Friday, May 29, 2009

POLITIK : JUMAAT 29 MEI 2009

Manek Urai: Penamaan 6 Julai, pilihan raya 14 Julai
PUTRAJAYA 28 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan haripenamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri ManekUrai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14Julai sekiranya ada pertandingan.

Pilih calon punyai rekod kesihatan baik - SPR
PUTRAJAYA 28 Mei - Perlukah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkanperaturan yang mewajibkan seseorang calon dalam pilihan raya mempunyairekod kesihatan yang baik?

'Saya tak serang peribadi sesiapa'
BUKIT MERTAJAM 28 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah berkata, beliautidak menyerang peribadi sesiapa ketika mendedahkan bukti kepada pihakmedia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sogokan jawatan danwang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hanya Nai-Khan Ari mengundi
PULAU PINANG 28 Mei - Calon Bebas Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41,merupakan satu-satunya calon yang akan mengundi pada Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini.

Ceramah: Pemuda PKR buat laporan polis
BUKIT MERTAJAM 28 Mei - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuatlaporan polis di Balai Polis Kubang Semang di sini bagi membantahtindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengadakan ceramahdi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SOP penerangan UMNO dirangka
KUANTAN 28 Mei - UMNO sedang merangka Piawaian Prosedur Operasi (SOP)sebagai garis panduan untuk menilai petunjuk prestasi utama (KPI)kepada jentera penerangan UMNO.

Sivakumar tetap cabar SPR
KUALA LUMPUR 28 Mei – Walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan SpeakerDewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak berhak mengisytiharkankekosongan tiga kerusi DUN Bebas, namun V. Sivakumar tetapmempertahankan bahawa semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) masih boleh diteruskan.








Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, pada 14 Julai ini, manakalahari penamaan calon 6 Julai.



PwC dedah punca konflik PKFZ sering bermasalah
KLANG:Laporan juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd(PwC) mendedahkan konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir danpengurusan sebagai punca utama projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)dirundung pelbagai masalah.

Lembaga Pelabuhan Klang lapor SPRM
PELABUHANKLANG: Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan auditZon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hari ini.

Kos RM12.4b jika tak lunas hutang
PELABUHANKLANG: Kos bagi melaksanakan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)dijangka melonjak kepada RM12.453 bilion jika Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman Kementerian Kewanganmengikut jadual.

Kak Min janji dedah rahsia PKR
BUKITMERTAJAM: Aminah Abdullah, calon Bebas pilihan raya kecil kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti berjanji akan membuat 'kejutan besar'mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika parti itu terus memfitnahnya.





DUN Ladang kekal milik Pas
PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusiDewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk TengkuHassan Tengku Omar dari parti Pas.

Kes Sivakumar disebut 28 Julai
KUALALUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 28 Julai ini untuksebutan bagi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakimandikemukakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar terhadaptiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak dan Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).

Lembaga Pelabuhan Klang lapor SPRM

Lembaga Pelabuhan Klang lapor SPRM


PELABUHAN KLANG: Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hari ini.

Pengerusinya, Datuk Lee Hwa Beng, berkata beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya, pada jam 8 pagi ini.

Ditanya mengenai perkara yang akan dilaporkan, beliau hanya meminta pihak media membacanya sendiri kerana laporan yang disediakan firma perakaunan dan percukaian Pricewaterhouse Coopers (PwC) itu tebal.

"Laporan boleh diakses menerusi laman web di alamat www.pka-report.com, selama dua minggu iaitu sehingga 10 Jun. Ia boleh diakses dua minggu saja kerana kami terpaksa menyewa pelayan dari luar dan membabitkan kos yang tinggi," katanya pada sidang media di bilik yang penuh sesak dengan petugas media di PKA di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan PwC, Chin Kwai Fatt dan rakan kongsi PwC, Lim San Peen, untuk mengesahkan laporan tulen dan diumumkan sepenuhnya.

Lee berkata, kebiasaannya PwC tidak membenarkan laporan mereka diumumkan kepada awam dan berikutan itu firma berkenaan mengeluarkan laporan dengan tiga syarat.

Syarat pertama ialah pembaca tidak dibenarkan menggunakan atau bergantung kepada laporan itu untuk membuat sebarang kesimpulan. Syarat kedua ialah laporan disediakan untuk PKA dan tugas PwC adalah untuk PKA saja dan tidak bertanggung jawab kepada mana-mana pihak lain. Syarat ketiga pula PwC tidak wajib menjawab soalan mengenai laporan itu.

PwC dedah punca konflik PKFZ sering bermasalah

PwC dedah punca konflik PKFZ sering bermasalah

Oleh Wan Jailani Razak dan Magendran Rajagopal
bhnews@bharian.com.my

Kepentingan, kelemahan urus tadbir dikenal pasti jadi sebab

KLANG: Laporan juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) mendedahkan konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir dan pengurusan sebagai punca utama projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dirundung pelbagai masalah.

Pengauditan juga mendapati beberapa pihak yang pernah mempunyai kepentingan dalam pemilikan tanah seluas 404 hektar yang menjadi tapak PKFZ, mempunyai kepentingan dalam Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat yang menjual tanah itu kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Laporan yang didedahkan semalam itu menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) adalah Pengarah LPK pada 2002 apabila KPPL menjual tapak PKFZ kepada LPK.

Sementara itu, Datuk Chor Chee Heung yang kini Timbalan Menteri Kewangan, memegang jawatan Pengerusi LPK antara April 2007 hingga Mac 2008, turut menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (bukan eksekutif) Wijaya Baru Global Berhad (WGBG) antara April 2004 hingga Julai 2007, iaitu syarikat subkontraktor utama yang dilantik KDSB dalam projek PKFZ,

WBGB dan KDSB pula berkongsi kepentingan kerana mempunyai pemegang saham dan pengarah yang sama iaitu Datuk Seri Tiong King Sing.

Dua pengarah KDSB, Omar Latip dan Idris Mat Jani juga pemegang saham dan pengarah Wijaya Baru Sdn Bhd (WBSB). WGBG memiliki 45 peratus kepentingan dalam WBSB.

Selain itu, Rasid Asari & Co, yang bertindak selaku penasihat undang-undang LPK dalam beberapa perjanjian membabitkan PKFZ turut terbabit dalam urusan jual beli tanah antara KPPL dan KDSB pada 1995.

Semua pihak terbabit didapati tidak mengisytiharkan percanggahan kepentingan mereka ketika berurusan dalam projek PKFZ.

Laporan turut mendedahkan beberapa kelemahan pentadbiran dalam urusan pembelian tanah dan pembangunan antara LPK serta KDSB.

Walaupun Kabinet meluluskan pembelian tapak bagi pembangunan PKFZ, surat perintah pembangunan serta perjanjian sampingan selain perjanjian kerja tambahan antara LPK dan KDSB tidak dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan Kabinet.

LPK dan Kementerian Kewangan juga didapati gagal memaklumkan kepada Kabinet mengenai ketidakupayaan LPK membiayai projek PKFZ, sebaliknya LPK memburukkan keadaan dengan menandatangani beberapa perjanjian pembangunan baru.

Siasatan PwC mendapati beberapa perjanjian utama, kerja tambahan bernilai RM62.5 juta, dan pelantikan pakar perunding utama tertentu tidak dikemukakan untuk kelulusan Lembaga LPK, sebaliknya diputuskan pihak pentadbiran LPK.

Selain itu, beberapa garis panduan kerajaan diabaikan, termasuk kegagalan mengemukakan semua perjanjian untuk disemak Jabatan Peguam Negara, tidak mematuhi peraturan Perbendaharaan dan pengeluaran surat sokongan serta bon jaminan kerajaan tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Justeru, laporan itu menegaskan amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi melakukan penstrukturan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.

PKFZ milik LPK yang lokasinya bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dibangunkan untuk menjadi hab serantau bagi eksport dan pindah kapal barangan pekilangan membabitkan kos RM1.85 bilion.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan siasatan penuh terhadap projek PKFZ kerana dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaannya yang bernilai RM4.6 bilion, sekali gus menyebabkan projek gagal dan menjadi 'gajah putih'.

Kos RM12.4b jika tak lunas hutang

Kos RM12.4b jika tak lunas hutang


PELABUHAN KLANG: Kos bagi melaksanakan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka melonjak kepada RM12.453 bilion jika Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman Kementerian Kewangan mengikut jadual.

Laporan audit mengenai PKFZ yang disediakan Pricewaterhouse Coopers (PwC) menyatakan PKA akan menanggung kos faedah tambahan kira-kira RM5 bilion jika bayaran ansuran ditangguhkan untuk dipadankan dengan unjuran aliran tunainya.

Mengikut laporan yang didedahkan kepada umum semalam, Kabinet meluluskan projek PKFZ mengikut model Zon Bebas Jebel Ali di Dubai, pada Mac 1999, tetapi kos meningkat dari RM1.957 bilion pada 2001/2002 kepada RM3.522 bilion pada 2008, tidak termasuk faedah.

Jika mengambil kira kos faedah, jumlahnya boleh mencecah RM7.453 bilion.

Laporan itu juga menyebut PKA memeterai beberapa perjanjian dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk membeli tanah dan memajukan projek itu secara turnkey dengan kos anggaran asal pada 2001 RM1.957 bilion.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, pada 14 Julai ini, manakala hari penamaan calon 6 Julai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima makluman rasmi Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi berkenaan pada 24 Mei lalu berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob daripada Pas, pada 22 Mei lalu.

Ismail, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira jam 5.55 pagi 22 Mei kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 26 April lalu.

Allahyarham antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985. Hanya pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi.

Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding pada pilihan raya umum lalu dan menewaskan Mohamed Zulkifli.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009.

Daftar pemilih bagi pilihan raya kecil DUN Manek Urai mengandungi 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos.

SPR menyediakan sekurang-kurangnya lima kaunter menyemak di tempat yang dikenal pasti. Pengundi boleh membuat semakan melalui laman web www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 15 Jun ini.






Manek Urai: Penamaan 6 Julai, pilihan raya 14 Julai


PUTRAJAYA 28 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Kata beliau, sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran.

Beliau berkata, pengundian di kawasan DUN itu membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

''Pilihan raya kecil N41 itu akan mengguna pakai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 22 Mei lalu.

''Majoriti pengundi adalah penduduk tempatan, hanya 10 peratus sahaja yang tinggal di luar daripada kawasan itu.

''Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk keluar mengundi dan kita menyasarkan jumlah keluar mengundi boleh mencecah hingga 85 peratus, iaitu peningkatan satu peratus berbanding Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli suruhanjaya berkenaan bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

BN sebelum ini pernah memenangi kerusi itu menerusi Mohamed Zulkifli pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Daripada segi komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi di DUN Manek Urai adalah orang Melayu manakala Cina (0.46 peratus ) dan India (0.23 peratus).

Menurut Abdul Aziz, SPR telah melantik Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin sebagai Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu manakala Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan dan Pelupusan Tanah), Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof dan Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Fizikal), Mohd. Zulkarnain Baharuddin sebagai Penolong Pegawai Pengurus.

Katanya, seramai 350 orang petugas akan terlibat dalam mengendalikan pilihan raya kecil itu dan mereka akan diberikan taklimat serta latihan yang mencukupi bagi memastikan proses perjalanan pilihan raya itu berjalan lancar.

Tambah beliau, SPR memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi menjalankan pilihan raya kecil itu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz mengingatkan semua parti politik dan penyokong parti supaya mematuhi undang-undang di bawah Subseksyen 26 (1), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.

''SPR menyeru semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan dan arahan daripada pihak polis," katanya.

DUN Ladang kekal milik Pas

DUN Ladang kekal milik Pas

PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.

Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Hakim Malanjum dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tidak wujud kejanggalan yang ketara pada cara pengiraan undi pos.

Beliau menyatakan, hanya tiga undi pos yang tersalah kira dan kemudiannya ditolak kerana ketiadaan nombor siri dan juga terdapat perbezaan nombor pada kertas undi.

Bagaimanapun, Hakim Malanjum berpuas hati bahawa ketiga-tiga undi pos yang ditolak itu tidak akan memberi kesan kepada 31 undi majoriti yang diperoleh calon Pas.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan raya itu pada 22 September tahun lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 itu, Tengku Hassan mengalahkan Datuk Wan Hisham Wan Salleh dari BN dengan majoriti tipis 31 undi. Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan petisyen bagi membolehkan semakan dan kiraan semula dilakukan terhadap 127 undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi 8 Mac 2008.

Beliau selaku pempetisyen menamakan pegawai penyelia pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Md. Razali Kassim, SPR dan ADUN Ladang sebagai responden.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak petisyen itu selepas memutuskan bahawa pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani SPR tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam pengendalian undi pos.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pempetisyen dalam hujahnya sebelum ini menyatakan, kerani SPR cuai ketika mengeluarkan undi-undi pos ekoran kegagalannya menulis nombor siri pada Sampul Surat A dan Borang 2.

Akibat kecuaian itu, hujah beliau, 127 undi pos ditolak kerana nombor siri tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki oleh Aturan 7 Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos).

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Mohd Said berhujah, petisyen itu diputuskan dengan betul kerana terdapat bukti semasa perbicaraan bahawa nombor siri ditulis menggunakan pensil pada Sampul Surat A dan Borang 2.

KAK MIN : 'Saya tak serang peribadi sesiapa'

'Saya tak serang peribadi sesiapa'

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 28 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak menyerang peribadi sesiapa ketika mendedahkan bukti kepada pihak media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sogokan jawatan dan wang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaliknya, tegas beliau, pendedahan itu dibuat ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya ketika bersama PKR sebelum ini.

Menurutnya, walaupun diugut dan didesak supaya menarik balik dakwaannya, beliau berpegang pada pendirian tidak akan berganjak mahupun berundur.

"Pagi ini saya telah menerima notis tuntutan meminta saya membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dakwaan yang dikatakan menjejaskan imej PKR.

"Saya tidak akan tarik balik dan saya telah menyerahkan notis tuntutan yang diterima hari ini kepada peguam untuk diteliti dan tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bukan sikapnya mahu menyerang peribadi sesiapa tetapi kerana menyahut cabaran Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamad Hashim berhubung dakwaan tawaran jawatan dan wang itu.

Aminah pada 13 Mei lalu mendakwa dikunjungi dua ahli PKR di rumahnya di Jelutong dan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini dan menyertai semula parti itu.

Beliau juga ditawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan gantirugi sebanyak RM88,000 termasuk deposit bertanding DUN di Penanti.

Katanya, beliau juga mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada tahun 2007.

"Jangan salah faham, peristiwa yang berlaku itu bukannya perlakuan serong atau sumbang tetapi bukti mengenai ketidaktelusan dan ketidakadilan pemimpin dalam PKR," katanya.

Sivakumar tetap cabar SPR

Sivakumar tetap cabar SPR

KUALA LUMPUR 28 Mei – Walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak berhak mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi DUN Bebas, namun V. Sivakumar tetap mempertahankan bahawa semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih boleh diteruskan.

Isu tersebut dibangkitkan oleh peguam mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah ketika sebutan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman oleh bekas Speaker itu dan enam yang lain agar tiga kerusi DUN Bebas terbabit diisytiharkan kosong.

Sebutan permohonan itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Lau Bee Lan di kamar beliau hari ini.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Sulaiman menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menganggap permohonan Sivakumar sebagai suatu perkara yang sudah menjadi akademik.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said memberitahu, ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan itu, ia secara tidak langsung telah menjawab isu yang dibangkitkan Sivakumar dalam permohonan semakan kehakimannya itu.

Justeru itu, beliau menyifatkan permohonan Sivakumar menjadi suatu perkara yang akademik.

Pada 9 April lalu, pertikaian mengenai siapa yang paling berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN terbabit selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR merupakan entiti yang layak berbuat demikian dan bukannya Speaker DUN.

Sehubungan itu, mahkamah tersebut telah mengisytiharkan tiga kerusi DUN berkenaan kekal milik Ahli DUN terdahulu.

Dengan kata lain, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merupakan ADUN yang sah bagi ketiga-tiga kerusi tersebut.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah ketiga-tiga ADUN berkenaan merujuk kes itu ke mahkamah tertinggi negara memandangkan ia melibatkan isu perlembagaan.

Mereka bertiga sebelum itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapatkan perintah perisytiharan bahawa keputusan Sivakumar yang menyatakan kerusi DUN yang diwakili mereka kosong adalah terbatal.

Hakim Bee Lan menetapkan 28 Julai ini sebutan semula permohonan tersebut.







Kes Sivakumar disebut 28 Julai


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan bagi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dikemukakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah dan Razlan Hadri Zulkifli serta Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said.

Kamaluddin ketika ditemui selepas itu, berkata peguam Sivakumar memaklumkan mereka ingin memfailkan afidavit tambahan tetapi beliau memberitahu, Mahkamah Persekutuan sudah mengeluarkan perintah bahawa SPR berhak menentukan sama ada kerusi Adun kosong atau sebaliknya.

Hanya Nai-Khan Ari mengundi

Hanya Nai-Khan Ari mengundi

PULAU PINANG 28 Mei - Calon Bebas Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41, merupakan satu-satunya calon yang akan mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini.

Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, itu akan mengundi di daerah mengundi Telok Wang.

"Pada 31 Mei ini hanya saya yang akan mengundi, isteri tidak mengundi di sini kerana mendaftar di Kulim," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora ketika dihubungi mengesahkan hanya Nai-Khan Ari yang akan mengundi manakala tiga calon lain bukan berasal dari Penanti.

Tiga lagi calon ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang Aminah Abdullah, 56, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. - Bernama

Ceramah: Pemuda PKR buat laporan polis

Ceramah: Pemuda PKR buat laporan polis

BUKIT MERTAJAM 28 Mei - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang di sini bagi membantah tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengadakan ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa bersama Ketua AMK Permatang Pauh, Shukri A. Hamid.

Menurut Fariz, pihaknya mendapati UMNO dan BN yang tidak menyertai pilihan raya di Penanti turut mengadakan siri ceramah di kawasan berkenaan.

"Buktinya kain rentang di hadapan Dewan Guar Perahu hari ini. Kami berasakan bahawa ini satu tindakan yang secara jelas UMNO dan BN mahu menyertai pilihan raya tetapi tidak dapat berbuat demikian," katanya ketika bercakap kepada pemberita di hadapan Balai Polis Kubang Semang di sini hari ini.

Beliau menyifatkan siri ceramah itu sebagai satu tindakan untuk mengganggu suasana ketenangan menjelang pilihan raya di Penanti Ahad ini.

"Jika mahu berceramah, buat di luar kawasan. Ini kawasan pilihan raya dan dalam suasana pilihan raya, kita tidak mahu sebarang insiden berlaku dan menyebabkan suasana tenteram dan stabil ketika ini terganggu.

"Sebab itu laporan ini dibuat supaya polis dapat mengambil tindakan menghentikan segera siri ceramah yang jelas bertujuan mengganggu sistem dan perjalanan pilihan raya di Penanti," jelasnya.

Kak Min janji dedah rahsia PKR

Kak Min janji dedah rahsia PKR


BUKIT MERTAJAM: Aminah Abdullah, calon Bebas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berjanji akan membuat 'kejutan besar' mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika parti itu terus memfitnahnya.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berkata beliau tidak akan teragak-agak berbuat demikian terutama jika Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim terus menerus mengecamnya.

"Kak Min akan tengok rentak mereka dulu sebelum mendedahkan peristiwa lama yang menunjukkan sikap sebenar pemimpin PKR walaupun mengaku memperjuangkan keadilan.

"Saya akan buat keputusan nanti. Ketika ini, saya tidak tahu bila ia (kejutan besar) akan didedah, tapi saya ada bukti serta fakta," katanya ketika ditemui di bilik gerakannya di Simpang Tiga, Kubang Ulu dekat sini, semalam.

Isnin lalu, Aminah, 56, mendedahkan beliau ditawar jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang tunai RM80,000 jika menarik diri, selain jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika menang, dengan syarat menyertai semula parti itu.

Kelmarin, beliau mendedahkan satu peristiwa membabitkan Mohamed Zahrain di sebuah hotel di Nibong Tebal pada 2007 berkaitan rakaman Zahrain memaki dan memfitnah Aminah ketika masih memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

Aminah berkata, beliau diherdik dan diserang Mohamed Zahrain bersama empat lelaki ketika pergerakan itu mengadakan seminar di hotel berkenaan.

"Jangan salah faham. Peristiwa itu bukannya perlakuan serong atau sumbang tetapi bukti mengenai ketidaktelusan, ketidakadilan pemimpin PKR," katanya.

Pilih calon punyai rekod kesihatan baik - SPR

Pilih calon punyai rekod kesihatan baik - SPR

PUTRAJAYA 28 Mei - Perlukah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan peraturan yang mewajibkan seseorang calon dalam pilihan raya mempunyai rekod kesihatan yang baik?

Langkah itu bertujuan untuk memastikan setiap wakil rakyat tersebut dapat berkhidmat dengan lebih berkesan selain mengelakkan kebarangkalian berlakunya pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan kerana berlaku kematian.

Dalam hal ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, suruhanjaya tersebut hanya boleh memberikan nasihat kepada parti-parti politik agar memilih calon wakil rakyat yang mempunyai rekod kesihatan yang baik.

''Saya nasihat elok pilih yang sihat, tetapi soal kematian ini kita tidak tahu kerana ada orang yang hari ini nampak sihat pun kalau ditakdirkan dia meninggal dunia, dia meninggal dunia juga, macam berlaku kemalangan.

''Kita minta janganlah ada kematian wakil rakyat lagi tetapi kalau ada juga kematian kita tidak boleh persoalkan, pilihan raya kecil tetap perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas kekerapan berlakunya pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu.

Dalam perkembangan yang lain, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak boleh menyifatkan kempen Pilihan Raya Kecil DUN Penanti yang berlangsung sekarang adalah yang terbaik meskipun mengakui suasana di sana cukup tenang.

''Suasana begitu aman tetapi kita tidak boleh menjadikan ia sebagai contoh terbaik atau kayu ukur bahawa ia adalah pilihan raya kecil yang terbaik.

''Ini kerana parti utama iaitu BN tidak bertanding, jadi kita tidak boleh jadikan sebagai contoh," katanya.

Mengenai kenyataannya semalam bahawa pilihan raya kecil mungkin diadakan sekali lagi jika calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menang dan didapati bersalah atas dakwaan memberi sogokan atau tawaran jawatan, Abdul Aziz menjelaskan, perkara itu tidak bermaksud SPR bertindak melampaui bidang tugasnya.

''Ia bermaksud sekiranya calon sendiri melakukannya tetapi sekarang ia tidak dapat disahkan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang siasat, bukan SPR yang siasat," katanya.

Mengenai dakwaan calon Bebas, Aminah Abdullah bahawa dia ditawarkan ganjaran wang dan jawatan, beliau menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

''Kita tidak ada pegawai penguat kuasa undang-undang, SPR juga tidak buat siasatan kerana kita tidak ada pegawai penyiasat tetapi SPRM ada," katanya.

SOP penerangan UMNO dirangka

SOP penerangan UMNO dirangka

KUANTAN 28 Mei - UMNO sedang merangka Piawaian Prosedur Operasi (SOP) sebagai garis panduan untuk menilai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada jentera penerangan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, SOP itu dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi dan akan diguna pakai terutama bagi jentera penerangan di peringkat cawangan.

''Sebelum ini tidak ada satu garis panduan khusus bagi jentera penerangan UMNO terutama di peringkat cawangan.

''Ini kerana setiap aktiviti penerangan hanya berpusat kepada peringkat bahagian, negeri dan ibu pejabat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama Ketua Penerangan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-Bahagian Pahang, malam tadi.

Menurut Ahmad, beliau turut menggesa kira-kira 62,843 jentera penerangan UMNO di seluruh negara diaktifkan dan menjalankan aktiviti secara terus dengan rakyat.

''Dengan jumlah tersebut adalah lebih baik kita menggalakkan setiap bahagian di negeri-negeri memperbanyakkan penubuhan cawangan UMNO.

''Pada pandangan saya, lebih banyak cawangan lagi bagus kerana lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk mendekati rakyat," katanya.

Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat kira-kira 1,080 cawangan UMNO di seluruh Pahang.

Tambahnya, usaha penerangan UMNO di setiap bahagian seharusnya bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat atas.

''Kita tidak mahu setiap aktiviti berpusat di ibu pejabat UMNO atau negeri tetapi saya sarankan ia dilaksanakan di peringkat bawah dengan menggunakan empat media iaitu media bersemuka, media cetak, media elektronik dan media maya," ujarnya.