Wednesday, November 07, 2007

Perhimpunan Agung Umno 2007: Pemuda Umno gentar hadapi suara rakyat 10 Nov

Azamin Amin
Wed | Nov 07, 07 | 12:47:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan naib ketuanya, Khairy Jamaluddin sebenarnya adalah 'Pondan Jalanan' yang begitu penakut dan tidak berupaya 'bertembung' dengan parti pembangkang secara adil dan sama rata dalam pilihan raya umum yang diadakan selama ini.

Malah mereka hanya pandai 'berkokok' dan menghunuskan keris sedangkan kemenanganan yang mereka kecapi selama ini adalah dibawah bantuan serta sokongan dan 'kerjasama erat' jentera kerajaan, pihak berkuasa, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Media yang tidak dikongsi bersama parti-parti pembangkang yang lain yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Demikian bidasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang mengulas 'ajakan' Hishammudin kepada parti pembangkang supaya bertindak seperti anak jantan bukannya turun berhimpun di jalanan.

Mahfuz juga menyelar Khairy yang melabelkan rakyat yang sedia berhimpun dalam demonstrasi aman sebagai beruk.

Cabaran kedua-dua pemimpin pemuda Umno itu merujuk kepada tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka, 10 November Sabtu ini.

"Dialah pondan jalanan yang yang mencari keuntungan dengan menjual maruah bangsa dan mengutip wang secara haram," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.net sebentar tadi.

"Bukan soal pembangkang tidak berani kerana kita sudah masuk semua pilihan raya umum selama ini. Yang kita tuntut dalam himpunan (sabtu ini) ialah pilihanraya bersih dan adil.

"Kalau dia dan pemuda Umno anak jantan, mari 'bertempur' dengan kami di padang yang sama rata bukan secara pondan menggunakan kemudahan kerajaan, polis dan SPR," katanya lagi yang mencabar semula kata-kata Hishamuddin itu.

Katanya lagi rakyat mahukan satu pertandingan dan pemilihan yang adil dan saksama termasuk mahu mendengar hujah-hujah dan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak baik dari Umno mahupun pembangkang supaya dapat membuat keputusan secara tepat sewaktu mengundi dan tidak sekadar hanya disebabkan manipulasi sebelah pihak yang dipengaruhi oleh media arus perdana sahaja.

"Rakyat nak denagar hujah semua pihak tentang isu-isu semasa dan bukannya hujah bodoh yang datang daripada Ketua 'Pondan Jalanan'," katanya yang kesal dengan arahan Hisahamduddin supaya pihak polis menggagalkan atau menghalang himpunan rakyat akan datang.

Sambil beliau menyatakan bahawa jika polis bertindak seperti yang diarah Ketua Pemuda Umno itu ternyatalah pihak polis telah dijadikan 'alat murahan' oleh parti politik Umno demi memastikan kelansungan survivalnya yangsemakin rapuh akibat kepincangan yang semakin diketahui umum.

Dalam pada itu, perkembangan terkini dilaporkan bahawa polis telah menolak permohonan permit perhimpunan di Dataran Merdeka kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

"Kita tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan seperti yang dirancang.

"Jika mereka ingkar, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,"katanya yang dipetik daripada laporan akhbar.

Ramai yang berpendapat bahawa, halangan ini dipercayai untuk menyekat pihak lain termasuk perwakilan yang baru selesai daripada Perhimpunan Agung Umno untuk turut serta dan mendapatkan maklumat tentang himpunan rakyat itu termasuk menjaga 'imej' dan nama baik Umno yang bakal selesai bersidang di PWTC pada Jumaat ini.

No comments: