DILAHIRKAN dalam keluarga aktif berpolitik, Hisham Suhaily Othman, 30tidak dapat mengelak darah politik yang mengalir dalam badan membawa beliau ke peringkat sekarang.
Ibu kepada tiga anak itu mengakui minat menceburi bidang politik mula bercambah sejak kecil apabila sering mengikuti ibu, Azizah Alias, 55, yang ketika itu memegang jawatan Ketua Wanita Cawangan Kampung Tekkah, Taiping, Perak ke pelbagai majlis politik.
Anak perempuan tunggal daripada lima beradik itu mula menjadi ahli Puteri sejak usia 23 tahun dan menjadi orang pertama mendaftar sebagai ahli Puteri Umno di Langkawi, sebelum memulakan usaha menarik lebih ramai generasi muda menjadi ahli pergerakan itu.
"Saya bangga kerana berjaya mendaftar lebih 1,200 ahli Puteri di kawasan saya. Semuanya bermula apabila saya berjumpa Datuk Seri Azalina Othman yang ketika itu Ketua Puteri Umno pada 2001 untuk menyatakan minat menjadi ahli Puteri.
“Selepas itu, saya diberi kepercayaan oleh Ketua Umno Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib untuk menerajui Puteri Umno.
"Saya bukan berminat menceburi politik untuk meraih sebarang populariti atau kedudukan, tetapi mahu memastikan niat untuk membantu wanita terutama ibu tunggal atau golongan susah mencapai matlamat. Saya yakin, dengan kedudukan sekarang, saya boleh menghulur lebih banyak bantuan untuk kebaikan mereka," katanya.
Mengakui cabaran memegang tugas dan amanah sebagai ahli politik, ahli perniagaan dan ibu, amat besar baginya, Hisham Suhaily bersyukur kerana keluarga, anak dan suami, Megat Hafizal Ahmad, 26, memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya.
Katanya, kesibukan tugas menyebabkan masanya bersama keluarga terbatas, namun beliau akan memastikan setiap detik yang dinikmati bersama keluarga adalah waktu berkualiti, terutama dalam memberi perhatian terhadap anak semakin membesar.
"Dalam seminggu hanya dua kali saya pulang ke rumah di Langkawi. Perniagaan saya dan pejabat suami di Alor Star dan untuk pulang ke Langkawi kami terpaksa menaiki feri yang mengambil masa perjalanan satu setengah jam,” katanya.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment