Saturday, August 22, 2009

CEO KDSB cabar Tee Kiat isytihar aset isu PKFZ

CEO KDSB cabar Tee Kiat isytihar aset isu PKFZ

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengisytiharkan aset yang dimilikinya kepada umum.

Tiong, yang kini menghadapi krisis dengan Ong berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dibangunkan syarikatnya, berkata semua pendedahan yang beliau lakukan adalah demi kepentingan awam dan mahu rakyat mengetahui apa sebenarnya berlaku.

"Saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berapa banyak wang simpanan Ong dan isterinya di bank, periksa akaun mereka memandangkan semua orang cakap pasal integriti dan ketelusan.

"Anda boleh kira berapa banyak gaji seorang menteri dan Ahli Parlimen, tengoklah kalau gaji yang diterima beliau itu munasabah dengan aset serta simpanan yang dimiliki mereka.

"Saya tahu Ong cuba membunuh karier politik saya menggunakan isu PKFZ ini, malah saya dapat pengesahan daripada individu yang beliau arah melakukannya dan saya sedia dedahkan namanya kalau Ong masih menafikan perkara ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiong juga tetap dengan pendirian tidak memohon maaf kepada Ong berhubung dakwaannya parti itu menerima derma RM10 juta daripada beliau.

Perbalahan antara Tiong dan Ong menjadi serius selepas pasukan petugas khas menyiasat skandal PKFZ mendakwa KDSM melakukan tuntutan tidak munasabah antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan polis terhadap KDSB.

1 comment:

vengai said...

Ti Ong vs Ong Ti. Now the movie starts. The cowboys of wild wild east. Get the Gun ready.See who pull the trigger and hit the target. But one sure have to kantoi.