Wednesday, May 20, 2009

PKR dakwa laluan menang masih sukar

'Laluan mudah untuk saya'

Dr. Mansor Othman

BUTTERWORTH 19 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menyambut gembira keputusan Mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

''Itu keputusan BN dan bagi saya, laluan untuk saya menang adalah lebih bagus sedikit berbanding jika ada calon dari BN diletakkan di situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu juga bukanlah bermakna BN penakut sebaliknya ia adalah satu keputusan yang tentunya dibuat selepas difikirkan secara mendalam.

Menyentuh tentang pandangan para pengundi di DUN Penanti mengenai keputusan BN itu, beliau percaya rakyat boleh menerimanya dengan baik.

''Tidak timbul soal rakyat bantah keputusan BN tidak meletakkan calonnya.

''Saya menghormati keputusan BN dan sekarang tumpuan saya adalah untuk menghadapi pilihan raya kecil Penanti," katanya.




PKR dakwa laluan menang masih sukar

KUALA LUMPUR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Osman, mendakwa laluannya untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti masih sukar walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Mansor yang bakal dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika menang, menjelaskan kesukaran itu kerana beliau melihat ada pertambahan calon yang menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.

Beliau menjangkakan sekurang-kurangnya enam calon Bebas akan menawarkan diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak memandang mudah cabaran itu kerana mereka mungkin disokong BN kerana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan akan berusaha menewaskan PKR.

“Jadi, mungkin selepas tidak bertanding, mereka menyokong pula calon Bebas," katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments: