"LAWAK dan jenaka yang saya sampaikan bukan omongan kosong, tetapi mengandungi kritikan dan nasihat jujur serta maksud tersirat yang perlu direnungkan perwakilan," kata Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pendang, Mohd Kamal Saidin.
Beliau yang juga pembahas usul agama dan sosial di Perhimpunan Agung Umno 2007 itu berkata, ucapan spontan untuk memudahkan perwakilan memahami inti pati utama yang ingin disampaikannya.
Katanya, ucapan yang disulami kiasan, lawak jenaka dan disampaikan menggunakan nada suara yang berbeza-beza penting bagi menarik perhatian perwakilan.
“Itu adalah cara saya menyampaikan kritikan, teguran atau saranan tanpa menyinggung perasaan perwakilan, apatah lagi saya tidak bimbang menyuarakannya kerana tiada kepentingan dalam parti.
"Walaupun perwakilan ketawa dan seronok mendengar lawak jenaka dalam loghat Utara, maksud di sebalik kiasan itu perlu diperhalusi dan diambil iktibar untuk terus memperkasakan Umno," katanya yang sudah tujuh kali berturut-turut dipilih mewakili Kedah membahaskan usul agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Umno sejak 2001.
Mohd Kamal yang pernah memenangi anugerah pembahas terbaik Kedah pada 70-an berkata, selain bakat semula jadi, beliau menghadiri kelas bagi memantapkan kemahiran berbahas.
"Naib Canselor Universiti Utara Malayasia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi antara guru terawal yang membimbing saya memperbaiki teknik perbahasan saya.
"Saya menganggap Umno sebagai produk yang berkualiti dan untuk menjualnya, parti memerlukan jurujual terbaik yang mahir," katanya yang kini aktif sebagai penceramah Umno ke seluruh negara selepas 38 tahun terbabit dalam Umno.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment