian antara Johor dan Singapura pada 1961 hingga 1965.

Dalam hal ini, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) memanggilnya secara mengejut berikutan lawatan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Dalam pertemuan di antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

Katanya, Singapura menuntut Malaysia mengikut perjanjian itu kerana air yang dibekalkan kepada negara itu oleh Johor tidak mencukupi.

"Lee kata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar," katanya.

Rohaizat sedia buat pengakuan bersumpah

Rohaizat sedia buat pengakuan bersumpah


ROHAIZAT membantu Rakizah Ibrahim menjahit pakaian ketika melawat penduduk di Permatang Tengah, Bukit Mertajam, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, sedia membuat pengakuan bersumpah bagi membersihkan namanya atas dakwaan salah guna wang firmanya.

Beliau berkata, pengakuan bersumpah itu akan dibuat jika keadaan amat mendesak dirinya untuk berbuat demikian.

“Saya buat pengakuan bersumpah untuk tunjukkan saya benar, tetapi saya hendak menunggu apa mereka (Pas) kata. Pengakuan bersumpah akan dibuat bila keadaan cukup mendesak,” katanya selepas melawat Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Kubang Semang di sini, semalam.

Pengundi wanita tolak parti jadi boneka DAP

Pengundi wanita tolak parti jadi boneka DAP

BUKIT MERTAJAM: Pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir memberi jaminan menyokong Barisan Nasional dan menolak parti yang menjadi boneka DAP.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berdasarkan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan, kebanyakan penduduk sudah muak dengan permainan politik Pakatan Rakyat.

“Pengundi wanita berpandangan jika mereka mengundi calon Pas pada pilihan raya kecil itu, ia seolah-olah mereka mengundi DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanah Liat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata, pemimpin Pas pada masa kini hanya dipergunakan untuk jadi boneka DAP.

“Kita mendapat maklum balas bahawa pengundi sudah bosan menjadi mangsa politik pembangkang yang lebih banyak memperjuangkan kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen, penduduk memaklumkan ada pemimpin pembangkang menjelaskan kepada mereka bahawa pilihan raya kali ini boleh bertugas menjadi ganas.

'Abu Hassan tetap akan digugurkan'

'Abu Hassan tetap akan digugurkan'

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my




Adun Kota Seputeh gagal dua kali hadiri sidang tanpa kebenaran

ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail tetap mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif digugurkan daripada jawatannya kerana gagal menghadiri sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Beliau berkata, mengikut peraturan 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah menyebut bahawa mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada ruang mengikut peruntukan undang-undang berkenaan yang membolehkan Abu Hassan mengemukakan sebarang rayuan atau pertimbangan mahupun berasaskan budi bicara.

"Sudah termaktub dalam peraturan 51 bahawa undang-undang ini begitu jelas dan tegas bahawa tiada ruang untuk budi bicara sekiranya seseorang Adun itu gagal hadir ke sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa sebab.

"Malah, setiap ahli dewan diberi notis dalam masa 21 hari sebelum sidang DUN dijalankan maka tiada sebab mereka tidak hadir (sidang DUN) kecuali atas perkara yang tidak dapat dielakkan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Abu Hassan berkata, beliau sudah memberi penjelasan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri dan Dr Abdul Isa berhubung kegagalannya menghadiri sidang berkenaan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Dr Abdul Isa berkata, pada sidang DUN 9 Ogos lalu, selain Abu Hassan, Adun Sungai Tiang, Suraya Yaakob juga tidak hadir sidang dewan tetapi diberi pelepasan selepas memaklumkan kepadanya lebih awal.

"Suraya ada memaklumkan kepada saya melalui surat bahawa beliau tidak dapat menghadiri sidang DUN kerana ada urusan di luar negara. Bagaimanapun, Abu Hassan tidak berbuat demikian pada kedua-dua (19 April dan 9 Ogos) sidang DUN lalu.

"Peliknya beliau memberitahu saya, beliau ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahadzir Khalid untuk memaklumkan ketidakhadirannya pada hari sidang DUN berlangsung iaitu pada 9 Ogos lalu.

"Tidak munasabah... kenapa hantar pada Tok Det (Mahadzir), kenapa tidak hantar pada saya terus. Dia bukan orang baru dalam bidang ini dah masuk penggal yang keempat, dah veteran. Kalau saya tiada di pejabat dia boleh memaklumkan kepada pegawai saya," katanya.

Ketika ditanya sama ada Mahadzir ada memberitahu beliau mengenai SMS yang dihantar Abu Hassan itu, Dr Abdul Isa berkata:

"Tidak ada, sehingga hari ini pun beliau (Mahadzir) tidak memberi tahu saya apa-apa mengenai perkara itu," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Abu Hassan masih lagi menyandang jawatannya selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membuat sebarang keputusan mengenai kesalahannya tidak hadir dua kali berturut-turut ke sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Katanya, bagaimanapun Adun itu yang sudah empat penggal memegang jawatan itu mesti bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukannya itu bagi memberi contoh yang baik kepada Adun lain.

Guan Eng tak berhak minta laporan SPRM

Guan Eng tak berhak minta laporan SPRM

Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my

Ketua Menteri bukan pemberi maklumat dalam kes Fairus Khairuddin

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak berhak meminta maklumat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau juga berkata, Lim tidak pernah menjadi orang yang memberi maklumat dalam siasatan itu, bermakna Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga tidak ada hak langsung untuk meminta maklumat.

"Dia tak boleh minta, bukan Guan Eng yang patut mendapat maklumat. Selalu yang dapat maklumat adalah mereka yang memberi maklumat, dia (pemberi maklumat) kena minta sebab nak tahu apa sebenarnya hasil laporan dia.

"Guan Eng tak pernah jadi orang yang memberi maklumat, dia tak ada hak langsung (meminta maklumat)," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM 2009 di sini, semalam.

Mohamed Nazri diminta mengulas laporan akhbar kelmarin, bahawa SPRM membuka semula kertas siasatan dakwaan rasuah membabitkan Mohammad Fairus, selepas empat bulan menutupnya.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata pihaknya membuka semula kertas siasatan kes itu Jun lalu kerana ada maklumat tambahan diberikan orang awam yang mampu menyokong siasatan.

Mohamed Nazri berkata, hasil siasatan yang dikumpul suruhanjaya itu bukan bertujuan memuaskan hati orang awam, sebaliknya untuk memerangi rasuah.

"Kita kena membenarkan SPRM dan memberikan segala bantuan untuk membuat siasatan tanpa terganggu, bukan kerana terpaksa beritahu orang awam. Ada undang-undang mengikut Akta SPRM dalam soal kerahsiaan.

"Kalau maklumat itu sampai pada waktu ini, adakah perlu SPRM nak kata jangan ambil lagi tindakan kerana pilihan raya, kita tak boleh begitu. SPRM mesti bertindak pada bila-bila masa, itu hak dia," katanya.

Mohamed Nazri berkata, SPRM tidak akan membuat siasatan hanya kerana pilihan raya kecil sedang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Katanya, SPRM tidak menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai pertimbangan mereka kerana mereka bebas menjalankan tugas mengikut undang-undang.

Pembantu Exco Selangor disoal siasat

Pembantu Exco Selangor disoal siasat


WONG (tengah) diiringi John (kiri) dan Cha ketika memasuki ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Pembantu Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How, disoalsiasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung siasatan penyalahgunaan dana pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

Wong yang sebelum ini terbabit dalam kekecohan ketika anggota SPRM mahu menahannya pada Jumaat lalu tiba di pejabat SPRM kira-kira jam 8.45 pagi diiringi empat peguam, John Fernandez; Amir Khusyairi Mohamad Tanusi; Cha Lee Chin dan Imran Hadzalie Abdul Hamid.

Wong dilihat menggunakan alat sokongan berjalan untuk bergerak dari kawasan letak kenderaan ke pejabat SPRM.

Seorang pegawai SPRM berkata, kereta yang membawa Wong boleh menurunkannya di bawah anjung di depan pintu utama pejabat agensi itu tetapi tidak dilakukan.

Sementara itu, Wong dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Wong dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM3,000 serta jaminan mulut RM50,000.

Wong berkata, ketika disoal siasat beliau dilayan dengan baik oleh pegawai SPRM, berbanding ketika cuba ditahan Jumaat minggu lalu.

Cha berkata Wong turut menyerahkan 10 set dokumen berkaitan dengan siasatan kesnya.

LPK tak endah teguran kurang dana maju PKFZ

LPK tak endah teguran kurang dana maju PKFZ

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my




Jabatan Audit turut nasihat elak keluar bon biayai projek

IPOH: Jabatan Audit Negara membuat teguran sejak 2004 bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membangunkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seluas 1,000 hektar secara sekali gus tetapi tidak diendahkan pengurusannya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata Jabatan Audit Negara juga berpendapat cadangan pemaju untuk mengeluarkan bon bagi membiayai kos PKFZ juga tidak bijaksana kerana kos pinjaman kerajaan lebih rendah.

"Secara keseluruhan, berapa anggaran kos? Kos meningkat kerana keputusan membangunkan tanah sekali gus, tidak mengikut fasa. Dari segi pembiayaan, syarikat mengeluarkan bon. Akhirnya, kos itu ditanggung kerajaan juga.

"Kos mengeluarkan bon lebih tinggi berbanding pinjaman kerajaan," katanya selepas majlis penyerahan kunci bangunan baru Jabatan Audit Perak di sini, semalam.

Ambrin berkata, pengurusan LPK juga enggan berunding dengan Kementerian Kewangan atau Unit Perancangan Ekonomi (EPU) selepas menerima teguran Jabatan Audit Negara.

Katanya, LPK sebagai badan berkanun perlu mengetahui had kuasanya dan perlu mengikut semua prosedur kerajaan jika mereka membelanjakan wang awam dalam jumlah besar.

"Untuk membuat PKFZ memerlukan perbelanjaan besar. Adakah LPK mampu? Kalau tidak mampu, apa langkah yang patut diambil?

"Hal ini patut dibincangkan dengan agensi pusat seperti Kementerian Kewangan dan EPU.

"Seperti yang dilaporkan dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers, mengesahkan sejak 2004-an 2005, Jabatan Audit Negara sudah menarik perhatian bahawa LPK memang tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan projek ini," katanya.

Ong tetap saman fitnah Tiong isu kredit RM10j

Ong tetap saman fitnah Tiong isu kredit RM10j

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Demensi Sdn Berhad (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa memfitnah beliau berhubung dakwaan menerima pinjaman RM10 juta bagi kegiatan MCA.

Beliau tidak menyatakan bila tindakan itu akan diambil, namun mengulangi pendiriannya meneruskan tindakan bagi membersihkan nama baiknya.

“Saya tidak pernah lupa apa yang saya cakap sebelum ini, demi menebus maruah dan menangkis serangan fitnah yang tidak terhingga, saya tetap membawa kes ini ke mahkamah.

“Kalau buat tuduhan pun jangan sampai sedemikian rupa, sekejap menyebut wang itu pinjaman, sekejap sumbangan.

“Saya tidak pernah mengambil pinjaman.

“Jika saudara (wartawan) masih ingat pihak yang menabur fitnah ini sebenarnya sebelum ini sudah didakwa petugas Lembaga Pelabuhan Klang (LPK),” katanya selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Portman College Sdn Bhd yang mewakili City Of Sunderland College United Kingdom dan Technical Resource and Intership Network di sini, semalam.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tercetus apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA menerima pinjaman RM10 juta daripadanya bagi kegiatan parti itu, sehingga turut mengaitkan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Namun, perkara itu dinafikan Ong yang kemudian membuat laporan polis dan akan menyaman Ahli Parlimen Bintulu itu jika tidak menarik balik kenyataan itu dalam tempoh tujuh hari.

Ong berkata, pasukan petugas khas LPK membuat laporan polis berhubung tuntutan palsu menjangkau RM1 bilion yang dibuat KDBS yang memberi implikasi kepada syarikat pemaju terbabit dan rakyat mesti mahu tahu integriti dakwaan itu terhadap dirinya.

Gani mohon pekeliling SUK Selangor dibatalkan

Gani mohon pekeliling SUK Selangor dibatalkan

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagi memohon pengisytiharan Pekeliling Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 berkenaan arahan menghadiri temu duga membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak sah dan batal.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Roslan Ahmad, berkata Peguam Negara juga memohon perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

“Permohonan ini disokong afidavit yang diikrarkan Peguam Negara pada 20 Ogos 2009.

“Satu perakuan segera akan juga difailkan untuk mendapat tarikh awal pendengaran permohonan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kerajaan Selangor menerusi pekeliling bertarikh 28 Julai lalu yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri itu, Datuk Ramli Mahmud, meminta pegawai dan kakitangan kerajaan negeri tidak dibenar ditemuduga atau menjadi saksi pihak SPRM di luar pejabat masing-masing.

Kakitangan kerajaan negeri juga diingatkan proses temu duga SPRM mesti dilakukan di pejabat antara jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

Selaras arahan itu, kerajaan Selangor juga menyediakan khidmat guaman kepada pegawai dan kakitangannya ketika temu duga membantu siasatan SPRM.

Arahan itu dikeluar berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Julai lalu.

Ia membabitkan semua jabatan kerajaan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan negeri dan anak syarikat di bawah kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sebelum ini berkata, pekeliling itu menghalang SPRM melaksanakan tugas mereka.