lBerikrar memperkukuhkan perjuangan bangsa dengan menegak dan mempertahankan prinsip kenegaraan berlandaskan Rukun Negara serta memastikan ahli memahami serta mendokong prinsip Rukun Negara
lMenyokong usaha pucuk pimpinan Umno, khususnya Presiden bagi memastikan bangsa Melayu terus cemerlang, gemilang dan terbilang, bukan saja mencapai Wawasan 2020, malah memastikan kemerdekaan negara dipertahan serta mencipta lebih banyak kejayaan bagi kepentingan bukan saja Melayu tapi juga kaum lain
Menyokong cadangan penubuhan Puteri Barisan Nasional yang diterajui Ketua Puteri Umno bagi memastikan kepentingan wanita muda tanpa mengira kaum dan agama dapat sama diperjuangkan supaya mereka tidak terpinggir
lMenggesa Puteri Umno memperkemas dan memperkukuhkan jentera pilihan raya Puteri Umno di semua peringkat dan mengatur strategi bagi memastikan kemenangan BN
lMencadangkan keahlian Puteri Umno diterima secara automatik bagi permohonan baru wanita Melayu muda berusia 18 hingga 35 tahun bagi memastikan kekuatan jentera Puteri Umno dapat dilipatgandakan
lMemastikan martabat wanita terus dipelihara selaras prinsip Islam Hadhari tanpa mengira keturunan supaya diskriminasi gender dihapuskan serta merealisasikan hasrat pucuk pimpinan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam pembuat dasar negara
lMendesak usahawan wanita muda wajib diberi peluang menyertai pembangunan koridor ekonomi yang telah dan akan diadakan kerajaan.
lMenggesa kerajaan mengambil langkah tegas menangani kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak dan wanita dengan meminda peruntukan Kanun Keseksaan dengan hukuman lebih berat dan setimpal
lMenggesa masyarakat lebih bertanggungjawab dan membabitkan diri dalam usaha menangani isu keselamatan membabitkan keluarga dan masyarakat, khususnya kanak-kanak
lMenyokong cadangan memperkasa sektor pendidikan khususnya peringkat pengajian tinggi dengan memastikan universiti awam mencapai standard yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya sama dengan universiti terkemuka di luar negara.
No comments:
Post a Comment