Wednesday, May 20, 2009

KEKECOHAN PERAK JUMAAT 7 MEI

Image
Elak buat kenyataan sembarangan
PUTRAJAYA 19 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidakmembuat sebarang kenyataan yang boleh disalah tafsir berhubung kemelutpolitik di Perak.

MCA tak pernah beri persetujuan pertemuan Dr Chua, Husam
KUALALUMPUR: MCA tidak pernah memberi sebarang persetujuan kepada TimbalanPresidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengadakan pertemuan denganNaib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, kelmarin, kata Presiden parti itu,Datuk Seri Ong Tee Keat.

------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah
KUALALUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan pakatan pembangkangberhubung kemelut di Perak tetapi ia akan dilakukan selepas mahkamahmembuat keputusan.

Rundingan kemelut politik Perak dibuat hanya selepas proses mahkamah selesai
KUALALUMPUR:Datuk Seri Najib Razak berkata, sebarang rundingan denganpembangkangbagi menyelesaikan kemelut politik di Perak hanya akandilakukan selepasproses mahkamah selesai.

----------------------------------------------------------------------------------

Minoriti tidak boleh minta bubar DUN
KUALAKANGSAR 17 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidakbolehdibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru ataspermintaanminoriti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriMohamedNazri Abdul Aziz.

Desak bubar DUN Perak muslihat kempen Husam
KUALALUMPUR:Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa cuba mempergunakan AhliParlimen GuaMusang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Presiden MCA,Datuk Seri DrChua Soi Lek demi kepentingan politiknya menjelangMuktamar Tahunan Pas,bulan depan.

----------------------------------------------------------------------------------

Sultan Perak bukan punca kemelut politik - Najib
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidakharus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda jugabukan punca kemelut politik di negeri itu.

'Saya sedia jumpa pakatan pembangkang'
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan pemimpin pakatanpembangkang bagi membincangkan kemelut politik negeri Perak

Pemimpin beri reaksi berbeza
KUALA LUMPUR 15 Mei - Beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang memberireaksi berbeza terhadap cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersidang bagi menyelesaikankrisis pemerintahan di negeri itu.

Biar mahkamah buat penghakiman
PUTRAJAYA15 Mei - Persoalan bahawa Barisan Nasional (BN) gentar menghadapipilihan raya kecil bagi menyelesaikan kemelut politik di Peraksebenarnya tidak timbul, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

Rakyat berhak tentukan kerajaan
IPOH 15 Mei - Keputusan mahkamah berhubung pelantikan Menteri BesarPerak yang sah, tidak akan mempengaruhi usaha pakatan pembangkang untukmendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kemelut politik boleh selesai cara baik: Zambry
IPOH:Kemelut politik Perak boleh diselesaikan secara baik sekiranya semuapihak memahami peraturan dan menghormati prinsip demokrasiberperwakilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pelantikan MB ikut amalan demokrasi
DATUKSeri Najib Razak semalam menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shahtidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di negeri itu keranapelantikan Menteri Besar dilakukan mengikut amalan demokrasi danundang-undang.

----------------------------------------------------------------------------------

Terpulang Sultan
PUTRAJAYA:Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidakgentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikankrisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harusberlaku.

Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya
PUTRAJAYA 14 Mei – Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyatsekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakansemula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Image

Tidak perlu pilihan raya baru
CYBERJAYA 14 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidangbagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usulundi tidak percaya.

Gerak usaha penerangan
IPOH 14 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di seluruh negara diarahmenggerakkan usaha memberi penerangan kepada masyarakat terutamagenerasi muda tentang situasi semasa yang berlaku di negeri ini.

Dr M syor usul undi tidak percaya terhadap PR
CYBERJAYA:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan BarisanNasional (BN) yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak supaya segera mengadakan usul undi tidak percaya terhadap MenteriBesar dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisispolitik di negeri itu.


----------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan BN naikkan taraf lapangan terbang
IPOH 13 Mei - Kerajaan negeri menjelaskan usaha untuk menaik tarafLapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini telah diusahakan sebaikmungkin sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

Hormati undang-undang negara
MELAKA13 Mei - Pakatan pembangkang diminta menghormati undang-undang negaradan menerima keputusan Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan perintahMahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

UMNO gerak jentera penerangan
IPOH13 Mei - Semua ketua penerangan UMNO bahagian perlu menggerakkanjentera masing-masing bagi menjelaskan pelbagai kekeliruan kepadarakyat terutama berhubung krisis politik di Perak.

Sidang DUN medan selesai krisis politik
KUALA LUMPUR 13 Mei - Jadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai medan menyelesaikan krisis politik di Perak.

Adun Pas nafi mahu isytihar Bebas
IPOH:Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak menafikan khabar angin lima AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Pas akan mengisytiharkan diri merekasebagai Adun Bebas untuk menyokong Barisan Nasional (BN) sebagaipenyelesaian jangka panjang kepada kemelut politik Perak.

Pemimpin diminta jangan tambah kekeliruan rakyat
IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta pemimpinpolitik supaya tidak keterlaluan ‘bermain politik’ sehingga mengabaikantanggungjawab memberi perkhidmatan kepada rakyat, selain menambahkankekeliruan mereka.

----------------------------------------------------------------------------------

Perlu ada sikap saling hormat
KUALALUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,pakatan pembangkang dan kerajaan perlu mempunyai sikap salinghormat-menghormati jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama bagi menanganikemelut politik di Perak.

Image

'Utamakan rakyat'
KUALALUMPUR 12 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang pendekatanyang diambil bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak perlumengutamakan kepentingan rakyat.

Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN
KUANTAN12 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharsebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam, tidakmungkin mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untukmembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua kampung jalankan tugas
IPOH12 Mei – Semua ketua kampung yang dilantik oleh pakatan pembangkangsebelum ini akan menjalankan tugas semula seperti biasa dan dibayartunggakan elaun sepanjang tiga bulan Perak diperintah oleh BarisanNasional (BN).

'Berikan kuasa kepada rakyat semula'
KUALA LUMPUR 12 Mei - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)berpendapat krisis politik di Perak tidak dapat diselesaikan melainkankuasa diberikan semula kepada rakyat.

Bubar DUN pilihan terbaik Sultan - Husam
KUALALUMPUR 12 Mei - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakanpilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikansemula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.

Barisan Nasional tidak rakus rebut kuasa di Perak
KUANTAN12 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) rakus merebut kuasadi Perak sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kedudukan DatukSeri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Tiada syarat bincang krisis Perak
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak bolehmeletakkan sebarang syarat jika benar-benar mahu berbincang denganBarisan Nasional (BN) bagi mencari penyelesaian kepada kemelut politikdi Perak.

'Atasi segera krisis elak rakyat derita'
KUALALUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang penyelesaian yangdiambil Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak akanberteraskan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Suhakam mahu rakyat pilih
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapatkrisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkankuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

DUN Perak tak perlu dibubar: Zahid
GEMAS:Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan DewanUndangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dalam menyelesaikankemelut politik di negeri itu.

----------------------------------------------------------------------------------

BN sedia kerjasama
PEKAN:Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasamadengan parti pembangkang untuk menamatkan kemelut politik di Perak,tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju membentuk kerajaan campuran.

BN sedia kerjasama, bukan bentuk kerajaan
PEKAN 10 Mei - Barisan Nasional (BN) bersedia bekerjasama dengan partipembangkang di Perak bagi mengatasi kemelut politik di negeriberkenaan, tetapi ia tidak sampai ke tahap membentuk kerajaan campuran.

Pembangkang perlu patuh perlembagaan
IPOH10 Mei - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlahmenasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikutperlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasabukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun.

Pembangkang tidak tolak– Anwar
BUTTERWORTH10 Mei – Pakatan pembangkang tidak pernah menolak ruang untukberbincang dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, kata KetuaPembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan sedia bincang selesai krisis di Perak
BUKITMERTAJAM: Pakatan Rakyat sedia membuka ruang perbincangan denganmana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatasikrisis politik di Perak.

----------------------------------------------------------------------------------

Image
Perintah mahkamah tidak sah - Karpal
IPOH8 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa perintah mahkamah yangdiperoleh polis untuk melarang sesiapa menghampiri 500 meter dariBangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semasa sidang Dewan UndanganNegeri (DUN) Perak berlangsung semalam adalah tidak sah.

69 dibebas dengan jaminan
PUTRAJAYA8 Mei - Kesemua 69 individu yang ditahan kerana melanggar perintahmahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunanSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semalam telah dibebaskan denganjaminan.

Baki 15 penyokong PR dibebas

IPOH:Polis membebaskan baki 15 penyokong Pakatan Rakyat( PR), termasuk AhliParlimen Batu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebelumtengah malam kelmarin, selepas ditahan kerana mengingkari laranganberada dalam lingkungan 500 meter (m) dari Bangunan Perak Darul Ridzuandi sini.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Image
69 ingkar arahan ditahan
IPOH7 Mei - Sebanyak 69 orang awam termasuk pemimpin dan penyokong pakatanpembangkang ditahan polis kerana melanggar perintah mahkamah danberkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunan Setiausaha KerajaanNegeri (SUK) Perak di sini hari ini.

Image
Tindakan polis berasaskan undang-undang
PUTRAJAYA7 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinberkata, tindakan polis menahan kira-kira 30 orang awam termasuk duawakil rakyat pembangkang di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan pagiini berasaskan undang-undang negara.

20 ditahan berhimpun di pekarangan bangunan SUK
POLISmenahan lebih 20 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk limaAhli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) keranamenyertai perhimpunan haram di depan pintu masuk utama Bangunan PerakDarul Ridzuan, di sini, semalam.

30 lagi ditahan bantah sidang
KUALALUMPUR: Seramai 30 orang, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Padungan, Dominique Ng ditahan dalam dua perhimpunan haram berasingandi bandar raya ini dan Kuching, Sarawak, malam tadi.

No comments: