Thursday, August 27, 2009

POLITIK : KHAMIS 27 OGOS 2009

Bergaduh dalam tandas
SHAH ALAM 26 Ogos – Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh BengHock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), TanBoon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Jangan timbulkan sensasi – PM
PERDANA Menteri ingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negaraini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang bolehmengundang kontroversi dalam masyarakat.

Chua Soi Lek dipecat daripada MCA
KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabilaMajlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untukmemecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lekberkuat kuasa serta merta.




Skandal PKFZ: PAC soal siasat KDSB
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hariini menjalankan soal siasat terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB),kontraktor siap guna projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berhubungskandal projek PKFZ.




Soi Lek dipecat
KUALALUMPUR: Pergolakan dalaman yang melanda MCA sejak pemilihan parti itupada Oktober tahun lalu dijangka berterusan apabila TimbalanPresidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada parti keranamenjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007.

Inkues Teoh Beng Hock: SPRM dedah 4 invois palsu
SHAHALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mendedahkanmengenai kegiatan empat firma Bumiputera meminjamkan kepala suratsyarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yangtidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan Ahli DewanUndangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.






Muhyiddin bercakap benar - Dr. M
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadmengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untukmembekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri BesarJohor.


PKFZ: Konspirasi lima pihak?
PUTRAJAYA 26 Ogos - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk LeeHwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dengan mendakwa lima pihak berkonspirasi dalam isu penyelewenganZon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Mohd. Salleh ketuai MAIPP
PULAU PINANG 26 Ogos - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PermatangPasir yang baru dipilih, Mohd. Salleh Man dijangka dilantik sebagaiPresiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Tiada kaitan dengan kes Beng Hock
SHAH ALAM 26 Ogos - Polis mengesahkan kejadian kenderaan milikSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang dilemparbom petrol Khamis lalu, tiada kaitan dengan siasatan kes kematianSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.







Hishammuddin sedih, kecewa
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein berkata, beliau sedih dan kecewa dengan keputusan Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam.

Sokongan BN tidak berganjak
KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir menunjukkan sokongan pengundi di kawasan ini kepada BarisanNasional (BN) tidak berganjak berbanding pilihan raya umum yang lalu.

Satu lagi fasa cabaran
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak memihak kepada Barisan Nasional(BN) menjadi satu lagi fasa cabaran yang perlu diterima parti itu dalamusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Bukti rakyat masih percaya kepimpinan Pas
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidakmelihat kemenangan calon parti itu, Mohd. Salleh Man pada Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam, sebagai satukejutan.

Radzhi digugur jawatan Exco
ALOR SETAR 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd.Radzhi Salleh digugurkan daripada jawatan Pengerusi JawatankuasaPelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeriberkuat kuasa semalam.

Soo Nee dipilih dari sudut geografi
ALORSETAR 26 Ogos - Faktor geografi. Itu alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR)memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee mendudukikerusi Exco kerajaan negeri menggantikan ADUN Lunas, Mohd. RadzhiSalleh yang digugurkan jawatan kerana keluar parti.

UMNO sedia bantu Mohd. Radzhi
SIK 26 Ogos - UMNO sedia membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang kini menjadi wakil rakyat Bebassekiranya beliau memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)Kedah.

'Ulang tayang drama bawah pokok'
IPOH 26 Ogos - Pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengajamahu mengadakan 'ulang tayang drama bawah pokok' kerana berhasratmengadakan 'persidangan Dewan Undangan Negeri' (DUN) pada 2 Septemberini.

MB yakin kemelut selesai
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakinkemelut politik yang melanda kerajaan Barisan Nasional (BN) diTerengganu akan dapat diselesaikan segera.

Rosol nafi masuk PKR
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil,Datuk Rosol Abdul Wahid menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilanADUN negeri ini untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).











Sultan Kedah perkenan Radzhi dilucut Exco
ALORSETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah perkenan AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh digugurkandaripada jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan SumberManusia negeri, berkuat kuasa kelmarin.

Dr M akui arah Muhyiddin bekal air ke Singapura
KUALALUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawabeliau meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepadaSingapura ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

Isu peribadi calon BN antara punca kekalahan
GEORGETOWN: Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman yang tewas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin,menerima kritikan bahawa isu peribadinya menjadi antara punca kekalahanparti komponen itu.

'Boleh menang jika calon bersih'
KUALALUMPUR: Kesilapan Barisan Nasional (BN) memilih calon adalah antarapunca kegagalan parti itu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir pada pilihan raya kecil DUN itu kelmarin.

Mengundi ikut alamat atasi masalah pengundi hantu
KUALALUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul AzizMohd Yusof, berkata masalah pengundi hantu dapat diatasi sekiranyapengundi diwajibkan mengundi mengikut alamat terkini masing-masing.

Tapak kuil dianjak 300 meter
SHAHALAM: Ekoran bantahan masyarakat Islam, kerajaan negeri mengambilkeputusan menganjakkan pembinaan Kuil Sri Mahariaman kira-kira 300meter dari tapak asal di Seksyen 23 di sini.

Pemaju sanggup melalui proses timbang tara
KUALALUMPUR: Pemaju projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala DimensiSdn Bhd (KDSB) sanggup melalui proses timbang tara bagi menyelesaikanisu tuntutan tidak munasabah antara RM500 juta hingga RM1 bilion yangdidakwa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Rosol, 9 Adun nafi spekulasi sertai pembangkang
KUALATERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahidmenafikan spekulasi bahawa beliau dan kumpulannya yang menentangkepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan melompat parti danmenyertai pembangkang.

Ahmad Said yakin kemelut politik negeri makin pulih
KUALATERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakin kepemimpinannyasemakin diterima dan kemelut politik negeri ini akan diselesaikan tidaklama lagi dengan mengambil kira sokongan majoriti wakil rakyat BarisanNasional (BN) termasuk daripada kumpulan penentang selepas beberapasiri pertemuan diadakan.

Sultan Selangor mahu penjelasan
SHAHALAM: Rancangan Kerajaan Selangor memberi kuasa kepada pegawai masjiddi negeri ini menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahanmembabitkan arak, Isnin lalu, dikatakan menyebabkan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan penjelasan mengenainya.








Mohd. Nor Awang bebas
SEREMBAN 26 Ogos – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. NorAwang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari inidaripada dua tuduhan rasuah berjumlah RM700 berhubung penamaan calonbagi jawatan ketua bahagian tersebut pada tahun lalu.

Beng Hock luluskan projek
SHAHALAM 26 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari inimendedahkan kepala surat empat syarikat bumiputera disalahgunakan bagimenuntut peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk projek yangtidak wujud.


V Sivakumar saman SUK Perak dakwa salah guna kuasa
IPOH:Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkansaman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashimkerana menyalah- gunakan kuasa dan menghalang beliau serta Ahli DewanUndangan Negeri (Adun) memasuki Dewan Negeri, pada 3 Mac lalu diMahkamah Tinggi Ipoh di sini, semalam.

Mohd Nor dilepas, bebas dua rasuah
SEREMBAN:Bekas Naib Ketua Umno bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, dilepas dandibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua tuduhanmerasuah seorang Ketua Umno cawangan sebagai dorongan supayamencalonkannya untuk jawatan Ketua Umno bahagian itu, tahun lalu.

LPK lapor lima pihak seleweng projek PKFZ
PUTRAJAYA: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) semalam, membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap lima pihakberhubung penyelewengan dalam projek pembinaan Zon Bebas PelabuhanKlang (PKFZ).

Kenderaan SPRM dibom tiada kaitan kes Teoh
SHAHALAM: Kejadian baling bom api yang merosakkan sebuah pacuan empat rodaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu, tidak adakaitan dengan kes kematian Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh BengHock.

POLITIK : RABU 26 OGOS 2009

Kerajaan yakin SPRM – PM
PUTRAJAYA25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pihak tertentu janganmenjadikan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)sebagai mainan politik atau sentimen mereka.

Beng Hock buat banyak tuntutan
SHAHALAM 25 Ogos – Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hocksebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yangdiberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac2008 dan Julai lalu.


Perhimpunan bantah kuil
SHAHALAM 25 Ogos – Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 bersama-samaGabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GBPBKM) akanmengadakan perhimpunan besar-besaran pada Jumaat ini di hadapanBangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah keputusanpembinaan kuil di kawasan itu.

Anwar nafi jumpa Najib
BUKITMERTAJAM 25 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmenafikan laporan bahawa beliau ada mengadakan pertemuan rahsia denganPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Royalti minyak:Terengganu tarik balik saman
KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Kerajaan Terengganu akan menarik balik samanterhadap Kerajaan Persekutuan berhubung isu wang royalti minyak selepasrundingan mengenai beberapa perkara berkaitan selesai, kata MenteriBesar, Datuk Ahmad Said.





Ada faktor sumbang kekalahan
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN)Permatang Pasir.


Barisan Nasional tidak patah semangat
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat BarisanNasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagimeraih sokongan rakyat.

Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Pas mengekalkan kedudukannya di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd. SallehMan, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti4,551 undi.

Salleh Man akhirnya berjaya
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Wakil rakyat Permatang Pasir, Mohd. SallehMan, 52, menarik nafas lega setelah cubaan kali ketujuh bertandingdalam pilihan raya membuahkan hasil.

Putihkan daftar pemilih
BUKITMERTAJAM 25 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) menggerakkan proses pemutihan daftar pemilih untukmengelakkan wujudnya pengundi hantu seperti yang heboh diperkatakanpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir disini.

Ambil tindakan tegas parti ingkar arahan - Hisham
PUTRAJAYA 25 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas keatas parti politik yang mengingkari arahan dengan meraih undi semasahari pembuangan undi.

Proses pengundian DUN Permatang Pasir lancar
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Seramai 20,290 pengundi berdaftar di kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) menunaikan tanggungjawab masing-masingmemilih wakil rakyat yang baru sebaik sahaja lapan pusat pembuanganundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Polis terima dua laporan penyokong BN dipukul
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Polis menerima dua laporan berasinganberhubung insiden dakwaan penyokong Barisan Nasional (BN) dipukuldengan objek keras oleh penyokong Pas di Bukit Indera Muda di PermatangPauh di sini hari ini.

Pertikai perlembagaan, hak Melayu
KUALALUMPUR 25 Ogos – Beberapa tokoh akademik yakin tindakan pemimpinpembangkang terutama DAP mempertikaikan Perlembagaan Negara termasukhak-hak istimewa orang Melayu menjadi punca utama ramai wakil rakyatpembangkang keluar parti.

Zulkifli pertahan Mohd. Radzhi
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan pakatannyadiminta menghentikan pelbagai tuduhan liar terhadap Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh ekoran tindakannya keluarparti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pembangkang tunggu keputusan Sultan Kedah
ALOR SETAR 25 Ogos - Pakatan pembangkang tidak akan membincangkanmengenai calon pengganti Mohd. Radzhi Salleh sebagai Exco kerajaannegeri sehingga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shahmemutuskan mengenai status jawatan itu.

Masalah peribadi punca Radzhi keluar parti - DAP
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giawmenjelaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. RadzhiSalleh keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan pergolakanhidup beliau sendiri.

Desak gantung tugas Presiden MCA
IPOH 25 Ogos – Lima bahagian MCA di Perak mendesak JawatankuasaDisiplin MCA menggantung tugas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiatserta merta.

Rakyat nilai sendiri - Speaker
IPOH 25 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R.Ganesan tidak berhajat mencabar pihak pembangkang ke mahkamah yangjelas sekali tersilap dalam isu tarikh sebenar pelepasan jawatannyasebagai peguam.








Pas kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman dariBarisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi pada pilihan rayakecil DUN itu semalam.

BN akan teliti faktor kekalahan: Najib
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudahmencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteriberkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BNberikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.

Penyokong Pas belasah 3 ahli BN
BUKITMERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, tercemar berikutan tindakan agresif penyokong Pas yangmembelasah dan membaling batu tiga penyokong Barisan Nasional (BN) dipusat mengundi Bukit Indera Muda dan Kubang Semang di sini, semalam.

Rakyat risau masa depan politik negara
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklumbalas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbanganterhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh partipembangkang.

SPR bincang isu Adun Kota Seputeh minggu depan
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat minggu depan bagimembincangkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh,Datuk Abu Hassan Sarif, yang diarah mengosongkan kerusinya selepasdidakwa mengingkari Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan NegeriKedah.

Majlis agama Islam negeri tidak ikut jejak Selangor
KUALALUMPUR: Kebanyakan pihak berkuasa agama negeri tidak berhasrat mengikutjejak Selangor yang memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk menahantanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak.

Pemimpin Pas diingat usah campur urusan Jais
SHAHALAM: Kebenaran pegawai masjid menahan orang Islam yang melakukankesalahan membabitkan minuman keras atau tidak berpuasa sepanjangRamadan diharap tidak hanya menjadi retorik politik semata-mata.










Kes Pekeliling: Kerajaan Selangor diarah fail afidavit balasan
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan negeriSelangor memfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadappermohonan difailkan Peguam Negara, bagi mengisytiharkan pekelilingyang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberi kenyataankepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktupejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Arah siasat dokumen, rakaman
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini mengarahkan agarrakaman percakapan Teoh Beng Hock dan empat dokumen yang dijumpai dalamkomputer ribanya disiasat bagi mengetahui sejauh mana ia berkait denganpunca kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Koroner tegur Gobind
SHAH ALAM 25 Ogos - Setelah semua 'elemen jenaka' dibawa masuk ke dalamprosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock termasuklah 'mahkamahkanggaru', Koroner Azmil Muntapha Abas (gambar) menegur peguam GobindSingh Deo supaya menyoal saksi dengan cara yang lebih berhemah.


Kes tuntutan mutaah RM3 juta terhadap ADUN Melor ditangguh
KOTA BHARU 25 Ogos - Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yangdikemukakan oleh bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melor, Wan Ismail Wan Jusoh ditangguhkan sehingga 3 Disember ini olehMahkamah Tinggi Syariah di sini berikutan Hakim Syarie, Abdullah Mancuti kecemasan hari ini.

Cubaan bakar kenderaan SPRM: Polis temui petunjuk baru
SHAH ALAM 25 Ogos - Polis menemui beberapa petunjuk baru berhubungsiasatan kes kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan Klang dilempar bom petrol, 20 Ogos lalu.

SPRM bukan 'mainan' politik
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bukan institusi yang boleh dijadikan �permainan� untukberpolitik kerana ia memberi kesan negatif kepada sebuah badan pentingmencegah rasuah di negara ini.

Inkues Teoh Beng Hock: Teori Teoh takut untuk balik rumah
SHAHALAM: Peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, pihaknya akanmengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan teori Teoh Beng Hockberada dalam keadaan takut untuk berdepan dengan realiti, sebelumkematiannya.

Selangor diperintah fail afidavit isu SPRM
SHAHALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan kerajaan Selangormemfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadap permohonandifailkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi mengisytiharkanpekeliling yang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberikenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepaswaktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Polis jangka selesai kes baling bom api kenderaan SPRM
SHAHALAM: Dalang di sebalik kejadian kenderaan pacuan empat rodaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dibaling bom api,Khamis lalu, dijangka diketahui tidak lama lagi berikutan polis menemuipetunjuk baru.

Tuntutan mutaah Adun Melor ditangguh lagi
KOTABHARU: Janda muda, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, semalam, melahirkanrasa tertekan apabila perbicaraan kes tuntutan mutaah berjumlah RM3juta yang difailkan terhadap bekas suami yang juga Ahli Dewan UndanganNegeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 54, ditunda buat kali kedua,semalam.