SOP penerangan UMNO dirangka
KUANTAN 28 Mei - UMNO sedang merangka Piawaian Prosedur Operasi (SOP) sebagai garis panduan untuk menilai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada jentera penerangan UMNO.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, SOP itu dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi dan akan diguna pakai terutama bagi jentera penerangan di peringkat cawangan.
''Sebelum ini tidak ada satu garis panduan khusus bagi jentera penerangan UMNO terutama di peringkat cawangan.
''Ini kerana setiap aktiviti penerangan hanya berpusat kepada peringkat bahagian, negeri dan ibu pejabat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama Ketua Penerangan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-Bahagian Pahang, malam tadi.
Menurut Ahmad, beliau turut menggesa kira-kira 62,843 jentera penerangan UMNO di seluruh negara diaktifkan dan menjalankan aktiviti secara terus dengan rakyat.
''Dengan jumlah tersebut adalah lebih baik kita menggalakkan setiap bahagian di negeri-negeri memperbanyakkan penubuhan cawangan UMNO.
''Pada pandangan saya, lebih banyak cawangan lagi bagus kerana lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk mendekati rakyat," katanya.
Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat kira-kira 1,080 cawangan UMNO di seluruh Pahang.
Tambahnya, usaha penerangan UMNO di setiap bahagian seharusnya bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat atas.
''Kita tidak mahu setiap aktiviti berpusat di ibu pejabat UMNO atau negeri tetapi saya sarankan ia dilaksanakan di peringkat bawah dengan menggunakan empat media iaitu media bersemuka, media cetak, media elektronik dan media maya," ujarnya.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment