Friday, May 22, 2009

POLITIK : JUMAAT 22 MEI 2009

SPRM akan panggil Mat Iraq
MEMBAKUT:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil KetuaDewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bagi memberi keteranganberhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam pemilihan parti itu



Berhenti bersikap negatif
KUALALUMPUR 21 Mei - Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) mengingatkanrakyat supaya tidak bersikap negatif terhadap negara sendiri keranakeadaan Malaysia lebih baik berbanding negara lain.

Pertubuhan bekas perajurit selar pihak simpati dengan Chin Peng
KUALA LUMPUR 21 Mei - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)menentang keras hasrat pihak tertentu di negara ini yang mahu kerajaanmembenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng kembali ke tanah air.

Tindakan Majlis Peguam tidak kena tempat
PUTRAJAYA21 Mei - Tindakan Majlis Peguam memberi arahan kepada Suruhanjaya HakAsasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan memberitahu apa yang harusdibuat atau apa yang tidak perlu dibuat dalam melaksanakan tugas dantanggungjawab mereka, tidak kena tempatnya, kata Timbalan PerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.





Boikot pilihan raya kecil - Ahmad
KUALA LUMPUR 21 Mei - Barisan Nasional (BN) digesa memboikot pilihanraya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematianwakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Nizar sudah hilang keyakinan majoriti ADUN - Peguam
PUTRAJAYA 21 Mei - Peguam Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Datuk Mohd.Hafarizam Harun berkata, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddinsebenarnya sudah hilang keyakinan majoriti daripada Dewan UndanganNegeri (DUN) Perak.

Timbalan Presiden Pas: Haron Din tarik diri
KUALA LUMPUR 21 Mei - Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Passemakin menarik apabila seorang lagi calon, Datuk Dr. Haron Din menarikdiri sekali gus membuka ruang kepada pertarungan tiga penjuru antarapenyandang, Nasharuddin Mat Isa dan dua Naib Presiden, Datuk Husam Musadan Mohamad Sabu.

Puteri UMNO diberi tempoh 2 tahun tarikanak muda
PUTRAJAYA 21 Mei - Pergerakan Puteri UMNO diberikan tempoh dua tahunmelaksanakan pendekatan berbentuk kemasyarakatan bagi mengembalikansokongan rakyat terutama golongan muda kepada Barisan Nasional (BN).

Amaran terhadap Hindraf
KUALA LUMPUR 21 Mei – Pertubuhan haram Hindraf diberi amaran supayatidak membuat tuntutan ekstrem atau masyarakat India di negara initerpaksa menanggung kerugian.

Manoharan perlu cermin diri dulu
KOTABHARU 21 Mei – Pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskandari tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M. Manoharandiminta supaya mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuattuntutan yang ‘merepek’ dan ‘tidak munasabah’.

Setuju UMNO hapus kuota
PUTRAJAYA 21 Mei - Sistem kuota pada pemilihan UMNO akan dihapuskanjika cadangan tersebut diluluskan oleh para perwakilan pada perhimpunankhas parti penghujung tahun ini.

UMNO Terengganu sepakat - Hishammuddin
PUTRAJAYA 21 Mei - Semua pemimpin dan ahli UMNO Terengganu sepakatuntuk meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan melupakansegala perselisihan yang mungkin tercetus selama ini.






Zaki sedia cabar Nasrudin rebut Ketua Dewan Pemuda Pas
KUALALUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, MuhammadZaki Ibrahim, sedia mencabar Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, NasrudinHassan bagi merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar bulandepan.

Azizan mahu kes tuntutan melampau Exco disiasat
ALORSETAR: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah mengemukakan segala rekodtuntutan oleh Exco kerajaan negeri yang didakwa membuat tuntutan elaunmelampau sejak 13 bulan sehingga Mac lalu kepada Menteri Besar, DatukSeri Azizan Abdul Razak bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Kes Anwar cabar Dr M 30 Julai
PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan semalam menetapkan 30 Julai untuk mendengar kesDatuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar pemecatannya daripada jawatanKabinet pada 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada segiPerlembagaan.

Tindakan tegas adakan perhimpunan haram
JUGRA:Polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yangmengadakan perhimpunan haram termasuk aktiviti nyalaan lilin tanpapermit.

Jalan ditutup sempena penamaan calon
GEORGETOWN:Beberapa jalan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) diPenanti, Bukit Mertajam akan ditutup sempena penamaan calon pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, esok.

SPR kuat kuasa larangan kempen hari mengundi
BUTTERWORTH:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadikan pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti sebagai perintis pelaksanaanpenguatkuasaan larangan berkempen pada hari pengundian.

Lebih 12,000 pembaca ikuti liputan langsung BH Online
KUALALUMPUR: Lebih 12,000 pembaca termasuk di luar negara mengikuti liputanlangsung Berita Harian Online (BH Online) kes Nizar lawan Zambrymenerusi perisian ‘CoveritLive’ dari jam 8 pagi hingga 5.49 petangsemalam.

Sistem kuota Umno mansuh 2011
PUTRAJAYA:Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan Umno menjangka sistem kuotapencalonan bagi mereka yang mahu bertanding merebut semua jawatan dalamparti dapat dimansuhkan menjelang pemilihan pada 2011.





Zambry atau Nizar?
PUTRAJAYA 21 Mei - Keputusan sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadiratau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan kekalsebagai Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh MahkamahRayuan, esok.

Rayuan Anwar cabar pemecatan didengar 30 Julai
PUTRAJAYA21 Mei - Mahkamah Persekutuan menangguhkan sehingga 30 Julai ini untukmendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihanpemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 11 tahun lalu oleh bekasPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

SIS mohon batal perintah haramkan buku terbitannya
KUALALUMPUR 21 Mei – Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan MenteriDalam Negeri yang mengharamkan sebuah buku terbitan Sisters In Islam(SIS) pada Disember 2008, pertubuhan itu berusaha membatalkan perintahtersebut.

Tiada kes untuk dakwa Azalina rasuah: SPRM
MEMBAKUT:Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekasMenteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dikatakanterbabit dalam rasuah mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau.

Keputusan siapa MB Perak hari ini
PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan hari ini berhubung rayuan DatukSeri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengetepikan perisytiharan MahkamahTinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri BesarPerak yang sah.

Keputusan siapa MB Perak hari ini

Keputusan siapa MB Perak hari ini

Oleh Khirul Bahri Basaruddin
bhnews@bharian.com.my


PEGUAM pemerhati, Datuk Mohd Hafirizam Harun (kiri) Mohd Reza Hassan (kanan) serta Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin (belakang kanan) hadir di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan hari ini berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah

Raus berkata, mahkamah akan membuat keputusan pada jam 3.30 petang ini selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta Abdul Gani.


Sebelum prosiding bermula pagi semalam, Sulaiman mencadangkan rayuan Zambry didengar dulu oleh mahkamah dan berhubung permohonan mengetepikan keputusan penangguhan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi bergantung kepada keputusan hari ini.

Cecil yang memulakan hujah memberitahu mahkamah, pihaknya akan menunjukkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Rahim tersilap ketika membuat tafsiran mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Perak serta mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, Abdul Aziz memutuskan Mohammad Nizar mengadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri mengikut Perkara 36 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak selepas timbul kebuntuan kedudukan parti dalam DUN Perak.

Beliau berhujah kesimpulan oleh hakim itu salah kerana tidak disokong keterangan semasa serta dokumen yang dikemukakan ketika perbicaraan dulu.

"Sebenarnya, Mohammad Nizar mengadap Sultan selepas kehilangan sokongan majoriti ahli DUN dan beliau sendiri mempunyai pengetahuan surat Speaker Perak berhubung kekosongan tiga kerusi DUN Perak ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sehubungan itu, Mohammad Nizar memohon pembubaran DUN berdasarkan kepada Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak permintaan itu serta keputusan baginda itu tidak boleh dihakimi dan disemak mana-mana mahkamah," katanya.

Cecil berhujah selepas Sultan menggunakan budi bicara itu, kedudukan Mohammad Nizar hilang dan beliau perlu meletak jawatan sebagai menteri besar, sekali gus tidak boleh meneruskan tugasnya serta mengetuai kerajaan minoriti.

Sehubungan itu, Sultan tidak pernah memecat Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau kehilangan jawatan berdasarkan peruntukan undang-undang tubuh itu.

Beliau berkata, Sultan mempunyai kuasa melantik ahli DUN yang pada pertimbangan baginda mendapat sokongan majoriti ahli DUN dan pelantikan itu muktamad serta tidak boleh dihakimi mana-mana mahkamah.

"Sultan melantik seseorang sebagai Menteri Besar mengikut Perkara 12 dan 16 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu, pelantikan Zambry pada 6 Februari lalu adalah sah dan mengikut undang-undang. Zambry mengangkat sumpah di depan Sultan serta menerima surat pelantikan daripada baginda sekali gus Mohammad Nizar tidak mempunyai asas menyaman Zambry," katanya.

Gani yang menyokong hujah Cecil memberitahu mahkamah Mohammad Nizar kehilangan majoriti apabila jumlah ahli DUN Barisan Nasional (BN) 28 kerusi dan Pakatan Rakyat 27 kerusi kerana Speaker tidak boleh mengundi pada sidang DUN.

Katanya, apabila Sultan tidak perkenan permohonan pembubaran DUN, Mohammad Nizar tidak boleh meneruskan tugas sebagai Menteri Besar kerana ia bercanggah sistem demokrasi disebabkan beliau mengetuai kumpulan minoriti.

Sehubungan itu, katanya, Mohammad Nizar dan ahli Exco perlu meletak jawatan bagi mengelak keadaan kelam kabut di negeri Perak.

Sulaiman yang menjawab hujah Cecil dan Gani berkata, Perlembagaan Persekutuan dan negeri tiada peruntukan khusus berhubung kuasa Sultan memecat Menteri Besar.




Zambry atau Nizar?

Oleh NORLIZAH ABAS dan
SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 21 Mei - Keputusan sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan, esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Md. Raus Shariff memutuskan demikian setelah mendengar rayuan Zambry terhadap perisytiharan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo Mohammad Nizar selaku Menteri Besar yang sah.

Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Zambry merayu terhadap perintah Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang mengesahkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman pemimpin itu.

Alasan-alasan penghakimannya antara lain menyatakan, Mohammad Nizar masih Menteri Besar yang sah kerana tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Selain itu, Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKNP) 1957 tidak menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar boleh dipecat atau jawatan itu boleh dikosongkan dalam keadaan beliau tidak meletak jawatan.

Bagaimanapun, pada esoknya, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry agar perintah Mahkamah Tinggi itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan penuh diputuskan.

Mohammad Nizar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Zambry.

Panel tiga hakim hari ini bersetuju untuk mendengar rayuan Zambry terlebih dahulu manakala permohonan Mohammad Nizar bagi menangguhkan perintah Mahkamah Rayuan akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry berhujah, Hakim Mahkamah Tinggi gagal mentafsir UTKNP dengan betul ketika mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Menurutnya, kegagalan membuat tafsiran dengan tepat berhubung kuasa mutlak Sultan menjadikan keputusan dan perintah yang dikeluarkan oleh hakim berkenaan dengan sendirinya tidak lengkap, tidak betul dan tidak selamat.

Beliau menyatakan, Perkara 16(6) UTKNP jelas menyatakan, Sultan mempunyai budi bicara mutlak menolak permohonan Mohammad Nizar untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menjadikan keputusan itu tidak boleh dicabar dan disemak di mahkamah.

Abraham berhujah, peruntukan undang-undang itu menunjukkan Mohammad Nizar tidak dipecat sebaliknya beliau harus meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak lagi mempunyai hak memimpin kerajaan negeri.

''Perkara 16(6) jelas menyatakan Sultan mempunyai budi bicara mutlak melantik Menteri Besar dan Ahli DUN yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan,'' hujah beliau.

Sehubungan itu, Abraham menghujahkan, Hakim Mahkamah Tinggi tersilap mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah kerana pelantikan Zambry pada 6 Februari lalu tidak boleh dicabar dan dihakimi kerana ia dibuat selaras dengan Perkara 12 dan Perkara 16(6) UTKNP.

Beliau selanjutnya menyatakan, Perkara 16(6), Perkara 18 dan Perkara 36(2) UTKNP sepatutnya dibaca dan ditafsir secara keseluruhan dengan meneliti fakta dan dokumen bertulis yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Menurut beliau, hakim berkenaan turut gagal menilai secara terperinci konflik yang timbul di antara keterangan lisan di mahkamah dengan keterangan saksi yang dikemukakan secara afidavit.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika berhujah selaku pencelah bagi kerajaan Malaysia pula menolak bahawa krisis perlembagaan di Perak menemui jalan buntu seperti yang didakwa Mohammad Nizar.

Beliau menghujahkan, senario tanpa majoriti '28-28' di antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dalam sidang DUN tidak berlaku kerana Speaker, V. Sivakumar hanya dibenarkan membuang undi bagi mengimbangi ketidaksamarataan itu.

''Jelas bahawa pakatan hanya mempunyai 27 ahli Dewan dan ini tidak termasuk tiga ADUN Bebas, jadi tiada berlaku 'jalan buntu' sehingga membolehkan sidang DUN dibubarkan,'' ujar Abdul Gani.

Sementara itu, Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah, pihaknya bukan mencabar bidang kuasa mutlak Sultan Perak bagi membubarkan sidang Dewan.

Sebaliknya, pihaknya mempertikaikan adalah tidak adil bagi Mohammad Nizar mengosongkan jawatan sedangkan tiada sokongan undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Nizar sudah hilang keyakinan majoriti ADUN - Peguam

Nizar sudah hilang keyakinan majoriti ADUN - Peguam

PUTRAJAYA 21 Mei - Peguam Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebenarnya sudah hilang keyakinan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Menurutnya, Mohammad Nizar sudah membuat pengakuan sendiri bahawa beliau telah kehilangan majoriti dalam DUN tersebut ketika menghadap Sultan Perak pada 4 Februari lalu di bawah Perkara 36(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1957.

Perkara 36(2) menyebut Paduka Sultan Perak boleh memberhentikan atau membubarkan DUN dan ia hanya terpakai apabila tempoh DUN itu telah sampai lima tahun.

''Pada ketika itu sudah berlaku satu 'dead lock' iaitu telah hilang kepercayaan majoriti ADUN Perak.

''Jadi sudah jelas beliau terpaksa meletak jawatan di bawah artikel 16(6) Perlembagaan Perak,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita bersama seorang lagi peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin di pekarangan Mahkamah Rayuan selepas membuat penghujahan berhubung isu keputusan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan pada pukul 3.30 petang esok.

Mohd. Hafarizam berkata, berlaku interpretasi dalam Perkara 16(6) iaitu sama ada seseorang Menteri Besar hilang keyakinan atau kepercayaan majoriti dengan hanya pergi ke DUN untuk mendapatkan undi percaya atau dengan cara lain.

''Tetapi telah terbukti bahawa Mohamad Nizar ketika dia menghadap Sultan dan telah menghantar surat kepada Tuanku, dia tidak menggunakan Perkara 16(6) sebaliknya menggunakan Perkara 36(2),'' katanya.

Sementara itu, Mohammad Nizar yang turut ditemui pemberita berkata, beliau cukup yakin dapat merebut semula jawatan Menteri Besar berdasarkan perundangan setelah melaksanakan tugasan yang berlandaskan peraturan-peraturan yang telah dijelaskan.

''Keputusan mahkamah ini hanya sekadar mengikuti proses perundangan sahaja tetapi hakikat sebenarnya adalah diberi hak semula kepada rakyat Perak supaya mereka membuat pemilihan baru.

''Jadi kami memohon supaya pembubaran DUN diadakan seperti kehendak rakyat sendiri dan keadilan diberikan sebaiknya supaya bukan sahaja diberi penghormatan kepada sesi kehakiman sendiri tetapi ia memenuhi cita rasa kehendak negeri Perak dan rakyat Malaysia,'' katanya.

Rayuan Anwar cabar pemecatan didengar 30 Julai

Rayuan Anwar cabar pemecatan didengar 30 Julai

PUTRAJAYA 21 Mei - Mahkamah Persekutuan menangguhkan sehingga 30 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 11 tahun lalu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rayuan tersebut yang dijadualkan didengar hari ini pada awalnya telah dipinda ke esok tetapi memandangkan peguam utama Anwar, Karpal Singh tidak dapat menghadirinya, ia ditetapkan pada 30 Julai ini.

Pada 16 Jun tahun lalu, Anwar dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir pada 2 September 1998 adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Dengan kebenaran tersebut, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang iaitu sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan dan sama ada Dr. Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 23 Disember 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr. Mahathir dan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa keputusan Dr. Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan sekali gus mengesahkan keputusan berkenaan.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Dr. Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri.

Dr. Mahathir dan kerajaan Malaysia selaku responden diwakili tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Datuk Kamaludin Md. Said, Azizan Mohd. Arshad dan Lailawati Ali.





Kes Anwar cabar Dr M 30 Julai

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam menetapkan 30 Julai untuk mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada segi Perlembagaan.

Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan semalam di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.

Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata, kes dijadual semula semalam di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar sibuk.

Pada 16 Jun tahun lalu Mahkamah Persekutuan membenarkan Anwar mencabar kesahihan dari segi Perlembagaan pemecatannya daripada jawatan Kabinet itu.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang - sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut Perlembagaan dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan sama ada Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa melantik mempunyai hak membatalkan pelantikan.

Pada 23 Disember 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Azizan mahu kes tuntutan melampau Exco disiasat

Azizan mahu kes tuntutan melampau Exco disiasat
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my

Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah kemuka rekod

ALOR SETAR: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah mengemukakan segala rekod tuntutan oleh Exco kerajaan negeri yang didakwa membuat tuntutan elaun melampau sejak 13 bulan sehingga Mac lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Azizan berkata, beliau juga mengarahkan supaya kes itu diteliti pejabat kewangan negeri bagi menentukan sama ada tuntutan itu mengikut peraturan ditetapkan atau sebaliknya.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Exco itu yang kini berada di luar negara atas urusan tertentu sebelum melanjutkan siasatan bagi menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat.

"Kita sudah kenal pasti siapa yang dimaksudkan, tetapi tidak adil untuk saya mendedahkannya kerana kita masih meneliti dan menyiasat kes ini.

"Kita mahu tentukan dulu sama ada tuntutan dibuat mengikut peraturan kerana ia mungkin tidak melanggar undang-undang walaupun saya sentiasa menegaskan kita mengamalkan perbelanjaan berhemah.

"Ada kemungkinan juga ia permainan politik pihak tertentu untuk menggugat imej kerajaan negeri, tetapi kita tetap akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti benar Exco berkenaan melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, jika terbukti benar Exco terbabit melakukan kesalahan dan kes itu ada asas, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang.

Semalam akhbar ini melaporkan kerajaan Kedah akan menyiasat seorang ahli Exconya yang didakwa membuat tuntutan elaun sampingan melampau sehingga mencecah RM148,000 dalam masa 13 bulan sehingga Mac lalu.

Azizan dilaporkan berkata, perkara itu akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Saya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pegawai saya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan seorang penulis menggelar dirinya sebagai penyiasat persendirian dalam laman blog kedahlanie.blogspot.com mengenai Exco itu, yang dikatakan membuat lawatan selama 219 hari termasuk 36 perjalanan ke Langkawi dengan tempoh menginap selama tiga hingga empat hari pada setiap kali lawatan.

Menurut penulis itu, Exco berkenaan menerima gaji dan elaun tetap berjumlah RM16,500 sebulan, tetapi pendapatan puratanya mencecah RM28,000 sebulan dengan bulan tertinggi RM34,601 dan terendah sekitar RM17,000 sebulan.

Tuntutan elaun penginapan Exco itu sejak Mac tahun lalu saja mencecah lebih RM25,000.

Tiada kes untuk dakwa Azalina rasuah: SPRM

Tiada kes untuk dakwa Azalina rasuah: SPRM


MEMBAKUT: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dikatakan terbabit dalam rasuah mendapati tiada kes untuk mendakwa beliau.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan terhadap Azalina yang dilengkapkan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati tiada aspek yang membolehkan bekas menteri itu dikaitkan dengan rasuah.

Bagaimanapun, Ahmad Said berkata, ada kemungkinan pihak lain yang turut terbabit dalam siasatan terhadap kes Azalina yang dikatakan menyalah guna kuasa dan penyelewengan pengagihan projek kementerian itu, boleh dikaitkan dengan dakwaan terbabit.

"Tiada kes terhadap beliau (Azalina) tetapi ada kemungkinan ia membabitkan orang lain," katanya pada sidang media selepas menutup program Jati Diri Rakan Muda anjuran SPRM, Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Belia dan Sukan, di Pusat Latihan Membakut, di sini, semalam.

Program bertujuan memupuk budaya membenci rasuah itu disertai 148 pelajar institusi pengajian tinggi awam/swasta (IPTA/IPTS) dan pelbagai pertubuhan belia. Hadir sama, Pengarah BTN Sabah, Datuk Ibrahim Saad.

Bagaimanapun, Ahmad Said enggan mengulas lanjut sama ada pihak lain yang dimaksudkannya itu adalah pegawai Kementerian Pelancongan atau dua pegawai kanan Azalina yang pernah diambil keterangan oleh SPRM berkaitan isu berkenaan Mac lalu.

Siasatan terhadap dakwaan Azalina terbabit dalam rasuah dijalankan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac lalu.

Pada 12 Mac lalu, akhbar melaporkan SPRM merampas sejumlah fail dan menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pelancongan bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.

Dua pegawai kanan Azalina turut ditahan SPRM, tetapi dibebaskan selepas keterangan mereka diambil. Bagaimanapun, pada awal April lalu, Azalina menyelar SPRM dengan mendakwa organisasi berkenaan melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Beliau dilaporkan berkata, SPRM dilihat berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan terutama selepas selesai Perhimpunan Agung Umno hujung Mac lalu yang menyaksikan beliau tewas dalam merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Azalina menggesa SPRM segera menyiapkan siasatan dan jika tiada kes yang membolehkan beliau didakwa, kes berkenaan harus digugurkan segera.

SPRM akan panggil Mat Iraq

SPRM akan panggil Mat Iraq


MEMBAKUT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam pemilihan parti itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata beliau difahamkan ada pegawai SPRM cuba menghubungi Mohamed Daud, tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mendapatkan keterangan yang diperlukan.

"Bagaimanapun, SPRM tetap akan memanggil beliau. Kita mahu lihat bukti yang beliau ada. Kadang-kadang kalau orang beri makan, kita tidak tahu sama ada dia buat kenduri atau sebaliknya.

"Beliau mendakwa nampak orang beri hadiah. Oleh itu, kita ingin tahu apa hadiah yang dimaksudkan dan sehingga kini beliau (Mohamed) atau pihak lain belum membuat aduan rasmi kepada SPRM berhubung dakwaan itu," katanya selepas menutup Program Jati Diri Rakan Muda di sini, semalam.

Minggu lalu, Mohamed dilaporkan mendakwa wujud unsur rasuah dalam pemilihan Pas berikutan ada pihak tertentu dipercayai menyediakan jamuan dan hadiah kepada perwakilan.

Berikutan kenyataannya itu, Mohamed diminta memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas kerana dakwaan itu boleh menjejaskan parti.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, SPRM bertindak bukan kerana Pas parti pembangkang, sebaliknya untuk membanteras rasuah pada semua peringkat.

Mengenai tuduhan terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim, yang ditahan reman kerana dipercayai terbabit dalam rasuah sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac lalu, beliau berkata: "Siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat. Jika ada kes, kita akan dakwa."

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, 203 individu termasuk 115 orang awam dan 88 lagi pegawai tinggi kerajaan dan swasta, ditahan sepanjang Januari hingga kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan penyelewengan kuasa.

Timbalan Presiden Pas: Haron Din tarik diri

Timbalan Presiden Pas: Haron Din tarik diri

KUALA LUMPUR 21 Mei - Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas semakin menarik apabila seorang lagi calon, Datuk Dr. Haron Din menarik diri sekali gus membuka ruang kepada pertarungan tiga penjuru antara penyandang, Nasharuddin Mat Isa dan dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Penarikan diri Haron yang juga Timbalan Musyidul Am Pas bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah membuat keputusan yang sama walaupun layak bertanding jawatan nombor dua itu pada Muktamar Pas 2003 dan 2005.

Haron sewaktu mengulas mengenai keputusan berkenaan berkata, beliau sememangnya tidak berniat untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti itu dan pendiriannya telah diketahui oleh kepimpinan Pas.

Bagaimanapun menurut beliau, terdapat Pas kawasan yang tetap membuat pencalonan tersebut.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menyerahkan borang jawapan pengesahan untuk bertanding pada Isnin ini.

''Pada saya jawatan adalah satu amanah dan saya tidak pula mencarinya.

''Andai kata saya mendapat pencalonan yang paling tinggi sekalipun, saya tetap tidak akan bertanding,'' katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menarik diri daripada bertanding dengan alasan mahu menumpukan perhatian pada tugasnya sebagai Menteri Besar.

Walaupun sering dinafikan, kebanyakan media termasuk portal berita melihat pemilihan dalam Pas kali ini melibatkan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.

Penarikan diri Haron dan Azizan itu membolehkan Nasharudin muncul sebagai calon tunggal mewakili aspirasi kepimpinan ulama.

Sementara itu, Haron sewaktu ditanya adakah keputusan beliau itu akan mengecewakan ahli parti, beliau dengan tegas menjelaskan: ''Lebih penting ialah saya tidak mengecewakan diri sendiri, saya ada prinsip.''

Zaki sedia cabar Nasrudin rebut Ketua Dewan Pemuda Pas

Zaki sedia cabar Nasrudin rebut Ketua Dewan Pemuda Pas


KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim, sedia mencabar Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bagi merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar bulan depan.

Menurut sumber, Muhammad Zaki akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan itu dalam masa terdekat ini. Jawatan terbabit dikosongkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, bakal menyaksikan pertembungan dua kumpulan utama dalam Pemuda Pas.

Bagaimanapun Muhammad Zaki yang dihubungi semalam berkata, beliau akan menyerahkan surat jawapan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas pusat selewat-lewatnya Isnin ini terhadap pencalonan beliau bagi jawatan penting sayap parti itu.

"Saya akan menyerahkan surat jawapan pada hari terakhir, tunggu dan lihatlah keputusan saya itu. Buat masa ini saya belum menerima apa-apa surat lagi daripada jawatankuasa pemilihan parti dan kekuatan sahabat saya (Nasrudin) juga perlu dilihat sebelum membuat sebarang keputusan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pengendali blog penyokong Pas yang menyifatkan beliau sebagai anak didik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, beliau tidak menafikan pernah belajar dengan Husam dan cukup mengagumi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Beliau berkata, sejarahnya dengan Husam bermula ketika Naib Presiden Pas itu menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas lagi dengan beliau yang ketika itu menjadi ahli jawatankuasa kerja Pemuda Pas banyak menimba ilmu serta pengalaman daripadanya.

"Cara kerja, cara berpolitik dan kehebatan beliau (Husam) cukup saya kagumi, jadi tidak salah jika saya belajar pelbagai ilmu dengannya. Malah, pimpinan Pas Pusat juga meletakkan harapan besar kepada beliau dan saya yakin dengan kemampuannya.

"Untuk kebaikan bagi memantapkan ilmu politik dan pentadbiran, saya juga belajar daripada ramai tokoh Pas. Dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob pun saya belajar," katanya.

Pertubuhan bekas perajurit selar pihak simpati dengan Chin Peng

Pertubuhan bekas perajurit selar pihak simpati dengan Chin Peng

KUALA LUMPUR 21 Mei - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menentang keras hasrat pihak tertentu di negara ini yang mahu kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng kembali ke tanah air.

Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan berkata, kekejaman komunis sehingga kini masih segar dalam ingatan bekas perajurit yang mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan negara ini.

"Kami masih tidak lupa bagaimana kekejaman komunis terhadap anggota keselamatan yang terbunuh akibat diserang hendap. Saya percaya generasi sekarang tidak sanggup andai berpeluang melihat apa yang diperlakukan komunis terhadap mayat anggota keselamatan yang dibunuh.

"Tidak cukup dengan itu, ahli keluarga anggota keselamatan terutamanya unit risik juga turut dibunuh kejam termasuk kanak-kanak. Jadi di mana nilai kemanusiaan terhadap mereka ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan terhadap kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman keselamatan kepada negara.

Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan beberapa NGO yang berasakan permintaan tersebut sebagai tidak tepat.

Menurut Mohd. Jamil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja kehilangan lebih 3,000 anggota akibat dibunuh komunis terutamanya pada gelombang kedua darurat.

Jelasnya, ketika itu komunis memang menyasarkan pegawai kanan polis dan tentera sebagai mangsa yang patut dibunuh dengan tujuan untuk melemahkan semangat anggota keselamatan selain menakutkan rakyat.

"Jadi pihak yang prihatin terhadap Chin Peng kononnya atas dasar kemanusiaan itu sepatutnya lebih prihatin terhadap bekas anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka yang terbunuh mahu pun cacat seumur hidup,'' ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula meminta Gerakan lebih sensitif dengan kenyataannya supaya tidak menyinggung perasaan pihak lain terutama golongan bekas anggota tentera dan polis.

Menurut beliau, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan agar tidak melayan gesaan Hock Nan yang cuba mengambil kesempatan untuk menjuarai isu itu dengan mengeksploitasi konsep Satu Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan dalam perjuangan Chin Peng sehingga perlu ada pihak yang terpanggil untuk berasa simpati ke atas dirinya.

"Kita bukannya sebuah negara yang tidak ada pertimbangan, namun ada perkara-perkara yang boleh diterima dan ada perkara yang perlu kita tolak ke tepi dan jauhkan. Chin Peng salah satu perkara yang perlu kita jauhkan," katanya.

Tambah Abdul Fattah, alasan kemanusiaan tidak boleh hanya dilihat daripada perspektif Chin Peng semata-mata tetapi juga ribuan waris perwira negara yang terkorban dalam menentang perjuangan komunis di negara ini satu masa dahulu.

"Apakah nilai kemanusiaan keluarga-keluarga mangsa adalah kurang jika dibandingkan dengan soal kemanusiaan Chin Peng," katanya.

Jelas beliau, tidak ada mana-mana pihak selain polis atau Kementerian Dalam Negeri yang layak memberikan tafsiran sama ada Chin Peng menimbulkan ancaman kepada negara atau tidak.

Katanya, pihak yang bersimpati dengan perjuangan bekas pemimpin komunis itu boleh menyimpan simpati mereka dalam hati masing-masing tanpa perlu diluahkan.

"Rasanya majoriti rakyat mungkin tidak bersimpati dengan Chin Peng," katanya.

Tindakan Majlis Peguam tidak kena tempat

Tindakan Majlis Peguam tidak kena tempat

PUTRAJAYA 21 Mei - Tindakan Majlis Peguam memberi arahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan memberitahu apa yang harus dibuat atau apa yang tidak perlu dibuat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, tidak kena tempatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, Suhakam, sebagai sebuah badan bebas, memiliki bidang kuasa serta pertimbangan sendiri, dan "mereka tidak perlu mana-mana pihak untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan".

"Terserah kepada Suhakam untuk mengambil apa jua langkah yang dirasakan perlu sekiranya ia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengkaji apa juga kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia," katanya kepada pemberita selepas menemui pemimpin-pemimpin Puteri UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Majlis Peguam semalam yang menghantar satu memorandum kepada Suhakam berhubung penahanan lima peguam di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei lepas.

Muhyiddin berkata tindakan Majlis Peguam itu tidak menggambarkan kedudukan yang adil dan saksama di pihak mereka dalam sebarang isu.

"Mereka kelihatan sudah menyokong satu pihak lebih awal sebelum dibawa pandangan mereka itu kepada suruhanjaya," tambahnya. - BERNAMA

Amaran terhadap Hindraf

Amaran terhadap Hindraf

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pertubuhan haram Hindraf diberi amaran supaya tidak membuat tuntutan ekstrem atau masyarakat India di negara ini terpaksa menanggung kerugian.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, tuntutan tidak munasabah yang menggunakan pendekatan ekstrem sehingga mengancam keselamatan negara hanya akan menyebabkan masyarakat India yang menyokong Hindraf dibenci selain terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang.

‘‘Saya mengingatkan pertubuhan haram seperti Hindraf jangan melampau dan ekstrem menuntut hak atas dasar demokrasi kononnya bagi memperjuangkan kaum India.

‘‘Kesan tindak-tanduk Hindraf itu akan menyebabkan masyarakat India lain akan dibenci sehingga boleh menimbulkan pergaduhan yang akhirnya merugikan kaum itu sendiri,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian UMNO selaku parti tunjang dalam kerajaan berhubung ancaman Hindraf yang semakin lantang selepas pemimpinnya, P. Uthayakumar dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat ISA tidak ditarik balik.

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar.

Menurut Ahmad, kerajaan tidak perlu melayan tuntutan Hindraf, sebaliknya, tindakan tegas perlu segera diambil agar kumpulan pelampau seperti itu dapat dihapuskan seperti tindakan yang pernah diambil terhadap kumpulan ektremis lain sebelum ini.

Katanya, jika kerajaan melayan tuntutan Hindraf ia hanya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat negara ini.

‘‘Kita tidak mahu sebarang pertubuhan haram yang kononnya mewakili kaum minoriti di negara ini bersuara terlalu nyaring sehingga menimbulkan keresahan kaum majoriti,’’ tegasnya.

ANTI HINDRAF HINDRAF tak sedar diri

Manoharan perlu cermin diri dulu

Manoharan perlu cermin diri dulu

KOTA BHARU 21 Mei – Pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskan dari tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M. Manoharan diminta supaya mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan yang ‘merepek’ dan ‘tidak munasabah’.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, permintaan beliau supaya semua rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan status bumiputera tidak perlu dilayan kerana ia adalah kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu sememangnya buta sejarah kerana isu kontrak sosial telah berulang kali diperjelaskan oleh pelbagai pihak.

‘‘Ini negara Tanah Melayu dan kita telah memberikan hak kepada mereka untuk tinggal di sini. Kalau dia (Manoharan) hendak taraf bumiputera, baliklah ke India, di sana dia boleh dapat taraf tersebut.

‘‘Isu-isu yang dibangkitkan beliau semuanya merepek, sebagai contoh masalah sekolah Tamil, kenapa minta peruntukan yang melampau, kerajaan sudah sediakan sekolah, jadi pergilah belajar di sekolah ini, semuanya percuma, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Manoharan yang meminta kerajaan supaya memberikan status bumiputera kepada penduduk kaum lain yang lahir selepas merdeka.

Menurut Manoharan, ia bagi menyatukan seluruh penduduk negara ini dan memberikan makna sebenar Satu Malaysia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum nak mengutuk orang tu, ko pon sama la Ibrahim Ali cermin diri dulu. Kepada Manoharan, tak payahlah nak buat isu politik murahan. Lebih baik pentingkan nasib orang INDIA bukannya merepek tentang isu bumiputera ni. Nak bumiputera tetapi sekolah INDIA nak juga

Tindakan tegas adakan perhimpunan haram

Tindakan tegas adakan perhimpunan haram


JUGRA: Polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mengadakan perhimpunan haram termasuk aktiviti nyalaan lilin tanpa permit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mereka yang mahu berbuat demikian perlu memohon permit permit polis atau tindakan tegas akan diambil.

"Sejak kebelakangan ini, ramai rajin berhimpun dan membakar lilin di tepi jalan. Saya menggesa mereka menghentikan aktiviti ini kerana kita akan mengambil tindakan tegas.

"Kalau mahu menyuarakan perasaan tidak puas hati, ada forumnya... ada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan bukan di tepi jalan yang mengganggu ketenteraman awam," katanya selepas merasmikan Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Selangor 2009 di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor, di sini semalam.

Khalid diminta mengulas penahanan 11 orang, termasuk Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenise Lee kerana menyertai perhimpunan haram di depan pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, 19 Mei lalu.

Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan tidak kira sama ada pihak terbabit orang biasa atau pemimpin parti politik.

Katanya, ia bukan soal adil atau tidak, tetapi soal undang-undang yang dilanggar dan tindakan yang perlu diambil kerana tidak mahu apa yang berlaku di negara jiran menular di Selangor.

"Ia bermula dengan perhimpunan aman tetapi bila tidak dibendung dari awal, ia melarat dan mengancam ketenteraman awam," katanya.

Sementara itu, Khalid mengesahkan beberapa wartawan dipanggil untuk memberi keterangan membabitkan dakwaan polis memukul dan memaksa seorang tahanan, Adi Anwar Mansor, 23, minum cecair pencair.

Pada 8 April lalu, Adi Anwar, suspek kes pengedar dadah meminum pencair ketika di bilik pegawai penyiasat Balai Polis Klang sehingga tidak sedarkan diri dan terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan.

Khalid berkata, wartawan yang dipanggil memberi keterangan untuk siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan terhadap satu laporan memfitnah polis membabitkan kes itu.

Boikot pilihan raya kecil - Ahmad

Boikot pilihan raya kecil - Ahmad

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 21 Mei - Barisan Nasional (BN) digesa memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia 'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.

"Pembangkang menggunakan siri pilihan raya kecil di kawasan yang memang dikuasai oleh mereka sebagai strategi membina imej dan akan mengeksploitasi kemenangan yang sememangnya dijangka menjadi milik mereka bagi melemahkan BN.

"Maka, BN perlu menggunakan pendekatan tidak bertanding sebagai satu strategi agar kita tidak termasuk dalam perangkap mereka selain mengelakkan pembaziran wang rakyat dan masa kerajaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan yang diambil oleh BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Terdahulu Ahmad mengadakan lawatan ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan sebahagian daripada siri lawatan beliau terhadap semua pengamal media di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, buat masa ini tiada ketetapan sedemikian yang dibuat oleh Majlis Tertinggi BN.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau akan mencadangkan perkara tersebut dalam kadar segera.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara diarahkan sekurang-kurangnya melaksanakan satu aktiviti penerangan setiap bulan.

Langkah itu bertujuan membolehkan 60,000 jentera itu yang sebelum ini 'tidur' berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar dan sumbangan kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Tegasnya, arahan itu perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan kerajaan hanya mempunyai masa selama tiga tahun lagi sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Buat permulaan kami memberi arahan supaya semua jentera penerangan melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti sebelum ia ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Jika semua jentera penerangan yang mempunyai kekuatan 60,000 orang ini memainkan peranan masing-masing, UMNO dan BN pada bila-bila masa bersedia untuk mengalahkan pembangkang," jelasnya.

Menurut Ahmad, terdapat 20,000 jentera penerangan di peringkat cawangan parti selain 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri.

Bagi tujuan itu, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, beliau akan turun padang ke semua bahagian untuk berjumpa dengan ketua penerangan bahagian dan mengarahkan mereka mengaktifkan jentera masing-masing.

Menurutnya, setakat ini beliau melawat 10 daripada 191 bahagian UMNO serta mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO di lima negeri iaitu Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tambahnya, jika jentera penerangan UMNO gagal bertindak untuk memberikan penerangan dengan efisien kepada akar umbi, bermakna masyarakat tidak dapat melihat sumbangan kerajaan walaupun telah jutaan ringgit dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.

SPR kuat kuasa larangan kempen hari mengundi

SPR kuat kuasa larangan kempen hari mengundi
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Pilihan raya kecil Penanti jadi perintis laksana peraturan

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sebagai perintis pelaksanaan penguatkuasaan larangan berkempen pada hari pengundian.

Menerusi penguatkuasaan Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, parti atau individu tidak boleh berkempen pada hari pengundian dengan pelbagai cara termasuk memakai lencana mempunyai logo atau menganjurkan persembahan serta keramaian berbentuk kempen.

Setiausahanya, Datuk Ngah Senik, berkata mereka yang ingkar akan ditahan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Katanya, larangan yang diluluskan sejak 2003, dikeluarkan selaras dengan arahan SPR melarang parti politik mendirikan pondok panas, sebaliknya hanya meja semakan daftar pemilih.

"Bagi mengelak ada cubaan memujuk atau berkempen seperti dijanjikan oleh parti yang membantah larangan mendirikan pondok panas dalam pertemuan baru-baru ini, kami akan melaksanakan peraturan larangan berkempen.

"Larangan itu memang ada tetapi tidak pernah dilaksanakan kerana kami berkompromi dengan semua parti bertanding. Tetapi, kali ini SPR tidak akan bertolak ansur lagi," katanya pada majlis taklimat media di sini, semalam.

Larangan pelaksanaan sistem `barung' atau pondok semakan daftar pemilih yang dikendalikan parti politik yang sudah diluluskan sejak 2003, juga akan mula dilaksanakan pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata, beliau bertindak demikian untuk membersihkan nama daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa Mohammad Fairus.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Ditanya mengenai kos bagi mengendalikan pilihan raya kecil Penanti, Ngah berkata, SPR memperuntukkan RM500,000, antaranya akan dibelanjakan untuk menampung pengangkutan dan elaun kakitangan seramai 450 orang.

Beliau juga memberi jaminan daftar pemilih yang digunakan pada pilihan raya kecil itu bersih dan tiada pengundi hantu seperti yang sering didakwa pelbagai pihak terutama Pakatan Rakyat.

Sistem kuota Umno mansuh 2011

Sistem kuota Umno mansuh 2011


PUTRAJAYA: Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan Umno menjangka sistem kuota pencalonan bagi mereka yang mahu bertanding merebut semua jawatan dalam parti dapat dimansuhkan menjelang pemilihan pada 2011.

Pada masa sama, kuasa untuk memilih pemimpin pelbagai peringkat dalam parti itu dijangka dapat diperluaskan dengan memberi hak kepada sama ada semua 3.4 juta ahli atau 60,000 pada peringkat bahagian untuk mengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya bersetuju mencadangkan pembaharuan itu untuk dinilai oleh parti, sejajar saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno lalu.

"Rangka kertas cadangan mengenai pembaharuan itu akan dibawa kepada jawatankuasa induk untuk diperincikan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan Umno di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri meminta ahli pada peringkat cawangan dan bahagian Umno yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat mengemukakan pandangan berhubung perkara itu untuk pertimbangan Jawatankuasa Induk.

Katanya, berdasarkan maklum balas diterima itu, jawatankuasa induk akan menyiapkan draf lengkap pindaan yang dicadangkan untuk dibentangkan kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas parti yang dijangka diadakan tahun ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, kelulusan dan persetujuan perwakilan pada perhimpunan agung khas itu akan membolehkan pindaan dilaksanakan serta merta seterusnya dikuat kuasa pada pemilihan parti akan datang.

"Cadangan menghapuskan sistem kuota itu membolehkan sesiapa saja menawarkan diri untuk bertanding pada semua peringkat supaya proses pemilihan lebih telus dan bebas, sekali gus membolehkan mereka yang diberi sokongan, mendapat tempat.

"Jika semuanya berjalan lancar, bermakna proses ke arah perubahan dan petanda bermulanya era baru politik negara menjadi kenyataan. Langkah sama juga akan dicadangkan pada peringkat Barisan Nasional (BN)," katanya.

SIS mohon batal perintah haramkan buku terbitannya

SIS mohon batal perintah haramkan buku terbitannya

KUALA LUMPUR 21 Mei – Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan sebuah buku terbitan Sisters In Islam (SIS) pada Disember 2008, pertubuhan itu berusaha membatalkan perintah tersebut.

SIS bersandarkan hujah bahawa buku berjudul Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism adalah himpunan pelbagai esei antarabangsa dalam mesyuarat meja bulat yang berlangsung di Itali dari 30 September hingga 2 Oktober 2003.

Justeru itu, SIS berpendapat bahawa buku tersebut adalah relevan dijadikan sumber rujukan, bahan pendidikan ahli akademik, penyelidik di universiti dan pembuat dasar, aktivis serta orang awam di seluruh dunia.

SIS yang diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika berhujah di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini mempersoalkan mengapakah perintah pengharaman buku itu tidak dimaklumkan secara bertulis kepada mereka, malahan kata Malik, pihaknya hanya mengetahui pengharaman buku tersebut menerusi laporan media.

Setelah SIS menghubungi kementerian berkenaan pada 15 Ogos tahun lalu, barulah surat pemberitahuan pengharaman dihantar melalui faksimile, ujar peguam itu.

Malik berhujah demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Ariff Mohd. Yusof dalam usaha mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan perintah pengharaman Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Permohonan mengikut Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi itu difailkan pada 15 Disember tahun lalu.

SIS selaku pemohon menamakan Datuk Seri Syed Hamid Albar yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Menurut Malik, pengharaman itu berkuat kuasa mengikut Seksyen 7 Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 atas alasan memudaratkan ketenteraman awam.

Peguam itu berkata, pegawai responden memaklumkan kepada pemohon bahawa pengharaman dibuat berdasarkan garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun begitu, dakwanya, pihak yang berkenaan tidak menyertakan sebarang maklumat dan alasan pengharaman mahupun menyertakan satu salinan perintah tersebut.

Jalan ditutup sempena penamaan calon

Jalan ditutup sempena penamaan calon


GEORGETOWN: Beberapa jalan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti, Bukit Mertajam akan ditutup sempena penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, esok.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan di Dewan Perdana IKBN.

Ketua Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Wari Kiew, berkata penutupan jalan akan dilakukan mulai jam 6 pagi hingga 1 petang atau sehingga selesai proses penamaan calon.

Jalan yang terbabit ialah Jalan Berapit di hadapan Tanah Perkuburan Cina Berapit dan Simpang Tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.

Berikutan penutupan laluan itu, beberapa lencongan dilakukan. Kenderaan dari Bukit Mertajam/Banda Perda akan dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat-Jalan Permatang Nibong-Kubang Semang-Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

Lencongan juga dilakukan bagi kenderaan dari arah Kulim atau BKE akan dilencong di Simpang Tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang-BKE atau Jalan Mengkuang ke arah Kulim.

"Kami menjangkakan 25,000 orang akan membanjiri kawasan penamaan calon. Jadi semua pemandu diminta mematuhi nasihat polis bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Wari berkata, polis juga menyediakan tempat letak kereta untuk penyokong parti ke pusat penamaan calon.

Kenderaan dari bandar Bukit Mertajam akan ditempatkan di kawasan Tanah Perkuburan Cina Berapit yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 kenderaan.

Kenderaan dari BKE pula boleh diletakkan di sepanjang BKE, jalan masuk Institut Perguruan Tuanku Bainun dan Empangan Mengkuang yang boleh menampung 5,000 kenderaan.

"Polis juga menyediakan lima trak tunda untuk menarik kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya," katanya.

Beliau turut menasihati penduduk setempat supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan penutupan jalan berkenaan.

Lebih 12,000 pembaca ikuti liputan langsung BH Online

Lebih 12,000 pembaca ikuti liputan langsung BH Online


KUALA LUMPUR: Lebih 12,000 pembaca termasuk di luar negara mengikuti liputan langsung Berita Harian Online (BH Online) kes Nizar lawan Zambry menerusi perisian 'CoveritLive' dari jam 8 pagi hingga 5.49 petang semalam.

Liputan hampir 10 jam kes rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dari Kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya itu diikuti 12,772 pembaca.

Sepanjang tempoh itu, mereka memberi 4,552 ulasan, manakala pengendali dan wartawan bertugas, Khirul Bahri Basaruddin dan Zef Othman pula memberikan 98 ulasan perkembangan terkini kes berkenaan.

Pembaca liputan lintas langsung itu juga menikmati 15 foto dan satu klip video suasana terkini di luar mahkamah yang dihantar terus menerusi telefon bimbit wartawan di lokasi.

BH Online adalah satu-satunya media baru membuat liputan langsung sedemikian dalam usaha memberi maklumat terkini kepada pembaca sejajar perkembangan teknologi internet.

Liputan langsung BH Online akan diteruskan hari ini mulai 2.45 petang apabila Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan kes berkenaan.

Berhenti bersikap negatif

Berhenti bersikap negatif

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mei - Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) mengingatkan rakyat supaya tidak bersikap negatif terhadap negara sendiri kerana keadaan Malaysia lebih baik berbanding negara lain.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, rakyat tidak akan mengecapi kemakmuran sekiranya terus memperlekeh usaha kerajaan BN untuk membangunkan negara.

"Sudah tiba masanya kita berhenti bersikap negatif. Banyak perkara elok yang sudah kita nikmati hasil usaha kerajaan BN sebelum ini.

"Wanita BN amat berbangga dengan apa yang telah diusahakan dan sudah tentu kita akan terus membantu kerajaan untuk mencapai yang lebih baik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Wanita BN di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita parti komponen BN, antaranya Ketua Wanita MCA, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P. Komala Devi.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, Wanita BN menyokong penuh keputusan pemimpin tertinggi BN untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

"Kita tidak lagi mahu menerima kesan akibat masalah dalaman yang pembangkang sendiri cetuskan. Wanita BN sendiri marah dengan taktik pembangkang kerana seolah- olah mahu BN mengikut permainan mereka.

"Bukan masalah BN dayus atau tidak kerana tidak bertanding. BN memikirkan rakyat dan tidak mahu apa yang dilakukan pembangkang ini menyebabkan rakyat susah," katanya yang pertama kali mempengerusikan mesyuarat itu.

Katanya, keputusan BN itu akan menghalang pembangkang daripada terus mempergunakan rakyat dalam agenda mereka untuk mendapatkan kuasa melalui pilihan raya kecil.

Sementara itu, Shahrizat berkata, Wanita BN akan memperjuangkan semua isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dalam setiap program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Katanya, ia adalah selaras dengan konsep Satu Malaysia dan Wanita BN akan memberi keutamaan pada peringkat akar umbi bagi melaksanakan program yang telah digariskan itu.

Beliau berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melaksanakan program tersebut dan Mei Fun akan menjadi penyelarasnya.

"Kita akan mula turun ke negeri-negeri bagi menjayakan program yang telah dirancang secepat mungkin," katanya.

Walaupon Malaysia lebih baik, tak bermakna Malaysia tak perlu dikritik