Saturday, July 04, 2009

POLITIK : SABTU 04 JULAI 2009

Pakatan P. Pinang kalut
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk ZahrainMohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidakmengotakan apa yang pernah dikatakannya

Wakil Rakyat DAP Kedah isytihar jadi ADUN Bebas
WAKILrakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik semalam mengisytiharkandirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas danberkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.




Zahrain sindir Guan Eng
PULAU PINANG 3 Julai - Selepas dikecam teruk kerana gagal menyelesaikanisu tanah di Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim GuanEng disindir pula rakannya dalam pakatan pembangkang.

Jeff Ooi dakwa ahli majlis MPPP daripada PKR salah guna kuasa
PULAU PINANG 3 Julai - Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menyalah guna kuasaapabila cuba membantu sebuah syarikat pemaju meneruskan kerja-kerjapembinaan yang telah dihentikan sejak 26 Jun lalu.

Ketua Menteri didesak jumpa penduduk Kg. Buah Pala
PULAU PINANG 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak KetuaMenteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjumpa dengan penduduk KampungBuah Pala bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

ADUN tunggal DAP jadi Bebas
ALOR SETAR 3 Julai - Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aikhari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaannegeri.

'Kuil, tokong juga akan diroboh'
IPOH3 Julai - DAP Kedah hari ini mendedahkan kerajaan negeri pimpinan Pasbukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapijuga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Isu DAP Kedah dibincang minggu depan
PULAUPINANG 3 Julai - Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dijangka akan mengadakanmesyuarat minggu depan bagi membincangkan tindakan DAP Kedah keluardaripada pakatan pembangkang di negeri itu.

Keluar pakatan: Khalid sifat DAP Kedah salah faham
SHAHALAM 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyifatkan salahfaham menjadi punca DAP Kedah dan wakil rakyatnya, Lee Guan Aikbertindak keluar daripada pakatan pembangkang.

Penduduk Kampung Buah Pala akui silap pilih pembangkang
PULAUPINANG 3 Julai - ''Kami minta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Tun Razak. Kami sedar kami telah membuat kesilapan apabilamengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.''


'Sentuh' Nik Aziz untungkan Pas
KUALAKRAI 3 Julai - Pas percaya tindakan UMNO 'menyentuh' Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Pembangkang tidak kuat untuk bersatu
KUALALUMPUR 3 Julai - Pakatan pembangkang tidak cukup kuat untuk menubuhkansatu parti di bawah satu lambang untuk memerintah negara ini keranamasing-masing berpegang kepada ideologi berbeza.

Nik Aziz didakwa takut DAP
KUALALUMPUR 3 Julai - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwatakut kepada DAP kerana sehingga sekarang gagal mempertahankanpendirian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubungisu pusat penyembelihan babi di negeri itu.

Perebutan kuasa 'kabinet bayangan'
KUALALUMPUR 3 Julai - Tindakan pakatan pembangkang meletakkan tiga namapemimpin tertinggi mereka di Jabatan Perdana Menteri dalam 'kabinetbayangan' mencerminkan sikap curiga-mencurigai dan obses kuasa dikalangan mereka.

Nik Aziz anggap wacana Pemuda Pas-UMNO satu dakwah
KOTA BHARU 3 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matberkata, beliau tidak ada masalah dengan wacana yang dirancang antaraDewan Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Kabinet 'syok sendiri' - Tajuddin
IPOH 3 Julai - Tindakan pembangkang mengeluarkan senarai jawatankuasaAhli Parlimen mereka mengikut kementerian disifatkan sebagai gilakuasa.

Hasrat Pemuda Pas, UMNO berwacana dipuji
KUALA LUMPUR 3 Julai - Kesediaan Dewan Pemuda Pas dan Pergerakan PemudaUMNO untuk berwacana disambut baik beberapa ahli Parlimen beragamaIslam yang menyifatkan ia sebagai suatu usaha baik untuk kepentinganbersama.







Penamaan calon 3 hari ditimbang
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti memanjangkan tempoh penamaancalon daripada sejam ketika ini kepada dua hingga tiga hari bagimengurangkan ketegangan di pusat penamaan calon berikutan kehadiranramai penyokong.

Nik Aziz restui wacana ilmiah
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalammenyambut baik langkah Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakanperbincangan dengan Pemuda Umno, demi kebaikan bangsa Melayu dan umatIslam di negara ini.

Ahli MPPP dari PKR didakwa seleweng kuasa
GEORGETOWN:Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti KeadilanRakyat (PKR) didakwa menyalahgunakan kuasa dengan melobi bagi pihakpemaju supaya pihak berkuasa tempatan itu menarik balik perintahberhenti kerja yang dikenakan terhadap syarikat itu.

'Biar Timbalan Ketua Menteri tangani masalah'
GEORGETOWN:Selepas membisu mengenai keengganannya menemui penduduk Kampung BuahPala, Gelugor di sini, bagi menyelesaikan masalah mereka, KetuaMenteri, Lim Guan Eng semalam membuka mulut untuk memberi alasannya.

Parti Keadilan Rakyat kecewa Ketua Menteri tak muafakat
GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat KetuaMenteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran SeberangPrai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya,minggu lalu.

Penduduk tetap mahu berjumpa Guan Eng
GEORGETOWN: Penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, tetap mahu berjumpa denganKetua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan masalah perkampunganmereka yang bakal dimajukan dengan rumah kos tinggi dan sederhana.

Adun Kota Darulaman jadi wakil rakyat berkecuali
ALORSETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darulaman, Lee Guan Aikdari DAP akan bertindak sebagai wakil rakyat berkecuali berikutankeputusan parti itu di negeri ini menarik diri daripada Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa khas dakyah pembangkang
KUALALUMPUR: Langkah Pakatan Rakyat mengumumkan penubuhan Jawatankuasa AhliParlimen bagi membahaskan setiap isu di Dewan Rakyat dengan lebihteratur, mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tindakan PR tak halang BN terus berkhidmat
KUALALUMPUR: Pelbagai pihak menganggap tindakan Pakatan Rakyat menubuhkanJawatankuasa Ahli Parlimen hanyalah helah untuk mengalihkan perhatianrakyat terhadap masalah sebenar yang membelenggu mereka ketika ini.

20 set borang dibeli wakil calon BN, Pas
KOTABHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 20 setborang pencalonan dibeli wakil calon Barisan Nasional (BN) dan Pas yangdijangka bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Manek Urai, 14 Julai ini.

Kelayakan Tuan Aziz mampu pikat pengundi
KUALAKRAI: Latar belakang pendidikan tinggi adalah aset serta bonus kepadacalon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dalam kempennyameraih keyakinan dan kepercayaan pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai.





Ditangguh buat kali ketiga
KUALA LUMPUR 3 Julai - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agardibekalkan dengan dokumen berkaitan tuduhan kes liwat yang dihadapinyaterpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya Sulaiman Abdullahmengadu tidak sihat.

Rajasekaran Setiausaha Agung MTUC sah
KUALALUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas)hari ini memutuskan jawatan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan SekerjaMalaysia (MTUC) yang dimenangi oleh G. Rajasekaran pada persidanganperwakilan kongres tersebut pada 18 Disember 2007 adalah sah.

Pemuda UMNO buat laporan polis isu kebakaran
KUALALUMPUR 3 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai danGabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporanpolis terhadap Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantaikerana mengeluarkan laporan berbaur hasutan dalam sebuah akhbarberbahasa Melayu.

Pemuda Umno lapor dakwaan sabotaj
KUALALUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Lembah Pantai semalam membuat laporanpolis terhadap Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian LembahPantai, Amin Mian berhubung dakwaannya kebakaran empat rumah di BukitB, Kampung Kerinchi adalah perbuatan sabotaj, Isnin lalu.

Suami fail permohonan Manohara pulang, taat
KUALALUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petradijangka memfailkan dua permohonan terhadap isterinya, Manohara OdeliaPinot yang juga bekas model Indonesia di Mahkamah Tinggi Syariah KotaBharu Kelantan esok.

Adun Kota Darulaman jadi wakil rakyat berkecuali

Adun Kota Darulaman jadi wakil rakyat berkecuali

Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my


PUSAT pemotongan babi (anak panah) di Kampung Berjaya telah dirobohkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) baru-baru ini atas faktor kebersihan dan lokasi kawasan yang tidak sesuai.

Pengerusi DAP perjelas Lee hanya sokong pihak yang benar

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darulaman, Lee Guan Aik dari DAP akan bertindak sebagai wakil rakyat berkecuali berikutan keputusan parti itu di negeri ini menarik diri daripada Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata sebagai wakil rakyat berkecuali Lee tidak akan menyokong mana-mana pihak sama ada kerajaan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN).

Beliau menjelaskan Lee tidak boleh menjadi wakil rakyat Bebas kerana beliau bukan keluar daripada DAP, sebaliknya hanya tidak lagi menyertai Pakatan Rakyat.

"Berikutan keputusan DAP keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah, beliau akan bertindak sebagai pembangkang kepada kerajaan atau bersikap kecuali terhadap sebarang keputusan.

"Pada masa sama, beliau juga tidak menyokong Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di sini, semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai status Lee selepas DAP Kedah dalam mesyuaratnya, Rabu lalu dan memutuskan parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat negeri.

Kekeliruan timbul berikutan Lee mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas dan berkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Lee dilaporkan berkata, sebagai Adun Bebas dan berkecuali, beliau juga tidak akan menyokong BN, tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar saja.

Tindakan mengejutkan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap cara kerajaan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu di negeri ini.

Kemuncak rasa tidak puas hati itu meletus apabila DAP menuduh kerajaan negeri tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) daripada merobohkan rumah pemotongan babi haram di Kampung Berjaya di sini, Rabu lalu, yang beroperasi sejak lebih 30 tahun.

Su juga mengesahkan setakat ini tiada wakil Pakatan Rakyat, terutama Pas Kedah memujuk mereka.

"Kita kekal dengan keputusan menarik diri daripada Pakatan Rakyat dan sudah menghantar surat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN yang mana 16 adalah milik Pas, 14 Barisan Nasional (BN), lima Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu DAP.

ADUN tunggal DAP jadi Bebas

ADUN tunggal DAP jadi Bebas

ALOR SETAR 3 Julai - Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN Bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Guan Aik, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada di sini hari ini.

Katanya, DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Guan Aik berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum lepas.

"Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa Menteri Besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru," katanya.

Rabu lepas, DAP Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

Tindakan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, dekat sini.

Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata, selain Guan Aik yang akan bertindak seperti ADUN Bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka. - BERNAMA





Wakil Rakyat DAP Kedah isytihar jadi ADUN Bebas

WAKIL rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik semalam mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan berkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN Bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su pula mendedahkan kerajaan negeri Kedah bukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapi juga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Beliau mendakwa, kerja-kerja untuk merobohkan kuil dan tokong itu telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

'Kuil, tokong juga akan diroboh'

'Kuil, tokong juga akan diroboh'

IPOH 3 Julai - DAP Kedah hari ini mendedahkan kerajaan negeri pimpinan Pas bukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapi juga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mendakwa, kerja-kerja merobohkan kuil dan tokong itu telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

''Kita juga ada maklumat di mana MBAS sudah meluluskan untuk roboh kuil Hindu dan kuil (tokong) Cina di Alor Setar, ini akan dilakukan," dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Thomas, semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung DAP Kedah akan meletak jawatan serta merta.

Bagaimanapun, tegasnya, sama ada DAP terus kekal dalam pakatan pembangkang di negeri itu atau sebaliknya masih bergantung kepada keputusan jawatankuasa Pusat.

Mengulas lanjut, Thomas berkata, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menghormati perjanjian yang dilakukan dalam pakatan pembangkang.

''Tindakan ini bertentangan dengan kehendak pakatan pembangkang dan tidak menggambarkan suasana Malaysia untuk semua (kaum)," katanya sambil turut menyifatkan Azizan sebagai seorang pembohong.

Menurut beliau, pusat penyembelihan babi tersebut tidak seharusnya dirobohkan kerana ia hanya membabitkan soal pemakanan.

Sambil mendesak isu itu diselesaikan segera, jelas Thomas, adalah tidak masuk akal sekiranya membawa ternakan babi ke Pulau Pinang semata-mata untuk disembelih.

Semalam, akhbar melaporkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran Pas di negeri itu merobohkan pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Isu DAP Kedah dibincang minggu depan

Isu DAP Kedah dibincang minggu depan

PULAU PINANG 3 Julai - Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dijangka akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincangkan tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat itu akan diadakan selepas mendapat maklum balas daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, esok.

"Saya percaya surat (daripada DAP Kedah) telah dihantar ke ibu pejabat (DAP). Saya belum baca surat itu lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Fotografi sempena pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, di sini hari ini.

Rabu lepas, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang negeri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Beliau juga menyifatkan kerajaan Kedah pimpinan PAS sebagai lemah dan sering menimbulkan masalah termasuk mengenakan kuota perumahan bumiputera sebanyak 50 peratus.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memberi amaran akan memberhentikan projek pembangunan di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, di sini, jika pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd., terus mengancam untuk merobohkan rumah dan enggan membayar pampasan kepada penduduk di situ.

"Jangan cuba untuk uji kesabaran kerajaan negeri. Saya tidak teragakagak untuk memberhentikan projek pembangunan itu," katanya sambil menjelaskan kerajaan negeri bersedia menanggung risiko membayar ganti rugi kepada pemaju jika terpaksa membatalkan projek itu.

Ditanya mengapa beliau enggan menemui penduduk kampung itu, Guan Eng berkata:

"Saya sudah serahkan tugas ini kepada Mansor (Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman) dan Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P. Ramasamy).

"Jadi saya tidak mahu orang mempersoalkan kebolehan mereka," katanya.

Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan penduduk di kampung itu supaya berpindah. - BERNAMA

Keluar pakatan: Khalid sifat DAP Kedah salah faham

Keluar pakatan: Khalid sifat DAP Kedah salah faham

SHAH ALAM 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyifatkan salah faham menjadi punca DAP Kedah dan wakil rakyatnya, Lee Guan Aik bertindak keluar daripada pakatan pembangkang.

Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat, keadaan itu disebabkan tiada komunikasi yang mantap antara kerajaan negeri dan DAP Kedah sebelum keputusan sedemikian dibuat.

''Tindakan itu belum dibawa ke pengetahuan peringkat tertinggi pakatan pembangkang.

"Kita berasakan perkara itu boleh diselesaikan dan salah faham seperti ini boleh diperbaiki melalui komunikasi dua hala yang baik,'' ujarnya.

Abdul Khalid turut ditanya keputusan Guan Aik mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dan berkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

ADUN Kota Darul Aman ketika mengumumkan pendiriannya berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian DAP Kedah untuk keluar daripada kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

Tindakan itu antara lain disebabkan DAP negeri tidak lagi yakin dengan keadilan kerajaan Kedah dalam mentadbir negeri termasuk kegagalan menangani isu merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya Rabu lalu.

Pembangkang tidak kuat untuk bersatu

Pembangkang tidak kuat untuk bersatu

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pakatan pembangkang tidak cukup kuat untuk menubuhkan satu parti di bawah satu lambang untuk memerintah negara ini kerana masing-masing berpegang kepada ideologi berbeza.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee percaya perbezaan ideologi itu merupakan punca DAP Kedah keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

''Pakatan pembangkang hanya ditubuhkan semata-mata untuk memerintah sesebuah negeri, bukannya mereka betul-betul bersatu untuk memerintah negara.

''Jika benar ingin memperjuangkan hak rakyat, sahut cabaran ini bagi membolehkan rakyat menilai ketelusan perjuangan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya pakatan pembangkang menubuhkan satu parti di bawah satu lambang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Syed Ali, sekali pun pakatan pembangkang berjaya berbuat demikian, beliau yakin kekuatan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat, sebaliknya terus kukuh dengan sokongan rakyat.

Katanya, kerenah politik pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini amat menyedihkan rakyat kerana tidak cenderung untuk mencari jalan ke arah perpaduan dan penyatuan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan DAP Kedah keluar dari pakatan pembangkang dan menuduh media menggembar- gemburkan isu tersebut.

''Kita boleh lihat isu ini sebagai kepincangan dalam pakatan pembangkang selain isu kerajaan perpaduan oleh PAS sebelum ini.

''DAP Kedah sudah terang-terangan menyatakan keputusan mereka untuk keluar pakatan pembangkang di negeri itu tapi ada pihak lain yang campur tangan dengan menafikan keputusan tersebut,'' ujarnya.

Nik Aziz didakwa takut DAP

Nik Aziz didakwa takut DAP

KUALA LUMPUR 3 Julai - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa takut kepada DAP kerana sehingga sekarang gagal mempertahankan pendirian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu pusat penyembelihan babi di negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Mursyidul Am Pas itu bersikap demikian kerana ingin menjaga hati DAP walaupun operasi pusat itu sudah sekian lama menjadi isu kepada masyarakat Islam di Kedah.

Menurutnya, sebagai pemimpin Pas, beliau sepatutnya menyokong pendirian Menteri Besar Kedah dan bukannya berdiam diri berhubung isu itu.

''Nik Aziz dah jadi pengecut bila berdepan dengan DAP dalam isu babi, tetapi menunjukkan garang dan marahnya kepada sesama Islam dalam isu UMNO.

''Kerana takut DAP tersinggung, maka dia kata tak tahu dan tak mahu campur tangan, inikah yang dikatakan ulama besar dalam Pas, yang lebih rela menjadi 'kuda' dan 'patung' kepada DAP,'' kata Syed Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syed Ali, sikap Menteri Besar Kelantan itu membuktikan Pas hanya menumpang pengaruh DAP untuk terus kekal berkuasa walaupun terpaksa menggadaikan harga diri dan prinsip perjuangan Islam.

Pakatan P. Pinang kalut

Pakatan P. Pinang kalut

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengotakan apa yang pernah dikatakannya.

Zahrain juga mahu Guan Eng bersemuka sendiri dengan penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR menyalahgunakan kuasa.

Penduduk Kampung Buah Pala mohon maaf kepada Perdana Menteri kerana silap pilih pembangkang.

Zahrain sindir Guan Eng

Zahrain sindir Guan Eng

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Julai - Selepas dikecam teruk kerana gagal menyelesaikan isu tanah di Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disindir pula rakannya dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam mendakwa, Ketua Menteri itu tidak mengotakan apa yang dikatakannya.

Menurutnya, Guan Eng sering merujuk Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam yang mempunyai sifat belas kasihan tetapi dia tidak mempraktikkan kata-katanya itu.

Beliau mengulas keengganan Guan Eng bertemu bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim yang dipecat kerajaan negeri pada 26 Jun lalu kerana memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP baru pada 4 Jun.

Tindakan Guan Eng itu disifatkan Zahrain sebagai tidak adil kerana Johari telah pun menyatakan kekesalan terhadap tindakan memulau majlis tersebut dan sanggup bertemu Ketua Menteri.

''Kita telah mendapat maklum balas daripada Ketua Menteri yang disampaikan melalui Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman bahawa beliau tidak mahu bertemu dengan Johari.

''Sikap ini langsung tidak menunjukkan sifat belas kasihan dan adil seperti Umar Abdul Aziz yang beliau sering laungkan.

''Kalau orang telah mengaku buat silap, kita harus ambil sikap bertolak ansur dan mahu mendengar, bukannya tak mahu berjumpa langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan PKR negeri di Bayan Baru di sini malam tadi.

Tegasnya, isu pemecatan Johari itu bukan pandangan peribadi beliau tetapi membabitkan semua anggota PKR termasuk kepimpinan di peringkat pusat kerana ia bukan isu pentadbiran tetapi satu perkara politik.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang bertemu Ketua Menteri bagi menyatakan pendirian berhubung perkara itu dan pada masa yang sama mahu merayu supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat Johari.

''Mansor telah pun memaklumkan kepada kita sebentar tadi bahawa Ketua Menteri sudi bertemu kita semua (tidak termasuk Johari) iaitu seluruh kepimpinan parti di negeri ini khususnya Yang Berhormat semua, jadi kita ambil peluang ini untuk menyatakan pendirian PKR mengenai isu itu.

''Saya yakin pertemuan bersama Guan Eng dalam masa terdekat ini akan dapat menyelesaikan masalah ini,'' ujarnya.

Beliau berkata, PKR yakin dan percaya isu Johari boleh diselesaikan.

Menurutnya, pakatan pembangkang sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar iaitu menghadapi Barisan Nasional.

Ahli MPPP dari PKR didakwa seleweng kuasa

Ahli MPPP dari PKR didakwa seleweng kuasa
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my

Ooi dedah tindakan melobi bagi pihak pemaju kondo

GEORGETOWN: Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menyalahgunakan kuasa dengan melobi bagi pihak pemaju supaya pihak berkuasa tempatan itu menarik balik perintah berhenti kerja yang dikenakan terhadap syarikat itu.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun yang turut mendakwa Ahli Majlis terbabit mendesak pegawai Unit Pusat Sehenti (OSC) MPPP supaya membentangkan semula arahan berhenti kerja dikeluarkan 26 Jun lalu bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan.

“Perbuatan Ahli Majlis itu adalah satu kesalahan besar, sekali gus menyalahi etika kerajaan negeri yang mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

“Ahli Majlis itu yang saya belum mahu mendedahkan namanya bertindak seperti `koboi' untuk melobi dan mendesak bagi pihak pemaju," katanya pada sidang media di Pusat Penjaja Lebuh Bakau, Sungai Pinang di sini, semalam.

Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan MPPP pada 26 Jun lalu terhadap pemaju projek kondominium mewah di Batu Lanchang di sini, kerana dikatakan melanggar syarat kerja pembinaan.

Ooi menjelaskan beliau menerima aduan daripada penduduk mengenai tindakan pemaju projek pembinaan empat blok kondominium mewah yang masih menjalankan kerja selepas jam 6 petang tanpa kebenaran.

Beliau mendakwa pemantauan sejak 25 Februari hingga 15 Jun lalu mendapati pemaju itu membuang sisa konkrit ke dalam longkang berhampiran, melakukan pembakaran terbuka dan membuat bising sehingga lewat malam.

Berikutan itu, beliau meminta dua Ahli MPPP, Ong Ah Teong dan Harvinder Singh membantu menyelesaikan masalah berkenaan, termasuk berjumpa dengan pemaju, namun pemaju masih berdegil dan menjalankan kerja seperti biasa.

Selepas tujuh kali berjumpa dengan pemaju dan tiada sebarang tindakan diambil, Ooi mendakwa syarikat itu mencabuli kuasa ‘harmoni sosial’ yang disyaratkan ke atas semua projek pembangunan di negeri ini.

"Berikutan itu, saya membuat aduan berhubung perkara itu kepada MPPP dan satu mesyuarat diadakan oleh MPPP serta arahan berhenti kerja dikeluarkan pada 26 Jun lalu," katanya.

Ooi mendakwa ahli majlis terbabit adalah dalang besar dengan berjumpa pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lalu bagi mendesak supaya menarik balik arahan itu.

"Tindakan Ahli Majlis itu seolah-olah cuba menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan pengundi di kawasan Jelutong, sekali gus menggugat keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

"Perkara ini sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri supaya siasatan dalaman dijalankan terhadap Ahli Majlis itu," katanya.





Jeff Ooi dakwa ahli majlis MPPP daripada PKR salah guna kuasa

PULAU PINANG 3 Julai - Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menyalah guna kuasa apabila cuba membantu sebuah syarikat pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan yang telah dihentikan sejak 26 Jun lalu.

Ahli Parlimen Jelutong yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi mendakwa Ahli Majlis berkenaan telah mendesak pegawai MPPP membentangkan semula arahan tersebut supaya ia dapat ditarik balik.

Pemaju pemaju projek Central Park Batu Lanchang, Jelutong yang dikendalikan Tetuan Insa Properties Sdn. Bhd. sebelum itu diperintah memberhentikan kerja pembinaan kerana melanggar syarat.

Jeff mendakwa, Ahli Majlis sepatutnya membawa usul berkenaan secara formal dalam mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya dengan melobi pegawai MPPP.

''Bagi saya apa yang dilakukannya tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Berjumpa saya pun tidak, sedangkan ia berlaku di kawasan saya. Dia tidak patut berbuat demikian dengan membuat tekanan atau desakan politik seperti itu.

''Tindakannya itu hanya seperti 'koboi' dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju yang angkuh seperti itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun ditanya tentang Ahli Majlis berkenaan, Jeff berkata: "Belum tiba masanya untuk saya mendedahkan siapakah dia. Saya tidak mahu ada unsur luar mengganggu siasatan kes ini.''

Sementara itu, Jeff menjelaskan, perintah berhenti kerja dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju dengan sengaja melanggar syarat-syarat ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.

Sebagai ahli Parlimen kawasan berkenaan, katanya, beliau banyak menerima aduan penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu bahawa pemaju menjalankan kerja melepasi had masa ditetapkan iaitu melebihi pukul 6 petang tanpa kebenaran MPPP.

''Setelah banyak sangat aduan dibuat, saya dan dua Ahli Majlis MPPP iaitu Harvindar Singh dan Ong Ah Teong telah membuat pemantauan sebanyak lapan kali ke kawasan berkenaan.

''Kami dapati pemaju dengan sengaja membuang saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran, melakukan pembakaran terbuka dan kerja pembinaan yang bising berlanjutan sehingga lewat malam.

''Kami kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pemaju bagaimanapun mereka menjalankan kerja-kerja sehingga lewat malam. Mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki Harvindar dan Ah Teong apabila dinasihati tidak berbuat demikian," katanya.

Menurut Jeff, satu mesyuarat mengenai perkara itu telah diadakan oleh MPPP serta arahan perintah berhenti kerja dikeluarkan terhadap pemaju tersebut.

''Paling saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan Ahli Majlis berkenaan yang merupakan dalang besar telah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lalu bagi mendesak supaya arahan tersebut ditarik balik,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan surat kepada kerajaan negeri supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas Ahli Majlis tersebut bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Ketua Menteri didesak jumpa penduduk Kg. Buah Pala

Ketua Menteri didesak jumpa penduduk Kg. Buah Pala

PULAU PINANG 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjumpa dengan penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng perlu mencari jalan penyelesaian terbaik sekali gus memberikan tumpuan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, beliau sendiri seharusnya bersua muka dengan penduduk di situ dan bukan menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya atau pun anggota Exco Kerajaan Negeri.

''Kita sebenarnya tidak mahu melihat penduduk kampung itu dianiaya, jadi Guan Eng perlu beri tumpuan pada perkara ini kerana ia bukan isu kaum India, ini isu rakyat dan sebagai rakyat mereka ada hak,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PKR di Bayan Baru di sini malam tadi.

Katanya, Guan Eng juga perlu mencari keputusan terbaik dan mengambil kira semua fakta tepat serta menjalankan kajian secara terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat dan rakyat tidak teraniaya.

''Turun dan jumpa penduduk kampung. Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang sering melaungkan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), keadilan serta perlu ada sifat belas kasihan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz," ujarnya.

Menurutnya, jika terdapat penyelewengan mahu pun transaksi tidak betul dalam isu itu, maka Ketua Menteri perlu mendedahkannya dan jangan mendengar khabar angin manakala isu mahkamah pula adalah perkara berasingan.

Dalam pada itu, Zahrain memberitahu, pihaknya juga telah bertemu dengan penduduk kampung tersebut untuk mengetahui dan mendengar sendiri masalah mereka malah sebuah jawatankuasa mengkaji kes itu juga telah ditubuhkan.

Katanya, Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Yusmadi Yusoff juga telah dilantik bagi menyiasat dan memberikan tumpuan terhadap perkara tersebut.

Penduduk Kampung Buah Pala akui silap pilih pembangkang

Penduduk Kampung Buah Pala akui silap pilih pembangkang

PULAU PINANG 3 Julai - ''Kami minta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami sedar kami telah membuat kesilapan apabila mengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.''

Demikian kata seorang penduduk Kampung Buah Pala di sini apabila kemelut pengambilan tanah di kampung berkenaan gagal diselesaikan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

''Bantulah kami. Kami berjanji tidak akan sesekali mengundi mereka lagi selepas ini," rayu A. Draviam, 84, yang dilihat agak uzur ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, dia dan seluruh penduduk kampung berkenaan berasa amat terkilan dan menyesal kerana termakan janji-janji pemimpin pakatan pembangkang sehingga mereka terpaksa menerima 'hukuman' atas kesilapan itu.

Sejak 11 pilihan raya umum lalu katanya, kira-kira 400 pengundi di kampung tersebut sentiasa mengundi Barisan Nasional (BN), namun janji pakatan pembangkang untuk menyerahkan tanah kepada mereka menyebabkan penduduk berpaling tadah.

''Saya merayu Perdana Menteri membantu kami. Kami sedia dihukum atas kesilapan yang dilakukan. Buatlah sesuatu supaya kami semua dapat terus tinggal di sini. Kami bukan baru setahun, dua tinggal di sini tetapi sudah berpuluh tahun. Ada penduduk yang sudah ada cicit.

''Sekali sudah buat kesilapan, kami tidak akan ulangi lagi. Kami ingin tinggal dan mati di sini. Walau apa pun yang dibuat, kami tidak akan berpindah," katanya berulang kali.

Tinjauan Utusan Malaysia di kampung berkenaan mendapati suasananya lebih tenang pada petang ini berbanding semalam yang kelihatan agak tegang.

Semalam, proses menghantar notis mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos kepada penduduk di Kampung Buah Pala itu kecoh apabila penduduk enggan memberi kerjasama.

Malah, tiga wakil Mahkamah Tinggi bersama pemilik tanah kampung berkenaan, wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pemaju projek di situ, NusMetro Ventures (P) Sdn. Bhd. yang diiringi polis turut dihalang oleh penduduk.

Tiada perhimpunan diadakan hari ini, cuma beberapa penduduk dilihat bergilir-gilir menghuni khemah yang didirikan di kawasan lapang untuk membuat pemantauan 24 jam situasi kampung tersebut.

Seorang lagi penduduk, M. Muniandy, 73, berkata, jika Ketua Menteri, Lim Guan Eng tetap enggan berjumpa penduduk untuk mencari jalan penyelesaian, mereka sepakat untuk mencarinya di kediaman rasmi beliau, Seri Teratai.

Katanya, tidak guna Ketua Menteri terus memberi alasan dan menyalahkan pihak lain sedangkan hanya dia yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

''Kita sudah muak mendengar dia menyalahkan kerajaan sebelum ini atas apa yang berlaku. Cerita dulu, biarkan, kita tidak mahu dengar lagi. Kita mahu dia bertanggungjawab kerana dia Ketua Menteri ketika ini.

''Dia ada kuasa untuk mengelakkan ini semua berlaku. Pulau Pinang banyak tanah lagi. Bagi sahaja tanah lain kepada pemaju itu dan biarkan kami di sini hidup aman," katanya.

D. Stevent, pula berkata, mereka tidak pernah memanggil mana-mana pemimpin pembangkang untuk datang ke kawasan kampung berkenaan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Katanya, tanpa diundang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R.S. N Rayer, Abdul Malik Kassim datang ke kampung tersebut merayu penduduk mengundi mereka

''Kami tidak pernah mencari mereka. Mereka yang cari kami tetapi bila sudah berlaku macam ini, seorang pun tidak nampak muka. Apa sudah jadi dengan janji-janji mereka. Jangan ingat kami lupa," katanya.

'Biar Timbalan Ketua Menteri tangani masalah'

'Biar Timbalan Ketua Menteri tangani masalah'


SUASANA kelihatan aman di Kampung Buah Pala, Gelugor selepas berlaku ketegangan semalam.

GEORGETOWN: Selepas membisu mengenai keengganannya menemui penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, bagi menyelesaikan masalah mereka, Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam membuka mulut untuk memberi alasannya.

Guan Eng menjelaskan keengganannya bertemu penduduk kampung tradisi kaum India berusia lebih 100 tahun itu kerana tidak mahu ada persepsi buruk dilemparkan terhadap Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy yang sudah dipertanggungjawabkan menangani masalah berkenaan.

Sambil menyatakan kesediaannya bertemu penduduk, Ketua Menteri berkata, beliau tidak mahu memberi gambaran kepada orang ramai seolah-olah Mansor dan Ramasamy tidak mampu melakukan tugas dengan baik.

"Kalau saya masuk campur, nanti kedua-dua mereka (Mansor dan Ramasamy) seperti tidak boleh buat apa-apa walaupun sudah melakukan pelbagai usaha sehingga penduduk kampung masih boleh tinggal di sana.

"Jadi biarlah mereka uruskan dan menyampaikan segala perkembangan baru kepada saya. Janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan pameran fotografi sempena ulang tahun pertama bandar raya ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Sains dan Kebudayaan (Unesco).

Selasa lalu, penduduk Kampung Buah Pala pulang hampa dan marah selepas Guan Eng enggan bertemu bagi membincangkan nasib mereka berikutan keputusan mahkamah berpihak kepada pemaju.

Berikutan keputusan mahkamah itu, penduduk perlu keluar dari kampung yang dikenali sebagai High Chaparral Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada projek pembangunan sebelum 3 Ogos ini.

Kelmarin, notis Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ditampal di kampung itu yang mengarahkan penduduk mengosongkan kawasan itu sebelum tarikh berkenaan.

Pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal kempen dengan menjanjikan penduduk bahawa hak mereka akan dikembalikan jika PR memerintah negeri ini.

Guan Eng juga menyatakan kesediaan kerajaan negeri membatalkan projek di kampung itu jika pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd enggan membayar pampasan kepada penduduk.

“Walaupun keputusan mahkamah sudah menetapkan yang mereka tidak perlu membayar pampasan, tetapi ia perlu sebagai tanggungjawab mereka... jangan cuba cari alasan.

"Saya beri amaran, kalau mereka tidak bayar pampasan jangan harap kerajaan negeri akan meluluskan projek. Kami ada kuasa untuk melakukannya walaupun terpaksa menanggung kerugian (membayar ganti rugi)," katanya.

Guan Eng turut mencadangkan Kerajaan Pusat membeli tanah di Kampung Buah Pala kerana kontroversi sekarang berpunca daripada tindakan kerajaan negeri BN sebelum ini yang menjual tanah itu pada harga RM3.2 juta.

Ditanya mengenai tindakan penduduk yang mahu membuat permohonan kepada Unesco supaya Georgetown dilucutkan tarafnya sebagai Tapak Warisan Dunia, Guan Eng berkata;

"Ia terpulang kepada penduduk tetapi saya rasa Unesco tidak akan layan permohonan mereka kerana kampung itu tidak termasuk dalam kawasan teras Tapak Warisan Dunia," katanya.

Parti Keadilan Rakyat kecewa Ketua Menteri tak muafakat

Parti Keadilan Rakyat kecewa Ketua Menteri tak muafakat

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya, minggu lalu.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata tindakan kerajaan negeri juga bertentangan dengan keputusan PKR pusat yang memutuskan Johari tidak perlu dipecat kerana beliau sudah menyesali tindakannya memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.

Malah, katanya, Johari juga sedia berjumpa Ketua Menteri berhubung perkara itu, tetapi malangnya Guan Eng enggan bertemu dengan pemimpin PKR berkenaan.

"Saya rasa ini satu sikap yang tidak bermuafakat. Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti dilaung-laungkan (oleh Guan Eng), pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.

"Ini bukan pandangan peribadi saya, ini pandangan ahli PKR sebab keputusan dibuat oleh kepemimpinan parti. Ia bukan keputusan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail), tetapi keputusan bersama kepimpinan peringkat pusat dan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PKR negeri di Bayan Baru di sini, malam kelmarin.

Mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 26 Jun lalu memecat Johari sebagai Ahli MPSP kerana mengetuai tindakan memboikot majlis pelantikan Mokhtar kerana tidak berpuas hati kerajaan negeri melantik kakitangan awam menduduki jawatan berkenaan.

Menyentuh isu penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, Zahrain mahu Guan Eng turun padang dan bersemuka dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan isu penempatan itu yang semakin kusut.

“PKR mahu masalah penduduk Kampung Buah Pala diselesaikan secara terbaik. Ini bukan isu kaum India dan saya rasa rakyat ada hak. Isu ini boleh diselesaikan jika beliau turun padang dan jumpa penduduk," katanya.

Zahrain berkata, jika ada sebarang penyelewengan dan salah laku dalam urusan berkaitan pemilikan tanah kampung itu, kerajaan negeri perlu mendedahkannya.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang perlu bertindak mengikut konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus," katanya.

Kira-kira 300 penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan penempatan yang berusia lebih 100 tahun ini sebelum 3 Ogos ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan oleh Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk tetap mahu berjumpa Guan Eng

Penduduk tetap mahu berjumpa Guan Eng

GEORGETOWN: Penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, tetap mahu berjumpa dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan masalah perkampungan mereka yang bakal dimajukan dengan rumah kos tinggi dan sederhana.

Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, J Stephen, berkata pihaknya kurang berminat berbincang dengan dua Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy kerana mereka tidak boleh menyelesaikan masalah.

"Kami mahu berbincang terus dengan Ketua Menteri kerana yakin semuanya dapat diselesaikan dalam satu mesyuarat saja. Perbincangan ketika ini tidak akan membawa ke mana-mana pun.

"Kami merayu kepada beliau supaya dapat meluangkan masa dan tidak memberi alasan yang tidak masuk akal termasuk yang terbaru (tidak mahu menjejaskan imej Mansor dan Ramasamy)," katanya.

Beliau ditemui di kampungnya bagi mengulas kenyataan Guan Eng bahawa tindakannya enggan berjumpa penduduk disebabkan tidak mahu ada persepsi buruk dilemparkan terhadap keupayaan Mansor dan Ramasamy yang sudah dipertanggungjawabkan menangani masalah itu.

Selasa lalu, penduduk Kampung Buah Pala pulang hampa dan marah selepas Guan Eng enggan menemui mereka bagi membincangkan nasib mereka berikutan keputusan mahkamah berpihak kepada pemaju.

Ditanya mengenai kesediaan kerajaan negeri untuk menghentikan projek di Kampung Buah Pala jika pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd tidak membayar pampasan, Stephen menegaskan penduduk tidak mahukan pampasan.

"Kami tetap tidak berganjak dengan pendirian mahu terus tinggal di sini," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan di kampung berkenaan tenang dengan penduduk melakukan tugasan harian masing-masing selepas kekecohan ketika proses menampal notis mahkamah, kelmarin.

Nik Aziz anggap wacana Pemuda Pas-UMNO satu dakwah

Nik Aziz anggap wacana Pemuda Pas-UMNO satu dakwah

KOTA BHARU 3 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak ada masalah dengan wacana yang dirancang antara Dewan Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Katanya, walaupun pendekatan Dewan Pemuda itu berbeza dengan pendekatannya, ia menjurus ke arah yang sama.

"Bawalah macam-macam cara asalkan boleh mencari titik persefahaman. Saya dengan cara saya dan Pemuda dengan cara dia.

''Tujuannya satu. Jangan biarkan kita duduk sebelah sini dan satu duduk sebelah sana, sampai bila-bila tidak akan bersatu," katanya.

Beliau menyifatkan jemputan Dewan Pemuda Pas kepada Pemuda UMNO untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah sebagai satu kerja dakwah yang baru dimulakan.

"Kira dakwahlah, dakwah peringkat awal itu maknanya ajak, bila sudah ajak sama ada dia datang atau dia pergi ke arah lain," katanya kepada pemberita selepas kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak menghalang perbincangan ilmiah diadakan dengan mana-mana pihak.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka kepada Pemuda UMNO bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam.

Surat tersebut diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen yang disahut secara positif oleh pergerakan itu.

Hasrat Pemuda Pas, UMNO berwacana dipuji

Hasrat Pemuda Pas, UMNO berwacana dipuji

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kesediaan Dewan Pemuda Pas dan Pergerakan Pemuda UMNO untuk berwacana disambut baik beberapa ahli Parlimen beragama Islam yang menyifatkan ia sebagai suatu usaha baik untuk kepentingan bersama.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, memang sudah sepatutnya sayap Pemuda kedua-dua parti itu menceburi budaya politik baru seperti mana wacana yang dicadangkan.

Kata beliau, pemimpin pelapis wajar menggunakan pendekatan berbincang dan berdialog kerana mereka perlu dibentuk untuk tidak taksub kepada parti, sebaliknya kepada matlamat membina negara.

''Jadi, apa salahnya membentuk budaya politik baru, biar mereka duduk semeja berbincang kerana yang lebih penting apabila ini berlaku, maka akan ada kemesraan nanti.

''Kemesraan itulah sebenarnya akan memudahkan berlakunya kerjasama apabila sampai ke satu peringkat yang memerlukan. Jadi, baik untuk kita memulakan di peringkat awal.

''Ini bukan soal nak tunjuk ego siapa lebih hebat, jadi saya menyokong penuh keterbukaan Dewan Pemuda Pas dan kesediaan Pemuda UMNO untuk berwacana,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin (gambar) berkata, wacana itu merupakan langkah yang baik untuk kedua-dua parti utama umat Melayu Islam itu melihat kepada perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Apatah lagi, katanya, dalam suasana sekarang semua pihak boleh saksikan bagaimana hak umat Islam dan Melayu semakin tercabar dan terhakis.

''Contoh terbaik yang menyentuh tentang hak seseorang yang mahu menganut agama Islam. Terdapat cadangan pindaan kepada beberapa undang-undang berkaitan yang dilihat menghakis hak golongan ini.

''Sedangkan sudah terdapat perundangan syariah yang sebenarnya hanya perlu diberi penerangan kepada bukan Islam bahawa sistem sedia ada pasti memberi keadilan kepada semua,'' jelasnya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, wacana yang dicadangkan itu tidak bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini.

Menurut Naib Presiden Pas itu, selagi mana ia tidak melibatkan perbincangan berhubung kerajaan perpaduan, maka pakatan pembangkang tidak pernah menghalang.

''Kalau berhubung kerajaan perpaduan, atas nama rundingan intelektual ke, apa pun, ia tidak boleh dibangkitkan. Titik noktah. Jadi ia jelas.

''Tapi atas perkara yang melibatkan kepentingan nasional seperti soal ekonomi, pendidikan dan sosial, pemimpin pakatan tiada masalah,'' ujarnya.

Nik Aziz restui wacana ilmiah

Nik Aziz restui wacana ilmiah
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

Langkah perbincangan antara Pemuda Pas, Umno turut disambut baik

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menyambut baik langkah Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno, demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu juga menyokong pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang merestui wacana ilmiah mengenai isu semasa itu, khususnya ke arah berdakwah dengan pihak terbabit.

"Saya bersetuju (perbincangan itu). Buatlah macam-macam (pelbagai) cara, biar saling faham memahami (antara kedua-dua pihak). Saya dengan cara saya dan Pemuda (Pas dan Umno) mengikut kaedah mereka, asalkan tujuannya satu, iaitu wujud persefahaman antara kedua-dua pihak nanti.

"Kita jangan jadi seperti kera sumbang, buat hal masing-masing. Seorang duduk di sebelah sini dan seorang lagi nun jauh di sebelah sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar kelmarin, bahawa Abdul Hadi merestui wacana Dewan Pemuda Pas dengan Pemuda Umno berhubung isu semasa dan tindakan itu tidak bercanggah dengan pendirian Pas.

"Pas membenarkan perbincangan secara ilmiah dengan mana-mana pihak termasuk Umno bagi menyelesaikan masalah yang ada," katanya.

Usaha mengadakan perbincangan itu tercetus selepas Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, menyerahkan surat jemputan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dan pelawaan itu disambut baik pergerakan berkenaan.

Nik Abdul Aziz berkata, inisiatif mengadakan perbincangan antara Pemuda Pas dan Umno juga harus dilihat sebagai usaha dakwah demi kebaikan ummah.

Katanya, dakwah penting kerana mengajak seseorang itu menuju ke arah kebaikan sekali gus mengelak terbabit dalam perbuatan bertentangan dengan agama.

"Saya anggap perbincangan itu juga boleh dikira dakwah, kita mengajak orang yang hanya duduk saja atau orang lari ke arah lain (daripada buruk kepada baik),” katanya.

"Sesama kita (Pas dengan Pas) tidak perlu berdakwah, yang penting kita (Pas) hanya perlu memperkukuhkan iman masing-masing," katanya.

Perebutan kuasa 'kabinet bayangan'

Perebutan kuasa 'kabinet bayangan'

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Julai - Tindakan pakatan pembangkang meletakkan tiga nama pemimpin tertinggi mereka di Jabatan Perdana Menteri dalam 'kabinet bayangan' mencerminkan sikap curiga-mencurigai dan obses kuasa di kalangan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pemimpin pakatan pembangkang seolah-olah tidak mahu bertolak ansur dan tidak mahu ketinggalan meletakkan nama mereka di tempat yang berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri.

"Nampak macam mereka tidak tahu siapa hendak menjaga siapa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas senarai 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang dikeluarkan di Parlimen semalam.

'Kabinet bayangan' itu meletakkan nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk 'menjaga' Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, tiga nama dari setiap parti dalam pakatan pembangkang juga dibariskan untuk setiap kementerian yang ada.

Tambah Shafie, kegagalan untuk memperlihatkan secara jelas siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerintah secara tidak langsung memperlihatkan bahawa pakatan itu tidak akan mampu menerajui negara ini.

Kata beliau, amat jelas semua pihak dalam pakatan itu sangat berminat dengan jawatan nombor satu negara dan tidak mahu ketinggalan memastikan peluang mereka ke arah itu tidak terjejas.

Menurutnya, situasi di Kedah di mana DAP negeri itu keluar daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang juga mencerminkan kedudukan pakatan itu di peringkat nasional.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempunyai pandangan sama iaitu tiga nama yang dikemukakan menunjukkan tiada kesepakatan dalam pakatan itu.

Katanya, tindakan itu jelas hanya untuk mengaburi mata rakyat sekali gus mendedahkan betapa tiada kesepakatan di antara para pemimpin pakatan pembangkang.

"Nampak sangat tidak masuk akal. Bayangkan jika ada mesyuarat Kabinet, sebesar-besar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pun tidak mencukupi," tempelaknya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pula berkata, apa yang dibuat pihak pembangkang mencerminkan ketidaktentuan dan ketidakpastian kepada situasi politik negara jika mereka berkuasa.

"Tiga nama di Jabatan Perdana Menteri, maknanya siapa yang akan jadi Perdana Menteri kalau mereka berjaya bentuk kerajaan, adakah ia Kit Siang, Anwar atau Abdul Hadi?" soalnya.

Kata beliau, walaupun pakatan pembangkang cuba menafikan apa yang diumumkan mereka itu adalah 'kabinet bayangan,' tetapi ia secara langsung mencerminkan bayangan terhadap kerajaan mereka.

"Pakatan pembangkang adalah satu pakatan rapuh, ini mencerminkan lagi satu contoh kelemahan mereka dan menampakkan wujudnya unsur-unsur berebut kuasa dalam pakatan pembangkang," katanya.

Kabinet 'syok sendiri' - Tajuddin

Kabinet 'syok sendiri' - Tajuddin

IPOH 3 Julai - Tindakan pembangkang mengeluarkan senarai jawatankuasa Ahli Parlimen mereka mengikut kementerian disifatkan sebagai gila kuasa.

''Semua gila kuasa, sebab itu letak tiga orang di setiap kementerian kerana masing-masing hendak jadi menteri.

''Kalau lantik seorang sahaja, yang lain terasa hati pula, jadi terpaksa letak tiga orang," kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (gambar) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pakatan pembangkang semalam mengeluarkan senarai jawatankuasa Ahli Parlimen mereka mengikut kementerian.

Tajuddin berkata, penubuhan jawatankuasa itu cuma satu lawak kerana pembangkang sebenarnya boleh menyumbang kepada pembentukan dasar kerajaan menerusi wakil mereka di Dewan Rakyat.

Katanya, ahli politik pembangkang juga tidak pernah disekat di Dewan Rakyat sehingga ada yang berucap sehingga tiga jam tetapi tidak digunakan untuk mengemukakan idea-idea baru dan bernas.

''Tidak payah hendak bentuk jawatankuasa Ahli Parlimen atau 'kabinet bayangan,' dalam Parlimen lebih setahun apa buah fikiran yang mereka ada?

''Mereka cuma 'melalak' dalam Dewan dan salahkan semua yang Barisan Nasional (BN) buat tetapi tidak memberikan apa-apa cadangan alternatif. Idea-idea yang dikemukakan semuanya hambar dan kebanyakannya ucapan politik sahaja," katanya.

Tajuddin berkata, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak mungkin dapat mewujudkan 'kabinet bayangan' kerana ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat perjuangan berbeza.

Katanya, disebabkan perbezaan itu, pembangkang tidak dapat membentuk satu polisi yang boleh diterima semua hingga sering bertelingkah sesama sendiri seperti berlaku di Kedah dan Pulau Pinang.

''Sebagai contoh, dasar-dasar mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Siapa hendak bawa dasar ini dan siapa pula hendak setuju?

''DAP tidak setuju, PKR pun tidak setuju, Pas pula kadang-kadang setuju dan kadang-kadang tidak setuju bila bercakap sesama mereka," katanya.

Jawatankuasa khas dakyah pembangkang

Jawatankuasa khas dakyah pembangkang

KUALA LUMPUR: Langkah Pakatan Rakyat mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Ahli Parlimen bagi membahaskan setiap isu di Dewan Rakyat dengan lebih teratur, mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kakitangan swasta, Mazlan Abdul Maulud, 42, menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai mainan politik pembangkang yang hanya bertujuan menjayakan agenda peribadi pemimpinnya tanpa memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Mereka ini hanya mahu mencari kesalahan pemimpin lain tanpa memikirkan tindakan itu boleh merosakkan negara. Mereka beranggapan seolah-olah mereka adalah pemimpin terbaik sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Bagi saya, apa yang gabungan pembangkang ini hanyalah satu angan-angan mereka kerana tujuan sebenarnya bukan untuk membela rakyat sebaliknya memenuhi agenda peribadi sendiri saja,” katanya di sini, semalam.

Peniaga, Adli Dahlan, 32, berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada empat negeri yang dikuasai mereka dan menyelesaikan isu berbangkit di negeri itu terlebih dulu, sebelum menubuhkan kabinet bayangan.

“Selesaikan isu yang timbul pada peringkat negeri dulu dan barulah fikirkan untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar pada peringkat nasional. Lagipun, masalah dalaman mereka seperti ‘portfolio’ yang bertindih perlu diselesaikan segera.

“Mereka perlu banyak belajar dan apabila semuanya sudah berada di landasan betul barulah boleh memikirkan untuk mewujudkan jawatankuasa khas atau menubuhkan kabinet bayangan pula,” katanya.

Kakitangan swasta, Norfizan Mohd Nor Hashim, berkata Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan untuk menyelesaikan kemelut politik membabitkan gabungan parti mereka sebelum memikirkan perkara lebih serius termasuk membayangkan penubuhan kabinet bayangan.

“Mereka perlu membuktikan kepada rakyat jika mahu rakyat mempercayai parti mereka. Contohnya, mereka perlu bekerja keras di empat negeri yang mereka menangi pada pilihan raya lalu,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mazlina Salleh, 35, berkata tidak perlu ditubuhkan kabinet bayangan kerana kerajaan sedia ada sudah cukup untuk melaksanakan pembangunan, sebaliknya Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan terlebih dulu kepada rakyat serta menjaga kebajikan mereka.

“Tanggung jawab Pakatan Rakyat masih banyak pada peringkat negeri dan ia perlu diberi tumpuan secukupnya manakala pada peringkat Persekutuan biarlah kerajaan sedia ada melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Kakitangan swasta, Shuhainor Abdul Rahman, 44 berkata, pihaknya bersetuju dengan kabinet bayangan yang diwujudkan kerana sekurang-kurangnya ia mampu mengimbangi barisan Kabinet sedia ada diterajui BN.

Pekerja sendiri, Nasrul Idris, 31 berkata, penubuhan jawatankuasa khas oleh pakatan Rakyat itu perlu untuk memastikan sesuatu isu dapat diselesaikan secara lebih berhemah lagipun kuasa pembangkang di Parlimen kini semakin menonjol.

Kakitangan kerajaan, George Edward, 32, berkata banyak lagi janji yang ditaburkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu yang belum ditunaikan sehingga kini dan sepatutnya mereka lebih memberi tumpuan kepada isu berkenaan.

Tindakan PR tak halang BN terus berkhidmat

Tindakan PR tak halang BN terus berkhidmat

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menganggap tindakan Pakatan Rakyat menubuhkan Jawatankuasa Ahli Parlimen hanyalah helah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah sebenar yang membelenggu mereka ketika ini.

Penubuhan jawatankuasa itu juga jelas bukannya kabinet bayangan seperti yang dikatakan akan ditubuhkan mereka sebelum ini sekali gus menunjukkan pembangkang masih tidak sepakat dan saling curiga di antara mereka.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata penubuhan jawatankuasa itu juga tidak akan memberi sebarang makna kerana ia jauh daripada mampu memberikan kestabilan politik di negara ini pada masa depan.

“Jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jaga Jabatan Perdana Menteri, siapa pula agaknya yang mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri?

“Mereka ini bukan Pakatan Rakyat, tetapi ‘Pakatan Rapuh’ yang tidak berwibawa atau dapat menjamin kestabilan politik negara,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketika dihubungi, semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan pembangkang itu tidak akan menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kerja dan berkhidmat kepada rakyat.

“Begitupun tiada sesiapa boleh menghalang pakatan pembangkang daripada terus memasang angan-angan untuk menubuhkan apa juga ‘pentadbiran bayangan’ mereka,” katanya yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, penubuhan jawatankuasa itu hanya sekadar ‘drama’ untuk cuba menunjukkan kononnya Pakatan Rakyat bersatu sedangkan hakikatnya mereka kini berhadapan pelbagai masalah.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, jawatankuasa itu juga mencerminkan angan-angan pembangkang untuk memerintah negara ini.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, mendakwa tindakan PR itu adalah sebahagian daripada perang psikologi mereka terhadap kerajaan BN.

'Sentuh' Nik Aziz untungkan Pas

'Sentuh' Nik Aziz untungkan Pas


Papan pemidang yang memaparkan potret Nik Abdul Aziz Nik Mat dibangunkan di merata-rata tempat sempena pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, semalam.


KUALA KRAI 3 Julai - Pas percaya tindakan UMNO 'menyentuh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.

Beliau secara terbuka mengakui ia merupakan strategi parti tersebut kerana penduduk di Kelantan khususnya Manek Urai menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon dan apa yang dikatakan terhadapnya akan memberikan kesan sebaliknya.

Katanya, penghormatan masyarakat terhadap Menteri Besar Kelantan itu begitu tinggi sehingga ke tahap ada yang percaya bahawa menatap potret pemimpin itu sudah dapat pahala.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz akan terus melakukan serangan secara total terhadap UMNO malah ungkapannya sebelum ini yang menyamakan parti itu dengan komunis serta ajaran sesat 'Ayah Pin' akan terus diulanginya dalam siri ceramah akan datang.

"Strategi ini akan memberikan kelebihan kepada kita, sebagai contoh, Tok Guru telah menjadi ikon kepada masyarakat Malaysia termasuk orang Cina.

"Di Manek Urai, saya dengar seorang imam mukim kata dia tengok muka Nik Abdul Aziz dapat pahala, boleh jadi betul atau tidak kata dia, tetapi itu gambaran bagaimana penghormatan terhadap Tok Guru.

"Siapa yang serang akan kena balik pada diri sendiri, lagi kuat serangan itu, lagi ramai orang simpati terhadap Nik Abdul Aziz dan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam siri ceramah Pas baru-baru ini di Laloh dan Manek Urai di sini, Nik Abdul Aziz menyamakan UMNO dengan komunis serta ajaran sesat 'Ayah Pin' kerana mendakwa parti itu menolak Islam.

Ekoran itu, Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana menghasut dan membuat fitnah terhadap parti tersebut.

Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, serangan seumpama itu juga akan mendorong calon dan parti itu untuk berkempen dengan lebih baik bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita harap UMNO akan membawa lebih ramai penceramah untuk serang Tok Guru dan memang kita sengaja buat lorong ini supaya calon dapat bekerja dengan baik manakala Tok Guru selesaikan dengan 'puak-puak' ini.

"Memang strategi ini banyak jasa sebab itu ucapan Tok Guru di Laloh dan Manek Urai Lama pada 21 dan 26 Jun lepas dibuat serangan secara total supaya mempelawa UMNO untuk menyerang balas," katanya.

Menurut beliau, Menteri Besar Kelantan juga mempunyai kebolehan untuk mengendalikan serangan terhadapnya kerana pengalamannya yang luas dalam dunia politik tanah air.

Tambahnya, parti itu akan lebih selesa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu sekiranya serangan terhadap Nik Abdul Aziz semakin kuat.

"Beliau hidup dalam politik selama 42 tahun, bermula dari 1967, lima penggal sebagai Ahli Parlimen dan enam penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Tok Guru mempunyai kemampuan untuk kuasai politik dan memang cukup teruji, oleh kerana itu kalau lawan tidak berhati-hati akan terperangkap dengan mainan sendiri," katanya.

20 set borang dibeli wakil calon BN, Pas

20 set borang dibeli wakil calon BN, Pas
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

SPR sahkan tiada wakil Bebas memohon

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 20 set borang pencalonan dibeli wakil calon Barisan Nasional (BN) dan Pas yang dijangka bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Md Salleh, bagaimanapun berkata sehingga kini, tiada wakil calon Bebas atau parti lain membeli borang pencalonan yang dijual RM20 setiap set.

"Sehingga hari ini (semalam), wakil BN dan Pas masing-masing sudah membeli 10 set borang. Menjadi kebiasaan calon membeli lebih daripada satu borang kerana dikhuatiri berlaku kesilapan ketika mengisinya.

“Setakat ini, calon BN sudah membayar deposit RM5,000 untuk pencalonan peringkat DUN dan RM3,000 sebagai deposit pemasangan poster, manakala calon Pas dijangka berbuat demikian dalam tempoh terdekat," katanya semalam.

BN akan menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon, manakala Bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, diletakkan sebagai calon parti itu.

Selain itu, Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat dan timbalannya, Zakaria Salleh masing-masing mengumumkan hasrat bertanding.

Penamaan calon akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, pada Isnin ini. Seramai 12,923 pengundi berdaftar akan mengundi di sembilan pusat mengundi menerusi 27 saluran. Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal jam 7 malam.

Kelayakan Tuan Aziz mampu pikat pengundi

Kelayakan Tuan Aziz mampu pikat pengundi

KUALA KRAI: Latar belakang pendidikan tinggi adalah aset serta bonus kepada calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dalam kempennya meraih keyakinan dan kepercayaan pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata walaupun latar belakang pendidikan seperti memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) bukan menjadi tiket untuk menang pilihan raya, ia dilihat sebagai bonus untuk berjaya.

Katanya, kelayakan Tuan Aziz, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mengukuhkan ciri seorang pemimpin selain dibantu pengalamannya bekerja dengan syarikat swasta serta agensi kerajaan seperti pernah memegang jawatan Pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Saya setuju, tidak semestinya ada PhD boleh menang pilihan raya kecil DUN Manek Urai, namun ia menjadi satu aset atau bonus untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pengundi. Kalau calon PhD dijamin membawa kejayaan, kita (Umno) sudah tentu letak calon seperti itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

"Apa yang penting pada calon kita itu ialah sejarah rekodnya yang sudah berjasa kepada rakyat terutama sepanjang beliau bertugas dengan Kesedar," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, kelmarin, yang menyifatkan pengundi Manek Urai tidak memerlukan seorang wakil rakyat berlatar belakangkan pendidikan tinggi kerana bidang tugas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terhad untuk kawasan diwakilinya.

Mustapa berkata, Tuan Aziz mempunyai kelayakan yang menepati seorang wakil rakyat dan ciri itu menjadi bonus kepada BN berbanding lawan tetapi pada masa sama tidak memperlekehkan calon Pas yang mungkin mempunyai kelebihan tersendiri.

Ditanya mengenai persiapan jentera pilihan raya, beliau berkata, semangat yang ditunjukkan oleh petugas parti agak luar biasa berbanding sebelum pengumuman nama calon dibuat.

Katanya, sebelum pengumuman calon, beliau berada dalam keadaan cemas memandangkan Kelantan adalah kubu kuat Pas di Malaysia, sedangkan jentera pilihan raya belum mantap.

Ditangguh buat kali ketiga

Ditangguh buat kali ketiga

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Julai - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dibekalkan dengan dokumen berkaitan tuduhan kes liwat yang dihadapinya terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat.

Beliau yang mengetuai barisan pembelaan meminta penangguhan daripada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan rawatan perubatan kerana mungkin kepenatan selepas mengendalikan kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan sejak Isnin lalu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan tidak membantah permohonan tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 8 Julai untuk mahkamah mendengar permohonan tersebut.

Pada tarikh itu, selain mendengar permohonan mendapatkan dokumen berkaitan, Hakim Mohamad Zabidin juga dijadual mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Ini merupakan kali ketiga permohonan tersebut ditunda.

Permohonan itu sepatutnya didengar pada 22 Jun lalu tetapi dipinda ke 1 Julai lepas sebelum ditukar ke hari ini setelah Mahkamah Rayuan yang ketika itu mendengar rayuan Anwar membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi atas permintaan pihak pembelaan.

Tarikh yang sama turut ditetapkan untuk perbicaraan kes tersebut dimulakan.

Seorang lagi peguam bela Anwar, Sankaran Nair memberitahu pemberita selepas prosiding tersebut, Sulaiman berhasrat membuat pemeriksaan doktor di Pusat Perubatan Pantai kerana pening dan penat sejak semalam.

Dua jam kemudian, Sankaran memaklumkan bahawa Sulaiman diberi cuti sakit sehingga 7 Julai ini.

Pada 10 Jun lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memfailkan permohonan agar pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat tersebut sebelum perbicaraan penuh bermula.

Antara yang dipohon untuk dibekalkan ialah kandungan penuh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac lalu yang membenarkan permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Suami fail permohonan Manohara pulang, taat

Suami fail permohonan Manohara pulang, taat


Manohara

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dijangka memfailkan dua permohonan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot yang juga bekas model Indonesia di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan esok.

Dua permohonan difailkan di mahkamah oleh peguam Putera Sultan Kelantan pada jam 12 tengah hari.

Permohonan itu untuk mendapatkan perintah mahkamah Manohara kembali taat kepada Tengku Muhammad Fakhry dan menuntut hutang RM972,750 daripada isterinya itu sehingga petang semalam.

Pada 26 Jun lalu, akhbar ini melaporkan Tengku Muhammad Fakhry dalam satu kenyataan memberitahu beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mengikut hukum syarak jika Manohara gagal kembali ke pangkuannya sebelum 2 Julai kerana dia masih isterinya yang sah.

Beliau mengarahkan Manohara, 17, kembali taat kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang dituntut syarak dan tugas Cik Puan Temenggong Kelantan seperti diperakui undang-undang.

Dalam kenyataan itu Tengku Temenggong menegaskan tempat isteri di sisi suami dan dia perlu mematuhi perintah jika tidak melanggar hukum syarak.

Beliau melantik peguam Zainul Rijal Abu Bakar daripada Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir mengendalikan kes itu.

Manohara melarikan diri ke Indonesia ketika mengikut suaminya ke Singapura menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Mt Elizabeth pada 1 Jun lalu.

Sekembalinya ke Indonesia, Manohara memberitahu media negara itu dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini.

Pemuda UMNO buat laporan polis isu kebakaran

Pemuda Umno lapor dakwaan sabotaj

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Lembah Pantai semalam membuat laporan polis terhadap Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Lembah Pantai, Amin Mian berhubung dakwaannya kebakaran empat rumah di Bukit B, Kampung Kerinchi adalah perbuatan sabotaj, Isnin lalu.

Naib Ketuanya, Zailani Abu Bakar, berkata dakwaan yang turut disiarkan dalam laman web Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan sebuah akhbar tempatan berniat mengaburi usaha kerajaan dalam membantu mangsa.

“Amin membuat satu kenyataan fitnah dan mengacau minda rakyat dengan mendakwa rumah mangsa sengaja dibakar.

“Jika dibaca, artikel berkenaan boleh menimbulkan ketidakpuasan rakyat kepada kerajaan, Umno dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ia sengaja memburukkan dengan mendakwa rumah diberi kepada mangsa tiada kemudahan asas,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, semalam.

Isnin lalu, empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai mula merebak dari sebuah rumah kosong.







Pemuda UMNO buat laporan polis isu kebakaran

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai kerana mengeluarkan laporan berbaur hasutan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Akhbar itu hari ini melaporkan, Naib Ketua PKR Lembah Pantai, Amin Mian mendakwa, kebakaran beberapa rumah di penempatan setinggan Kampung Kerinchi baru-baru ini adalah disengajakan.

Laporan polis itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Zailani Abu Bakar dan Timbalan Yang Dipertua GPMS cawangan Lembah Pantai, Mohd. Nazri Abdul Rahman di Balai Polis Brickfields kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurut Zailani, kenyataan yang dibuat oleh PKR itu seolah-olah mengaitkan Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak sedemikian ekoran keengganan penduduk berkenaan berpindah dari kawasan itu.

Beliau ketika ditemui berkata, laporan itu menyebut kebakaran itu hanya melibatkan rumah penghuni yang enggan berpindah.

"Kenyataan itu adalah palsu dan ia dilakukan semata-mata untuk mengelirukan masyarakat.

"Dakwaan itu juga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram selain cuba menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pusat," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Ketua PKR yang membuat dakwaan tidak berasas itu.

Rajasekaran Setiausaha Agung MTUC sah

Rajasekaran Setiausaha Agung MTUC sah

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini memutuskan jawatan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dimenangi oleh G. Rajasekaran pada persidangan perwakilan kongres tersebut pada 18 Disember 2007 adalah sah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan demikian selepas mendapati pemilihan tersebut mematuhi Peraturan 6(6) Perlembagaan MTUC dan dengan itu, tiada sebab untuk mahkamah campur tangan dalam keputusan pemilihan tersebut.

''Ini merupakan perlembagaan kongres tersebut dan ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Rasional peraturan tersebut diadakan adalah munasabah dan praktikal.

''Perlembagaan MTUC memperuntukkan bahawa sebarang pertikaian berhubung pemilihan perlu dibuat sewaktu persidangan pemilihan berlangsung dan bukan selepas ia berakhir,'' katanya.

Menurut beliau, sebarang pertikaian terhadap kelayakan perwakilan tidak boleh membatalkan keseluruhan pemilihan jawatan Setiausaha Agung MTUC.

Selain itu, beliau menyatakan, peraturan tersebut boleh dipinda atau diperbaiki tetapi pada ketika ini, Peraturan 6(6) Perlembagaan MTUC membataskan cara bagaimana pertikaian terhadap kelayakan perwakilan boleh dilaksanakan.

Setiap ahli kongres tersebut juga terikat dengan Perlembagaan MTUC ini dan seharusnya menerimanya sebagai satu garis panduan pentadbiran kongres tersebut, katanya.

Pada 24 Februari lalu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia (CEUPM) dan Abdullah Sani Abdul Hamid selaku plaintif memfailkan saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa keputusan pemilihan jawatan Setiausaha Agung MTUC bagi penggal 2008 hingga 2010 adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka mendakwa pemilihan pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali bagi kongres sekerja tersebut pada 18 Disember 2007 telah mengambil kira undian perwakilan yang tidak layak.

Pada pemilihan tersebut, Rajasekaran memenangi jawatan Setiausaha Agung MTUC dengan kelebihan empat undi sahaja apabila memperoleh sebanyak 259 undi berbanding Abdullah Sani yang menerima 255 undian.

Selain daripada deklarasi tersebut, pihak plaintif memohon perintah agar MTUC mengadakan satu Persidangan Perwakilan Khas untuk membuat pemilihan baru jawatan tersebut dalam tempoh 60 hari selepas perintah dikeluarkan.

Turut dipohon adalah perintah agar MTUC mengemukakan senarai nama-nama perwakilan yang digunakan pada persidangan perwakilan tersebut dalam tempoh 30 hari perintah mahkamah dikeluarkan.

Penamaan calon 3 hari ditimbang

Penamaan calon 3 hari ditimbang

Oleh Zainudin Isa dan Wan Hazmir Bakar
bhnews@bharian.com.my

ABDUL AZIZ ketika pakej bual bicara secara langsung dalam laman web BH Online, www.bharian.com.my, semalam.

Langkah redakan ketegangan penyokong

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti memanjangkan tempoh penamaan calon daripada sejam ketika ini kepada dua hingga tiga hari bagi mengurangkan ketegangan di pusat penamaan calon berikutan kehadiran ramai penyokong.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tempoh sesuai diteliti, sejajar kehadiran terlalu ramai penyokong calon parti yang bertanding, termasuk pada pilihan raya kecil sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kita dapati tempoh proses penamaan calon selama sejam, biasanya sehingga jam 10 pagi seperti sekarang menyebabkan ramai penyokong parti bertumpu di pusat penamaan calon.

“Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam jika kumpulan penyokong parti berbalah satu sama lain,” katanya dalam temu bual eksklusif Berita Harian Online (BH Online) di pejabatnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Abdul Aziz meluangkan masa sejam menerusi pakej bual bicara secara langsung - Cover-it-Live dalam laman web BH Online, www.bharian.com.my.

Abdul Aziz berkata, tempoh penamaan calon lebih panjang memudahkan SPR menentukan parti atau calon datang pada waktu sesuai bagi mengelak penyokong mereka bertembung.

Katanya, kehadiran terlalu ramai penyokong pada penamaan calon yang singkat seperti sekarang menyebabkan keadaan tidak terkawal apabila timbul provokasi satu sama lain.

Ditanya sama ada langkah itu menyebabkan lebih ramai calon bertanding, katanya, jumlah calon tidak menimbulkan masalah kepada SPR.

“Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, 15 calon bertanding dan SPR dapat menyelesaikan pendaftaran mereka kira-kira 25 minit saja,” katanya.

Beliau juga menolak tanggapan langkah itu boleh menyebabkan terlalu ramai calon tidak bermutu dan menyukarkan pemilihan wakil rakyat sesuai.

“SPR tiada kuasa menghalang sesiapa yang ingin jadi calon dengan syarat calon berkenaan tidak terbabit dalam kesalahan jenayah, tidak siuman atau muflis,” katanya.

Selain itu, katanya, SPR juga sedang mengkaji kaedah terbaik penggunaan sistem komputer atau biometrik menggunakan cap jari bagi memastikan kesahihan pengundi yang membuang undi serta kesahihan MyKad.

Mengenai persiapan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Abdul Aziz berkata, pelantikan dan latihan untuk pegawai dan petugas terbabit sudah dilakukan, selain persiapan logistik di pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.