Tue | Nov 20, 07 | 1:47:17 pm MYT
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kata, dia sedia lepas jawatan jika terbukti wujud penipuan. Tak payah cakaplah fasal lepas jawatan, memang nak berhenti pun. Harap ihsan Perdana Menteri sahaja kalau nak sambung pun.
Dahulu, ada cerita kawan-kawan di dalam Umno yang mendakwa Abdul Rashid mendapat ihsan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui SPR selepas percubaan nasib dalam Lagenda Group tidak menghasilkan apa yang diharapkan.
Bila berhenti nanti, berhenti dengan imej pembohong yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Hampir semua pembesar Umno dan Barisan Nasional naik angin kepada Abdul Rashid.
Pembangkang memang sudah lama menganggap Abdul Rashid pembohong dan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional. Kini pembesar Barisan Nasional pula yang bubuh cop pembohong di dahi Abdul Rashid. Adakah ini yang dikatakan berhenti dalam keadaan yang hina seperti anjing kurap kepala buruk?
Kalau tak kenangkan anak saudara dia kawan baik saya, macam-macam nak kata (lepas Himpunan Aman Bersih pun minum teh tarik dengan anak saudara Abdul Rashid di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar).
Tan Sri, nak letak jawatan kalau mahkamah putuskan SPR tipu?
Bagaimana dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang membatalkan keputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas? Adakah SPR tidak terlibat, bersih dan suci dari menipu dalam daftar pemilih?
Apabila SPR enggan mengeluarkan nama pengundi hantu daripada daftar pemilih Likas walaupun bantahan telah dibuat pada satu siasatan umum sebelum pilihan raya berkenaan, kalau bukan terbabit dalam penipuan, apa lagi istilahnya, Tan Sri?
SPR bukan sahaja dilihat terbabit dalam penipuan seperti yang berlaku dalam daftar pemilih Likas, malah melanggar undang-undang pilihan raya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menceritakan, di Selangor meskipun petisyen ditolak oleh mahkamah namun segala tuduhan PAS bahawa SPR dan Umno melanggar undang-undang diterima oleh mahkamah.
Bagaimanapun, untuk tidak membatalkan keputusan pilihan raya di Selangor 2004 lalu, mahkamah menyatakan di dalam undang-undang pilihanraya di negara ini tidak mencukupi jika pempetisyen hanya dapat membuktikan bahawa terdapat pelanggaran undang-undang, pempetisyen juga mesti membuktikan bahawa pelanggaran undang-undang itu mestilah menjejaskan keputusan pilihanraya.
Ketika berhujah di mahkamah semasa pendengaran petisyen pilihanraya DUN Bangi, Peguam Negara berhujah antara lain bahawa Umno menang besar dalam pilihanraya tersebut dan pelanggaran undang-undang tersebut meskipun berlaku tidak menjejaskan keputusan pilihanraya kerana Umno menang dengan majoriti yang besar.
SPR juga tidak menyekat pembohongan Umno. Tidakkah itu terbabit dalam penipuan namanya?
Ketika menjawab hujah Peguam Negara dalam kes yang sama, Mohamed Hanipa berkata: "Yang Arif! Umno menang besar sebab mereka pembohong besar!!! Di Bangi calon Umno, Amran Kasimin sanggup berbohong menggunakan gelaran Profesor di dalam poster calon meskipun beliau tidak pernah menerima gelaran tersebut oleh mana-mana universiti".
SPR bukan sahaja dilihat terlibat dalam penipuan di Likas, malah mahkamah dan Peguam Negara sendiri mengakui SPR melanggar undang-undang piliha raya. Tunggu apa lagi, Tan Sri?
Bukankah Tan Sri pernah memberi amaran kepada Mohamed Hanipa: "Saya pun gedebe jugak!"
Kalau betul Tan Sri gedebe, seperti herdikan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam pertemuan PAS dengan SPR baru-baru ini: "Berhenti la ni!" (http://penarikbeca.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment