Tuesday, May 26, 2009

POLITIK : SELASA 26 MEI 2009

Bertentangan dengan Islam
KUALALUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogoklapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan denganpegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.

Bendung provokasi Hindraf
KUALALUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesakkerajaan bertindak tegas terhadap pemimpin Hindraf yang sengaja membuatprovokasi bagi membangkitkan kemarahan rakyat dan mengancam keselamatanawam.





Mohammad Nizar lebih sesuai
IPOH25 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnyamemberikan gelaran 'Menteri Besar mahkamah' kepada Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.

Perakuan QC bukti kemampuan hakim
KUALALUMPUR 25 Mei - Perakuan pihak Queen's Counsel (QC) terhadap keputusanMahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadirsebagai Menteri Besar Perak yang sah, membuktikan kemampuan panel hakimnegara yang telah mencapai taraf dunia.

Selangor sokong budaya perhimpunan haram
SHAHALAM 25 Mei - Kerajaan negeri menyokong tindakan pihak tertentutermasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan budayaperhimpunan haram di negara ini.

Pembangkang teruskan mogok lapar
IPOH 25 Mei - Terus berdegil! Pakatan pembangkang nampaknya tidakmenghiraukan nasihat pihak berkuasa dan alim ulama apabila berkerasmahu meneruskan mogok lapar, esok.

Husam pertahan rancangan mogok lapar
KUALALUMPUR 25 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempertahankanrancangan pakatan pembangkang untuk melancarkan mogok lapar selama tigahari bermula esok bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perakdibubarkan.





Kayveas cabar Murugiah
KUANTAN 25 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas mencabar Senator Datuk T. Murugiah yang diumum Presiden PPPsemalam, supaya menubuhkan parti baru jika merasakan dirinya wira kaumIndia.

Pemuda PPP mahu Perdana Menteri bertindak
JOHORBAHRU 25 Mei - Pemangku Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP),Jamaluddin Gulamhan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengambil tindakan sewajarnya terhadap Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah kerana menyalahgunakankuasanya untuk kepentingan peribadi.

Image
30 pemimpin PPP Selangor kutuk tindakan Murugiah
SHAHALAM 25 Mei - Seramai 30 pemimpin dan ahli Parti Progresif Penduduk(PPP) Selangor hari ini berhimpun bagi mengutuk tindakan Senator DatukT. Murugiah mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) tanpa mendapatkelulusan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

TPM jumpa Kayveas, Murugiah
PULAUPINANG 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuandengan Datuk M. Kayveas dan Senator Datuk T. Murugiah esok untukmengetahui masalah sebenar yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP)ketika ini.

PPP Perak desak 'presiden' letak jawatan
IPOH25 Mei - Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak hari ini mendesakTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiahmeletak jawatan kerana mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM)haram yang membelakangkan peraturan parti.

Husam sah cabar Nasharuddin rebut Timbalan Presiden
KUALALUMPUR 25 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkandengan 'puak Erdogan' yang 'pro-Anwar' mengesahkan akan mencabarNasharuddin Mat Isa bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti itupada Muktamar Pas Ke-55 bulan depan.

Image
Aminah dakwa PKR tawar jawatan, wang
BUKITMERTAJAM 25 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini tampilmendedahkan bukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa cubamenyogoknya dengan menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1)atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wangRM88,000.

PKR tidak ada 'modal' kempen
PULAU PINANG 25 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PartiKeadilan Rakyat (PKR) tidak ada 'modal' apabila membelasah BarisanNasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti, walaupun BN tidak bertanding di situ.

Pertaruh calon terbaik
JOHOR BAHRU 25 Mei - UMNO yakin mampu memenangi Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan jika mempertaruhkancalon yang baik.

Sedia terima asakan pembangkang
KOTAKINABALU 25 Mei – Barisan Nasional (BN) bertekad melakukan yang terbaikbagi memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) ManekUrai, tidak lama lagi.

Polis akan ambil keterangan pihak kuil
KUALA LUMPUR 25 Mei - Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasukmengambil keterangan pihak Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves yangdijadikan lokasi perhimpunan haram penyokong kumpulan pemberontakHarimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kelmarin.








TPM jumpa Kayveas, Murugiah
GEORGETOWN:Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perjumpaan dengan PresidenParti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas dan Datuk T Murugiah,bagi mendapatkan penjelasan mengenai kemelut parti itu, hari ini.



SPR terima surat kekosongan DUN Manik Urai
GEORGETOWN:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menerima surat maklumankekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantanberikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

BN tetap jadi sasaran walaupun tak tanding di Penanti
GEORGETOWN:Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang yang tiada modal untukmemancing undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti dan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran kempenmereka.

Kempen pembangkang bukti tidak matang
KUALALUMPUR: Tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan memburukkan BarisanNasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti, 31 Mei ini, membuktikan parti pembangkang di negara initidak matang.

Saberi buat laporan polis borang ditolak
BUKITMERTAJAM: Mohd Saberi Othman, 49, calon Bebas yang kertas pencalonannyaditolak pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti, Sabtu lalu, membuat laporan polis terhadapSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tuduhan 'Menteri Besar mahkamah' tak berasas
IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkantuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliauadalah 'Menteri Besar mahkamah' sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

Murugiah gila publisiti: Kayveas
KUANTAN:Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas memintaTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiahmendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak selepasmengadakan satu perhimpunan di Putrajaya, kelmarin untuk 'melantik'dirinya sebagai presiden baru parti itu.

15 laporan polis ke atas penganjur AGM haram
SHAHALAM: Tindakan bekas ahli Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk TMurugiah mengadakan mesyuarat agung luar biasa, yang menyaksikan beliaudipilih sebagai Presiden parti itu, kelmarin, mengundang 15 laporanpolis terhadapnya.

Dua presiden disaran bincang selesai kemelut
KUALALUMPUR: Dua Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveasdan T Murugiah disaran bersikap terbuka dan duduk berbincang bagimenyelesaikan kemelut parti itu demi menjamin keutuhan Barisan Nasional(BN).

Husam tanding Timbalan Presiden
KUALALUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, semalam secara rasmimenawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pasmenentang penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa, bagi memastikan parti ituterus relevan.

KPP mahu jadi sayap Pas
KUALALUMPUR: Kelab Penyokong Pas Kebangsaan (KPP) yang dianggotai bukanMelayu akan mengemukakan usul supaya kelab itu menjadi sayap Pas padakonvensyen yang dijadualkan, 30 Mei ini.

Bekas calon BN meninggal
KUALATERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam pada pilihan raya umum lalu,Othman Awang, 51, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital SultanahNur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin, akibatserangan jantung.

Tempoh akhir tarik diri tengah malam
GEORGETOWN:Tempoh akhir bagi calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti untuk menarik dari daripada bertanding adalah pada tengah malamini.

SPRM bersedia siasat dakwaan calon Bebas
GEORGETOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaancalon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti,Aminah Abdullah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis PerbandaranPulau Pinang (MPPP) dan wang tunai RM80,000 supaya menarik diridaripada pertandingan

Murugiah gila publisiti: Kayveas

Murugiah gila publisiti: Kayveas
Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my

Tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP beri contoh tidak baik kepada BN

KUANTAN: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak selepas mengadakan satu perhimpunan di Putrajaya, kelmarin untuk `melantik' dirinya sebagai presiden baru parti itu.

Sambil melabelkan Murugiah sebagai `gila publisiti', Kayveas berkata, tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP itu mengisytiharkan dirinya presiden dibuat dengan membelakangkan perlembagaan parti dan undang-undang negara sekali gus memberi contoh tidak baik kepada generasi muda, negara dan Barisan Nasional (BN) .

"Sebelum ini beliau jumpa Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk minta batalkan PPP dan kemudian mengeluarkan kenyataan pemecatannya tidak sah, tetapi tiba-tiba dilantik sebagai Presiden... itu sah?

"Sebab itu saya cakap beliau memang perlu mendapatkan rawatan di hospital Tanjung Rambutan kerana ada masalah dalam dirinya... beliau yang minta ROS batalkan parti dan kemudian menjadi presiden parti yang hendak dibatalkan," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Tahunan PPP Ke-13, di sini semalam.

Konvensyen itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Hadir sama Pengerusi PPP Pahang, Datuk M Elayppen.

Kayveas turut mencabar Murugiah menubuhkan parti lain untuk menyatukan kaum India, jika beranggapan dirinya mempunyai pengaruh dan sokongan yang besar.

"Jika beliau (Murugiah) begitu bagus, tubuh satu parti lain bagi menyatukan orang India... kenapa perlu kacau PPP kerana beliau pun bukan ahli parti ini lagi.

Beliau mengulas mengenai krisis kepimpinan parti itu yang semakin bercelaru apabila Murugiah yang dipecat dua minggu lalu, dilantik sebagai presiden baru dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), kelmarin.

Seramai 1,760 perwakilan membabitkan 778 cawangan parti itu yang menghadiri EGM berkenan turut memutuskan memecat semua Exco lama PPP dan memilih tiga Naib Presiden baru iaitu Datuk Seri Abdul Rais Ahmad, R Karunakaran, dan Lau Beng Sin serta 25 ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Mengulas lanjut, Kayveas berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ahli PPP yang didapati menghadiri perhimpunan anjuran Murugiah itu.

"Kita mempunyai rakaman video keseluruhan perhimpunan berkenaan dan sudah mengenal pasti beberapa ahli yang menghadiri majlis berkenaan. Saya ada kira-kira 100 ahli yang bertindak seperti ejen risikan `James Bond' untuk memantau dan merakamkan keseluruhan majlis berkenaan," katanya.

Kayveas cabar Murugiah

Kayveas cabar Murugiah

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my


KUANTAN 25 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mencabar Senator Datuk T. Murugiah yang diumum Presiden PPP semalam, supaya menubuhkan parti baru jika merasakan dirinya wira kaum India.

Beliau bagaimanapun percaya tidak ada sesiapa daripada ahli PPP yang akan menyertai parti baru Murugiah itu kecuali seorang dua pengikut setianya.

"Kalau dia (Murugiah) rasa dia kuat dan popular, dia boleh membentuk parti baru dan satukan semua kaum India. Dia perlu lakukannya dan jangan ganggu PPP lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PPP Pahang di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Adnan diwakili Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin.

Kayveas mengulas krisis PPP apabila Murugiah dipilih sebagai Presiden baru parti itu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dihadiri 1,760 perwakilan didakwa mewakili dua pertiga cawangan PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipilih sebulat suara sebagai Presiden selepas undi tidak percaya ke atas Kayveas diluluskan sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 1993.

Pada 16 Mei lalu, Lembaga Disiplin PPP memecat tujuh ahli parti termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Murugiah dipecat kerana menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri untuk mengatur sidang akhbar pembantu khasnya, N. Shanmuganathan bagi memburukkan parti dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Dalam pada itu, Kayveas menyifatkan Murugiah sebagai gila kuasa dan publisiti selain tidak memahami peraturan dan perlembagaan parti.

"Dulu dia pernah kata parti ini tidak sah dan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkannya. Tiba-tiba semalam dia dilantik Presiden dan itu adalah sah pula.

"Kita kena check kerana ada yang tidak kena dengan dia. Bagaimana dia boleh jadi Presiden kepada parti yang tidak sah," katanya.

Sambil menyifatkan kemelut dalam PPP itu sebagai 'ribut dalam cawan', Kayveas menafikan tindakan Murugiah itu akan menyebabkan PPP berpecah.

Ini kerana, jelas beliau, lebih 90 peratus 'perwakilan' yang hadir pada EGM di PICC itu bukan ahli PPP.

"Beberapa ahli PPP yang hadir itu adalah daripada kalangan yang kecewa dengan parti," katanya.

Tegasnya, PPP akan meminta lapan daripada ahli parti yang dikenal pasti menghadiri EGM itu mengemukakan surat tunjuk sebab sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kita ada merakamkan apa yang berlaku dan setakat ini sekurang-kurangnya lapan ahli PPP dikenal pasti hadir dalam perhimpunan tersebut," jelasnya sambil mendakwa menghantar kira-kira 100 'pengintip' untuk merakamkan apa yang berlaku dalam EGM itu.

Kayveas sekali lagi mengingatkan Murugiah bahawa tempoh rayuan berikutan pemecatannya tamat pada 30 Mei ini.

"Jika sehingga 30 Mei ini dia (Murugiah) tidak merayu, dia secara rasmi dibuang daripada PPP," katanya.

Beliau juga yakin usaha Murugiah untuk menghantar semua keputusan EGM itu kepada ROS menemui kegagalan kerana mesyuarat tersebut adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan parti.

"Murugiah sepatutnya berjumpa dengan ROS terlebih dahulu sebelum mengadakan EGM," jelasnya.

Beliau juga menggesa BN mengambil tindakan terhadap Murugiah kerana tindakannya itu boleh merosakkan perpaduan dalam parti.

"Saya pasti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari apa yang berlaku dalam PPP," katanya.

Aminah dakwa PKR tawar jawatan, wang

Aminah dakwa PKR tawar jawatan, wang


AMINAH Abdullah ditemani suaminya Mohd. Rofi Osman menunjukkan salinan laporan polis dan cakera padat yang didakwa sebagai rakaman tawaran PKR di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 25 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini tampil mendedahkan bukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa cuba menyogoknya dengan menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang RM88,000.

Menurutnya, jawatan TKM1 Pulau Pinang dan wang RM88,000 itu ditawarkan sekiranya beliau menang atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini, tetapi dengan syarat beliau kembali menyertai PKR.

Katanya, jawatan Yang Dipertua MPPP dan wang RM88,000 ditawarkan jika beliau menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Jelasnya, bukti kedua-dua tawaran berserta wang tersebut, iaitu rakaman perbualan bersama dua wakil PKR yang datang menemuinya di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lalu, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar, Pulau Pinang esok.

"Kalau saya teruskan bertanding (atas tiket Bebas) dan menang, PKR menawarkan jawatan TKM1 tetapi mesti masuk semula ke dalam parti PKR manakala kalau saya tarik diri pula, mereka tawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP.

"Kedua-dua tawaran itu disertai dengan ganti rugi RM88,000 kerana itulah jumlah yang telah saya belanjakan untuk berkempen termasuk wang deposit untuk bertanding kerusi DUN Penanti," katanya pada sidang akhbar di Simpang Tiga, Kubang Ulu di sini hari ini.

Pada kira-kira pukul 11.50 pagi ini, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) bertujuan melindungi keselamatan dirinya dan keluarga ekoran pendedahannya itu.

Aminah berkata, dua individu yang mewakili PKR adalah seorang pegawai khas Exco kerajaan negeri dan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Menurutnya, selain pita rakaman perbualan dalam bentuk cakera padat selama lebih tiga jam, beliau akan menyerahkan kepada SPR gambar-gambar ketika dikunjungi dua wakil PKR itu.

"Saya mendedahkan bukti ini kerana berpegang kepada prinsip dan bukan ditaja mana-mana pihak untuk bertanding atas tiket Bebas, sebaliknya berharap SPR menyerahkan laporan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

"Saya juga membuat pendedahan bukti hari ini bagi menyahut cabaran yang dilontarkan kepada saya oleh pemimpin PKR negeri,"

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tawaran PKR itu, Aminah memberitahu, tawaran tersebut dibuat PKR kerana parti itu tidak yakin calon mereka, Dr. Mansor Othman boleh menang kerusi DUN Penanti.

Husam sah cabar Nasharuddin rebut Timbalan Presiden

Husam sah cabar Nasharuddin rebut Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR 25 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan 'puak Erdogan' yang 'pro-Anwar' mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu pada Muktamar Pas Ke-55 bulan depan.

Beliau berkata, keputusan muktamad untuk bertanding jawatan itu dibuat kerana wujud keperluan semasa yang mendesak untuk menyemak peringkat tertentu dalam Pas termasuk berhubung isu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

''Saya berpendirian sudah sampai masa Pas berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan parti ini menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Hari ini merupakan tarikh tutup bagi setiap calon menghantar surat jawapan untuk bertanding pada muktamar yang berlangsung dari 2 hingga 6 Jun ini kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali.

Keputusan itu bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru bagi jawatan berkenaan antara Husam dan seorang lagi Naib Presiden, Mohamad Sabu yang dikaitkan sebagai 'puak Erdogan' yang pro kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Nasharuddin.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden itu kini menjadi calon tunggal mewakili ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan penarikan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din.

Ditanya laporan akhbar hari ini bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah merestuinya untuk merebut jawatan itu, Husam berkata, beliau tidak akan membuat sebarang dakwaan berhubung perkara itu.

''Saya tak boleh dakwa macam itu kerana saya berdikari sendiri tetapi saya akui telah memaklumkan kepada Mursyidul Am pagi ini mengenai hasrat untuk bertanding.

''Saya juga akan memaklumkan kepada Abdul Hadi dan kepimpinan tertinggi Pas lain mengapa saya mengambil keputusan ini dan sama ada mereka restu atau tidak, itu terpulang kepada masing-masing," katanya.

Husam yang turut menafikan laporan beberapa akhbar bahawa beliau merebut jawatan itu kerana ia akan memberinya lebih peluang untuk menjadi Menteri Besar Kelantan berkata, tumpuannya adalah untuk bergiat aktif di peringkat nasional.

''Lebih baik saya menjadi timbalan menteri atau menteri kerana saya pada waktu ini lebih diperlukan pada peringkat nasional khususnya bagi merangka agenda tersusun untuk menawan negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN)," katanya.

Ditanya sama ada tindakan beliau melawan Nasharuddin akan menjejaskan perpaduan dalam Pas, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan, beliau hanya menawarkan diri untuk bertanding setelah mendapat pencalonan yang mencukupi dari kawasan-kawasan.

''Saya mendapat pencalonan yang agak rendah, jadi tidak perlu mana-mana pihak rasa bimbang atau takut dengan saya,'' katanya sambil menegaskan parti itu pernah menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden termasuk pada 2003 tetapi tidak pernah berpecah.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Nasharuddin mendapat pencalonan lebih 60 peratus dari 137 kawasan Pas yang bermesyuarat.

Mengenai sama ada tindakannya bertanding bermakna Nasharuddin tidak lagi mempunyai kewibawaan untuk menyandang kerusi Timbalan Presiden, Husam berkata:

''Saya yakin dia (Nasharuddin) adalah lebih baik daripada saya dan sebab itu untuk selama dua penggal saya telah menyokong penuh serta mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap kemampuan beliau dari semua segi,'' katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, amanah yang diberikan oleh ahli akar umbi dan pemimpin parti yang lain untuk beliau bertanding adalah mengatasi personaliti penyandang jawatan itu.

Menurut beliau, keputusan itu juga dibuat kerana mendapati Nasharuddin bersikap terlalu liberal terhadap UMNO hingga mencapai satu tahap yang tidak boleh diterima lagi.

''Saya tidak boleh kata saya lebih baik daripada Ustaz Nasharuddin, tetapi saya rasa parti mesti tegas dalam arah tujunya, supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan pihak-pihak yang menyokong kita,'' tegasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar pada sidang akhbar berasingan mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti itu setelah dimaklumkan tiga penyandang sedia ada tidak mempertahankan jawatan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang.




Husam tanding Timbalan Presiden

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my




Mohamad Sabu turut cabar Nasharuddin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, semalam secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas menentang penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa, bagi memastikan parti itu terus relevan.

Husam berkata, keputusan untuk mencabar Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok dibuat selepas berpendapat adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Pas terus relevan, selain memastikan keyakinan ahli parti terhadap kepemimpinan Pas tidak akan hilang.

"Saya mengumumkan untuk bertanding jawatan itu selepas mempertimbangkan pandangan daripada semua pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parti daripada semua peringkat serta kawasan yang mencalonkan saya.

"Jika menang, gandingan saya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menolong memajukan lagi parti dan menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.

Selain Husam, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu turut membuat keputusan mencabar Nasharuddin, sekali gus menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden.

Pas akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ditanya adakah faktor Nasharuddin yang berada dalam kelompok promuzakarah menjadi punca beliau hilang keyakinan terhadap timbalan presiden itu, sekali gus mendorongnya menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan, Husam berkata, dirinya sentiasa yakin dengan dasar kepemimpinan Nasharuddin.

"Nasharuddin adalah lebih baik dari saya dan sebab itu saya setia menyokong beliau selama dua penggal.

"Dalam prinsip perjuangan parti, kita tidak boleh terlalu liberal ke arah Umno... kita perlu berada di tengah, tidak boleh terlalu menyokong Umno atau melindungi Umno," katanya.

Sementara itu, dalam satu sidang media berasingan, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden parti.

Sambil menegaskan tidak menyokong mana-mana pihak (proulama dan profesional atau kumpulan Erdogan), beliau berkata, hasratnya hanya satu iaitu menggunakan peluang sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat untuk membentuk kerajaan baru di negara ini.

"Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana `rakit' (ulama atau profesional). Pas perlu memenangi hati rakyat jika berhasrat mencapai kejayaan dalam pilihan raya akan datang.

"Jika saya nak dipilih untuk jawatan ini, pilihlah saya bukan kerana saya ketua penerangan, bukan kerana kekerapan saya memberikan kenyataan akhbar," katanya.

Tuduhan 'Menteri Besar mahkamah' tak berasas - Zambry

Tuduhan 'Menteri Besar mahkamah' tak berasas

Oleh Ridzuan Yop
bhnews@bharian.com.my

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau adalah 'Menteri Besar mahkamah' sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

Sebaliknya, Zambry berkata, gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Oleh itu, katanya, tuduhan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu tidak benar dan beliau perlu meneliti fakta berkaitan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tuan Guru (Nik Aziz) perlu sedar bukan saya yang membawa kes pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah ke mahkamah.

"Saya yang dicabar oleh Nizar di mahkamah dan oleh itu saya perlu mempertahankan diri saya juga melalui proses undang-undang," katanya mengulas kenyataan Nik Aziz itu pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Kelmarin, Nik Aziz dipetik sebagai berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Sehubungan itu, beliau berkata, Zambry adalah 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh rakyat Perak.

Zambry berkata, beliau menghormati Nik Aziz sebagai tok guru, tetapi ketika sama beliau juga seorang manusia dan bukan maksum serta boleh melakukan kesilapan.

"Saya harap saya dapat memperbetulkan sedikit pandangan Tuan Guru (Nik Aziz) berhubung perkara sebenar yang berlaku di Perak," katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan dua beradik Zahra Masoumah Abdul Halim, 18 dan adiknya, Salman Ali Shariati, 12 yang akan menyeberangi Selat Inggeris sejauh 38 kilometer pada awal Julai ini.

Turut hadir pada majlis itu, ibu bapa mereka, Abdul Halim Abdul Manaf, 49 dan Haniza Muhamed, 43 serta jurulatih mereka, Arof Omar. Kedua beradik itu akan berangkat ke England, Rabu ini bagi menjalani latihan awal.




Mohammad Nizar lebih sesuai

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 25 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memberikan gelaran 'Menteri Besar mahkamah' kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, orang yang mula-mula mengheret isu itu ke mahkamah ialah Mohammad Nizar dan selayaknya gelaran itu diberikan kepadanya.

"Sebenarnya, yang sepatutnya 'tuan guru' (Nik Abdul Aziz) sebutkan 'Menteri Besar mahkamah' itu ialah Nizar kerana yang menyerang dan membawa kes ke mahkamah itu bukan saya tetapi beliau yang melakukan proses itu.

"Jadi saya perbetulkan pandangan 'tuan guru' yang saya hormati kerana sebagai manusia biasa, dia buat silap juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin yang menyifatkan beliau sebagai menteri besar mahkamah dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.

Mengulas tindakan Mohammad Nizar memulangkan kenderaan rasmi Toyota Camry semalam, Zambry memberitahu, beliau tidak mengetahuinya dan tidak ingin mengambil peduli.

"'Saya tak tahu dan saya tak ambil tahu. Selama ini pun, dia pakai (kereta), dia buat tak reti saja," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mengembalikan kereta rasmi itu menunjukkan bekas Menteri Besar Perak itu sudah menyerah kalah, beliau berkata, soalan itu perlu ditanya kepada Mohammad Nizar sendiri.

Mengenai rancangan pakatan pembangkang mengadakan mogok lapar bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Zambry berkata, ia tidak menghairankan kerana mereka akan melakukan apa saja untuk mencetuskan suasana tidak tenteram.

"Bagi saya mudah saja, kesimpulannya mereka (pakatan pembangkang) tidak akan membiarkan keadaan negeri menjadi aman dan rakyat berada dalam keadaan stabil supaya kegiatan ekonomi dapat berjalan.

"Mereka akan lakukan apa saja dan mungkin mereka lakukan banyak lagi perkara untuk menunjukkan Perak tidak aman tetapi saya percaya akhirnya rakyat akan tahu angkara siapa sebenarnya yang mencetuskan keadaan huru hara di negeri ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zambry mengumumkan sumbangan RM30,000 daripada kerajaan negeri untuk menampung perbelanjaan perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, yang akan menyeberangi Selat Inggeris pada Julai ini.

Gadis kelahiran Manjung itu ditemani keluarga dan jurulatihnya berlepas ke Dover, England hari ini untuk menjalani latihan selama sebulan bagi membiasakan diri dengan keadaan suhu air sejuk di Selat Inggeris sebelum memulakan cabaran.

Zambry sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Zahra serta keluarganya di Pejabat Menteri Besar Perak.

Nizar bawa kes mahkamah selepas ko rampas kerusi Menteri Besar, ko ler MB Mahkamah padahal Nizar dikatakan bukan MB oleh mahkamah pon

TPM jumpa Kayveas, Murugiah

TPM jumpa Kayveas, Murugiah

Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my


Muhyiddin melambai kepada orang ramai sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAB), semalam.

Isu 2 Presiden PPP jejas BN

GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas dan Datuk T Murugiah, bagi mendapatkan penjelasan mengenai kemelut parti itu, hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan kemelut yang melanda parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mahu mendengar penjelasan daripada kedua-dua presiden parti itu.

Beliau kecewa kerana dalam keadaan BN menghadapi masalah yang lebih besar, parti komponen pula berlaku masalah dalaman.

"Biasanya kita tidak mahu campur urusan itu (isu dalaman PPP) tetapi kalau sampai ke tahap yang boleh menjejaskan kewibawaan dan imej BN, kita tidak boleh abai dan diam begitu saja.

"Oleh itu, saya nak tahu penjelasan dan kedudukan sebenar status PPP dan tindakan yang diambil oleh Murugiah dan bagaimana kesannya. Kita nak tahu kedudukan sebenarnya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di Bangunan Umno di sini, semalam.

Kelmarin, krisis kepemimpinan PPP bertambah runcing apabila parti itu kini mempunyai dua presiden selepas Murugiah yang dipecat dua minggu lalu dilantik sebagai Presiden baru dalam mesyuarat agung luar biasa.

Pada majlis berasingan, Kayveas menegaskan beliau masih Presiden PPP kerana pelantikan Murugiah tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti.

Isu PPP yang mempunyai dua presiden itu turut dijadikan modal kempen pembangkang ketika berkempen di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, malam kelmarin, bagi memperlecehkan BN.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mendapatkan pandangan daripada pihak lain mengenai kemelut politik dalam PPP dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan BN tidak terjejas.

"Saya nak dengar pandangan pihak tertentu mengenai keadaan sekarang dan apa yang mereka nak lakukan supaya isu itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada BN," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat mulai hari ini adalah bukti pembangkang tidak mempunyai prinsip serta tidak menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Mereka nak bertindak apa sekalipun, sama ada mogok lapar atau apa ke, itu hak mereka. Tetapi saya percaya rakyat dapat menilai kedudukan BN kerana kita berpegang kepada prinsip undang-undang dan Perlembagaan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang bertindak untuk membangkitkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan dengan menganjurkan mogok lapar.

"Semuanya mahu membangkitkan sentimen dan membakar semangat benci (kepada kerajaan) dan saya tidak fikir ini satu perkara yang berfaedah," katanya.




TPM jumpa Kayveas, Murugiah

PULAU PINANG 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Datuk M. Kayveas dan Senator Datuk T. Murugiah esok untuk mengetahui masalah sebenar yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mahu mengetahui kemelut dalaman yang dihadapi oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu supaya sesuatu dapat dilakukan untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.

Menurut beliau, Kayveas meminta untuk bertemu dengannya bagi menerangkan situasi semasa parti itu.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku sebab kita menghadapi masalah lebih besar daripada masalah parti dalam komponen BN. Kita ada isu lain yang harus ditangani tetapi malangnya parti komponen ada masalah sendiri.

“Biasanya kita tidak campur tangan tetapi kalau sudah sampai tahap menjejaskan kewibawaan dan imej BN kita tidak boleh diamkan begitu sahaja,” katanya disini, hari ini.

15 laporan polis ke atas penganjur AGM haram

15 laporan polis ke atas penganjur AGM haram


SHAH ALAM: Tindakan bekas ahli Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk T Murugiah mengadakan mesyuarat agung luar biasa, yang menyaksikan beliau dipilih sebagai Presiden parti itu, kelmarin, mengundang 15 laporan polis terhadapnya.

Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D'Cruz, berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat perbuatan Murugiah dan tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur mesyuarat itu yang dianggap sebagai haram.

Katanya, laporan polis yang dibuatnya dan ahli majlis tertinggi asal PPP itu juga adalah untuk menyatakan kedudukan mereka dalam parti itu dan mengelak kekeliruan ahli dan orang ramai.

Ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini semalam, Maglin berkata, kebanyakan mereka yang menghadiri mesyuarat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin, adalah ahli yang digantung atau dipecat selain bukan ahli.

Katanya, Murugiah melantik seorang individu sebagai naib presiden sedangkan individu itu bukan ahli PPP.

Malah, katanya, dakwaan Murugiah menyatakan beliau dilantik ahli PPP sebagai presiden parti itu adalah tindakannya melantik dirinya sendiri ke jawatan itu.

"Saya berasa beliau menggunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menempah premis (mesyuarat) dan membawa ahli datang ke mesyuarat itu. Saya rasa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) perlu mengambil tindakan terhadapnya.

Dua presiden PPP disaran bincang selesai kemelut

Dua presiden disaran bincang selesai kemelut


KUALA LUMPUR: Dua Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas dan T Murugiah disaran bersikap terbuka dan duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut parti itu demi menjamin keutuhan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata sebagai komponen parti BN, sebarang kemelut atau pertikaian antara kedua-dua presiden parti itu boleh melemahkan kekuatan parti dan memberi kesan tidak baik.

“Saya harap dua pemimpin yang mempunyai penyokong mereka ini dapat duduk bersama dan capai keputusan baik demi kepentingan BN keseluruhannya kerana setiap pertikaian macam ini tidak baik, parti jadi pecah belah.

“Diharapkan ada jalan penyelesaian melalui perbincangan dan usaha ini dapat dicapai kalau kedua pemimpin ada sikap terbuka,” katanya ketika diminta mengulas krisis kepimpinan PPP yang bertambah runcing apabila parti itu kini mempunyai dua presiden.

Murugiah yang baru dipecat dua minggu lalu dilantik sebagai Presiden PPP yang baru dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelmarin ketika Kayveas menghadiri perhimpunan agung parti berkenaan di Johor.

SPRM bersedia siasat dakwaan calon Bebas

SPRM bersedia siasat dakwaan calon Bebas


Aminah tuduh PKR tawar jawatan tinggi, wang tunai

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang tunai RM80,000 supaya menarik diri daripada pertandingan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata pihaknya sedia memulakan siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Aminah menarik diri.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang turut mendakwa PKR menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika beliau menang pilihan raya kecil itu, dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Sehubungan itu, Latifah menasihatkan Aminah supaya membuat laporan kepada pihaknya secepat mungkin bagi membolehkan siasatan khas dimulakan.

"Macam mana kami hendak memulakan siasatan jika tiada laporan rasmi dibuat oleh beliau (Aminah). Ketika ini kami hanya boleh memantau seperti meneliti laporan media mengenainya.

"Beliau kena buat laporan rasmi dengan menyertakan bukti yang ada padanya. Pintu pejabat kami sentiasa terbuka... jangan takut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, Aminah pada sidang media di Penanti, berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya.

"Saya mempunyai rakaman audio MP4 lebih tiga jam ketika tawaran dibuat seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri dan seorang ahli majlis PKR negeri pada jam 12 tengah hari, 13 Mei lalu di rumah saya di Jelutong.

"Malah, saya juga mempunyai bukti rakaman pertemuan kedua yang diadakan di pejabat saya di Seberang Jaya, Butterworth.

"Kami membuat rakaman itu kerana pemimpin PKR kerap berbohong dan cakap pusing-pusing," katanya.

Aminah turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), tengah hari semalam, kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Beliau juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini supaya kes itu dipanjangkan kepada SPRM.

"Kedua-dua wakil PKR itu membuat tawaran atas alasan calon mereka, Mansor Othman tidak popular di Penanti. Mereka mahu saya tarik diri dan diberi wang serta jawatan Yang Dipertua MPPP sebagai ganti rugi.

"Jika saya menang, mereka minta saya masuk semula PKR sebelum dilantik Timbalan Ketua Menteri I," katanya.

Sambil mengulangi tidak ditaja mana-mana parti politik, Aminah menegaskan pendedahan itu dibuat berikutan desakan berterusan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, berkata pihaknya akan menghantar notis peguam kepada Aminah supaya minta maaf berhubung dakwaannya.

Pemuda PPP mahu Perdana Menteri bertindak

Pemuda PPP mahu Perdana Menteri bertindak

JOHOR BAHRU 25 Mei - Pemangku Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), Jamaluddin Gulamhan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah kerana menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata, Murugiah turut mendakwa mesyuarat agung luar biasa (EGM) anjurannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam turut mendapat sokongan Perdana Menteri.

"Beliau menyatakan kepada semua perwakilan bahawa perhimpunan anjurannya itu mendapat sokongan penuh Perdana Menteri. Persoalannya adakah perkara ini benar?

"Sikap dan tindakan Murugiah itu bukan saja menjejaskan nama dan kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri malah merosakkan imej kaumnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kemelut dalaman PPP semakin memuncak semalam apabila Murugiah yang sebelum ini dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Pemilihan dibuat pada EGM oleh kira-kira 1,760 perwakilan yang didakwa melibatkan lebih dua pertiga cawangan PPP di seluruh negara di PICC, Putrajaya semalam.

Murugiah dipilih sebulat suara sebagai Presiden selepas undi tidak percaya ke atas Datuk M. Kayveas dilulus sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan Presiden yang telah disandangnya sejak 1993.

Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan segelintir perwakilan yang mendakwa mereka tidak tahu tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan sehingga mereka berada di dewan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan mengadakan perhimpunan tersebut membuktikan bahawa Murugiah telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya selaku Timbalan Menteri.

"Perhimpunan haram yang dianjurkan semalam di Putrajaya itu adalah salah dari sisi undang-undang dan perlembagaan parti," tegasnya.

Beliau berkata, Pemuda PPP Johor bersama 22 ketua pemuda bahagian dari negeri ini sebulat suara menyokong kepimpinan Kayveas dan mahu beliau terus memimpin parti berkenaan secara sah.

"Saya selaku Pemangku Ketua Pemuda PPP bersama semua ketua pemuda negeri telah menyatakan sokongan penuh kami kepada M. Kayveas sebagai Presiden PPP yang sah," katanya.

30 pemimpin PPP Selangor kutuk tindakan Murugiah

30 pemimpin PPP Selangor kutuk tindakan Murugiah


MaNglin A/L Dennis DCruz (lima dari kanan) bersama ahli-ahli PPP Selangor menunjukkan salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


SHAH ALAM 25 Mei - Seramai 30 pemimpin dan ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor hari ini berhimpun bagi mengutuk tindakan Senator Datuk T. Murugiah mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) tanpa mendapat kelulusan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Timbalan Pengerusi PPP negeri, Datuk Manglin Dennis D'Cruz berkata, tindakan Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak wajar kerana ia membelakangi peraturan serta perlembagaan parti itu.

Malah, katanya, pelantikan Murugiah sebagai presiden dalam EGM yang diadakan di Putrajaya semalam juga tidak sah kerana bekas Ketua Pemuda PPP itu telah dipecat daripada parti itu.

"Kami kesal dengan tindakan beliau (Murugiah) mengadakan EGM ini dan membuat undi tidak percaya serta memecat Presiden PPP, (Datuk M. Kayveas) termasuk semua ahli MT.

"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beliau tidak ada hak untuk berbuat demikian kerana beliau bukan lagi ahli PPP. Maka, EGM yang beliau adakan semalam adalah haram begitu juga dengan pelantikan beliau sebagai Presiden.

"Malah, kita difahamkan majoriti perwakilan yang hadir dalam EGM yang dianjurkan oleh Murugiah itu bukan ahli PPP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Setiausaha Agung Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Kamal Batcha N.M.R. Mohideen.

Semalam, Murugiah yang sebelum ini dipecat sebagai ahli MT telah dipilih sebagai presiden baru parti itu oleh kira-kira 1,760 perwakilan melibatkan lebih dua pertiga cawangan PPP.

Murugiah dipilih sebulat suara sebagai presiden selepas undi tidak percaya ke atas Kayveas dilulus sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan presiden yang telah disandangnya sejak 1993.

Dalam pada itu, Maglin turut memberitahu, pihaknya telah membuat 15 laporan polis ekoran tindakan Murugiah itu selain meminta campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah berlaku.

Beliau turut mendakwa, EGM yang diadakan semalam itu juga merupakan antara salah laku Murugiah yang didakwa menggunakan kedudukannya serta Timbalan Menteri di JPM untuk mengadakan EGM berkenaan.

"Oleh itu, kita minta supaya Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) campur tangan serta melarang tindakan Murugiah menyalahgunakan kedudukan JPM dan kuasanya.

"Ini kerana tindakan Murugiah ini jelas tidak menghormati kedudukan JPM. Beliau sepatutnya memelihara dan menghormati undang-undang," ujarnya.

PPP Perak desak 'presiden' letak jawatan

PPP Perak desak 'presiden' letak jawatan

IPOH 25 Mei - Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak hari ini mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah meletak jawatan kerana mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) haram yang membelakangkan peraturan parti.

Pengerusinya, Datuk Lee Heng berkata, Murugiah perlu meletak jawatan kerana beliau dilantik ke jawatan tersebut atas tiket PPP.

Katanya, tindakan Murugiah yang mengadakan 'EGM haram' di Putrajaya semalam, menunjukkan beliau tidak menghormati parti.

''EGM itu adalah haram dan tidak betul kerana Setiausaha Agung parti sepatutnya mengeluarkan surat mesyuarat dalam parti.

''PPP Perak juga tidak tahu menahu mengenai EGM yang diadakan itu kerana beliau (Murugiah) menjemput ahli di beberapa kawasan di negeri ini bagi menghadiri satu seminar di Putrajaya bukannya mengadakan EGM," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini hari ini.

Murugiah yang sebelum ini dipecat sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) PPP, dipilih sebagai Presiden baru dalam EGM parti itu, semalam.

Pada 16 Mei lalu, Lembaga Disiplin PPP memecat tujuh ahli parti termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Heng yang juga Timbalan Presiden PPP berkata, PPP Perak berdiri teguh dan menyokong padu kepimpinan Kayveas sebagai presiden parti.

Sementara itu, katanya, PPP Perak akan mengadakan konvensyen di Bukit Kinding Resort, Tanjung Rambutan dekat sini, pukul 2 petang esok.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan merasmikan konvensyen tersebut.

SPR terima surat kekosongan DUN Manik Urai

SPR terima surat kekosongan DUN Manik Urai


GEORGETOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menerima surat makluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima surat bertarikh 24 Mei itu daripada Speaker DUN Kelantan, tengah hari semalam, yang memaklumkan pengosongan kerusi DUN Manik Urai.

Sehubungan itu, satu mesyuarat khas akan diadakan Khamis ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya DUN Manik Urai.

"Mesyuarat diadakan di ibu pejabat SPR pada jam 10 pagi dan kami akan memaklumkan mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ismail, 60, daripada Pas yang mula memenangi kerusi DUN Manik Urai pada Pilihan Raya Umum 1986, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu, Jumaat lalu kerana sakit jantung

Mohd Saberi Othman calon Bebas Penanti buat laporan polis borang ditolak

Saberi buat laporan polis borang ditolak


BUKIT MERTAJAM: Mohd Saberi Othman, 49, calon Bebas yang kertas pencalonannya ditolak pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Sabtu lalu, membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Penanti, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata Mohd Saberi, seorang ahli perniagaan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Semang, Ahad lalu.

"Mohd Saberi membuat laporan itu kerana tidak berpuas hati terhadap SPR berikutan kegagalannya bertanding pada pilihan raya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kertas pencalonan Mohd Saberi ditolak berikutan masalah teknikal kerana tidak menepati syarat tetapi SPR tidak menyatakannya secara spesifik.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru, dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku penyandang kerusi dicabar tiga calon Bebas selepas kertas pencalonan Mohd Saberi, ditolak.

Kelab Penyokong Pas Kebangsaan mahu jadi sayap Pas

KPP mahu jadi sayap Pas


KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Pas Kebangsaan (KPP) yang dianggotai bukan Melayu akan mengemukakan usul supaya kelab itu menjadi sayap Pas pada konvensyen yang dijadualkan, 30 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional, Dr Halimah Ali, berkata usul untuk menjadikan KPP sebagai sayap Pas adalah wajar bagi meneruskan sokongan kaum bukan Melayu terhadap parti berkenaan.

“Sokongan bukan Melayu terhadap Pas semakin meningkat walaupun ia sering dilabel dengan pelbagai gambaran buruk yang menakut-nakutkan golongan bukan Islam.

“Ini terbukti menerusi kejayaan yang dicapai oleh Pas menerusi pilihan raya umum lalu dengan orang bukan Islam mula mengundi Pas, sekali gus menggambarkan penerimaan semua kaum terhadap parti itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Kelang berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.

Konvensyen KPP akan dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang, Selangor.

Pas ketika ini mempunyai tiga sayap iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

Halimah berkata, konvensyen itu bakal menjadi tempat untuk ahli KPP berkumpul, sekali gus memberi isyarat kepada semua pihak bahawa parti berkenaan mengalu-alukan kemasukan kaum bukan Melayu ke dalam Pas.

“Konvensyen ini penting untuk merealisasikan usaha bagi memastikan sokongan kaum bukan Melayu terhadap Pas dapat terus diperkasakan,” katanya.

Bertentangan dengan Islam

Bertentangan dengan Islam

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan FADZILAH BAHARUDIN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogok lapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.

Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.

"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula esok selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Noh Gadut yang juga bekas Mufti Johor berkata, mogok lapar ditunjangi oleh kehendak perasaan dan hawa nafsu serta sama sekali bertentangan dengan konsep kemanusiaan dalam Islam.

Tambahnya, orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian.

"Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan menahan diri hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ini termasuk puasa wajib, sunat dan nazar,'' katanya.

Beliau juga menasihatkan orang Islam di negara ini supaya bertenang dan percaya kepada qada dan qadar Allah kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Percaya kepada qada dan qadar merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Dalam Rukun Iman, sekiranya kita menolak salah satu daripadanya, maka terbatallah kesemuanya.

"Dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan. Maka sesungguhnya seseorang itu tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada dirinya dan juga orang lain kerana ia boleh menjejaskan kesihatan,'' ujar beliau.

Terdahulu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan orang Islam sama sekali diharamkan daripada terlibat dalam mogok lapar walaupun bertujuan memberi sokongan kerana mereka wajib menjaga nyawa sendiri.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu mereka yang menyertai kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang esok melakukannya hingga mati sebagai seorang pahlawan demokrasi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.

Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.

"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembangkang teruskan mogok lapar

Pembangkang teruskan mogok lapar

IPOH 25 Mei - Terus berdegil!
Pakatan pembangkang nampaknya tidak menghiraukan nasihat pihak berkuasa dan alim ulama apabila berkeras mahu meneruskan mogok lapar, esok.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada mengadakan mogok lapar seperti yang dirancang selaras dengan keputusan untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya sendiri akan bersama-sama dalam kempen itu dan saya akan berpuasa sunat esok," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mogok lapar anjuran DAP itu dijadual berlangsung tiga hari atau 72 jam bermula esok (Selasa) dan berakhir Khamis ini.

Menurut Mohammad Nizar, penganut agama lain tidak dihalang berpuasa dan mereka bebas berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing.

Mengenai pandangan tokoh agama yang melarang masyarakat Islam terbabit dalam kempen seumpama itu, Mohammad Nizar enggan mengulas.

Husam pertahan rancangan mogok lapar

Husam pertahan rancangan mogok lapar

KUALA LUMPUR 25 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempertahankan rancangan pakatan pembangkang untuk melancarkan mogok lapar selama tiga hari bermula esok bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Beliau berkata, tindakan berkenaan boleh dibuat dengan syarat individu yang terlibat tidak melakukannya sehingga mati.

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan perbuatan itu menyamai agama lain termasuk Hindu kerana mogok lapar tiada dalam agama terbabit sebaliknya yang ada hanyalah amalan berpuasa.

''Mogok lapar adalah satu trend untuk menyatakan protes, yang diterima oleh semua budaya di seluruh dunia dan seperti amalan berpuasa ia tidak boleh dilakukan secara terus menerus sampai mati.

''Kalau kita kata berpuasa, mungkin UMNO tak kisah. Tetapi kalau sebut mogok lapar, UMNO terkejut, sebab itu mufti bersuara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya semalam bahawa umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Menurut Husam, kenyataan Juanda itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana para mufti sebelum ini telah membuat pelbagai ulasan menyokong UMNO termasuk berhubung tindakan penyokong pembangkang keluar ke jalan raya dengan memakai baju hitam.

BN tetap jadi sasaran walaupun tak tanding di Penanti

BN tetap jadi sasaran walaupun tak tanding di Penanti


GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang yang tiada modal untuk memancing undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran kempen mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menumpukan kempen mereka kepada agenda pembangunan yang akan dibawa untuk rakyat Penanti, bukannya menghentam kerajaan BN.

"Walaupun BN tidak bertanding, mereka menjadikan kempen pilihan raya kecil itu sebagai forum untuk membelasah BN tanpa asas kukuh.

"Saya mendapat maklum balas daripada Umno bahagian dan negeri bahawa kempen mereka tidak bermaya, langsung tiada fokus kepada apa yang seharusnya menjadi perjuangan utama mereka.

"Apabila BN tidak bertanding, mereka agaknya rasa kemaruk dan tidak ada isu, tetapi menggunakan BN sebagai punching bag (sasaran belasahan), seolah-olah tidak ada modal lain lagi.

"Ini jelas terbukti calon yang bertanding di situ tidak ada agenda yang khusus untuk membela rakyat," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubu-ngan Umno Pulau Pinang di Bangunan Umno di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau mengulas tindakan pemimpin PR yang menghentam pemimpin BN, khususnya Umno sepanjang kempen pilihan raya kecil Penanti walaupun BN tidak meletakkan calon.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertahankan kerusi itu mencalonkan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman. Beliau dicabar tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kebanyakan isu yang dibawa pembangkang adalah perkara lama, yang sudah pun dijelaskan kerajaan.

Antara isu itu ialah krisis politik di Perak, soal ketelusan dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, katanya, BN akan menggunakan platform lain untuk menjelaskan beberapa perkara yang mungkin kurang difahami ahli parti.

"PR akan terus melakukan serangan peribadi, fitnah dan memutarbelitkan fakta. Ini memang cara mereka untuk perdaya pengundi di kawasan itu.

"Jadi, saya minta jentera penerangan peringkat bahagian memberi penjelasan berhubung semua isu," katanya.

Mengenai kemungkinan pengundi BN dalam dilema kerana parti itu tidak bertanding, Muhyiddin percaya mereka bijak untuk membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.

Tempoh akhir tarik diri tengah malam

Tempoh akhir tarik diri tengah malam


GEORGETOWN: Tempoh akhir bagi calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti untuk menarik dari daripada bertanding adalah pada tengah malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tempoh sehingga tengah malam ini selaras dengan peraturan ditetapkan bahawa calon diberi masa selama tiga hari.

Tempoh pengiraan tiga hari itu tidak termasuk hari penamaan calon yang berlangsung Sabtu lalu dan ia bermula dari Ahad sehinggalah tengah malam ini.

"Mana-mana calon yang ingin menarik diri boleh melakukannya sebelum malam ini. Bagaimanapun wang deposit mereka tidak akan dikembalikan kerana sudah melebihi tempoh sepatutnya iaitu pada hari penamaan calon.

"Sehingga kini kami tidak melihat atau menjangkakan ada calon-calon yang berhasrat menarik diri. Semuanya nampak semangat untuk bertanding," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pindah ke negara lain jika nak buat tuntutan melampau - Pewaris

Pindah ke negara lain jika nak buat tuntutan melampau - Pewaris

KUALA LUMPUR 25 Mei - Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.

Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Langkah tersebut katanya, mampu membantu negara untuk mencapai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Justeru para pemimpin kerajaan diminta tidak mengalah terhadap tuntutan melampau pihak-pihak tertentu bagi memenuhi kepentingan mereka," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri terhadap sikap beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri semalam berkata, 1Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Ahmad Zaki berkata, sekiranya kumpulan yang mengemukakan tuntutan itu terdiri daripada golongan rakyat yang prihatin, sudah pasti mereka tahu untuk menilai sesuatu permintaan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, permintaan pihak tertentu seperti pertubuhan haram Hindraf memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh mengambil kesempatan ke atas konsep Satu Malaysia dengan sewenang-wenangnya berhasrat untuk mengubah identiti negara.

"Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.




Bendung provokasi Hindraf

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Kerajaan didesak segera bertindak terhadap pihak gugat keamanan

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pemimpin Hindraf yang sengaja membuat provokasi bagi membangkitkan kemarahan rakyat dan mengancam keselamatan awam.

Mereka mahu tindakan segera diambil terhadap pemimpin pertubuhan haram itu, yang jelas cuba menggugat kestabilan negara dengan mengeluarkan kenyataan keterlaluan, berbau perkauman dan mencabar kedaulatan undang-undang.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Hindraf yang sengaja mahu mencetuskan isu perkauman.

"Tindakan tegas seperti menyumbat semula mereka di kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diambil kerana Hindraf sendiri adalah pertubuhan haram.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan segera mengikut ISA atau Akta Hasutan bagi memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan politik negara," katanya mengulas tindakan beberapa pemimpin Hindraf yang terus membuat kenyataan bersifat provokatif dan enggan menghadiri sesi perjumpaan dengan Lembaga Penasihat ISA seperti ditetapkan sebelum pembebasan mereka, dua minggu lalu.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang kini tinggal di luar negara, turut mengugut kerajaan supaya menarik balik arahan mewajibkan abangnya, P Uthayakumar, menghadiri sesi itu atau sekali lagi berdepan dengan protes jalanan di seluruh negara.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan semua pihak perlu faham had kebebasan bersuara dan jangan salahkan kerajaan apabila mereka dikenakan tindakan termasuk kemungkinan ditahan semula jika terus membuat kenyataan keterlaluan yang boleh menjejaskan keselamatan dan perpaduan negara.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun, berkata kerajaan juga wajar mengkaji kemungkinan pemimpin Hindraf cuba membawa ideologi Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke negara ini.

"Jika kerajaan gagal bertindak, ia akan memberi gambaran seperti perjuangan mereka direstui. Pemimpin Hindraf yang bertindak keterlaluan perlu disumbat semula ke kem tahanan ISA dan hak kerakyatan mereka dilucutkan," katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohd, pula berkata jika unsur ekstrim yang dibawa pemimpin Hindraf tidak segera dibendung, lama-kelamaan ia akan semakin berleluasa dan menjadi ancaman besar kepada negara.

"Langkah tegas menerusi peruntukan undang-undang sedia ada perlu segera diambil bagi menangani masalah ini dan pada masa sama seluruh rakyat mesti diberi penjelasan menangani anasir jahat itu demi memastikan keamanan negara," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata, kerajaan perlu segera bertindak tegas terhadap pemimpin Hindraf kerana mereka kini sudah terbukti melanggar undang-undang.

"Kalau kerajaan asyik memberi amaran dan kemudian melepaskan mereka, ia akan menyebabkan mereka merasa seolah-olah mereka betul dan tidak lagi takut kepada undang-undang," katanya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Zulkifli Ahmad, pula berkata peruntukan ISA mungkin terlalu lembut dan tidak berkesan untuk mengubah tindak tanduk pemimpin Hindraf.

PKR tidak ada 'modal' kempen

PKR tidak ada 'modal' kempen

PULAU PINANG 25 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada 'modal' apabila membelasah Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, walaupun BN tidak bertanding di situ.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PKR sepatutnya menumpukan kepada isu pembangunan termasuk apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib rakyat di Penanti.

''Saya mendapat maklum balas daripada ketua bahagian bahawa kempen tidak bermaya langsung, tidak ada fokus pada apa yang seharusnya menjadi perjuangan mereka.

''Apabila BN tidak bertanding mereka seolah-olah sudah kemaruk, tidak ada isu sebaliknya digunakan juga BN sebagi 'punching bag,' seolah-olah tidak ada modal lain.

''Jadi jelas terbukti bahawa calon- calon yang bertanding tidak ada agenda untuk membela nasib pengundi di situ," kata Timbalan Presiden UMNO itu selepas bermesyuarat dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas mesyuarat hari ini, menurutnya, dalam pertemuan lebih sejam itu beliau dan pemimpin parti peringkat negeri mengupas isu-isu semasa berkaitan soal bagaimana hendak memperkukuhkan parti.

Katanya, ia termasuk langkah-langkah untuk menarik semula sokongan masyarakat di semua peringkat daripada negeri, bahagian hingga melibatkan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

''Saya telah tekankan soal pentingnya kerjasama yang erat dan perpaduan sesama kita dalam menangani pelbagai cabaran yang kita hadapi. Saya juga tekankan masalah-masalah yang kita hadapi di peringkat nasional termasuk menangani soal ekonomi,'' katanya.






Kempen pembangkang bukti tidak matang


KUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan memburukkan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, membuktikan parti pembangkang di negara ini tidak matang.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata adalah jelas pembangkang kehabisan modal atau tiada bahan ceramah untuk berkempen selepas BN membuat keputusan tidak bertanding pilihan raya kecil itu kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik mereka.

Beliau turut membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam ceramahnya di Berapit, Bukit Mertajam, Sabtu lalu mendakwa calon Bebas adalah proksi BN, dengan menyifatkannya sebagai `sampah’ dan `mengarut’.

Katanya, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap Pakatan Rakyat.

“Buat apa hendak mengikut rentak ‘orang bodoh’... yang penting kita melaksanakan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan nasib rakyat dibela,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang terus menjadikan BN sebagai `bahan belasahan’ dalam kempen pilihan raya kecil DUN Penanti

Pertaruh calon terbaik

Pertaruh calon terbaik

JOHOR BAHRU 25 Mei - UMNO yakin mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan jika mempertaruhkan calon yang baik.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, keyakinan itu berdasarkan pelantikan semula, Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

"Kalau kita amati pelantikan semula Mustapa memberi satu harapan yang cerah kerana beliau membawa pendekatan mudah dibawa berbincang dan mesra rakyat.

"Kita juga yakin dan menaruh harapan tinggi terhadap Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana beliau boleh memberi kesan besar dengan meningkatkan keyakinan orang Melayu Kelantan terhadap UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika DUN Manek Urai dimenangi BN, pihaknya yakin usaha pembangunan fizikal dan insan di Kelantan dapat dilipatgandakan dengan kerjasama kerajaan Pusat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, BN wajar bertanding di DUN Manek Urai kerana keputusannya nanti boleh dijadikan petunjuk bagi memperbaiki dan mengatasi kelemahan parti.

"Ini kerana macam kita menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum peperiksaan sebenar pelajar berkenaan dikehendaki menjalani ujian dan peperiksaan percubaan.

"Menerusi ujian dan peperiksaan percubaan itu ia boleh dijadikan petunjuk untuk memperbaiki mata pelajaran yang lemah sebelum menghadapi peperiksaan sebenar," katanya yang juga bekas Menteri Pelancongan.

Sedia terima asakan pembangkang

Sedia terima asakan pembangkang

KOTA KINABALU 25 Mei – Barisan Nasional (BN) bertekad melakukan yang terbaik bagi memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, tidak lama lagi.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, BN sudah bersedia menerima asakan pihak pembangkang dan akan berjuang habis-habisan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, menang atau kalah adalah perkara kedua kerana yang penting ialah berusaha menawan kerusi tersebut dari tangan pembangkang.

“BN akan berusaha menawan kerusi DUN Manek Urai, menang atau kalah, hakikat tersebut sudah menjadi adat dalam pertandingan, ia tidak akan menjejaskan prestasi BN.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk menang di situ dan tidak ada sebab bagi BN untuk mengalah,” katanya kepada pemberita selepas melawat hentian bas di hadapan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.

Beliau mengulas keupayaan dan peluang BN dalam memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Katanya, BN mampu menggempur dan memberi tentangan hebat di kubu kuat Pas itu walaupun Malek Urai dikuasai pembangkang sejak pilihan raya umum 1986.

Menurutnya, penyertaan BN untuk bertanding di kawasan tersebut adalah wajar dan tepat kerana pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu mempunyai sebab yang kukuh.

“Ini berbeza dengan pilihan raya kecil di Penanti yang sengaja direka pihak pembangkang supaya BN masuk perangkap, malangnya mereka sendiri yang terjerat,” katanya.

Selangor sokong budaya perhimpunan haram

Selangor sokong budaya perhimpunan haram

SHAH ALAM 25 Mei - Kerajaan negeri menyokong tindakan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat perhimpunan seumpama itu tidak salah kerana ia salah satu cara menyatakan perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu perkara.

Katanya, dalam persekitaran global yang terbuka ketika ini, rakyat telah matang dari segi pendapat dan idea lebih-lebih lagi negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

"Malah, dalam dunia komunikasi terbuka ini, mereka (rakyat) terdedah kepada pelbagai maklumat dan idea menerusi media yang tidak terhad. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menutup mata dan telinga mereka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee yang ditahan reman dua hari bermula 22 Mei kerana terlibat mengadakan perhimpunan haram nyalaan lilin di luar pejabat DAP di Ampang Jaya, Khamis lalu.

Bagaimanapun, ADUN berkenaan dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kesal dengan penahanan Jenice bersama-sama 15 lagi individu selain mengecam tindakan polis yang disifatkannya sebagai mencabul hak kebebasan bersuara dan berkumpul secara aman.

Ini kerana, katanya, Jenice serta 15 individu berkenaan mengadakan perhimpunan secara aman dan tidak mengancam keselamatan serta ketenteraman awam walaupun ia dilakukan tanpa permit pihak berkuasa.

"Untuk mengadakan perhimpunan, kita tahu memanglah ia memerlukan permit. Tetapi kalau melibatkan perhimpunan aman, kita minta pihak berkuasa ada fleksibiliti, mereka juga tidak melakukan kerosakan kepada harta benda.

"Lagipun, dalam keadaan sekarang kita perlu lihat cara sesuai dengan status Selangor sebagai negeri maju. Kita boleh ikut standard di negara maju seperti di England dan Amerika Syarikat dalam soal kelonggaran menyatakan hak kebebasan," katanya.

Bekas calon BN Wakaf Mempelam Othman Awang meninggal

Bekas calon BN meninggal


KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam pada pilihan raya umum lalu, Othman Awang, 51, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin, akibat serangan jantung.

Allahyarham yang tewas kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,193 undi meninggalkan seorang balu, Zabedah Bachik, 45, dan tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Anak kedua Allahyarham, Siti Aishah, 20, berkata bapanya menghidap sakit jantung sejak setahun lalu, bagaimanapun pemergiannya mengejutkan kerana arwah adalah seorang yang aktif.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Losong Panglima Perang kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Perakuan QC bukti kemampuan hakim

Perakuan QC bukti kemampuan hakim

KUALA LUMPUR 25 Mei - Perakuan pihak Queen's Counsel (QC) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, membuktikan kemampuan panel hakim negara yang telah mencapai taraf dunia.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perakuan itu juga menunjukkan keupayaan mahkamah tempatan dalam mendengar asas prinsip-prinsip perundangan dengan tepat.

"Walaupun perakuan Queen's Counsel diperoleh sebagai pandangan pihak ketiga berasaskan fakta-fakta yang dihadapi oleh Perak, kita tidak sesekali tertakluk pada pandangan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut seorang ahli Queen's Counsel, Lord Lester turut memperakui keputusan Mahkamah Rayuan terhadap krisis di Perak itu berada pada landasan yang betul.

Sehubungan itu, Abu Zahar menggesa pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mereka yang mengaibkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Hanya dengan cara itu katanya, institusi kehakiman akan dihormati selaras dengan semangat Rukun Negara yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu A. Aziz pula berpendapat, pandangan Lord Lester mengenai kes di Perak itu sama sekali tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

"Kerajaan kita hanya sekadar mendapatkan bantuan nasihat perundangan dan pandangan daripada pihak Queen's Counsel dan tindakan itu tidak salah, tambahan pula ia datang dari United Kingdom.

"Banyak sistem perundangan yang diguna pakai di sini menyamai dengan sistem perundangan British dan kerana itu kita lebih cenderung merujuk kepada mereka," jelasnya.

Katanya, hakim-hakim tempatan turut merujuk pada kes-kes yang berlaku di Barat sebagai panduan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail pula berpandangan, apa yang dikatakan oleh Lord Lester itu hanya sekadar pendapat dan ia mungkin berbeza dengan pandangan hakim dan peguam tempatan.

Menurut beliau, sebagai hakim dan peguam yang mengendalikan kes berhubung krisis di Perak itu, mereka sudah pasti lebih arif dan berkeupayaan tinggi.

"Hakim dan peguam tempatan sudah tentu lebih arif dan mahir dengan undang-undang dan Perlembagaan negeri," tegasnya.

Polis akan ambil keterangan pihak kuil

Polis akan ambil keterangan pihak kuil

KUALA LUMPUR 25 Mei - Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk mengambil keterangan pihak Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves yang dijadikan lokasi perhimpunan haram penyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, walaupun perhimpunan itu diadakan secara aman, pihak yang terlibat masih boleh dikenakan tindakan kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

"Polis akan berjumpa dengan ahli jawatankuasa kuil berkenaan untuk mengambil keterangan mereka. Ia termasuk mendapatkan maklumat mengapa premis itu digunakan untuk perhimpunan.

"Selain itu, teks ucapan dalam perhimpunan tersebut juga akan diteliti sama ada mengandungi unsur hasutan yang boleh mencetuskan rusuhan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, kira-kira 1,000 penyokong LTTE berhimpun secara aman di kuil itu di Jalan Besar, Batu Caves di Gombak, tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa yang tidak membenarkan perhimpunan tersebut kerana tidak mendapat permit.

Turut hadir memberi ceramah pada perhimpunan itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh World Tamil Relief (WTR) bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Polis kini menyiasat tindakan penyokong LTTE itu mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 143 kanun yang sama iaitu menjadi ahli perhimpunan haram.

Abdul Rahim memberitahu, sehingga kini juga, tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap ke atas individu yang terbabit dengan perhimpunan tersebut.