Monday, September 24, 2007

Pilihan raya lambat: PAS tidak terpengaruh kenyataan PM

Salmah Mat Husain
Mon | Sep 24, 07 | 5:57:17 pm MYT

MACHANG, 24 Sept (Hrkh) - PAS tidak mungkin terpengaruh dengan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengandaikan pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tidak akan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin itu memandangkan mereka mempunyai strateginya.

"Kami tidak akan terpengaruh dengan sesiapa pun, nak tentukan tarikh tu biarlah, tapi yang penting persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya setiap hari kita memilih perkara yang baik atau sebaliknya.

Image"Macam yang saya selalu sebut, pilihan raya ada setiap hari, iaitu kita diberi peluang untuk memilih sama ada untuk melakukan perkara yang baik atau mungkar, nak menunaikan solat atau sebaliknya," katanya selepas merasmikan Tadarus Perdana al-Quran Wanita Kelantan, di Masjid Ismail Petra, di sini hari ini.

Hampir 2,000 orang muslimat dari seluruh Kelantan termasuk Besut hadir bertadarus pada program itu, sempena Ramadan sekarang.

Semalam Perdana Menteri dilaporkan berkata, pilihan raya umum ke-12 tidak mungkin akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Malah katanya, mandat kerajaan sekarang masih ada dua tahun lagi sehingga 2009.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berharap Perdana Menteri mengambil kira rakyat yang akan menunaikan haji dan musim tengkujuh sekiranya mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini.

Ketika berucap merasmikan majlis tersebut, beliau berkata, Kelantan tetap menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam semua aspek kehidupan terutamanya pentadbiran negeri.

Katanya, biar pun ada pihak mengkritik tindakan PAS menjadikan al-Quran sebagai dasar pentadbiran negeri, namun usaha memartabatkan Islam tetap diteruskan kerana ia menjadi kewajiban bagi setiap Muslim.

Pada majlis itu beliau turut mengingatkan ibu bapa mengajar sendiri al-Quran kepada anak-anak sebelum tanggungjawab itu diserah kepada orang lain.

"Kita ibu dan bapa merupakan guru al-Quran yang pertama kepada anak-anak kita. Dengan cara itu kebolehan mereka membaca al-Quran akan bertambah," ujarnya. - mj

Tragedi Batu Buruk: Pemuda PAS serah memorandum kepada PBB

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Sep 24, 07 | 1:15:20 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Insiden keganasan polis terhadap orang awam dalam meleraikan himpunan ceramah umum di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini telah di bawa ke pengetahuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayob telah menyerahkan memorandum aduan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku dalam tragedi itu kepada PBB dalam satu pertemuannya di pejabat PBB di Jalan Dungun, Damansara hari ini.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS mengutarakan isu penggunaan peluru hidup oleh polis ke atas orang awam semasa insiden berdarah ceramah umum anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan bersih (Bersih) di Batu Buruk.

Memorandum itu diserah Salahuddin kepada wakil PBB di Malaysia dan disaksikan oleh delegasi Pemuda PAS.

Penggunaan peluru hidup itu secara jelas mencabuli hak asasi manusia dan PBB adalah badan yang berhak untuk menggunakan fungsi badan itu untuk berbuat sesuatu, kata Salahuddin.

Salahuddin meminta tindakan ganas polis di Batu Buruk yang jelas melanggar hak asasi manusia dan menjejaskan keselamatan awam disiasat oleh PBB.

Katanya lagi, Pemuda PAS meminta Setiausaha Agung PBB mengutarakan isu itu dalam mesyuarat badan itu dan mengambil perhatian secara serius.

Sebelum ini, Bersih yang menganjur program pada malam kejadian berdarah itu berpendirian bahawa polis telah melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air ke arah orang awam yang sedang berhimpun sedangkan ceramah pada malam itu telah pun dibatalkan.

Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, demikian menurut kenyataan media Bersih.

Dalam pada itu, Bersih juga turut menuntut antara lainnya ialah supaya pihak polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka sehingga mengakibat insiden yang tidak diingini berlaku.

Malah Bersih menggesa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini.

Mengulas isu yang sama juga bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Dato' Ruhanie Ahmad dalam blognya menyifatkan drama yang sedang berlaku ekoran Tragedi Batu Buruk adalah kerana 'pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?'

Bagi beliau, peristiwa peluru hidup di Batu Buruk 8 September lalu adalah implikasi dari kewujudan pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?

"Inikah akibatnya permainan politik setengah masak? Inikah kesannya politik "baling batu sembunyi tangan"? Inikah implikasinya bila ada pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?" tanya bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.

Kepada pihak yang membaling batu sembunyi tangan, beliau mengingatkan, bagaimanakah jika kebenaran suatu hari nanti akan menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan?

"Berapa lama lagikah rakyat jelata perlu dihidangkan dengan keadaan seperti ini. Dan, bagaimanakah jika kebenaran akan suatu hari nanti menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan oleh pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?

"Lantaran itu, tidak murnikah kalau impak peristiwa di Batu Buruk itu ditangani secara lebih ikhlas, teliti dan bijaksana oleh pihak berkuasa?" Ruhanie mempersoalkan.

Dalam tragedi berdarah itu, seorang anggota polis yang tidak beruniform dengan sengaja telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan dengan menggunakan peluru hidup sehingga mengakibatkan dua orang awam mengalami kecederaan yang amat seruis.

Mangsa pertama Suwandi Abd Ghani, 37, telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru untuk menjalani pembedahan.

Mangsa kedua, Mohd Azman Abd Aziz, 21, juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Bagi mengelakkan dirinya dari memikul tanggungjawab berikutan keganasan polis itu, Abdullah berkata insiden tersebut mungkin berpunca daripada pembangkang. - mks.

Skandal kehakiman: Transkrip perbualan telefon VK Lingam dengan Tan Sri Fairuz

suarakeadilan
Mon | Sep 24, 07 | 11:03:34 am MYT

Berikut adalah versi terbaru transkrip perbualan Tun Fairuz dan VK Lingam yang telah dikemaskinikan untuk memastikan tahap ketepatan yang lebih tinggi.

Versi asal Bahasa Inggeris serta penterjemahan Bahasa Malaysia turut disediakan.

...The CJ said his relative is now the Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan said... I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him.

He said PM is already very angry with him ... and ... he said no problem he is going to make you acting err... confirm your position as PCA, working very hard, and then get Tan Sri Mokhtar as CJM.

Ah, so we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku, I am going to see him tomorrow, there is a letter sent to ... ah... CJ, I mean Tan Sri Dzaiddin, that Datuk Heliliah, ... er Datuk Ramli and Datuk Ma'roop be made judges, and he rejected that Dr Andrew Chui and apa itu Zainuddin Ismail lah. Because Zainuddin Ismail who condemned your appointment and Tan Sri Mokhtar's appointment.

And then you also, it seems, wrote a letter for the remaining... confirmed as judges. As per our memo I discussed with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM.

I just want to get a copy letter that this has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the court of appeal, but until today the letter hasn't come to PM. He never discussed, but neither he has sent the letter to PM. He has not sent. So, I know it is under the constitution, for judges all, that is your job, Datuk, to send, but we don't want to make it an issue now.

Ah. Ok. Actually I told Tengku Adnan to inform PM, PM to call you for a meeting. But I will organize this so that Tengku Adnan will call you directly. And then I got your number, I will tell him to call you directly to for you to meet PM lah. Ah... So should be ok, then ar... correct correct, it is very important that the key players must be there.

Correct correct correct. Correct correct. You know that the same problem that Tun Eusoff Chin had. He tried to do all this and yet he has run out of soldiers. He couldn't do it because many were from the other camp. Last time was unfortunate because Tun Daim was doing everything sabotaging, you know lah...

Otherwise how are things with you - everything is ok? No, don't worry. You know sometimes Tan Sri Vincent said that half the time we are talking about judiciary rather than doing the work. But if I don't do this part my work will be useless. Ha! Ha! Ha!

Ah. Yes. Correct correct correct correct correct. Right right right. Correct. Ah. Ah. Right! Susah. You see he has now asked for six court of appeal judges, so that he can put his men before he retires.

Correct correct correct, ah and then ah, ah correct correct correct correct correct.

Ah never-mind, I will do this, I will get er... Tengku Adnan to arrange for PM to call you and Tan Sri Vincent Tan for PM to call. You know why, actually, I am very grateful to Tan Sri Vincent Tan you know why, I brainwashed him so much I even quarreled with him. One day I went to Vincent Tan's house, I fired him at night in his house. I said bloody hell, if you don't do this who will do it? All these people, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainol (?) all fought for... hat. Then he called Tengku Adnan. Tengku Adnan he said, saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah, you know. If the old man doesn't want to listen to me, go to hell.

He quarreled with me. I said never-mind, never-mind, Tan Sri, you talk to PM again tomorrow morning to put Datuk Ahmad Fairuz to CJM. So next day morning he went and he called me back 9.30 that he said PM has already agreed. So I said never-mind, we hope for the best. So I said no harm trying, the worst that it can happen is you lose. Being the old man, he is 76 years old, he gets whispers everywhere, and then you don't whisper, he get taken away by the other side. But, now the PM is very alert because every time he gets letters from Tan Sri Dzaiddin, he calls Tengku Adnan, he says discuss with Vincent, come and discuss. And...

Yes yes, ya. Correct correct. Ya, but you see although I know PM, but my views... I am a lawyer in practice... my views are... I go through them, I go through them lah.

Ah. Ah. Ah. Ah.

And then Dzaiddin will go and tell them you went and saw PM and make a big issue out of it. Oh ya, I think so, I think so.

Ok, fine fine fine fine. Ok. Ok. Ok. Ok. Ok. Right ok ok. Ah. Ah. Correct correct.

Now I heard Raja Aziz, Raja Aziz ah, two weeks ago spoke to my lawyer Thayalan, and another lawyer Anad, in the High Court, they have a case with each other. So, Thayalan and Anad asked Ungku Aziz, how is Tan Sri Wan Adnan?

He said he is on his way down. But you know what is the shocking thing he said? Datuk Fairuz became CJM. He overruled everybody, in three months time, he is going to be PCA, and 6 months time he is going to be CJ. He said I can't take this shock. He told lah. Ha!

It seems ah that they are going to organize a campaign... they are going to organize a campaign to run you down. But you just keep quiet... don't say anything. Don't... even the press ask, you said I leave it to God, that's all. Don't say. I really like your message. You said I work very hard, what can I do? I leave it to God. That's the best answer datuk that you can ever give. Ah.

Yes... I will also get Tan Sri to remind PM to put a Tan Sri ship this year lah. You know this will elevate you, you know.

Oh yes yes yes yes. Ah. Steve Shim got so fast, Tan Sri Chong waited for a whole year to get Tan Sriship.

Ah... My god that's why, ah. Correct correct correct correct, ya ya ya ya, right right right, correct correct.

Don't worry, we organize this. And if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to meet you privately, they will, I will call you. We organize a private arrangement, in a very neutral place.

No don't worry, Datuk, I know how much you suffered for Tun Eusoff Chin. And Tun said Datuk Ahmad Fairuz 110% loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of PM and for the sake of the country.

Not for our own interest, not for our own interest. We want to make sure the country comes out well. Well, you suffered so much, so much you have done. For the election petition, Wee Choo Keong, everything. How much, nobody would have done all these.

Yes, you know. Ah. Good lah. You don't worry. I am constantly working on this. I...

Ya ya, don't worry don't worry. We work hard on this er Datuk. And if Tan Sri Vincent and Tengku want to see you, I will organize it in a confidential place.

Ok Datuk all the very best. God bless you and your family.

Ok. Thank you thank you. Bye bye bye bye.

TERJEMAHAN

Ketua Hakim (Dzaiddin) mengatakan yang beliau adalah saudara kepada Agong sekarang (Sultan Sirajuddin, Raja Perlis), maka beliau mahu kekal sehingga 68 (tahun).Jadi saya maklumkan kepada Tengku Adnan, semalam saya ada berjumpa Tengku.

Tengku maklumkan yang PM (Mahathir) begitu marah padanya, PM kata, tidak ada masalah untuk lantik Datuk sebagai pemangku, err... sahkan jawatan sebagai Presiden Makhamah Rayuan, dan bersungguh untuk pastikan Tan Sri Mokhtar sebagai Ketua Hakim Malaya.

Ah, kita pastikan ianya sulit. Saya sedang bekerja keras untuk tujuan itu.

Kemudian ada sepucuk surat, menurut Tengku, saya akan menemui Tengku esok, ada sepucuk surat telah dihantar kepada Ketua Hakim, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, mengatakan yang Datuk Heliliah, Datuk Ramli, dan Datuk Ma'roop dilantik sebagai hakim, dan beliau menolak Datuk Andrew Chui dan Zainuddin Ismail. Ini kerana Zainuddin Ismail 'mengganggu' perlantikan Datuk dan Tan Sri Mokhtar.

Dan Datuk juga perlu menulis surat dalam tempoh 5 minggu disahkan sebagai hakim.

Memo kita, saya akan bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kita akan serahkan memo yang sama kepada PM.

Saya cuma mahu dapatkan satu salinan surat untuk pastikan yang perkara ini akan disahkan kelak.

Kemudian Tan Sri Dzaiddin sebut bahawa beliau akan menyokong 6 orang untuk Mahkamah Rayuan, tetapi sehingga ke hari ini surat tersebut masih tidak sampai ke tangan PM.

Tan Sri tidak pernah berbincang, malah tidak pernah hantar surat tersebut kepada PM.

Ya, beliau tidak hantar.

Saya faham yang di bawah perlembagaan untuk hakim, semuanya merupakan tugas Datuk untuk menghantar (surat tersebut), tetapi kita tidak perlu ketengahkan isu tersebut sekarang.

Masa yang sukar ya?

Ok. Sebenarnya saya telah pesan kepada Tengku Adnan untuk maklum kepada PM, untuk berjumpa dengan Datuk. Saya akan aturkan supaya Tengku Adnan akan hubungi Datuk secara terus, dan apabila saya dapat nombor telefon Datuk, saya akan minta Tengku untuk hubungi Datuk terus untuk Datuk berjumpa dengan PM lah. Jadi, sepatutnya semua ok. Kemudian... betul... Sebab sangat penting untuk kita pastikan ada 'pemain utama' di situ.

Betul... Betul... Datuk tahu tak yang masalah sama dihadapi oleh Tun Eusoff Chin. Tun Eusoff cuba lakukan semua ini tetapi beliau 'kehilangan askar'. Beliau tak dapat lakukan kerana ramai yang datang dari kem berlainan.

Masa itu, kurang bernasib baik kerana Tun Daim telah lakukan sabotaj.

Datuk tahu?

Jadi adakah semuanya ok dengan Datuk? Semuanya ok?

Tidak, jangan risau. Datuk perlu tahu, kadang-kadang Tan Sri Vincent sebut, sebahagian daripada masa mereka hanya bercakap soal kehakiman daripada melakukan kerja. Tetapi jika saya tidak laksanakan bahagian ini, kerja saya akan jadi sia-sia.

Hahaha. Ah, ya. Betul... Setuju... Betul. Ah, betul, susah.

Datuk cuba lihat, sekarang dia (Dzaiddin) nak lantik 6 orang hakim Mahkamah Rayuan, jadi dia boleh letakkan orang-orangnya sebelum dia bersara.

Betul... ah, kemudian? Ah, betul. Tetapi jangan bimbang, saya akan lakukan kerja ini, saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan dengan PM untuk hubungi Datuk dan Tan Sri Vincent Tan, untuk PM hubungi Datuk.

Dan sebenarnya Datuk, saya betul-betul berterima kasih dengan Tan Sri Vincent Tan. Datuk tahu kenapa?

Saya paksa beliau, malah saya bertengkar dengan beliau.

Satu hari saya datang ke rumah Vincent Tan, saya marah beliau pada malam saya di rumahnya.

Saya cakap, "kalau awak tak lakukan siapa yang akan buat?"

Semua orang-orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon, semuanya berebutkan jawatan tersebut.

Kemudian beliau hubungi Tengku Adnan.

Saya hubungi Tengku Adnan, beliau cakap "Saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah!" Datuk tahu?

Jika orang tua itu tak mahu dengar cakap saya, pergi jahanamlah! Tengku bertekak dengan saya. Saya cakap, "tak apa, tak apa. Kalau Tengku tidak cakap dengan saya, Tengku cakap dengan PM lagi esok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya."

Dan keesokan paginya Tengku berjumpa PM dan hubungi saya balik pada 9.30 pagi, dan beliau maklumkan yang PM telah bersetuju.

Jadi saya bilang, "tak apa, kita harapkan yang terbaik."

Saya bilang, tak ada percubaan yang merosakkan, paling buruk yang bakal terjadi ialah awak tewas.

Jadi orang tua, dia dah berusia 76 tahun, dia 'dibisik' di mana-mana, dan kalau kita tak 'bisik' sama, dia akan dipengaruhi oleh pihak lain.

Tapi sekarang PM begitu teliti kerana setiap kali beliau peroleh surat daripada Tan Sri Dzaiddin, beliau akan hubungi Tengku Adnan dan maklumkan 'bincang dengan Vincent, datang dan bincang.'

Ya... ya... ya. Betul... Ya, tetapi Datuk tengok, walaupun saya kenal PM, saya adalah pengamal guaman. Pendapat saya... akan melalui mereka, akan melalui mereka lah.

Ah...

Dan kemudian Dzaiddin akan hubungi dan beritahu mereka yang Datuk berjumpa dengan PM dan Datuk jadikan ini satu isu besar.

Oh ya...saya terfikir begitu juga.

Ok. Ok. Baik... Ok...

Ah... Betul...

Sekarang saya dengar Raja Aziz, Raja Aziz ada bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang peguam lagi, Ailan, di Mahkamah Tinggi, mereka ada kes satu sama lain.

Jadi Thayalan dan Ailan bertanya kepada Raja Aziz, bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan?

Raja Aziz bilang Wan Adnan sudah nazak. Tetapi Datuk tahu apa perkara yang mengejutkan yang Raja Aziz beritahu?

Datuk Fairuz sudah jadi Ketua Hakim Malaya. Dia mendahului semua orang. Dalam tempoh 3 bulan. Dia (Fairuz) akan jadi Presiden Hakim Rayuan, dan dalam tempoh 6 bulan dia akan jadi Ketua Hakim. Raja Aziz bilang beliau tak akan terima kejutan ini. Dia cakap lah.

Ha, nampaknya mereka akan atur satu kempen untuk jatuhkan Datuk. Tetapi Datuk cuma perlu senyap, jangan cakap apa-apa.

Walaupun ditanya oleh wartawan, Datuk sekadar cakap "saya serahkan kepada Tuhan," cukup.

Jangan sesekali cakap.

Saya suka kenyataan anda.

Datuk sebut saja Datuk telah bekerja keras. "apa lagi yang boleh saya buat? Saya serah pada Tuhan."

Itu jawapan terbaik yang boleh Datuk berikan.

Ah... Saya juga akan minta Tan Sri untuk ingatkan PM untuk anugerahkan gelaran Tan Sri tahun ini (kepada Datuk).

Ah... Datuk tahu, ini akan naikkan imej Datuk. Datuk pun tahu kan.

Oh. Ya...

Ha... Steve Shim dapat begitu cepat, Tan Sri Chong terpaksa tunggu sehingga 4 tahun untuk dapatkan gelaran Tan Sri.

Ah... Ya Tuhan. Sebab itulah...

Betul...

Ya...

Betul...

Betul...

Jangan risau, kita akan aturkan semua ini.

Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu berjumpa Datuk secara sulit. Saya yakin mereka akan jumpa. Saya akan hubungi Datuk.

Kita akan aturkan secara sulit, di kawasan yang bebas.

Tidak, jangan risau Datuk. Saya tahu bagaimana Datuk sengsara demi Tun Eusoff Chin.

Dan Tun sebut kesetiaan Datuk Ahmad Fairuz adalah 110%.

Kita mahu pastikan yang orang kita ada di sana untuk kebaikan PM dan Negara.

Bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan kita.

Kita mahu pastikan yang Negara diutamakan dengan baik.

Datuk terlalu sengsara, sudah banyak yang Datuk telah lakukan, termasuk petisyen pilihan raya, Wee Choo Keong, semuanya lah. Takkan ada sesiapa yang boleh lakukan semua ini.

Ya... Datuk pun tahu, baik lah.

Ok, jangan risau. Saya bersungguh-sungguh menguruskan perkara ini.

Ya... ya... Jangan risau, jangan risau.

Kita bersungguh-sungguh demi perkara ini. Dan Datuk, sekiranya Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu bertemu dengan Datuk, saya akan aturkan di tempat yang sulit.

Ok Datuk, moga Tuhan merahmati kamu dan keluarga.

Terima kasih. Bye.

Untuk mendapatkan rakaman video perbualan di atas, sila layari www.malaysiakini.com./tajdid

Klip Video: Respon PM, TPM lemah, pecat Ahmad Fairuz

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Sep 24, 07 | 9:59:06 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Pendedahan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung klip video membabitkan perbualan antara seorang peguam dengan hakim kanan semakin mendapat perhatian ramai hingga Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa menggunakan pelbagai alasan untuk menutup isu tersebut.


Klip video yang turut disiarkan dalam beberapa lama web termasuk web rasmi Parti KeADILan Rakyat itu beberapa hari lalu menghantui pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malangnya jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menutup isu besar itu dari mata rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

"Bagaimana pula dengan tindakan menukar pendakwaraya dalam kes Altantuya Shaariibuu hanya kerana didakwa dilihat bermain badminton tetapi bukti berupa video dan gambar tidak pun diketengahkan.

Bukti

"Dalam isu konspirasi kehakiman pula jelas Anwar mendedahkan klip video yang dikatakan membabitkan perbualan antara VK Lingham dan seorang hakim yang disyaki, Tun Ahmad Fairuz, tetapi pihak hakim dan kerajaan pimpinan Abdullah sebaliknya mahu menutup isu ini,"kata Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan PM dan TPM terhadap isu pendedahan Anwar berhubung isu klip video membabitkan konspirasi kehakiman.

Baginya, kes ini secara jelas menunjukkan perbualan antara peguam terbabit dengan hakim tersebut mengikut klip video dan teks asal yang telah ditranskrip.

"Setakat ini kata PM dan TPM hanyalah klip ini perlu dipastikan sahihnya.Dalam kes Altantuya, bukti pendakwaraya bermain badminton tidak pun dikemukakan tetapi tindakan untuk menggantikan pendakwaraya terus dilakukan.Buktinya mana, tiada pun pihak yang menanyakannya,"tegasnya.

Pada pandangan Kamarudin, kes ini membabitkan integriti badan kehakiman negara yang boleh memberi kesan kepada proses perundangan dan sebarang keputusan berhubung peghakiman.

Helah tutup kes

"Apa yang dilakukan PM hanya memberi amaran kepada pihak yang mendedahkan kes ini jika klip video itu tidak benar mereka akan diambil tindakan. Ini kes besar jangan kata tak ada bukti,"tegasnya.

Apa yang dilihat kenyataan PM itu hanyalah satu helah untuk terus menutup kes yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap ketelusan badan kehakiman di negara ini, katanya.

Justeru tindakan untuk menyiasat dan meneliti kandungan perbualan antara peguam dan hakim itu perlu dilakukan segera oleh pihak kerajaan dan badan kehakiman, katanya.

Beliau juga mahu PM dan semua pimpinan politik serta kehakiman konsisten dan telus dalam mengendalikan kes besar ini yang boleh akan mencerminkan kewibawaan badan perundangan negara ini, katanya.

PM dan TPM hilang wibawa

Sementara itu Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah pula berkata, cubaan PM dan TPM mutakhir ini untuk mempersoalkan kebenaran video itu sememangnya tidak menampakkan kewibawaan dan sikap bertanggungjawab pimpinan kerajaan.

"Mustahil sama sekali bagi seorang yang rasional untuk menonton video ini dan kemudiannya serta-merta mendakwa kepalsuannya. Peguam-peguam Malaysia sedar dengan situasi kehakiman kita pada tahun 2002, dan mampu memahami segala yang tersurat mahupun tersirat dalam perbualan ini,"katanya.

Fakta-fakta dan nama-nama yang tersebut dalam perbualan itu sememangnya bukan asing lagi kepada mereka, katanya.

Malah seseorang yang tidak mengecam seorang nama sekali pun masih lagi boleh melihat apa yang cuba dibuat dalam perbualan itu, katanya.

PM cuba dakwa klip video ciptaan komputer

Nampaknya, PM dan TPM sedang cuba mendakwa bahawa video ini mungkin telah dihasilkan menggunakan imej ciptaan komputer, ataupun satu lakonan semata-mata, katanya.

"Dakwaan ini sememangnya langsung tidak masuk akal, dan sebenarnya menampakkan betapa terdesaknya mereka ini, sehinggakan terpaksa menggunakan alasan yang begitu lemah sekali,"katanya.

Respons Ketua Hakim Negara yang begitu pendek, sekadar 'tiada komen' semata-mata, boleh jelas difahami semua sementara peguam yang sedang dikaitkan dalam kontroversi ini pula masih lagi belum berkata apa-apa, katanya.

KeADILan ingin meminta supaya PM dan TPM tidak begitu cepat membuat kesimpulan mereka sehingga satu pasukan forensik bebas selesai menyiasat video tersebut, katanya.

Dalam pada itu, KeADILan juga menegaskan bahawa kerja ini sepatutnya menjadi sebahagian tugas Suruhanjaya Diraja yang dikehendaki untuk menjalankan penyiasatan penuh ke atas hal ini, katanya.

Surat terbuka kepada Yang Dipertuan Agong

Sementara itu dalam satu surat terbuka kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-raja Melayu, Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin berkata, pendedahan tersebut beserta bukti rakaman perbualan, jelas menunjukkan bagaimana campur tangan dan gangguan dalam institusi kehakiman.

Melalui perbualan itu peguam tersebut melakukan usaha termasuk campur tangan beberapa pihak lagi seperti tokoh korporat Vincent Tan dan Tengku Adnan (menteri Pelancongan ketika itu) memastikan Fairuz dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

"Negara kini berada dalam krisis integriti yang cukup hebat kini. Seluruh dunia kini sedang melihat Malaysia, bagaimana kita selaku bangsa yang bermaruah menangani permasalahan ini,"katanya.

Gantung sementara, atau pecat

Sewajarnya dalam kes ini melihat dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz sendiri meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya mengosongkan jawatan sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan, kata Badrul Hisham.

"Menginsafi betapa negara sedang diuji dengan ujian integriti yang hebat, makanya dengan ini patik mendesak tindakan segera berdasarkan Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan, di mana mengizinkan pemecatan atau penggantungan Hakim serta merta berdasarkan salah laku etika,"katanya.

Satu Suruhanjaya Diraja bebas harus dibentuk segera bagi menyiasat perkara ini termasuk menyiasat semula kes terbesar negara iaitu konspirasi terhadap Anwar Ibrahim yang telah banyak merugikan negara, katanya.

Ketua Hakim Negara nafi

Dalam pada itu Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilaporkan telah menafikan yang beliau adalah orang yang berbual melalui telefon dengan peguam terkemuka, Datuk VK Lingam untuk mengatur pelantikan hakim-hakim.

Ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz malam tadi, yang menyatakan Ahmad Fairuz telah menghubunginya untuk membuat penafian tersebut.

Nazri bagaimanapun tidak menyatakan bila Ahmad Fairuz menghubunginya untuk membuat penafian tersebut.

"Hakim itu telah menghubungi saya dan beliau menafikan dia yang berbual dalam rakaman itu," katanya dalam laporan Bernama selepas majlis penyerahan zakat dan berbuka puasa di Masjid Taman Kuala Kangsar baru-baru ini.

Pada 19 September lalu, Anwar dalam satu sidang medianya di Petaling Jaya telah mendedahkan satu klip video yang didakwanya rakaman perbualan antara peguam dengan seorang hakim.

Menurut Anwar klip video itu dirakam pada tahun 2002 namun beliau enggan menyatakan sumber rakaman itu diperolehi.

Terkemudian selepas itu KeADILan menyerahkan klip itu kepada Majlis Peguam Malaysia dan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk siasatan lanjut. - mks.

Polis usah jadi budak suruhan Umno - tegur Mohd Sabu

Awang Harun
Mon | Sep 24, 07 | 9:16:12 am MYT

KUALA NERUS, 24 Sept (Hrkh)- Pasukan keselamatan, terutamanya Polis merupakan kakitangan serta pegawai kerajaan kepada kerajaan yang memerintah dan perlu bertindak secara profesional.

Polis juga bukan musuh kepada mana-mana parti pembangkang bahkan perlu mewujudkan kerjasama dan toleransi antara kedua-dua pihak.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihak polis perlu bertindak secara profesional agar tidak mudah diperalatkan oleh parti pemerintah.

Katanya, polis usah bertindak seperti pemuda Umno kerana pasukan keselamatan itu bukan ‘musuh’ PAS.

“Polis jangan jadi pemuda Umno kerana kami (PAS) bukan lawan polis tetapi kami lawan Umno.

“Hentilah jadi ‘barua’ Umno dan bertindak secara professional sebagai pegawai kerajaan,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penjelasan Isu Tragedi Batu Burok, di Padang Bola Batu Enam, baru-baru ini,

Menurut Mohamad, polis merupakan pegawai kerajaan dan jika PAS berjaya memerintah negara ini pun polis yang sama digunapakainya.

Oleh itu, katanya jika polis masih bertindak seperti ‘budak’ suruhan Umno masalah keselamatan tidak akan selesai.

Pada 8 September lalu, pihak pasukan keselamatan bertindak agresif ketika membatalkan ceramah Bersih sehingga berlaku provokasi serta menyebabkan dua orang awam cedera parah ditembak dengan peluru hidup oleh polis.

PAS boleh menang dengan demokrasi

Sementara itu dalam ceramahnya di Kemaman, Naib Presiden PAS itu menegaskan, PAS boleh memenangi pilihan raya dengan mudah jika negara mengamalkan demokrasi tulin.

Ini kerana, katanya demokrasi tulin memberi kebebasan kepada rakyat berfikir, memilih serta menentukan kerajaan yang dikehendaki bagi memerintah negara.

“Secara demokrasi Islam boleh mencapai kemenangan jika diberi ruang dan peluang secara bebas, adil dan telus.

“Kita memilih cara demokrasi. PAS pilih cara itu untuk berjuang hingga mencapai matlamat kita,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu Tragedi 8 September Batu Burok, di perkarangan Pasti Mak Cili, Chukai Kemaman.

Katanya, golongan Islam boleh mencapai kemenangan dengan demokrasi jika dilaksanakan secara adil dan tulin.

Menurutnya, kejayaan tersebut telah dibuktikan di Palestin, Acheh, Mesir dan yang terakhir di negara sekular Turki.

Bahkan, katanya di Malaysia jika ada demokrasi sebenar pun boleh mencapai kemenangan dengan mudah.

Beliau menjelaskan selepas tahun 1969 amalan demokrasi tulin mula rosak serta terhakis di negara ini.

Katanya, demokrasi rosak dengan akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ‘Aku Janji’.

“Akta OSA penting bagi melindungi rahsia kerajaan tetapi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Umno.

“Kita lihat Akta OSA digunakan untuk melindungi rasuah pemimpin-pemimpin Umno seperti Rafidah Aziz dan ramai lagi,” jelasnya.

Menurutnya, Bersih ditubuhkan bagi membersih serta menyelamatkan amalan demokrasi daripada terus ‘rosak’ dan ‘mati’ di negara ini. - mr

Rusuhan: 4 lagi individu serah diri

KUALA TERENGGANU: Empat lagi individu yang gambar mereka disiarkan akhbar Selasa dan Sabtu lalu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam bagi membantu siasatan kejadian rusuhan dan pembakaran Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud di sini, 8 September lalu.

Tiga daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis, manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata dua daripada individu terbabit datang menyerah diri pada jam 9.30 pagi semalam.

Katanya, seorang daripadanya adalah jurujual berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun dari kampung sama.

"Pada jam 9.55 pagi seorang lagi lelaki berusia 18 tahun dari Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini tampil memberikan keterangan.

"Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Pahang yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Manir berusia 24 tahun pula tampil kira-kira jam 11.40 pagi," katanya.

Khairi berkata, tiga daripada mereka yang disyaki terbabit dengan rusuhan sudah dirakam keterangan, manakala seorang lagi sedang disiasat.

Katanya, polis masih membuka peluang kepada individu terbabit untuk menyerah diri sebelum gerakan menangkap mereka dilakukan pada bila-bila masa.

"Kami sedang mengemas kini maklumat diperoleh terhadap semua individu terbabit sebelum membuat tangkapan.

"Justeru, mana-mana individu masih berdiam diri, tampil kerana polis hanya mahu mendapatkan penjelasan berhubung kejadian yang berlaku dan menjelaskan kepada polis mengapa mereka berada di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, polis juga masih mempunyai beberapa lagi gambar untuk disiarkan dan dikeluarkan secara berperingkat selepas siasatan kes berkenaan selesai.

Umno Selangor perlu kuat: Najib

Oleh Wan Jailani Razak

Benteng penting ekonomi, politik negara



SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu Umno Selangor mempertahankan kekuatannya berikutan kedudukan negeri itu di Lembah Klang, kawasan penting yang menjadi tempat tumpuan putaran ekonomi, politik dan golongan cerdik pandai.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata dengan keyakinan Umno Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah yang dicapai semua calon parti itu pada pilihan raya lalu, harapan itu akan menjadi kenyataan.

"Saya percaya dengan semangat Umno yang kuat ditunjukkan menerusi kehadiran yang baik pada malam ini (malam tadi), memang boleh kita banggakan.

"Saya sudah bersama berhempas pulas dengan Umno Selangor (pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok lalu). Maknanya Umno Selangor sudah diuji dan saya diuji dan kedua-dua lulus cemerlang.

"Apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo beri jaminan semua kerusi Umno boleh berjaya (pada pilihan raya akan datang), saya rasa itu bukan jaminan kosong tetapi jaminan berasaskan kejayaan kita sebelum ini," katanya.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian pada Majlis Berbuka Bersama Badan Perhubungan Umno Selangor di Kediaman Menteri Besar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada majlis yang dihoskan Dr Mohamad Khir selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Dr Mohamad Khir, Datin Seri Zahrah Kechik; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Najib berkata, ramai orang bertanya mengenai rahsia kejayaan Umno sehingga mampu bertahan sehingga kini sebagai parti pemerintah dalam sistem demokrasi berparlimen.

Katanya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kejayaan itu, antaranya apabila kepemimpinan parti berdepan cabaran, setiap kali itulah kepemimpinan Umno berjaya memimpin negara dan mengatasi cabaran dengan cemerlang.

"Kita dikaitkan dengan perubahan, evolusi dan transformasi yang begitu besar di bawah parti Umno. Apabila berdepan usaha untuk mencapai kemerdekaan, kita berjaya mencapainya.

"Malah, ketika berdepan penjajah, kita bangun menentang Malayan Union dan ketika mengisi kemerdekaan, sekali lagi kita berjaya membawa pembangunan dan mengubah nasib rakyat. Begitu juga ketika zaman konfrontasi, krisis kewangan dan (isu) Kampung Medan, Umno berjaya memimpin negara.

"Tidak ada ketika dalam sejarah negara kita dikaitkan dengan persepsi kegagalan dan itulah antara sebab kejayaan kita mempertahankan keutuhan parti sehingga kini," katanya.

Beliau juga mahu disiplin ketika berpuasa sepanjang Ramadan diteruskan dan dijadikan amalan mulia di kalangan pemimpin dan ahli Umno dalam perjuangan memartabatkan Umno.

Sibuk kerja punca ramai tak daftar

KUALA LUMPUR: Sibuk dengan tugas, kelekaan dan tanggapan negatif mengundi tidak penting adalah antara punca ramai orang Melayu kurang menunaikan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata mereka yang bekerja di bandar pada mulanya ingin mendaftar di kawasan itu tetapi kerana kesibukan mereka berbelah-bahagi apabila ingin berbuat demikian di kampung.

"Akhirnya mereka tidak pasti untuk mendaftar di mana dan lama-lama leka serta tidak mendaftar sebagai pemilih. Harap mereka ini mendaftar sebagai pemilih sama ada di kampung atau tempat bekerja
"Mereka perlu ingat bahawa menjadi hak individu dan tanggungjawab masing-masing untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Kesedaran ada untuk mendaftar tapi kita dukacita kerana selepas banyak kempen dilaksanakan secara intensif dan besar-besaran, masih ramai Melayu belum mendaftar," katanya ketika dihubungi semalam.

Muhammad diminta mengulas laporan akhbar mengenai orang Melayu masih muncul golongan tertinggi tidak mendaftar walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.
Program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lalu menunjukkan 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah Melayu dan Bumiputera lain.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, program yang menetapkan sasaran 2.5 juta pemilih baru itu mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan Bumiputera.

PPP tuntut diberi lebih kuasa

GEORGETOWN: Belumpun selesai isu menuntut lebih kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya, Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) mendesak supaya lebih banyak jawatan kerajaan diberi kepada pemimpin parti itu.

Ketua Pemudanya, T Murugiah, berkata PPP ketika ini hanya memiliki satu jawatan timbalan menteri dan senator, sedangkan parti komponen lain menikmati jawatan yang lebih tinggi.

Beliau menyifatkan PPP tiada suara dalam kerajaan walaupun menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana Presiden parti, Datuk M Kayveas hanya timbalan menteri.

Katanya, ia menyebabkan PPP tidak terbabit dalam menggubal dasar kerajaan, sekali gus tidak memperoleh layanan sewajarnya sekalipun mewakili kira-kira 530,000 ahli.

"Lebih banyak jawatan kerajaan termasuk senator harus diberi kepada pemimpin PPP sebagai simbol perkongsian kuasa. Saya harap Pemuda BN sedia memberi perhatian," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian Konvensyen Pemuda PPP Pulau Pinang di sini, semalam, yang disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Mohd Salim Abdul Bari.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda PPP Pulau Pinang K Manikumar mencadangkan Murugiah dijadikan senator, manakala Ketua PPP Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Bala Mohan, diperuntukkan kerusi pada pilihan raya umum depan.

Dalam perkembangan lain di KUALA LUMPUR, Presiden PPP mendakwa MIC gagal meningkatkan taraf hidup dan ekonomi kaum India dan meminta tanggungjawab itu diserahkan kepada PPP.

Kayveas berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan MIC sepanjang tempoh 50 tahun diberikan kepada parti itu dengan taraf hidup penduduk India tidak menampakkan banyak perubahan.

Katanya, lebih mengecewakan lagi, sektor pendidikan yang penting dalam pembangunan sesebuah bangsa gagal diselia dengan baik oleh MIC.

"Ia terbukti apabila hanya ada 500 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara ketika ini, berbeza 20 tahun lalu yang mencatatkan 1,300 SJKT.

"Saya tidak faham kenapa mereka menutup 800 sekolah yang menyebabkan sistem pembelajaran murid India tersekat. Selain itu, keadaan sekolah tidak terurus dan ada bilik darjah menggunakan kontena dan di rumah kedai," katany selepas merasmikan mesyuarat agung kelapan Persatuan Pemilik & Pemandu Teksi India Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Hakim kanan nafi terbabit

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Rakaman klip video masih pada peringkat siasatan: Mohamed Nazri

KUALA KANGSAR: Hakim kanan yang didakwa berbual dengan seorang peguam mengenai usaha untuk melantik Ketua Hakim Negara pada 2002 yang dirakam secara sulit melalui satu klip video, menafikan bahawa beliau adalah orang dihubungi peguam terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata beliau sudah dihubungi hakim berkenaan yang menafikan pembabitannya.

"Peringkat awal, saya sudah dihubungi pihak hakim berkenaan dan beliau menafikan suara sebelah sana (yang sedang berbual dengan peguam) adalah suara dia.

"(Dalam video klip) kita hanya lihat seorang saja bercakap, di sebelah sana telefon kita tidak tahu siapa.. tetapi hakim berkenaan menghubungi saya dan menafikan itu adalah dia dan itu bukan suara dia.

"Tetapi, seperti yang dikatakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kita kena siasat terlebih dulu kesahihan video klip itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat Amanah Raya Berhad (ARB) di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini, malam kelmarin.

Klip video lapan minit yang dirakam secara sulit itu memaparkan visual perbualan seorang peguam terkemuka membincangkan mengenai usaha untuk melantik seorang hakim sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian sebagai Ketua Hakim Negara.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, polis akan menyiasat klip video itu bagi memastikan kesahihannya.

Abdullah yang turut menerima video klip itu bersama transkrip dihantar ke pejabatnya berkata, polis perlu bertindak cepat menyiasat kes itu kerana ia boleh menjejaskan nama baik sistem kehakiman di negara ini.

Mohamed Nazri yang bertanggungjawab terhadap portfolio undang-undang berkata, pada peringkat sekarang siasatan perlu dijalankan bagi membuktikan kesahihan rakaman itu terlebih dulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

Beliau juga berkata, negara ini sebenarnya memiliki undang-undang menghalang orang ramai mengambil tindakan yang boleh mendatangkan rasa kurang keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman negara.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghakiskan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman, terutama jika kesahihan video klip itu diragui.

Mohamed Nazri turut mempertikaikan niat sebenar pihak yang menyebarkan serta menghebohkan video klip itu kepada orang ramai.

"Saya berasa jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegakkan undang-undang dan membersihkan sistem kehakiman, perkara ini tidak perlu diperhebohkan. Mereka boleh menyerahkan terus video klip itu kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat.

"Kenapa perlu bawa perkara ini kepada akhbar dan orang ramai.. jadi kita boleh pertikaikan niat mereka sama ada untuk kepentingan politik atau mahu badan kehakiman bersih?" katanya.

Perusuh diberi peluang lagi

Oleh: RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Seramai 33 lagi individu yang dicari berhubung kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lepas masih berpeluang menyerah diri sebelum gerakan memberkas mereka di rumah dimulakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, individu terbabit tidak perlu gusar untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kerana polis hanya hendak mendapatkan keterangan mereka bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

‘‘Kita cuma hendak dapatkan beberapa penjelasan daripada individu terbabit termasuk tujuan kehadiran mereka di lokasi berkenaan kerana bukti rakaman gambar menunjukkan mereka berada di tempat kejadian rusuhan malam itu.

‘‘Takut bukan alasan kerana polis hanya hendak dapatkan keterangan mereka dan setakat ini, tiada yang menyerah diri direman, mereka akan dilepaskan setelah polis berpuas hati dengan keterangan mereka,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat pukul 5 petang ini, sebanyak 13 daripada 46 individu yang dicari telah menyerah diri termasuk empat lelaki berusia antara 17 dan 49 tahun yang tampil berbuat demikian hari ini.

Khairi berkata, mereka yang menyerah diri hari ini ialah jurujual berusia 49 tahun dan pelajar sebuah sekolah menengah berusia 17 tahun berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, dekat sini yang tampil di IPD Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi ini.

‘‘Selang 25 minit kemudian, seorang penganggur berusia 18 tahun dari Jalan Sultan Zainal Abidin di sini pula menyerah diri diikuti seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang berusia 24 tahun yang berasal dari Kampung Pulau Rusa kira-kira pukul 11.40 pagi ini,’’ katanya.

Antara mereka yang telah menyerah diri sebelum ini termasuk seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah agama swasta dari Binjai Bongkok, Marang dan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pasir Panjang di sini.

Sementara itu, Khairi berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir mengemas kini segala maklumat perusuh termasuk mendapatkan alamat rumah individu yang masih gagal menyerah diri sebelum gerakan memberkas mereka dilakukan dalam waktu terdekat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, polis mempunyai banyak lagi gambar individu dipercayai terlibat dalam kes rusuhan dan menjangkakan gambar- gambar mereka akan diedarkan kepada media massa selewat-lewatnya minggu depan.

Polis kesan individu bakar Jalur Gemilang

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Polis yakin dapat mengesan individu yang membakar Jalur Gemilang semasa rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, di sini pada 8 September lalu sebelum akhir bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis menerima beberapa petunjuk baru yang membolehkan pasukan penyiasat mengesan individu yang melakukan perbuatan menghina simbol kedaulatan negara itu.

‘‘Petunjuk baru ini dijangka dapat membantu polis menahan individu berkenaan dalam tempoh terdekat dan saya berharap kes berkenaan akan dapat ditutup sebelum Hari Raya Aidilfitri,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, polis menggunakan pendekatan berlembut dalam menjalankan siasatan kes rusuhan itu berikutan maklumat yang diterima menunjukkan pelajar-pelajar sekolah yang sedang menduduki peperiksaan utama merupakan antara individu yang terlibat dalam rusuhan itu.

‘‘Justeru, para pelajar yang diminta membantu dalam siasatan berkenaan dibenarkan membawa ibu bapa ketika memberikan keterangan berhubung penglibatan mereka dalam rusuhan berkenaan,’’ katanya.

Ayub berkata, polis tidak akan menahan sebarang individu tanpa usul periksa dan kebanyakan individu yang dicari polis telah menyerah diri dan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

‘‘Pelajar-pelajar berkenaan juga telah dibebaskan selepas memberikan keterangan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan masing- masing kerana kami faham mereka telah dihasut untuk merusuh pada malam itu,’’ ujarnya.

Beliau menambah, polis sentiasa bersifat telus dalam menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat termasuk anggota keselamatan sendiri.

‘‘Saya juga bersedia untuk bertemu mana-mana pemimpin parti pembangkang yang ingin mendapatkan maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan,’’ katanya.

Tiada pilihan raya umum dalam waktu terdekat

Oleh: NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini walaupun ekonomi negara berada pada kedudukan baik.

Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak mendapat ilham mengenai bila pilihan raya umum akan diadakan walaupun soalan itu sering diajukan kepadanya.

Beliau menegaskan, mandat yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihan raya umum 2004 masih belum berakhir.

‘‘Yang ini (pilihan raya) nanti dulu, kita ada mandat, mandat kita ada dua tahun lagi,” kata beliau dalam temu bual eksklusif program VIP Awani yang disiarkan melalui saluran Astro Awani malam ini.

Menurut Abdullah, keadaan ekonomi negara yang kukuh terbukti apabila industri binaan sekarang menunjukkan peningkatan yang melegakan walaupun sektor itu sebelum ini berada dalam keadaan lembap buat tempoh yang agak lama.

‘‘Industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain industri terus kukuh serta nilai perdagangan kita juga menunjukkan angka yang terus bertambah. Di samping itu, kita masih mempunyai rizab yang baik dan nilai mata wang kita juga stabil,” jelasnya.

Bagi memastikan perkembangan itu berterusan, Abdullah berkata, beliau mahu syarikat-syarikat tempatan memberikan perhatian kepada usaha menghasilkan produk terbaik pada harga berpatutan dan mereka juga perlu mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk melakukan aktiviti promosi secara agresif.

‘‘Langkah ini adalah bagi membolehkan kita menghadapi sekatan perdagangan dalam bentuk bukan tarif seperti dakwaan sesetengah negara bahawa (ada) syarikat yang menghasilkan produk telah mencemar alam sekitar, hak asasi manusia dan menggunakan buruh kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sekarang, Abdullah berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi perhatian kepada situasi berkenaan.

Beliau baru-baru ini juga telah diberi taklimat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri mengakui kelembapan ekonomi AS itu boleh memberikan kesan kepada negara ini kerana ia akan menjejaskan eksport barangan perkilangan Malaysia ke AS seperti yang berlaku ketika krisis kewangan 1997.

‘‘Kalau teruk sangat, memang ada kena- mengena dengan kita. Ini turut berhubung kait dengan naik turun kadar faedah yang boleh mempengaruhi suasana pelaburan di negara ini dan sentimen pasaran saham.

‘‘Apa yang berlaku di mana-mana negara yang mungkin membawa kesan buruk kepada kita akan terus dipantau. Kita akan membuat anjakan atau mengambil langkah-langkah yang perlu dan insya-Allah ekonomi kita tidak akan terjejas,” ujarnya.

Orang Melayu tidak peduli soal politik

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

SUNGAI PETANI 23 Sept. – Rasa selamat tinggal di negara sendiri dan tidak mempunyai kesedaran politik merupakan antara punca sesetengah orang Melayu tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin (gambar) berkata, golongan tersebut bukan tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi tetapi mereka bersikap tidak mengendahkan perkembangan sekeliling.

‘‘Orang Melayu patut mencontohi kaum Cina yang kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap hak politik mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan e-sidang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini hari ini.

Katanya, sikap ‘tidak apa’ di kalangan orang Melayu masih menebal termasuk dalam soal yang menjadi agenda politik bangsa.

Zainuddin mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bahawa sebahagian besar rakyat yang mendaftar dalam Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas adalah bukan bumiputera.

Menurut Menteri Penerangan itu, pendedahan SPR itu bukan sesuatu yang mengejutkan beliau.

Zainuddin memberitahu, usaha telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) untuk mendaftarkan pengundi baru, tetapi langkah itu hanya berjaya menarik sebahagian daripada mereka.

Sehubungan itu, ujarnya, usaha berterusan perlu dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi.

‘‘Saya akan arahkan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan menjalankan kempen masing-masing untuk menyeru orang Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi,” katanya.

Beliau mendakwa orang Melayu lebih berminat untuk bercakap banyak tentang soal politik dan membuat kritikan tetapi kurang bertindak serta lalai dalam mempertahankan hak mereka.

Kenal pasti Melayu belum daftar

ALOR GAJAH 23 Sept. – Semua UMNO bahagian di seluruh negara diminta bekerja keras bagi mengesan orang Melayu di kawasan masing-masing yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bilangan 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar melibatkan orang Melayu amat membimbangkan dan perlu ditangani segera.

Menurutnya, ia berlaku kerana sikap orang Melayu sendiri yang sering mengambil mudah dan bersikap sambil lewa sahaja dalam soal itu.

‘‘Saya harap 90 peratus (orang Melayu) daripada 1.5 juta rakyat negara ini yang belum mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian sebelum terlambat kerana ini adalah hak mereka.

‘‘Jika mereka hanya bersikap tidak apa dan mempunyai tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menang dalam setiap pilihan raya biarpun mereka tidak mengundi, mereka silap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 orang terdiri daripada ibu dan bapa tunggal, anak yatim serta orang kurang upaya kawasan Masjid Tanah di sini, hari ini.

Mohd. Ali mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mendedahkan orang Melayu masih menjadi golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, golongan ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak mereka yang mencapai usia 21 tahun mendaftar sebagai pengundi.

Kata beliau, orang Melayu perlu sedar bahawa kuasa memerintah negara terletak pada kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh kerajaan terhadap individu.

‘‘Sempena Ramadan ini, UMNO bahagian menganjurkan banyak perjumpaan dan dari situ, mereka boleh mengenal pasti orang Melayu di kawasan masing-masing yang belum berdaftar.

‘‘Kita mahu setiap ahli UMNO mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkara ini ditangani dengan segera dan berkesan,” katanya.

Tiada faham hak punca ramai tidak daftar pemilih

Oleh: ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Tidak memahami hak serta kepentingan sebagai pengundi yang mampu menentukan masa depan negara adalah punca ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Beberapa pemimpin parti politik yang dihubungi Utusan Malaysia berpendapat, sikap itu menyebabkan mereka tidak menghiraukan keperluan mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program dijalankan bagi memudahkan golongan berkenaan berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memberitahu, salah satu faktor kenapa ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah mereka yang sudah berpindah dari kampung halaman.

Jelas beliau, golongan ini tidak pasti kawasan mana yang seharusnya mereka mendaftar.

‘‘Contohnya, mereka bekerja di Lembah Klang tapi kampung di Kelantan maka mereka tidak tahu di mana seharusnya mereka mendaftar.

‘‘Justeru, kita sarankan golongan tersebut supaya mengambil kesempatan mendaftar di kawasan yang difikirkan mudah untuk mereka mengundi semasa pilihan raya nanti’’ katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan orang Melayu merupakan golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan sasaran sebanyak 2.5 juta pemilih baru melalui program tersebut mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan bumiputera.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, ramai yang masih tidak mengetahui undian mereka begitu penting dalam menentukan corak pemerintahan negara.

Ketidakfahaman itu, tambah beliau, menyebabkan mereka tidak sedar tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.

“Kadang-kala ramai beranggapan satu undi tidak membawa makna besar sedangkan ia boleh menentukan masa depan negara,’’ katanya.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam pula menyarankan agar program yang dijalankan oleh SPR dan pihak-pihak lain bagi menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih diteruskan.

Menurutnya, cara itu dapat membantu memberi kesedaran kepada mereka yang masih belum berbuat demikian.

“Kemungkinan ramai lagi yang masih belum dimaklumkan mengenai perkara ini,’’ katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mencadangkan supaya mata pelajaran Tatanegara di sekolah rendah diwujudkan semula supaya para pelajar dari peringkat awal lagi sudah dididik dengan tanggungjawab sebagai rakyat.

Menurutnya, elemen-elemen hiburan melampau yang banyak disogokkan kepada golongan muda menyebabkan mereka tidak mampu berfikir tentang perkara-perkara agak berat berkaitan masa depan negara.

“Saya rasa parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan perlu mendidik bakal pengundi muda ini supaya mereka faham tugas serta tanggungjawab masing-masing,’’ jelasnya.

Sibuk alasan tidak daftar

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Tidak ada masa dan terlalu sibuk merupakan dua alasan yang paling kerap digunakan oleh golongan yang layak mengundi tetapi masih gagal mendaftar sebagai pemilih di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Mohd. Noor Daud berkata, sikap itu menyebabkan sebanyak 75,203 orang daripada 556,985 rakyat negeri ini yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lepas.

‘‘Setakat 31 Mac lepas, hanya 481,782 orang daripada 556,985 pengundi di Terengganu yang majoritinya orang Melayu telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan mendaftar sebagai pemilih.

‘‘Baki yang belum berbuat demikian masih tidak menyedari hak mereka dalam menentukan masa depan negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengenai trend sesetengah orang Melayu yang tidak mahu mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Mohd. Noor berkata, SPR Terengganu telah mengadakan beberapa kempen termasuk Kempen Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih Peringkat Negeri Terengganu di Pasar Raya Besar Mydin di sini Julai lalu bagi membolehkan orang ramai yang layak mengundi mendaftar.

‘‘Berdasarkan kempen yang diadakan, kami mendapati antara alasan yang diberikan oleh mereka yang masih belum mendaftar ialah tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan urusan lain,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan mereka yang layak mengundi mendaftar termasuk mengadakan kempen pendaftaran ke kawasan-kawasan terpencil atas permintaan parti-parti politik.

‘‘Mereka juga boleh mendaftar di pejabat-pejabat pos, Pejabat Pilihan Raya negeri di Wisma Persekutuan dan mendaftar dengan penolong-penolong pendaftar dalam parti-parti politik yang dilantik oleh SPR,” katanya.