Friday, November 09, 2007

Panel bebas boleh siasat klip video kedua

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, panel bebas khas bagi menentukan kesahihan rakaman klip video boleh bersidang semula bagi menentukan kesahihan klip video kedua yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menyerahkan kepada panel bebas itu untuk menyiasat klip video kedua tersebut.

“Panel bebas itu boleh bersidang semula untuk menyiasat kesahihan klip video tersebut walaupun mereka telah menyerahkan laporan siasatan kesahihan klip video pertama kepada kerajaan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi pemimpin-pemimpin parti luar negara yang dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

No comments: