Mon | Nov 19, 07 | 12:38:21 pm MYT
ALOR STAR, 19 Nov (Hrkh) - Rakyat Kedah telah berjaya membuktikan Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid telah berbohong dalam isu kenaikan cukai tanah dan pintu di negeri ini kononnya 90 peratus rakyat Kedah bersetuju sekalipun menanggung kenaikan kadar cukai hingga 300 peratus.
Ini dibuktikan melalui kejayaan PAS dan Dewan Perhimpunan Cina Kedah mengumpulkan lebih 120 ribu tandatangan rakyat sebagai protes terhadap kenaikan dan kenyataan Mahdzir itu.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Semakan Kenaikan Cukai Tanah Dewan Perhimpunan Cina Kedah, David Lim Yong Chew, dalam satu majlis penyerahan 100 ribu tandatangan yang dipungut oleh PAS Kedah baru-baru ini di dewan persatuan itu di Jalan Tanjung Bendahara dekat sini berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada PAS Kedah atas sokongan yang diberikan.
"Kami pada awalnya hanya menjangkakan dapat mengumpul sekitar 30 ke 40 ribu tandatangan, tapi bila PAS sudi membantu dan juga parti serta pertubuhan lain, angka 120 ribu itu amat dibanggakan pihak kami," jelas beliau dalam majlis yang berlangsung pada 16 November lalu.
Dalam majlis tersebut, tandatangan dari pihak PAS diserahkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak kepada David, hadir sama termasuk Timbalannya, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar, Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Mohd Zamri Yusuf, Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin, Ketua Penerangan, Haji Amiruddin Hamzah, Bendahari, Haji Mohd.Taulan Rasul, ADun Bukit Pinang, Haji Rohsidi Osman, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri, Dr. Ismail Salleh serta beberapa pimpinan lain.
Jawatankuasa khas ini turut diwakili wakil kaum India, Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah, NGO dan berpuluh persatuan cina di Kedah.
Bagaimanapun, kelmarin, hasrat David untuk sekali lagi menemui Mahdzir tidak kesampaian apabila rombongannya tidak dibenarkan menyerahkan memorandum rakyat berkaitan bantahan kenaikan cukai itu dihalang pihak Wisma Darulaman yang hanya menggantikan salah seorang Pegawai Khas MB dan menerimanya di luar bangunan wisma.
Antara kandungan memorandum kepada Mahdzir itu berbunyi;"memandangkan tiada tindakan positif dari pihak kerajaan terhadap rayuan kami, maka kami telah mengadakan kempen mengutip tandatangan.
"Seramai 120 ribu tandatangan telah berjaya dikumpulkan dan ini telah menunjukkan sokongan padu dari warga negeri Kedah untuk merayu kepada kerajaan negeri bagi menyemak semula kadar baru cukai tanah, kami juga telah mengambil beberapa tindakan sejak lebih setahun lalu untuk memohon agar pihak kerajaan negeri menimbang semula SEmakan Cukai Tanah 2004-2005 yang mana ianya memperlihatkan suatu kenaikan kadar yang teramat tinggi dan membebankan." - mks.
No comments:
Post a Comment