Wednesday, May 20, 2009

2 wakil rakyat pembangkang mahu letak jawatan

2 wakil rakyat pembangkang mahu letak jawatan


REMBAU: Sekurang-kurang dua wakil rakyat pembangkang di negeri ini memberikan bayangan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tidak upaya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Barisan Nasional (BN) negeri mempunyai maklumat ada wakil rakyat pembangkang mula mencanangkan pelbagai alasan meletak jawatan.

Katanya, ini termasuk letih menjadi wakil rakyat walaupun pilihan raya umum hanya diadakan tahun lalu.

"Saya sudah dengar khabar ada yang membayangkan mengosongkan kerusi. Tindakan wakil rakyat pembangkang yang senang-senang hendak meletakkan jawatan adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan diberikan rakyat kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminuddin Harun, menafikan dakwaan beliau dan Adun Ampangan juga dari PKR, Rashid Latiff, akan meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

No comments: