Sat | Nov 10, 07 | 1:58:33 pm MYT
Polis mengkategorikan gelombang kuning sebagai perhimpunan haram. Itu hak polis yang tidak akan saya pertikaikan.
Tetapi, berdosakah rakyat jelata memakai pakaian kuning pada hari ini? Anda jawablah sendiri setelah membaca cebisan-cebisan berita di bawah ini:
12.00 tengahari, di satu lokasi kira-kira 6 kilometer daripada Dataran Merdeka, Kuala Lumpur: Beribu-ribu rakyat jelata berpakaian baju kuning ditahan beramai-ramai. Apa dosa mereka? Kerana berpakaian kuning? Apa maksudnya tindakan seperti ini?
12.00 tengahari, di satu lokasi di Subang Jaya, Selangor: Seorang pemuda Melayu disuruh keluar dari keretanya semata-mata kerana dia sedang menikmati lagu-lagu nasyid. Keretanya digeledah. Dia disuruh membuka baju. Apa kesalahannya? Kerana dia Melayu? Kalau tidak, kenapa pemandu-pemandu lain yang bukan Melayu tidak ditahan dan tidak diapa-apakan? Apa ertinya tindakan seperti ini?
12.30 tengahari, di Ampang-Ulu Langat, Selangor: Seorang Hamba Allah yang berpakaian baju Melayu kuning sedondon ditahan oleh pihak keselamatan. Apa dosa? Kerana dia berbaju kuning, walaupun di satu lokasi berpuluh kilometre jauhnya daripada Dataran Merdeka Selangor? Apa motifnya tindakan seperti ini?
Jam 2 petang, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur: Kira-kira 5,000 orang rakyat jelata berhimpun di sana. Masjid ditutup. Orang Islam tak dapat menunaikan Zohor. Apa ertinya tindakan ini? 2.10 petang, Masjid Jamek Kuala Lumpur, berhampiran Dataran Merdeka: Sekumpulan umat Islam, lelaki dan wanita, yang selesai menunaikan Zohor dilarang keluar daripada masjid berkenaan. Siapa yang membantah disembur dengan water cannon. Apa ertinya tindakan seperti ini?
No comments:
Post a Comment