Sunday, July 05, 2009

Manek Urai anak angkat BN

Manek Urai anak angkat BN

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu membuat pemilihan bijak 14 Julai ini bagi menentukan masa depan mereka, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata di tangan pengundilah yang akan menentukan untung nasib masa depan penduduk dan anak mereka.

“Apa yang saya harapkan hasrat kerajaan Pusat untuk menjadikan Manek Urai anak angkat apabila menang pada pilihan raya nanti akan menjadi kenyataan,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) DUN itu, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau melepaskan anak ikan keli di Projek Membasmi Kemiskinan Rakyat Parlimen Bachok, di Kampung Telok Merbau, Perupok, Bachok.

Awang Adek berkata, sebelum ini kerajaan setuju menjadikan Bachok anak angkat, tetapi kerana kalah pada pilihan raya lalu, hasrat itu gagal dilaksanakan.

1 comment:

Parpu Kari said...

Inilah salah satu perangai UMNO haramjadah. Bila dekat2 pilihanraya baru nak bagi gula2. Sayangnya gula tu dah bersemut!... Tak kelapaq sokong UMNgok.