Friday, July 03, 2009

POLITIK : JUMAAT 03 JULAI 2009

‘Kami tak main-main’
ALOR SETAR 2 Julai – Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatanpembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkanmedia seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penduduk marah Guan Eng
PULAUPINANG 2 Julai – Penduduk Kampung Buah Pala sekali lagi dengan lantangmenyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba menutupkegagalannya menunaikan janji berhubung isu kampung tersebut denganmenuding jari kepada Hindraf.

Kampung Buah Pala tegang
PULAUPINANG 2 Julai – Proses menghantar notis mengosongkan rumah sebelum 3Ogos kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini hari inikecoh apabila mereka enggan memberikan kerjasama.





Hadi restu wacana
KUALALUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata keputusanDewan Pemuda parti itu menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacanailmiah berhubung isu semasa tidak bercanggah dengan pendirian Pas.






Sekejap sahaja, lepas itu bercerai – Shahrizat
KUALA LUMPUR 2 Julai – Kemelut politik pakatan pembangkang di Kedahdijangka menjadi lebih teruk pada masa akan datang kerana kerjasamayang terbentuk antara mereka bukannya tulen, tetapi lebih kepadakepentingan politik masing-masing.

Satu tamparan kepada Nik Aziz
KUALA LUMPUR 2 Julai - Tindakan DAP Kedah menarik diri daripadakerajaan pakatan pembangkang hanya kerana babi merupakan tamparan hebatkepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yangbersungguh-sungguh mahu bersama parti itu untuk membentuk kerajaan danmenolak UMNO.

Nik Aziz enggan campur tangan
KOTA BHARU 2 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matenggan campur tangan dalam krisis antara DAP dengan kerajaan Pas Kedah.

DAP jangan ugut kerajaan Kedah - Zulkifli Noordin
KUALALUMPUR 2 Julai - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada PartiKeadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agarmengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir inisudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahajadidengari.

Ibrahim Ali sokong tindakan roboh pusat sembelih babi
KUALALUMPUR 2 Julai - Seorang ahli Parlimen hari ini menyokong tindakankerajaan negeri Kedah merobohkan pusat penyembelihan babi di KampungBerjaya, Alor Setar kerana ia bertujuan memelihara hak asasi masyarakatsetempat.

Anwar tuduh media besarkan isu
KUALALUMPUR 2 Julai – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolakdakwaan berlaku keretakan hubungan di kalangan parti-parti dalampakatan pembangkang sambil menuduh media tertentu memperbesarkan isutersebut.

Pas hanya perjuang Islam dengan kata-kata
KUALAKRAI 2 Julai - Pemimpin Pas hanya bertopengkan Islam apabila menolakkebenaran kerana menarik balik gagasan kerajaan perpaduan yangdicadangkan oleh mereka sendiri.

Semua pihak sambut baik wacana ilmiah
KUALALUMPUR 2 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkanusaha Dewan Pemuda Pas yang mempelawa Pergerakan Pemuda UMNO untukbermuzakarah atau berbincang adalah sesuatu yang baik dan langsungtidak bercanggah dengan dasar parti.







Wacana cuba tarik Khairy berdebat
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Sabky Yusof,menegaskan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka kepada Pemuda Umno bertujuanuntuk menarik perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyertaidebat bagi membuktikan mengapa perjuangan Umno perlu ditolak rakyat.

Pakatan Rakyat pantau Parlimen
KUALALUMPUR: Pakatan Rakyat semalam menubuhkan jawatankuasa Ahli Parlimenuntuk memantau setiap kementerian sebagai persediaan untuk membahaskanpelbagai isu di Dewan Rakyat.

'DAP cuba kongkong PR'
KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zulkifli Nordin mendedahkan yang DAP kini seolah-olah cubamengongkong Pakatan Rakyat dengan menggunakan budaya ugutan bagimemenuhi kehendak mereka, seperti yang berlaku di Kedah.

Penduduk kesal isu pusat sembelih dipolitikkan
ALORSETAR: Penduduk Kampung Teluk Yan yang terletak bersebelahan rumahpenyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini, kesal dengan tindakanDAP Kedah memutar belit dan mempolitikkan isu merobohkan premis ituyang lebih 30 tahun lalu mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka.

Bailif mahkamah kena kepung
GEORGETOWN: Proses menampal notis Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkanpenduduk Kampung Buah Pala, Gelugor, di sini, berpindah, semalam, kecohapabila pegawai mahkamah yang hadir dengan kawalan ketat polis'dikepung' penduduk.

Penduduk dakwa Guan Eng gagal kota janji
GEORGETOWN:Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa cuba menutup kegagalan kerajaannegeri mengotakan janji menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, Gelugor disini, dengan membidas Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Jentera BN sedia tepis dakyah Pas
KOTABHARU: Jentera Barisan Nasional (BN) diarah sedia menghadapi taktikkotor parti lawan yang mahu menjejaskan peluang calon BN pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Royalti minyak jadi modal utama kempen
KOTABHARU: Pas Kelantan akan menjadikan isu royalti minyak Kelantan sebagaimodal utama kempen dan mendedahkan nama pemimpin Umno negeri ini yangdidakwanya menggagalkan tuntutan itu, pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri Manek Urai, 14 Julai ini.

Pengundi Cina, India nyata sokongan
KUALAKRAI: Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Cina dan India dalam kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan menyokong calon BN padapilihan raya kecil 14 Julai ini.

Dewan Rakyat: Dewan cela lapan YB pembangkang
LAPANAhli Parlimen pembangkang ditegur, manakala empat Ketua Pemuda Umnobahagian dari Selangor didenda RM1,000 setiap seorang selepas DewanRakyat meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduanKarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa dikasari dan dihalangmemasuki Dewan pada 26 Februari lalu.

Dewan Rakyat: Kenyataan Suhakam perlu neutral
ANGGOTASuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dinasihatkan supayalebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menggambarkanmereka mampu bersikap neutral selaras dengan Dasar Paris.



Kes Anwar kekal di Mahkamah Tinggi
PUTRAJAYA 2 Julai – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dibicarakandi Mahkamah Tinggi.

Sebutan waran tangkap Raja Petra 9 Oktober
KUALALUMPUR 2 Julai - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Oktober inisebutan waran tangkap terhadap pengendali laman web Malaysia Today ,Raja Petra Raja Kamarudin yang gagal hadir perbicaraan kes memfitnahDatin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

‘Kami tak main-main’

‘Kami tak main-main’

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 2 Julai – Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

“Kami telah menghantar surat kepada jawatankuasa tertinggi parti untuk memaklumkan bahawa DAP ingin keluar daripada pakatan pembangkang negeri Kedah.

“Sekarang kami hanya menunggu kelulusan daripada pusat sama ada DAP Kedah akan kekal di dalam pakatan pembangkang negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam DAP Negeri Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

Keputusan tersebut antara lain berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya semalam.

Menurut Thomas, DAP negeri menyokong polisi gagasan pembangkang di negara ini namun mereka bertindak keluar daripada pakatan pembangkang di negeri Kedah kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Banyak isu yang membuatkan kami tidak berpuas hati termasuk kegagalan kerajaan bersikap adil kepada semua.

“Oleh itu, kami tetap dengan keputusan kami untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah,” katanya.

Thomas memberitahu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, akan diisytiharkan sebagai ADUN Bebas jika Jawatankuasa Tertinggi DAP menerima keputusan tersebut.

“Selain itu tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan,” jelasnya.

'DAP cuba kongkong PR'

'DAP cuba kongkong PR'

YB PKR kesal parti guna budaya ugut penuhi kehendak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin mendedahkan yang DAP kini seolah-olah cuba mengongkong Pakatan Rakyat dengan menggunakan budaya ugutan bagi memenuhi kehendak mereka, seperti yang berlaku di Kedah.

Beliau memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindak tanduk mereka supaya tidak mencabar kesabaran pihak lain dalam Pakatan Rakyat.

"PKR dan Pas sudah banyak kompromi dalam pelbagai hal dan DAP perlu bersikap sama dalam isu yang dianggap negatif.

"Jika hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama, Pakatan akan berpecah. Jadi saya memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindakan mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang memutuskan keluar dari Pakatan Rakyat negeri selepas tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri pimpinan Pas menangani isu rakyat khususnya bukan Melayu.

Zulkifli meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Kadir, tidak melayan sebarang ugutan yang dilakukan DAP itu.

Katanya, pusat ternakan babi yang menjadi punca kepada tindakan DAP, sudah beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun.

"Pas memberi tempoh selama setahun untuk berpindah dan kerajaan negeri juga memberi tempat alternatif untuk mereka. Di saat akhir mereka meminta tempoh sehingga sebulan dan dibenarkan.

"Bagaimanapun ia tetap tidak dipatuhi, menyebabkan tempat itu terpaksa dirobohkan," katanya.

Begitu juga dengan kes pemecatan Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim yang dipecat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai DAP, apabila ia dilakukan tanpa timbang rasa.

Katanya, PKR sudah memaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang Johari adalah Ketua Whip dan tindakan yang dilakukannya memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) MPSP, Mokhtar Mohd Jait, 4 Jun lalu, adalah keputusan parti.

"Jadi apabila tindakan tetap diambil, ia bermakna DAP membelakangi Pakatan Rakyat," katanya.






DAP jangan ugut kerajaan Kedah - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 2 Julai - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.

Beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan pakatan, DAP harus belajar berkompromi walaupun dalam isu yang sensitif seperti mana yang dilakukan Pas dan PKR kerana jika tidak, muafakat yang sekarang ini tidak akan mampu bertahan lama.

Justeru, katanya, DAP tidak boleh lagi mengambil pendekatan sehala kerana ini membelakangkan semangat muafakat pakatan pembangkang sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa DAP kini mengongkong pakatan.

''Seperti dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar semalam, tindakan DAP mengugut kerajaan negeri Kedah seolah hanya mahukan suara dia saja didengar.

''Sedangkan ini tidak boleh, kita adalah pakatan, kita mesti ada kompromi,'' katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, dalam hal ini, tidak ada sebab untuk kerajaan negeri melayan ugutan DAP Kedah kerana isunya adalah jelas.

Katanya lagi, pusat penyembelihan itu telah beroperasi secara haram selama 30 tahun dan kerajaan negeri telah pun memberi peluang untuk pengusahanya berpindah ke tapak baru yang disediakan sebelum ia dirobohkan.

''Kita dah bagi peluang setahun, bukan tak ada peluang dan kerajaan bagi alternatif kepada pusat itu, tapi mereka yang enggan berpindah. Terakhir dalam taklimat, mereka minta tempoh lanjutan sebulan untuk pindah. Ini mereka sendiri yang minta, tapi tak pindah juga.

''Masyarakat sekeliling terutama orang Melayu makin marah, sebab dah capai persetujuan, tapi masih degil tak mahu pindah. Jadi kerajaan negeri Kedah ambil tindakan bijak dalam hal ini untuk jaga sensitiviti semua orang,'' jelasnya.

Selain itu, Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat.

Tegas beliau, sebaliknya, DAP hanya dilihat beria-ia membantah ISA apabila undang-undang berkenaan digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

''Bila Mas Selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kiralah Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat.

''Pas dan PKR, kita sama, bila Teresa kena pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas Selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru kita konsisten. Ini tak ada, senyap. Kita tahu persepsi rakyat yang 'engkau' ini mewakili siapa,'' tegasnya.

Satu tamparan kepada Nik Aziz

Satu tamparan kepada Nik Aziz

KUALA LUMPUR 2 Julai - Tindakan DAP Kedah menarik diri daripada kerajaan pakatan pembangkang hanya kerana babi merupakan tamparan hebat kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersungguh-sungguh mahu bersama parti itu untuk membentuk kerajaan dan menolak UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang berlaku di Kedah itu jelas memperlihatkan pandangan Nik Aziz berhubung kerajaan pakatan pembangkang adalah salah.

"Oleh kerana perbincangan dengan Pas dan DAP tidak berjaya, jadi tesis Nik Aziz sudah gagal walaupun beliau menunjukkan lebih suka kepada DAP berbanding muslimin dan muslimat dalam UMNO," katanya.

Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai penerangan seluruh negara di sebuah hotel di sini hari ini.

Tambah Rais, apa yang berlaku di Kedah mencerminkan bahawa pakatan pembangkang hanya bersama untuk mencapai kuasa dan tidak menolak kemungkinan negara akan huru-hara atau bermasalah jika mereka menguasai kerajaan Pusat.

Katanya, kewujudan pakatan pembangkang pada masa kini adalah marriage of convenience atau perkahwinan untuk kesenangan semata-mata.

"Saya sendiri berpendapat penarikan diri DAP itu menunjukkan pakatan pembangkang tidak boleh kekal sebab asas-asas nilai perjuangan mereka berbeza sama sekali kerana DAP sertai pakatan semata-mata untuk memegang kuasa ataupun satu glamor politik bagi mereka," katanya.

Rais bagaimanapun tidak menolak kemungkinan DAP Kedah akan kembali menyertai pakatan pembangkang di negeri itu tidak lama lagi.

Nik Aziz enggan campur tangan

Nik Aziz enggan campur tangan

KOTA BHARU 2 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan campur tangan dalam krisis antara DAP dengan kerajaan Pas Kedah.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Kedah untuk menyelesaikan kemelut yang menyebabkan DAP negeri itu membuat keputusan drastik bertindak keluar pakatan.

“Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su semalam yang mengumumkan mahu keluar dari pakatan pembangkang negeri itu berikutan tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Antaranya adalah kegagalan kerajaan negeri menangani isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa percaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau akan menghubungi Azizan dan rakan-rakan dalam DAP untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai isu tersebut.

“Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan oleh kedua-dua pihak dan kita uruskannya dengan semangat kerjasama pakatan pembangkang,” katanya.

Ibrahim Ali sokong tindakan roboh pusat sembelih babi

Ibrahim Ali sokong tindakan roboh pusat sembelih babi

KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang ahli Parlimen hari ini menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar kerana ia bertujuan memelihara hak asasi masyarakat setempat.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu amat wajar kerana beliau difahamkan kewujudan pusat tersebut telah menyebabkan kehidupan masyarakat di kawasan berhampiran terganggu kerana baunya amat busuk.

‘‘Apabila kita membincang mengenai hak asasi, kita sebenarnya lupa mengenai hak asasi kumpulan majoriti yang seharusnya diberikan perhatian dan ini sebenarnya lebih penting daripada hak asasi kumpulan minoriti.

‘‘Atas asas ini juga saya menyokong tindakan kerajaan Pas di Kedah mengambil tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Setar kerana tujuannya adalah untuk memelihara kepentingan awam secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi penggulungan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Pindaan)(Pindaan) 2009 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Datuk Ismail Abd. Mutalib (BN-Maran) semasa mencelah ketika perbahasan rang undang-undang tersebut menyelar pihak pembangkang kerana sering merendah-rendahkan kewibawaan pasukan polis.

Namun katanya, terdapat pemimpin pembangkang yang meminta pertolongan polis ketika mereka kesusahan.

Sehubungan itu beliau berkata, pembangkang sepatutnya lebih menghargai polis kerana tugas mereka adalah untuk melindungi negara ini daripada sebarang kekacauan selain menegakkan keadilan undang-undang.

Penduduk kesal isu pusat sembelih dipolitikkan

Penduduk kesal isu pusat sembelih dipolitikkan

ALOR SETAR: Penduduk Kampung Teluk Yan yang terletak bersebelahan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini, kesal dengan tindakan DAP Kedah memutar belit dan mempolitikkan isu merobohkan premis itu yang lebih 30 tahun lalu mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati, penduduk kampung itu bersyukur kerana sejak sekian lama diperjuangkan akhirnya rumah penyembelihan itu dirobohkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Kampung itu mempunyai lebih 40 buah rumah yang dihuni kira-kira 300 penduduk terdiri daripada masyarakat Melayu.

Mereka lega kerana akhirnya rungutan mereka didengar pihak berkuasa dengan merobohkan rumah penyembelihan itu.

Penduduk juga menyalahkan DAP Kedah kerana mempolitikkan isu itu serta membabitkan orang luar bagi menunjukkan mereka mendapat sokongan ketika memprotes perobohan premis itu, kelmarin.

Ketua Kampung Teluk Yan, Mat Rotin Mat Hussin, 70, berkata DAP tidak sepatutnya mempolitikkan isu itu dengan hanya mengambil kira nasib segelintir peniaga yang menerima kesan daripada perobohan rumah penyembelihan itu, sebaliknya perlu juga memberi perhatian terhadap nasib penduduk kampung yang berdepan bau busuk sejak lebih 40 tahun lalu.

"Isu ini bukan baru dan sudah lama berlarutan dengan banyak siri bantahan dibuat, tetapi adakah DAP simpati dengan nasib kami yang terpaksa menghidu bau busuk sejak lebih 40 tahun.

"Sebelum ini pusat menyembelih lembu dan kerbau turut beroperasi di kawasan itu, tetapi sudah lama dipindahkan. Namun rumah penyembelihan babi masih kekal.

"Inikah keadilan yang diperjuangkan DAP," katanya yang juga imam masjid kampung itu.

Ismail Osman, 61, berkata, mereka bukan saja menghadapi masalah pencemaran bau, tetapi apabila hujan lebat air mengandungi sisa babi turut masuk ke dalam rumah.

Anwar tuduh media besarkan isu

Anwar tuduh media besarkan isu

KUALA LUMPUR 2 Julai – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan berlaku keretakan hubungan di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sambil menuduh media tertentu memperbesarkan isu tersebut.

Menurutnya, perkara yang sama berlaku apabila DAP Kedah bertindak keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar semalam.

“Saya berada lama dalam Barisan Nasional (BN), saya melihat perbezaan banyak perkara terus menerus berlaku dalam BN, namun ia tidak pula menjadi berita besar.

“Pakatan pembangkang miskin, kita tak ada media besar, itu bezanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau percaya isu DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang dapat dibincang dan diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan tersebut.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ada memaklumkan kepada beliau mengenai keputusan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi yang menjadi punca DAP Kedah hilang keyakinan terhadap mereka.

“Azizan bagi tahu saya pihaknya akan mencari lokasi alternatif untuk menggantikan pusat penyembelihan tersebut. Saya fikir masalah ini boleh kita selesaikan bersama dengan baik,” ujarnya.

Penduduk dakwa Guan Eng gagal kota janji

Penduduk dakwa Guan Eng gagal kota janji

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa cuba menutup kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, dengan membidas Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran, berkata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP cuba mengalih perhatian kepada pihak lain selepas pihaknya gagal menunaikan janji.

Katanya, Guan Eng menyedari pihaknya sudah tidak lagi mampu mengotakan janji dan mahu 'melarikan diri' dengan menyalahkan Hindraf.

"Beliau menghentam Hindraf dengan mengatakan mereka mengambil kesempatan atas isu itu walaupun pertubuhan itu hanya mahu membantu penduduk untuk menuntut hak mereka semula.

"Beliau tidak tahu bersyukur kerana jika tidak kerana Hindraf, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menang banyak kerusi serta memerintah beberapa negeri. Tanpa Hindraf, PR tidak ada apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas proses menampal notis oleh bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan penduduk kampung itu mengosongkan rumah dalam tempoh sebulan, iaitu hingga 3 Ogos ini.

Guan Eng baru-baru ini membidas Hindraf kerana masuk campur isu Kampung Buah Pala dengan mengadakan bantahan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu itu.

Kelmarin, penduduk mendesak Guan Eng supaya meletak jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas serta tidak berkemampuan membela rakyat negeri ini.

Penduduk marah Guan Eng

Penduduk marah Guan Eng

PULAU PINANG 2 Julai – Penduduk Kampung Buah Pala sekali lagi dengan lantang menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba menutup kegagalannya menunaikan janji berhubung isu kampung tersebut dengan menuding jari kepada Hindraf.

Pengerusi Pertubuhan penduduk kampung itu, M. Sugumaran berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu dengan sengaja berbuat demikian kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat.

‘‘Ketua Menteri sebenarnya menyedari pihaknya sudah tidak lagi boleh tunaikan janji manisnya yang dibuat dulu, sekarang dia mahu larikan diri dan salahkan Hindraf pula apabila mereka mahu bantu kita tuntut hak.

‘‘Guan Eng tidak ingat jika tidak kerana Hindraf, pakatan rakyat tidak boleh menang banyak kerusi dan memerintah beberapa negeri, tanpa Hindraf mereka sudah tentu tidak ada apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas proses menampal notis oleh bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan penduduk kampung itu mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP itu membidas Hindraf baru-baru ini kerana campur tangan berhubung isu kampung tersebut dengan mengadakan bantahan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu.

Mengulas lanjut, Sugumaran dengan tegas berkata, isu perkauman juga bakal timbul jika kerja merobohkan rumah penduduk tetap diteruskan pada 2 Ogos ini

‘‘Ini kerana pemaju projek (Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd.) dimiliki oleh orang Melayu dan penduduk pula adalah berbangsa India, bayangkan apa akan terjadi pada hari itu, sudah pasti perselisihan akan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam masa terdekat supaya menarik balik status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

‘‘Guan Eng kata dia pejuang warisan tetapi kampung kami ini tidak dibela langsung, jadi lebih baik status Georgetown ditarik balik kerana kerajaan negeri gagal mengekalkan kampung ini yang mempunyai warisan dan tradisi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi bagi mengulas isu perkauman yang dibangkitkan Sugumaran itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap dakwaan tersebut.

Bailif mahkamah kena kepung

Bailif mahkamah kena kepung

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my


PENDUDUK Kampung Buah Pala melepaskan 50 ekor lembu sebagai protes kehadiran bailif mahkamah menampal notis.

Penduduk Kampung Buah Pala enggan pindah lepas 70 ternakan ke jalan

GEORGETOWN: Proses menampal notis Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor, di sini, berpindah, semalam, kecoh apabila pegawai mahkamah yang hadir dengan kawalan ketat polis 'dikepung' penduduk.

Kehadiran pegawai mahkamah itu turut 'mendapat perhatian' kira-kira 50 ekor lembu dan 20 ekor kambing yang diternak penduduk kampung tradisi kaum India berusia lebih 100 tahun itu yang juga dikenali sebagai High Chaparral Pulau Pinang.

Tindakan polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan yang sebelum itu tegang apabila penduduk membantah kehadiran wakil pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Keadaan tegang itu berlaku selepas tercetus pertengkaran di antara penduduk dengan anggota polis apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan polis cuba menghalang lembu memasuki perkampungan itu.

Kejadian bermula apabila penduduk berkumpul seawal jam 9.30 pagi untuk menunggu kehadiran bailif mahkamah yang ditugaskan menampal notis.

Sebelum bailif tiba, penduduk membawa sepanduk yang antaranya mengecam kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah mereka.

PENDUDUK menghalang wakil pemaju menyertai bailif mahkamah menampal notis.

Turut berada di lokasi ialah wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Apabila tiga bailif tiba jam 11.30 pagi bagi menampal 23 notis dengan diiringi anggota polis dan wakil pemaju, keadaan bertukar tegang. Mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan kampung dan menampal notis jika wakil pemaju ada bersama.

Penduduk mendakwa, mereka sudah mencapai persetujuan bahawa wakil pemaju tidak dibenarkan mengiringi bailif. Bagi mengelak kejadian tidak diingini, polis terpaksa meminta dua wakil pemaju beredar.

Bantahan penduduk turut menimbulkan rasa tidak puas hati wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka adalah pemilik sah tanah berkenaan dan boleh mengikuti perjalanan menampal notis.

Ketika bailif menampal notis, sekumpulan 20 ekor kambing dihalau penternak memasuki perkampungan itu dan diikuti 50 ekor lembu pada jam 12.10 tengah hari.

Anggota polis cuba menghalang lembu daripada memasuki kampung itu, tetapi pada masa sama gembala ternakan itu menghalau haiwan berkenaan supaya memasuki kampung.

Keadaan itu menyebabkan lembu lari bertempiaran dan merempuh beberapa kenderaan petugas media yang ditempatkan di tepi jalan masuk ke kampung berkenaan sehingga menyebabkan berlaku kerosakan kecil.

Tindakan polis cuba menghalang pergerakan ternakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk dan sekali lagi pertengkaran kecil tercetus, tetapi berjaya ditenteramkan.

Walaupun hujan renyai-renyai, bailif berjaya menampal semua notis pada jam 12.45 tengah hari tanpa kejadian buruk.

Penduduk mendesak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah itu. Kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan pemaju dan mereka setuju membenarkan penduduk tinggal di kampung itu sehingga akhir bulan ini sebelum kerja pembangunan dimulakan 2 Ogos ini.

Kampung Buah Pala tegang

Kampung Buah Pala tegang

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 2 Julai – Proses menghantar notis mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Gelugor di sini hari ini kecoh apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Malah, tiga wakil Mahkamah Tinggi negeri bersama pemilik tanah kampung berkenaan, wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pemaju projek di situ, NusMetro Ventures (P) Sdn. Bhd. yang diiringi polis turut dihalang oleh penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana di kawasan kampung yang pada mulanya tenang menjadi tegang sejurus selepas kumpulan yang ‘ditunggu’ muncul kira-kira pada pukul 11.30 pagi.

Penduduk yang berhimpun di tengah jalan masuk ke kampung berkenaan sambil memegang sepanduk dan melaungkan ‘Pemaju Jangan Beri Masuk Rumah’, ‘Halau Mereka Keluar’ dan ‘Hidup High Chappral.’

Bagaimanapun, keadaan riuh rendah itu dapat ditenangkan polis dan penduduk kemudian hanya membenarkan wakil mahkamah mengunjungi setiap rumah yang terlibat untuk menyerahkan notis.

Bagaimanapun, kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari, keadaan kecoh semula apabila penduduk turut bertegang leher dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di jalan masuk kampung tersebut.

Ini disebabkan sekumpulan lembu dipercayai milik salah seorang penternak yang merupakan penduduk kampung tersebut mula ‘mengganas’ apabila berpusing-pusing di antara kereta-kereta yang diletakkan di situ.

Tindakan beberapa penduduk memukul kumpulan lembu itu dipercayai menyebabkan haiwan terbabit bertindak demikian sehingga beberapa kereta milik wartawan dan jurugambar turut kemik.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berkata, penduduk tidak akan berganjak dengan keputusan mahu tanah yang didakwa milik mereka dipulangkan semula.

‘‘Kami tidak berminat dengan bayaran pampasan, kami hanya mahukan tanah kampung ini dan jalani hidup seperti biasa, Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada kuasa halang mereka tetapi tidak buat.

‘‘Ketua Menteri ada kepentingan dengan pemaju hingga nasib kami langsung tidak dipedulikan, dulu berjanji macam-macam, sekarang beliau langsung tidak mahu jejak kaki di sini,” dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, pemaju projek kampung itu, NusMetro mengumumkan menutup semua pintu rundingan dengan penduduk bagi mencari jalan penyelesaian isu berkenaan.

Sebelum itu, penduduk kampung turut mendesak Guan Eng meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menyelesaikan isu kampung mereka sekali gus membela nasib penduduk di situ.

‘‘Kami mahu Guan Eng letak jawatan dan balik ke Melaka, beliau bukan dari sini jadi tidak tahu perasaan rakyat negeri ini malah tak ada apa pun dibuat hanya tanam pokok dekat Queensbay sahaja,” kata Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj

Hadi restu wacana

Hadi restu wacana

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bnews@bharian.com.my


Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Perbincangan ilmiah baik, tak bercanggah pendirian Pas

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan Dewan Pemuda parti itu menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah berhubung isu semasa tidak bercanggah dengan pendirian Pas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata Pas membenarkan perbincangan secara ilmiah diadakan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno bagi menyelesaikan masalah yang ada.

"Ia sesuatu yang baik dan tidak bercanggah dengan pendirian parti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, menyerahkan surat jemputan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dan pelawaan itu disambut baik pergerakan berkenaan.

Tindakan Dewan Pemuda Pas itu bagaimanapun dibantah Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong pembangkang.

Abdul Hadi berkata, Pas tetap mahu mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tetapi dalam masa yang sama membenarkan perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, pula berkata Pakatan Rakyat sentiasa sedia untuk membincangkan isu membabitkan kepentingan negara, termasuk pemulihan ekonomi, pendidikan dan sosial pada bila-bila masa saja.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menyerahkan kepada kepemimpinan tertinggi Pas berhubung perkara itu.

"Saya mendapat tafsiran dan penjelasan yang berbeza terhadap perkara itu. Terserah kepada mereka sama ada mahu meneruskan perbincangan itu dengan tajuk yang difikirkan sesuai," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin, berkata perbincangan atau wacana ilmiah antara Pemuda Pas dan Umno itu adalah langkah baik bagi kepentingan bangsa dan agama.

"Wacana ini sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah umat Islam," katanya.

Mengenai bantahan Pemuda Sosialis DAP terhadap perbincangan itu, Zulkifli berkata, pendirian DAP itu memang dijangka kerana parti berkenaan bersifat sekular.

"Mereka (DAP) tidak boleh melihat orang Melayu beragama Islam duduk semeja kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka. Perkara itu tidak menggembirakan mereka," katanya.

Semua pihak sambut baik wacana ilmiah

Semua pihak sambut baik wacana ilmiah

KUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan usaha Dewan Pemuda Pas yang mempelawa Pergerakan Pemuda UMNO untuk bermuzakarah atau berbincang adalah sesuatu yang baik dan langsung tidak bercanggah dengan dasar parti.

Malah, menurut beliau, pihaknya menggalakkan wacana ilmiah turut dilangsungkan bersama dengan mana-mana pihak termasuk parti lain seperti MCA, MIC dan juga DAP.

"Kita meneguhkan pakatan pembangkang tetapi pada masa sama kita juga membenarkan perbincangan ilmiah diadakan dengan semua pihak. Pas tidak menghalang ia diadakan dengan mana-mana parti sama ada MCA, MIC dan DAP termasuk yang itu (Pemuda UMNO)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jemputan Dewan Pemuda Pas yang mempelawa Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bimbang sekiranya jemputan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan wacana ilmiah terbuka dengan Pemuda UMNO, cuma sekadar gimik politik menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

Beliau berkata, wacana itu juga tidak harus dijadikan sebagai tempat perdebatan bagi membuktikan siapa benar dan mencari keburukan masing-masing.

''Wacana ini wajar dijadikan tempat untuk sama-sama memahami peranan masing-masing dalam usaha berkaitan Islam dan bukannya tempat untuk tunjuk siapa benar, siapa salah.

''Kalau itulah yang kita guna, maka tidak ada keikhlasan," katanya di Ipoh hari ini.

Dalam pada itu, Pergerakan Puteri UMNO meletakkan harapan yang tinggi supaya jemputan itu berdasarkan pada keikhlasan Pemuda Pas tanpa tersirat sebarang agenda tersembunyi.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, wacana ilmiah itu akan menjadi pencetus kepada permulaan hubungan lebih baik demi kesejahteraan umat Islam di negara ini.

"Perlu dipastikan tiada agenda lain di sebalik jemputan tersebut seperti mencari kesalahan UMNO atau memperlekehkan mana-mana pihak lantaran wacana ilmiah mesti menampilkan faktor keikhlasan sebagai wadah utama perbincangan.

"Puteri UMNO bimbang jika keikhlasan di pihak Pemuda Pas tidak dipastikan terlebih dahulu dan langkah berhati-hati tidak dilaksanakan, maka di peringkat akhirnya yang terpalit nama buruk adalah Pemuda UMNO sendiri," katanya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula berkata, pihaknya berpegang pada prinsip tetap dan jelas pada setiap masa iaitu mana-mana parti sama ada pembangkang atau parti memerintah, bebas untuk berbincang dalam apa jua isu yang membawa manfaat kepada rakyat.

"Ia satu perkembangan yang baik dan positif, sesiapa sahaja boleh berbincang asalkan jujur dan ikhlas, kita juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan komitmen pada masa hadapan jika keadaan memerlukan," katanya.

Wacana cuba tarik Khairy berdebat

Wacana cuba tarik Khairy berdebat

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Sabky Yusof, menegaskan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka kepada Pemuda Umno bertujuan untuk menarik perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyertai debat bagi membuktikan mengapa perjuangan Umno perlu ditolak rakyat.

"Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, tidak memilih menggunakan perkataan debat kerana sebelum ini Khairy gagal dan tidak mampu untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau sebelum ini.

"Untuk rekod sudah tiga kali Nasruddin mencabar Khairy berdebat dan semuanya tidak terjawab. Bagi memungkinkan Khairy berhujah, beliau menawarkan pentas berhujah atas nama wacana ilmu, tetapi semangatnya tetap semangat debat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu mendapat reaksi positif Pemuda Umno dengan menyambut baik cadangan itu dan menyifatkannya sebagai perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat sesuatu yang baik demi kepentingan bangsa dan negara.

Ahmad Sabky berkata, jemputan Wacana Ilmiah bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam' tercetus selepas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berdebat mengenai perjuangan Umno.

"Dewan Pemuda Pas ingin menegaskan kita menawarkan pentas berhujah ini secara terbuka bukan secara tertutup," katanya.

Pakatan Rakyat pantau Parlimen

Pakatan Rakyat pantau Parlimen
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bnews@bharian.com.my

Jawatankuasa khas ditubuh untuk bahas setiap isu di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat semalam menubuhkan jawatankuasa Ahli Parlimen untuk memantau setiap kementerian sebagai persediaan untuk membahaskan pelbagai isu di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali ketika mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu pada sidang media di lobi Parlimen, menafikan ia Kabinet bayangan pembangkang, sebaliknya berfungsi tugas menjaga setiap kementerian.

Namun, beliau tidak menafikan penubuhan jawatankuasa itu adalah langkah ke arah menubuhkan Kabinet bayangan selepas ini.

"Ini bukanlah shadow cabinet (Kabinet bayangan). Penubuhan jawatankuasa ini untuk kita tumpukan kepada urusan Parlimen. Bila Pakatan Rakyat mempunyai pakar dalam sesuatu kementerian, bila ada Rang Undang-Undang, setiap anggota yang diberi tanggungjawab menjaga mana-mana kementerian bolehlah berbahas dengan baik lagi.

"Kita mahu semua ahli Parlimen kita menyiapkan diri ketika berbahas. Senarai ini sudah dibincang dan diperakukan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat. Shadow cabinet ini diberikan gelaran oleh media saja, sebenarnya bukan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut kementerian tidak membayangkan ia sebagai Kabinet bayangan.

Katanya, senarai nama itu menyenaraikan tiga nama mewakili setiap parti bagi kementerian yang wujud di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkara itu secara tidak langsung menunjukkan ketidaksepakatan antara mereka.

"Saya sudah minta senarai Kabinet bayangan tapi sampai hari ini (Pakatan Rakyat) tak mampu lagi... sebab tak ada kata sepakat dan daripada tiga ini siapa nak jadi menteri.

"Nampak sangat tak boleh setuju dan kompromi... ini bubuh tiga... siapa nak jadi Perdana Menteri? (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kah? (Lim) Kit Siang (Datuk Seri) Hadi (Awang) kah?... Pakatan Rakyat jadi kerajaan ada tiga menteri, hancur negara," katanya.

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata cadangan itu hanya untuk menutup kelemahan yang dimiliki mereka.

Katanya, idea Kabinet baru pakatan itu hanya sekadar meniru cara organisasi kabinet yang sedia ada dengan menamakan seorang wakil daripada pakatan dalam setiap kementerian.

"Itu sebenarnya bukan kabinet bayangan tetapi kabinet bayang-bayang dan hanyalah replika," katanya.

Antara Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

JABATAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Hadi Awang (Pas), Lim Kit Siang DAP). Dibantu oleh Mohamed Azmin R Sivarasa, Tan Sri Khalid Ibrahim, William Leong, Ahmad Kassim, Fuziah Salleh (semua PKR), Nasharudin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Dzulkifli Ahmad, Taib Azamuddin, Khalid Samad (Pas), Ngeh Koo Ham, Hiew King Chiew dan John Fernandez (DAP).

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Datuk Johari Abdul (PKR), Salahuddin dan Karpal Singh (DAP).

KEMENTERIAN KEWANGAN

Mohamed Azmin, Dr Dzulkifli Ahmad (Pas) dan Tan Kok Wai (DAP).

KEMENTERIAN PELAJARAN

Mohd Yusmadi Yusoff (PKR), Che Uda Che Nik (Pas) dan Chong Eng (DAP).

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Datuk Zahrain Mohamed (PKR), Khalid Samad (Pas) dan Tan Kok Wai (DAP).

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Zuraida Kamaruddin (PKR), Siti Zailah Mohd Yusuf (Pas) dan Yong Po Kuan (DAP).

KEMENTERIAN PELANCONGAN

S Manikavasagam (PKR), Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Pas) dan Fong Kui Lun (DAP).

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wee Choo Keong (PKR), Dr Lo Lo Mohd Ghazali (Pas) dan Lim Lip Eng (DAP).

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Zulkifli Nordin (PKR), Salahuddin Ayub (Pas) dan Tony Pua (DAP).

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

N Gobalakrisnan (PKR), Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas) dan Chong Chien Jen (DAP)

KEMENTERIAN KERJARAYA

Datuk Kamarul Bahrin Abbas (PKR), Datuk Mahfuz Omar (Pas) dan Gobind Singh Deo (DAP)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Datuk Rashid Din (PKR), Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Pas) dan Er Teck Hwa (DAP).

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Chua Tian Chang (PKR), Nasir Zakaria (Pas) dan Charles Anthony Santiago (DAP).

Dewan Rakyat: Dewan cela lapan YB pembangkang

Dewan Rakyat: Dewan cela lapan YB pembangkang

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bnews@bharian.com.my

Empat Ketua Pemuda Umno bahagian kena denda RM1,000

LAPAN Ahli Parlimen pembangkang ditegur, manakala empat Ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor didenda RM1,000 setiap seorang selepas Dewan Rakyat meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa dikasari dan dihalang memasuki Dewan pada 26 Februari lalu.

Lapan Ahli Parlimen itu ialah lima saksi kejadian dan tiga ahli jawatankuasa kerana gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa dan membantu siasatan.

Lima saksi kejadian ialah Karpal, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Lim Lip Eng (DAP-Segambut), N Gobalakrishnan (DAP-Padang Serai) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Tiga yang menarik diri daripada jawatankuasa itu ialah Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Datuk Kamaruddin Jaffar (Pas-Tumpat).

Empat Ketua Pemuda Umno bahagian itu terdiri daripada Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak), Azahari Shaari (Shah Alam) Serdang, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membacakan keputusan itu berkata, tindakan yang diambil terhadap lapan wakil rakyat pembangkang itu perlu dijadikan iktibar oleh pihak lain supaya lebih berhemah.

"Saya sedih mereka kita cela sebagai teguran dan kita ambil iktibar daripada mereka. Apabila perbahasan tolong (berbahas) penuh hemah," katanya.

Mengulas tindakan terhadap empat Ketua Pemuda Umno bahagian yang turut berada dalam Dewan, Pandikar Amin berkata, jika gagal membayar denda, mereka akan ditahan.

Sebelum keputusan usul dibacakan, semua wakil rakyat pembangkang keluar Dewan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan usul berkenaan berkata, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan ketika siasatan kes, Karpal selaku saksi dan mangsa tidak pernah hadir.

Beliau berkata, denda itu adalah hukuman maksimum walaupun jumlah itu dianggap kecil oleh Karpal.

Terdahulu Pandikar Amin mengarahkan Karpal keluar Dewan selepas mengeluarkan perkataan yang unparliamentary.

Tindakan itu diambil apabila Karpal berulang kali mendakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) korup ketika Khairy membahaskan usul itu walaupun ditegur Pandikar Amin.

Sementara itu, Khairy pada sidang medianya di lobi Parlimen berkata, wang untuk bayaran denda itu disumbangkan ahli Pemuda peringkat akar umbi, sekali gus menggambarkan kesepakatan Pemuda dalam menghadapi keadaan sukar membabitkan ahlinya.

Dewan Rakyat: Kenyataan Suhakam perlu neutral

Dewan Rakyat: Kenyataan Suhakam perlu neutral

ANGGOTA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dinasihatkan supaya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menggambarkan mereka mampu bersikap neutral selaras dengan Dasar Paris.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata sikap neutral itu bukan hanya perlu ada pada pesuruhjaya sebaliknya juga diamalkan anggota lain termasuk pengerusi suruhanjaya.

“Seorang pesuruhjaya mesti berhati-hati apa yang hendak dicakapkan kerana dia dilihat sebagai neutral, bukan setakat pesuruhjaya, semua ahli juga perlu bersikap sedemikian.

“Kita harap dia (pesuruhjaya) lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang menampakkan memihak kepada suatu isu," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009, semalam.

Beliau mengulas isu dibangkitkan Tian Chua (PKR-Batu) yang mempersoalkan kewibawaan Datuk Mohd Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam dan pada masa sama bertindak sebagai peguam Umno.

Dasar Paris menetapkan panduan asas diterima pakai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HNRI) negara tertentu.

Mohamed Nazri berkata, pada pandangannya, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman tidak layak berada dalam Suhakam berikutan kenyataannya yang subjudis terhadap kes di Perak.

Ini berikutan kenyataan Abu Talib pada Mei lalu yang dilaporkan berkata, mungkin masanya sudah tiba untuk rakyat Perak diberi peluang melaksanakan hak memilih semula kerajaan negeri.

Kes Anwar kekal di Mahkamah Tinggi

Kes Anwar kekal di Mahkamah Tinggi

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 Julai – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian hari ini selepas menolak rayuan Ketua Pembangkang itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan sebulat suara itu dimuktamadkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdull Hamid Embong. Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Mahkamah Rayuan memberi jaminan bahawa kuasa Eksekutif termasuk Perdana Menteri tidak berhak mencampuri urusan pendakwaan kes jenayah di negara ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif bukan merupakan autoriti yang layak berbuat demikian kerana Perkara 145(3) dan Perkara 145(3A) Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk bertindak terhadap pendakwaan jenayah.

Mahkamah Rayuan turut berpendapat, pendakwa raya yang juga Peguam Negara hanya perlu menjawab dalam perkara berkaitan pentadbiran kepada Perdana Menteri bukannya mengenai urusan pendakwaan.

Sehubungan itu, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijalankan secara adil meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pendakwaan berat sebelah terhadapnya.

Anwar ketika ditemui pemberita sejurus selepas prosiding selesai berkata, walaupun tidak terkejut dengan keputusan itu beliau hairan bagaimana mahkamah boleh menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai pengaruh sama sekali terhadap pendakwaan kesnya.

Dengan nada kesal, beliau turut hairan bagaimana kuasa mendakwa dan niat Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pendakwa raya tidak boleh dipertikai sama sekali sedangkan nyata beliau terlibat dalam siasatan kes ‘mata lebamnya.’

Ketika ditanya tindakannya selepas ini, Anwar memberitahu, beliau akan berbincang dengan para peguamnya sama ada untuk memfailkan semakan terhadap keputusan itu memandangkan rayuan tersebut berakhir di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah ketika mendengar rayuan Anwar diminta menimbang fakta bahawa bekas Perdana Menteri selepas didesak pelbagai pihak telah memberi jaminan bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam siasatan dan pendakwaan kes liwat tersebut.

Menurut peguam bela, kepastian itu turut diberikan kepada keluarga Ketua Pembangkang itu melalui pertemuan dengan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah di Parlimen pada 1 Julai tahun lalu.

Isu pendakwaan berat sebelah itu timbul setelah Abdul Gani menandatangani sijil pemindahan agar perbicaraan ditukar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi sedangkan ketika itu beliau masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan laporan polis Anwar terhadap insiden ‘mata lebamnya’.

Anwar, 62, merayu ke Mahkamah Rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan mengekalkan perbicaraan itu di Mahkamah Sesyen.

Pada 5 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan agar perbicaraan kes liwat itu didengar di Mahkamah Sesyen.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 8 Julai ini di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Hakim Abdull Hamid ketika menyentuh mengenai kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani menyatakan, mahkamah bersetuju dengan hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mewakili pendakwa raya.

Mohd. Yusof dalam hujahnya menyatakan, Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa statutori kepada pendakwa raya untuk mengemukakan sijil perpindahan agar sebarang kes jenayah yang perbicaraannya belum dimulakan, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, mahkamah berpendapat, Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika mendapati bahawa sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu tidak sah.

Sebutan waran tangkap Raja Petra 9 Oktober

Sebutan waran tangkap Raja Petra 9 Oktober

KUALA LUMPUR 2 Julai - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Oktober ini sebutan waran tangkap terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang gagal hadir perbicaraan kes memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas dimaklumkan bahawa waran tangkap berkenaan masih gagal disempurnakan.

Beliau turut menetapkan tarikh yang sama untuk penjamin Raja Petra, iaitu isterinya, Marina Lee Abdullah bagi mengemukakan notis tunjuk sebab gagal hadir pada prosiding tersebut.

Terdahulu, peguam bela Raja Petra, J. Chandra memohon tarikh sebutan dalam tempoh tiga bulan bagi membolehkan waran tersebut diserahkan kepada anak guamnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hafiz Mohd. Yusoff.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan pada 26 Mei lalu oleh Mohamad Sekeri selepas Raja Petra tidak hadir perbicaraan kes terhadapnya yang didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri itu dan dua yang lain.

Ia juga merupakan waran kedua dikeluarkan ke atasnya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April lalu mengeluarkan perintah yang sama selepas dia tidak hadir perbicaraan kes penerbitan artikel berunsur hasutan di laman web tersebut.

Menurut laporan akhbar, Raja Petra dan isterinya dipercayai telah keluar dari negara ini menggunakan laluan tikus dan kini berada di Brisbane, Australia kerana Jabatan Imigresen tidak merekodkan sebarang pergerakan keluar masuk tertuduh di semua pintu masuk negara yang diwartakan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga kini bekerjasama dengan Interpol untuk menjejaki kedua-dua mereka.

Pas hanya perjuang Islam dengan kata-kata

Pas hanya perjuang Islam dengan kata-kata

KUALA KRAI 2 Julai - Pemimpin Pas hanya bertopengkan Islam apabila menolak kebenaran kerana menarik balik gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh mereka sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, pemimpin-pemimpin parti itu sebenarnya memperjuangkan Islam hanya dengan kata-kata tanpa digambarkan melalui tingkah laku dan sahsiah.

"Rakyat dapat melihat sendiri siapa yang silap sekarang ini. Adakah pemimpin yang bertopengkan Islam berbanding kita yang tak pakai sebarang topeng.

"Kita memakai imej 1Malaysia, orang Melayu dan Islam sebenar, bukannya seperti Pas, berimej Islam tetapi dari segi sahsiah tidak mengamalkan tuntutan sebenar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan Pas yang menarik balik cadangan yang dicetuskan oleh pemimpinnya dan kemudiannya menuduh UMNO sebagai dalang.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, UMNO tidak pernah menempelak Pas atas cadangan tersebut malah bersedia untuk berbincang demi menjamin perpaduan kaum.

Sebaliknya tegas beliau, disebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas telah menarik balik cadangan tersebut malah 'melempar bom' dan menyalahkan UMNO.

"Ini tidak adil. Kalau ini isu politik sepatutnya ia dipolitikkan oleh UMNO kerana mereka yang tarik balik cadangan itu.

"Sebaliknya kita dilempar bom dan dituduh yang bukan-bukan hanya kerana tekanan daripada DAP dan PKR," tegas beliau.

Mengulas kemelut politik di Kedah antara DAP dan Pas, beliau menggambarkannya sebagai belang yang cuba ditutup oleh pakatan pembangkang selama ini.

Katanya, tindakan DAP mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu membuktikan kerjasama mereka umpama 'retak menanti belah'.

"Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru, dan akhirnya bau itu terlepas keluar.

"Saya fikir cukuplah perpaduan sementara mereka yang disifatkan sebagai 'perkahwinan mutaah' dan bubarkanlah pakatan itu," ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan pakatan pembangkang supaya menamatkan perpaduan sementara mereka dan bekerjasama dengan UMNO untuk membangunkan negara.

"Biarlah kita sama-sama bangunkan negara dan kalau perlu kongsi kuasa, kita boleh duduk berbincang," ujar beliau.

Sekejap sahaja, lepas itu bercerai – Shahrizat

Sekejap sahaja, lepas itu bercerai – Shahrizat


Shahrizat Abdul Jalil bersama usahawan wanita semasa merasmikan Program Usahaniaga Jalinan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (tiga dari kanan). – BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Julai – Kemelut politik pakatan pembangkang di Kedah dijangka menjadi lebih teruk pada masa akan datang kerana kerjasama yang terbentuk antara mereka bukannya tulen, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang adalah kerana kerjasama rapuh di dalam pakatan itu boleh disifatkan seperti kahwin mutaah.

“Sekejap saja, lepas itu bercerai. Macam itulah, sebab itu kita tidak terkejut langsung kerana kita sudah jangka ini akan berlaku,” katanya selepas merasmikan Program Usahaniaga Jalinan Rakyat di sini hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau kurang yakin dengan keputusan DAP itu berdasarkan pengalaman yang dilalui selama ini.

“Baguslah (DAP keluar daripada pakatan pembangkang). Tetapi saya bimbang ini hanyalah sandiwara mereka sahaja.

“Kita tengoklah apa pula akan dikatakan ketua mereka (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas ini,” katanya.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa diminta mengulas tindakan DAP Kedah itu menyatakan ia hanya satu sandiwara atau main wayang semata-mata.

Menurut beliau, DAP Kedah sebenarnya tidak perlu tunggu lama untuk keluar daripada kerajaan Pas Kedah kerana banyak tindakan kerajaan negeri itu yang telah menyeleweng daripada matlamat asal mereka.

“Saya rasa kedua-dua parti itu memang banyak masalah dan tidak boleh bersama terutama melibatkan perbezaan dasar dan polisi antara mereka,” katanya.

Menurutnya, MCA memang tahu pakatan pembangkang telah menunjukkan banyak kelemahan dalam pelbagai perkara.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sejak dari awal lagi kerjasama antara pakatan pembangkang terutama di negeri ini adalah rapuh meskipun pemimpin mereka cuba menunjukkan kesepakatan.

“Saya percaya keretakan hubungan kerjasama pakatan pembangkang akan lebih teruk lagi selepas ini,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim menyifatkan Pas dan DAP negeri itu umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Beliau berkata, Pemuda UMNO langsung tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP negeri Kedah yang bertindak keluar daripada pakatan pembangkang semalam.

“Pakatan pembangkang di negeri Kedah adalah rapuh kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

“Kami juga nampak Pas tidak telus dalam perkongsian kuasa dan DAP juga ada agenda mereka tersendiri,” ujarnya.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, perkembangan terbaru itu juga membuktikan gabungan parti pembangkang di Malaysia sebenarnya rapuh dengan semangat kesetiakawanan longgar.

Jentera BN sedia tepis dakyah Pas

Jentera BN sedia tepis dakyah Pas

Oleh Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

KOTA BHARU: Jentera Barisan Nasional (BN) diarah sedia menghadapi taktik kotor parti lawan yang mahu menjejaskan peluang calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata taktik kotor mula digunakan pihak tertentu sebaik Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan calon BN termasuk diserang peribadi dengan tohmahan dan fitnah.

"Dia diserang menerusi portal berita di internet. Walaupun sudah dinafikan, saya percaya lebih banyak serangan peribadi dibuat terhadap calon BN.

"Pelbagai gambar fitnah yang disediakan termasuk teknik pertindihan mereka tabur seperti pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Bukit Gantang sebelum ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyifatkan serangan peribadi yang ditujukan kepada calon BN itu bertujuan mengelirukan pengundi.

Mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron kononnya penduduk dan pengundi Manek Urai tidak memerlukan wakil rakyat terpelajar mewakili mereka, beliau berkata pemimpin Pas kini cuba memperlekehkan tahap pemikiran dan mentaliti penduduk.

"Hakikatnya, kejayaan ratusan ribu anak kita hari ini yang asalnya daripada keluarga miskin dan tinggal di kampung adalah hasil dasar pendidikan BN dan Umno.

"Selepas berjaya, mereka perlu diberi peluang berbakti kepada masyarakat.

"Pas cuba mencari helah supaya isu pendidikan tidak ditimbulkan di Manek Urai.

"Kalau tak perlu wakil rakyat terpelajar atau berpendidikan, mengapa pula Pas letakkan Dr Hatta Ramli sebagai Ahli Parlimen Kuala Krai. Jangan pilih kasih dan memperlekehkan orang kampung kalau Pas sudah memilih peraih ikan sebagai calon," katanya.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata Pergerakan Pemuda BN akan bergerak dalam satu pasukan bagi menggempur pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan untuk memastikan BN merampas semula kawasan itu.

"Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan menjadi medan ujian penting kepada Pemuda BN melihat seluruh jenteranya bergerak bersama-sama turun padang, mungkin pada Khamis atau Jumaat depan bagi membantu kejayaan BN di kawasan berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda BN, di sini, malam tadi.

Royalti minyak jadi modal utama kempen

Royalti minyak jadi modal utama kempen

KOTA BHARU: Pas Kelantan akan menjadikan isu royalti minyak Kelantan sebagai modal utama kempen dan mendedahkan nama pemimpin Umno negeri ini yang didakwanya menggagalkan tuntutan itu, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, 14 Julai ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata kebanyakan penduduk Manek Urai tidak mendapat maklumat kerana tidak membaca akhbar.

"Kebanyakan penduduk tidak baca akhbar, begitu juga liputan siaran televisyen yang tidak diperoleh di sesetengah kawasan.

"Jadi, 90 peratus kehidupan mereka ditumpukan kepada usaha mencari makan, sebab itu mereka tidak ambil peduli isu nasional.

"Untuk itu, tumpuan kita adalah isu tempatan kerana apa yang menjadi perhatian penduduk Manek Urai sekarang ialah parti manakah lebih diyakini untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk.

"Pas akan menggunakan isu ini sebagai modal nombor satu di Manek Urai kerana rakyat memang emosional menerima kenyataan betapa Kelantan sekali lagi dianaktirikan Kerajaan Pusat," katanya semalam.

Wan Abdul Rahim berkata, walaupun rakyat Kelantan biasa dianaktirikan sejak 1959, tindakan Pusat tidak membayar royalti petroleum yang didakwa hampir RM1 bilion adalah kemuncak kemarahan.

"Ini tidak selari dengan slogan Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat. Rakyat Kelantan bukan saja marah Perdana Menteri, malah kepada orang Kelantan yang menyokong beliau.

"Kalau tidak kena gaya, kita juga mendedahkan nama pemimpin Umno Kelantan yang menjadi dalang menggagalkan tuntutan royalti hasil petroleum," katanya.

Pengundi Cina, India nyata sokongan

Pengundi Cina, India nyata sokongan


NG (kiri) bersama Tuan Aziz yang memangku Ngoi Zhao Foong, 7 bulan, beramah dengan pengundi Cina di Manek Urai Lama, semalam.

KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Cina dan India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan menyokong calon BN pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata pihaknya mengenal pasti 52 pengundi Cina yang berdaftar dan mereka memberi isyarat menyokong BN demi masa depan.

“Saya yakin mereka tidak ada masalah menyokong BN dan kami dalam BN akan tetap bersama mereka untuk memperjelaskan isu terkini,” katanya selepas melawat keluarga Ong Guan Chong, 73, di Kampung Meset, di sini semalam.

Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata, pengundi Cina gembira dengan pemilihan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN.

Mereka menyifatkan Tuan Aziz sebagai banyak berjasa kepada penduduk terutama ketika berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Kelatan Selatan (Kesedar).

Sementara itu, Pengerusi MIC Kelantan, M Kupusamy, berkata 33 pengundi India menyatakan pendirian memberi sokongan kepada calon BN supaya kembali menguasai kawasan ini.

“Kebanyakan pengundi terbabit mempunyai hubungan dengan MIC negeri, sekali gus membuktikan mereka akan menyokong BN seperti dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.