Wednesday, May 13, 2009

POLITIK : RABU 13 MEI 2009

Zambry kekal MB Perak
PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonanDatuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah MahkamahTinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddinsebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Perlu ada sikap saling hormat
KUALALUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,pakatan pembangkang dan kerajaan perlu mempunyai sikap salinghormat-menghormati jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama bagi menanganikemelut politik di Perak.



Zambry masih MB
PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan di sini semalam membenarkan permohonan Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan MahkamahTinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad NizarJamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.





Image

'Utamakan rakyat'
KUALALUMPUR 12 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang pendekatanyang diambil bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak perlumengutamakan kepentingan rakyat.

Lima ADUN BN Selangor dipanggil bela diri
SHAH ALAM 12 Mei – Lima Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dipanggilmembela diri atas tuduhan melakukan tindakan menghina hingga melanggarhak kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nizar diminta hormati keputusan mahkamah
IPOH12 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin menghormati keputusan 'penangguhan sementara'yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini sepertimana beliaumenghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN
KUANTAN12 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharsebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam, tidakmungkin mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untukmembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Image

Nizar jalan tugas 'MB'
KUALAKANGSAR 12 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjalankantugas rasmi sebagai 'Menteri Besar Perak' dengan menghadiri istiadatpengurniaan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak di IstanaIskandariah di sini hari ini.

Gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang serta-merta
IPOH 12 Mei - Sebaik diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat keputusan menggantungtugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim danPenasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ahmad Kamal Shahid serta merta.

Tiada kuasa gantung dua pegawai kanan kerajaan negeri
PUTRAJAYA 12 Mei – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad NizarJamaluddin tidak mempunyai kuasa untuk menggantung tugas PenasihatUndang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan SetiausahaKerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim.

Masuk bangunan SUK sekejap
IPOH 12 Mei – ‘Sekejap masuk, sekejap keluar’. Begitulah suasana yangdapat digambarkan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak disini hari ini.

Ketua kampung jalankan tugas
IPOH12 Mei – Semua ketua kampung yang dilantik oleh pakatan pembangkangsebelum ini akan menjalankan tugas semula seperti biasa dan dibayartunggakan elaun sepanjang tiga bulan Perak diperintah oleh BarisanNasional (BN).



PM sedih ugutan ke atas Murugiah
KUALA LUMPUR 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak sedih dengan tindakanpihak tertentu cuba mengganggu Senator Datuk T. Murugiah denganmenghantar dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutan kepejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ugut BN: Kayveas perlu ukur kemampuan diri sendiri
KUALA LUMPUR 12 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas perlu mengukur kemampuan diri sendiri sebelum mengugut untukkeluar daripada Barisan Nasional (BN).

'Berikan kuasa kepada rakyat semula'
KUALA LUMPUR 12 Mei - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)berpendapat krisis politik di Perak tidak dapat diselesaikan melainkankuasa diberikan semula kepada rakyat.

Bubar DUN pilihan terbaik Sultan - Husam
KUALALUMPUR 12 Mei - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakanpilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikansemula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.

Barisan Nasional tidak rakus rebut kuasa di Perak
KUANTAN12 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) rakus merebut kuasadi Perak sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kedudukan DatukSeri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.






Tiada syarat bincang krisis Perak
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak bolehmeletakkan sebarang syarat jika benar-benar mahu berbincang denganBarisan Nasional (BN) bagi mencari penyelesaian kepada kemelut politikdi Perak.

PM nasihat Murugiah buat aduan polis
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak tidakbertanggungjawab menggunakan taktik menghantar kelongsong peluru bagimengugut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

'Atasi segera krisis elak rakyat derita'
KUALALUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang penyelesaian yangdiambil Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak akanberteraskan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Suhakam mahu rakyat pilih
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapatkrisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkankuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

Nizar keluar pejabat MB
IPOH:Kurang 24 jam, itulah tempoh masa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinmenjadi Menteri Besar semula, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkanpermohonan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawabeliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Gantung tugas SUK Perak bercanggah undang-undang
PUTRAJAYA:Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggantung tugasSetiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim danPenasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahidbercanggah dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan NegeriPerak.

DUN Perak tak perlu dibubar: Zahid
GEMAS:Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan DewanUndangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dalam menyelesaikankemelut politik di negeri itu.

Hormati keputusan Mahkamah Rayuan
KUALALUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak di Peraktermasuk ahli politik dan penyokong mereka bertenang serta menghormatikeputusan Mahkamah Rayuan berhubung status jawatan Menteri Besar negeriitu.

PPP serah nama pengganti Murugiah
KUALALUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan beberapa namapemimpin kanan parti itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakyang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan SenatorDatuk T Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nik Aziz kekal Mursyidul Am Pas
KUALALUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kekalsebagai Mursyidul Am Pas, selepas beliau membuat keputusan untuk tidakmencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi jawatan Presiden parti padaMuktamar Tahunan Pas bulan depan.







Polis tahan Ahmad Ramzi
KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana dipercayai terlibat dalam kespenghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tigaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bulan lalu.

Peluru dan ugutan: Siasatan polis dibuat
KUALALUMPUR 12 Mei - Polis masih belum menemui petunjuk berkaitan penemuankotak mengandungi dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutandi luar Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah, semalam.



Ahmad Ramzi kena tahan kes SMS ugut
KUALATERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu menahan Setiausaha Politik bekasMenteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 42, disebuah hotel di sini, jam 8.30 pagi semalam.

Lima ADUN BN Selangor dipanggil bela diri

Lima ADUN BN Selangor dipanggil bela diri
SHAH ALAM 12 Mei – Lima Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dipanggilmembela diri atas tuduhan melakukan tindakan menghina hingga melanggarhak kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nik Aziz kekal Mursyidul Am Pas

Nik Aziz kekal Mursyidul Am Pas
KUALALUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kekalsebagai Mursyidul Am Pas, selepas beliau membuat keputusan untuk tidakmencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi jawatan Presiden parti padaMuktamar Tahunan Pas bulan depan.

Zambry kekal MB Perak

Zambry masih MB
Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my


Gambar kiri, NIZAR meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak
di Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 2.30 petang, semalam.
Gambar kanan, ZAMBRY pada sidang media di Ipoh selepas
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau.

NIZAR meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 2.30 petang, semalam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Berikutan itu, Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuannya diputuskan mahkamah.

Hakim Datuk Ramly Ali ketika membenarkan permohonan Zambry, kira-kira jam 1.15 petang semalam, berkata mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk mendengar rayuan berkenaan.

"Saya berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan saja membabitkan Zambry dan Mohammad Nizar, tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya selepas mendengar hujah peguam Zambry yang diketuai Datuk Cecil Abraham.


KENDERAAN Mohammad Nizar keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan,
petang semalam selepas sejak awal pagi memulakan hari pertama beliau
di pejabat Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
- Foto IKhwan Munir

Barisan peguam Mohammad Nizar pula diketuai Sulaiman Abdullah, manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai peguam pemerhati.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu serta notis rayuannya, kira-kira 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Semalam, Mohammad Nizar hanya sempat memasuki pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh yang dikosongkan sejak tiga bulan lalu selama 20 minit sebelum bergegas keluar untuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi menghadiri majlis penganugerahan pingat.

Beliau bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 7.15 pagi diiringi semua Exconya termasuk bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar sebelum memasuki pejabatnya, kira-kira 7.30 pagi.

Malam kelmarin, Mohammad Nizar sempat mempengerusikan mesyuarat Exco negeri yang antara lain membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memohon perkenan menghadap untuk membubarkan DUN Perak.

Mesyuarat itu turut menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serta Penasihat Undang-undang negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta-merta.

Mohammad Nizar dan semua Exconya bagaimanapun mengosongkan pejabat masing-masing pada jam 2.30 petang semalam selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada prosiding semalam, Abraham dalam hujahnya berkata penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu perlu dibenarkan bagi menghalang Mohammad Nizar daripada memohon DUN dibubarkan sementara menunggu keputusan rayuan.

"Jika pembubaran (DUN) dibenarkan, permohonan ini akan menjadi sah. Status quo akan berubah jika pembubaran bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah," katanya.

Abdul Gani pula berkata, demi kepentingan rakyat Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), perintah penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu harus dibenarkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

"Cara yang betul ialah pergi ke mesyuarat DUN bagi menyelesaikan kemelut politik. Penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri adalah tidak sah kerana ia adalah pelantikan Persekutuan," katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman memohon Mahkamah Rayuan menolak permohonan Zambry dan meminta hakim menetapkan tarikh rayuan yang awal.

"Adalah menjadi kuasa Sultan untuk membubarkan atau tidak membubarkan DUN. Kenapa buat permohonan ini kerana kuasa adalah di tangan pihak ketiga bernama Sultan.

"Mengapa dia (Zambry) memohon penangguhan pelaksanaan sekarang padahal keputusan untuk membubarkan DUN memerlukan perkenan Sultan," katanya.

Seorang lagi peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Ranjit Singh, berkata mereka sedang menimbang untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu.






Zambry kekal MB Perak



Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Hakim Datuk Ramly Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.

Hakim Ramly ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, mahkamah menggunakan bidang kuasanya mengeluarkan perintah penggantungan tersebut berdasarkan kepada keunikan dan kepentingan situasi politik di Perak.

Beliau menyatakan, perkembangan di Perak bukan hanya melibatkan Zambry selaku Menteri Besar malah ia turut membabitkan keseluruhan perjalanan politik di negeri tersebut.

''Mahkamah menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu setelah berpuas hati bahawa perkembangan kes ini amat penting dan unik. Rayuannya akan didengar pada tarikh awal,'' ujar Hakim Ramly.

Semalam, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, setelah hampir 18 jam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan, Zambry memfailkan permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 9.30 pagi ini agar perintah itu digantung sementara menunggu rayuan selesai.

Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz semalam yang menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakilinya untuk menangguhkan perintah keputusan tersebut.

Permohonan itu ditolak setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu.

Selain permohonan penangguhan, Zambry hari ini turut memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Zul Rafique & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara kira-kira pukul 9 pagi ini.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah agar penangguhan perintah itu ditolak dan memohon mahkamah mengembalikan isu berbangkit ke Mahkamah Tinggi.

Beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi laluan bahawa penangguhan boleh dibuat asalkan Zambry memfailkan permohonan secara bertulis di samping mengemukakan nas undang-undang yang berkaitan.

Sulaiman dalam hujahnya turut memohon agar satu tarikh awal ditetapkan untuk mendengar rayuan terhadap perintah tersebut bagi membolehkan ia diselesaikan segera.

''Jalan penyelesaian yang ada ialah menolak permohonan penangguhan atau mengembalikan ke Mahkamah Tinggi melainkan mahkamah berpendapat isu berbangkit sudah akademik kerana Zambry bukan lagi Menteri Besar Perak,'' ujar Sulaiman.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melainkan setelah mendapat perkenan Sultan Perak yang mana ia pernah ditolak pada kali pertama permohonan dibuat.

Kata Sulaiman, jika mahkamah menetapkan tarikh awal, kemungkinan Sultan Perak akan menangguhkan perkenan baginda (agar Dewan dibubarkan) dan menunggu sehingga keputusan dikeluarkan.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry pula berhujah, perintah Mahkamah Tinggi itu perlu ditangguhkan segera bagi menyekat Mohammad Nizar memperoleh perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah bagi kerajaan Malaysia berhujah agar isu itu diselesaikan ke peringkat Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Beliau menyatakan, perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.

Sementara itu di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama-sama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Barisan Nasional (BN) memberitahu, keputusan itu menandakan kejayaan awal BN yang diperoleh berlandaskan kepada lunas undang-undang.

Menurut Mohd. Hafarizam, penangguhan itu dengan sendirinya menjadikan perintah semalam digantung manakala status quo Zambry serta barisan Exconya kekal.

Nizar diminta hormati keputusan mahkamah

Nizar diminta hormati keputusan mahkamah

IPOH 12 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menghormati keputusan 'penangguhan sementara' yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini sepertimana beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sambil melahirkan rasa syukur, kata Zambry, beliau akan memasuki pejabat Menteri Besar bagi menjalankan tugasnya seperti biasa esok.

Beliau berkata, semua pihak termasuk Mohammad Nizar, harus memberi kerjasama yang baik demi memastikan agenda mengutamakan rakyat seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai.

''Saya anggap keputusan ini sebagai satu rahmat dan tanda demokrasi begitu juga proses keterbukaan undang-undang berjalan di negara ini.

''Saya berharap Mohammad Nizar dan rakan-rakannya menghormati keputusan ini sama seperti saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi semalam," katanya pada pemberita di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Zambry berkata, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga keputusan rayuan tersebut diputuskan oleh pihak mahkamah.

Semalam Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun keputusan tersebut masih belum muktamad kerana Zambry yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk penangguhan keputusan yang buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Mengulas tentang keputusan 'mesyuarat Exco' yang dipengerusikan Mohammad Nizar malam tadi, Zambry berkata, semua keputusan yang dibuat tersebut adalah terbatal dan tidak menjejaskan keputusan sebelum ini.

''Saya hendak maklumkan, kalau ikut tatacara mesyuarat Exco pun, sesuatu keputusan itu diterima hanya bila satu lagi mesyuarat Exco telah diadakan untuk meluluskan keputusan tersebut," ujar beliau.

Dalam satu mesyuarat Exco tergempar yang diadakan di rumahnya di sini tengah malam tadi, Mohammad Nizar antara lain mengumumkan keputusan menggantung jawatan atau kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Zambry berkata, pergolakan politik yang berlaku di Perak tidak akan dibiarkan berlarutan kerana ia akan menjejaskan keharmonian rakyat.

''Saya tidak mahu terus 'bermain' dengan mereka. Kita diajar supaya tidak mengharu-birukan keadaan, menimbulkan kekacauan, provokasi atau bersifat kepentingan peribadi malah ada kalanya subjudis," katanya.

Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN

Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN

KUANTAN 12 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam, tidak mungkin mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, ini kerana Mohammad Nizar tidak mempunyai sokongan majoriti daripada DUN untuk memohon perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN.

Katanya, hanya Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan DUN jika Mohammad Nizar mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

''Dalam perlembagaan negeri, dua kuasa yang dimiliki sultan ialah melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Kalau seseorang menteri besar mengadap sultan meminta DUN dibubarkan tetapi sultan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sokongan majoriti, DUN tidak akan dibubarkan.

''Dalam kes di Perak, kalau Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah dan tuanku tahu menteri besar kehilangan majoriti, tuanku tidak akan membubarkan DUN dan tidak perlu diadakan pilihan raya negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup persidangan pegawai-pegawai biro bantuan guaman di Cherating di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Mohammad Nizar yang akan memohon restu Sultan Perak secepat mungkin untuk membubarkan DUN selepas diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mohammad Nizar berkata, pembubaran DUN bertujuan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang betul dan sah.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menjelaskan, kedudukan Speaker DUN, Datuk R. Ganesan tidak terjejas walaupun Mohammad Nizar diisytihar sebagai Menteri Besar Perak.

Malah, tegas beliau, Ganesan berkuasa untuk memanggil DUN bersidang secepat mungkin.

''Tujuan kita memanggil bersidang ialah untuk membuat satu usul menentukan majoriti bahawa Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam DUN,'' jelasnya.

Dengan usul menentukan majoriti itu, kata beliau, permohonan Mohammad Nizar untuk mendapat perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN tidak akan dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, jelas beliau, Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat usul undi tidak percaya kerana usul sedemikian tidak pernah wujud dalam mana-mana DUN dan Parlimen di negara ini.

''Tiada peruntukan dalam mana-mana DUN atau Parlimen bahawa wujud undi tidak percaya terhadap seseorang,'' katanya.

Nizar jalan tugas 'MB'

Nizar jalan tugas 'MB'

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.ny

Mohamad Nizar Jamaluddin tiba untuk memasuki bangunan kerajaan negeri di Ipoh, semalam.


KUALA KANGSAR 12 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjalankan tugas rasmi sebagai 'Menteri Besar Perak' dengan menghadiri istiadat pengurniaan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Majlis pengurniaan pingat disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mewakili ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat, tiba di Istana Iskandariah menaiki kereta Toyota Camry AGS10.

Mereka tiba pada pukul 8.30 pagi sebelum keluar meninggalkan istana itu pada pukul 12.05 tengah hari.

Ketika ditemui di luar istana, Mohammad Nizar mengesahkan beliau telah menyerahkan surat permohonan untuk mendapatkan tarikh menghadap Sultan Perak.

Surat tersebut dihantar oleh pegawai khas beliau, Amran Harun ke Istana Kinta pada pukul 8.30 pagi ini.

''Saya sedang tunggu tarikh untuk menghadap Tuanku Sultan dan selepas itu baru saya akan cakap (mohon untuk bubar DUN)," katanya ringkas.

Ditanya sama ada beliau ada menyatakan kepada Raja Muda Perak mengenai hasratnya itu, Mohammad Nizar memberitahu, mereka hanya berbincang mengenai istiadat pengurniaan pingat dan hal keluarga.

Gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang serta-merta

Gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang serta-merta

IPOH 12 Mei - Sebaik diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat keputusan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ahmad Kamal Shahid serta merta.

Jawatan mereka, kata Mohammad Nizar, akan dipangku oleh timbalan masing-masing sehingga keputusan lanjut diberitahu kelak.

Turut diputuskan dalam mesyuarat tergempar Exco kerajaan negeri pakatan pembangkang tengah malam tadi ialah melaksanakan dasar-dasar Barisan Nasional (BN) yang difikirkan sesuai selain meneruskan dasar kerajaan pimpinannya yang dipersetujui sebelum ini.

"Dasar-dasar yang akan kita teruskan termasuk isu kedudukan Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan isu berkaitan tanah," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini malam tadi.

Pada sidang akhbar yang sama, Mohammad Nizar berkata, semua Exco kerajaan negeri pimpinannya akan memulakan tugas seperti biasa.

Tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, beliau juga akan menghantar surat kepada Sultan Perak memohon menghadap bagi mendapatkan restu dan perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Mohammad Nizar, kesemua 318 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah dilantik kerajaan pakatan pembangkang sebelum pengambilalihan oleh kerajaan BN, akan turut mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Beliau turut mendakwa kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak masih sah.

Ditanya bilakah sidang DUN akan dipanggil memandangkan tempoh yang tinggal hanya sehingga 13 Mei ini jika menganggap persidangan pada 7 Mei lalu tidak sah, kata Mohammad Nizar:

"Itu saya tak nak komen. Tapi yang pasti, kami ada masa enam bulan selepas mengadakan sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu."

Berkaitan dengan kemungkinan akan menerima usul undi tidak percaya pada sidang DUN yang akan dipanggil oleh BN, beliau berkata, setiap usul perlu diberikan notis dua minggu terlebih dahulu.

Selain itu beliau mendakwa, Datuk R. Ganesan iaitu Speaker baru yang dilantik oleh BN pada 7 Mei lalu belum lagi mengangkat sumpah jawatan menyebabkan beliau tiada hak hendak memanggil sebarang sidang DUN.

Masuk bangunan SUK sekejap

Masuk bangunan SUK sekejap

IPOH 12 Mei – ‘Sekejap masuk, sekejap keluar’. Begitulah suasana yang dapat digambarkan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini.

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang baru sahaja memasuki pejabat selepas disahkan sebagai Menteri Besar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam terpaksa keluar semula dalam tempoh seketika sahaja.

Ia ekoran perintah Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menangguhkan keputusan tersebut sehingga keputusan rayuan dibuat.

‘‘Tidak sampai 24 jam kami terpaksa akur dengan perintah mahkamah (Mahkamah Rayuan) dan ini merupakan keputusan paling aneh diberikan walaupun ia sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan dan tidak menyelesaikan masalah.

‘‘Keputusan itu amat mengaibkan dan merasakan seolah-olah dibuat tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Rakyat kini terpinga-pinga dan rasa tidak menentu.

‘‘Kita mahu selesaikan masalah dan mahkamah bukanlah tempat untuk menentukannya, yang menjadi penentu adalah rakyat. Ia juga menafikan hak rakyat,” kata Mohammad Nizar kepada pemberita di Wisma DAP Perak di sini hari ini.

Ketua kampung jalankan tugas

Ketua kampung jalankan tugas

IPOH 12 Mei – Semua ketua kampung yang dilantik oleh pakatan pembangkang sebelum ini akan menjalankan tugas semula seperti biasa dan dibayar tunggakan elaun sepanjang tiga bulan Perak diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah sekali gus menjadikan segala pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang juga adalah sah.

‘‘Jadi ketua kampung sebelum ini yang telah dipilih oleh rakyat juga diakui dan masih kekal dan kita akan bayar elaun tertunggak selama tiga bulan kepada mereka.

‘‘Kita mempunyai seramai 817 ketua kampung dan mereka menerima elaun sebanyak RM400 sebulan manakala setiausaha sebanyak RM200 sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Bubar DUN pilihan terbaik Sultan - Husam

Bubar DUN pilihan terbaik Sultan - Husam

KUALA LUMPUR 12 Mei - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan pilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikan semula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekarang masanya untuk baginda menunjukkan kesaksamaan sekali gus berpeluang untuk keluar daripada kemelut dengan tahap imej lebih tinggi.

Beliau berkata, institusi diraja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaan.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dipetik daripada laman blognya, husammusa.com.

Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Husam menambah, pembubaran itu tidak semestinya menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang kerana rakyat Perak kelak tidak semestinya akan kembali mengundi mereka.

"Apa pun, pembubaran DUN tetap langkah terpuji yang membuktikan Pas dan pakatan pembangkang adalah pemain demokrasi yang jujur dan cermat serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas. Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," katanya.

Barisan Nasional tidak rakus rebut kuasa di Perak

Barisan Nasional tidak rakus rebut kuasa di Perak

KUANTAN 12 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) rakus merebut kuasa di Perak sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Menurut beliau, BN tidak merampas kuasa di Perak secara membuta tuli sebaliknya ia dilakukan mengikut perlembagaan.

Jelas beliau, dalam tempoh 10 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, BN tidak pernah mengganggu pentadbiran pakatan pembangkang di Perak.

“Sebaliknya, pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan tiga majoriti, cuba mencuri seorang wakil rakyat BN. Sebenarnya yang rakus dan tamak itu adalah pembangkang.

“Oleh kerana pembangkang yang memulakan dahulu, sudah pasti ada reaksi daripada pihak yang satu lagi. Ada tiga wakil rakyat mereka yang lari tetapi mereka tidak sertai kita pun,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur semalam yang memutuskan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamed Nazri menegaskan, sebelum mengambil alih kuasa di Perak, BN sebenarnya tidak terlalu beria-ia merampas semula negeri itu daripada pembangkang kerana memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.

“Kita menerima keputusan pilihan raya, Kita pun tidak mahu ambil Perak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya.

Tiada syarat bincang krisis Perak

Tiada syarat bincang krisis Perak

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Azli Ayob
bhnews@bharian.com.my

Najib minta pembangkang hormati pendirian kerajaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak boleh meletakkan sebarang syarat jika benar-benar mahu berbincang dengan Barisan Nasional (BN) bagi mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

Perdana Menteri berkata, pembangkang juga perlu menghormati pendirian kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama supaya krisis itu dapat diselesaikan secara baik.

"Kita sedia (bekerjasama). (Tetapi) Pembangkang tidak patut meletakkan sebarang syarat jika mahu berbincang. Jika kerajaan boleh menghormati pembangkang, pembangkang juga perlu menghormati kerajaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan baka baru sawit Sime Darby Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam dan Presiden merangkap Pengarah Urusan Sime Darby, Datuk Seri Zubir Murshid.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menyatakan kesediaan mereka mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung kemelut politik di Perak.

Malah, Najib juga sudah menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan pembangkang bagi mencari titik persamaan berhubung isu itu.

Krisis politik di Perak sudah berlanjutan lebih 100 hari selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Kemuncak kepada krisis itu ialah kekecohan lebih lima jam ketika mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalu, sehingga terpaksa ditangguhkan dua kali.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Zambry untuk menentukan tindakan lanjut BN di Perak berikutan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kelmarin dan semalam.

"Saya tidak tahu. Terserah kepada Menteri Besar (Zambry) untuk memutuskan tindakan yang harus dibuat selepas ini. Kita membuat rayuan di Mahkamah Rayuan sebagai menghormati proses undang-undang," katanya.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dipohon Zambry.

Ditanya mengenai kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak berhak untuk berbuat demikian kerana ia adalah kuasa Sultan Perak.








Perlu ada sikap saling hormat

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang dan kerajaan perlu mempunyai sikap saling hormat-menghormati jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama bagi menangani kemelut politik di Perak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau sehingga kini tidak dapat mengesahkan kemungkinan akan ada kerjasama seumpama itu kerana belum melihat syarat-syarat yang ditetapkan pihak pembangkang.

''Saya tidak tahu apa syaratnya. Ini (mengadakan kerjasama) bergantung pada syarat yang ditetapkan pihak pembangkang.

''Bagaimanapun, paling penting ialah untuk kita hormat antara satu sama lain. Kita perlu menghormati hak pembangkang dan pihak pembangkang juga perlu menghormati hak kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penemuan saintifik terbaru Sime Darby Berhad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini yang sedia bekerjasama dengan beliau bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang bermula sejak BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada pakatan pembangkang tiga bulan lalu.

Kit Siang berkata, beliau melihat isu itu sebagai perkara yang penting dan perlu diberi perhatian segera supaya kemelut terbabit tidak berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri yang perlu memberi tumpuan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menentukan tindakan seterusnya selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa sehingga keputusan rayuan diumumkan.

''Saya tidak tahu. Ini terpulang kepada Zambry untuk membuat keputusan dan kita telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana kita menghormati proses undang-undang," ujarnya.

Mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, beliau berkata, ia terpulang kepada Sultan Azlan Shah untuk membuat keputusan.

Tambah Najib, khabar angin bahawa Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan perkembangan terbaru politik itu juga adalah tidak benar.

''Saya tidak tahu dan perlu memeriksa diari saya terlebih dahulu, tetapi (mesyuarat) bukan malam ini,'' ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Najib menjelaskan, ketidakhadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-63 semalam adalah kerana bekas Perdana Menteri itu berada di luar negara.

''Beliau telah beberapa kali memberitahu saya bahawa dia akan menghadiri satu persidangan di Bandar Raja Abdullah, Arab Saudi.

''Saya gembira beliau pergi ke sana kerana sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai wakil pada persidangan berkenaan,'' katanya.

'Atasi segera krisis elak rakyat derita'

'Atasi segera krisis elak rakyat derita'

Oleh Ridzuan Yop, Anwar Hussin, Shamsul Kamal Amarudin, Mohd Feroz Abu Bakar, Nurhayati Abdllah dan Rosdalilah Zahari
bhnews@bharian.com.my


PEMANGKU Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah diiringi Mohammad Nizar
ketika tiba pada istiadat pengurniaan pingat sempena ulang tahun
keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah,
di Kuala Kangsar, semalam.




Penyelesaian BN berteras undang-undang: TPM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang penyelesaian yang diambil Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak akan berteraskan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, kemelut politik di Perak harus diatasi segera kerana masalah itu jika dibiarkan berterusan akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Jika tidak ada satu pendekatan menyeluruh untuk menangani masalah ini, kita amat bimbang kerana ia sudah berlarutan sekian lama, oleh itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan lain, walaupun ia ada kaitan dengan soal Perlembagaan.

"Segala-galanya mesti dilihat untuk kepentingan rakyat. Walau apapun keputusan mesti tidak membelakangkan kepentingan rakyat dan sah dari segi undang-undang supaya rakyat tidak berhadapan dengan masalah kerana pentadbiran tidak boleh berjalan," katanya pada sidang media selepas melawat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran di Bukit Kiara di sini, pagi semalam.

Beliau mengulas mengenai kemelut politik di Perak yang dikhuatiri akan bertambah buruk berikutan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) kelmarin yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan bagi menyelesaikan konflik politik di Perak.
ZAMBRY diiringi Adun BN Perak menjawab soalan pemberita ketika sidang media di Ipoh, semalam.


"Yang paling utama ialah rakyat Perak tidak menanggung kesan daripada kemelut ini. Walau apapun keputusan yang dibuat, kita hendak supaya satu kerajaan yang kukuh wujud di sana dan kerajaan itu mampu membantu membangunkan Perak," katanya.

Ditanya sama ada BN bersedia jika pilihan raya negeri diadakan di Perak, Muhyiddin berkata, beliau tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku, walaupun mahkamah sudah membuat keputusan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar.

Suhakam mahu rakyat pilih

'Berikan kuasa kepada rakyat semula'

KUALA LUMPUR 12 Mei - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat krisis politik di Perak tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa diberikan semula kepada rakyat.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, andaian tersebut berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku selepas pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar diikuti kejadian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam juga menyukarkan proses pemulihan krisis politik di Perak.

Sehubungan itu beliau memetik kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh yang menyifatkan keadaan politik di Perak telah sampai ke satu tahap yang memerlukan rakyat membuat pemilihan semula.

"Artikel 21 Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kehendak rakyat akan dijadikan asas kuasa kepada kerajaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari dan sesi perjumpaan Suhakam Bersama Media 2009 di sini hari ini.

Abu Talib menambah, mungkin masanya telah tiba untuk rakyat Perak diberikan peluang melaksanakan hak memilih semula kerajaan yang menjadi asas kepada hak asasi manusia.

Menurut beliau, hanya kerajaan yang stabil dapat memastikan hak untuk menikmati keharmonian dan mencapai kemajuan boleh dicapai.

Beliau juga berharap kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia mendengar perbezaan pandangan di samping bersikap toleransi dan menerima demonstrasi awam yang menentang dasar dan tindakan tidak popular.



Suhakam mahu rakyat pilih


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman.

"Hanya sebuah kerajaan yang stabil mampu memastikan hak keamanan dan pembangunan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Artikel 21 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, kejadian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah amat sukar isu Perak ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," katanya. – Bernama

Nizar keluar pejabat MB

Nizar keluar pejabat MB



MOHAMMAD NIZAR meninggalkan pejabat Menteri Besar Perak apabila
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri
Zambry Abdul Kadir untuk penangguhan pelaksanaan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Ipoh, semalam.

IPOH: Kurang 24 jam, itulah tempoh masa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar semula, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Malah, Mohammad Nizar hanya sempat memasuki pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini yang dikosongkannya kira-kira tiga bulan lalu, selama 20 minit sebelum keluar untuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi majlis penganugerahan pingat.

Terdahulu, beliau bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan, jam 7.15 pagi diiringi semua Exconya, termasuk bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar.

Mohammad Nizar dilihat keluar daripada bangunan itu jam 7.50 pagi menaiki kereta Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS10 menuju ke Kuala Kangsar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya kira-kira jam 3.30 petang kelmarin mengisytiharkan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, tepat jam 1.30 tengah hari semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu, sekali gus mengembalikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan keputusan itu, Zambry akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan seterusnya.

Apapun, Mohammad Nizar turut sempat mengadakan 'Mesyuarat Exco' kerajaan negeri Pakatan Rakyat tengah malam kelmarin yang berlarutan sehingga awal pagi semalam dan membuat beberapa keputusan.

Antaranya mengisytiharkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu tidak sah dan pelantikan Datuk R Ganesan sebagai Speaker DUN tidak berperlembagaan.

Mesyuarat itu turut memutuskan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Selain itu, semua 817 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan 318 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipilih Pakatan Rakyat dikembalikan jawatan masing-masing.

Keputusan lain ialah menghantar surat kepada Sultan Perak memohon perkenan menghadap untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Bagaimanapun, Zambry pada sidang medianya selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu berkata, semua keputusan yang dibuat 'mesyuarat Exco' Pakatan Rakyat, malam kelmarin, adalah terbatal.

Beliau turut mempertikai keputusan 'mesyuarat Exco' berkenaan kerana membuat keputusan tanpa mengikut prosedur dan tatacara mesyuarat yang sah.

Berhubung sidang DUN Perak 7 Mei lalu yang dianggap tidak sah kerana beliau bukan Menteri Besar yang sah, Zambry berkata, keputusan untuk menetapkan tarikh dan memanggil persidangan adalah bidang kuasa Sultan Perak.

Zambry juga berkata, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak.

Sementara itu, Mohammad Nizar dan semua Exconya dilihat mengosongkan pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini pada jam 2.30 petang semalam.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, tindakan mereka sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima rayuan Zambry.

Gantung tugas SUK Perak bercanggah undang-undang

Gantung tugas SUK Perak bercanggah undang-undang

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my


PEGUAM pemerhati, Datuk Mohd Hafirizam Harun (kanan) menyatakan sesuatu kepada media selepas Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penangguhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, semalam.

Abdul Rahman, Ahmad Kamal diminta bekerja seperti biasa

PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid bercanggah dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata mengikut undang-undang itu Menteri Besar tidak mempunyai kuasa perundangan menggantung kerja Abdul Rahman dan Ahmad Kamal

Sehubungan itu, beliau meminta Abdul Rahman dan Ahmad Kamal menjalankan tugas seperti biasa sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

"Mengikut Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan termasuk kuasa untuk menggantung kerja dan memecat.

"Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada lebih 650 kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Mengulas lanjut, Mohd Sidek berkata, tindakan menggantung dan memecat penjawat awam tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan.

"Penggantungan kerja seseorang penjawat awam adalah tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993.

"Sementara mengikut peraturan 45(1) TU(A395)/1993, seseorang penjawat awam boleh digantung kerja jika pegawai itu sudah disabitkan mana-mana mahkamah jenayah atau suatu perintah seperti dinyatakan dalam Peraturan 32 perintah tahanan, buang negeri, pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya sudah dibuat terhadap pegawai itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan penggantungan kerja terhadap Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak membabitkan mana-mana alasan yang sudah dinyatakan, menyebabkan ia tidak sah mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohammad Nizar yang dilaporkan menggantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, status penggantungan itu menjadi tanda tanya apabila Mahkamah Rayuan semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan itu sehingga selesai rayuan.





Tiada kuasa gantung dua pegawai kanan kerajaan negeri

PUTRAJAYA 12 Mei – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak mempunyai kuasa untuk menggantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, kedua-dua pegawai kanan kerajaan negeri terbabit hanya boleh digantung tugas oleh suruhanjaya perkhidmatan berkenaan.

Menurutnya, penjawat awam juga boleh digantung tugasnya jika disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah jenayah.

‘‘Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik termasuk menggantung kerja dan memecat hanya boleh dibuat oleh suruhanjaya perkhidmatan berkenaan.

‘‘Dalam keadaan masa kini memandangkan alasan-alasan bagi pergantungan kerja tidak berbangkit, maka kedua-dua pegawai awam itu tidak boleh digantung kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Seramai 670 kakitangan awam di JPM menerima anugerah perkhidmatan cemerlang masing-masing.

Mohammad Nizar yang telah disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam telah bertindak mengantung tugas Ahmad Kamal dan Abdul Rahman serta merta.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan sementara keputusan tersebut.

Mohd. Sidek memberitahu, Penasihat Undang-Undang Negeri tertakluk dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala Setiausaha Kerajaan Negeri pula di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

‘‘Sehubungan itu, sebagai penjawat awam, kita perlu mengikut dan melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan.

‘‘Saya akan maklumkan perkara ini kepada kedua-dua penjawat awam itu hari ini,” katanya.

Sementara itu ketika berucap pada majlis tersebut, beliau berkata, mutu perkhidmatan seseorang penjawat awam bergantung kepada sejauh manakah ia diterima rakyat.

DUN Perak tak perlu dibubar: Zahid

'Utamakan rakyat'

Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja ke Bahagian Teknologi Pendidikan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak perlu mengutamakan kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang diperlukan ialah sebuah kerajaan yang kukuh bagi membantu membangunkan Perak demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari yang lalu sudah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan bagi menyelesaikan kemelut politik tersebut.

''Pastinya yang paling utama supaya rakyat Perak tidak menanggung kesan daripada kemelut ini kerana apa pun keputusan yang dibuat, kita nak supaya kerajaan yang kukuh wujud di sana dan kerajaan yang mampu untuk membangunkan Perak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Najib kelmarin menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak.

Muhyiddin menambah, sekarang ini terserah kepada pihak yang terlibat untuk menentukan aspek kerjasama itu setelah Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menyuarakan pandangannya.

Kata beliau, ketiadaan pendekatan menyeluruh diambil untuk menangani kemelut tersebut dibimbangi akan memberi kesan apatah lagi ia sudah berlarutan agak lama.

"Sebab itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan (yang lain) walaupun ia ada berkaitan soal perlembagaan dan perundangan.

"Segala-segalanya mesti dilihat kepada soal kepentingan rakyat. Apa-apa keputusan mesti tidak belakangkan kepentingan rakyat dan sah di sisi undang-undang supaya rakyat tidak berdepan dengan gangguan kerana pentadbiran tak dapat dijalankan dan sebagainya,'' jelasnya.

Ditanya sama ada BN bersedia jika pilihan raya negeri diadakan di Perak, Muhyiddin berkata:

"Saya tidak boleh ramalkan apa-apa yang akan berlaku mulai dari sekarang walaupun semalam mahkamah telah buat keputusan bahawa (Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin) adalah Menteri Besar.

"Kita (BN) hari ini kemukakan rayuan untuk tentang keputusan yang telah dibuat (semalam), jadi saya tak boleh nak jangkakan apa-apa yang akan berlaku di sana,'' ujarnya.







DUN Perak tak perlu dibubar: Zahid


GEMAS: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembubaran DUN bukan satu keperluan walaupun Mahkamah Tinggi, kelmarin memutuskan Datuk Seri Moham-mad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan mahkamah itu tetapi pada masa sama kita sudah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu pagi ini (semalam) kerana mempunyai kes dan asas yang kukuh.

"Kita dapati keputusan mahkamah yang memihak Mohammad Nizar itu berkaitan masalah teknikal di mana DUN tidak melaksanakan usul undi tidak percaya terhadapnya dan jika itu keadaannya, maka tindakan itu (undi tidak percaya) akan dilakukan oleh kita," katanya.

Hormati keputusan Mahkamah Rayuan

Hormati keputusan Mahkamah Rayuan


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak di Perak termasuk ahli politik dan penyokong mereka bertenang serta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berhubung status jawatan Menteri Besar negeri itu.

Polis turut meminta orang ramai tidak terikut-ikut atau terpedaya dengan beberapa khidmat pesanan ringkas SMS yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menggugat ketenteraman awam.

Menerusi kenyataan di sini, semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah bagi memastikan sistem keadilan dilaksana.

Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar sehingga mahkamah itu menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin, yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mah-kamah Tinggi itu.