Saturday, May 30, 2009

PENANTI : Proses undi pos lancar

Proses undi pos lancar



ANGGOTA keselamatan menunaikan tanggungjawab pada DUN Penanti di Ibu Pejabat Polis SPT, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Proses pembuangan undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) di sini, semalam, berjalan lancar dengan 20 anggota polis menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Mereka selesai mengundi jam 12 tengah hari, tiga jam selepas pusat mengundi dibuka. Anggota polis pertama mengundi ialah Lans Koperal Fadzil Aziz, 49.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata walaupun 24 anggota polis layak mengundi secara pos, hanya 20 mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT.

No comments: