Wednesday, November 21, 2007

Skandal kehakiman - VK Lingam dipanggil empat kali ke BPR

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Nov 21, 07 | 3:44:29 pm MYT

PUTRAJAYA, 21 Nov (Hrkh) - Peguam VK Lingam yang terbabit dalam skandal kehakiman dilihat hadir ke ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya yang dipercayai dipanggil buat kali ke empat, 10 pagi tadi.

ImageBeliau (gambar) yang memakai kot berwarna hitam tiba di perkarangan BPR itu turut diiringi seorang pembantu, bergegas menuju ke lobi mengelak dari diserbu sekumpulan wartawan sedang menunggu di hadapan perkarangan pejabat BPR.

Hampir sejam setengah wartawan menunggu kelibat VK Lingam, bagaimanapun kelibatnya tidak muncul-muncul.

Menyedari wartawan menunggunya, Lingam tidak melalui lobi hadapan pejabat BPR, sebaliknya menggunakan lif turun terus ke parkir kereta bawah tanah.

Bagaimanapun, jurugambar Harakah Wan Zahari Wan Mohd Salleh sempat merakam gambar beliau ketika beliau berjalan menuju ke kereta di parkir bawah tanah.

Semalam, BPR merekodkan kenyataan daripada VT Thirunama Karasu berhubung dua laporan polis yang dibuatnya pada Mac tahun lepas terhadap abangnya, peguam VK Lingam.

Satu daripada laporan yang dibuat oleh Karasu, 49, juga dikenali sebagai Balan ialah berhubung pelantikan hakim kanan manakala satu lagi laporan ialah bagi perlindungan keselamatannya.

Thirunama Karasu menolak dakwaan abangnya yang mendakwa beliau gila.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap abangnya kerana memfitnah dan mencemarkan nama baiknya.

"Saya akan saman Dato' VK Lingam," katanya.

Ahad lalu, peguam Wee Choo Keong mendedahkan dua laporan polis yang dibuat oleh Thirunama Karasu terhadap abangnya yang didakwanya terbabit dalam rasuah dalam bidang kehakiman.

Dalam laporan tersebut, Thirunama mendakwa abangnya itu mempunyai hubungan rapat dengan hakim-hakim yang berjawatan tinggi, dan secara tidak langsung mendakwa Lingam juga terbabit dengan amalan rasuah.

ImageDan dalam satu kenyataan semalam, Lingam mendakwa Thirunama sebagai seorang yang gila.

Kes Lingam mencetuskan kontoversi besar dalam perundangan negara apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan video klip yang dirakam pada tahun 2002 mengenai perlantikan rakannya sebagai hakim.

Video tersebut secara jelas menyebutkan pembabitan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Mansor serta beberapa yang lain.

Tersentak dengan pendedahan tersebut, kerajaan mengarahkan sebuat panel tiga anggota melakukan penyiasatan terhadap kes terbabit, tanpa mengendahkan desakan rakyat supaya sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk.

Bagaimanapun selepas melakukan penyiasatan, panel tersebut sebaliknya mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Harakahdaily difahamkan beberapa orang sudah dipanggil memberikan keterangan namun sehingga kini BPR masih belum membuat apa-apa pengumuman. - mr


No comments: