Friday, August 21, 2009

Pembantu Exco Selangor disoal siasat

Pembantu Exco Selangor disoal siasat


WONG (tengah) diiringi John (kiri) dan Cha ketika memasuki ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Pembantu Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How, disoalsiasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung siasatan penyalahgunaan dana pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

Wong yang sebelum ini terbabit dalam kekecohan ketika anggota SPRM mahu menahannya pada Jumaat lalu tiba di pejabat SPRM kira-kira jam 8.45 pagi diiringi empat peguam, John Fernandez; Amir Khusyairi Mohamad Tanusi; Cha Lee Chin dan Imran Hadzalie Abdul Hamid.

Wong dilihat menggunakan alat sokongan berjalan untuk bergerak dari kawasan letak kenderaan ke pejabat SPRM.

Seorang pegawai SPRM berkata, kereta yang membawa Wong boleh menurunkannya di bawah anjung di depan pintu utama pejabat agensi itu tetapi tidak dilakukan.

Sementara itu, Wong dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Wong dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM3,000 serta jaminan mulut RM50,000.

Wong berkata, ketika disoal siasat beliau dilayan dengan baik oleh pegawai SPRM, berbanding ketika cuba ditahan Jumaat minggu lalu.

Cha berkata Wong turut menyerahkan 10 set dokumen berkaitan dengan siasatan kesnya.

No comments: