Thursday, August 20, 2009

POLITIK : KHAMIS 20 OGOS 2009


Bersumpah jika perlu - TPM
BUKITMERTAJAM 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman akantampil memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu bagi menjelaskankedudukan yang sebenar berhubung isu tindakan Majlis Peguam ke atasnya.

Muhyiddin mahu kempen dipertingkatkan
BUKITMERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera kempen BarisanNasional (BN) terus mempertingkatkan lagi usaha terutama dalammemperjelaskan kepada pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir isu-isu yang ditimbulkan pihak lawan.





Nik Aziz seleweng
NILAI:Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan MursyidulAm Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yangdiamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu kesyurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.








ISA dipinda Oktober ini
PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukantertentu akta itu.

Terjemah akhbar Cina ditimbang
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kementerian Penerangan, Komunikasi danKebudayaan sedang menimbang untuk menyiarkan terjemahan akhbar-akhbarberbahasa Cina kepada khalayak.

Kebolehan Nik Aziz 'dikagumi'
KUALALUMPUR 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secarasinis menyatakan 'kebanggaan dan kekagumannya' terhadap Mursyidul AmPas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya individuyang boleh menentukan manusia masuk syurga atau neraka.

Jelas salah di sisi Islam
NILAI19 Ogos - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matbahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyelewengdaripada ajaran Islam.

KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 sepertiUtusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Bahaya campur politik, agama
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpinpembangkang supaya tidak menggadaikan agama semata-mata mahu menangpilihan raya.

'Saya jalankan kewajipan'
PUTRAJAYA 19 Ogos - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata,terpulang kepada sesiapa untuk mencemuhnya asalkan beliau dapatmelaksanakan kewajipannya mengingatkan kepada umat Islam bahawa syurgadan neraka itu adalah hak dan ketentuan Allah.

Ambil tindakan ke atas Nik Aziz
MELAKA 19 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan disaran mengambil tindakan keatas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mengeluarkankenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pas cabar media arus perdana
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pas mencabar media arus perdana dedahkan klipvideo sebenar yang mengandungi kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk NikAziz Nik Mat yang menyatakan 'Ahli UMNO tidak akan masuk syurga'.

Suhakam bidas parti politik
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)memandang serius tindakan parti politik menghalang media tertentumembuat liputan aktiviti mereka yang dianggap menafikan hak orang ramaiuntuk mendapatkan maklumat.

Ganti ISA dengan ALK - Sanusi Junid
TANJUNG MALIM 19 Ogos - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid meminta kerajaan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)kepada Akta Lucut Kerakyatan (ALK) bagi menghukum pihak yangmempersoalkan kontrak sosial.

Kontrak sosial ramuan untuk 1Malaysia
KUALALUMPUR 19 Ogos - Kontrak sosial perlu dipertahankan kerana ia merupakanramuan utama untuk menjayakan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat tidak campur urusan Kampung Buah Pala
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Kerajaan Pusat mengambil pendirian tidak akanmasuk campur sebaliknya menyerahkan kepada kerajaan negeri pimpinan DAPuntuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi penduduk Kampung BuahPala.







Tiada kompromi isu Melayu
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliauboleh berkompromi dengan pelbagai perkara tetapi tidak sekali-kali akanberbuat demikian dalam mempertahankan hak orang Melayu.

Jelas isu melalui komunikasi bersemuka - Zahid
KEMPENPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir barusahaja bermula kelmarin namun pelbagai isu telah pun dibangkitkan pihaklawan termasuk menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN). Bagi BNia bukan menjadi masalah.

Tuan rumah tidak kenal pengundi
BUKITMERTAJAM 19 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini mengemukakansurat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutanwujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Rohaizat tidak hilang kelayakan
KUALALUMPUR 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Osman tidakhilang kelayakan bertanding berdasarkan Perkara 48 PerlembagaanPersekutuan.

TPM harap Abu Hassan kekal ADUN
BUKITMERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif akandiputuskan kekal sebagai wakil rakyat yang sah memandangkanketidakhadirannya ke sidang DUN Negeri Kedah bukan sesuatu yangdisengajakan.

Saya bukan sengaja tidak hadir sidang DUN - Abu Hassan
JERLUN19 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk AbuHassan Sarif menjelaskan, beliau bukan sengaja tidak menghadiripersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kaliberturut-turut sehingga berdepan kemungkinan digugurkan daripadajawatan itu.

Buat pilihan berdasarkan realiti, bukan emosi - TPM
BUKITMERTAJAM 19 Ogos - Pengundi di Permatang Pasir dinasihatkan supayatidak membuat keputusan berasaskan emosi sebaliknya menilai realitikegagalan Pas membawa pembangunan walaupun sudah menguasai kawasan itusejak lebih 10 tahun.






Nik Aziz lebih dari manusia biasa
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat, sebagai �seorang yang lebih daripada manusia biasa�kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.

Mursyidul Am Pas disaran berhenti
KUALALUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat dinasihatkanberhenti daripada politik dan meletak jawatan dalam parti serta MenteriBesar Kelantan berikutan kenyataannya yang menyeleweng daripada ajaranIslam sebenar.

Pemuda Umno buktikan wujud pengundi hantu
BUKITMERTAJAM: Pemuda Umno Pulau Pinang mendedahkan ada sebuah rumah DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang mempunyai 14 pengundiberdaftar, tetapi tujuh daripada pemilih itu tidak dikenali tuan rumah.

Kenyataan bersumpah bersih nama jika perlu
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN),Rohaizat Othman, membuat kenyataan bersumpah jika perlu bagimembersihkan namanya atas dakwaan beliau melakukan salah guna wangfirmanya.

Umno sah calon layak bertanding
KUALALUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, Rohaizat Othman yang dibatalkan sijil amalan guamanpada tahun lalu, layak bertanding pilihan raya kecil kawasan itu, kataPenasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

ISA, Akta Polis 1960 ke Parlimen Oktober
PUTRAJAYA:Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Polis 1960membabitkan perhimpunan umum termasuk untuk tujuan politik di lokasidikhaskan yang tidak memerlukan permit polis adalah antara pindaan aktayang dicadang dibahaskan di Parlimen Oktober ini.

'Tindakan melampau'
PUTRAJAYA:Kekecohan yang tercetus pada hari penamaan calon pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang membabitkanAhli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, Isnin lalu tidak bolehdipandang remeh kerana ia boleh membawa implikasi negatif yangberpanjangan terhadap nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).








Siasat 'surat misteri'
SHAH ALAM 19 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini memerintahkansupaya satu siasatan lanjut dijalankan berhubung isi kandungan sepucuk'surat misteri' yang dikatakan dapat membantu inkues siasatan kematianSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Kes Norza dituduh rasuah disebut semula 15 Sept.
TEMERLOH19 Ogos - Kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNOWilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, HalimiKamaruzzaman akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 15September ini.

Karpal Singh antara peguam baru Anwar
KUALALUMPUR 19 Ogos - Berikutan penarikan diri peguam Sulaiman Abdullahekoran masalah kesihatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkanbarisan peguam baru yang akan mewakili beliau dalam kes liwat bekaspembantunya.

Tolak bantahan Karpal
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolakbantahan pihak pembelaan agar rakaman sidang media Karpal Singh padaFebruari lalu yang dirakam oleh kakitangan RTM tidak dimasukkan sebagaibahan bukti dalam kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Pengerusi DAPitu.

SPRM buka semula kes dakwaan rasuah Mohammad Fairus
PULAUPINANG 19 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang ditutup pada 22 Aprillalu, dibuka semula.

Kes kuari Fairus dibuka semula
GEORGETOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertassiasatan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri IPulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, selepas empat bulanmenutupnya.

SPRM tubuh cawangan Sosio-Politik
KOTABHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menubuhkansebuah cawangan khas berperanan memberi kefahaman dan penjelasan kepadaahli politik mengenai pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaankuasa mengikut Akta SPRM 2009.

Inkues Teoh Beng Hock: Polis diarah siasat isi surat misteri
SHAHALAM: Mahkamah Koroner di sini semalam, mengarahkan polis melakukansiasatan terhadap isi kandungan sepucuk surat misteri bertarikh 5 Ogoslalu, yang mengandungi senarai nama beberapa individu berkaitankematian Teoh Beng Hock.

Sebutan semula kes Norza 15 September
TEMERLOH:Mahkamah Sesyen di sini semalam, menetapkan 15 September ini bagisebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno WilayahPersekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, HalimiKamaruzzaman.

Nik Aziz seleweng

Nik Aziz seleweng

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salah

NILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT.

Beliau berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

"Oleh itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka salah mengikut ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya di Universiti Sains Islam Malay-sia (Usim) dekat sini, semalam.

Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu, Nik Abdul Aziz mendakwa ajaran Islam yang dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim ke syurga.

Kelmarin, ramai tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Mursyidul Am Pas itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij yang menganggap mereka saja betul, manakala orang lain salah dan kafir.

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim, menasihatkan umat Islam, terutama yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam, berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara tidak betul atau bida'ah hingga boleh memecahkan ummah.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka, kecuali Allah SWT yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya sinis.

Abdul Shukor juga berharap Nik Abdul Aziz membetulkan semula pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama lebih tinggi," katanya.

Tiada kompromi isu Melayu

Tiada kompromi isu Melayu

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau boleh berkompromi dengan pelbagai perkara tetapi tidak sekali-kali akan berbuat demikian dalam mempertahankan hak orang Melayu.

Beliau berkata, perjuangan menegakkan hak orang Melayu serta mempertahankan agama Islam, kedudukan raja, bahasa dan budaya sama sekali tidak boleh dipertikaikan.

Menurutnya, beliau akan mempertahankan perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan itu tanpa mengorbankan kepentingan bukan Melayu.

''Saya sama sekali tidak boleh menerima perbuatan orang Melayu mengkhianati orang Melayu,'' katanya sambil mempertahankan kenyataannya bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana di Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini malam ini.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Menurutnya, beliau kesal kerana pakatan pembangkang kini mempertikaikan dan mengungkit pelbagai perkara yang sudah diterima dan menjadi kontrak sosial antara kaum-kaum di negara ini sejak sekian lama.

''Pakatan pembangkang sudah mula menunjukkan belang. Mereka boleh mengorbankan perjuangan kita memartabatkan Melayu dan Islam termasuk membenarkan bukan Islam menghina Islam,'' katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau akan membela orang Melayu kerana mereka masih ketinggalan dalam pelbagai aspek di tanah air mereka sendiri.

Katanya, pemimpin Pas juga gemar mengeluarkan pelbagai fatwa seperti penyokong UMNO tidak boleh masuk syurga.

''Saya berharap pengundi di Permatang Pasir tidak terpengaruh dengan fatwa songsang begini kerana yang menentukan seseorang itu masuk syurga ialah pematuhannya terhadap ajaran Islam dan bukannya kerana menjadi ahli UMNO atau Pas,'' katanya.

Jelas isu melalui komunikasi bersemuka - Zahid

Jelas isu melalui komunikasi bersemuka - Zahid

KEMPEN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir baru sahaja bermula kelmarin namun pelbagai isu telah pun dibangkitkan pihak lawan termasuk menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN). Bagi BN ia bukan menjadi masalah.

Bagi menjawab persoalan tersebut, para wartawan berkesempatan mengajukan soalan kepada Naib Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

UTUSAN: Apakah pendekatan yang akan digunakan BN pada kempen pilihan raya Permatang Pasir sekali gus menangkis isu-isu yang dibangkitkan pakatan pembangkang?

AHMAD ZAHID: Pada kali ini kita akan mengurangkan penganjuran ceramah dan perjumpaan besar-besaran semasa kempen. Sebaliknya kita akan menjelaskan isu yang dibangkitkan pembangkang menerusi komunikasi bersemuka dengan pengundi dan menggunakan cara-cara yang dibolehkan sebagai orang Islam.

Maknanya BN tidak akan menggunakan pendekatan dengan menyerang peribadi calon?

Saya tidak mahu menyentuh mana-mana prinsip parti lain selain daripada BN dan seperti dijelaskan sebelum ini bahawa kita sekali-kali tidak akan menyerang peribadi calon kerana kita menghormati walau siapa pun pihak lawan kita.

Apakah BN akan memberikan sebarang janji untuk melakukan pembangunan kepada penduduk di sini kali ini?

BN tidak akan janji apa-apa dan kita juga tidak mahu hidangkan mereka terutama penduduk miskin dengan cakap-cakap politik seperti yang dibuat pakatan pembangkang.

Tetapi bila dah menang kita akan cari jalan untuk membantu penduduk kawasan ini, kita ikhlas, BN sudah pun menyediakan langkah-langkahnya dan apabila menang kita akan buat apa yang perlu.

Apakah pesanan Datuk Seri kepada jentera-jentera BN ketika berkempen?

Saya dah ingatkan supaya ketika berkempen janganlah kita sekali-kali mengutuk orang lain atau menyentuh peribadi orang lain, kita hanya cakap perkara-perkara baik sahaja mengenai BN malah jika ada antara mereka yang ditemui adalah penyokong Pas, kita tidak perlu marah.

Apakah harapan dan mesej yang ingin disampaikan Datuk Seri kepada penduduk di Permatang Pasir?

Saya berharap pengundi di sini akan memberi peluang kali ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Rohaizat dan kita yakin beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai wakil rakyat di Permatang Pasir ini.

Jika beliau gagal menunaikan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan dalam tempoh itu, saya sendiri akan pastikan Rohaizat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz lebih dari manusia biasa

Nik Aziz lebih dari manusia biasa

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my




Dr M 'bangga' kebolehan MB Kelantan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai 'seorang yang lebih daripada manusia biasa' kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.

Justeru, bekas Perdana Menteri berkata, beliau 'berbangga' dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu memandangkan tiada manusia biasa lain dapat berbuat sedemikian. "Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa.

"Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata.

"Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap.

"Jadi, saya 'berbangga' dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia," kata Dr Mahathir sinis pada sidang akhbar selepas Konvokesyen Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), di sini semalam.

Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh IMU, manakala 95 graduan menerima ijazah masing-masing. Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Canselor IMU, Tan Sri Dr Sulaiman Daud; Pro-Canselor, Datuk Dr Lim Kee Jin; dan Presiden, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman.

Diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir berpendapat perkara itu tidak perlu.

"Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka," katanya.

Mengenai cadangan menggugurkan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan, Dr Mahathir berkata, ia wajar turut meliputi agama kerana untuk mengenalpasti kaum di negara ini boleh ditentukan berdasarkan nama individu.

Berhubung wabak H1N1, beliau berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya virus berkenaan kerana masih ramai yang mengunjungi kawasan sesak tanpa memakai topeng mulut sebagai langkah keselamatan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata, setiap doktor perlu memahami profesion perubatan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan sebagai sumber pendapatan semata-mata atau meraih pendapatan lumayan.

Mursyidul Am Pas disaran berhenti

Mursyidul Am Pas disaran berhenti

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat dinasihatkan berhenti daripada politik dan meletak jawatan dalam parti serta Menteri Besar Kelantan berikutan kenyataannya yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata ini kerana kenyataan itu boleh menyesatkan umat Islam terutama ahli dan penyokong parti berkenaan. itu.

Beliau berkata, sama ada penyokong Pas atau Umno, mana-mana yang meninggalkan kewajipan sebagai umat Islam termasuk solat dan puasa, semua akan menjadi ahli neraka.

"Banyak kepercayaan Pas bertentangan dengan Islam dan terpulang kepada penyokong dan ahli Pas sama ada menerima atau menolak ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kalau tidak mahu ikut Majlis Fatwa, kaji dan teliti sendiri setiap perkataan yang diucapkan Nik Aziz dan rujuk al-Quran," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yakin ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak akan mengubah pendirian dan pendekatan Nik Abdul Aziz untuk terus menyatakan ahli dan penyokong Umno tidak akan masuk syurga.

"Nik Aziz tak akan peduli dengan ketetapan Majlis Fatwa kerana baginya dia betul dan tidak akan ubah cara, sedangkan dia bukan maksum dan rakyat tidak boleh membuat kesimpulan Nik Aziz tidak boleh ditegur. Mereka mesti menerima hakikat Nik Aziz juga ada membuat kesilapan.

"Saya harap semua pihak menilai ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia diputuskan oleh ulama berkecuali yang tiada kepentingan politik," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib membidas Majlis Fatwa Kebangsaan dan menyifatkan ketetapan majlis itu tidak boleh diterima kerana berat sebelah.

Kenyataan bersumpah bersih nama jika perlu

Kenyataan bersumpah bersih nama jika perlu


ROHAIZAT dan Isteri, Khairul Niza Abdul Razak melawat Tan Siong Cheng yang uzur di rumahnya di Kampung Cross Street, semalam.

Rohaizat tak bersalah, kes sudah selesai: Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, membuat kenyataan bersumpah jika perlu bagi membersihkan namanya atas dakwaan beliau melakukan salah guna wang firmanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau percaya Rohaizat tidak bersalah kerana tiada tindakan dibuat untuk membawa kes itu ke mahkamah, malah pihak yang membuat aduan sudah menarik balik tuduhan itu.

"Tindakan Majlis Peguam terhadap Rohaizat hanya membabitkan soal disiplin selepas beliau tidak menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin kerana tidak sihat.

"Beliau juga sudah menyelesaikan kesnya dengan pengadu dan kes tidak membabitkan pecah amanah tetapi hanya masalah disiplin," katanya pada sidang media selepas bertemu penduduk Permatang Pauh dan Sama Gagah, di sini, semalam.

Ketika ditanya tindakan Majlis Peguam yang mendedahkan perkara itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak tahu apakah dendam sebenar badan itu kepada kerajaan.

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menerima calon BN ini tetapi badan itu pula yang sibuk," katanya.

Ketika ditanya dakwaan ada lagi kes seumpama itu membabitkan Rohaizat, Muhyiddin berkata, sesiapa pun boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam.

"Orang boleh buat pelbagai aduan tetapi benarkah wujud kes itu?" katanya yang turut mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Rohaizat.

Muhyiddin berkata, walaupun isu itu sedikit sebanyak mengganggu kempen BN, jentera tetap bersemangat dan melakukan penjelasan terhadap pengundi.

Katanya, penduduk mempersoalkan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak mengutamakan infrastruktur dan keperluan asas lain yang diminta pengundi di situ.

Katanya, pengundi di Permatang Pasir perlu rasional memilih wakil rakyat kerana kawasan itu tertinggal dari segi pembangunan ketika dipegang oleh wakil Pas selama tiga penggal.

Sementara itu, Muhyiddin percaya SPR membuat pertimbangan sewajarnya dengan tidak menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif daripada jawatan berkenaan.

Katanya, Abu Hassan tidak hadir sidang DUN Kedah, Ahad lalu kerana tidak sihat dan ada sijil sakit.

Sementara itu, mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, yang mempertikaikan pemilihan Rohaizat, Muhyiddin berkata, ia adalah pandangan peribadi Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Umno sah calon layak bertanding

Umno sah calon layak bertanding

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman yang dibatalkan sijil amalan guaman pada tahun lalu, layak bertanding pilihan raya kecil kawasan itu, kata Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Katanya, kelayakan itu tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, manakala isu tindakan tatatertib pengamal undang-undang tertakluk Akta Profesyen Undang-Undang (LPA) 1976.

“Tiada kaitan kedua-duanya. Tidak timbul salah laku jenayah kecuali ada sabitan di mahkamah, hukuman dijatuhkan dan tiada pengampunan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang hanya hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri jika tidak sempurna akal, muflis yang belum dilepaskan, memegang jawatan berkepentingan dan gagal menghantar penyata belanja pilihan raya pada masa dan mengikut cara dikehendaki.

Jika calon disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dipenjara tidak kurang setahun atau denda kurang RM2,000 dan tidak mendapat ampun serta hilang kewarganegaraan juga boleh hilang kelayakan.

Pada 14 Mac 2008, Rohaizat menerima surat Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara menyatakan beliau dibatalkan daripada Daftar Peguam Bela dan Peguam Cara berhubung aduan kegagalannya mengembalikan RM161,000 kepada Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Bhd selepas transaksi pembelian satu hartanah dibatalkan.

Mohd Hafarizam berkata, tindakan terhadap Rohaizat dibuat mengikut Seksyen 103D LPA seperti tindakan terhadap pengarah syarikat diperbadankan menyamai proses badan profesional lain seperti Majlis Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia.

“Dalam konteks Umno, ia seperti Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan salah laku tataetika ahli tetapi tidak bermakna ahli terbabit melakukan pecah amanah dan sebagainya, ” katanya.

Mohd Hafarizam berkata, tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap Rohaizat juga atas kapasiti bersama dan berasingan yang kebiasaannya digunakan dalam undang-undang lazim perkongsian selaras Akta Perkongsian 1961.

Malah, katanya, rakan kongsi dalam firma guaman terdedah kepada liabiliti yang tidak terhad termasuk perilaku jenayah, kecuaian dan pengabaian rakan kongsi dalam firma guaman.

ISA, Akta Polis 1960 ke Parlimen Oktober

ISA, Akta Polis 1960 ke Parlimen Oktober

Kerajaan timbang benar perhimpunan di stadium, lokasi tertentu

PUTRAJAYA: Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Polis 1960 membabitkan perhimpunan umum termasuk untuk tujuan politik di lokasi dikhaskan yang tidak memerlukan permit polis adalah antara pindaan akta yang dicadang dibahaskan di Parlimen Oktober ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Seksyen 27 Akta Polis akan dikaji semula bagi membolehkan perkara berkaitan perhimpunan umum dilaksanakan dengan paling penting ialah mengenai keselamatan dan kestabilan negara.

Katanya, menurut seksyen itu, kerajaan turut menimbang membenarkan penganjuran perhimpunan di stadium atau di kawasan dalam bandar dan lokasi untuk mengadakan perhimpunan di tempat terkawal juga akan diumumkan tidak lama lagi. "Memang selama ini, polis memberikan permit bagi mengadakan perhimpunan secara aman. Apabila polis memberikan permit, anda boleh berhimpun sampai Subuh, nak melalak dan melolong... buatlah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan kawalan terhadap media bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di pejabatnya di sini, semalam.

Mesyuarat khas itu susulan keputusan Jemaah Menteri sebelum ini yang mana Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dipertanggungjawab menyelaras beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Antara yang dibincang semalam ialah usaha menyelaras tindakan dan kerjasama di kalangan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara bagi memu-dahkan sebarang tindakan diambil mengikut Akta Hasutan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan hasutan dan memastikan mana-mana kes yang didakwa adalah benar-benar kukuh dan berupaya disabitkan kesalahannya.

Mengenai pindaan terhadap ISA, beliau berkata mereka turut membincangkan mengenai cadangan memendekkan tempoh tahanan selama 60 hari seperti sekarang.

"Dalam konteks kita, bagaimana ISA diperkenalkan pada 1960, ia adalah relevan dan berdasarkan ancaman hari ini dan jika tempoh 60 hari itu boleh dikurangkan dan memastikan orang ramai merasakan akta itu bukan alat politik," katanya.

Beliau berkata, ISA tidak seharusnya dilihat sebagai alat politik, sebaliknya bertujuan mengawal keselamatan dan kestabilan negara dan ia masih relevan buat masa ini untuk membanteras pengganas.

Malah, katanya ahli politik yang didapati mengancam keselamatan negara termasuk mencetuskan sentimen perkauman juga boleh dikenakan ISA.

Menjawab soalan, Hishammuddin berkata, buat masa ini kerajaan akan mengekalkan nama ISA.

"ISA digunakan ketika zaman komunis dan darurat. Ia adalah relevan kepada banyak negara termasuk Malaysia.

"Perkara pokoknya ialah menjadikannya lebih relevan pada masa ini. Anda boleh andaikan bahawa kita memang menuju arah berkenaan. Kita sedang melihat semua aspek bagi memuaskan semua orang," katanya.

Sementara itu, Rais berkata, SKMM dan polis sedang meneliti kes berkaitan laman web dan blog melanggar undang-undang negara termasuk hasutan terhadap agama dan Raja mengikut Akta SKMM 1998.

'Tindakan melampau'

'Tindakan melampau'

PUTRAJAYA: Kekecohan yang tercetus pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang membabitkan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, Isnin lalu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh membawa implikasi negatif yang berpanjangan terhadap nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan Ahli Parlimen itu disifatkan amat melampau dan tidak memperlihatkan kematangan sebagai seorang ahli politik.

“Anggota polis sudah berada di situ demi melaksanakan tugasnya dan bertindak mengikut bidang kuasa seperti ditetapkan,” katanya selepas bermesyuarat mengenai penyelarasan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan kawalan terhadap media di sini semalam.

SPRM tubuh cawangan Sosio-Politik

SPRM tubuh cawangan Sosio-Politik

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menubuhkan sebuah cawangan khas berperanan memberi kefahaman dan penjelasan kepada ahli politik mengenai pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mengikut Akta SPRM 2009.

Cawangan Sosio-Politik di bawah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM itu, antara lain bertujuan memastikan masyarakat tidak menyalah tafsir langkah SPRM menyiasat ahli politik hingga dikecam pelbagai pihak kononnya suruhanjaya berkenaan menjalankan tanggungjawab secara berat sebelah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Mohd Yusoff Akope, berkata sebagai permulaan pihaknya sedang mengatur pelbagai program berbentuk taklimat dan penerangan secara bersama dengan mereka yang terbabit termasuk pemimpin politik dan aktivis.

Tuan rumah tidak kenal pengundi

Pemuda Umno buktikan wujud pengundi hantu

BUKIT MERTAJAM: Pemuda Umno Pulau Pinang mendedahkan ada sebuah rumah Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang mempunyai 14 pengundi berdaftar, tetapi tujuh daripada pemilih itu tidak dikenali tuan rumah.

Sebuah lagi rumah yang didiami sepasang warga emas pula mempunyai empat pemilih, namun pasangan itu tidak mengenali dua pengundi yang menggunakan alamat rumahnya.

Lebih membingungkan dua pemilih berkenaan berlainan bangsa.

Ketua Pemudanya, Norman Zahalan, berkata pihaknya ada bukti wujud pengundi hantu di Permatang Pasir.

Katanya, bancian dan pemeriksaan dilakukan sejak hari penamaan calon mendapati ada kemusykilan terhadap senarai pengundi.

“Kami terkejut dengan penemuan di dua rumah itu dan berharap siasatan segera dapat dilakukan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Umno di Permatang Pasir di sini, semalam.

Berikutan itu, Pemuda Umno negeri menyerahkan dokumen pengundi hantu kepada Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang Pasir, Masirah Che Ani di Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.



Tuan rumah tidak kenal pengundi

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan wujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Terdapat kes melibatkan pemilik sebuah rumah di Kampung Permatang Janggus yang tidak mengenali tujuh pengundi berdaftar menggunakan alamat kediamannya.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di rumah tersebut.

Katanya, bagaimanapun apabila disiasat dengan pemilik rumah tersebut didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali.

''Pada kita ini adalah bukti jelas terdapat kemungkinan wujudnya apa yang dikatakan sebagai pengundi hantu kerana ada pengundi yang didaftarkan di alamat yang tidak diketahui siapa mereka oleh tuan rumah sendiri.

''Jadi kita minta SPR untuk siasat segera kes ini dan tanganinya secepat mungkin sebelum berlangsungnya hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan surat bantahan tersebut kepada SPR yang diterima oleh Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang Pasir, Masirah Che Ani di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan turut hadir mengiringi rombongan Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahmad yang ditemui pemberita kemudian berkata, terdapat satu lagi kes yang menyaksikan dua pengundi berketurunan Cina beralamat di rumah milik seorang Melayu.

Katanya, ia telah disahkan sendiri oleh penduduk yang turun hairan dengan kes seperti itu memandangkan rumah berkenaan turun temurun didiami oleh penghuni Melayu.

''Ini dua kes awal, saya tak menolak kemungkinan ada lagi kes yang meragukan seperti ini kerana ada yang menganggarkan seramai 3,000 pengundi hantu wujud di DUN ini.

''Jadi hari ini saya bersama Pemuda UMNO bukan sahaja mengemukakan bantahan rasmi tetapi juga mengemukakan bukti yang berkaitan.

''Perkara ini serius kerana kita ada bukti. Bukan macam parti lawan yang bercakap kosong saja mendakwa ada pengundi hantu sana sini tetapi tak ada pun bukti," ujarnya.

Rohaizat tidak hilang kelayakan

Rohaizat tidak hilang kelayakan

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Osman tidak hilang kelayakan bertanding berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, mengikut Perlembagaan tersebut, hanya enam syarat yang melucutkan hak seseorang daripada bertanding.

Menurutnya, syarat itu ialah tidak sempurna akal, muflis yang belum dilepaskan, memegang jawatan berkepentingan dan gagal menghantar penyata belanja pilihan raya dalam masa serta mengikut cara yang dikehendaki.

"Selain itu, individu yang disabitkan suatu kesalahan oleh suatu mahkamah, dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta tidak mendapat ampun akan hilang kelayakan dan hilang kewarganegaraan.

"Oleh itu, Rohaizat tidak hilang kelayakan bertanding malah nasihat juga telah diberi Pejabat Undang-Undang UMNO kepada pucuk pimpinan sebelum beliau dipilih menjadi calon," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Hafarizam juga menjelaskan, isu tindakan oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara kepada calon BN itu tiada kaitan dengan kelayakan beliau bertanding.

"Kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan dan Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 manakala isu tindakan tatatertib pengamal undang-undang tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976.

"Tidak ada kaitan antara kedua-duanya. Oleh itu, tidak timbul isu salah laku jenayah kecuali ada sabitan di mahkamah dan hukuman dijatuhkan serta tiada pengampunan diberikan," ujarnya.

Mengulas lanjut isu ditimbulkan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad, Mohd. Hafarizam berkata, transaksi jual beli sebidang tanah itu dikendalikan sepenuhnya bekas rakan kongsi Rohaizat.

"Semasa aduan dibuat, bekas rakan kongsi beliau telah meninggalkan firmanya, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat.

"Beliau telah sanggup mengambil tanggungjawab sebagai rakan kongsi di dalam firma tersebut dan menyelesaikan segala bayaran yang tertunggak bagi membersihkan nama baik beliau dan firmanya," katanya.

Menurutnya, tindakan tatatertib yang diambil kepada Rohaizat adalah atas kapasiti bersama dan berasingan di dalam undang-undang lazim perkongsian selaras dengan Akta Perkongsian 1961.

Tambah Mohd. Hafarizam, rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman terdedah kepada liabiliti tidak terhad termasuk perilaku jenayah, kecuaian dan pengabaian rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman.

"Berdasarkan keadaan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Rohaizat diadukan atas kapasiti perseorangan beliau sebagai seorang pengamal undang-undang.

"Sedangkan beliau rakan kongsi di firma tersebut dan liabiliti Rohaizat terpaut kepada firma guamannya sahaja," jelasnya.

Menurutnya, tindakan yang diambil terhadap Rohaizat ialah di bawah Seksyen 103D Akta Profesion Undang-Undang 1976 namun itu sama seperti tindakan diambil terhadap pengarah syarikat yang diperbadankan.

TPM harap Abu Hassan kekal ADUN

TPM harap Abu Hassan kekal ADUN

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif akan diputuskan kekal sebagai wakil rakyat yang sah memandangkan ketidakhadirannya ke sidang DUN Negeri Kedah bukan sesuatu yang disengajakan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, Abu Hassan mempunyai sebab yang munasabah iaitu memiliki sijil cuti sakit di samping persidangan kali kedua yang tidak dihadiri beliau itu hanya berlangsung selama sehari sahaja.

Katanya, jika asas itu dapat diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tak seharusnya kerusi tersebut dianggap kosong sehingga memerlukan kepada pilihan raya kecil.

''Persidangan kedua itu saya dimaklumkan yang beliau tak dapat hadir ialah kerana beliau sakit dan ada dokumen rasmi yang menunjukkan beliau tak dapat hadir pada tarikh itu.

''Oleh kerana persidangan pada hari itu hanya sehari sahaja, bukan dua atau tiga hari maka tak hadir sehari bermakna tak hadirlah seluruh penggal persidangan.

''Jadi jelas yang beliau tak hadir bukan kerana sengaja tak hadir," katanya ketika bercakap kepada pemberita di hotel penginapannya dekat sini hari ini.

Kelmarin Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah memaklumkan kepada SPR berhubung kegagalan Abu Hassan untuk menghadiri sidang tersebut selama dua penggal berturut-turut yang boleh menyebabkan kerusi DUN berkenaan dianggap kosong.

Saya bukan sengaja tidak hadir sidang DUN - Abu Hassan

Saya bukan sengaja tidak hadir sidang DUN - Abu Hassan

JERLUN 19 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif menjelaskan, beliau bukan sengaja tidak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut sehingga berdepan kemungkinan digugurkan daripada jawatan itu.

Menurutnya, beliau mengalami masalah kesihatan menyebabkannya gagal hadir persidangan DUN masing-masing pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

"Sekiranya saya tahu bila akan jatuh sakit, sudah tentu saya serahkan surat penjelasan awal-awal lagi. Namun masalah kesihatan ini di luar kawalan, ia tidak boleh dielakkan.

"Lagi pun bukan saya tidak tahu peraturan DUN. Jadi kenapa sengaja hendak tidak hadir kalau tahu boleh digugurkan daripada jawatan jika tiada alasan yang munasabah," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Jerlun di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Jerlun yang menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal itu berkemungkinan digugurkan daripada jawatan sebagai ADUN berikutan kegagalannya hadir pada persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dilaporkan telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kegagalan Abu Hassan hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Abu Hassan memberitahu, beliau telah menghantar surat penjelasan dan permohonan maaf bertarikh 10 Ogos kepada Abdul Isa berhubung perkara berkenaan.

Katanya, beliau juga mempunyai surat cuti sakit sebagai bukti mengalami masalah kesihatan pada 9 Ogos lalu.

"Sekarang saya serahkan kes ini kepada Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pusat untuk sebarang tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar surat Speaker DUN Kedah berhubung perkara berkenaan kepada ibu pejabat SPR.

Buat pilihan berdasarkan realiti, bukan emosi - TPM

Buat pilihan berdasarkan realiti, bukan emosi - TPM

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pengundi di Permatang Pasir dinasihatkan supaya tidak membuat keputusan berasaskan emosi sebaliknya menilai realiti kegagalan Pas membawa pembangunan walaupun sudah menguasai kawasan itu sejak lebih 10 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, realiti keadaan di Permatang Pasir membuktikan masih banyak yang perlu dilakukan bagi membantu penduduknya menikmati kemajuan.

Menurut beliau, rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang seolah-olah mahu menggambarkan penduduk di kawasan itu tidak memerlukan pembangunan.

''Kalau ada orang kata penduduk (Permatang Pasir) tidak mahukan pembangunan, itu semua bohong kerana kita perlu matang dan melihat kepada realiti sebenar.

''Jangan kita terlalu beremosi, kadang-kadang kita perlu berfikir secara rasional dan bertanya apakah sumbangan mereka (Pas) sejak lebih 10 tahun menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Kampung Sama Gagah, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan calon BN, Rohaizat Othman.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri membuat tinjauan di Permatang Pasir dan mendapati terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat di kawasan itu menerima manfaat kemajuan yang ingin dibawa kerajaan Persekutuan.

Pas menurut beliau, sudah diberi peluang begitu lama untuk membuktikan kemampuan membangunkan Permatang Pasir tetapi gagal berbuat demikian.

''Ketika dalam perjalanan ke sini, saya lihat sendiri banyak kekurangan yang perlu diatasi dan banyak yang perlu dibantu. Hakikat itu jelas.

''Sebab itu kami (BN) datang untuk membantu rakyat, bukan berbohong kepada rakyat. Jadi kita harap calon kita (Rohaizat) diberi peluang membuktikan kemampuan," katanya.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan pembangkang bertujuan memburuk-burukkan Rohaizat berhubung pembatalan lesen guaman sivilnya oleh Majlis Peguam.

Parti pembangkang kata beliau, sepatutnya mencermin diri sendiri kerana terdapat juga calon DAP yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu walaupun berdepan masalah yang sama.

''Seorang calon DAP di Malim Nawar (Perak) juga menghadapi perkara yang sama tetapi ketika itu tiada siapa pun yang bising dan akhirnya dia menang dalam pilihan raya umum.

''Kalau dia (calon DAP) boleh bertanding dan menang, kenapa Rohaizat tidak boleh?," kata beliau.

Siasat 'surat misteri'

Inkues Teoh Beng Hock: Polis diarah siasat isi surat misteri

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my




Kandungan berkait rapat kes

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini semalam, mengarahkan polis melakukan siasatan terhadap isi kandungan sepucuk surat misteri bertarikh 5 Ogos lalu, yang mengandungi senarai nama beberapa individu berkaitan kematian Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan demikian dengan alasan isi kandungan surat yang diterima peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, mempunyai elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues itu dan boleh menimbulkan prejudis.

"Jadi saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat kes ini, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal untuk menyiasat kandungan surat ini yang berkaitan dengan skop prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Teoh," katanya.

Beliau juga mengingatkan peguam semua pihak terbabit supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat penting berhubung kandungan surat itu kepada media yang boleh menjejaskan siasatan polis kelak.

Terdahulu, Gobind memaklumkan mahkamah ada perkembangan terbaru dalam kes itu apabila beliau menerima sepucuk surat daripada seseorang sebaik prosiding inkues itu berakhir petang, kelmarin.

"Semalam (kelmarin), saya menerima sepucuk surat bertarikh 5 Ogos yang mengandungi perkara berkaitan prosiding inkues tetapi saya tidak boleh memberitahu kandungannya di sini (mahkamah).

"Sehubungan itu saya ingin membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan pegawai penyiasat menyiasat kandungan surat itu, yang sangat penting dan relevan dalam prosiding inkues ini," katanya.

Surat yang mengandungi lima muka surat bertaip itu kemudian diserahkan kepada Azmil untuk diteliti.

Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik Kerajaan Malaysia, menyatakan pihaknya tidak membantah permohonan Gobind dan tuduhan dalam surat itu perlu disiasat kerana ia menyentuh isu berkaitan inkues.

Peguam bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berkata pihaknya turut menyokong permohonan Gobind itu.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Gobind berkata surat itu yang sebenarnya ditujukan kepada individu lain, diserahkan kepadanya oleh seseorang di bangunan mahkamah di sini kelmarin, antara jam 5 hingga 6 petang.

Katanya, surat itu mengandungi banyak maklumat yang relevan kepada Koroner berhubung punca yang membawa kepada kematian Teoh.

Ketika disoal sama ada surat itu akan membawa sebarang perubahan dalam kes itu, Gobind berkata beliau berpendapat ia mungkin akan membawa maklumat baru.

Prosiding inkues bersambung 24 Ogos ini.


Siasat 'surat misteri'

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 19 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini memerintahkan supaya satu siasatan lanjut dijalankan berhubung isi kandungan sepucuk 'surat misteri' yang dikatakan dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Perintah tersebut dibuat oleh Koroner Azmil Muntapha Abas selepas peguam pemerhati yang mewakili keluarga mendiang, Gobind Singh Deo mendakwa menerima sepucuk surat daripada seseorang antara pukul 5 dan 6 petang, semalam.

Lima helaian 'surat misteri' bertaip itu didedahkan oleh Gobind pada pukul 3.15 petang, ketika inkues yang masuk hari ke-12 berlangsung pada sebelah petang.

Terdahulu, pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding inkues itu kelihatan sibuk keluar masuk mahkamah walhal Azmil sepatutnya mendengar keterangan saksi ke-16 iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Anuar Ismail.

Ketika prosiding bermula, Gobind memaklumkan, terdapat perkembangan baru yang dirasakan dapat membantu inkues siasatan tersebut.

''Semalam sejurus selesai prosiding, seseorang telah memberikan sepucuk surat yang saya rasakan ia begitu bermakna dan penting untuk inkues ini,'' kata Gobind sambil menyerahkan surat asal yang dikepilkan bersama sampul surat berwarna putih bertarikh 5 Ogos.

Azmil mengambil masa beberapa minit untuk membaca isi kandungan surat bertaip setebal lima muka surat yang kandungannya tidak didedahkan pada peringkat ini.

Gobind kemudian membuat permohonan agar siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis berhubung isi kandungan surat tersebut kerana butirannya jelas menyentuh fakta penting dan keadaannya berkait rapat dengan prosiding itu.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor turut menyokong permohonan tersebut.

Peguam Tan Hock Chuan bagi pihak kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa Gobind telah menunjukkan surat itu kepadanya petang ini sebelum prosiding bermula.

''Sebahagian isi kandungan surat berkait secara langsung dengan prosiding ini. Atas alasan tersebut, kami tidak membantah permohonan Gobind agar siasatan lanjut dibuat terhadap isi kandungan surat.

''Selain itu, dakwaan-dakwaan dalam surat tersebut akan disiasat oleh polis dan mereka akan mengesahkan kebenaran dakwaan itu atau sebaliknya. Terdapat beberapa nama yang disebut oleh surat itu dan pihak polis perlu diberi peluang untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut,'' kata Hock Chuan.

Beliau turut memohon perintah supaya isi kandungan surat tersebut tidak didedahkan kepada pihak media. Gobind dan Malik bagaimanapun menyatakan, tidak perlu sebarang tegahan dikeluarkan.

Setelah mendengar hujahan kesemua pihak, Azmil berpendapat, ada beberapa elemen dalam surat itu yang berkait rapat dengan perjalanan inkues.

''Oleh itu, saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan terhadap isi kandungan surat yang berkait dengan skop prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Beng Hock.

''Berhubung perintah tegahan, kita semua tidak mampu mengawal perkara-perkara yang berlaku di luar mahkamah.

"Namun sementara menunggu siasatan selesai, saya juga mengingatkan agar para peguam tidak menyebarkan surat tersebut kepada media kerana ia boleh mengganggu siasatan tetapi saya tidak mengeluarkan sebarang perintah tegahan berhubung perkara tersebut,'' ujar Azmil.

Dalam pada itu, ibu Beng Hock, Cheong Siew Hua, 56; ayahnya, Teoh Leong Hwee, 62; abang, Teoh Meng Kee dan adiknya, Teoh Lee Lan dibenarkan mendengar prosiding inkues hari ini kerana tidak melibatkan keterangan saksi.

Mereka yang kelihatan sugul tidak berkomunikasi antara satu sama lain dan ibunya pula dilihat hanya tunduk sepanjang prosiding sambil memegang sebuah bingkai gambar Beng Hock.

Inkues bersambung Isnin ini.

Kes Norza dituduh rasuah disebut semula 15 Sept.

Kes Norza dituduh rasuah disebut semula 15 Sept.

TEMERLOH 19 Ogos - Kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 15 September ini.

Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh berkenaan hari ini selepas peguam Jahaberdeen Mohd. Yunoos yang mewakili Mohamad Norza memohon tempoh tiga minggu untuk pihaknya menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes terbabit kepada pihak pendakwaan supaya isu representasi kedua-dua tertuduh dapat diselesaikan.

Mohamad Norza yang lengkap memakai sut kelabu, hadir di mahkamah dengan ditemani lebih kurang 20 orang penyokong dan rakannya.

Selain Jahaberdeen, Mohamad Norza turut diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Mohamad Norza, 43, bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada pukul 6.30 petang, 20 Januari lalu.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.







Sebutan semula kes Norza 15 September


TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menetapkan 15 September ini bagi sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.

Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamad Norza, Jahaberdeen Mohd Yunoos yang memerlukan tiga minggu untuk pihaknya menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes terbabit kepada pihak pendakwaan supaya isu representasi kedua-dua tertuduh dapat diselesaikan.

Mohamad Norza yang lengkap bersut kelabu hadir di mahkamah sambil diiringi kira-kira 20 orang penyokongnya.

Mohamad Norza, 43, bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lalu.

Beliau menghadapi satu lagi tuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama pada 20 Januari lalu.

Halimi mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan memberikan suapan kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama.

Karpal Singh antara peguam baru Anwar

Karpal Singh antara peguam baru Anwar

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Berikutan penarikan diri peguam Sulaiman Abdullah ekoran masalah kesihatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan peguam baru yang akan mewakili beliau dalam kes liwat bekas pembantunya.

Kali ini, Anwar memilih seorang lagi bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse untuk mengetuai barisan peguam mewakilinya bersama Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakaran dan Karpal Singh.

Dengan pelantikan itu, Raja Aziz mengulangi peranannya yang pernah mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes rasuahnya pada tahun 1998.

Senarai nama peguam tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan media seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair yang dihantar kepada pihak media melalui e-mel hari ini.

Dalam kenyataan tiga perenggan itu, Nair menyatakan, Anwar bersama isteri dan keluarganya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Sulaiman yang menjalankan tugasnya dengan baik dan mengharapkan segala yang terbaik buatnya.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sulaiman yang sebelum ini mengetuai barisan sembilan peguam bela yang mewakili Anwar terpaksa menarik diri pada 15 Julai lalu atas faktor kesihatan setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selain daripada barisan peguam baru itu dan Nair, Anwar diwakili oleh R. Sivarasa, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Leela J. Jesuthasan, Latheefa Koya, Mohd. Razlan Jalaludin dan Saiful Izham Ramli.

Perbicaraan kes liwat itu yang sepatutnya bermula pada 1 hingga 24 Julai lalu telah beberapa kali dijadualkan semula dan kali terakhir ia ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 September ini.

Penangguhan perbicaraan itu disebabkan oleh terdapatnya empat permohonan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Di samping dua permohonan terdahulu, Anwar telah memfailkan dua permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 4 dan 11 Ogos lalu.

Semakan kehakiman itu difailkan bagi mendapatkan perintah membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta yang memihak kepada pembelaan dan perintah agar barisan pendakwa raya digugurkan daripada mengendalikan pendakwaan kes itu.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan pertama Anwar agar pendakwa raya membekalkan kepadanya dokumen dan barangan kecuali sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum perbicaraan penuh bermula.

Permohonan itu kini di peringkat rayuan oleh pendakwa raya.

Bagi permohonan kedua yang difailkan pada 17 Jun lalu, Anwar memohon pertuduhan liwat itu dibatalkan kerana mendakwa tuduhan tersebut adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

Permohonan itu akan disebut bersama sebutan perbicaraan kes liwat di hadapan Hakim Mohamad Zabidin pada 2 September ini.

Tolak bantahan Karpal

Tolak bantahan Karpal

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan pihak pembelaan agar rakaman sidang media Karpal Singh pada Februari lalu yang dirakam oleh kakitangan RTM tidak dimasukkan sebagai bahan bukti dalam kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Pengerusi DAP itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah memutuskan demikian semasa membenarkan permohonan pihak pendakwa selepas meneliti keterangan saksi-saksi termasuk pembuat rakaman tersebut iaitu jurukamera sambilan RTM, Adial Singh Hari Singh serta hujah pendakwa raya dan pembelaan.

Dalam keputusannya, Azman menyatakan, jurukamera tersebut yang merupakan saksi pendakwaan ketiga telah mengesahkan bahawa pita rakaman itu berfungsi dengan baik dan tidak memberikan sebarang masalah.

''Keterangan saksi pendakwaan kedua, Eliani Mazlan dan Adial mengesahkan bahawa rakaman yang terkandung dalam pita mini DV tersebut adalah rakaman sidang akhbar pada 6 Februari lalu.

''Mahkamah juga berpuas hati bahawa sebagai jurukamera, Adial tidak perlu memahami apa yang diperkatakan dalam sidang akhbar tersebut,'' katanya.

Berikutan penolakan bantahan tersebut, rakaman yang sebelum ini ditandakan sebagai ID6 kini ditandakan sebagai P6 dan P6A bagi casing pita itu.

Mengenai sela dan suara yang tidak jelas dalam rakaman tersebut, beliau menyatakan, ia merupakan faktor lain yang langsung tidak menyentuh kepada kesahihan bahawa pita mini video digital (DV) itu adalah yang digunakan pada hari kejadian.

Azman membuat keputusan tersebut berikutan bantahan peguam Jagdeep Singh Deo berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan rakaman tersebut sebagai bukti dalam kes terhadap bapanya itu.

Perbicaraan bersambung esok.

SPRM buka semula kes dakwaan rasuah Mohammad Fairus

Kes kuari Fairus dibuka semula

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridz uan@bharian.com.my


Mohammad Fairus

SPRM terima maklumat baru babitkan bekas Adun Penanti

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, selepas empat bulan menutupnya.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata pihaknya membuka semula kertas siasatan kes itu Jun lalu kerana ada maklumat tambahan diberikan orang awam yang mampu menyokong siasatan.

"Siasatan pada dasarnya ditutup selepas kami tidak mempunyai keterangan mencukupi. Daripada maklumat diterima Jun lalu daripada orang awam menunjukkan ada keterangan yang menyokong siasatan diteruskan.

"Kami buka semula dan lakukan siasatan termasuk merekodkan keterangan Exco kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

April lalu, SPRM memutuskan tiada asas mendakwa Mohammad Fairus yang turut meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti atas tuduhan penyelewengan di syarikat kuari, Seberang Prai.

Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan daripada siasatan yang menunjukkan tanggungjawab Mohammad Fairus ketika menjawat jawatan itu tiada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.

Pendedahan itu dibuat Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, Februari lalu dan dipercayai punca peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Adun Penanti.

Latifah berkata, pihaknya menyiasat maklumat baru itu dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan SPRM di Putrajaya, awal bulan ini.



SPRM buka semula kes dakwaan rasuah Mohammad Fairus

PULAU PINANG 19 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang ditutup pada 22 April lalu, dibuka semula.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md. Yatim berkata, pihaknya membuka semula kertas siasatan kes itu Jun lalu kerana mendapat maklumat tambahan daripada orang awam yang mampu menyokong siasatan kes itu diteruskan.

Beliau berkata, maklumat tambahan tersebut diterima oleh SPRM Pulau Pinang secara bertulis dan dokumentasi.

''Memang pada dasarnya kes itu telah ditutup memandangkan kita tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk proses pendakwaan.

"Bagaimanapun, maklumat kita terima sekitar Jun lalu daripada orang awam menunjukkan ada keterangan untuk menyokong siasatan tersebut diteruskan.

"Oleh itu kita buka semula fail siasatan termasuk merekodkan keterangan beberapa orang Exco kerajaan negeri dan ketua menteri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Latifah, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan lanjut terhadap maklumat yang baru diterima itu dan laporan mengenainya diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan SPRM di Putrajaya, awal bulan ini.

''Bila ada maklumat tambahan yang boleh menyokong sesuatu kes, kita akan buka dan lakukan siasatan. Ini tugas kita. SPRM Pulau Pinang telah selesai melakukan siasatan dan laporan mengenainya juga telah dihantar ke ibu pejabat.

''Terpulang kepada bahagian pendakwaan untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini. Ini bukan lagi bidang tugas kami,'' kata beliau.

Pada 22 April lalu, Mohammad Fairus mengesahkan siasatan kes rasuah membabitkan dirinya telah ditutup oleh SPRM.

Beliau sebelum itu meletakkan jawatan tersebut dan Exco Pembangunan Keusahawanan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April. Surat perletakan jawatannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa sebelum dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.

Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.