Sunday, August 16, 2009

'Pembangkang banyak lakukan penyelewengan'

'Pembangkang banyak lakukan penyelewengan'

SHAH ALAM: Pemuda Umno yang dalam siri pertama ceramahnya, malam kelmarin mendakwa berlaku pelbagai penyelewengan membabitkan pemimpin pembangkang, antaranya membuat tiga invois tuntutan pembayaran yang sama.

Dalam ceramah bertajuk Pentas Pemuda 'Pakatan: Retak Menanti Belah' itu, Pemuda Umno juga mendedahkan kontrak Alam Flora diagihkan terus kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Selangor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, berkata semua penyelewengan seperti itu akan didedahkan kepada rakyat supaya masyarakat sedar apa yang dilakukan pembangkang.

Sambil mendakwa semua maklumat diperoleh daripada sumber sahih, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), berkata siri ceramah itu akan diteruskan di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan lokasi lain seluruh negara selepas Aidilfitri.

"Maklumat ini saya dapat daripada sumber yang sahih dan ia juga masih segar," katanya selepas menyampaikan ceramah berkenaan di Seksyen 6, di sini yang turut disertai Ketua Umno bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam.

No comments: