Sunday, August 16, 2009

POLITIK : AHAD 16 OGOS 2009

35,000 serah memorandum sokong Muhyiddin
KUANTAN15 Ogos - Kira-kira 35,000 ahli UMNO dari tiga bahagian di Pahang hariini menyerahkan memorandum menyokong kenyataan Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti KeadilanRakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.




Elak berhimpun hari penamaan calon
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Kementerian Kesihatan menasihatkan parapenyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir supaya tidak mengadakan perhimpunanbesar-besaran pada hari penamaan calon, Isnin ini.

Nik Aziz tiada pendirian tetap
KUALALIPIS 15 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matdisifatkan sebagai tidak mempunyai pendirian konsisten apabilamenghalalkan pemimpin DAP menghina Islam.

Nik Aziz perlu pilih jadi ahli politik atau ulama
KUALALUMPUR 15 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu membuatpilihan sama ada mahu menjadi seorang ahli politik atau ulama sepenuhmasa bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan masyarakat.

Si Kitul jual maruah bangsa
TANAHMERAH 15 Ogos - UMNO Bahagian Tanah Merah bimbang dengan gelagatsebilangan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang sanggupmenggadai maruah dan kepentingan bangsa kerana kemaruk mendapatkankuasa.

Umat Islam perlu tentang golongan hina Islam
BESUT15 Ogos - Umat Islam di negara ini perlu menentang sebarang bentukperbuatan penghinaan atau memperlekehkan agama Islam oleh mana-manapihak termasuk golongan bukan Islam.

Fahaman Islam liberal dipantau
BANGI15 Ogos - Kerajaan sedang memantau penyusupan fahaman liberalisme untukmewujudkan golongan Islam liberal yang mungkin akan merosakkan umatIslam di negara ini.






Pengundi di Permatang Pasir akan lebih rasional
KUANTAN 15 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinyakin para pengundi di Permatang Pasir akan membuat keputusan rasionalpada 25 Ogos ini berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam pakatanpembangkang.

Tak halang kempen
JITRA15 Ogos - Orang ramai tidak boleh dihalang daripada berkempen padaPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupunberdepan risiko dijangkiti influenza A (H1N1).

Isu P. Pinang diyakini bantu BN
KUALALUMPUR 15 Ogos - Pelbagai isu yang mendedahkan tembelang pakatanpembangkang baik di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang diperintah olehmereka akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Pembangkang diselar
TANJONGKARANG 15 Ogos - UMNO Selangor menyelar pimpinan pakatan pembangkangnegeri yang terlalu ghairah mengejar populariti politik di kalanganbukan Islam sehingga mengetepikan sensitiviti majoriti umat Islam.

Ahli Pas jangan hanya jadi 'pak turut' - Khairy
ROMPIN15 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ahli-ahli Pasjangan hanya menjadi pak turut kepada pemimpin mereka yang sanggupmengorbankan prinsip parti itu demi kuasa dengan membenarkan DAPmenghina Islam.







Komitmen pemimpin
TEMERLOH:Usaha memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap Umno dan BarisanNasional (BN) memerlukan inisiatif dan komitmen tinggi segenap lapisankepemimpinan parti, terutama peringkat akar umbi, kata Tan SriMuhyiddin Yassin.

Umno Bera lulus usul Anwar pengkhianat
BERA:Umno Bahagian Bera sebulat suara meluluskan usul yang menyatakansokongan mereka terhadap kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan SriMuhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Kedudukan Bernas ke Kabinet
KUALALUMPUR: Kedudukan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai syarikatstrategik pembekalan beras negara akan ditentukan selewat-lewatnyaOktober ini apabila laporan lengkap kajian yang dijalankan terhadapprestasi syarikat itu dibentangkan kepada Kabinet.

Soh, Teoh kahwin ghaib
ALORGAJAH: Soh Cher Wei kini menjadi menantu keluarga mendiang Teoh BengHock selepas menjalani ritual keagamaan dan upacara mempersembahkanminuman teh kepada mentuanya di Taman Seri Kelemak, dekat sini, pagisemalam.

'Pembangkang banyak lakukan penyelewengan'
SHAHALAM: Pemuda Umno yang dalam siri pertama ceramahnya, malam kelmarinmendakwa berlaku pelbagai penyelewengan membabitkan pemimpinpembangkang, antaranya membuat tiga invois tuntutan pembayaran yangsama.

Jentera parti perlu utama keselamatan pengundi
JITRA:Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengutamakan aspek keselamatanpengundi bagi memastikan proses pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini berjalan lancar.

Rohaizat temui penduduk di 5 kenduri
BUKITMERTAJAM: Biarpun baru sehari diumumkan calon Barisan Nasional (BN)bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir,Rohaizat Othman, 38, sudah menghadiri lima kenduri di sekitar kawasanitu, semalam.

BN yakin pengundi mampu buat keputusan rasional
KUANTAN:Barisan Nasional (BN) percaya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, Pulau Pinang terutama generasi muda mampu membuatkeputusan rasional bagi memilih wakil rakyatnya pada pilihan raya kecil25 Ogos ini, seterusnya memberi harapan untuk meraih sokongan dankemenangan.










Tindakan dikenakan jika enggan bekerjasama
KUALALUMPUR 15 Ogos - Pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu,Wong Chuan How boleh dikenakan tindakan undang-undang jika siasatanmendapati dia enggan bekerjasama semasa disoal-siasat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

SPRM henti siasatan politik serta-merta
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akanmemberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahlipolitik berikutan suruhanjaya itu terus menerima kecaman daripadapelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Gantung sekolah jika sertai demonstrasi
KUALALUMPUR: Semua pelajar dan murid yang menyertai perhimpunan harammembantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan MansuhISA (GMI) di sini, pada 1 Ogos lalu, bakal berhadapan tindakan tegastermasuk digantung sekolah jika mengulangi perbuatan itu pada masadepan.

Ujian DNA gagal kesan pemilik cap jari
KUALALUMPUR: Ujian DNA dilakukan ke atas empat daripada enam kesan cap jaripada surat ancaman bunuh yang ditujukan kepada Ketua PesuruhjayaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad SaidHamdan, gagal mengesan pemiliknya.

Komitmen pemimpin

Komitmen pemimpin

Oleh Abdul Razak Raaff, Rosli Abdul Jalil dan Irwan Shafrizan Ismail
bminggu@bharian.com.my


MUHYIDDIN menerima memorandum 'menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu' daripada Ketua Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (kiri) sambil melaungkan hidup Umno bersama-sama Adnan, Ketua Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (dua dari kanan) dan Ketua Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof (kanan) selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno di Stadium Tertutup Sukpa Indera Mahkota, Kuantan, semalam.

Pulih persepsi negatif terhadap Umno: Muhyiddin

TEMERLOH: Usaha memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) memerlukan inisiatif dan komitmen tinggi segenap lapisan kepemimpinan parti, terutama peringkat akar umbi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia dapat mengembalikan semula kekuatan dan mewujudkan masa depan yang lebih baik, terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengorak langkah sama ada di dalam kerajaan atau menerusi parti untuk memperbetulkan salah tanggap rakyat terhadap kerajaan menerusi gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

"Bagaimanapun, bagi membawa proses perubahan baru yang dapat menganjak pemikiran kepada sesuatu yang lebih besar, ia perlu dipikul bersama segenap pimpinan dalam parti, termasuk akar umbi.

"Mereka adalah sebahagian daripada rangkaian penting kepada pemimpin atasan. Semua ini boleh membantu parti supaya dalam tempoh tidak begitu lama, kita dapat meletak semula landasan baru bagi memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat," katanya pada majlis penutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Temerloh di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan timbalannya, Datuk Mohd Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Muhyiddin berkata, usaha memulihkan imej dan persepsi rakyat terhadap parti itu adalah cabaran besar yang perlu dipikul semua pemimpin parti kerana ia bukan suatu usaha yang mudah kerana pembangkang akan sentiasa mengambil kesempatan untuk menidakkan pencapaian kerajaan BN.

"Dengan kekuatan baru yang mereka peroleh selepas pilihan raya umum lalu, mereka mula mencabar banyak perkara yang selama ini kita perjuangkan, termasuk perkara yang menjadi asas tonggak dalam membina negara bangsa Malaysia," katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengungkit perkara yang sudah disepakati bersama seperti kontrak sosial dalam Perlembagaan Negara.

Terdahulu, Muhyiddin menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas, Kerayong, tengah hari semalam.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan kepada seluruh anggota Umno bahagian itu yang meluluskan usul menyokong pendirian beliau yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kepada bangsa dan agama.

Umno Bera lulus usul Anwar pengkhianat

Umno Bera lulus usul Anwar pengkhianat

BERA: Umno Bahagian Bera sebulat suara meluluskan usul yang menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua Umno bahagian itu yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usul berkenaan diluluskan dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu, semalam.

“Bukan saja Anwar, malah sesiapa saja yang mengkhianati bangsa dan agama layak digelar pengkhianat. Umno Bahagian Bera bangga apabila Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) tetap dengan pendirian untuk tidak menarik balik kenyataan dikeluarkan dan kami juga tetap berdiri teguh menyokong dan mempertahankan beliau,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang dirasmikan Muhyiddin di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Sharkar Shamsuddin, turut menyatakan pendirian Umno bahagian berkenaan yang menyokong kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu.

“Jika beliau disaman RM100 juta sekalipun, Umno Bahagian Temerloh sanggup disaman bersama kerana kami tetap dengan pendirian menyokong penuh kenyataan berkenaan,” katanya pada majlis perasmian penutup mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang turut dirasmikan Muhyiddin.

Hadir sama pada kedua-dua majlis berkenaan adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kedudukan Bernas ke Kabinet

Kedudukan Bernas ke Kabinet

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my

Kajian keupayaan teruskan fungsi siap enam bulan lagi

KUALA LUMPUR: Kedudukan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai syarikat strategik pembekalan beras negara akan ditentukan selewat-lewatnya Oktober ini apabila laporan lengkap kajian yang dijalankan terhadap prestasi syarikat itu dibentangkan kepada Kabinet.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad, berkata ketika ini, kajian berkenaan pada peringkat akhir dan dijangka diserahkan kepada pihaknya dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, EPU perlu meneliti laporan kajian itu dan membentangkannya kepada Kabinet untuk mendapat maklum balas sebelum hujung tahun ini kerana perjanjian konsesi Bernas akan berakhir Januari 2010.

"Kajian itu untuk mengetahui tahap keupayaan Bernas sama ada syarikat itu mampu meneruskan fungsi dan tanggungjawab sebagai pembekal dan pengeksport tunggal beras negara.

"Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenainya iaitu untuk merombak, meneruskan atau menamatkan perjanjian konsesinya akan ditentukan Kabinet," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bernas memeterai perjanjian konsesi sebagai pengimport tunggal beras negara pada 1996 dan memperoleh hak eksklusif itu untuk tempoh 15 tahun sehingga 11 Januari 2010.

Sebelum ini, Bernas dilaporkan terbabit dalam beberapa insiden yang menyebabkan banyak pihak mempertikaikan statusnya sebagai syarikat yang memonopoli urus niaga mengimport dan membekal beras, antaranya membawa masuk beras tanpa permit import (AP) sekali gus melanggar Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan menaikkan harga beras di pasaran tanpa merujuk kepada kerajaan.

Pendedahan berkaitan urus niaga saham Bernas mengenai penguasaan 31 peratus sahamnya yang kini dikuasai firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd juga menimbulkan pelbagai reaksi yang mahu kerajaan campur tangan untuk mengelak Bernas dikuasai firma asing.

Wang Tak kini muncul pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang terdahulu, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kajian prestasi Bernas itu dilakukan berikutan imej syarikat berkenaan yang terjejas ekoran masalah bekalan dan harga beras yang dialami negara.

Mustapa berkata, antara cadangan yang dipertimbangkan termasuk mewujudkan pertubuhan lain bagi menggantikan Bernas atau menghidupkan semula fungsi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Noriyah berkata, mesyuarat dengan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sudah dijalankan bagi membincangkan kajian berkenaan.

SPRM henti siasatan politik serta-merta

SPRM henti siasatan politik serta-merta

Oleh Farrah Naz Karim
farrah@nst.com.my

Suruhanjaya terima kecaman, pengarah siasatan sanggup hilang jawatan jika tindakan salah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan suruhanjaya itu terus menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Sambil melahirkan kekecewaan berhubung perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata beliau bersedia kehilangan jawatannya itu jika tindakan diambilnya menyalahi peraturan sedia ada.

“Saya dan kakitangan lain tidak dapat bertugas seperti diharapkan jika setiap perkara dilakukan mendapat campur tangan politik. Kami juga sering menerima kritikan daripada masyarakat.

“Oleh itu, saya akan menghantar satu rujukan lengkap kepada ketua saya mengenai masalah yang dihadapi SPRM minggu depan. Rujukan itu antara lain merangkumi mekanisme berlainan apabila sesuatu kes itu membabitkan ahli politik,” katanya.

Kelmarin, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM.

Merujuk kejadian Wong itu, beliau berkata, SPRM mengikut prosedur yang ditetapkan ketika penahanan dibuat, termasuk membacakan amaran bertulis sebelum penahanan.

Shukri berkata, suspek perlu dibawa ke pejabat SPRM kerana semua peralatan yang diperlukan untuk merekod keterangan suspek berada di ibu pejabat atau pejabat siasatan SPRM.

“Perkara seperti cap jari, rekod gambar dan urusan merekod keterangan perlu dibuat di pejabat SPRM.

“Jadi, jika rakyat menyokong tindakan membanteras rasuah, mereka perlu bekerjasama dengan SPRM dan tidak membuat tuduhan melulu kepada suruhanjaya itu,” katanya.

Gantung sekolah jika sertai demonstrasi

Gantung sekolah jika sertai demonstrasi

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my

Kementerian beri amaran tegas elak pelajar diperguna terbabit kegiatan politik pembangkang

KUALA LUMPUR: Semua pelajar dan murid yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) di sini, pada 1 Ogos lalu, bakal berhadapan tindakan tegas termasuk digantung sekolah jika mengulangi perbuatan itu pada masa depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan itu terpaksa diambil selepas usaha pihak sekolah memberi amaran dan khidmat nasihat kaunseling kepada pelajar terbabit tidak memberi sebarang kesan.

Katanya, usaha itu juga bagi mengelakkan lebih ramai pelajar terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu dengan membiarkan diri mereka diperguna pihak tertentu demi kepentingan politik parti pembangkang.

“Ada di kalangan mereka (pelajar) yang sudah disoal siasat mengakui sebenarnya mereka diupah, mereka seronok berbuat demikian kerana diberi duit, peluang naik bas, datang ke bandar.

“Oleh itu, usaha pertama kita adalah bagi nasihat dan khidmat kaunseling kepada mereka ini dulu, dan sekiranya mereka masih mengulangi perbuatan itu, kita akan ambil tindakan tegas termasuk menggantung persekolahan mereka sebab kita tidak mahu pelajar ini dipengaruhi unsur negatif yang tidak baik untuk mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-54 Persatuan Sejarah Malaysia di sini, semalam.

Perarakan dan perhimpunan haram yang diadakan GMI bagi memansuhkan ISA di ibu kota pada 1 Ogos lalu, disertai kira-kira 5,000 pemimpin dan penyokong parti pembangkang.

Kejadian itu bukan saja memburukkan imej negara malah menyusahkan rakyat serta menyebabkan kerugian hampir RM200 juta apabila banyak premis perniagaan termasuk pusat membeli-belah terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, diminta mengulas cadangan mewajibkan subjek Sejarah bagi murid sekolah rendah, Mohd Puad berkata usaha itu dijangka dapat dilaksana pada 2012 membabitkan murid Tahap Dua di sekolah rendah seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa ini, sebanyak 500 sekolah rendah terpilih dari kawasan bandar dan luar bandar melaksana projek perintis bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah bermula sejak Januari lalu.

“Saya belum mendapat maklum balas kejayaan projek ini, pada masa sama kita sedang meneliti cadangan ini bagi memastikan keberkesanannya termasuk dari kandungan kurikulum, garis panduan yang perlu diambil kira, kos pelaksanaan dan latihan guru.

“Turut diambil kira pengisian pengajaran ini yang tidak terhad belajar di dalam kelas semata-mata, sebaliknya mengutamakan kaedah interaksi yang menyeronokkan dengan aktiviti seperti pertandingan, perbahasan, kuiz dan perkhemahan sejarah,” katanya.

Mengenai tindakan sama ada untuk menutup atau meneruskan operasi persekolahan atau penundaan tarikh peperiksaan bagi mengelak jangkitan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang semakin membimbangkan terutama di kalangan ibu bapa dan pelajar, beliau berkata, sebarang keputusan bergantung kepada Kementerian Kesihatan.

Soh, Teoh kahwin ghaib

Soh, Teoh kahwin ghaib

Oleh Nasir Abd Wahab
anasir@bharian.com.my


SOH (duduk tengah) bergambar bersama keluarga mentuanya di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah, semalam.

Ikuti inkues suami melalui akhbar

ALOR GAJAH: Soh Cher Wei kini menjadi menantu keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas menjalani ritual keagamaan dan upacara mempersembahkan minuman teh kepada mentuanya di Taman Seri Kelemak, dekat sini, pagi semalam.

Bapa saudara Teoh, Teuu Ching He, 62, berkata upacara perkahwinan ghaib itu bermula sebaik Soh yang hadir bersama ibu bapa dan keluarganya dari Batu Pahat menyembah nenek moyang Teoh dan mempersembahkan minuman teh kepada ibu bapa mendiang iaitu Teo Leng Hwee dan Cheong Siew Hua.

"Upacara ringkas ini berjalan lancar dalam suasana baik cuma sedikit diselubungi perasaan sedih kerana Soh tidak dapat disandingkan dengan suaminya (Beng Hock) yang sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Taman Seri Kelemak, semalam.

Majlis serba ringkas itu juga mendapat liputan media Cina tempatan, selain sebuah stesen TV tempatan berbahasa Mandarin.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam di Seksyen 9, Shah Alam pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Soh, 28, ketika ditemui selepas majlis berkenaan, kelihatan tenang dan mengakui kini memberi fokus kepada tugasan mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Malayan Ayer Hitam di Batu Pahat selepas bertukar dari Semenyih, awal bulan ini.

Katanya, kehilangan Teoh memang sukar untuk diterima tetapi perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus mengharungi kehidupan.

"Saya kini hanya mengikuti kes inkues kematian mendiang menerusi akhbar kerana perlu mengajar di sekolah baru. Perasaan saya kini lebih tenang selepas keluarga Teoh menerima saya sebagai menantu mereka," katanya.

Ujian DNA gagal kesan pemilik cap jari

Ujian DNA gagal kesan pemilik cap jari

KUALA LUMPUR: Ujian DNA dilakukan ke atas empat daripada enam kesan cap jari pada surat ancaman bunuh yang ditujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, gagal mengesan pemiliknya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program bebas dadah dan ceramah antidadah, di sini semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dua lagi kesan cap jari masih dalam siasatan berikutan belum ada padanan kerana kurang jelas.

Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh melalui surat tulisan tangan yang dihantar ke pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu, antara lain mengugut untuk menembak serta berulang kali memakinya, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

'Pembangkang banyak lakukan penyelewengan'

'Pembangkang banyak lakukan penyelewengan'

SHAH ALAM: Pemuda Umno yang dalam siri pertama ceramahnya, malam kelmarin mendakwa berlaku pelbagai penyelewengan membabitkan pemimpin pembangkang, antaranya membuat tiga invois tuntutan pembayaran yang sama.

Dalam ceramah bertajuk Pentas Pemuda 'Pakatan: Retak Menanti Belah' itu, Pemuda Umno juga mendedahkan kontrak Alam Flora diagihkan terus kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Selangor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, berkata semua penyelewengan seperti itu akan didedahkan kepada rakyat supaya masyarakat sedar apa yang dilakukan pembangkang.

Sambil mendakwa semua maklumat diperoleh daripada sumber sahih, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), berkata siri ceramah itu akan diteruskan di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan lokasi lain seluruh negara selepas Aidilfitri.

"Maklumat ini saya dapat daripada sumber yang sahih dan ia juga masih segar," katanya selepas menyampaikan ceramah berkenaan di Seksyen 6, di sini yang turut disertai Ketua Umno bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam.

Jentera parti perlu utama keselamatan pengundi

Jentera parti perlu utama keselamatan pengundi

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my


HISHAMMUDDIN dan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob (kanan) berbincang sebelum mesyuarat bersama pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam.

Kementerian bimbang trend pilihan raya terdahulu: Hishammuddin

JITRA: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengutamakan aspek keselamatan pengundi bagi memastikan proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini berjalan lancar.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu perlu kerana beliau bimbang suasana tegang akan tercetus sepanjang proses pilihan raya kecil itu berlangsung, termasuk sepanjang berkempen dan pada hari mengundi.

Beliau berkata, kebimbangan itu lahir selepas beliau menilai trend pilihan raya kecil terdahulu, termasuk insiden yang terjadi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, tahun lalu.

"Saya bimbang hal berkaitan keselamatan, kerana mengikut trend apabila calon Umno berdepan dengan calon Pas ditiup (hasut) pula Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jadi, saya harap apa yang dilalui ketika pertandingan merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak berulang.

"Saya menasihatkan jentera parti supaya memberi tumpuan terhadap keselamatan. Jika kita hendak berkempen atau memastikan calon kita menang, jangan buat sesuatu perkara yang boleh menjejaskan keselamatan, keharmonian dan keselamatan pengundi yang ingin menunaikan hak mereka," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu, di sini, semalam.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, DUN Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas, bagaimanapun ini tidak bermakna calon BN akan menyerah kalah sebaliknya bekerja keras bagi memastikan kemenangan.

"Peluang BN dalam kubu kuat dia (Pas), faham-faham sajalah... tetapi saya mahu memaklumkan kepada jentera parti bahawa kita tidak boleh kalah," katanya.

Rohaizat temui penduduk di 5 kenduri

Rohaizat temui penduduk di 5 kenduri



Rohaizat Othman

BUKIT MERTAJAM: Biarpun baru sehari diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, 38, sudah menghadiri lima kenduri di sekitar kawasan itu, semalam.

Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh itu berkata, kebanyakan jemputan kenduri itu diterima sebelum namanya diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

"Kebanyakan tetamu yang saya temui di kenduri berkenaan menyambut baik kedatangan saya dan memberi kata-kata semangat supaya berjaya pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya di sini, semalam.

Kelmarin, Rohaizat yang juga Penasihat Undang-Undang Syariah diumumkan sebagai calon BN pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir manakala Pas pula mengumumkan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calon mereka.

Rohaizat berkata, pemilihan sebagai calon BN mengejutkan banyak pihak termasuk isterinya, Khairul Niza Abdul Razak yang masih terperanjat dengan berita itu yang hanya diketahuinya menerusi televisyen.

"Isteri dan anak saya terkejut, tetapi pada masa sama bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh parti. Beliau memberitahu akan menemani saya berkempen," katanya.

"Mungkin kehidupan saya sepanjang kempen tidak banyak berubah kerana selama ini saya memang sibuk dengan kerja parti. Apa yang berbeza, dulu saya mengatur jadual untuk parti, tetapi kini jadual saya pula diaturkan," katanya.

Mengulas mengenai perbezaan usia agak ketara dengan calon Pas, Rohaizat berkata, walaupun Salleh itu boleh dikategorikan veteran politik, tetapi pengalaman politiknya juga tidak kurang berbanding calon Pas itu.

Beliau berkata, usia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada kemenangan, sebaliknya penerimaan pengundi terhadap calon bertanding.

BN yakin pengundi mampu buat keputusan rasional

BN yakin pengundi mampu buat keputusan rasional

Oleh Abdul Razak Raaff, Rosli Abdul Jalil dan Irwan Shafrizan Ismail
bminggu@bharian.com.my


PETUGAS SPR negeri sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, semalam.

Parti pernah menang di DUN Permatang Pasir: Muhyiddin

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) percaya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang terutama generasi muda mampu membuat keputusan rasional bagi memilih wakil rakyatnya pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini, seterusnya memberi harapan untuk meraih sokongan dan kemenangan.

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun kawasan DUN itu dikatakan kubu kuat Pas, tetapi beliau percaya mereka mampu membuat penilaian bijak berdasarkan perkembangan politik semasa di Pulau Pinang yang diperintah pembangkang.

"Permatang Pasir ini...kita ada rekod pernah menang berkali-kali dan kita kalah. Jadi dilihat pengundi mempunyai cara pemikiran sendiri.

"Orang kata ia kubu kuat Pas, tapi kalau ikut rekod kalau kubu kuat tidak mungkin kita menang selalu juga. Atas dasar ini kita harap kali ini kita diberi peluang raih sokongan dan kemenangan," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan bersama Umno Bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peluang BN pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Pas, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.

Kelmarin, beliau mengumumkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calon BN manakala Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52, yang juga seorang ahli perniagaan sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 25 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, BN akan menggunakan pendekatan sama ketika menghadapi pilihan raya kecil DUN Manek Urai di Kelantan, bulan lalu, termasuk mewujudkan 'command center' bagi menyelaras jentera parti komponen.

"Jentera pilihan raya sudah memulakan kerja di kawasan DUN berkenaan yang sebahagian besar adalah pengundi muda.

"Saya berharap pengundi di sana akan beri sokongan pada calon kita (Rohaizat) kerana beliau berkelayakan, lulus undang-undang syariah, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat. Oleh itu, saya berharap kali ini angin perubahan yang sudah mula meniup di seluruh negara akan berlaku di Permatang Pasir," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa jentera pilihan raya BN juga perlu lebih agresif memberi penjelasan dan pemahaman mengenai dasar kerajaan dan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

Tindakan dikenakan jika enggan bekerjasama

Tindakan dikenakan jika enggan bekerjasama

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How boleh dikenakan tindakan undang-undang jika siasatan mendapati dia enggan bekerjasama semasa disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mengikut peruntukan undang-undang, SPRM berhak menahan ahli politik itu untuk siasatan.

''SPRM mengikut undang-undang. Dia (SPRM) ada waran. Kalau Chuan How enggan, ini bermakna dia melakukan satu kesalahan kerana menghalang pegawai awam untuk menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Inspektor (Awam) siri 3 bagi tahun ini di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Chuan How, 51, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak bekerjasama dengan pegawai awam yang menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

Semalam, ketika Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu ditahan di pejabatnya di pusat khidmat DAP di Sungai Pelek, dia tidak memberi kerjasama kerana enggan menandatangani notis tangkapan dan masuk ke dalam kenderaan SPRM.

Malah dia turut dikatakan membuat kecoh apabila berpura-pura jatuh ketika menghampiri kenderaan SPRM dan menuduh pegawai SPRM sengaja menolaknya.

Berikutan insiden itu, Chuan How yang berusia 51 tahun dan SPRM masing-masing membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang.