Sunday, August 16, 2009

Ujian DNA gagal kesan pemilik cap jari

Ujian DNA gagal kesan pemilik cap jari

KUALA LUMPUR: Ujian DNA dilakukan ke atas empat daripada enam kesan cap jari pada surat ancaman bunuh yang ditujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, gagal mengesan pemiliknya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program bebas dadah dan ceramah antidadah, di sini semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dua lagi kesan cap jari masih dalam siasatan berikutan belum ada padanan kerana kurang jelas.

Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh melalui surat tulisan tangan yang dihantar ke pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu, antara lain mengugut untuk menembak serta berulang kali memakinya, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

No comments: