Monday, June 29, 2009

POLITIK : ISNIN 29 JUN 2009

Jangan layan Nik Aziz
KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesaPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan cabaranMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secaraterbuka berhubung perbezaan dasar kedua-dua parti.

Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M
ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidakperlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matuntuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarangfaedah.

UMNO, Pas perlu bincang - Pak Lah
KEPALABATAS 28 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawimenasihatkan UMNO dan Pas supaya mencari jalan menyelesaikan isukepentingan orang Melayu melalui perbincangan bukannya berdebat secaraterbuka.






Tuan Aziz calon BN di Manek Urai
KUALAKRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39,dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.



Saya tiada hasrat jadi MB - Shafie
ALORSETAR 28 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk SeriMohd. Shafie Apdal sekali lagi menegaskan, beliau tidak berhasrat untukmenjadi Menteri Besar atau bertanding di negeri ini pada pilihan rayaumum akan datang.



Tuan Aziz calon BN Manek Urai
KOTA BHARU 28 Jun - Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan ProgramLembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39,diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pas cuba tutup pembohongan - Muhyiddin
KUALA KRAI 28 Jun - Tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatucubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yangmengorbankan prinsip perpaduan ummah.

UMNO perlu kerja keras - Mahathir
ALOR SETAR 28 Jun - UMNO masih berpeluang memikat hati rakyat termasukorang Melayu jika sanggup bekerja keras untuk membersihkan imej danmemulihkan semula kepercayaan masyarakat terhadap parti itu.

BN jangan hilang semangat - Pak Lah
KEPALA BATAS 28 Jun - Semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN)diingatkan tidak hilang semangat sebaliknya mengumpul semula kekuatanuntuk segera bangkit daripada prestasi buruk pada Pilihan Raya UmumKe-12 (PRU12) lalu.

Tiada 'cah keting' di Manek Urai - TPM
KUALA KRAI 28 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas cubamencetuskan keraguan kononnya UMNO tidak berpadu dengan memberikangambaran bahawa wujudnya 'cah keting' dalam proses pemilihan calon bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Presiden PPP diumum dua minggu lagi?
KUALA LUMPUR 28 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator Datuk T. Murugiah berkata, keputusan berhubung kedudukannyasebagai Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) yang sah diumumkan dalamtempoh dua minggu lagi.








Calon BN ikrar bela kebajikan pengundi
KUALAKRAI: "Saya berikrar melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkansebaik mungkin dan memberi khidmat setulus hati jika diberi peluangmenjadi wakil rakyat," kata Tuan Aziz Tuan Mat.

Umno Kelantan minta ahli beri sokongan padu
KUALAKRAI: Umno Kelantan meminta penyokong dan ahli Umno memberi sokongantidak berbelah bagi kepada Tuan Aziz Tuan Man yang akan menjadi calonBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Pas sebar fitnah tutup kelemahan
KUALAKRAI: Tindakan pemimpin Pas melemparkan pelbagai fitnah sertamemburuk-burukkan kepemimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihatsengaja dilakukan bagi menutup kelemahan parti itu yang gagalmembangunkan negeri ini sepanjang 19 tahun pentadbirannya.

Umno, BN mampu pikat pengundi jika kerja keras
ALORSETAR: Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memikat hati pengundi untukmenyokong parti itu jika ia sanggup berusaha keras memulihkankepercayaan rakyat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr MahathirMohamad.

'Pelawaan debat Nik Aziz hanya buang masa'
KUALALUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayanpelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untukmengadakan debat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politikPas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Tuan Aziz calon BN Manek Urai

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai



MUHYIDDIN bersama Tuan Aziz (kanan) selepas majlis pengumuman calon BN bagi DUN Manek Urai di Sungai Sok Luar, Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.

Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz mendapat sokongan padu kepemimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta di peringkat bahagian Kuala Krai yang diketuai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

" Kita ada ramai tokoh yang layak, tetapi selepas kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin serta Ramzi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 14 Julai.

Jumaat lalu, Pas menamakan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan, tetapi semalam Presiden Akim, Hanafi Hamat, pula menyatakan hasrat sama.

Muhyiddin berkata, BN menaruh harapan tinggi menerusi pencalonan Tuan Aziz untuk menebus kekalahan lalu.

"Kita bertekad merampas kembali DUN Manek Urai dan berharap semua pengundi memberi peluang kepada BN membuktikan kemampuannya membawa perubahan di kawasan ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN bertekad mencipta kemenangan di Manek Urai demi membela nasib agama, bangsa dan negara.

Pada sidang medianya, Muhyiddin menolak dakwaan Pas kononnya berlaku "cah keting" (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon BN.

"Itu anggapan Pas saja dan ia tidak pernah berlaku, sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan saja mampu menarik sokongan golongan muda, tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya.

Beliau berkata, BN juga mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat dan serius untuk membangunkan kawasan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, BN akan menyenaraikan semua usahanya membangunkan Kelantan sepanjang tempoh negeri ini di bawah Pas bagi memudahkan pengundi membuat perbandingan menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.





Tuan Aziz calon BN Manek Urai

KOTA BHARU 28 Jun - Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN di Kampung Sungai Sok Luar, dekat sini petang ini.

Muhyiddin yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dapat memastikan BN menawan kerusi Manek Urai dan menjadikan ia sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu di Kelantan.

"Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Malah katanya, pemilihan Tuan Aziz juga dilihat dapat membantu menarik lebih ramai sokongan kalangan muda yang dianggarkan sekitar 25 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini.

Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Jangan layan Nik Aziz

Jangan layan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan cabaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar kedua-dua parti.

Menurut mereka, perdebatan itu hanya membuang masa dan akan menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan orang Melayu apabila setiap pihak ingin mempertahankan pendapat masing-masing.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, kaedah terbaik yang sepatutnya dibuat ialah mengadakan dialog atau muzakarah antara pimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, dialog itu harus membabitkan semua isu termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dakwah serta masalah sosial yang dialami oleh orang Melayu sekarang.

''Pihak kami tidak bersetuju diadakan perdebatan kerana biasanya akan ada satu pihak yang kalah dan adalah tidak manis orang Melayu sama-sama Islam hendak berdebat.

''Sebaliknya dialog adalah lebih wajar kerana setiap pihak sama-sama memberi pandangan untuk kebaikan semua dan tidak ada siapa yang akan kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cabaran Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan Najib ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadapnya kerana mendakwa parti itu sama seperti ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng, dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya.

'Pelawaan debat Nik Aziz hanya buang masa'

'Pelawaan debat Nik Aziz hanya buang masa'

Oleh Azmi Md Deros, Hussain Said, Amin Ridzuan Ishak, Ridzuan Ahmad dan Khairiatul Nabila Koderat
bhnews@bharian.com.my

Pelbagai pihak anggap cadangan Menteri Besar Kelantan tidak selesai sengketa Umno-Pas

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi berbeza.

"Saya ingat tak ada faedah.. Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris.. dua-dua tak faham.. Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden.

"Ia akan buang masa saja.. Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin ini untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara kedua-dua parti yang berlarutan.

Di KEPALA BATAS: bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan debat terbuka antara Najib dengan Nik Abdul Aziz sebagai tidak perlu.

Sebaliknya, beliau mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan platform lebih sesuai iaitu berbincang untuk mencari kesepakatan Islam dan Melayu.

"Ada keperluan segera untuk Umno dan Pas bagi mewujudkan satu bentuk platform untuk membincangkan isu 'panas' dalam suasana tenang serta kondusif," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas di sini, semalam.

Di KUALA KLAWANG: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa.

"Soal berdebat ini bila-bila pun boleh tetapi kita tidak ada asas untuk mengadakan perdebatan. Tiba-tiba tiada ribut, tiada hujan, maka kita nak debat dan apakah yang mahu didebatkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cawangan Kampung Gagu, di sini, semalam.

Di KUALA KRAI: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

"Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, semalam.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyambut baik cadangan Nik Abdul Aziz itu bagi merungkai segala masalah yang sedang berlaku antara kedua-dua parti.

Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M

Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau ditanya cabaran Nik Abdul Aziz yang mengajak Perdana Menteri berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai amalan rasuah dalam UMNO, Mahathir berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Beliau yang kecewa dengan keadaan rasuah dalam UMNO bagaimanapun berkata, pada masa ini terdapat usaha-usaha positif di kawasan tertentu untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada ahlinya untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya perlu meraih sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, angka yang menunjukkan ahli UMNO pada masa ini iaitu kira-kira 3.5 juta bukan ukuran menjamin kemenangan jika parti itu gagal meraih sokongan padu daripada rakyat.

Justeru, jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membersihkan imejnya dan sentiasa mendekati rakyat supaya mendapat sokongan mereka yang berpuas hati dengan prestasi dan imej parti.

l UMNO, Pas perlu bincang - Pak Lah

UMNO, Pas perlu bincang - Pak Lah

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

KEPALA BATAS 28 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan UMNO dan Pas supaya mencari jalan menyelesaikan isu kepentingan orang Melayu melalui perbincangan bukannya berdebat secara terbuka.

Menurutnya, UMNO dan Pas perlu memilih pendekatan secara muafakat atas semangat persaudaraan sesama Islam bagi menyelesaikan pelbagai isu yang menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini.

"Saya rasa tidak perlu pendekatan itu (berdebat) kerana lebih baik kedua-duanya (UMNO dan Pas) duduk berbincang masalah yang ada dan mewujudkan persefahaman.

"Kita perlu selesaikan perkara-perkara yang menimbulkan percanggahan dan pendirian termasuk yang membabitkan soal agama," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka berhubung kemelut yang melanda kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.

Abdullah berkata, UMNO dan Pas memainkan peranan cukup besar untuk mewujudkan persefahaman di kalangan orang Melayu lebih-lebih lagi dalam perkara yang menyentuh kepentingan agama.

"Sudah ada kecenderungan orang Melayu boleh bertelagah soal agama, (justeru) UMNO dan Pas perlu mewujudkan persefahaman agar orang Melayu tidak berbalah mengenai isu sebegini," jelasnya.

Katanya, kesepakatan UMNO dan Pas dalam membincangkan isu-isu secara bersama mampu menyediakan asas yang kukuh untuk mewujudkan perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan orang Melayu.

Abdullah menambah, walaupun perpaduan menjadi keutamaan dalam asas perbincangan antara UMNO dan Pas, ia tidak bermakna kedua-dua parti itu tidak boleh berbeza pandangan dalam isu-isu tertentu.

"Perpaduan tidak bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan, tetapi bila ia menyentuh soal agama dan bangsa maka kita perlu bersama-sama selesaikan," ujarnya.

Mengenai cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas, beliau berkata, langkah permulaan perlu dibuat bagi membincangkan isu-isu penting membabitkan orang Melayu.

Ditanya mengenai tindakan Nik Abdul Aziz yang menyamakan UMNO sebagai pergerakan komunis dan ajaran sesat, beliau berkata:

"Dia (Nik Abdul Aziz) terlajak cakap kot, tidak baik buat tuduhan seumpama itu."

Presiden PPP diumum dua minggu lagi?

Presiden PPP diumum dua minggu lagi?

KUALA LUMPUR 28 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, keputusan berhubung kedudukannya sebagai Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) yang sah diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kata beliau, pada masa ini, PPP mempunyai dua presiden iaitu beliau sendiri dan Datuk M. Kayveas selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum membuat keputusan siapa presiden parti yang sah.

"Saya serah kepada ROS untuk membuat keputusan, bagaimanapun saya berharap ia akan membawa berita baik kepada saya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga PPP Selangor di Kompleks Rakan Muda Puchong dekat sini hari ini.

Krisis dalaman PPP meledak pada 16 Mei lalu apabila Lembaga Disiplin parti itu memecat tujuh ahli termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Lapan hari kemudiannya, kumpulan yang menyokong Murugiah bertindak mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan meluluskan enam usul termasuk undi tidak percaya ke atas Kayveas sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 1993.

Serentak itu, EGM tersebut turut membatalkan pemecatan Murugiah dan memilihnya sebagai Presiden PPP yang baru.

Bagaimanapun pada 4 Jun lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Md. Alias Kalil mengesahkan Kayveas masih merupakan Presiden PPP yang sah dan pihaknya tidak menghalang parti itu untuk meneruskan perhimpunan agungnya 7 Jun lalu.

Tiga hari kemudiannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Murugiah boleh terus menyandang jawatan Timbalan Menteri sehingga ROS selesai menjalankan siasatannya terhadap parti itu.

Mengulas perjumpaannya dengan ahli PPP Selangor, Murugiah berkata, PPP telah menerima sebanyak 14,200 ahli baru dari negeri tersebut menjadikan keseluruhan ahli parti pada masa ini ialah 35,000 orang.

"Ia merupakan suatu petanda baik kepada kami dan menunjukkan semakin ramai rakyat memberikan sokongan kepada PPP dan Barisan Nasional (BN) secara umumnya," jelas beliau.

Tambah beliau, pihaknya berharap jumlah keahlian PPP di seluruh negara akan mencecah 50,000 orang pada akhir bulan depan.

"Majoriti ahli PPP pada masa ini ialah kaum India dan kami mahu menarik lebih ramai ahli daripada kaum-kaum lain untuk menyertai parti ini selaras konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menguatkan BN supaya dapat memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pas cuba tutup pembohongan - Muhyiddin

Pas cuba tutup pembohongan - Muhyiddin

KUALA KRAI 28 Jun - Tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatu cubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yang mengorbankan prinsip perpaduan ummah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam landskap politik yang sudah berubah, penolakan mereka terhadap gagasan perpaduan seakan-akan rela membiarkan masa depan orang Melayu dan umat Islam keseluruhan dalam keadaan membimbangkan.

"Keputusan pilihan raya lalu menyedarkan sebahagian besar umat Islam tentang betapa penting, dalam keadaan mana sekali pun prinsip perpaduan ummah tidak boleh dikorbankan.

"Kita takut dengan situasi apabila tidak dikukuhkan orang Melayu, kita akan hanyut dan hancur mungkin dalam beberapa tahun akan datang, 'nauzubillah'," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Pusat Operasi Barisan Nasional di Kampung Sok Luar dekat sini petang ini.

Muhyiddin berkata, gagasan perpaduan umat Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disambut oleh pimpinan UMNO dengan penuh keikhlasan.

"Ini agar kekuatan umat Islam menjadi benteng daripada diserang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan parti-parti yang tidak memperjuangkan kepentingan negara," katanya.

Tambahnya, UMNO yang wujud lebih awal daripada Pas meletakkan Islam di depan dengan memasukkan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama yang diperjuangkan dan syiarnya ditinggikan.

Malah jelas beliau, usaha UMNO yang menegakkan Islam dan meninggikan tahap kehidupan ummah dan rakyat keseluruhannya merupakan perjuangan untuk dunia dan akhirat.

"Niat kita (penerimaan) ikhlas, bukan politik kotor tetapi untuk menyatukan umat Islam sebagai suatu ibadat," katanya.

Namun tambah Muhyiddin, ekoran di kalangan puak mereka ada yang tidak secocok, mereka menolak kepentingan umat Islam sendiri dan kenyataan sebenar tanpa rasa bertanggungjawab.

Katanya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang keras cadangan kerajaan perpaduan itu turut memutarbelitkan kenyataan kononnya UMNO yang memainkan isu itu.

"Ada orang kata tak payah sentuh Nik Abdul Aziz tetapi sebagai manusia kadang-kadang membuat silap dan mungkin kemungkaran.

"Takkan tok guru sebagai manusia biasa tak lakukan kesalahan. Inilah sebabnya kita berada di sini bertanding untuk membawa obor perpaduan dalam kawasan Manek Urai," ujarnya.

Tiada 'cah keting' di Manek Urai - TPM

Tiada 'cah keting' di Manek Urai - TPM

KUALA KRAI 28 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas cuba mencetuskan keraguan kononnya UMNO tidak berpadu dengan memberikan gambaran bahawa wujudnya 'cah keting' dalam proses pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, dakwaan Pas itu adalah perang psikologi yang dicetuskannya pada pilihan raya kecil berkenaan kerana mereka ketandusan isu.

Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN mendapat sokongan padu setiap anggota UMNO di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi dan ia tidak harus diragui.

"Itu anggapan Pas tetapi saya yakin komitmen kepimpinan dan sokongan begitu jelas menunjukkan mereka memberi sokongan padu, Datuk Ramzi Ab. Rahman (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai) menegaskan siapa pun yang terpilih, komitmen seluruh pimpinan di sini adalah untuk memenangkan calon.

"Mungkin di peringkat Pas ada tetapi kita tidak ada. Tetapi itu soal dia, kita tidak campur, pada masa sekarang kita perlu kerja keras. Jangan fikir mudah untuk menang," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai di Pusat Operasi BN di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN akan diwakili oleh Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, akan mewakili Pas untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menjalankan kempen seperti biasa walaupun Pas kini dikatakan sedang menghidap sindrom 'H1N1' (Hadi dan Nasharuddin) ekoran daripada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, kempen pada pilihan raya kecil itu akan diadakan seperti biasa kerana kepimpinan UMNO di bahagian telah melaksanakan tugas untuk membantu rakyat Manek Urai biar pun tidak memerintah.

"Bagi kita ada 'H1N1' atau tidak, kita akan hadapi pilihan raya ini seperti biasa, satu H (Hadi) sudah turun di sini tetapi itu tidak penting, apa yang penting kita lakukan yang terbaik dan sepakat.

"Sebagai contoh, sampai hari ini Nasharuddin tidak datang Parlimen dan tidak tahu di mana dia berada tetapi itu soal dia kerana pada masa sekarang kita perlu rapatkan barisan untuk memastikan calon kita menang," katanya.

Tambahnya, penduduk Manek Urai perlu memilih BN bagi memudahkan lagi usaha pembangunan di kawasan itu.

Calon BN ikrar bela kebajikan pengundi

Calon BN ikrar bela kebajikan pengundi

Oleh Ismail Mat dan Wan Faizal Ismayatim
bhkb@bharian.com.my


MUHYIDDIN bersama (dari kiri) Ramzi dan Mustapa mengangkat tangan Tuan Aziz (tengah) sambil diperhatikan Shahrizat selepas pengumuman penamaan calon di Sungai Sok Luar, semalam.

Tuan Aziz azam beri khidmat terbaik di Manek Urai

KUALA KRAI: "Saya berikrar melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin dan memberi khidmat setulus hati jika diberi peluang menjadi wakil rakyat," kata Tuan Aziz Tuan Mat.

Sambil mengakui kepercayaan yang diberikan kepemimpinan parti sebagai amanah besar, Tuan Aziz, 39, beliau akan melakukan sedaya upaya mendapatkan sokongan pengundi dan sedia bekerja tanpa mengira batasan waktu demi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkenaan.

"Saya terkejut dan tidak menyangka diberi kepercayaan memikul tanggungjawab berat selaku calon BN di Manek Urai. Ini amanah yang sangat besar dan berjanji akan melaksanakannya sebaik mungkin.

"Saya juga meminta pengundi memberikan sokongan dan jika diberi peluang, saya sedia mendengar rintihan dan masalah yang dibangkitkan rakyat bagi memastikan nasib mereka sentiasa terbela," katanya.

Tuan Aziz yang juga Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, berkata banyak isu, khususnya soal pembangunan boleh dipertingkatkan di Manek Urai yang sebelum ini tertinggal berbanding kawasan lain.

Bekas Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu, berkata beliau tidak mempunyai masalah berdamping dengan masyarakat setempat kerana bidang tugasnya sebelum ini yang sentiasa turun padang mendengar masalah mereka di kawasan itu.

"Saya biasa dengan persekitaran Kuala Krai termasuk Manek Urai, selain bertugas di Kesedar yang membolehkan saya sentiasa berhubung rapat dengan masyarakat setempat. Saya juga dibesarkan serta mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di sini," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terharu atas kepercayaan yang diberikan pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Walaupun kawasan ini milik Pas sebelum ini, saya percaya mampu mencapai kemenangan dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Saya minta semua pihak bersama saya memastikan kerusi Manek Urai menjadi milik BN," katanya.

Umno Kelantan minta ahli beri sokongan padu

Umno Kelantan minta ahli beri sokongan padu


TUAN AZIZ dipeluk bapanya Tuan Mat Tuan Sulong, 69 selepas diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, semalam.

KUALA KRAI: Umno Kelantan meminta penyokong dan ahli Umno memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tuan Aziz Tuan Man yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata yang penting, semua pihak perlu memastikan kemenangan Tuan Aziz yang bertanding atas tiket BN dan bukan mewakili pihak tertentu dalam parti itu.

Beliau berkata, jika semua pihak bekerja keras dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Aziz, usaha memastikan Manek Urai menjadi titik permulaan kepada kebangkitan Umno di Kelantan dan seluruh negara akan menjadi kenyataan.

"Cukuplah Pas memerintah Kelantan 19 tahun, kita nak jatuhkan bulan di Kelantan dan ia seharusnya bermula dengan kemenangan BN," katanya.

Ketua Umno Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, pula berkata Umno bahagian akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa saja calon BN.

Beliau menegaskan, semua pihak perlu meletakkan agenda parti melebihi kepentingan peribadi dan meminta semua ahli Umno memberikan sokongan padu kepada Tuan Aziz.

"Umno Kuala Krai bertekad menghapuskan arang yang diconteng Pas kepada penduduk Manek Urai menerusi kemenangan pada pilihan raya kecil ini. Oleh itu seluruh jentera dituntut memberi komitmen 100 peratus bagi memastikan hasrat itu tercapai.

"Saya juga meminta jentera kita bekerja kuat dengan semangat tinggi serta komitmen tidak berbelah bahagi. Saya percaya pada 14 Julai nanti, BN akan diumumkan sebagai pemenang," katanya.

Penduduk Manek Urai yang ditemui turut gembira dengan pemilihan Tuan Aziz dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang mesra dan mudah didekati.

Penduduk Kampung Chuchuh Puteri, Ismail Dollah, 67, menyifatkan pemilihan Tuan Aziz sebagai tepat kerana beliau mesra selain mengambil berat masalah rakyat sepanjang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Yuhanis Deraman, 62, dari Manek Urai, pula sangat bersetuju dengan pemilihan Tuan Aziz yang memang dikenali di kalangan masyarakat setempat kerana lama bertugas bersama Kesedar.

"Memang sesuai sangatlah beliau dipilih menjadi calon BN. Tuan Aziz adalah individu berjiwa rakyat dan suka menolong orang kampung yang dalam kesusahan. Saya harap dia akan menang pada pilihan raya kecil nanti," katanya.

BN jangan hilang semangat - Pak Lah

BN jangan hilang semangat - Pak Lah

KEPALA BATAS 28 Jun - Semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak hilang semangat sebaliknya mengumpul semula kekuatan untuk segera bangkit daripada prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun kehilangan banyak kerusi di beberapa negeri pada PRU lalu, ia tidak patut dijadikan alasan untuk parti komponen BN berpecah atau bertelagah sesama sendiri.

Beliau berkata, formula pemuafakatan perlu diteruskan bagi memastikan kelangsungan BN yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dipertahankan.

"Kita boleh rasa kecewa dan sedih tetapi jangan sampai hilang semangat. Parti yang hilang semangat akan hilang daya juang yang akhirnya menjadi lemah dan tidak dapat bergerak lagi.

"Kita perlu sayangkan parti, jangan amalkan sikap tinggal atau buang parti dan bertelagah sesama sendiri," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah berkata, sejarah membuktikan bahawa bukan mudah membina BN sebagai sebuah parti politik yang berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini sejak lebih 50 tahun.

Sehubungan itu, katanya, BN perlu memulihkan keyakinan dan memperbaiki segala kelemahan untuk memastikan ia terus relevan dan diterima setiap lapisan rakyat.

Sambil memberi analogi BN sebagai sebuah syarikat atau kedai, Abdullah berkata, semua parti komponen BN yang berperanan sebagai pemegang saham perlu bekerja keras untuk memastikannya ia terus hidup dan berjaya.

"Bukan mudah kita untuk membina BN sehingga menjadi sebuah parti yang terbentuk hasil daripada kesepakatan parti-parti (berbilang) kaum, inilah yang kita perlu jaga.

"Kalau kita boleh ibaratkan BN sebagai satu kedai atau syarikat, kita sebagai pemegang saham perlu pastikan kita terus kerja kuat dan jangan sampai tutup kedai," katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum, BN tidak terlepas daripada isu-isu yang menimbulkan percanggahan pendapat tetapi ia boleh diselesaikan secara bermuafakat.

Pas sebar fitnah tutup kelemahan

Pas sebar fitnah tutup kelemahan

KUALA KRAI: Tindakan pemimpin Pas melemparkan pelbagai fitnah serta memburuk-burukkan kepemimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan parti itu yang gagal membangunkan negeri ini sepanjang 19 tahun pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata disebabkan terlalu lama berkuasa di negeri ini, pemimpin Pas semakin angkuh serta takbur dengan merasakan mereka maksum sehingga memandang rendah dan memperlekeh kemampuan BN seolah-olah parti itu akan menang besar pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.

"Pas sememangnya angkuh serta takbur dan berasa mereka seolah-olah maksum yang boleh buat segala-galanya. Oleh kerana sudah terlalu lama memerintah hampir 20 tahun, mereka memperlekehkan kemampuan kita, tetapi Umno akan membuktikan kita masih kuat dan tidak selemah seperti yang mereka dakwa.

"Sehubungan itu, BN akan lawan habis-habisan untuk memastikan calon kita berjaya memperoleh kemenangan di Manek Urai nanti," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Kampung Sok Luar, Manek Urai, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai pelbagai serangan yang dilakukan Pas terhadap kepemimpinan BN termasuk menyamakan Umno dengan komunis serta ajaran sesat menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Mustapa berkata, BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik Pas yang melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan Umno, sebaliknya akan tetap mengamalkan kempen secara berhemah dan mesra rakyat.

Beliau berkata, BN terbukti lebih berkemampuan membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dari segenap segi untuk kesejahteraan rakyatnya berbanding Pas yang cuma tahu membuat fitnah dengan memburuk-burukkan kepemimpinan Umno.

Katanya, antara isu yang akan diberikan tumpuan oleh jentera BN sepanjang kempen pilihan raya kecil berkenaan termasuk penolakan kerajaan perpaduan oleh Pas, kegagalan kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri ini serta isu pembangunan yang akan dilaksanakan BN di Manek Urai.

Umno, BN mampu pikat pengundi jika kerja keras

Umno, BN mampu pikat pengundi jika kerja keras

ALOR SETAR: Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memikat hati pengundi untuk menyokong parti itu jika ia sanggup berusaha keras memulihkan kepercayaan rakyat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan BN juga perlu memberi tumpuan yang lebih kepada usaha menyelesaikan krisis ekonomi negara yang terjejas berikutan kemerosotan ekonomi dunia.

Katanya, krisis ekonomi yang melanda negara menyebabkan ramai penduduk, terutama golongan muda hilang pekerjaan apabila diberhentikan dan jika keadaan itu berlarutan akan menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan.

"Krisis ekonomi ini menyebabkan ramai orang menganggur kerana hilang pekerjaan, harga barang pula naik.

"Kalau kita berjaya tangani masalah ini kita akan dapat sokongan mereka," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah,di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Dr Mahathir berkata, pemulihan ekonomi yang berkesan juga mampu menarik sokongan masyarakat Cina kerana mereka kebanyakannya terbabit kegiatan ekonomi.

"Kejayaan kita mengatasi masalah krisis ekonomi pada 1997 dan 1998 sehingga dapat membantu mereka yang hampir bankrap menyebabkan masyarakat Cina menyokong BN pada pilihan raya 1999," katanya.






UMNO perlu kerja keras - Mahathir

ALOR SETAR 28 Jun - UMNO masih berpeluang memikat hati rakyat termasuk orang Melayu jika sanggup bekerja keras untuk membersihkan imej dan memulihkan semula kepercayaan masyarakat terhadap parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu tidak boleh meletakkan kesalahan atas orang lain dengan menjadikan alasan kaum lain tidak memberikan sokongan pada pilihan raya umum lalu sebagai punca kemerosotan prestasi.

Sebaliknya, kata beliau, parti itu perlu membuat bedah siasat mencari punca sebenar rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu telah memenangi 11 pilihan raya umum dan kemudian serius memperbaikinya.

"Tanggapan bahawa kaum lain tidak sokong UMNO atau BN adalah tidak tepat. Kalau ini dijadikan alasan maka tidak akan berjaya.

"UMNO harus pegang kepada perkara yang benar yang diketahui selepas membuat bedah siasat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr. Mahathir berkata, masalah utama yang melanda UMNO pada masa ini ialah imej rasuah yang terpalit pada pemimpinnya.

Justeru, katanya, parti itu perlu berusaha keras untuk membersihkan UMNO daripada gejala berkenaan dan perlu berani membuat keputusan untuk tidak meletakkan pemimpin yang memenangi jawatan kerana rasuah sebagai calon pilihan raya.

Katanya, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali negeri yang dimenangi parti lawan tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun sukar.

Menurut beliau, pada masa yang sama kerajaan ditunjangi UMNO perlu memulihkan krisis ekonomi supaya mendapat sokongan rakyat daripada pelbagai kaum yang akan percaya dengan kemampuan kerajaan untuk mentadbir negara.

Saya tiada hasrat jadi MB - Shafie

Saya tiada hasrat jadi MB - Shafie

ALOR SETAR 28 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sekali lagi menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Menteri Besar atau bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau melihat tugas sebagai pengerusi badan perhubungan sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikannya sebagai ahli parti.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak memberi kerjasama dan mengetepikan masalah remeh temeh sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan semula parti di negeri ini.

"Saya tidak berhasrat menjadi Menteri Besar tetapi melihat pemilihan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sebagai tanggungjawab dan amanah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah yang disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau akan menggunakan pengalamannya menjadi pembangkang di Sabah bagi merampas kembali Kedah yang kini dikuasai Pas.

Dalam menjayakan misi itu, katanya, kerjasama dan perpaduan antara ahli menjadi antara kunci selain mahu ahli-ahli UMNO turun mendekati masyarakat akar umbi.