Wednesday, November 07, 2007

Perhimpunan Agung Umno 2007 : Ramai tidak tumpu ucapan Presiden mereka

Azamin Amin
Wed | Nov 07, 07 | 2:35:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Ucapan Dasar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, selain didengari perwakilan di dalam dewan PWTC ianya langsung tidak menjejaskan tumpuan orang ramai yang berpusu-pusu melakukan aktiviti masing-masing di ruang legar lobi bangunan Umno itu.

Kelihatan sebilangan kecil sejumlah hampir 150 orang sahaja,yang majoritinya terdiri daripada Wanita Umno (merujuk kepada pakaian yang dipakai) berada dalam keadaan 'tekun' di hadapan skrin besar TV yang digunakan untuk oleh orang ramai menonton ucapan Abdullah itu , namun selebihya malah dianggarkan dua kali ganda angkanya yang sibuk dengan aktiviti melawat ke ruang pameran dan membeli belah-belah di kawasan kisosk-kisok perniagaan di dalam dan diluar PWTC.

Walaupun dengan ada tanyangan skrin besar, tetapi suasana hinggar-bingar orang ramai menenggelamkan suara Abdullah dan menjejaskan tumpuan orang ramai untuk mendengar ucapan dasar beliau itu dan situasi ini kemungkinan berlaku disebabkan ramai yang beranggapan tidak ada 'sesuatu yang baru' yang diucapkan oleh Presiden Umno itu melainkan pengulangan isu-isu lama berbanding ucapan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditunggu-tunggu oleh perwakilan mahupun sekalian yang hadir.

Orang ramai yang hadir kebanyakannya sibuk mencari 'buah tangan' yang diberi secara percuma di booth-booth pameran atau ruang perniagaan seperti buku nota, katalog, majalah, surakhabar dan pen untuk dibawa pulang sebagai ole-ole daripada perhimpunan yang berlangsung lima hari ini.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan dan polis dilihat seolah-olah 'tidak mempunyai kuasa' dan tidak 'berdaya' menjalankan tugas malah dilihat 'memejamkan sebelah mata' sungguhpun kesibukan PWTC hari ini mengundang pelbagai salah laku yang wajar dikenakan tindakan, saman sekalipun teguran seperti meletakkan kenderaan di kawasan larangan, pembuangan sampah merata-rata malah penjualan makanan di bawah jambatan yang membahayakan orang ramai dari sudut kesihatn dan nyawa juga tidak dihiraukan.

Sedangkan jika berlaku di lokasi lain, sudah tentu para peniaga ini dikenakan kompauan atau tindakan yang sewajaranya malah lebih berani merobohkan gerai mereka tetapi dalam 'gelombang merah putih Umno' ini, seolah-olah undang-undang diketepikan dan diabaikan.

Agenda Umno : Melayu 'cekik' melayu ?

Dikesali juga peniaga makanan kerana menaikkan harga yang begitu tinggi kepada pembeli seperti harga minuman air tembikai biasa mencecah RM2.00 berbanding di pasar malam sekadar RM 1.00 sahaja manakala nasi beryiani kosong berharga RM3.00 dan lauk pauknya mencecah RM3-6 ringgit dan secara puratanya seseorang terpaksa membayar 'harga cekik' dan berbelanja sejumlah RM10.00 untuk makan tengahari berbanding di tempat lain yang harganya hanya sekitar RM5-RM7.00 sahaja.

Dalam keghairahan Perhimpunan Agung Umno hari ini, beberapa produk jualan yang dikenal pasti juga menimbulkan keraguan orang ramai yang kemungkinan tidak mendapat kelulusan pihak kementerian kesihatan.

Produk yang dimaksudkan ialah penjualan gelang magnet ataupun 'infra-red' bagi tujuan kesihatan sedangkan tiada testimoni mahupun penjelasan daripada pakar kesihatan ataupun doktor-doktor bertaulaiah bahawa gelang tersebut mampu menyembuh pelbagai penyakit.

Gelang-gelang tersebut di jual di antara RM58 sehingga mencecah RM200, sedangkan gelang yang sama rekebentuknya boleh ditemui di Jalan Masjid India dengan harga RM30.00 sahaja.

Beberapa pengunjung merasa khuatir ditipu dan mengaharapakan Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kesihatan memantau penjualan produk gelang yang disangsikan ini.

"Gelang ubat ke atau gelang gaya?", tanya seorag pengunjung kepada seorang peniaga yang didengari sewaktu Harakah membuat tinjauan secara rambang di PWTC hari ini.

Malah dari sudut agama, pemakaian gelang ini juga perlu dikaji semula kerana tidak digalakkan kerana menyerupai kaum wanita sedangkan gelang ini dijual berleluasa dan dipakai oleh ramai kaum lelaki.

Sementara itu, biarpun ucapan dasar Abdullah dilihat penuh semangat, namun pemerhati politik meragui kewibawaannya dalam soal mempraktikkan apa yang diucapkan selama ini memandangkan 'di belakangnya' penuh isu-isu yang gagal ditangani sebaiknya.

Antaranya ialah kes-kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani); kematian M.Moorthy; serangan kumpulan Artikel 11 dan IFC yang didalangi oleh pertubuhan tertentu yang mendapat sokongan dari sembilan menteri kabinet Abdullah; isu pembunuhan ngeri Noorita Shamsuddin, pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak;

Begitu juga dengan skandal penjualan aset negara kepada negara jiran, Singapura oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin; kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas PM dan kes pembunuhan ngeri Nurin Jazlin Jazimin yang sehingga kini belum ditemui pembunuhnya.

Terkini isu Pita Lingam, pelantikan Tun Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, su Tun Fairuz yang melibatkan badan kehakiman, isu kepincangan dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan pegawai kanan polis termasuk intergriti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang semakin tercalar dengan pelbagai insiden yang belum dapat diselesaikan hanya dengan sekadar dengan mengungkap kata-kata hikmah dan dasar penuh semangat Abdullah di perhimpunan Agung Umno kali ini.

No comments: