MELAKA 19 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin golongan muda di negara ini tidak akan memilih parti pembangkang kerana sedar hidup mereka lebih terjamin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri berkata, jika ada pihak pembangkang mendakwa mereka mendapat sokongan generasi terbabit melalui perhimpunan haram di Kuala Lumpur baru-baru ini, ia hanyalah dakwaan semata-mata.
‘‘Mereka (golongan muda) ada cita-cita. Mereka mahukan jaminan pekerjaan, jaminan peluang ekonomi dan sebagainya.
‘‘Kalau itu harapan mereka, hanya BN yang boleh penuhi harapan tersebut,” katanya.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan bintang Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai penglibatan golongan muda dalam perhimpunan haram di ibu kota pada 10 November lalu.
Ditanya mengenai perang mulut antara Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia tidak harus berterusan.
No comments:
Post a Comment