Wednesday, May 27, 2009

POLITIK : RABU 27 MEI 2009

PKR mengaku tawar ganjaran
BUKITMERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinyamenemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah,supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti.





Pemuda, ulama tiada pertandingan
KUALA LUMPUR 26 Mei - Peralihan kuasa dalam Dewan Pemuda Pas Pusatberjalan lancar apabila kesemua tiga jawatan tertinggi iaitu ketua,timbalan ketua dan naib ketua dimenangi tanpa pertandingan.

Calon kuat kempen boleh kalah - Mustafa
KUALA LUMPUR 26 Mei - Secara tradisinya calon yang terlalu kuatberkempen akan kalah kerana biasanya perwakilan Pas tidak suka pemimpinterlalu menonjol.

Zulkefli disebut tanding DUN Manek Urai
KOTA BHARU 26 Mei - Empat nama disebut-sebut sebagai bakal calon yangakan membawa cabaran Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

TPM arah selesai segera isu PPP
PUTRAJAYA 26 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut dalamanParti Progresif Penduduk (PPP) tetapi mahu ia diselesaikan segera bagimengelakkan imej Barisan Nasional (BN) terjejas.

Mahu huru-harakan negeri - MB
IPOH26 Mei - Tindakan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok laparbukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebihbesar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.

Kempen tidak dapat sambutan
IPOH 26 Mei - Kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di sinihari ini bukan sahaja tidak mendapat sambutan, sebaliknya berjayadisekat daripada merebak hasil tindakan tegas pihak polis.

Kerajaan negeri Perak disaman
IPOH 26 Mei - Sebanyak 80 bekas ketua kampung yang dilantik pakatanpembangkang sebelum ini memfailkan saman ke atas kerajaan negeriBarisan Nasional (BN) kerana memecat mereka sebelum tamat tempohperkhidmatan.

Agenda di sebalik mogok lapar
BUAT sekian kalinya, agenda pakatan pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka sentiasa 'dianiayai' berjaya lagi.

Image
Serah bukti kepada SPR, SPRM
PULAUPINANG 26 Mei - Sehari selepas membuat laporan polis, calon Bebas bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullahmenyerahkan bukti-bukti dakwaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) negeri ini.

Imej PKR tercalar - Saifuddin
BUKITMERTAJAM 26 Mei - Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR),Saifuddin Nasution mengesahkan dua pegawai khas kepada exco negeri danpemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti itu pernah berjumpa dengan calonBebas, Aminah Abdullah seperti mana yang didakwanya.

Kayveas sudi bincang dengan 'Presiden'
PUTRAJAYA26 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveassedia berbincang dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk T. Murugiah berhubung kemelut jawatan Presiden parti itu.

Tidak iktiraf Perhimpunan Agung PPP 7 Jun
KUALALUMPUR 26 Mei - 'Presiden baru' Parti Progresif Penduduk (PPP), SenatorDatuk T. Murugiah tidak akan mengiktiraf perhimpunan agung parti ituyang dijadualkan berlangsung pada 7 Jun ini.

Jumpa ROS sedia dokumen hilang
IPOH26 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveasberkata, beliau akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok bagimenyediakan semula beberapa dokumen mesyuarat tahunan parti yanghilang.

Nafi atur pertemuan dengan PKR
BUKITMERTAJAM 26 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah menafikan dakwaankononnya beliau sengaja mengatur pertemuan makan tengah hari dengan duaahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di rumahnya 13 Mei lalu.








Isu 'dua Presiden' dalam PPP perlu selesai segera
PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mahu berpihak dalam isuDatuk M Kayveas dan Datuk T Murugiah yang masing-masing mendakwaPresiden Parti Progresif Penduduk (PPP) sebaliknya mahu krisis itudiselesaikan segera supaya tidak menggugat kewibawaan Barisan Nasional(BN).

Kayveas sedia bertemu Murugiah
PUTRAJAYA:Datuk M Kayveas sedia bertemu Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk T Murugiah untuk menyelesaikan isu `dua Presiden' dalamParti Progresif Penduduk (PPP) dan mengelak krisis itu berlarutansehingga menjejaskan imej Barisan Nasional (BN).

Jentera Umno sedia hadapi pilihan raya kecil Manek Urai
KUALALUMPUR: Jentera Penerangan Umno akan digerakkan dalam masa terdekatuntuk melaksanakan gerak gempur sebagai persediaan menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

14 pemimpin, penyokong Pakatan Rakyat ditahan
IPOH:Polis menahan 14 pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat termasuk tujuhAdun dan seorang Ahli Parlimen kerana berhimpun tanpa permit selepasperasmian Kempen Mogok Lapar di depan Wisma DAP di sini, semalam.

Pemimpin Hindraf perlu dikenakan semula ISA
KUALALUMPUR: Pelbagai pihak mendesak kerajaan menggunakan kembali AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin Hindraf jika merekaterus mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan sehingga menimbulkankebimbangan tercetusnya kekacauan di negara ini.

Larang kempen di Harakah
KUALALUMPUR: Calon yang bertanding bagi merebut pelbagai jawatan diperingkat pusat dan sayap parti menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-55dari 3 hingga 7 Jun ini, tidak dibenarkan berkempen dalam akhbarHarakah, lidah rasmi parti itu.





Satu lagi waran tangkap
KUALA LUMPUR 26 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today , Raja PetraRaja Kamaruddin (gambar) dikenakan waran tangkap sekali lagi selepasgagal hadir perbicaraan kes terhadapnya yang didakwa memfitnah DatinSeri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Raja Petra kena waran tangkap kedua
KUALALUMPUR: Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddindikenakan waran tangkap bagi kali kedua selepas gagal hadir di MahkamahSesyen di sini semalam, untuk perbicaraan kes fitnahnya terhadap isteriPerdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain berkaitanpembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.




Image
Ketua bahagian didakwa terima rasuah
KUALALUMPUR 26 Mei - Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengakutidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilantuduhan menerima rasuah berjumlah RM210,012 membabitkan tenderperkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja pembersihan kepada sebuahsyarikat.

Ketua Bahagian Umno dituduh salah guna kuasa
KUALALUMPUR: Ketua Umno bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, dihadapkan keMahkamah Sesyen di sini semalam, atas 10 tuduhan menyalahguna kuasanyasebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerimarasuah berjumlah lebih RM200,000 bagi meluluskan tender, antara 2006dan 2007.

PKR mengaku tawar ganjaran kepada Aminah Calon Bebas Penanti

PKR mengaku tawar ganjaran

Oleh Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my


PENGARAH pilihanraya PKR Dun Penanti, Saifuddin Nasution (kiri) mendakwa sokongan orang ramai di Penanti bertambah dengan menunjukkan graf sokongan di sidang akhbar semalam. - Foto Asman Ibrahim

Dua ahli minta calon Bebas Penanti tarik diri ganjaran

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah, supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, bagaimanapun berkata tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat mereka dengan Aminah dan bukan mewakili parti.

"Saya menemui kedua-duanya dan mereka memaklumkan Aminah menjemput mereka makan tengah hari di rumahnya. Mereka menerima jemputan itu kerana menghormati Aminah sebagai sahabat lama mereka," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini.

Kelmarin, Aminah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cakera padat (CD) mengandungi rakaman perbualan berhubung tawaran ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika beliau menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika menang pilihan raya kecil itu dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Tawaran itu didakwa dibuat oleh dua ahli PKR yang mengunjungi rumah Aminah di Jelutong, 13 Mei lalu.
AMINAH menyerahkan CD yang mengandungi gambar dan rakaman audio beberapa ahli PKR yang menawarkannya ganjaran kepada kakitangan SPR di Pejabat SPR di Komtar, Georgetown, semalam.

Aminah adalah antara tiga calon Bebas yang menentang calon PKR, Mansor Othman pada pilihan raya kecil Penanti Ahad ini yang diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairudddin.

Saifuddin juga berkata, peguam PKR, Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat Aminah terhadap parti itu.

"Kita sudah menghantar notis ke alamat calon terbabit. Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi. Kita memberi masa tujuh hari kepadanya (untuk menjawab notis itu)," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu selepas Aminah membuat laporan kelmarin.

"Apabila ada laporan sudah tentu kami perlu membuat tindakan susulan iaitu menyiasat. Beberapa individu akan dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aminah menemui dua pegawai SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Butterworth, bermula jam 4 petang hingga 10 malam kelmarin, beberapa jam selepas beliau membuat pendedahan kepada media mengenai tawaran PKR itu.

Pada pertemuan itu, Aminah menyerahkan dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepadanya. Dekoder itu mengandungi perbualan dalam tiga pertemuannya dengan dua ahli PKR.

Semalam, Aminah turut menyerahkan sekeping cakera padat (CD) dan tiga cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang di sini.

Aminah yang ditemui pemberita, mengakui kedua-dua ahli PKR itu memang kawan baiknya, tetapi beliau terpaksa membuat pendedahan itu selepas dicabar Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

"Mereka mungkin faham mengapa saya buat rakaman. Hanya langkah berjaga-jaga. Malah, mungkin mereka juga membuat rakaman kerana ia memang tabiat orang PKR," katanya.



Imej PKR tercalar - Saifuddin

BUKIT MERTAJAM 26 Mei - Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution mengesahkan dua pegawai khas kepada exco negeri dan pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti itu pernah berjumpa dengan calon Bebas, Aminah Abdullah seperti mana yang didakwanya.

Beliau berkata, pertemuan di rumah Aminah pada 13 Mei lalu adalah atas undangan untuk makan tengah hari di rumahnya di Jelutong.

''Ya, memang benar saya telah bercakap dengan kedua-dua individu yang dimaksudkan oleh Aminah tetapi mereka sebenarnya dijemput oleh Aminah untuk makan tengah hari di rumahnya,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas sama ada benar atau tidak segala dakwaan Aminah berhubung sogokan jawatan dan wang yang didedahkannya supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ahad ini.

Beliau sebaliknya meminta supaya cakera padat yang mengandungi rakaman perbualan di antara Aminah bersama dua individu berkenaan, didengar dan membuat tafsiran sendiri.

Tambahnya, berdasarkan kepada rakaman perbualan dan setelah bertanya kepada kedua-dua pegawai khas exco dan MT PKR berkenaan, beliau difahamkan pertemuan di antara Aminah dan mereka sekadar perjumpaan kawan lama.

Dalam pada itu, beliau berkata, Aminah diberi tempoh selama seminggu untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik dakwaan yang disifatkan tidak berasas.

''Kita telah menghantar surat tuntutan kepada Aminah hari ini melalui peguam, Ong Chin Wen yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah kerana dakwaannya itu mencemarkan imej PKR.

''Jadi, beliau diberi masa seminggu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu dan sekiranya gagal, tindakan selanjutnya akan diambil terhadapnya,'' katanya.

Semalam, Aminah mendedahkan bukti berhubung tawaran jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) dan masuk semula ke dalam parti PKR sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti.

Selain itu, beliau mendakwa ditawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya bersetuju menarik diri daripada bertanding serta wang berjumlah RM88,000 termasuk perbelanjaan kempen yang telah dikeluarkan dan bayaran deposit untuk bertanding kerusi DUN Penanti.

14 pemimpin, penyokong Pakatan Rakyat ditahan - Mogok Lapar

14 pemimpin, penyokong Pakatan Rakyat ditahan

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar dan Rosdalilah Zahari
bhnews@bharain.com

Perhimpunan perasmian Kempen Mogok Lapar tiada permit

IPOH: Polis menahan 14 pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat termasuk tujuh Adun dan seorang Ahli Parlimen kerana berhimpun tanpa permit selepas perasmian Kempen Mogok Lapar di depan Wisma DAP di sini, semalam.

Mereka ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; bekas Speaker yang juga Adun Tronoh (DAP), V Sivakumar; Setiausaha Politiknya, A Wasu dan Adun Malim Nawar, Kesvinder Singh (DAP).

Selain itu, Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Menglembu, Lim Pek Har; Adun Jalong, Leong Mee Meng; dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata mereka ditahan termasuk tiga wanita mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas selesai merakam percakapan untuk siasatan lanjut dengan ikat jamin polis petang semalam.

"Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, sekumpulan 30 hingga 40 pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan Wisma DAP untuk berarak ke Mahkamah Tinggi.

"Oleh kerana perhimpunan dijalankan tanpa permit dan tidak mematuhi arahan bersurai, polis terpaksa menahan mereka mengikut seksyen berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak, di sini semalam.

Zulkifli berkata, sebelum perhimpunan tanpa permit diadakan, lima pekerja Etak Event Management Sdn Bhd, ditahan pada jam 7.40 pagi.

Tiga daripada mereka dipercayai warga Myanmar manakala dua lagi warga tempatan ditahan ketika meletakkan pelekat 'Daulat Tuanku' dan 'Bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)' dalam tiga bahasa atas belon besar berwarna kuning yang dipercayai akan dinaikkan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan yang dilakukan bagi kali pertama.

Status PPP: PM tunggu laporan ROS

Status PPP: PM tunggu laporan ROS

KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status mesyuarat agung luar biasa (EGM) Parti Progresif Penduduk (PPP) dan kedudukan dua presiden parti itu.

Perdana Menteri berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ada menjemput beliau menghadiri Mesyuarat Agung PPP pada 7 Jun ini tetapi akan menunggu keputusan ROS mengenai status parti tersebut.

"Mereka (PPP) ada menjemput saya pada mesyuarat agung itu tetapi saya akan rujuk dulu status PPP dengan ROS," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas mengenai masalah dalaman PPP yang kini memiliki dua presiden parti.

Pada Ahad lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk T. Murugiah yang sebelum ini dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) PPP, dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Pemilihan itu dibuat dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dihadiri oleh kira-kira 1,760 perwakilan yang didakwa melibatkan lebih dua pertiga cawangan PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Murugiah dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden PPP selepas undi tidak percaya ke atas Datuk M. Kayveas diluluskan sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan yang telah disandangnya sejak 1993.

Bagaimanapun, Kayveas menyelar tindakan Murugiah mengadakan EGM tanpa mendapat kelulusan MT parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail didakwa terima rasuah

Ketua Bahagian Umno dituduh salah guna kuasa

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my


ABDUL GHANI didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah semalam.

Abd Ghani didakwa 10 tuduhan terima rasuah RM200,000

KUALA LUMPUR: Ketua Umno bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas 10 tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerima rasuah berjumlah lebih RM200,000 bagi meluluskan tender, antara 2006 dan 2007.

Tertuduh, Abd Ghani, 42, mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Rosbiahanin Arifin.



Bagi tuduhan pertama hingga kesembilan, dia sebagai Ahli Majlis dituduh menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob sebagai balasan bagi mendapatkan tender Zon 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta tender Zon PB 16 membabitkan kerja pembersihan kawasan di Pandan Jaya daripada MPAJ.

Abd Ghani dituduh menerima wang itu dua tempat berasingan iaitu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B dan di depan Blok E, Jalan 4/76B, kawasan Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007.

Bagi tuduhan ke-10, Abd Ghani dituduh secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan iaitu memberi arahan kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd (Dwisakti) supaya melantik Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Dwisakti di Pandan Jaya, di sini, pada 1 Mei 2006.

Bagi semua tuduhan itu, Abd Ghani didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM25,000 bagi semua tuduhan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan kes dan membenarkan tertuduh dijamin RM23,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan.





Ketua bahagian didakwa terima rasuah


Abd. Ghani Ismail diiringi anggota polis ketika dibawa ke mahkamah atas tuduhan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mei - Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan tuduhan menerima rasuah berjumlah RM210,012 membabitkan tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja pembersihan kepada sebuah syarikat.

Abd. Ghani, 43, turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi tuduhan rasuah berhubung pelantikan syarikat yang dia mempunyai kepentingan sebagai subkontraktor dalam kerja-kerja pelupusan sisa pepejal.

Pengakuan tersebut dibuat selepas kesemua 10 pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi sembilan tuduhan pertama, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob sebagi balasan menolong pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal itu mendapatkan tender-tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta kerja-kerja pembersihan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa menerima rasuah berkenaan antara Ogos 2006 dan Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B. Desa Pandan dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.

Abd. Ghani ketika itu merupakan anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ.

Dia turut didakwa memperoleh suapan berupa pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja-kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Pandan Indah bagi Dwisakti.

Mengikut pertuduhan, Abd. Ghani sebenarnya mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya di sini pada 1 Mei 2006.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana satu yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siew Wee mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM25,000 bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun Abd. Ghani memohon jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung isteri bersama tiga anak serta lapan orang adiknya.

Rosbiahanin selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan tertuduh menetapkan ikat jamin sebanyak RM23,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk melantik peguam bela.

TPM arah selesai segera isu PPP

Isu 'dua Presiden' dalam PPP perlu selesai segera

Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my


MUHYIDDIN menerima memorandum daripada wakil tujuh NGO berkaitan pendidikan Cina, Dr Yap Sin Tian selepas sesi perjumpaan di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mahu berpihak dalam isu Datuk M Kayveas dan Datuk T Murugiah yang masing-masing mendakwa Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) sebaliknya mahu krisis itu diselesaikan segera supaya tidak menggugat kewibawaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau menyatakan perkara itu ketika Kayveas bertemunya untuk memberi taklimat berhubung isu berkenaan semalam.

"Saya tidak akan berpihak, tetapi sebagai Timbalan Pengerusi BN, penting bagi saya mengetahui status dan kedudukan parti itu dan bagaimana mahu menyelesaikan krisis.

"Saya menjelaskan kepentingan setiap parti komponen menyelesaikan masalah dengan segera kerana kita tidak mahu melihat isu seperti ini berpanjangan dan menggugat kewibawaan BN," katanya selepas sesi perjumpaan dengan wakil tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan Cina di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, Kayveas faham mengenai kepentingan menyelesaikan isu itu segera dan menyerahkan kepadanya (Kayveas) untuk menguruskan perkara itu.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan bertemu Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sehari dua lagi untuk mendengar penjelasan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Md Alias Kalil, berkata ketika ini Kayveas masih kekal Presiden PPP selagi pihaknya belum membuat keputusan mengenai siasatan membabitkan dakwaan kedua-dua pemimpin terbabit.

"Buat masa ini, semua jawatan dalam PPP adalah bersifat status quo dan tiada masalah bagi parti itu untuk mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada 7 Jun ini. Parti ini masih dalam keadaan baik tapi tiada istilah dua presiden di bawah peraturan ROS.

"Oleh itu, di pihak kami, penyandang (Kayveas) masih kekal Presiden. Keputusan yang bakal dibuat pula tidak semestinya diumumkan sebelum 7 Jun ini iaitu tarikh AGM parti itu dijadualkan berlangsung," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, ketika ini jabatan sedang mengkaji kesahihan dakwaan yang dibuat Kayveas dan Murugiah yang mendakwa masing-masing presiden parti berkenaan.

Murugiah dilaporkan dilantik sebagai Presiden PPP pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, Ahad lalu.

Md Alias berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PPP pada Isnin depan berhubung isu berkenaan.

Antara isu dikaji ROS termasuk kesahihan EGM itu dan pemilihan Murugiah sebagai Presiden. ROS juga akan mengkaji kepatuhan PPP kepada Akta Pertubuhan 1966 seperti menyediakan dan membentang laporan aktiviti tahunan, menyediakan penyata kewangan pada mesyuarat di mesyuarat agung tahunan pertubuhan.






TPM arah selesai segera isu PPP

PUTRAJAYA 26 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP) tetapi mahu ia diselesaikan segera bagi mengelakkan imej Barisan Nasional (BN) terjejas.

Menurut Timbalan Pengerusi BN itu, beliau menjelaskan pendirian tersebut kepada Presiden PPP, Datuk M.Kayveas yang menemuinya hari ini dan tidak menolak untuk bertemu dengan Senator Datuk T. Murugiah bagi meredakan krisis parti itu.

‘‘Kayveas telah menjelaskan apa yang berlaku dalam partinya kerana amat penting bagi saya selaku Timbalan Pengerusi BN mengetahui perkara itu untuk menyelesaikan kemelut yang timbul.

‘‘Bagi BN, kita tidak mahu isu ini terus berpanjangan yang akan membuka ruang (tohmahan) daripada parti pembangkang sekali gus menjejaskan integriti BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil tujuh pertubuhan Cina di pejabatnya di sini hari ini.

AMINAH : Serah bukti kepada SPR, SPRM

Serah bukti kepada SPR, SPRM


AMINAH Abdullah bersama suaminya, Mohd. Rofi Osman menunjukkan salinan cakera padat yang didakwa sebagai rakaman perbualan antara beliau dengan dua wakil dari PKR untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya di Komtar Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 26 Mei - Sehari selepas membuat laporan polis, calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah menyerahkan bukti-bukti dakwaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri ini.

Menurut Aminah, beliau menyerahkan beberapa bukti kepada SPR supaya tindakan lanjut membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat dilaksanakan.

Beliau tiba bersama suaminya, Mohd. Rofi Osman kira-kira pukul 11.15 pagi di pejabat SPR negeri sebelum menyerahkan salinan cakera padat rakaman perbualan antara beliau dengan dua wakil PKR serta tiga keping gambar.

''Saya serahkan kepada kedua-dua organisasi untuk berhubung dan menguruskan kes ini.

''Semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan Pengarah SPRM negeri, Latifah Md. Yatim dan beliau telah mengambil butiran-butiran peribadi saya.

''Selain itu, saya turut menyerahkan kepada SPRM dua lagi set rakaman suara yang belum didedahkan dalam simpanan pemain MP4 saya serta memberi salinan gambar menerusi bluetooth telefon bimbit,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bukti dakwaan tersebut kepada Ketua Pembantu Tadbir SPR Pulau Pinang, Noormah Shaari di Komtar di sini hari ini.

Aminah semalam tampil mendedahkan bukti bahawa PKR didakwa cuba menyogoknya dengan menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang RM88,000.

Katanya, jawatan TKM1 Pulau Pinang dan wang RM88,000 itu ditawarkan sekiranya beliau menang atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini tetapi dengan syarat beliau kembali menyertai PKR.

Beliau berkata, jawatan Yang Dipertua MPPP dan wang RM88,000 ditawarkan jika beliau menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Aminah yang dikenali sebagai Kak Min di kalangan penyokongnya juga berkata, beliau akan tampil semula ke pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

''Semalam, hanya butiran peribadi sahaja diambil. Saya bersama suami akan pergi hari ini kerana sememangnya saya mahu bekerjasama dalam hal ini.

''Saya sebenarnya tak nak buat pendedahan sebegini tetapi setelah dicabar oleh pemimpin PKR negeri sendiri maka saya terus buat pendedahan,'' jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa beliau merakam segala perbualannya dengan wakil PKR itu, Aminah berkata, beliau berbuat sebegitu sebagai langkah berjaga-jaga.

Ujarnya, semasa di dalam PKR, beliau sering 'dihentam' semasa mesyuarat maka bermula daripada insiden tersebut, beliau sentiasa membuat rakaman suara sebagai simpanan.

''Mula-mula rakaman itu disimpan biasa sahaja tetapi apabila diminta oleh SPRM, baru saya tahu perbualan kami bertiga (Aminah dan dua wakil PKR) itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur rasuah.

''Apa yang ingin saya katakan, saya tidak mempunyai sebarang niat pun untuk menganiaya dua orang kawan saya itu dalam pendedahan ini,'' ujarnya.


ler , sekejap RM 80 ribu, sekejap RM 80 ribu, dah naik ker?

aik, dari awal lagi dia dok bagitau PKR RASUAH dia, tetiba jer baru tahu ada unsur RASUAH haha

AMINAH : Nafi atur pertemuan dengan PKR

Nafi atur pertemuan dengan PKR

BUKIT MERTAJAM 26 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja mengatur pertemuan makan tengah hari dengan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di rumahnya 13 Mei lalu.

Aminah, 58, menegaskan, pertemuan itu adalah permintaan wakil PKR sendiri yang menyatakan hasrat untuk menemuinya dan dia bersetuju dengan mempelawa mereka makan tengah hari pada hari tersebut.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berkata, tidak timbul soal dia ada menjemput ahli PKR berkenaan kerana kali terakhir mereka berhubung adalah ketika jemputan majlis pertunangan anaknya, Februari lalu.

''Beberapa hari sebelum pertemuan itu, mereka (ahli PKR) yang menghubungi Kak Min kata nak jumpa, jadi Kak Min pun bersetuju untuk jumpa dan pelawa mereka makan tengah hari di rumah.

''Tidak timbul soal Kak Min yang atur perjumpaan kerana mereka yang menghubungi Kak Min untuk berjumpa,'' kata Aminah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kayveas sudi bincang dengan 'Presiden'

Kayveas sudi bincang dengan 'Presiden'

PUTRAJAYA 26 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas sedia berbincang dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berhubung kemelut jawatan Presiden parti itu.

Kayveas bagaimanapun berkata, perjumpaan antara dua 'Presiden' PPP itu sukar direalisasikan kerana Murugiah didapati lebih gemar bercakap kepada media.

''Murugiah boleh berjumpa dengan saya di Ibu Pejabat PPP pada bila-bila masa jika beliau sedia untuk berbincang dengan cara yang bertamadun,'' katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Menurut Kayveas, pertemuan dengan Muhyiddin antaranya untuk membincangkan kedudukan PPP serta status mesyuarat agung tergempar (EGM) PPP pada Ahad lalu yang melantik Murugiah sebagai Presiden PPP yang baru.

Murugiah dipecat daripada Majlis Tertinggi (MT) PPP pada 11 Mei lalu. Beliau kemudian memanggil EGM parti pada 24 Mei lalu dan hasilnya, semua ahli MT PPP dipecat dengan jawatan Presiden diambil alih oleh Murugiah sendiri.

Kayveas bagaimanapun mendakwa EGM itu tidak sah kerana melanggar perlembagaan PPP serta mendakwa Murugiah menyalahgunakan jawatannya dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Kayveas berkata, tindakan Murugiah untuk mengadakan EGM bagaikan memahkotakan diri sebagai Presiden.

''Saya yang membawa budak-budak ini untuk memasuki parti, saya bagaimanapun tidak menyangka mereka akan menjadi tamak kuasa.

''Budak-budak ini bagaikan mahu memahkotakan diri dan mahu tunjukkan diri sebagai seorang ratu cantik,'' katanya.

Kayveas juga mendakwa, Murugiah sengaja mencabar PPP untuk memecatnya supaya dia boleh merampas jawatan Presiden dengan cara yang mudah.

''Dia tahu dia tak boleh menang dalam pemilihan parti, itulah sebab dia mendesak kita pecat dia supaya dia boleh menjadi Presiden melalui cara yang mudah,'' katanya.

Tambah Kayveas, beliau tidak bercadang membawa kemelut PPP untuk diselesaikan di mahkamah.

''Kita tidak boleh bawa isu ini ke mahkamah kerana perlembagaan parti tidak membenarkan kita berbuat demikian,'' katanya.






Kayveas sedia bertemu Murugiah


PUTRAJAYA: Datuk M Kayveas sedia bertemu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah untuk menyelesaikan isu `dua Presiden' dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan mengelak krisis itu berlarutan sehingga menjejaskan imej Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam, Kayveas bagaimanapun meminta Murugiah bersikap ikhlas untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kebaikan parti.

"Janganlah lagi terus menerus menjahanamkan imej parti BN. Jika dia jujur mengenai perpaduan parti, dia patut selesaikan masalah dan tidak menjadikan dirinya bahan lawak dan parti sebagai bahan jenaka," katanya.

Kayveas berkata, masalah itu boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak berjumpa dan berbincang sambil mendakwa Murugiah enggan berjumpa dan cuma bercakap kepada media serta orang luar parti.

"Bagaimana nak selesai, saya setiap masa ada di pejabat, lima hari seminggu dan sejak tak lagi berada dalam kerajaan, saya jaga ibu pejabat. Bila-bila masa boleh jumpa saya, tak ada halangan, ada nombor telefon dan saya tak mengelak daripada jawab semua panggilan.

"Jika nak, cakap dengan cara yang terhormat daripada buat drama dan isytiharkan dirinya Presiden. Saya harap dia tak jadi Yang di-Pertuan Agong, ini isyarat yang tak betul dan menghina ramai orang," katanya.

Kayveas juga berkata, beliau sedia dicabar mana-mana pihak bagi jawatan disandangnya pada Perhimpunan Agung parti 7 Jun ini bagi mengakhiri segala kemelut berhubung pucuk pimpinan tertinggi PPP.

Sementara itu, Murugiah ketika dihubungi semalam tetap mempertahankan bahawa beliau ialah Presiden PPP yang sah dan tidak akan mengiktiraf mesyuarat PPP peringkat negeri dan Perhimpunan Agungnya yang dijadualkan 7 Jun ini.

Tegasnya, perhimpunan agung luar biasa (EGM) Ahad lalu yang menyaksikan undi tidak percaya diluluskan bagi menyingkir Kayveas sebelum beliau mengambil alih jawatan itu, dibuat dengan sokongan sebulat suara perwakilan.

"Saya sudah serahkan segala dokumen penting kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung EGM yang diadakan di Putrajaya Ahad lalu dan terpulang kepada budi bicara mereka menentukan kesahihan," katanya.

T. Murugiah - Tidak iktiraf Perhimpunan Agung PPP 7 Jun

Tidak iktiraf Perhimpunan Agung PPP 7 Jun

KUALA LUMPUR 26 Mei - 'Presiden baru' Parti Progresif Penduduk (PPP), Senator Datuk T. Murugiah tidak akan mengiktiraf perhimpunan agung parti itu yang dijadualkan berlangsung pada 7 Jun ini.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menegaskan tarikh baru perhimpunan agung PPP akan diumumkan beliau dalam tempoh dua tahun bermula Ahad lalu.

''Saya tidak iktiraf perhimpunan agung itu, para perwakilan membuat keputusan bahawa saya adalah Presiden PPP, semua orang perlu menghormatinya.

''Saya perlu susun semula cawangan supaya berada dalam keadaan yang teratur sebelum mengadakan perhimpunan agung,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Murugiah yang disingkirkan daripada PPP pertengahan bulan lalu telah dipilih sebagai 'Presiden' menggantikan penyandang jawatan, Datuk M. Kayveas melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Putrajaya, Ahad lalu.

Kayveas bagaimanapun menegaskan, EGM itu bertentangan dengan perlembagaan parti kerana dibuat tanpa kebenaran Majlis Tertinggi PPP.

Dalam perkembangan berkaitan, Murugiah turut mengumumkan beliau telah memasuki pejabat baru Presiden PPP yang terletak di kawasan Sentul.

Jelasnya, tiada sebab untuk beliau menggunakan pejabat Presiden di Wisma PPP yang terletak di Kampung Attap kerana bangunan itu bukannya dimiliki oleh parti berkenaan.

''Beri saya masa, saya akan dapatkan sokongan untuk membeli bangunan sendiri, sebagai pemimpin kita perlu membuat sesuatu,'' katanya.

Mengenai dakwaan Kayveas bahawa 90 peratus peserta EGM Ahad lalu bukannya ahli parti, Murugiah berkata, perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu oleh pihak yang membuat tuduhan.

Ditanya apakah beliau akan bertindak sekiranya Kayveas berterusan membuat kenyataan bagi pihak PPP, beliau berkata: ''Saya sudah arahkan peguam saya keluarkan notis (untuk menghalangnya).''

Dalam satu kenyataan diedarkan selepas sidang akhbarnya, Murugiah berkata, kecaman Kayveas terhadap beliau bukannya perkara baru kerana pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) lain pernah menjadi mangsanya sebelum ini.

Katanya, seseorang yang waras akal fikiran tidak akan memanggil atau menuduh orang lain khususnya seorang Timbalan Menteri sebagai gila secara terbuka.

"Maka rakyat sendiri boleh tentukan bahawa siapa sebenarnya yang tidak waras,'' katanya

Jumpa ROS sedia dokumen hilang

Jumpa ROS sedia dokumen hilang

IPOH 26 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, beliau akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok bagi menyediakan semula beberapa dokumen mesyuarat tahunan parti yang hilang.

Menurut Kayveas, beliau percaya kehilangan dokumen tersebut dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan mensabotaj parti.

''Perkara ini timbul disebabkan oleh orang tertentu semata-mata untuk memberikan gambaran buruk terhadap parti,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen PPP Perak di Bukit Kinding Resort, Tanjung Rambutan dekat sini hari ini.

Kayveas memberitahu, kehilangan dokumen itu dikesan setelah berlaku pemecatan beberapa ahli parti baru-baru ini.

''Kita dapati ada dua tiga dokumen tak lengkap tetapi disebabkan kita sudah ada dokumen tersebut, kita akan hantar kepada ROS. Ini bukan satu perkara yang serius hingga ROS nak batalkan pendaftaran sewenang-wenang,'' katanya.

Menurut Kayveas, PPP telah diwujudkan sejak 1956 dan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyediakan dokumen lengkap berkaitan parti.

''Isu ini ditimbulkan oleh ahli yang kena pecat dan tidak bertanggungjawab. Mereka ini kalau sayang parti dan setia kepada parti, tidak akan memburukkan parti,'' katanya.

Calon kuat kempen boleh kalah - Mustafa

Calon kuat kempen boleh kalah - Mustafa

KUALA LUMPUR 26 Mei - Secara tradisinya calon yang terlalu kuat berkempen akan kalah kerana biasanya perwakilan Pas tidak suka pemimpin terlalu menonjol.

Itu ingatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali kepada mana-mana calon yang merebut jawatan tertinggi parti pada Muktamar Agung Pas Jun ini.

Menurut beliau, jawatankuasanya tidak menetapkan sebarang etika khusus kepada calon sebagai garis panduan semasa berkempen dan mereka bebas melakukan apa saja yang difikirkan perlu bagi meraih undi.

Katanya, calon dibenar menggunakan media arus perdana termasuk diwawancara dan turun padang berjumpa para perwakilan tetapi pada masa sama tidak dibenarkan menggunakan akhbar rasmi parti itu, Harakah sebagai medium kempen.

''Kita tiada agenda tersembunyi apabila tidak benarkan berkempen melalui Harakah. Larangan ini disebabkan kekangan muka surat, lagipun ia diterbitkan dua kali sebulan. Senarai nama calon akan dibenar untuk dicetak sebagai panduan.

''Tiada etika kempen khusus kerana kita percaya sepenuhnya kepada calon dan lazimnya jika langgar kebebasan yang diberikan susah untuk menang,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Muktamar Agung Pas, Jun ini di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Pas memecah tradisi apabila kali ini mengumumkan lebih awal senarai calon yang akan bertanding berbanding amalan sebelum ini yang hanya akan diumumkan apabila tiba masa pengundian atau semasa muktamar berlangsung.

Senarai pencalonan kali ini juga merupakan yang paling ramai dalam sejarah parti itu mengadakan muktamar dengan pencalonan golongan wanita atau muslimat telah meningkat secara mendadak.

Mengenai rasional perkara itu, Mustafa menjelaskan, pengumuman lebih awal itu bertujuan memudahkan petugas media menjalankan tugas mereka dan juga bagi memberi peluang lebih luas kepada para perwakilan untuk mengenali pemimpin yang bakal dipilih.

''Peningkatan pencalonan muslimat merupakan petunjuk bahawa mereka semakin dikenali oleh Pas kawasan di seluruh negara, ia satu perkembangan sihat,'' katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata, bagi jawatan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah disahkan menang tanpa bertanding.

Tambahnya, jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa dan dua pencabar, Datuk Husam Musa serta Mohamad Sabu.

- Bagi jawatan Naib Presiden, 16 calon layak bertanding tetapi hanya lima calon mengesahkan pencalonan manakala bakinya menarik diri untuk mengisi tiga kekosongan.

- Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, 86 calon layak, 32 daripadanya menarik diri bagi mengisi 18 tempat.

- AJK Dewan Pemuda, 45 calon layak, 22 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.

- AJK Dewan Muslimat, 39 calon layak, 16 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.

- AJK Dewan Ulama, 41 calon layak, 20 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.

Pemuda, ulama tiada pertandingan

Pemuda, ulama tiada pertandingan

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei - Peralihan kuasa dalam Dewan Pemuda Pas Pusat berjalan lancar apabila kesemua tiga jawatan tertinggi iaitu ketua, timbalan ketua dan naib ketua dimenangi tanpa pertandingan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Ulama muda, Nasrudin Hassan Tantawi yang juga bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda kini secara sah menerajui sayap itu setelah tiga pesaingnya berkompromi dan menarik diri.

Sebelum ini, antara nama yang disebut akan mencabar Nasrudin ialah bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim; Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abdul Rani dan Exco Pemuda Pas, Mohd. Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Bagi jawatan Timbalan Ketua, Azman Shapawi dipilih memegang jawatan itu dan Ahmad Sabki Yusof sebagai Naib Ketua.

Sementara itu, Dewan Ulama juga menyaksikan tiada pertandingan bagi kesemua jawatan tertinggi bermula daripada pengerusi dan timbalan pengerusi tetap, ketua, timbalan ketua dan naib ketua.

Datuk Harun Taib dipilih menerajui dewan itu dengan dibantu oleh Timbalan Ketua, Datuk Ahmad Yaakob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Naib Ketua, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan Dewan Muslimat yang bakal menyaksikan persaingan sengit bagi semua jawatan tertinggi iaitu pengerusi dan timbalan pengerusi tetap, ketua dan timbalan ketua.

Hanya jawatan naib ketua Dewan Muslimat tidak dipertandingkan apabila muka baru Senator Mumtaz Md. Nawi menang tanpa bertanding.

Satu lagi waran tangkap Raja Petra

Satu lagi waran tangkap

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) dikenakan waran tangkap sekali lagi selepas gagal hadir perbicaraan kes terhadapnya yang didakwa memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Waran tangkap kali ini dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohamad Sekeri Mamat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis mengemukakan permohonan tersebut.

Mahkamah turut mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah selaku penjamin kerana tidak hadir pada prosiding tersebut.

Ini kali kedua waran tangkap dibuat ke atas Raja Petra selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April lalu mengeluarkan perintah yang sama selepas dia tidak hadir perbicaraan kes penerbitan artikel berunsur hasutan di laman web tersebut.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar perbicaraan hari pertama kes Raja Petra yang didakwa memfitnah Rosmah semasa suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri (kini Perdana Menteri).

Tuduhan turut membabitkan dakwaan fitnah terhadap pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isteri, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, 59, didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam satu akuan bersumpah yang diikrarkannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika sabit kesalahan.

Raja Petra diwakili oleh peguam bela, Amarjeet Singh.

Fernandis ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 18 orang saksi bagi memberi keterangan.

Kes itu akan disebut semula pada 2 Julai ini.






Raja Petra kena waran tangkap kedua


KUALA LUMPUR: Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dikenakan waran tangkap bagi kali kedua selepas gagal hadir di Mahkamah Sesyen di sini semalam, untuk perbicaraan kes fitnahnya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat juga mengeluarkan perintah tunjuk sebab ke atas isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, bertindak sebagai penjamin kerana kegagalan beliau (Marina) hadir ke mahkamah bagi menjelaskan kedudukan suaminya.

Mohamad Sekeri membuat kedua-dua perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis serta menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Peguam Raja Petra, Armanjit Singh Sidhu memberitahu mahkamah anak guamnya dan penjamin tidak hadir, tanpa mengemukakan sebarang alasan ketidakhadiran mereka.

Armanjit memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang menolak perbicaraan kes itu dijalankan di Mahkamah Majistret.

Perbicaraan kes itu sepatutnya dijadualkan berjalan selama tiga hari di Mahkamah Sesyen, bermula semalam.

Pada 23 April lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rozina Ayob mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes hasutan dihadapinya.

Larang kempen di Harakah

Larang kempen di Harakah

Oleh Mohd Anwar Phato Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Calon yang bertanding bagi merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat dan sayap parti menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-55 dari 3 hingga 7 Jun ini, tidak dibenarkan berkempen dalam akhbar Harakah, lidah rasmi parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pas, Datuk Mustapa Ali yang mengumumkan senarai calon dan peraturan itu bagaimanapun, berkata setiap calon dibenarkan berkempen dalam media arus perdana.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana Pas mahu memastikan setiap calon yang bertanding memiliki tahap etika yang tinggi dan bebas daripada sebarang unsur negatif.

Namun katanya, Pas tetap memberi kebebasan kepada calon mempromosi diri mereka melalui pelbagai kempen yang sihat dan dibenarkan oleh parti sama ada dalam media arus perdana atau laman web menjelang muktamar.

“Kita tidak benarkan calon berkempen dalam Harakah kerana ruang terhad memandangkan akhbar itu terbit dua kali seminggu. Ini bukan soal tiada keadilan tetapi calon masih ada ruang dan saluran cukup untuk berkempen.

“Calon tetap boleh berkempen dalam media arus perdana, ikut suka mereka. Kita juga akan siarkan senarai nama calon bertanding dalam laman web rasmi Pas dan laman web Harakahdaily. ” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, semalam.

Pertandingan merebut jawatan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijalankan pada 5 Jun di stadium berkenaan manakala pertandingan bagi Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dijalankan sehari lebih awal.

Mustafa berkata, tindakan calon berkempen bagi merebut jawatan tertentu menjelang muktamar hanya akan menyebabkan mereka tidak dipilih oleh perwakilan kerana dianggap tidak ikhlas dalam perjuangan parti.

“Perwakilan lebih arif untuk memilih calon mana lebih layak. Kita mempunyai etika. Biasanya, itu adalah cara tradisi perwakilan memilih. Calon yang banyak berkempen biasanya akan kalah,” katanya

Zulkefli disebut tanding DUN Manek Urai

Zulkefli disebut tanding DUN Manek Urai

KOTA BHARU 26 Mei - Empat nama disebut-sebut sebagai bakal calon yang akan membawa cabaran Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mendahului senarai tersebut ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Zulkifli Yaacob yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas calon Pas bagi kerusi DUN Manek Urai pada 2004, Zamzuri Mat Lazim; Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Mahadi Mohd. Zain dan Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad (gambar).

Kesemua mereka berlatar belakangkan agama kecuali Dr. Zulkefli, seorang pengamal perubatan yang memiliki dua buah klinik di Chiku dan Gua Musang.

Keempat-empat bakal calon itu adalah anak tempatan jajahan Kuala Krai, bagaimanapun Dr. Zulkefli aktif dalam Pas di Gua Musang.

Menurut sumber, Zulkefli mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih sebagai calon kerana beliau dilihat sebagai pengganti kepada penyandang kerusi DUN Manek Urai, Ismail Yaakob yang meninggal dunia Jumaat lalu.

''Pada pemilihan Pas kawasan baru-baru ini, Zulkifli mencabar Ismail untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, bagaimanapun beliau tewas dengan lima undi.

''Beliau amat aktif dengan Pas kawasan dan amat dikenali serta rapat dengan penduduk tempatan. Bagaimanapun sehingga kini kita mempunyai kira-kira 11 nama untuk diangkat sebagai calon,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum 1999, Zulkifli menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Razali Che Mamat dengan majoriti 639 undi bagi DUN Guchil, bagaimanapun tewas kepada Dr. Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi di kerusi sama dengan majoriti 53 undi pada Pilihan Raya Umum 2004.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II Jumaat lalu.

Allahyarham merupakan penyandang kerusi berkenaan sejak tahun 1986, bagaimanapun pada 2004 tidak dipilih untuk bertanding.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, masih terlalu awal untuk menentukan calon di kawasan tersebut kerana pihaknya sedang meneliti dan mendapatkan maklum balas dari akar umbi.

''Kita ada ramai calon, lebih daripada empat orang tetapi seperti proses biasa kita perlu mendapatkan maklum balas dari cawangan sebelum nama ini disenarai pendekkan, ini adalah Kajian Awal Pilihan Raya yang kita jalankan setiap kali menjelang pilihan raya.

''Proses pemilihan calon ini akan bermula dari bawah, kemudian kita akan kemukakan tiga nama kepada pusat sebelum keputusan muktamad dibuat dan mendapat pengesahan dari Majlis Syura Ulama,'' katanya.

Katanya, pengumuman senarai calon itu akan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Menurut beliau, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan melancarkan jentera pilihan raya di Manek Urai Baru, Jumaat ini.

''Jentera pilihan raya Pas akan dibahagikan kepada dua iaitu jentera induk yang akan diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, ia berfungsi memutuskan dasar manakala jentera peringkat negeri akan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Haron.

''Kawasan DUN ini mempunyai sembilan peti undi dan sembilan Exco kerajaan negeri akan menjaga satu peti undi setiap seorang,'' katanya.

Jentera Umno sedia hadapi pilihan raya kecil Manek Urai

Jentera Umno sedia hadapi pilihan raya kecil Manek Urai


KUALA LUMPUR: Jentera Penerangan Umno akan digerakkan dalam masa terdekat untuk melaksanakan gerak gempur sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan, berkata sebelum jadual gerak kerja disediakan, beliau dijangka mengadakan perjumpaan dengan seluruh jentera Penerangan Umno Kelantan di Pejabat Umno Kuala Krai, esok.

Katanya, perjumpaan itu antara lain untuk membincang dan menentukan bentuk gerak kerja, kempen dan ceramah yang perlu diadakan supaya dapat memenangi hati rakyat.

"Saya belum dapat tentukan berapa jumlah ceramah akan diadakan dan bagaimana pendekatan terbaik menjalankan kempen dan program ceramah.

"Apa yang penting saya perlu membuat penilaian segera apakah pendekatan terbaik untuk jentera Penerangan Umno melaksanakan gerak kerja di DUN Manek Urai supaya serasi dengan kehendak pengundi setempat.

"DUN Manek Urai kawasan luar bandar dan kebanyakan penduduk bekerja kampung dan penoreh getah, jadi kita perlukan pendekatan kempen yang boleh memenangi hati mereka, bukan cakap kosong," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas persediaan jentera Penerangan Umno menghadapi pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ahmad mengakui pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan menguji tanggungjawabnya sebagai Ketua Penerangan baru dilantik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan kali pertama mengendalikan gerak kerja penerangan dalam pilihan raya kecil.

Beliau percaya akan mendapat kerjasama penuh daripada jentera penerangan Umno negeri bagi memastikan gerak kerja penerangan Umno berjalan lancar.

"Kita akan mengatur gerak kerja terbaik dan akan mendapatkan pandangan semua pemimpin Umno Kelantan khasnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed," katanya.

Mahu huru-harakan negeri - MB MAHKAMAH RAYUAN

Mahu huru-harakan negeri - MB

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarng@utusan.com.my

IPOH 26 Mei - Tindakan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok lapar bukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebih besar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan pakatan pembangkang itu juga bertujuan memastikan kerajaan negeri pimpinannya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

''Hari ini mereka mungkin bercakap soal mogok lapar, esok mungkin tentang soal lain pula, maknanya ada siri-siri yang akan diwujudkan oleh mereka.

''Mereka tidak akan membiarkan keadaan begitu sahaja, itu cara mereka. Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya daripada mereka," katanya selepas menghadiri majlis meraikan veteran-veteran UMNO sempena sambutan ulang tahun yang ke-63 parti Melayu itu di Bangunan UMNO Perak di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kempen mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini anjuran pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang amat jelas dan beliau percaya rakyat dapat menilai sendiri setiap tindak-tanduk mereka itu.

''Itulah matlamat mereka untuk mengaburi mata rakyat dengan harapan orang tidak datang ke Perak dan rakyat semakin hilang sabar. Tetapi saya yakin, lagi mereka buat begini, lagi rakyat meluat (dengan mereka).

''Saya harap rakyat dapat menilai sendiri perangai mereka kerana saya tak nampak manusia yang rasional boleh menerima cara mereka ini," katanya.

Tentang saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pakatan pembangkang, Zambry berkata, beliau tidak kisah dengan tindakan itu kerana yakin berada di landasan yang betul.

''Saya tidak ada masalah, biarlah mereka nak saman ke, buat apa ke. Cuma saya kasihan tengok ketua-ketua kampung digunakan oleh pembangkang untuk memenuhi kepentingan politik mereka seperti disebutkan tadi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata, golongan veteran UMNO wajar menggembleng tenaga membantu memberi kesedaran kepada golongan muda tentang semangat perjuangan parti yang telah banyak mencorak negara hari ini.

''Anak-anak muda kita makin lupa pada jasa-jasa UMNO, kita kena buat sesuatu. Orang lama seperti veteran UMNO kena bimbing mereka ini," katanya.

Kempen tidak dapat sambutan

Kempen tidak dapat sambutan

IPOH 26 Mei - Kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di sini hari ini bukan sahaja tidak mendapat sambutan, sebaliknya berjaya disekat daripada merebak hasil tindakan tegas pihak polis.

Pakatan pembangkang dilihat cuba mengheret kempen itu di luar bangunan Wisma DAP apabila mereka berarak ke bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Kumpulan terbabit memberi alasan berbuat demikian untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kerana memberhentikan ketua kampung lantikan pembangkang sebelum ini.

Pihak polis yang berkawal sejak awal pagi terpaksa memberi amaran berulang kali supaya mereka menghentikan perarakan itu namun kira-kira 70 orang penyokong pembangkang terbabit tetap berdegil.

Berikutan itu, polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menangkap pemimpin dan penyokong parti pembangkang berkenaan seorang demi seorang sehingga pukul 11.15 pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 19 orang termasuk lapan wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menyertai perhimpunan haram dan menghasut.

Kata beliau, lapan wakil rakyat yang ditahan itu adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran (DAP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar (DAP) serta ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh (DAP).

Turut ditahan ialah ADUN Menglembu, Lim Pek Har (DAP); ADUN Jalong, Leong Mee Meng (DAP); ADUN Teja, Chang Lih Kang (Parti Keadilan Rakyat); ADUN Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong (DAP) dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR).

Jelas beliau, pada masa sama, polis turut menahan lapan orang awam termasuk dua warga asing yang turut terbabit dalam kempen tersebut.

"Polis melakukan tangkapan pertama pada pukul 7.45 pagi ke atas lima pekerja termasuk dua warga asing yang sedang memasang belon udara yang ditulis dengan kata-kata hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Zulkifli berkata, tangkapan seterusnya dilakukan semasa mereka mahu berarak ke bangunan Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 11.15 pagi kerana jelas sekali mereka mahu mengganggu ketenteraman awam.

"Sehingga pukul 4.30 petang ini, semua wakil rakyat dan empat penyokong pembangkang telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Lima lagi lelaki yang memasang belon pula dijangka dibebaskan petang ini juga selepas keterangan mereka diambil," katanya.

Zambry : Agenda di sebalik mogok lapar

Agenda di sebalik mogok lapar

Oleh SITI MARIAM MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my


BUAT sekian kalinya, agenda pakatan pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka sentiasa 'dianiayai' berjaya lagi.

Seperti juga 'drama-drama' yang dimainkan sebelum ini, tentunya rakyat yang melihat 'kekasaran dan kekejaman' pihak polis di laman-laman blog kendalian parti-parti pembangkang akan 'marah' dengan tindakan tersebut.

Bagi parti-parti pembangkang pula, inilah masa yang sesuai untuk mereka terus-terusan 'menayangkan' drama seperti ini dan dalam masa yang sama, berusaha menyemai rasa benci rakyat terhadap polis dan pemerintah.

Sebenarnya apa yang berlaku tiada kaitan dengan usaha kempen mogok lapar yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang tersebut.

Sebagai sebuah negara demokrasi, sesiapa sahaja bebas melakukan apa yang mereka mahu asalkan tidak memudaratkan kesejahteraan orang ramai.

Tujuan asal ia dianjurkan ialah untuk menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir Menteri Besar Perak, bukannya Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walaupun tidak ramai yang turut berkumpul untuk menyokong kempen tiga hari yang dilancarkan hari ini itu, namun, wujudnya media alternatif menjadikan laman blog parti pembangkang setiap hari menerima tetamu baru.

Bermakna, mereka kini tidak perlu lagi berkumpul beramai-ramai di sesuatu tempat tetapi 'akan bertemu' di alam maya untuk mengikuti perkembangannya.

Di sini strategi pembangkang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat bermula.

Malah seringkali juga, apa yang diperkatakan atau lebih tepat didakwa oleh pemimpin pembangkang ini diterima bulat-bulat oleh para pembaca.

Hakikatnya, beberapa pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan pihak berkuasa adalah berdasarkan alasan lain.

Segala-galanya bermula apabila mereka ingkar dengan arahan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan haram diadakan di luar Wisma DAP.

Jika diadakan di dalam wisma terbabit, tiada apa-apa yang akan berlaku - pihak polis tidak perlu berkumpul beramai-ramai di situ dan mereka yang ingin melakukan mogok lapar boleh terus berlapar tanpa sebarang gangguan.

Keadaan menjadi sebaliknya apabila pemimpin-pemimpin pembangkang bersama para penyokong cuba berarak ke jalan raya menuju ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri pimpinan Zambry berhubung isu pemecatan ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pembangkang.

Walaupun telah diberi amaran supaya bersurai berkali-kali, kedegilan mereka akhirnya memaksa pihak polis bertindak.

Agak menyedihkan, apabila ada di antara kita sangat mudah mempercayai agenda murahan yang diatur oleh pakatan pembangkang ini.



Kalau dah nak buat mogok pon kena tahan, saper ler nak pi
Tak dak akai sungguh ler MB MAHKAMAH RAYUAN ni

Kerajaan negeri Perak disaman

Kerajaan negeri Perak disaman

IPOH 26 Mei - Sebanyak 80 bekas ketua kampung yang dilantik pakatan pembangkang sebelum ini memfailkan saman ke atas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kerana memecat mereka sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

Saman berkenaan difailkan oleh wakil mereka iaitu bekas Ketua Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Mohd. Ridzuan Asit, 43, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mereka diwakili oleh firma guaman Tetuan Chan dan Associates menerusi peguam bela Leong Chock Keng kerana menganggap pemecatan mereka pada 18 April lepas adalah tidak sah kerana lantikan mereka adalah sehingga 31 Julai 2010.

Mohd. Ridzuan mendakwa, pemecatan mereka sebagai ketua kampung oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga batal dan kosong dari segi undang-undang.

Beliau yang mendakwa mewakili 817 bekas ketua kampung pakatan pembangkang turut menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan yang perlu dibayar.

''Kami juga memohon perintah yang mewajibkan Zambry sebagai responden melantik semula semua ketua kampung tersebut dan tidak melantik ketua kampung yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

Pemimpin Hindraf perlu dikenakan semula ISA

Pemimpin Hindraf perlu dikenakan semula ISA

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

NGO mahu tindakan tegas supaya tak berani cabar kerajaan

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mendesak kerajaan menggunakan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin Hindraf jika mereka terus mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan sehingga menimbulkan kebimbangan tercetusnya kekacauan di negara ini.

Mereka berpendapat, majoriti masyarakat di negara ini yang cintakan keamanan akan menyokong ISA dikenakan terhadap pemimpin Hindraf jika tindak-tanduk mereka boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan dan nilai moral negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata tindakan pemimpin Hindraf yang berani mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan menunjukkan mereka tidak takut dengan undang-undang di negara ini.

"Mereka mengambil kesempatan diatas kelembutan kerajaan dan sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf bagi memastikan tiada lagi pertubuhan haram yang berani mencabar kerajaan.

"MBM khuatir jika kerajaan terus membiarkan Hindraf membuat kenyataan sesuka hati, selepas ini mungkin akan wujud pelbagai pergerakan haram lain," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.