Wed | Nov 21, 07 | 12:02:48 am MYT KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Ghani mencabar menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin untuk bertanding satu lawan satu dengan beliau baik di Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun Parlimen di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum akan datang.
Cabaran itu dibuat Taufek semasa berceramah berhubung isu perhimpunan 100,000 rakyat di Seremban pada 13 November lalu.
Kenyataan Taufek itu disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir pada malam tersebut.
Ini adalah cabaran kedua Khairy untuk bertanding di Negeri Sembilan, dimana sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin telah mencabar menantu PM itu bertanding di Negeri Sembilan.
Mohd Taufek dan Badrul Hisham adalah merupakan merupakan anak jati Negeri Sembilan yang masing-masing mempunyai asal usul dari Rembau di mana daerah yang sama dengan ibubapa Khairy.
Dengan tegas Taufek menyelar sikap tidak bersopan santun Khairy yang berbeza dengan amalan masyarakat di Rembau yang kaya dengan budi bahasa dan adat perpatihnya,
Katanya, Khairy sering menggelarkan orang yang tidak sehaluan dengannya sebagai 'Beruk' atau 'monyet' termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Sebagai anak jati Rembau, Taufek menegaskan , Khairy sepatutnya mengambil berat akan nasib orang Melayu, belia dan pelajar di Rembau.
"Sekiranya pebagai Koridor telah dan akan dilancarkan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak, kenapa pula Negeri Sembilan dipinggirkan ?
Seolah-olah Khairy begitu yakin bahawa orang Negeri Sembilan , khususnya orang Rembau akan menyokong Khairy dengan membuta tuli, katanya.
Tingkah menantu PM ini sama seperti bapa mertuanya, Dato' Seri Abdullah Ahmad sendiri yang begitu yakin bahawa rakyat tidak berani menyahut cabarannya.
Terdahulu ada sumber menyatakan bahawa Khairy akan bertanding di salah satu Parlimen di Negeri Sembilan supaya beliau boleh dilantik menjadi salah seorang Timbalan Menteri di kementerian tertentu.
Begitupun sumber tidak menamakan secara tepat Parlimen yang akan ditandingi Khairy
No comments:
Post a Comment