ROHAIZAT membantu Rakizah Ibrahim menjahit pakaian ketika melawat penduduk di Permatang Tengah, Bukit Mertajam, semalam. |
BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, sedia membuat pengakuan bersumpah bagi membersihkan namanya atas dakwaan salah guna wang firmanya.
Beliau berkata, pengakuan bersumpah itu akan dibuat jika keadaan amat mendesak dirinya untuk berbuat demikian.
“Saya buat pengakuan bersumpah untuk tunjukkan saya benar, tetapi saya hendak menunggu apa mereka (Pas) kata. Pengakuan bersumpah akan dibuat bila keadaan cukup mendesak,” katanya selepas melawat Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Kubang Semang di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment