Thursday, July 02, 2009

POLITIK : KHAMIS 02 JULAI 2009


DAP keluar pakatan
ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatanpembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeriini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusatpenyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Dakwaan Hadi UMNO gagal wujud perpaduan dibidas
KUALA LUMPUR 1 Julai - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hariini menyelar tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yangmendakwa UMNO gagal menjadi model perpaduan orang Melayu dan rakyat dinegara ini dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.





Pemuda Umno, Pas berdialog
KUALALUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umnomengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagimenyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu





Mungkin panggil bekas menteri
KUALALUMPUR 1 Julai - Dua bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choydan Tun Dr. Ling Liong Sik mungkin dipanggil memberi penjelasanberhubung dakwaan penyelewengan dalam Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

'Tuntutan' penduduk Kampung Buah Pala pengajaran kepada pakatan pembangkang
PENDUDUK Kampung Buah Pala, Gelugor yang kini berhadapan dengan masalahrumah mereka bakal dirobohkan kelihatannya tidak mahu mendengarsebarang penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.






Jangan layan jika debat terbuka - Shafie
KUALA LUMPUR 1 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO tidak perlu melayanpelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau muzakarahsekiranya ia dilakukan secara terbuka.

'Saya tidak ada kuasa menghalang'
ALOR SETAR 1 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidakmenghalang keputusan DAP negeri keluar dari pakatan pembangkang.

Pemuda Pas ajak Pemuda UMNO berwacana
KUALALUMPUR 1 Julai - ‘Perang terbuka’ yang diisytiharkan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap UMNO tidak menghalang DewanPemudanya mengusulkan cadangan untuk bermuzakarah dengan PergerakanPemuda UMNO.

Jemputan wacana ilmiah disambut baik
KUALALUMPUR 1 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pelawaan DewanPemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau bermuzakarah denganmereka.

Pemuda DAP tak setuju muzakarah
KUALALUMPUR 1 Julai – Seperti diduga, pelawaan Dewan Pemuda Pas untukbermuzakarah dengan Pemuda UMNO hari ini tidak disenangi PemudaSosialis DAP (DAPSY).

Warga Kesedar rasa kehilangan Tuan Aziz
KUALAKRAI 1 Julai – Kakitangan yang bekerja bersama Tuan Aziz Tuan Mat, 39,di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Wilayah Kuala Kraiterasa kehilangannya selepas beliau melepaskan jawatan untuk bertandingdalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nafi kerjasama Pemuda Pas-UMNO
KUALA LUMPUR 1 Julai - Dewan Pemuda Pas hari ini menafikan laporanbeberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan PergerakanPemuda UMNO.

Adun Pas tidak perlu ilmu tinggi
KUALA KRAI 1 Julai – Pas berpendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)di negeri ini tidak perlu berpendidikan tinggi kerana peranan merekahanya dalam ruang lingkup di kawasan yang diwakili.








DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat
ALORSETAR: DAP Kedah semalam memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyatnegeri selepas tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri pimpinanPas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.

PR bidas Hindraf tak kenang budi
GEORGETOWN:Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang pimpinan DAP membidas BarisanBertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang didakwa mengugut dan menuduhKetua Menteri, Lim Guan Eng, bersifat perkauman berhubung isu KampungBuah Pala.

Guan Eng didesak letak jawatan
GEORGETOWN: Penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, mendesak Ketua Menteri,Lim Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas dantidak berkemampuan membela rakyat negeri ini.

BN sedia kemudahan lebih baik
KUALAKRAI: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, penting bagimemudahkan usaha Kerajaan Pusat untuk terus merapatkan lagi jurangpembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Laporan lengkap PKFZ dijangka siap 3 bulan lagi
KUALALUMPUR: Laporan lengkap mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)yang menimbulkan kontroversi dijangka siap tiga bulan lagi dan akandibentangkan pada sesi Dewan Rakyat, Oktober depan.

RTM ditegur siar sidang berpilih-pilih
RADIOTelevisyen Malaysia (RTM) ditegur kerana bersikap pilih kasih apabilatidak menyiarkan sepenuhnya siaran langsung persidangan Dewan Rakyat,sebaliknya hanya menyiarkan selama setengah jam secara berpilih-pilih.

Hadi syor sistem kewangan Islam dikaji semula
AHLIParlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelaksanaan sistemkewangan Islam di negara ini perlu dikaji semula berikutan nilaikeuntungan daripada pinjaman berasaskan sistem itu disifatkan terlalutinggi.




Keputusan diketahui hari ini
PUTRAJAYA 1 Julai - Keputusan sama ada perbicaraan kes liwat PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didengar diMahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen, akan diketahui esok.

Permohonan dapatkan dokumen ditunda Jumaat
KUALALUMPUR 1 Julai - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimsupaya dibekalkan dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya yangsepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditundasehingga Jumaat ini.

Rayuan Anwar pindah kes liwat diputus hari ini
PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan akan memutuskan hari ini rayuan Penasihat PartiKeadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemindahanperbicaraan kes liwatnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Gobalakrishnan terima 2 SMS ugutan bunuh
KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), NGobalakrishnan membuat laporan kepada pegawai polis dari Balai PolisSentul di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam,kerana mendakwa menerima dua ancaman bunuh melalui khidmat pesananringkas (SMS).

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

DAP keluar pakatan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.






DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

Oleh Nahar Tajri dan Khairiatul Nabila Koderat
bhnews@bharian.com.my

Tindakan kerana tidak puas hati kerajaan negeri tangani isu bukan Melayu

ALOR SETAR: DAP Kedah semalam memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat negeri selepas tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri pimpinan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar dihadiri pemimpin DAP Kedah di pejabat parti itu di sini, selepas protes menghalang perobohan rumah pemotongan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) gagal dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan MBAS meroboh rumah pemotongan babi itu, semalam, selain isu lain yang tidak diselesaikan walaupun sudah berlarutan sekian lama.

"Kami mengenal pasti beberapa isu yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri, antaranya isu 50 peratus kuota milikan hartanah Bumiputera dan isu meroboh kuil serta tokong di Jalan Pegawai dan Tanjung Bendahara yang dalam pengetahuan kami sudah diluluskan MBAS.

"Kemuncaknya apabila isu rumah pemotongan babi tidak dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada mesyuarat ahli majlis mesyuarat negeri hari ini (semalam) walaupun beliau bersetuju berbuat demikian.

"Berikutan itu, wakil DAP dalam kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik tidak menyertai mana-mana pihak," katanya di sini, semalam.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN yang mana 16 adalah milik Pas, 14 Barisan Nasional (BN), lima Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu DAP.

Su berkata, keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada DAP Pusat.

"Kita serahkan kepada DAP Pusat untuk menentukannya, tetapi pendirian kami ialah DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat negeri ini kerana tidak mendapat layanan sewajarnya terutama dalam isu membabitkan kaum minoriti yang menyukarkan perjuangan kami untuk rakyat.

"Ia juga berdasarkan kepada tindak tanduk kerajaan negeri yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan perkara itu kepada DAP, Pas dan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukannya.

Katanya, DAP Kedah tidak sepatutnya memutarbelitkan isu dan mengaburi mata rakyat untuk menutup kelemahan mereka.

"Saya tidak pernah mengarahkan penangguhan sebulan keputusan merobohkan rumah pemotongan babi itu.

"Tempoh penangguhan itu diminta oleh DAP dan saya meminta mereka mencari tapak baru, tetapi selepas sebulan tidak ada apa-apa dan sekarang mereka hendak keluar... keluarlah jika DAP Kedah mengatasi DAP Pusat," katanya.

'Saya tidak ada kuasa menghalang'

'Saya tidak ada kuasa menghalang'

ALOR SETAR 1 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menghalang keputusan DAP negeri keluar dari pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati pimpinan DAP Pusat yang tidak tahu menahu keputusan tersebut.

"Saya tidak ada kuasa nak halang siapa yang nak keluar pakatan pembangkang kalau itu yang mereka mahu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azizan memberi reaksi segera berhubung pengumuman Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su untuk keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa tidak adil kepada rakyat.

Antara isu yang dibangkitkan pemimpin DAP itu adalah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya hari ini setelah tempoh sebulan diberikan kepada pengusaha ternakan tersebut berakhir.

Begitu juga dengan keputusan meningkatkan 50 peratus kuota bumiputera bagi pemilikan yang tidak dipersetujui oleh DAP.

Ditanya dakwaan DAP itu, Azizan menafikan beliau tidak bersikap adil kepada semua golongan masyarakat di negeri ini.

Katanya, beliau perlu menimbang kebaikan semua pihak sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dalam isu merobohkan tempat sembelihan babi di Kampung Berjaya, tempoh sebulan untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan pusat penyembelihan diminta sendiri oleh para pengusaha babi di pusat tersebut.

"Mereka juga telah berjanji untuk mencari tempat baru bagi dijadikan pusat penyembelihan," katanya.

Katanya, beliau sendiri telah berhubung dengan Pegawai Daerah Pendang supaya proses kelulusan tanah di Kampung Cina, Pendang dipercepatkan untuk dijadikan tempat penyembelihan babi baru jika tiada bantahan mana-mana pihak.

'Tuntutan' penduduk Kampung Buah Pala pengajaran kepada pakatan pembangkang

'Tuntutan' penduduk Kampung Buah Pala pengajaran kepada pakatan pembangkang

Oleh ABU HAKIM TANZIMUDDIN KHAN
abuhakim.khan@utusan.com.my

PENDUDUK Kampung Buah Pala, Gelugor yang kini berhadapan dengan masalah rumah mereka bakal dirobohkan kelihatannya tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Walaupun Guan Eng berhujah panjang lebar dengan menuduh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa sebelum ini sebagai punca musibah yang dilalui penduduk namun mereka langsung tidak mahu mendengarnya.

Mereka hanya mahu Guan Eng menyelamatkan kampung halaman yang mereka duduki sejak lebih 100 tahun lalu atau ketua menteri itu meletakkan jawatan.

Perkara yang menimbulkan persoalan di sini ialah mengapa sejumlah lebih kurang 200 penduduk yang rata-rata dikatakan anggota pertubuhan haram Hindraf itu boleh membuat pelbagai tuntutan.

Inilah yang berlaku apabila kempen pilihan raya parti pembangkang dan dalam konteks ini ialah DAP, PKR dan Pas menabur janji kosong tanpa keupayaan untuk melaksanakannya.

Apabila calon pakatan pembangkang berjanji akan memberi perhatian kepada masalah di sesuatu tempat rakyat terus membuat tafsiran masalah mereka akan selesai dengan memilih calon berkenaan.

Penduduk mula membuat tuntutan yang bukan-bukan termasuk menggertak untuk tidak mengundi parti tertentu dalam pilihan raya seterusnya apabila apa sahaja permintaan mereka tidak dipenuhi.

Hakikatnya kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di Kampung Buah Pala adalah mengikut undang-undang.

Kampung berkenaan pada asalnya adalah di atas tanah milik kerajaan yang kemudiannya dijual kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang untuk dimajukan.

Pemaju kawasan berkenaan telah menawarkan pampasan sehingga RM200,000 bagi setiap keluarga yang didaftarkan dan disahkan mempunyai kediaman di situ.

RM200,000 merupakan sejumlah besar yang menyaksikan sebahagian besar penduduk terlibat menerimanya dan menjalani kehidupan mewah di tempat lain dengan aman damai.

Tinggal kini segelintir penduduk yang enggan meninggalkan kawasan berkenaan yang bukan milik mereka.

Mereka mengambil kesempatan mengemukakan pelbagai tuntutan. Mereka mendakwa kerajaan negeri boleh menghalang kerja-kerja merobohkan kediaman mereka sekiranya ia mahu.

Mereka tidak mengendahkan hujah Guan Eng bahawa kerajaan negeri tidak berupaya berbuat demikian kerana pemaju bertindak mengikut undang-undang.

Segala fakta mengenai masalah di Kampung Buah Pala telah dihujahkan di mahkamah dan pemaju memenangi kes berkenaan.

Kini kerajaan pakatan pembangkang yang telah menjanjikan rakyat akan dimanjakan di bawah pemerintahannya perlu berusaha gigih untuk memulihkan imejnya. Anggota kumpulan Hindraf telah beralih arah.

Ketika berhimpun di Komtar kelmarin, mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral seperti dijanjikan', sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun dari pejabatnya untuk menemui mereka.

Sehingga ke akhir Guan Eng tidak bertemu mereka.

Berhati-hatilah ketika menabur janji jangan sampai memakan diri.

PR bidas Hindraf tak kenang budi

PR bidas Hindraf tak kenang budi

GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang pimpinan DAP membidas Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang didakwa mengugut dan menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersifat perkauman berhubung isu Kampung Buah Pala.

Kerajaan negeri juga menyifatkan pemimpin pertubuhan haram itu tidak mengenang budi kepada DAP yang berjuang untuk membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malah, kerajaan negeri juga mendakwa Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang melarikan diri ke luar negara cuba mengambil kesempatan daripada isu itu dengan meminta kerajaan supaya tidak dikenakan tindakan apabila pulang ke tanah air.

Perkara itu dinyatakan pada sidang media bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Batu Uban, S Raveentharan di sini, semalam.

"Sebelum ini, siapa yang berdepan dengan pemaju (Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd)? Kalau kita tidak buat sesuatu, pemaju sudah roboh rumah tahun lalu. Di mana Hindraf masa itu?

"Jadi, jangan ugut dan berasakan kerajaan negeri lemah. Kita bertindak dan bersabar mencari jalan penyelesaian.

"Saya berada di sini, bukan di luar negara. Saya tidak minta tolong pihak yang anti-Malaysia. Saya di Malaysia, lawan dan buat di sini. Saya tidak berbohong dan tipu dengan lari ke luar negara, bersahabat dengan ejen untuk menjatuhkan Malaysia. Itu bukan kita (DAP)," kata Ramasamy.

Ramasamy mengulas kenyataan Waythamoorthy yang menuduh Guan Eng sebagai bersifat perkauman.

Waythamoorty dipetik sebagai berkata, kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi harapan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap isu dihadapi penduduk Kampung Buah Pala.

Penduduk sepatutnya mengosongkan rumah kerana pemaju akan merobohkannya hari ini, tetapi kerajaan negeri berjaya mendapat persetujuan pemaju supaya ditangguhkan selama sebulan.

Guan Eng didesak letak jawatan

Guan Eng didesak letak jawatan


A DRAVIAM (tengah), M Muniamah (kiri) dan S Viram menunjukkan pelan kondominium yang akan dibina di lorong Kampung Buah Pala.

GEORGETOWN: Penduduk Kampung Buah Pala, Gelugor di sini, mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas dan tidak berkemampuan membela rakyat negeri ini.

Mereka turut membidas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, kerana tidak menghulurkan bantuan perundangan kepada penduduk sepanjang proses perbicaraan.

Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C Tharmaraj, berkata pihaknya mendesak Guan Eng meletak jawatan kerana berasakan Setiausaha Agung DAP itu tidak mampu menjalankan tanggungjawab.

Beliau mendakwa banyak pembohongan dilakukan Guan Eng berhubung kampung itu dan ia tidak membantu, malah menyusahkan penduduk kerana tiada jalan penyelesaian kepada masalah mereka.

"Beliau seorang penipu besar kerana mengeluarkan kenyataan berbeza dan tidak tahu apa-apa mengenai Pulau Pinang kerana berasal dari Melaka. Kami tidak mahu orang macam ini menjadi Ketua Menteri kami lagi, lebih baik beliau balik Melaka.

"Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami langsung tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik beliau letak jawatan," katanya di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal kempen dengan menjanjikan penduduk bahawa hak mereka akan dikembalikan jika PR memerintah negeri ini.

Pemuda Umno, Pas berdialog

Pemuda Umno, Pas berdialog

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar

bnews@bharian.com.my


RAZALI (kiri) bersalaman dengan Nasrudin sambil disaksikan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff selepas sidang akhbar di Parlimen, semalam.

Permulaan selesai kemelut dua parti demi kebaikan rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda Umno yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, pada sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen, berkata perkara utama yang difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu berbangkit serta soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk membabitkan umat Islam negara ini.

"Ini adalah satu usaha ke arah membincangkan dan menyelesaikan masalah yang menjadi polemik dan krisis antara kedua-dua parti dan yang lebih penting untuk kebaikan rakyat.

"Kami sangat positif dan bersikap terbuka dalam apa juga suasana ke arah menangani isu yang dapat menyelesaikan masalah.

"Insya Allah ia akan menjadi permulaan untuk kita memperbanyakkan perbincangan dan menghidupkan budaya ilmiah dalam menyelesaikan masalah," katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan surat jemputan kepada Razali bagi mengadakan dialog itu. Kedua-duanya yang diiringi beberapa pemimpin Pemuda Pas dan Umno, turut mengadakan perbincangan kira-kira 15 minit di lobi Parlimen.

Ditanya sama ada wacana itu menjurus ke arah perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang ditolak Pakatan Rakyat sebelum ini, Nasrudin berkata: "Kita tengok macam mana."

Beliau berkata, surat jemputan kepada Pemuda Umno itu perlu dijawab dalam masa tujuh hari dan jika Umno menerimanya, sebuah sekretariat akan ditubuhkan bagi menentukan format, keanggotaan, tajuk, masa dan tempat dialog itu diadakan.

Katanya, beliau mencadangkan tajuk "Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam", namun Razali meminta tajuk itu ditentukan kemudian mengikut kesesuaian kedua-dua pihak.

Razali pula berkata, perbincangan itu membuka peluang bagi kedua-dua pihak untuk membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

"Saya percaya perbincangan yang dijalankan dengan ikhlas dan jujur ini dapat menyelesaikan banyak perkara dan ia bukannya semata-mata berkaitan dengan politik," katanya.

Dalam sidang media berasingan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyifatkan pelawaan itu sebagai satu perkembangan besar dan tindakan berani yang diambil oleh Pemuda Pas.

"Ini langkah berani dan mungkin sebelum ini ia tidak dapat dijalankan kerana terdapat gangguan daripada rakan pembangkang yang lain.

"Pemuda Pas mengorak langkah mereka sendiri untuk mengadakan perbincangan bagi menangani masalah berkaitan masyarakat, antaranya isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

"Perbincangan ini tidak perlu hanya tertumpu kepada hal Melayu dan Islam dan pelawaan ini menepati pandangan Umno yang menginginkan kerjasama antara kedua-dua parti terjalin," katanya.

Mengenai cadangan Pemuda Pas untuk menubuhkan sekretariat, beliau berkata, ia perlu ditentukan selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, 14 Julai ini.

"Jika tiada sebarang serangan peribadi dilakukan ketika pilihan raya kecil itu berlangsung, maka jelaslah perbincangan ini perlu diteruskan," katanya.

Sementara itu, DAP kecewa dengan tindakan Pemuda Pas menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ilmiah itu.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, berkata tindakan Pemuda Pas itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong pembangkang kerana Pakatan Rakyat secara jelas menolak sebarang perbincangan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Saya terkejut dengan wacana ini walaupun Pas mempunyai hak (untuk mengadakannya), sebagai rakan dalam Pakatan, hal ini tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

"Kita sudah tegaskan, kalau mahu berdebat, mengapa hanya membabitkan dua parti. Jika membabitkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, kita alu-alukan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Nasrudin untuk meminta penjelasan, Loke berkata, ia akan dibangkitkan dalam mesyuarat Pemuda Pakatan minggu depan.

Pemuda Pas ajak Pemuda UMNO berwacana

Pemuda Pas ajak Pemuda UMNO berwacana

KUALA LUMPUR 1 Julai - ‘Perang terbuka’ yang diisytiharkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap UMNO tidak menghalang Dewan Pemudanya mengusulkan cadangan untuk bermuzakarah dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Hari ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam kepada Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menerima surat jemputan tersebut di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Nasrudin ketika ditemui pemberita, secara dasarnya Pemuda Pas mencadangkan kedua-dua pihak mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda UMNO.

Beliau yang memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda UMNO untuk menjawab jemputan itu juga mencadangkan supaya muzakarah tersebut diadakan secara terbuka dan dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan.

Katanya, ia bertujuan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, timbulnya fitnah dan salah maklumat yang diterima oleh orang ramai.

Jemputan wacana ilmiah disambut baik

Jemputan wacana ilmiah disambut baik

KUALA LUMPUR 1 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau bermuzakarah dengan mereka.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan besar ketika usaha untuk mengadakan perbincangan antara Pas dan UMNO di peringkat pusat diganggu rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang.

“Saya melihat Pemuda Pas berani mengorak langkah mereka sendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda UMNO yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara Pas dan UMNO,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk ‘Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam’ kepada Pemuda UMNO yang diterima oleh Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen di sini.

Mengenai penubuhan sekretariat bagi membincangkan mekanisme muzakarah, Khairy berkata, mesyuarat pertama dicadangkan selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

“Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini. Sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan,” kata beliau.

Menurutnya, muzakarah berkenaan tidak seharusnya terhad pada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebaliknya harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pas mengalu-alukan sebarang perbincangan dengan UMNO pada bila-bila masa sekiranya ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat serta tidak menyentuh kerajaan perpaduan.

Salahuddin memberitahu, beliau telah banyak kali menulis surat kepada Pemuda UMNO untuk mengadakan perbincangan bersama mengenai isu-isu pendidikan dan sosial sewaktu menjadi Ketua Pemuda Pas dahulu.

Pemuda DAP tak setuju muzakarah

Pemuda DAP tak setuju muzakarah

KUALA LUMPUR 1 Julai – Seperti diduga, pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk bermuzakarah dengan Pemuda UMNO hari ini tidak disenangi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

Dalam reaksi segera tidak sampai beberapa jam selepas pelawaan itu dibuat, ketuanya, Loke Siew Fook berkata, tindakan tersebut akan memberi mesej yang mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Apatah lagi, tegasnya, selepas keputusan dibuat sebulat suara oleh pemimpin pakatan pembangkang untuk menolak sebarang perbincangan dengan UMNO minggu lalu.

“Saya bukan membantah sepenuhnya tindakan Pemuda Pas tersebut, namun berpendirian (tindakan itu) harus dimaklumkan kepada pakatan pembangkang di peringkat Pusat terlebih dahulu.

“Kalau dilihat dalam konteks semangat pakatan pembangkang, itu tidak patutlah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Nafi kerjasama Pemuda Pas-UMNO

Nafi kerjasama Pemuda Pas-UMNO

KUALA LUMPUR 1 Julai - Dewan Pemuda Pas hari ini menafikan laporan beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan itu merujuk kepada penyerahan surat rasmi jemputan untuk Pemuda UMNO bagi mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO tidak bertentangan dengan Islam melalui penubuhan sebuah sekretariat bersama kedua-dua sayap parti.

"Sehubungan itu, Pemuda Pas Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah membuat laporan berita yang salah terhadap isu tersebut," katanya.

Beliau berkata, sekretariat yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim itu telahpun diberi penjelasan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi bahawa ia hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

Katanya, wacana itu adalah kesinambungan cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perjuangan UMNO. - BERNAMA

Adun Pas tidak perlu ilmu tinggi

Adun Pas tidak perlu ilmu tinggi

KUALA KRAI 1 Julai – Pas berpendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini tidak perlu berpendidikan tinggi kerana peranan mereka hanya dalam ruang lingkup di kawasan yang diwakili.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron berkata, ADUN hanya perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan jika memiliki ilmu setinggi mana sekali pun ia hanya digunakan di kawasan itu serta tiada kuasa untuk membuat sebarang dasar.

Beliau berkata, kakitangan kerajaan di negeri ini berjiwa rakyat dan ia memberi kelebihan kepada wakil rakyat berurusan dengan mereka tanpa berasa segan silu walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

“Dalam konteks Kelantan, untuk mewakili rakyat berjumpa dengan kakitangan kerajaan tidak semestinya berpendidikan tinggi, lainlah duduk di Kerajaan Persekutuan taraf dan pendidikan mereka lebih tinggi.

“Di Kelantan, kakitangannya berjiwa rakyat jadi ADUN yang tidak berpendidikan tinggi tidak akan berasa segan untuk jumpa dengan mereka.

“Berkhidmat kepada rakyat lebih penting. Kalau ada Ph.d (ijazah doktor falsafah) sekali pun tidak boleh guna ilmu itu kalau sekadar jadi ADUN Tendong yang berkhidmat untuk rakyat Tendong saja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Warga Kesedar rasa kehilangan Tuan Aziz

Warga Kesedar rasa kehilangan Tuan Aziz

KUALA KRAI 1 Julai – Kakitangan yang bekerja bersama Tuan Aziz Tuan Mat, 39, di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Wilayah Kuala Krai terasa kehilangannya selepas beliau melepaskan jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Seorang penyelia, Awang Che Da, 52, menyokong pemilihan Tuan Aziz untuk bertanding kerana tahu kualiti kepimpinan yang beliau miliki.

Menurut Awang, selama lima tahun bekerja bersama calon pilihan raya kecil itu, dia menyedari Tuan Aziz adalah seorang individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang dapat diterima umum.

“Ketika bekerja beliau sangat serius dan memberi tumpuan sepenuhnya yang boleh dijadikan contoh, tetapi ia tidak menjejaskan hubungan erat dengan semua kakitangan tanpa mengira umur dan kedudukan walaupun beliau masih muda.

“Jika ada masalah, Tuan Aziz tidak akan melenting atau memarahi orang bawahannya sebaliknya memberi tunjuk ajar sehingga semua masalah diselesaikan,” ujarnya di sini hari ini.

RTM ditegur siar sidang berpilih-pilih

RTM ditegur siar sidang berpilih-pilih

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) ditegur kerana bersikap pilih kasih apabila tidak menyiarkan sepenuhnya siaran langsung persidangan Dewan Rakyat, sebaliknya hanya menyiarkan selama setengah jam secara berpilih-pilih.

Teguran itu dicetuskan Datuk Mohamad Aziz (BN-Seri Gading) yang menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan TV1 itu.

Beliau berkata, siaran langsung di TV1 hanya setengah jam tetapi dibuat secara berpilih-pilih.

"Tak seronoklah macam ni, biarlah macam yang lepas dari awal sampai 10.30 pagi. Kalau ada pergaduhan biarlah rakyat menilai. Ini pandangan saya daripada rakyat," katanya sebelum sesi perbahasan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 bermula pagi semalam.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, berkata beliau meminta RTM mengambil perhatian terhadap teguran itu.

Bagaimanapun, ketika Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) membahaskan rang undang-undang berkenaan, kekecohan berlaku apabila M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bangun dan mendakwa RTM tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam Dewan.

"Saya baru mendapat SMS mengatakan sebaik saja wakil Bandar Kuching berucap (membahaskan rang undang-undang), TV1 terus menyiarkan temubual. Ini gambaran yang diberi pada rakyat Malaysia, menipu... apa jadi di dewan ini. Saya arahkan semua kakitangan RTM keluar kerana mereka mengelirukan semua pihak dan menipu rakyat.

"Boleh atau tidak kita usir orang asing yang berada dalam dewan ini? Bukan tak suka tetapi mereka memutar-belitkan dan ini tak boleh dibenarkan. Boleh kita hantar orang asing ini keluar," katanya.

Ronald kemudian mengulangi kenyataan yang dibuat sebelum ini.

"Ahli Barisan Nasional (BN) turut membawa benda (isu) yang sama dan saya minta rujuk dan pihak berkaitan memberi perhatian terhadap teguran dibuat Ahli Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat pembangkang, N Gobalakrishnan (DAP-Padang Serai) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) terus mendesak supaya mengambil tindakan sama ada RTM mematuhi keputusan Speaker atau menghentikan siaran langsung.

Mungkin panggil bekas menteri

Mungkin panggil bekas menteri

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Dua bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tun Dr. Ling Liong Sik mungkin dipanggil memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan dalam Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid memberitahu kedua-duanya antara yang dikenal pasti untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bagaimanapun tegasnya, mereka yang dipanggil tidak semestinya bersalah kerana tindakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan dalam beberapa perkara yang agak kabur.

"Ada sesetengah perkara yang kita rasa salah tetapi hakikatnya mungkin betul, itulah sebabnya kita terpaksa panggil mereka untuk mendapatkan kepastian terutama dari sudut perundangan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Azmi berkata, mesyuarat PAC hari ini membincangkan mengenai bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya apabila nama-nama yang dikenal pasti itu dipanggil kelak.

Jelas beliau, nama-nama yang dikenal pasti itu terkandung dalam senarai laporan oleh Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC) pada 28 Mei dan laporan Ketua Audit Negara.

Katanya, individu yang tidak dinamakan dalam kedua-dua laporan itu juga akan dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut.

"Mereka ini dituduh tetapi tiada tempat untuk membela diri, jadi PAC akan memanggil dan memberi ruang kepada mereka untuk membersihkan diri sekiranya tidak bersalah," ujarnya.

Menurutnya, laporan hasil siasatan itu dijangka dapat dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

Rayuan Anwar pindah kes liwat diputus hari ini

Rayuan Anwar pindah kes liwat diputus hari ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan hari ini rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemindahan perbicaraan kes liwatnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong yang bersidang bersama Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sulaiman berhujah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberikan harapan sah kepada isteri Anwar dan anaknya bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terbabit dalam kes liwat Anwar.

Sulaiman berkata, pengecualian pembabitan Abdul Gani sebagai pendakwa raya dalam kes itu diberikan kepada umum oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Eksekutif.

"Hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang betul apabila memutuskan Anwar memperoleh harapan sah dan jaminan daripada Perdana Menteri," katanya.

Pembelaan mencabar kesahihan sijil pindah itu yang dibuat mengikut Seksyen 418A Kanun Acara Jenayah (KAJ) kerana Abdul Gani masih disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis Anwar mengenai pemalsuan keterangan insiden 'mata lebam' membabitkannya pada 1998.

Sulaiman berhujah Abdul Gani tidak layak menandatangani sijil pindah itu kerana beliau adalah penyiasat dan pendakwa raya dalam siasatan kes insiden mata lebam.

Mohd Yusof pula berhujah, Abdul Gani hanya perlu menjawab berkaitan bidang tugasnya kepada bahagian pendakwaan dan berkaitan Perlembagaan Persekutuan serta bukannya terhadap Ketua Eksekutif (Perdana Menteri).

"Peguam Negara tidak terikat dengan harapan sah diberikan kepada Anwar," katanya.

Beliau berkata, mandatori untuk Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A KAJ memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi apabila sijil dikeluarkan Peguam Negara.

Mohd Yusof juga berhujah Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan bukan fungsi kehakiman apabila menandatangani sijil pindah itu.





Keputusan diketahui hari ini

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Julai - Keputusan sama ada perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen, akan diketahui esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Abdull Hamid Embong memutuskan demikian setelah mendengar rayuan Anwar terhadap perintah perpindahan kesnya ke Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha selesai mendengar penghujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mewakili pendakwa raya.

Mahkamah mendengar rayuan Anwar, 62, yang tidak berpuas hati terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan mengekalkan perbicaraan itu di Mahkamah Sesyen.

Ketua Pembangkang itu hadir di mahkamah ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Pada 5 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan agar perbicaraan kes liwat itu didengar di Mahkamah Sesyen.

Anwar mencabar kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dengan menyatakan Peguam Negara itu tidak layak berbuat demikian kerana beliau masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan laporan polis Anwar terhadap insiden 'mata lebamnya'.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 8 Julai ini di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Sementara itu, Sulaiman ketika berhujah menyatakan, bidang kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan hanya berkait dengan kuasa untuk mendakwa dan bukannya tindakan memindahkan prosiding jenayah.

Menurut beliau, ini kerana kuasa untuk memindahkan kes merupakan bidang kuasa mahkamah.

Sulaiman turut menghujahkan, penglibatan Abdul Gani dengan menandatangani sijil pemindahan tersebut membuka kepada berlakunya berat sebelah yang membahayakan pihak pendakwaan.

Beliau mendakwa, ini berikutan Abdul Gani telah memalsukan bahan bukti kes insiden 'mata lebam' Anwar pada 1998 melalui sekutu-sekutunya sedangkan ketika itu beliau merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwaan.

Sehubungan itu, Sulaiman menghujahkan Hakim Mahkamah Sesyen betul ketika memerintahkan kes itu didengar di Mahkamah Sesyen kerana Peguam Negara secara sendirinya dilihat mempunyai kepentingan terhadap kes itu.

Sulaiman turut memohon mahkamah menimbang fakta bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas didesak pelbagai pihak telah memberi jaminan bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam siasatan dan pendakwaan kes liwat tersebut.

Menurut peguam bela, kepastian itu turut diberikan kepada keluarga Anwar melalui pertemuan dengan Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah di Parlimen pada 1 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Yusof berhujah, jaminan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya bermaksud Abdul Gani tidak akan terlibat dalam membuat keputusan terhadap pendakwaan kes liwat.

Menurut beliau, perpindahan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi tidak akan menyebabkan prejudis terhadap Anwar kerana Abdul Gani hanya berperanan dari segi pentadbiran selaku Peguam Negara.

Permohonan dapatkan dokumen ditunda Jumaat

Permohonan dapatkan dokumen ditunda Jumaat

KUALA LUMPUR 1 Julai - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditunda sehingga Jumaat ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan demikian berikutan perintah Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan peguam bela kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya semua prosiding di Mahkamah Tinggi ditangguhkan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan semalam sementara menunggu mahkamah tersebut membuat keputusan terhadap rayuan Anwar berhubung perintah yang mengarahkan kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Seorang daripada peguam mewakili Anwar, Sankaran Nair memberitahu, memandangkan Mahkamah Rayuan semalam tidak menetapkan bila keputusan rayuan itu akan diumumkan, maka beliau memohon Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh sebutan bagi permohonan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pula meminta permohonan itu didengar esok kerana Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan membayangkan akan membuat keputusan terhadap rayuan itu pada hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menetapkan 3 Julai ini untuk mendengar permohonan itu dan mengarahkan Nair supaya memaklumkan kepada peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan pembelaan supaya memberi keutamaan terhadap permohonan berkenaan.

Pada 10 Jun lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memfailkan permohonan supaya pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat tersebut sebelum perbicaraan penuh bermula.

Antara yang dipohon dibekalkan ialah kandungan penuh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Desa Damansara Condominium, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan yang selesai mendengar rayuan Anwar pada hari ini akan mengumumkan keputusannya petang esok.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac lalu yang menukar keputusan Mahkamah Sesyen yang mengekalkan perbicaraan kes liwat itu di Mahkamah Sesyen.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes itu dijadualkan untuk perbicaraan pada 8 Julai ini di hadapan Hakim Mohamad Zabidin

Gobalakrishnan terima 2 SMS ugutan bunuh

Gobalakrishnan terima 2 SMS ugutan bunuh

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

Ahli Parlimen PKR minta polis siasat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan membuat laporan kepada pegawai polis dari Balai Polis Sentul di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam, kerana mendakwa menerima dua ancaman bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, beliau tidak pasti mengenai motif ancaman itu tetapi percaya suspek mengenali kenderaan yang digunakannya.

Gobalakrishnan berkata, ancaman pertama diterima lewat malam kelmarin pada jam 12.47 tengah malam ketika sedang tidur di Kulim dan diikuti SMS kedua pada 6.48 pagi semalam.

“SMS pertama yang diterima adalah seperti berikut 'Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha'.

“SMS kedua pula tercatat "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX.

"Saya harap insiden ini tidak bertambah buruk sehingga memaksa satu lagi pilihan raya kecil diadakan di Padang Serai.

"Jika Menteri Dalam Negeri tidak mahu satu lagi pilihan raya kecil, lebih baik beliau menjaga saya," katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memberi jaminan terhadap keselamatan Gobalakrishnan berikutan dakwaan beliau menerima ancaman bunuh pada lewat malam kelmarin dan pagi semalam.

Beliau berkata, Gobalakrishnan memaklumkan yang beliau menerima dua ancaman bunuh melalui SMS daripada seorang individu yang tidak dikenali.

"Saya beri jaminan akan melihat dan mengambil tindakan bagi memastikan keselamatannya terjamin. Kita punyai kepakaran dalam siasatan supaya perkara ini tidak berlarutan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

"Ya, kami ada menerima laporan polis yang dibuatnya...butiran laporan tidak boleh didedahkan kerana boleh mengganggu siasatan..kami akan siasat kes ini untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dakwaan Hadi UMNO gagal wujud perpaduan dibidas

Dakwaan Hadi UMNO gagal wujud perpaduan dibidas

KUALA LUMPUR 1 Julai - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyelar tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO gagal menjadi model perpaduan orang Melayu dan rakyat di negara ini dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, mereka melihat UMNO sebagai pendokong perpaduan yang membawa ke arah kemerdekaan negara bersama-sama parti MCA dan MIC.

Timbalan Pengerusi Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Datuk Rais Zainuddin berkata, kemerdekaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil kesepakatan rakyat yang menjadi asas kukuh perpaduan negara sejak 52 tahun lalu.

"Perjuangan UMNO menuntut Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara menunjukkan komitmen parti tersebut untuk menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan Melayu.

"Perpaduan kaum bertunjangkan prinsip-prinsip Rukun Negara tidak sesekali mengamalkan penindasan kerana pembasmian kemiskinan di negara ini mengambil kira kepentingan semua kaum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Hadi mendakwa UMNO tidak menjadikan Islam dan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan di negara ini.

Katanya, perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal dalam mencapai matlamat tersebut.

Terdahulu, pakatan pembangkang menolak cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan sendiri oleh Hadi.

Rais berkata, Pas tidak layak bercakap mengenai perpaduan kerana parti tersebut hanya menggunakan Islam sebagai tujuan politik dan kepentingan peribadi.

Sebaliknya, ujar beliau, UMNO lebih komited dalam memperjuangkan Islam di negara ini.

"Kita telah menubuhkan Bank Islam, Tabung Haji dan Majlis Agama Islam di peringkat kebangsaan sedangkan di Kelantan, pentadbirannya masih menggunakan sistem yang sama seperti negeri-negeri yang lain.

"Ironinya, biarpun sudah 15 tahun Pas memerintah Kelantan, tetapi hukum hudud masih belum dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Bakar berkata, dalam perlembagaan UMNO, Islam turut diangkat sebagai salah satu asas dan tujuan perjuangan parti.

"UMNO sentiasa mengambil langkah terbuka ke arah perdamaian seiring dengan ajaran Islam yang menganjurkan persaudaraan dan perpaduan, lebih-lebih lagi di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk," katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad pula berpendapat, tindakan Hadi tersebut bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat kepada pilihan raya Manek Urai yang semakin hampir.

"Ini merupakan agenda tersendiri yang ditimbulkan Pas untuk memburukkan UMNO dalam usaha meraih undi menjelang pilihan raya tersebut," katanya.

Jangan layan jika debat terbuka - Shafie

Jangan layan jika debat terbuka - Shafie

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO tidak perlu melayan pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk mengadakan perbincangan atau muzakarah sekiranya ia dilakukan secara terbuka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pemuda UMNO tidak perlu menerima pelawaan itu jika muzakarah tersebut menjurus kepada perdebatan yang disaksikan oleh ramai penonton.

"Pakatan pembangkang telah ada peluang berdebat mengenai apa jua isu semasa di Dewan Rakyat. Kita pun berdebat setiap hari di Dewan Rakyat, jadi nak debat apa lagi.

"Kalau Pemuda Pas mahu duduk semeja untuk menyatakan sesuatu maka ia tidak menjadi masalah. Namun kalau ia melibatkan perdebatan dan ada penonton untuk mendengarnya, saya fikir tak perlu dan hentikanlah kerana masa itu penting," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa ahli Jawatankuasa Pembangunan Asap Koyan (AKDC) yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat Sungai Asap di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam kepada Pemuda UMNO yang diterima oleh Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen di sini.

Menurut Nasrudin, secara dasarnya Pemuda Pas mencadangkan supaya muzakarah diadakan dengan kedua-dua pihak mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda UMNO.

Beliau yang memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda UMNO untuk menjawab jemputan itu juga mencadangkan supaya muzakarah tersebut diadakan secara terbuka yang boleh dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan.

Menurut Mohd. Shafie, perkara penting yang perlu menjadi tumpuan pemimpin politik sekarang adalah melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat dan negara.

"Bagaimanapun, sekiranya pertemuan antara Pemuda Pas dan Pemuda UMNO itu boleh memperincikan keadaan negara dalam konteks ekonomi dan perpaduan, itu tidak menjadi masalah kepada kita," katanya.

BN sedia kemudahan lebih baik

BN sedia kemudahan lebih baik

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

Kerajaan Pusat janji teruskan agenda rapatkan jurang pembangunan

KUALA KRAI: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, penting bagi memudahkan usaha Kerajaan Pusat untuk terus merapatkan lagi jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata agenda membela nasib rakyat luar bandar khususnya bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur sentiasa menjadi keutamaan kerajaan BN di samping tidak mengabaikan penduduk kawasan bandar.

"Kerajaan Pusat sentiasa membela nasib rakyat kerana ini agenda besar dan kita nak sediakan kemudahan lebih baik kepada masyarakat luar bandar, kalau pun tak setaraf dengan bandar, sekurang-kurangnya jurang antara dua kawasan ini dapat dikurangkan.

"Kalau kita menang (pilihan raya kecil) sudah pasti ada tumpuan istimewa kepada Manek Urai, kita sudah isytihar nak menjadikan Manek Urai anak angkat Kerajaan Pusat kerana kita mahu meneruskan agenda pembangunan yang dijanjikan selepas ini," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Manek Urai berkata demikian selepas beramah mesra dengan petugas jentera pilihan raya BN di Kampung Lepan Kabu, Manek Urai, di sini, petang kelmarin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala hari pengundian pula pada 14 Julai. Pilihan raya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, dari Pas pada 22 Mei lalu, akibat komplikasi jantung.

Mustapa berkata, BN bukan sebuah parti yang bekerja untuk rakyat secara bermusim, sebaliknya menjadi dasar Kerajaan Pusat bekerja sepanjang masa demi membela nasib rakyat.

Hadi syor sistem kewangan Islam dikaji semula

Hadi syor sistem kewangan Islam dikaji semula

AHLI Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelaksanaan sistem kewangan Islam di negara ini perlu dikaji semula berikutan nilai keuntungan daripada pinjaman berasaskan sistem itu disifatkan terlalu tinggi.

Beliau berkata, kadar keuntungan terlalu tinggi memberi persepsi yang tiada perbezaan antara sistem kewangan Islam dengan konvensional.

Katanya, sistem kewangan Islam di negara ini bebas daripada riba atau faedah tetapi sistem itu membenarkan keuntungan tanpa had serta batasan.

"Ini bukan sifat sebenar sistem kewangan Islam kerana asas pelaksanaannya sejak zaman Rasulullah lagi adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

"Dalam konteks ini peminjam adalah golongan yang memerlukan bantuan kerana kesempitan mereka telah membuatkan mereka perlu berhutang. Sepatutnya mereka ini dibantu dengan sebaik-baiknya dan bukan diambil kesempatan atas kesusahan yang mereka alami," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009.