SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, kelmarin, sebagai melampau dan terdesak.
Katanya, demonstrasi jalanan bagi menuntut kerajaan supaya diadakan pilihan raya yang telus dan adil itu bukan budaya negara ini, sebaliknya hanya untuk meraih sokongan rakyat.
"Mereka (pembangkang) sudah kehabisan modal dan seterusnya melakukan apa saja bagi mendapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat.
"Bagaimanapun, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu sebenarnya tidak membawa makna apa-apa kerana ia jelas menyusahkan rakyat yang inginkan keamanan di negara ini.
"Malah, tindakan itu turut memberi persepsi negatif terhadap Islam seolah-olah penganutnya sebagai 'kaki gaduh' dan suka berdemonstrasi sedangkan agama ini sendiri melarang perbuatan sedemikian," katanya ketika merasmikan program Kembara Wanita Selangor 2007 di sini, semalam. Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik.
No comments:
Post a Comment