Wednesday, November 07, 2007

Harta Estrada RM53j dirampas

MANILA: Sebuah mahkamah Filipina mengeluarkan arahan kepada bekas Presiden Joseph Estrada semalam untuk merampas sejumlah AS$16 juta (RM53 juta) dana dan harta yang diperoleh secara haram selepas didapati bersalah melakukan perkara itu.

Mahkamah antirasuah Sandiganbayan mensabitkan Estrada bersalah kerana menerima imbuhan dan bayaran daripada perjudian haram pada September lalu selepas perbicaraan selama enam tahun dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Bagaimanapun bulan lalu, Presiden Gloria Macapagal Arroyo memberi pengampunan kepada beliau dan bekas bintang filem itu dibebaskan.

Arroyo berkata perintah mahkamah bagaimanapun tetap berkuatkuasa mengarahkan rampasan harta Estrada termasuk sebuah rumah di Manila dan dua akaun bank berjumlah AS$16 juta hasil daripada imbuhan yang diterima beliau.

Arahan terbabit menyebut bahawa harta lain juga boleh dirampas dari Estrada jika akaun berkenaan sudah kosong dan pegawai mahkamah berkata bahawa ia sudah hampir kosong.

Sheriff Mahkamah, Edgardo Urieta mengeluarkan arahan kepada Estrada di kediaman berasingan di daerah Greenhills.

Estrada sebelum ini mendakwa bahawa rumah terbabit dan dua akaun berkenaan yang dinyatakan dalam perintah itu bukan miliknya dan beliau tidak membantah rampasan berkenaan. Beliau bagaimanapun berkata tidak akan menyerahkan harta lain untuk melindungi arahan rampasan oleh mahkamah.

"Anda tidak boleh mendapat mana-mana harta yang saya miliki sebelum saya menjadi presiden. Saya tidak mencurinya, saya bekerja keras untuk mendapatkannya," kata Estrada kepada Urieta dalam siaran yang disiarkan secara langsung melalui stesen radio DZBB.

"Kita perlu pertahannya," katanya. � AP

No comments: