Fri | Nov 09, 07 | 4:46:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Pelbagai sekatan, provokasi dan fitnah yang kini giat dijalankan oleh pihak tertentu bagi memastikan perhimpunan aman Rakyat gagal atau berlangsung dengan insiden seumpama yang berlaku dalam tragedi berdarah Batu Buruk pada 8 September lalu.
Terdapat pihak yang membuat tanggapan bahawa apa yang berlaku seolah-olah memperlihatkan ia adalah usaha terancang pihak tertentu bagi mencetuskan kekalutan dan insiden yang tidak diingini, dengan tujuan pihak penganjur yakni Bersih dipalitkan dengan imej yang buruk.
Sebelum ini terdapat risalah disebarkan yang mendakwa perhimpunan esok didalangi oleh pertubuhan antara agama yang bertujuan untuk menghancurkan Islam (IFC).
Selain itu juga, terdapat sms dan handbill yang menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan, termasuk ada yang menyatakan perhimpunan ditunda, bertukar lokasi.
Bahkan ada yang mendakwa ia didalangi oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dengan kerjasama polis cawangan Khas (SB) yang dilantik sebagai agen provokator yang akan bertugas
Tidak cukup dengan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka esok kerana menurutnya ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, maka polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.
Musa berkata walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan, demikian menurut laporan Bernama.
Kenyataan tersebut ternyata senada dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang menggesa pihak keselamatan supaya bertindak tegas menangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan rakyat esok di Dataran Merdeka kerana ianya akan diadakan secara haram.
Perhimpunan itu akan diadakan sehari selepas tamatnya perhimpunan agung Umno hari ini.
"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalan raya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihan raya umum," katanya.
Sementara itu, terdapat desas-desus mengatakan segolongan ahli Putera Umno yang kononnya akan dikerah untuk menunjukkan kehebatan mereka esok. Mereka yang majoritinya terdiri daripada Mat Rempit ini dikatakan akan dikerah supaya bertembung dengan peserta himpunan rakyat 'gelombang kuning'.
Selain itu, terdapat juga sekumpulan 'khadam' suruhan seorang anak muda dengan codenamed “beruang hitam†sedang menyebarkan risalah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembang Klang. Kadam-kadam berkenaan diarah oleh bosnya untuk menggagalkan gelombang kuning yang akan menggelora daripada Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, yang bermula pada jam 3 petang esok
Khadam-khadam “beruang hitam†juga menyebarkan berita bahawa bos mereka telah mengarahkan sekumpulan “askar upahan†untuk memprovokasi peserta gelombang kuning supaya bertindak liar di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Istana Negara.
Menyedari akan risiko-risiko yang akan terjadi serta dengan mengambil kira makluman awal yang diterima daripada pelbagai sumber mengenai insiden yang bakal tercetus, pihak Bersih meminta agar orang ramai tidak patah semangat untuk terus bangkit dalam perhimpunan esok.
Bagi Bersih, apa yang akan dan telah berlaku seperti telahpun diatur dengan baik oleh dalang yang masih tidak dapat dikenalpasti dengan niat untuk menggagalkan kebangkitan 'gelombang kuning'. - mr
No comments:
Post a Comment