Sidang DUN medan selesai krisis politik
KUALA LUMPUR 13 Mei - Jadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai medan menyelesaikan krisis politik di Perak.
Demikian gesaan Pergerakan Pemuda UMNO yang melihat situasi politik di negeri itu perlu diselesaikan segera melalui cara tersebut supaya rakyat Perak terus terbela dan terpelihara.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, melalui kaedah itu, pilihan raya tidak perlu diadakan memandangkan ia sudah dilaksanakan dengan begitu baik sebelum ini.
"Apa yang berlaku di Perak hanya arus perubahan sokongan wakil rakyat kepada Barisan Nasional (BN) jadi semua pihak perlu terbuka menerima pandangan dan keputusan pada Sidang DUN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai situasi politik di Perak yang tidak menentu setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Berikutan itu, Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Reezal berkata, pelawaan UMNO untuk bekerjasama dengan pembangkang di Perak perlu dilaksanakan dengan kesediaan semua pihak mengadakan sidang DUN dengan baik dan lancar bagi menyelesaikan krisis itu.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment