Nik Aziz sokong keputusan
KOTA BHARU 11 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah berjaya menghidupkan kembali demokrasi di Perak.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan itu membuktikan kebenaran berjaya ditegakkan selepas ditekan dan dianiaya oleh Barisan Nasional (BN).
“Demokrasi yang koma selama tiga bulan hidup balik dan saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengotorkan demokrasi di Perak itu insaf, bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah menyalahgunakan kuasa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Mengenai cadangan awal Mohammad Nizar yang mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya semula katanya, ia bergantung kepada penduduk negeri itu untuk menentukannya.
“Dulu kami nak pilihan raya dibuat balik. Bila diberi balik jawatan kepada Nizar yang dipilih secara sah oleh rakyat, terserah kepada orang Perak,” ujarnya.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment