Sat | Nov 10, 07 | 11:37:11 am MYT
TERKINI|KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Polis mula bertindak memprovokasi peserta himpunan yang menaiki bas dari Perlis ke Kuala Lumpur sejak malam tadi.
Laporan dari peserta di Perlis menyatakan tiga buah bas pertama ditahan di sempadan Kedah dekat Ulu Pauh, sementara dua buah bas dari Dun Sanglang pula ditahan di Jelempok.
Bas-bas tersebut memulakan perjalanan malam tadi.Hanya enam buah bas yang bertolak awal pagi tadi sahaja yang berjaya melepasi sekatan.
Dalam sekatan itu tiga helai kemeja-t warna kuning yang mempunyai lambang Bersih dirampas.
Sementara itu empat buah bas ditahan permitnya mengakibatkan kira-kira 160 orang peserta tersadai di sempadan Kedah/Perlis.
Beberapa peserta himpunan terpaksa mengambil inisiatif pulang mendapatkan kereta persendirian untuk memulakan semula perjalanan ke Kuala Lumpur.
Harakahdaily juga difahamkan sekatan juga dibuat di Tol Sungai Buloh dan Tol Juru bagi menyekat bas-bas yang memuatkan peserta himpunan.
No comments:
Post a Comment