Sat | Nov 03, 07 | 10:50:29 am MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Sesetengah ahli dan Perwakilan Umno yang mula membanjri ibu kota mengakui mereka sememangnya membaca akhbar Hakarah dan melihat laman Web pembangkang tetapi tidak mahu namanya disebutkan di dalam akhbar dan laman Web PAS ini dengan alasan 'periuk nasi'.
“Kami sememangnya mengharapkan agar akhbar pembangkang terutamanya Hakarah memainkan beberapa peranan penting terutamanya yang berkaitan dengan Melayu dan Agama Islam, kata beberapa orang ahli dan perwakilan Umno yang berasal dari Perak dan Negeri Sembilan.
“Mungkin ada beberapa berita yang dianggap keterlaluan dan terlalu `menyerang’ Umno tetapi banyak juga berita yang mempertahankan hak orang Melayu dan Agama Islam di negara ini, katanya.
Mereka menambah, walaupun Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berulang kali memberitahu bahawa dirinya bersedia untuk dikritik walaupun pahit tetapi apa yang berlaku kepada bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati.
“Kami sendiri mendapat tahu ada kumpulan pemikir di dalam Umno yang memantau segala maklumat di dalam akhbar Harakah dan Laman Web PAS serta parti pembangkang yang lainnya.â€Cukup 'berat' rasanya apabila nama kami didedahkan di dalam akhbar terbabit terutamanya yang mengkritik kepemimpinan Presiden," kata mereka.
Bagaimanapun, mereka tetap memberi maklumat dan kerjamasa dengan wartawan dari akhbar pembangkang ini dari masa ke semasa.
Mereka juga melahirkan rasa 'kecewa' dengan peranan akhbar harian berbahasa Melayu yang lebih memberi keutamaan berita kepada menantu Perdana Menteri ini. “Walaupun mereka mempunyai alasan tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk melayan segala berita dari Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang terlalu ramai tetapi berita mengenai Khairy sentiasa mendapat keutamaanâ€.
Mengenai Pilhan raya Umum yang akan diadakan, mereka menganggap Barisan Nasional terutamanya MCA masih lagi menghadapi 'kepayahan' berikutan beberapa isu yang tidak menyebelahi mereka.
“Kemungkinan kenaikan harga gas, harga barang keperluan dan ketiadaan bonus terhadap kakitangan kerajaan masih belum dilihat berpihak kepada kami," kata mereka yang menanggap Umno juga perlu bekerja lebih keras jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum kelak. - mns
No comments:
Post a Comment